edu

2
Bahagian A Negara Malaysia mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan budaya. Setiap kumpulan etnik mempunyai budayanya yang tersendiri dan kebudayaan tidak wujud jika tidak ada kumpulan etnik yang menjadikannya sebagai satu cara hidup. (way of life) 1a) Terangkan ciri-ciri utama yang terdapat dalam konsep klasifikasi masyarakat. (5 markah) Masyarakat didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Ciri-ciri masyarakat adalah seperti:- Manusia Yang Hidup Berkelompok, manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok ini lah yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Contohnya, masyarakat negara Malaysia, seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain. Melahirkan Kebudayaan, tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya dengan proses penyesuaian. Contohnya, tarian singa bangsa cina yang telah diwarisi dari generasi ke generasi. Berinteraksi, salah satu syarat kewujudan masyarakat ialah terdapatnya perlakuan berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini

Upload: zouk9696

Post on 12-Jan-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Page 1: Edu

Bahagian A

Negara Malaysia mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kumpulan

etnik dan budaya. Setiap kumpulan etnik mempunyai budayanya yang tersendiri dan

kebudayaan tidak wujud jika tidak ada kumpulan etnik yang menjadikannya sebagai

satu cara hidup. (way of life)

1a) Terangkan ciri-ciri utama yang terdapat dalam konsep klasifikasi masyarakat.

(5 markah)

Masyarakat didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama

di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Ciri-ciri masyarakat adalah

seperti:-

Manusia Yang Hidup Berkelompok, manusia ialah mereka hidup bersama dan

membentuk kelompok. Kelompok ini lah yang membentuk masyarakat. Mereka

mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan sosial

wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Contohnya, masyarakat negara

Malaysia, seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa

bergantung kepada manusia lain.

Melahirkan Kebudayaan, tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya.

Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan

kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya

dengan proses penyesuaian. Contohnya, tarian singa bangsa cina yang telah

diwarisi dari generasi ke generasi.

Berinteraksi, salah satu syarat kewujudan masyarakat ialah terdapatnya

perlakuan berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan

interaksi. Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan. Contohnya,

komunikasi akan berlaku apabila masyarakat bertemu di antara satu sama lain.