edu

Upload: naimah57

Post on 10-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Cabaran Pendidikan Masa Kini: Perkembangan dan Peningkatan KualitiOleh Professor Dato Dr. Ibrahim Ahmad BajunidPada 13 dan 14 Julai 2011 yang lalu, Jabatan Ilmu Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah mengadakan Seminar Pendidikan 2011 yang bertemakan Menjana Transformasi Pengajaran. Pada hari yang pertama ucapan utama telah diberikan oleh Professor Dato Dr.Ibrahim Ahmad Bajunid iaitu salah seorang tokoh pendidikan yang telah melalui pengalaman dari segi reformasi pendidikan sepanjang umurnya di negara ini.Menurut Professor Dato Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, para pendidik pada masa kini perlu bersedia untuk menghadapi cabaran yang sering timbul tanpa terduga bila-bila masa sahaja pada masa sekarang bahkan masa akan datang. Beliau juga bersambung bahawa para pendidik tidak mempunyai pilihan lain kecuali melengkapkan diri untuk masa depan demi diri masing-masing walaupun orang lain tidak boleh berbuat demikian. Sebelum memulakan hujah-hujahnya yang berkaitan dengan tema seminar, Professor Dato Dr.Ibrahim Ahmad Bajunid juga mengambil kesempatan untuk merenungkan beberapa pemimpin negara yang banyak menyalurkan sumbangannya kepada sistem pendidikan negara dari segi meningkatkan mutu kualitinya agar negara kita juga mampu bertanding dengan negara-negara lain di arena pendidikan. Tan Sri Yahya yang juga dikenali sebagai Bapa Pendidikan Malaysia. Tan Sri Yahya pernah menjawat jawatan seperti kaunselor Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) serta guahan alumni Kolej. Tan Sri Yahya juga salah seorang tokoh bidang pendidikan yang berusaha bertungkus lumus untuk mencapai reformasi dari segi pendidikan di negara ini seperti tokoh-tokoh lain Dato Jumaat, Mohd.Nor, Dato Omar Hasih dan sebagainya pada masa ketika dahulu. Pada era beliau banyak pelajar tempatan mendapat peluang bersambung pelajaran di luar negara. Professor Dato Dr.Ibrahim Ahmad Bajunid juga mengambil kesempatan ini untuk memberi nasihat kepada para hadirin yang menghadiri seminar bahawa kumpulkan bahan-bahan yang menceritakan tentang pembangunan pendidikan pada zaman mereka supaya dijadikan pedoman serta menyedari kepentingan pembangunan pendidikan kepada negara ini.Seterusnya bersambungnya Professor Dato Dr.Ibrahim Ahmad Bajunid lalu mengimbas kembali keadaan sistem pendidikan di negara pada ketika dahulu dimana tiada kemajuan dari segi material. Setengah para pendidik telah membuat acuan hidup sendiri untuk mengatasi kekurangan tersebut serta untuk memajukan diri pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, para pendidik sekarang perlu mencontohi sikap yang telah diamalkan oleh setengah pendidik dahulu agar tidak ketinggalan daripada sistem pendidikan semasa. Justeru itu, sikap positif sebegini harus dianggap sebagai pedoman agar dapat menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti oleh golongan pendidik. Beliau juga menyarankan bahawa setiap pendidik harus mempunyai keranda pemikiran memandangkan dalam kata lain masa depan sudah tiba (the future just happen) berikutan dalam aliran teknologi yang pesat kini. Berikutan kenyataan di atas, para pendidik harus sentiasa berfikiran jauh ke hadapan untuk membolehkan dirinya dapat disesuaikan dengan cabaran atau perubahan sistem pendidikan pada masa akan datang. Selain itu, setiap pendidik juga harus memiliki sifat imaginatif yang tinggi supaya dapat menggambarkan perubahan yang dijangkakan dalam sistem pendidikan pada masa akan datang agar dirinya dapat dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran yang dikehendaki. Sikap kepedulian oleh segelintir pendidik akhirnya gagal melahirkan generasi muda yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) sepertimana termaktub dalam Falsafan Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini kerana golongan pendidik tersebut mempunyai sikap seperti tidak mahu mengalah dengan anak-anak murid mereka. Mereka sering beranggapan bahawa mengapa anak-anak murid harus dididik untuk menjadi pandai sedangkan dirinya masih lagi kekurangan dari segi ilmu pengetahuan. Mereka juga tidak akan bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak muridnya untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik.

Para pendidik yang bersifat kedekut untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak muridnya perlu menyedari bahawa proses pembelajaran anak-anak murid bukan sahaja pada peringkat sekolah rendah. Malah, ianya akan bersambung pada peringkat sekolah menengah seterusnya ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Anak-anak murid juga akan menduduki untuk peperiksaan awam yang wajib seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang merupakan pada peringkat pelajaran tertentu untuk menguji aras kefahaman terhadap akademik yang telah pelajari selama ini. Sekiranya murid-murid tidak diberikan maklumat yang asas pada waktu-waktu tertentu, maka ianya akan menjadi batu penghalang untuk melahirkan generasi yang elit. Ia juga akan mendatangkan implikasi yang besar kepada negara pada masa akan datang dimana negara-negara lain akan terus maju dalam semua bidang melainkan negara kita akan kekurangan dari segi pakar-pakar bagi pembangunan negara.Masalah yang dapat boleh dilihat dalam kalangan pendidik adalah tidak berusaha untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang berikut kerana pemikiran yang tidak menyumbang kepada peningkatan kemajuan diri. Warga pendidik harus sedar bahawa setelah dirinya diamanahkan untuk mendidik orang lain, maka dirinya harus dipenuhi dengan ilmu pengetahuan terlebih dahulu supaya dapat mendidik golongan yang disasarkan. Ilmu pengetahuan seorang guru perlu melebihi daripada anak-anak muridnya supaya murid-murid boleh membina kepercayaan terhadap guru kerana maklumat yang disampaikan adalah sah dan menepati dengan keadaan semasa. Professor Dato Dr.Ibrahim Ahmad Bajunid juga berkata bahawa Malaysian Qualifications Agency (MQA) merupakan salah satu institusi penting di Malaysia dimana ditubuhkan apabila Kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti (BJK) , Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta. Beliau juga bersambung bahawa perubahan dari segi kualiti pendidikan di Malaysia telahpun bermula setelah Universiti Malaya (UM) ditubuhkan.Selain itu, penubuhan Jemaah Nazir Sekolah dan Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi peperiksaan-peperiksaan awam juga menyumbang terhadap menjaga kualiti sistem pendidikan negara agar mampu melahirkan generasi yang celik akal standing dengan negara-negara lain.Bekas Perdana Menteri kita, Tun Mahathir merupakan satu-satunya pemimpin yang telah memulakan konsep baru iaitu Pandang ke Timur. Hasilnya, masyarakat dunia luar mula memberi perhatian ke atas negara-negara terutamanya negara Malaysia. Beliau juga telah berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020 yang juga tercetus daripada pemikirannya. Pada era ketika itu, negara kita telah mencapai pembangunan yang pesat dari segi bidang perindustrian, bidang ekonomi dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, guru-guru haruslah bertekad untuk menyalurkan sumbangannya demi mempertahankan darjat sistem pendidikan negara daripada merosot serta merealisasikan Wawasan 2020. Tidak lupa juga sumbangan Perdana Menteri kita Dato Sri Najib yang pernah menjadi Menteri Pelajaran pada ketika dahulu terhadap sistem pendidikan dimana beliau dengan ikutan jejak ayahnya Tun Abdul Razak menjaga sistem pendidikan di Malaysia selama 100 tahun.Selain itu, set minda para guru harus sentiasa ke arah menunjukkan teladan yang baik kepada orang-orang disekelilingnya. Sekiranya seorang guru gagal dari segi menjadi contoh yang baik, apakah yang akan berlaku pada masyarakat kita di luar sana. Ini kerana tanggapan masyarakat terhadap profesion perguruan adalah tinggi berbanding dengan bidang profesion yang lain dan setiap gerak geri guru-guru juga diawasi oleh masyarakat pada setiap masa. Sanjungan yang tinggi itu mula akan menurun dalam kalangan masyarakat sekiranya didapati guru-guru gagal melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya.Para guru harus sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga sekolah terutamanya kepada murid-murid. Ini kerana sekiranya seorang guru peka dengan perkembangan kanak-kanak, kanak-kanak mula dengan fonem pertamanya pada awal usianya iaitu 1 hingga 2 tahun sebanyak 300 patah perkataan. Tempoh ini juga dianggap sebagai proses mengenali perkataan baru. Namun demikian, bilangan perkataan akan bertambah kepada 20000 patah perkataan apabila kanak-kanak mula menjejaki kaki ke sekolah rendah. Bilangan perkataan akan bertambah lagi kepada 30,000 apabila menyambung pelajaran ke peringkat sekolah menengah. Oleh yang demikian adalah tanggungjawab guru dalam membantu kanak-kanak untuk menguasai bahasa agar mereka dapat menggunakannya dalam kehidupan seharian tanpa bergantung kepada orang lain.Justeru itu, cabaran yang seterusnya yang boleh dilihat dalam kalangan guru-guru adalah menghadkan prestasi masing-masing daripada berkembang ke tahap berikutnya. Hal sedemikian membolehkan guru-guru dikategorikan sebagai unwelling learners serta tidak dapat menjadi role model kepada masyarakat. Mereka tidak menyedari bahawa salah satu peranan guru ialah pengamal ilmu dan kemahiran. Mereka sepatutnya menggunakan peluang yang seadanya untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan agar menjadi sumber rujukan pelbagai pihak.Warga pendidik zaman sekarang perlu menyedari bahawa profesion pendidikan adalah tinggi nilainya daripada profesion lain. Kenyataan yang dikeluarkan oleh JPA menyatakan kesemua guru juga mengambil peranan sebagai staf sokongan yang lain seperti juruawat, peguam dan lain-lain lagi. Pada era 1990-an lagi, scenario dalam sistem pendidikan adalah Kerajaan tidak memberikan peluang kepada guru-guru untuk menlanjutkan pelajaran mereka ke peringkat-peringkat yang lain. Sehubungan dengan itu, tidak kesemua guru menjadi juara melainkan mereka yang berusaha atas inisiatif sendiri. Jikalau guru tidak suka pada cabaran, maka profesion guru adalah failed profesional.Guru-guru merupakan aset yang paling penting di negara ini. Kita boleh melihat kebanyakan anak-anak guru menceburi pelbagai bidang lalu memacakkan namanya di setiap bidang tersebut. Hal ini kerana cara anak-anak guru diasuh sejak kecil lagi dengan penerimaan dari segi ilmu pengetahuan dan sifat-sifat yang terunggul. Sekiranya guru-guru dapat mendidik anak kandungnya dengan cara yang baik, maka amalan tersebut boleh dibawa ke bilik darjah semasa melaksanakan tugasnya sebagai pendidik.Selain itu, warga pendidik juga memastikan bahawa profesion guru perlu menjadi bidang profesion yang berjaya bukannya tidak berjaya. Istilah bagaikan profesion guru gagal boleh ditakrif semula sekiranya warga pendidik mampu mengubah konsep dan makna profesion ini dengan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Setiap pendidik perlu berusaha untuk merealisasikan konsep ini agar profesion guru sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat untuk selama-lamanya.Ada segelintir guru yang suka mengkongkong kreativiti anak-anak murid di dalam bilik darjah. Guru perlu berperanan sebagai parameter untuk mengembangkan potensi murid-murid. Guru perlu sentiasa menyedari tanggungjawabnya terhadap murid-murid dari segi perkembangan keseluruhan.Jika kita melihat sistem pendidikan di negara-negara barat, ianya meliputi perkembangan murid-murid secara menyeluruh dari segi semua aspek. Misal kata, di barat semua murid diwajibkan mengambil kelas berenang. Sebaliknya di negara kita walaupun lokasi sebilangan sekolah yang terletak berhampiran dengan sungai, tetapi murid-murid tidak diberikan peluang untuk berenang di sungai. Murid-murid yang berasa dirinya tidak dibekalkan kemahiran-kemahiran yang diingini, akhirnya mula melibatkan diri dalam masalah-masalah social untuk melepaskan tekanan bilik darjah. Kesannya seperti kewujudan masalah ponteng sekolah oleh kumpulan murid-murid.Peranan guru juga agak berat dan penting kerana memandangkan negara kita kaya dengan kepelbagaian etnik. Seorang guru sentiasa menghadapi kumpulan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pada situasi dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru perlu memilih kaedah pengajaran yang sesuai agar ianya dapat memanfaatkan semua murid. Pada masa yang sama, sekiranya murid-murid cukup mahir dalam satu bidang, maka guru boleh menyarankan murid-murid untuk memberi fokus kepada bidang lain. Ianya bertujuan untuk mengembangkan potensi murid-murid secara menyeluruh sepertimana dihasratkan dalam FPK.Para guru juga dianggap sebagai agen sosialisasi yang penting kerana penglibatan mereka secara global hampir dalam kesemua bidang seperti politik, pentadbiran, pendidikan dan lain-lain lagi. Namun demikian, mengharungi global juga merupakan masalah yang besar kepada guru-guru. Pemimpin pendidikan tidak setaraf pemimpin pendidikan luar negara, maka kita harus berusaha untuk mentransformasikan pendidikan untuk tujuan mentransformasi negara.

Pendidikan Di Malaysia: Perspektif Dan ResolusiOleh Professor Emeritus Tan Sri Dato Dr.Khoo Kay SimPada hari kedua Seminar, ucapan utama yang seterusnya telahpun disampaikan oleh Professor Emeritus Tan Sri Dato Dr.Khoo Kay Sim. Ucapan beliau lebih memberi gambaran tentang senario sistem pendidikan negara pada masa sekarang. Pada awal-awal ucapan lagi, beliau telah menceritakan tentang peranan guru pada masa dahulu. Menurut beliau, guru-guru masa dahulu mempunyai kuasa sepenuhnya apabila berada di dalam bilik darjah. Mereka akan menggunakan kuasa mutlaknya untuk memberikan arahan kepada murid-murid dan murid-murid mesti menurut apa sahaja arahan yang diberikan oleh gurunya. Selain itu, sekiranya murid-murid hendak keluar dari bilik darjah, mereka akan meminta keizinan daripada guru yang mengajar ketika itu. Murid-murid tidak akan keluar sekiranya gurunya tidak memberi keizinan. Ini menunjukkan rasa kehormatan dan kepatuhan murid-murid terhadap guru-guru. Namun begitu, apa yang berlaku pada masa kini adalah secara bertunggang-langgang jika dibandingkan dengan senario pada suatu ketika dahulu. Berkisar dengan perangai murid-murid pada masa sekarang yang menghairankan serta merisaukan dimana anak-anak murid cukup berani mengatakan gurunya membosankan lebih-lebih lagi di depan muka guru yang berkenaan tanpa menghiraukan perasaan guru tersebut pada ketika itu. Beliau juga mengatakan bahawa undang-undang tidak begitu mudah sebenarnya untuk menjadikan panduan hidup kita. Penguatkuasaan undang-undang berkemungkinan dianggap sebagai cara menyelesaikan masalah disamping memenuhi hak kebebasan setiap individu secara sama rata. Hak asasi adalah amat penting kerana ia mencerminkan kehendak dan harapan setiap individu tetapi adalah sukar untuk melaksanakannya kerana ianya masih berlainan daripada seorang ke seorang yang lain. Sekiranya hak asasi lebih mengutamakan kumpulan majoriti, maka ia akan mencetuskan pergaduhan antara sesama kumpulan manusia pada setiap masa.Guru-guru pada masa kini lebih memberi keutamaan kepada penggunaan buku teks berbanding dengan kaedah-kaedah pedagogi yang lain yang telah dipelajari ketika mengikuti kursus perguruan di institut. Salah satu faktor yang menyumbang kepada isu ini adalah bilangan sekolah yang mengutamakan pencapaian dari segi aspek akademik bertambah kian hari. Sewaktu akhir proses pengajaran dan pembelajaran tiada soalan pula dari kalangan murid-murid kepada guru yang mengajar. Ini kerana murid-murid tidak ada peluang untuk bercakap kerana tiada aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran melainkan guru menggunakan buku teks sebagai satu-satunya bahan bantu mengajar.Pendidikan di peringkat Universiti juga tidak terlepas daripada bahasan mengenai sistem pendidikan negara. Pada masa kini dikatakan bahawa semua pensyarah dan professor menjadi guru. Ini kerana pensyarah-pensyarah university sentiasa berdialog dengan murid-murid dan mereka juga perlu memastikan apa yang dibincangkan mesti jelas kepada semua orang supaya tujuan pengajaran mencapai matlamatnya. Para professor pula sentiasa bersedia untuk membuat penyelidikan dari masa ke semasa selain tugas mengajar.Selain itu, apabila diperkatakan dalam bidang sejarah, penyelidik yang ingin membuat sesuatu penyelidikan tentang kajian masa lampau, mereka terpaksa pergi ke negara London untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan yang asalnya daripada negara kita. Hal sedemikian kerana negara kita tidak ada lagi bahan-bahan lama dimana ianya telah dibawa bersama oleh golongan pemerintah ke negara masing-masing setelah mencapai kemerdekaan.Walaupun negara Singapura merupakan negara yang kecil jika dibandingkan dengan negara kita, tetapi sehingga sekarang kerajaannya masih menyimpang lagi bahan-bahan lama yang berkisakan tentang sejarah pada awalnya. Ahi-ahli sejarah mendapati sesiapapun boleh menjadi ahli sejarah yang professional mahupun bukan professional kerana sesiapapun mampu memiliki sumber-sumber sejarah yang sepatutnya disimpan di arkib negara. Professor Emeritus Tan Sri Dato Dr.Khoo Kay Sim seterusnya menyambung hujahnya dengan menyatakan bahawa identiti tidak boleh diubah tetapi nasionaliti boleh diubah. Ini kerana negara kita terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum. Malahan, jenis masakan juga berbeza mengikut tempat etnik.Kita dapat memahami dari sini bahawa etnisiti memberi keutamaan kepada kebudayaan setiap etnik. Sememangnya kita tidak boleh menukar identiti kerana setiap kaum hidup secara masyarakat. Namun begitu, penggunaan identiti kaum boleh diganti dengan identiti negara. Pendek kata warga Malaysia harus member keutamaan kepada negaranya terlebih dahulu. Jikalau identiti diganti dengan nasionaliti, maka masyarakat Cina dan India masing-masing boleh digelar sebagai India-Malaysia dan Cina-Malaysia, tetapi secara realitinya tidak ada lagi gelaran sebegitu di negara ini. Semua pihak perlu mencari punca kegagalan bagi semangat nasionaliti ini.Para pendidik seharusnya menolong murid-murid untuk memahami apa yang berlaku disebaliknya. Murid-murid zaman sekarang dapat mengenali nama artis negara dan luar negara dengan mudah, tetapi apabila ditanyakan untuk menyenaraikan nama tokoh-tokoh tempatan mereka gagal memberikan jawapan yang betul. Sehubungan dengan itu, guru-guru perlu menerapkan unsur-unsur sejarah semasa proses pengajaran dan pembelajaran akan mereka memahami sejarah negara dan mula menanamkan sikap patriotisme dari bangku sekolah lagi. Apabila kita mengimbas kembali ke masa lampau dimana negara dijajah oleh kuasa-kuasa asing dikatakan bahawa British tidak pernah menjajah tetapi hanya menakluk sahaja. British membuat perjanjian dengan tokoh-tokoh tempatan tentang pentadbiran kerajaan sahaja. Perlembagaan ialah undang-undang yang tertinggi di negara kita. Undang-undang diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan oleh kumpulan Eksekutif. Pendidikan mesti memberi penjelasan kepada murid-murid. Guru sentiasa Tanya murid-murid faham atau tidak. Murid-murid digalakkan untuk bergaul sekiranya tidak memahami pelajaran, tetapi murid-murid tidak ada hak untuk menyoal guru. Seorang guru harus mempunyai pengetahuan yang luas. Guru-guru yang cetek pengetahuannya akan tidak dapat membantu murid-murid. Guru-guru sentiasa bersaing supaya tahu kedudukan masing-masing. Setiap sekolah tidak semestinya mempunyai pencapaian akademik yang baik, tetapi sejauh mana murid-murid memahami pelajaran. Murid-murid juga digalakkan faham apa yang menyebankan keadaan sekarang dengan guru sebagai penyampai maklumat. Guru-guru perlu mengenalpasti jenis kaedah pengajaran yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu. Pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai menolong murid-murid untuk memahami apa yang berlaku dan juga untuk menarik perhatian. Guru harus memahami konsep pendidikan bukan untuk peperiksaan tetapi ilmu yang dipelajari membantu dlam kehidupan seharian. IPG melahirkan guru-guru yang istimewa. Transformasi (pengajaran bukan untuk peperiksaan, keluar dari itu, jelaskan benda-benda(certain things not important 4 xm,yet gv explanation. Pengalaman sangat penting. Pendidik mesti ada pengalaman, penting daripada akademik.

Bidang pendidikan merupakan salah satu bidang terawal yang telah wujud atas muka bumi ini setelah kumpulan manusia mula Seorang guru yang berkualiti akan memastikan pembelajaran berlaku tepat pada masanya meskipun guru tidak memasuki kelas untuk mengajar. Peningkatan dari segi teknologi dapat mengurangkan tekanan guru yang tidak dapat mengajar murid-murid secara sengaja tetapi disebabkan kesibukan dengan kerja-kerja lain selain daripada tugas mengajar. Sekiranya guru yang terdesak dengan komitmen-komitmen lain, masih boleh memastikan pembelajaran berlaku dalam kalangan murid-murid dengan mengakses bahan pembelajaran melalui internet, CD-ROM interaktif dan lain-lain lagi walaupun gurunya tidak berada di dalam kelas. Terlebih dahulu guru perlu membekalkan maklumat kepada murid-murid tepat pada masa mengikut keperluan murid tanpa mengira masa dan tempat.