edu

19
PERKEMBANGAN KANAK - KANAK 1.0 PENGENALAN Penciptaan manusia di muka bumi Allah SWT ini diakui sebagai suatu ciptaan yang begitu sempurna, sangat kompleks dan tiada tolok bandingnya berbanding ciptaan – ciptaan Allah yang lain. Sebagaimana buktinya yang terdapat pada firman Allah, iaitu dalam surah At- Tiin : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya). Bersandarkan kepada pemerhatian ilmiah dan bukti yang ditunjukkan, kita sama sekali tidak dapat menafikan ketidakbenaran firman Allah SWT dalam kitab suci-Nya. Sehubungan dengan itu, lahirlah pakar – pakar pengkaji dan tokoh – tokoh ilmuan yang terkenal seperti tokoh Jean Peaget, Eric Erickson, Arnold Lucas Gesell, Robert Havighurst, Sigmund Freud, Imam Ghazali dan sebagainya untuk mengkaji tentang rahsia – rahsia dan misteri kejadian manusia yang tidak diketahui umum. Antara aspek – aspek penting yang dikaji mereka adalah berkaitan dengan teori perkembangan kanak – kanak seperti teori perkembangan kognitif, emosi, moral dan fizikal serta pengaruhnya terhadap pembangunan pendidikan awal kanak – kanak. Hasil daripada kajian kritis yang dilakukan , kita dapat mengetahui secara mendalam apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan kognitif, moral, emosi dan juga fizikal manusia. Perkembangan kognitif menurut Jean Peaget didefinisikan sebagai suatu fitrah perkembangan kanak-kanak dalam membina tahap pemahaman terhadap persekitaran berdasarkan 4 tahap perkembangan kognitif iaitu kematangan biologi, interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan keseimbangan. 1

Upload: afirah-asmar

Post on 17-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

TRANSCRIPT

Page 1: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

1.0 PENGENALAN

Penciptaan manusia di muka bumi Allah SWT ini diakui sebagai suatu ciptaan yang

begitu sempurna, sangat kompleks dan tiada tolok bandingnya berbanding ciptaan –

ciptaan Allah yang lain. Sebagaimana buktinya yang terdapat pada firman Allah,

iaitu dalam surah At- Tiin : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam

bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).

Bersandarkan kepada pemerhatian ilmiah dan bukti yang ditunjukkan, kita sama

sekali tidak dapat menafikan ketidakbenaran firman Allah SWT dalam kitab suci-Nya.

Sehubungan dengan itu, lahirlah pakar – pakar pengkaji dan tokoh – tokoh

ilmuan yang terkenal seperti tokoh Jean Peaget, Eric Erickson, Arnold Lucas Gesell,

Robert Havighurst, Sigmund Freud, Imam Ghazali dan sebagainya untuk mengkaji

tentang rahsia – rahsia dan misteri kejadian manusia yang tidak diketahui umum.

Antara aspek – aspek penting yang dikaji mereka adalah berkaitan dengan teori

perkembangan kanak – kanak seperti teori perkembangan kognitif, emosi, moral dan

fizikal serta pengaruhnya terhadap pembangunan pendidikan awal kanak – kanak.

Hasil daripada kajian kritis yang dilakukan , kita dapat mengetahui secara

mendalam apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan kognitif, moral, emosi

dan juga fizikal manusia. Perkembangan kognitif menurut Jean Peaget didefinisikan

sebagai suatu fitrah perkembangan kanak-kanak dalam membina tahap pemahaman

terhadap persekitaran berdasarkan 4 tahap perkembangan kognitif iaitu kematangan

biologi, interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan

keseimbangan.

Menurut kamus Dewan Edisi Ke-empat, “Emosi” bermaksud perasaan jiwa

yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan seumpamanya. Kecerdasan emosi juga

ditakrifkan sebagai kebolehan individu mengenali makna emosi dan yang berkaitan

dengannya, serta membuat rasional dan menyelesaikan masalah berdasarkannya.

(Mayer & Salovey 1990). Lihatlah betapa besarnya kesan perkembangan emosi

yang baik dalam diri seseorang kerana menurut Daniel Goleman (1995) , beliau

pernah mengatakan bahawa 80% kejayaan seseorang bergantung kepada emosi

( EQ) dan 20% kejayaan disebabkan kecerdasan mental (IQ).

1

Page 2: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

Perkembangan fizikal pula merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar

pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan

perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Manakala perkembangan moral

kanak – kanak bermaksud perubahan pemikiran, perasaan dan tingkah laku

terhadap nilai kebenaran. Lawrence Kohlberg (1987) berpendapat penaakulan

moral berkait rapat dengan perkembangan kognitif seseorang individu.

Sebagai bakal guru, kita perlu memahami aspek pertumbuhan dan

perkembangan murid. Kajian Bloom (1964) membuktikan 80% kecerdasan

seseorang individu pada usia 18 tahun terbina pada peringkat umur prasekolah.

Pada usia ini kanak-kanak bertindak aktif kepada ransangan, berinteraksi bebas

dengan orang sekeliling dan peka kepada keadaan sekeliling. Sehubungan itu

adalah penting kanak- kanak mengalami pengalaman pembelajaran prasekolah yang

berkesan, bermakna dan menggembirakan supaya kanak-kanak dibekalkan dengan

kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebelum memasuki alam

persekolahan formal (Rohaty 2003).Konklusinya, teori – teori perkembangan yang

dihasilkan oleh tokoh – tokoh ilmuan terkemuka ini sangat penting untuk diketahui

dan dipelajari secara mendalam kerana ia sangat berkait rapat dengan

perkembangan kanak – kanak yang berlaku di sekeliling kita.

2

Page 3: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

2.0 LATAR BELAKANG JEAN PEAGET

Jean Piaget (1869-1980) ialah seorang pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi

kanak-kanak. Beliau dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan

berpengalaman dalam membuat kajian ke atas tingkah-laku kanak-kanak. Terdapat

beberapa pendapat antaranya seperti yang diutarakan oleh Dasen dan Heron

(1984) mengatakan bahawa teori perkembangan kognitif Piaget bukannya suatu teori

psikologikal tetapi ialah satu pandangan epistemologi, iaitu suatu falsafah

pengetahuan (Philosophy of Knowledge) yang diperolehi melalui pemerhatian

terperinci yang dilakukan ke atas beribu-ribu kanak-kanak pada pelbagai umur dan

perkembangan. Walau bagaimanapun, melalui kaedah ini, Piaget telah berjaya

mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kanak -kanak yang telah

diterima pakai sebagai satu teori komprehensif yang meliputi kesemua budaya dan

masyarakat (Mahamood Nazar Mohamed, 2001).

2.1 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PEAGET

Jean Piaget ( 1896 – 1980 ) merupakan pengasas kepada teori perkembangan

kognitif manusia melalui peringkat – peringkat perkembangan. ( Ramlah dan

Mahani,2002). Beliau telah cuba menjelaskan tentang kaedah manusia

mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Antara konsep penting yang diutarakan

oleh beliau dalam teori ini ialah perkembangan kognitif merujuk kepada potensi am

yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.

Sebagai contoh, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa

gerakan pantulan seperti menghisap, memandang, mencapai, merasa dan

memegang. Peaget mengenalpasti empat faktor yang berkait rapat dengan proses

pemikiran individu (rujuk lampiran, rajah 1.0) .

2.1.1 KONSEP ASAS MENCAPAI KESEIMBANGAN

Dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), proses pemikiran kita

berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai

kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan

mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka.

Piaget mengenalpasti lima konsep asas yang berkait rapat dengan

3

Page 4: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

pembelajaran kognitif seseorang individu iaitu skema, organisasi, adaptasi,

asimilasi dan akomodasi:

1) Skema : Merujuk kepada kebolehan atau pengalaman individu yang

dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi untuk

melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Dalam erti kata lain, skema juga

boleh diklasifikasikan sebagai fitrah. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah

dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai

skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa,

memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.

2) Organisasi: Merujuk kepada proses penyusunan dan pembentukan skema

– skema individu. Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman,

mereka akan menyusun pengalaman – pengalaman tersebut dalam minda

masing – masing bermula dengan pembentukan skema yang mudah dan

kemudian beransur mengikut proses semula jadi kepada skema yang semakin

kompleks. Contohnya, bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek,

kanak – kanak membina skema untuk mengklasifikasikan sesuatu objek yang

dilihat, dan orang dewasa membina skema untuk bekerja serta memasak.

3) Adaptasi: Merupakan satu keadaan yang mana wujud keseimbangan di

antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Ia

juga merupakan suatu proses yang melibatkan perubahan atau penukaran

skema lama kepada skema baru. Keadaan keseimbangan akan wujud apabila

kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi untuk mencipta

hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget

mendapati kemampuan mental manusia muncul pada tahap tertentu dalam

proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau, perubahan daripada satu

peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-

kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada

pengalaman yang relevan.

4) Asimilasi: Merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru

diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku

4

Page 5: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada

pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang

baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan

menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus

merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan

yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

5) Akomodasi: Merupakan suatu proses yang mana struktur kognitif

mengalami perubahan. Ia akan berlaku apabila individu dapat menukar skema

lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Jean Piaget menganggap

perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak

yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan

objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep

terhadap magnet itu.

2.1.2 PERINGKAT – PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF

Mengikut teori perkembangan Jean Piaget dalam buku Haliza Hamzah dan

Joy N. Samuel, (2010), kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat

peringkat iaitu:

RAJAH 1.1

1) Peringkat Deria Motor / Sensorimotor ( 0-2 tahun ).

Pada peringkat ini, bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk

mempelajari tentang persekitarannya. Skema – skema yang terbentuk adalah

hasil daripada interaksi fizikal bayi dengan persekitaran. Contoh, bayi

menggunakan mulut untuk merasa sesuatu objek dan mengkoordinasi mata

dan tangan untuk mencapai objek. Menurut Piaget, aktiviti intelektual bayi

5

Peringkat Deria Motor (0-2

tahun)

Peringkat Pra-Operasi (2-7

tahun)

Peringkat Konkrit (7-12

tahun)

Peringkat Operasi Formal (selepas

12 tahun).

Page 6: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

merupakan reaksi kitaran, iaitu mengulang- ulangkan kejadian pengalaman

baru yang ditemui akibat daripada aktiviti pergerakkan dan penerimaan

maklumat melalui deria bayi tersebut. Pengalaman meneroka perlu diawasi

oleh orang dewasa kerana bayi belum pandai membezakan antara sesuatu

yang merbahaya dengan yang tidak merbahaya. Pengawasan yang

disertakan dengan penjelasan atau perbualan daripada orang dewasa akan

meningkatkan perkembangan intelektual bayi. ( Rohani Abdullah, 2001)

2) Peringkat Pra Operasi ( 2-7 tahun )

Apabila berumur 2 tahun, berlaku perubahan besar dari segi perkembangan

kognitif apabila ia mula boleh menggunakan skema yang berasaskan

penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk perwakilan simbolik yang lain serta

dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mudah. Bayi sudah boleh

menggunakan simbol, objek atau perkataan untuk mewakilkan sesuatu benda

atau peristiwa. Walau bagaimanapun, Piaget juga beranggapan bahawa

pemahaman kanak- kanak praoperasi masih lemah. Misalnya, kanak-kanak

praoperasi masih tidak dapat menguasai konsep kekekalan yang melibatkan

kekekalan jisim, isi padu dan nombor. Prinsip ketekalan iaitu pengetahuan

bahawa kuantiti adalah tidak berhubung dengan susunan atau keadaan fizikal

sesuatu objek. Contohnya apabila segumpal tanah liat yang di bentuk segi

tiga yang kemudiannya diubah membentuk segi empat tanpa mengubah

amaunnya, mereka mengatakan bahawa tanah liat yang berbentuk segi

empat itu lebih besar daripada yang berbentuk segi tiga tadi (Asmawati Desa,

2004). Sebab utama seseorang kanak-kanak gagal memahami konsep

kekalan ialah pemikirannya masih dipengaruhi oleh apa yang mereka lihat.

3) Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun )

Bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun, mereka berada pada tahap ketiga

berdasarkan teori Piaget yang dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu

berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini,

kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada

tahap praoperasi. Pada ketika ini, sikap mementingkan diri sendiri dan tidak

mengendahkan keperluan orang lain akan beransur hilang kerana pada

6

Page 7: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

peringkat ini kanak-kanak akan bersifat lebih matang dan terbuka serta bakal

menempuhi peringkat seterusnya iaitu awal remaja. Selain itu, Jean Piaget

berpendapat bahawa kanak-kanak akan mengalami pemusatan perhatian

terhadap satu-satu perkara, mereka mula memperoleh konsep transformasi,

menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsang. Pada

peringkat ini, perasaan ingin tahu kanak-kanak mula meningkat dan gemar

bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih

dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan

mereka mula menerima pendapat orang lain. Mengikut Jean Piaget dalam

buku Mok Soon Sang(2009), kanak-kanak akan mula belajar bermain dan

bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan

mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat

ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur

pemikiran logik. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau

objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu,

Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini

boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh

beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

4) Peringkat Operasi Formal ( 11tahun ke atas )

Mula berfikiran abstrak. Berupaya menyelesaikan masalah yang konkrit dan

abstrak. Kanak - kanak pada peringkat ini boleh mengkaji masalah - masalah

abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah

tersebut. Sebagai contoh, kanak - kanak boleh menyelesaikan masalah

matematik dimana melibatkan perwakilan abstrak. Cth : 4x + x =10. Apakah

nilai x?

3.0 PROFIL ROBERT JAMES HAVIGHURST

Robert James Havighurst dilahirkan pada 5 Jun 1900 di De Pere, Wisconsin. Beliau

adalah seorang professor, pendidik dan pakar penuaan. Robert Havighurst mula

melangkah ke bidang pendidikan di Wisconsin dan Illinois. Beliau mendapat banyak

ijazah dan telah mencapai pelbagai pencapaian dalam bidang akademik Pada tahun

1918 -1921 B.A dari Ohio Wesleyan University, manakala pada tahun 1922 M.A dari

7

Page 8: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

Ohio State Universiti, seterusnya pada tahun1924, mendapat PHD di Chemistry Ohio

State Universiti, pada tahun 1953-1954, Fulbright Scholar, Universiti Canterbury,

New Zealand, pada tahun 1961, Fulbright Scholar, University Buenos Aires, 1962

Honorary Degree Sc. Di Universiti Adelphi dan pada tahun 1963, beliau mendapat

Hon. L.L.D di Ohio Wesleyan University.

3.1 TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK – KANAK

Robert Havighurst berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh

persekitarannya. Institusi keluarga amat mempengaruhi personaliti kanak-

kanak. Beliau telah menghuraikan konsep tugas perkembangan dalam bukunya

human Development and Education yang diterbitkan pada tahun 1953. Tugas

perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tinkah laku

yang sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu

( Atan Long, 1980). Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang

merangkumi kemahiran-kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti

fizikal. Contohnya ialah seperti berjalan, berlari, memanipulasi objek, duduk,

melompat dan sebagainya. Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi

perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan pendengaran.

3.1.1 PERINGKAT – PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK – KANAK

Robert Havighurst dalam bukunya Human Development And Education (1953)

menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak. Beliau telah

membahagikan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak kepada tiga iaitu

peringkat lahir hingga awal kanak-kanak (0 hingga 6 tahun), kanak-kanak (6 hingga

12 tahun), awal remaja dan remaja (12 hingga 18 tahun). Robert Havighurst

berpendapat bahawa setiap individu mesti menyelesaikan tugasan pada setiap

peringkat perkembangan.

i) Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (0 – 6 tahun)

Tugasan atau perkembangan adalah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu

dikuasai oleh individu. Sebagai contohnya, bayi perlu merangkak terlebih dahulu

sebelum berjalan (lebih rumit) yang mana bayi perlu menyelesaikan masalah

8

Page 9: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

merangkak sebelum berjalan iaitu kemahiran yang lebih tinggi. Oleh yang demikian,

beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh

persekitarannya, nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat. Ini kerana

perkembangan kanak-kanak sudah semestinya lebih lancar sekiranya ibu bapa

memahami keperluan pembelajaran anak mereka terutamanya dlam proses ini.

Perkembangan tugasan seseorang adalah mengikut peringkat umur masing-masing.

Pada usia ini kanak-kanak mula mengenali persekitaran yang ada disekeliling

mereka. Keinginan mereka untuk mencuba sesuatu amat ketara. Contohnya,

Syauqina mempunyai keinginan untuk membuat sesuatu yang dirasakan betul

seperti mengayuh basikal bersama teman-teman serta meniru gaya orang lain

seperti meniru gaya ibunya memakai tudung.

ii) Peringkat pertengahan kanak-kanak ( 6 – 12 tahun )

Pada peringkat umur 6 hingga 8 tahun iaitu ketika pertengahan kanak-kanak, dapat

dilihat beberapa perkembangan fizikal berlaku iaitu ketinggian dan berat badan

meningkat secara perlahan hinggalah keperingkat remaja. Gigi susu juga perlahan-

lahan diganti dengan gigi kekal dan penulisan kanak-kanak ketika ini menjadi lebih

kecil dan baik. Pada ketika ini juga, kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan yang

diorganisasi secara terperinci dan dalam permainan pula, mereka akan menambah

permainan yang mengikut peraturan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih kasar. Faktor

persekitaran mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, setiap individu, kecuali

kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri-ciri fizikal seperti saiz badan, tinggi –

rendah, berat- ringan, bentuk dan warna, organ deria serta kemahiran fizikal yang

unik. Kajian menunjukkan ciri-ciri fizikal luaran khasnya warna rambut dan organ

deria diwarisi oleh gen-gen ibu bapa. Antara tugas-tugas perkembangan kanak-

kanak pada peringkat ini ialah membentuk fizikal untuk permainan. Ketika ini, kanak-

kanak lebih cenderung untuk bermain atau melakukan sesuatu aktiviti yang lebih

menggunakan tenaga kerana kanak-kanak pada ketika ini amat aktif. Oleh sebab itu,

kanak-kanak memerlukan fizikal yang lebih kuat untuk melakukan aktiviti-aktiviti dan

permainan yang lasak.

Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 9 hingga 11

semakin berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari, melompat,

melontar, menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih cepat dan

9

Page 10: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

dikoordinasi dengan lebih baik. Selain itu, masa tindak balas bertambah baik dan

membantu perkembangan kemahiran motor. Kemahiran perwakilan mendalan dalam

tulisan juga semakin berkembang. Perlu diketahui bahawa peralihan akhir kanak-

kanak kepada awal remaja adalah didahului oleh individu perempuan 2 tahun lebih

awal.

iii) Peringkat akhir kanak – kanak ( 12 ke atas)

Ketika umur meningkat kepada 12 hingga 14 tahun iaitu zaman awal remaja,

pertumbuhan paling utama sekali ialah melibatkan perkembangan organ seks dan

pertumbuhan tumbesaran seperti bentuk tubuh. Bagi remaja perempuan, pada ketika

ini akan berlaku penambahan lemak pada bahagian tertentu badan dan pada ketika

ini, biasanya remaja perempuan akan mengalami kematangan lebih awal berbanding

lelaki. Remaja perempuan mula keluar haid dan mencapai klimaks kepada

pertumbuhan badan. Bagi remaja lelaki, pada ketika inilah pertumbuhan mula

memuncak dan kesedaran orientasi seksual mula wujud. Bentuk tubuh remaja lelaki

kelihatan lebih gagah.

4.0 KAITAN PERKEMBANGAN KOGNITIF DENGAN PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Terdapat pelbagai isu pendidikan yang boleh dikaitkan dengan perkembangan

kognitif kanak – kanak di Malaysia. Antaranya ialah Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Prasekolah, Kurikulum Permata Negara, Dasar

Asuhan dan Didikan Awal Kanak- Kanak dan juga Konsep Literasi Dan Numerasi.

4.1 DASAR KURIKULUM PERMATA NEGARA

Menurut Jean Peaget, implikasi perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat

pra operasi dalam lingkungan umur 2 hingga 7 tahun ialah dengan mengajar kanak-

kanak menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit seperti menggunakan

bahan maujud seperti batu dan guli untuk mengajar kemahiran menambah dan

menolak. Disamping itu, arahan yang diberikan guru haruslah pendek disertai

dengan contoh. Sebagai contoh, arahan untuk beratur di luar kelas atau bagaimana

untuk menjalankan sesuatu aktiviti dengan menggunakan ayat yang mudah, ringkas

dan jelas.

10

Page 11: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

Jadi, di sini kita dapat mengaitkan perkembangan kognitif pra operasi kanak –

kanak dengan isu pendidikan yang berkaitan dengan Dasar Permata Negara yang

difokuskan kepada kanak - kanak yang berusia 0 – 4 tahun di Malaysia. Dasar

Kurikulum Permata Negara dilaksanakan bertujuan untuk memupuk minat belajar

pada awal usia kanak- kanak dan mengembangkan bakat serta kebolehan mereka

yang tersendiri. Bertepatan dengan Falsafah Kurikulum Permata Negara yang

bertujuan mengembangkan potensi setiap anak permata negara secara holistik bagi

mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani,

sosial dan komunikasi.

Usaha ini memerlukan kerjasama yang jitu antara pendidik, ibu bapa dan

komuniti. Memetik kata – kata Datin Rosmah Mansor dalam ucapan beliau ketika

sidang media pada 12 April 2011, "Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk

berinteraksi dengan alam sekitar, dibenarkan mencari pengetahuan baru dan nilai-

nilai berdasarkan pengalaman konkrit supaya mereka dapat membina kemahiran

berfikir," ujarnya. Beliau Turut mencadangkan agar menerbitkan bahan bacaan atau

rujukan mengenai pengasuhan dan pendidikan awal kanak–kanak hasil dari kajian

yang dijalankan berasaskan keperluan pembangunan kanak–kanak dan membina

jaringan dengan pelbagai pihak dalam dan luar dalam meningkatkan mutu dan kualiti

asuhan dan didikan awal kanak kanak di Malaysia (PERMATA Negara, Jabatan

Perdana Menteri 2008).

4.2 DASAR ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK – KANAK

Selain itu, perkembangan kognitif pada awal usia kanak – kanak juga boleh dikaitkan

dengan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak – Kanak seperti yang dilaksanakan

oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Taman Didikan/Bimbingan Kanak-

Kanak ( TADIKA/TABIKA), dan Taman Asuhan Kanak – Kanak (TASKA). Dasar

Asuhan Dan Didikan Awal Kanak- Kanak Kebangsaan ialah dasar yang

komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak –

kank dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi

kanak – kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh dan

pelengkap kepada dasar pendidikan yang sedia ada.

11

Page 12: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

Berdasarkan teori perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh Jean

Peaget dalam buku Mok Soon Sang, (2010), kita dapati bahawa empat faktor yang

berkait dengan pemikiran individu atau pun kanak – kanak iaitu kematangan biologi,

interaksi dengan persekitaran, pengalaman sosial dan keseimbangan dapat

dikembang dan diperluaskan melalui program Dasar Asuhan dan Didikan Awal

Kanak – Kanak yang dilaksanakan. Hal ini demikian kerana pihak kerajaan telah

mengambil langkah yang bijak bertujuan mendedahkan kanak – kanak kepada

kempat – empat faktor tersebut pada usia yang masih mentah dan baru setahun

jagung. Contohnya, kanak – kanak dapat memperluaskan interaksi mereka dengan

persekitaran kondusif yang terdapat di sekeliling mereka, mampu menjalinkan

pengalaman sosial bersama rakan – rakan dan guru serta membentuk

keseimbangan dalam pemikiran mereka.

Pada tahun 1972, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina akta

yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran

1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ Sekolah Asuhan)

(Pendaftaran). Sebanyak 90 % daripada kanak-kanak yang mendapat pendidikan di

peringkat ini diletakkan di dalam kelas pertama apabila mereka memasuki sekolah

rendah (Ee Ah Meng 1998).

4.3 KURIKULUM STANDARD PRA SEKOLAH

Di samping itu, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan turut menyediakan

peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai

objektif dalam aspek jasmani, emosi dan social, intelek dan rohani. Fokus utama

adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak,

menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran

dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran

konstektual dan pembelajaran berasaskan projek.

Sebagaimana yang dapat dikaitkan dengan teori perkembangan kognitif Jean

Peaget iaitu hal yang berkaitan dengan empat faktor yang mempengaruhi pemikiran

individu, kanak – kanak yang didedahkan kepada Kurikulum Standard Pra sekolah

mampu mencapai standard pemikiran kanak – kanak yang dikehendaki khususnya

berkaitan dengan kerohanian, sikap dan nilai. Sebagai contoh, kanak – kanak

mampu mengamalkan nilai murni seperti mengamalkan amalan membaca doa

12

Page 13: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

sebelum dan selepas makan, menghormati guru, ibu bapa dan rakan – rakan dalam

kehidupan seharian. Dari segi aspek fizikal dan estetika, kanak – kanak dirangsang

untuk membentuk kesejahteraan diri, menjaga kesihatan dan juga memupuk daya

daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Mereka juga berkebolehan

berinteraksi dengan orang lain dan boleh bekerja secara bersendirian dan juga

secara berkumpulan. Lebih – lebih lagi, mereka mampu berkomunikasi

menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam

konteks kehidupan harian. Menurut Rohaty Mohd Majzub (2003), pendidikan

prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan

selanjutnya serta  menentukan kejayaan hidup seseorang individu.

4.4 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Menurut Jean Peaget, bagi kanak-kanak kategori operasi konkrit ( 7 hingga 12 ),

mereka berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat

dengan situasi konkrit dan mereka sepatutnya memahami proses perubahan,

keterbalikan dan menaakul. Maka, di sini kita dapat mengaitkannya dengan salah

satu daripada konsep 4M yang terdapat dalam KSSR iaitu menaakul. Pemikiran

kanak – kanak dibentuk untuk mencapai tahap pemikiran yang kreatif dan kritis.

Menaakul adalah kemahiran pemikiran aras tinggi dalam memahami sebab-akibat.

Dalam Taxonomy Bloom sekalipun, ia berada dalam aras kesusahan sederhana.

Kemahiran menaakul juga dikategorikan dalam kebolehan menganalisis. Murid

seharusnya mampu memahami proses mendapat suatu ilmu itu, daripada menerima

suatu ilmu itu seadanya.

Menurutnya lagi, perkembangan kognitif kanak-kanak bagi peringkat umur 7

hingga 11 tahun adalah lebih menjurus kepada pengetahuan tentang bahan yang

konkrit terutama untuk belajar kemahiran baru. Sebagai contoh, model-model tiga

dimensi 3D seperti haiwan dan tumbuhan boleh membantu kanak-kanak

mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada mereka. Implikasi lain terhadap

proses ini ialah kanak-kanak harus diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji

objek-objek yang diajar. Sebagai contoh, satu eksperimen telah dijalankan dalam

subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis

tumbuhan.

13

Page 14: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

Berdasarkan penjelasan tersebut, kita dapat mengaitkannya dengan salah

satu daripada ciri – ciri penting KSSR iaitu literasi sains dan teknologi. Dalam aspek

ini, kanak – kanak didedahkan untuk menguasai pengetahuan sains, kemahiran dan

sifat saintifik serta menguasai kemahiran berasaskan teknologi. Mengikut Jean

Piaget dalam buku Mok Soon Sang (2009), kanak-kanak pada peringkat ini juga

akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya kerana pada

tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Maka, kita dapat

mengaitkannya dengan aspek kemanusiaan dan sosial yang terdapat dalam KSSR.

Kanak – kanak digalakkan untuk membina sahsiah diri yang dikehendaki dan

menjalin hubungan yang baik bersama masyarakat terutamanya rakan – rakan.

4.5 LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin,

( Isu, Kontroversi, Pandangan Serta Harapan.Sebuah Wawancara 2012), LINUS

merupakan program pemulihan yang dilaksanakan bermula 2010 untuk murid –

murid normal yang menghadapi masalah membaca, menulis dan mengira atau

singkatannya 3M khususnya tahun 1. Menurutnya lagi, secara ringkas literasi adalah

kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, manakala numerasi

bermaksud kebolehan melakukan operasi asas matematik.

Dasar ini bersesuaian dengan teori Jean Peaget yang hendak dikaitkan iaitu

kanak – kanak pada peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) sudah berkebolehan

untuk berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi

yang konkrit. Mereka juga sudah boleh menguasai konsep pengekalan, pengelasan

dan proses menyusun secara bersiri mengikut susunan menaik dan menurun.

Dalam konteks ini, kita dapat melihat program LINUS ini adalah sangat

bersesuaian bagi memantap dan memperkemaskan lagi kebolehan kanak – kanak.

Mereka didedahkan kepada aktiviti pemulihan dan pengukuhan yang terdapat dalam

LINUS agar kemahiran kognitif mereka pada peringkat ini tidak disia – siakan seperti

kebolehan pengekalan, pengelasan yang lebih menjurus kepada subjek Matematik.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, program ini memberi penekanan kepada murid 3

tahun pertama persekolahan sekali gus membolehkan pembelajaran Tahun 4

bermula 2013 diteruskan tanpa banyak kekangan.

14

Page 15: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

5.0 KAITAN PERKEMBANGAN FIZIKAL DENGAN PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA

5.1 DASAR KURIKULUM PERMATA

Berdasarkan pandangan Robert Havighurst dalam buku Perkembangan Kanak –

Kanak ( Mok Soon Sang, 2009), perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat

awal sekitar umur 2 hingga 6 tahun adalah melibatkan perkembangan di psikomotor

peringkat awal iaitu kanak – kanak mula belajar makan sendiri, memegang objek –

objek besar seperti bola dan memanipulasi objek – objek kecil seperti pensel warna.

Dalam hal ini, kita dapat mengaitkannnya dengan Kurikulum Permata yang

dilaksanakan di Malaysia. Kanak – kanak mengikuti bidang pelajaran yang berkaitan

dengan perkembangan fizikal, koordinasi motor dan pengurusan diri. Dalam

kurikulum permata ini, kanak– kanak diberikan penekanan dalam aspek fizikal

seperti belajar memperkembangkan kebolehan psikomotor seperti memegang alat –

alat permainan, melompat dan berlari. Mereka juga diajar untuk tahu menguruskan

diri seperti membutangkan bajunya sendiri yang mana memerlukan kepada aplikasi

koordinasi motor. Maka, keperluan mereka dipenuhi melalui dasar ini iaitu guru-guru

diajar dan diberikan latihan dalam membantu kanak-kanak mengembangkan diri

mereka seperti melatih mereka memahirkan penggunaan otot halus untuk menulis

dan mewarna, menyusun dan bermain dengan alat – alat permainan.

5.2 DASAR 1 MURID 1 SUKAN

Mengikut teori Robert Havighurst, perkembangan fizikal akhir kanak-kanak iaitu

ketika berumur 9 hingga 11 semakin berkembang. Perkembangan mereka lebih

cenderung kepada membentuk kemahiran fizikal untuk permainan. Mereka

menguasai sesuatu permainan contohnya permainan yang melibatkan pergerakan

motor kasar seperti tangan, kaki dan sebagainya Pada ketika ini, kemahiran motor

seperti berlari, melompat, melontar, menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan

dengan lebih cepat dan dikoordinasi dengan lebih baik. Maka, sesuailah dengan

dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun 2011, iaitu Dasar 1 Murid 1

Sukan.

15

Page 16: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar

Mahmud, dasar itu mewajibkan semua murid yang tidak mengalami masalah

kesihatan memilih satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau dijalankan dengan

persetujuan sekolah. Antara lain juga, dasar ini berhasrat memupuk budaya

bersukan dalam kalangan murid supaya menjadi anggota masyarakat yang

mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Justeru, dengan adanya dasar tersebut,

perkembangan fizikal dan pemupukan potensi kesukanan kanak – kanak dapat

dicungkil dan seterusnya dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu,

dasar ini tidak hanya memfokuskan kepada sesetengah murid yang sedia

berkebolehan dalam sukan sahaja, bahkan diwajibkan untuk semua murid bagi

melahirkan modal insan yang sesuai dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas

Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, guru – guru bagi dasar ini

digalakkan untuk membimbing kanak – kanak untuk belajar menguasai

perkembangna psikomotor mereka seperti berlari dan bersukan. Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati

manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang

membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

5.3) JERIS

Berdasarkan teori Robert Havighurst, kanak-kanak mula membentuk konsep diri

yang sihat terutamanya dalam aspek fizikal dan jasmani sekitar umur 6 – 12 tahun. .

Hal ini kerana badan yang aktif akan menjadikan tubuh badan kanak-kanak lebih

sihat dan cergas, seterusnya membentuk pemikiran yang cerdas dalam diri mereka.

Dalam aspek ini, kita juga boleh mengaitkan perkembangan jasmani kanak – kanak

sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu menghasilkan

individu secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan harmonis dari segi jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang merangkumi aspek pembangunan

kemanusiaan. ( Choong Lean Keow, Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia, 2008)

Berkaitan dengan konteks ini, perkembangan diri individu yang seimbang dan

harmonis sangat berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan dengan kompetensi

kecerdasan jasmani. Hal ini demikian kerana ia meruapakan suatu aspek yang

bergerak seiring dengan unsur – unsur intelek, rohani, emosi dan sosial. Justeru,

kita dapat melihat dan menilai mengapa dasar pendidikan negara amat

16

Page 17: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

mementingkan keseimbangan JERIS dalam diri murid. Unsur jasmani kanak – kanak

dititikberatkan agar mereka menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal dalam

diri, kanak – kanak mampu mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal,

manipulatif dan sosial. Seterusnya, mereka juga diberikan kesedaran dan

penghayatan agar menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan

masyarakat.

5.4) KSSR

Mengikut teori Robert Havighurst, pada peringkat umur 7 – 12 tahun, tugas – tugas

perkembangan fizikal kanak – kanak berkembang dengan stabil dan tidak begitu

pesat. Ia merupakan lebih kepada penambahbaikan kemahiran – kemahiran

psikomotor yang sedia ada seperti perkembangan otot – otot halus, koordinasi mata

dan tangan serta kebolehan menulis dengan kemas .Seiring dengan itu, penulisan

kanak-kanak ketika ini menjadi lebih kecil dan baik. Pada ketika ini juga, kanak-

kanak mampu menghasilkan lukisan yang diorganisasi secara terperinci dan dalam

permainan pula, mereka akan menambah permainan yang mengikut peraturan

dengan aktiviti-aktiviti yang lebih kasar. Pergerakan psikomotor mereka yang

semakin berkembang dan terlatih ini membolehkan mereka untuk mempelajari alat –

alat muzik seperti piano dan biola, menjahit, mengait dan membina model.

Dalam konteks ini, dasar yang diperkenalkan dalam KSSR adalah sangat

bersesuaian dengan kebolehan kanak – kanak itu sendiri iaitu berkaitan dengan

perkembangan Fizikal & Estetika. Melaluinya, perkembangan jasmani dan kesihatan

untuk kesejahteraan diri terpelihara dan berlakunya pemupukan daya imaginasi,

kreativiti, bakat dan asperiasi. Kebolehan, keupayaan dan potensi mereka dapat

dikembangkan dengan lebih meluas dan sistematik dengan adanya mata pelajaran –

mata pelajaran yang berkaitan seperti Seni Visual dan Muzik, Pendidikan Jasmani &

Pendidikan Kesihatan, Dunia Sains dan Teknologi, serta Reka Bentuk & Teknologi /

TMK .Kanak – kanak mampu mengaplikasikan kemahiran – kemahiran mereka

sekali gus bakat dan potensi yang dimiliki dapat digilap dengan lebih berkesan.

5.5 KSPK

17

Page 18: EDU

PERKEMBANGAN KANAK - KANAK

Berdasarkan pandangan Robert Havighurst dalam buku Perkembangan Kanak –

Kanak ( Mok Soon Sang, 2009), perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat

awal iaitu sekitar umur 2 hingga 6 tahun adalah melibatkan perkembangan pada

psikomotor peringkat awal iaitu kanak – kanak mula mengaplikasikan kemahiran

psikomotor yang dimiliki seperti belajar makan sendiri, memakai pakaian sendiri,

mampu memegang objek – objek besar seperti bola dan memanipulasi objek –

objek kecil seperti pensel warna dan sebagainya.

Berdasarkan KSPK, perkembangan fizikal kanak kanak khususnya kemahiran

psikomotor dan otot – otot halus dititikberatkan dengan menyediakan modul bertema

yang menyepadukan elemen-elemen dalam 6 tunjang dan unsur kreatif, kritis dan

inovatif Sebagai contoh, guru – guru prasekolah sentiasa menyediakan bahan

pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan kanak – kanak

sesuai dengan tahap kecerdasan mereka. Namun begitu, tujuan guru menyediakan

alat bantu mengajar seperti bola, pensel warna, kombinasi pecahan – pecahan

bongkah, dan alat – alat permainan yang sedemikian adalah sangat berkait rapat

dengan kebolehan psikomotor mereka iaitu melatih murid – murid memahirkan

kemahiran tersebut.

Selain itu, KSPK turut mengaplikasikan konsep 4M ( membaca, menulis,

mengira dan menaakul) dalam P&P. Namun begitu, jika dikaitkan dengan teori fizikal

Robert Havighurst, proses menulis lebih diambil kira kerana di situlah terletaknya

pengaplikasian psikomotor kanak – kanak.

18