edu kumpulan

5
Sesetengah ahli psikologi mengklasifikasikan motivasi kepaada motivasi fisiologi (misalnya, keperluan asa manusia seperti makanan,minuman ,seks dan sebagainya) dan motivasi sosial (misalnya, berharap mendapat reputasi dan keuntungan). Ada ahili-ahli psikologi membahagikan motivasi kepada dua motivasi asas (primary motives) yang bersifat semula jadi dan motivasi yang dibentuk daripada pembelajaran (learned motives). Ada ahli-ahli psikologi lain yang mengaitkan motivasi dengan pengajaran dan pembelajaran, menggolongkan motivasi kepada motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik merupakan kecenderungan untuk mencapai atau mengatasi cabaran-cabaran kerana minat atau menggunakankeupayaan yang ada. Seseorang yang bermotivasi intrinsik tidak memerlukan insentif luaran, sama ada dalam bentuk ganjaran atau dendaan, untuk bekerja. Kerja berkenaan sudah merupakan ganjaran kerana kepuasan yang dirasai. Motivasi ekstrinsik pula ialah kecenderungan untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran luaran seperti markahdan gred, ataupun mengelak daripada dendaan. Ringkasnya, perbezaan asas antara kedua-dua jenis motivasi ini ialah sebab-sebab sesuatu tingkah laku itu dilaksanakan, sama ada berpunca dari dalam atau luar. Kertas konseptual ini memfokuskan mengenai kaedah pengajaran guru mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar. Teori Dua-Faktor (Herzberg) memberi penekanan kepada kepentingan motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Pakar-pakar psikologi organisasi menyatakan motivasi intrinsik terhasil daripada hubungan secara langsung antara pekerja dan tugas dan biasanya bersifat aplikasi kendiri (self-applied). Motivasi ekstrinsik pula terbentuk berdasarkan persekitaran luaran tempat kerja yang mana pada kebiasaannya dikawal oleh individu-individu lain. Hubungan motivasi ekstrinsik dan

Upload: rama-devi

Post on 17-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

owiuiwewjatamakraamdevi kri

TRANSCRIPT

Sesetengah ahli psikologi mengklasifikasikan motivasi kepaada motivasi fisiologi (misalnya, keperluan asa manusia seperti makanan,minuman ,seks dan sebagainya) dan motivasi sosial (misalnya, berharap mendapat reputasi dan keuntungan). Ada ahili-ahli psikologi membahagikan motivasi kepada dua motivasi asas (primary motives) yang bersifat semula jadi dan motivasi yang dibentuk daripada pembelajaran (learned motives). Ada ahli-ahli psikologi lain yang mengaitkan motivasi dengan pengajaran dan pembelajaran, menggolongkan motivasi kepada motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik merupakan kecenderungan untuk mencapai atau mengatasi cabaran-cabaran kerana minat atau menggunakankeupayaan yang ada. Seseorang yang bermotivasi intrinsik tidak memerlukan insentif luaran, sama ada dalam bentuk ganjaran atau dendaan, untuk bekerja. Kerja berkenaan sudah merupakan ganjaran kerana kepuasan yang dirasai. Motivasi ekstrinsik pula ialah kecenderungan untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran luaran seperti markahdan gred, ataupun mengelak daripada dendaan. Ringkasnya, perbezaan asas antara kedua-dua jenis motivasi ini ialah sebab-sebab sesuatu tingkah laku itu dilaksanakan, sama ada berpunca dari dalam atau luar. Kertas konseptual ini memfokuskan mengenai kaedah pengajaran guru mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar. Teori Dua-Faktor (Herzberg) memberi penekanan kepada kepentingan motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Pakar-pakar psikologi organisasi menyatakan motivasi intrinsik terhasil daripada hubungan secara langsung antara pekerja dan tugas dan biasanya bersifat aplikasi kendiri (self-applied). Motivasi ekstrinsik pula terbentuk berdasarkan persekitaran luaran tempat kerja yang mana pada kebiasaannya dikawal oleh individu-individu lain. Hubungan motivasi ekstrinsik dan intrinsik menunjukkan apabila kedua-dua hasil intrinsik dan ekstrinsik sangat menarik, ia akan menyumbang secara positif kepada motivasi. Secara umumnya, kajian turut mendapati ganjaran intrinsik dan ekstrinsik adalah perlu untuk meningkatkan motivasi di tempat kerja. (Abdul Rahim Bin Hamdan et al. 2008). Kajian Abdul Rahim Bin Hamdan et al. (2008). menjelaskan pelajar mempunyai matlamat yang tersendiri untuk meneruskan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Pengaruh keluarga, sekolah, pekerjaan, pengetahuan dan perkembangan profesional merupakan sebab-sebab biasa mengapa seseorang itu belajar melangkaui pembelajaran asas. Oleh demikian faktor ini yang membawa kepada peningkatan tahap motivasi pembelajaran pelajar melalui motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Ujian teori berprestasi berpendapat bahawa individu boleh mempunyai motivasi tinggi atau rendah dalam dua dimensi yang berasingan: tugas-orientasi dan ego-orientasi. Misalnya bila diterapkan di dalam konteks sukan, atlet yang motivasinya tinggi dalam tugas-orientasi mendefinisikan kejayaan relatif terhadap kemampuan mereka untuk melakukan tugas-tugas tertentu dengan lebih kompeten berbanding hasil tugas-tugas dengan athlets lain menurut (Gilson et al. 2008). Teori pencapaian Mc Clelland telah diterangkan oleh Arlina (2006) mempunyai 3 keadaan. Iaitu motivasi pencapaian, motif keakraban dan motif kekuasaan. Setiap manusia memiliki tiga motif ini, tetapi keadaannya adalah berbeza-beza mengikut individu itu sendiri, sama ada motivasi pencapaiannya tinggi, motivasi kekerapannya rendah dan motivasi kuasanya tinggi. Tetapi ada orang yang sebaliknya, Ini menunjukkan setiap orang mempunyai ciri-ciri konfigurasi tertentu.Abraham H.Maslow (1970) berpendapat bahawa seorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder . Beliau pada asalnya, membahagikan keperluan manusia kepada lima peringkat dan menyusunnya (dengan menambah dua peringkat baru kemudian) dalam satu hierarki mengikut peratusan anggaran kepuasanyang perlu tercapai oleh individu sendiri. Maslow selanjutnya menggolongkan ketujuh-tujuh keperluan manusia dalam dua kategori, iaitu keperluan kekurangan dan keperluan kewujudan atau penyuburan. Keperluan kekurangan meliputi keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri, kerana mengikut beliau, manusia sentiasa berusaha menyempurnakan diri, jika keperluan- keperluannya menghadapi masalah kekurangan. Manakala keperluan maklumat, estetik, aktualisasi kendiri dikategorikan sebagai keperluan penyuburan apabila semua keperluan dalam kategori keperluan kekurangan telah disempurnakan. Biasanya, orang yang berusaha mengejar dan memenuhi keperluan penyuburan seperti menggunakan bakatnya dalam menyempurnakan kendirinya, memperoleh ilmu pengetahuan dan menceburinya dalam bidang estetik adalah orang yang telah berjaya mengatasi keperluan kekurangan. Ini bermakna, hanya semua keperluan dalam kategori keperluan kekurangan telah dipenuhi, barulah manusia akan cuba berusaha menggunakan potensinya untuk memenuhi kekurangan dalam keperluan penyuburan.Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses pembelajaran. Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan bermakna dan berkesan. Oleh itu, motivasi memainkan peranan yang penting dalam mana-mana proses pembelajaran. Manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. Jadi motivasi digunakan untuk menggalakkan pelajar-pelajar supaya berusaha untuk belajar.Di sini guru Sejarah memainkan peranan penting untuk memotivasi dan memupuk minat pelajar untuk membaca kerana mata pelajaran sejarah memerlukan banyak pembacaan.Pada fasa ini juga guru perlu memberitahu pelajar akan objektif pembelajaran.Kami memilih sebuah artikel berkaitan motivasi pelajar iaitu kepentingan membaca . Membaca ialah suatu proses komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya adalah suatu proses memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Melalui membaca, kita boleh menggunakan ilmu yang kita perolehi daripada pembacaan untuk membantu diri sendiri atau orang lain di saat ditimpa kesusahan atau kesulitan. Contohnya, apabila kita bertemu dengan mangsa kemalangan yang memerlukan rawatan segera, kita boleh mempraktikkannya ke atas mangsa kemalangan tersebut disebabkan kita ada membaca buku tentang cara-cara rawatan kecemasan. Selain itu, ada juga bahan bacaan yang memberikan banyak pengajaran dan contoh teladan yang dapat membimbing kita dalam kehidupan. Malah juga ada buku yang boleh mengajar kita cara-cara untuk mengatasi masalah hidup dan memberikan jalan penyelesaian untuk memperbaiki taraf hidup kita.Kurang kemahiran membaca bukan sahaja akan menyebabkan proses pembelajaran kita menjadi sukar, malah minat kita untuk membaca juga boleh terturun atau menurun. Sebagai contohnya, matapelajaran sejarah perlu membaca banyak kerana banyak fakta fakta yang perlu diingat. Jika kita kurang membaca buku tersebut kita dapat menjawab soalan semasa menghadapi ujian. Oleh itu, pelajar dikehendaki membaca banyak buku sejarah mengingat semua yang terdapat dalam buku.