edu kumpulan

1

Click here to load reader

Upload: micky-yii

Post on 08-Apr-2016

224 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

tutorial

TRANSCRIPT

Page 1: EDU Kumpulan

Menurut Syed Arabi (1993), soal selidik merupakan satu alat yang penting

bagi seseorang penyelidik kerana kualiti atau mutu soal selidik akan menentukan

nilai penyelidikan pada keseluruhannya. Dengan ini, menjelaskan bahawa soal

selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan yang dibentuk

secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis. Bentuk soalan

yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan tertutup. Jenis soalan ini

mudah dianalisis dan menyenangkan responden untuk memberikan jawapan

kerana responden hanya dikehendaki memilih satu daripada beberapa pilihan

yang diberikan. Sekiranya soalan dalam soal selidik kabur, maka jawapan yang

diperolehi itu tidak akan memberikan pengertian yang nyata. Oleh itu, individu

yang membina borang soal selidik perlu berpengetahuan luas agar soalan

dinyatakan dengan jelas sehingga responden boleh menjawab tanpa kehadiran

penyelidik.

Kajian berbentuk soal selidik adalah satu kaedah yang popular digunakan

dalam kalangan penyelidik kerana soal selidik boleh merangkumi bidang yang

luas dan boleh dirangka dengan mudah. Menurut Gillham (2000), terdapat

berberapa sebab borang soal selidik menjadi pilihan kebanyakan penyelidik.

Antaranya adalah kos membina borang soal selidik yang murah dan masa yang

diperuntukkan singkat. Kaedah ini adalah mudah dijalankan, efektif dan berkesan

kepada penyelidik kerana menggunakan sumber dan tenaga yang minimum

untuk menjalankan kajian. Selain itu, penyelidik boleh memperolehi data atau

maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan cepat. Responden juga

boleh memilih tempat dan masa yang mereka mahukan bagi melengkapkan

borang soal selidik yang diberikan. Kaedah ini memang menyenangkan kedua-

dua pihak semasa kajian dijalankan. Melalui soal selidik, maklumat berhubung

dengan responden perlu dirahsiakan. Hal ini membolehkan responden menjawab

soalan berkenaan dengan selesa tanpa perlu rasa tertekan atau bimbang. Jadi,

buktilah bahawa kaedah soal selidik amat sesuai digunakan dalam kajian kami.

http://www.slideshare.net/sitimusliha/soal-selidik-merupakan-satu-set-

soalan-atau-item-dalam-bentuk-tulisan