1 pembentangan kumpulan edu

37
EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA KUMPULAN 5 SEMESTER 8 KELAS MT1 / PPG JUN 2011 INSTITUT PERGURUAN KAMPUS DARUL AMAN NAMA PENSYARAH: TN. HJ. KHALID BIN ABDULLAH [email protected]

Upload: noraini-huzin

Post on 15-Jul-2015

118 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 pembentangan kumpulan edu

EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

KUMPULAN 5

SEMESTER 8

KELAS MT1 / PPG JUN 2011

INSTITUT PERGURUAN KAMPUSDARUL AMAN

NAMA PENSYARAH: TN. HJ. KHALID BIN ABDULLAH

[email protected]

Page 2: 1 pembentangan kumpulan edu

AHLI KUMPULAN:

FAUZIAH BINTI MUSA

NORLIZA BINTI MOHAMAD

NORAINI BINTI HUZIN

Page 3: 1 pembentangan kumpulan edu

SOALAN

Sejauhmanakah usaha-usaha yang dijalankan di Malaysia dalam memberikan perlindungan kepada kanak-kanak seperti terkandung dalam Konvenyen Hak Kanak-Kanak 1989 berjaya dilaksanakan.

SOALAN 5

Page 4: 1 pembentangan kumpulan edu
Page 5: 1 pembentangan kumpulan edu

DEFINISI

Kanak-kanak didefinisikan sebagaiseseorang yang di bawah umur 18

tahun seperti yang termaktub dalamAkta Kanak-Kanak 2001.

Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi danaktiviti untukmencegah dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan,keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

Page 6: 1 pembentangan kumpulan edu

Sumber: Suhakam. (2010). Konvensyen MengenaiHak Kanak-kanak.

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK(1989)

Page 7: 1 pembentangan kumpulan edu

Perkara 2

Negara-negara pihak hendaklah menghormati danmemastikan bahawa hak-hak yang dinyatakan dalamkonvensyen ini diberikan kepada setiap kanak-kanak dalambidang kuasa mereka tanpa mengira apa-apa jenis ;

• diskriminasi, bangsa, warna, jantina, bahasa, agama,

• pandangan politik atau pandangan lain, warganegara,

• asal-usul etnik , sosial, harta, hilang upaya, status kelahiran@ status lain kanak-kanak itu, ibu bapanya ataupenjaganya yang sah

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK(1989)

Page 8: 1 pembentangan kumpulan edu

Perkara 3

1. Dalam segala tindakan berkenaan dengan kanak-kanak sama ada yang diaku janji oleh institusikebajikan masyarakat awam@ swasta, mahkamah, pihak berkuasa pentadbiran @ badan perundangan, kepentingan terbaik kanak-kanak itu hendaklahmenjadi pertimbangan utama

2. Negara-negara pihak mengaku janji untukmemastikan kanak-kanak itu diberi perlindungan danjagaan yang diperlukan bagi kesejahteraannya

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK(1989)

Page 9: 1 pembentangan kumpulan edu

Perkara 6

1. Negara-negara pihak mengiktirafkan bahawatiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sediaada untuk hidup.

2. Negara-negara pihak hendaklah memastikankanak-kanak setakat yang sebanyak mungkinboleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK(1989)

Page 10: 1 pembentangan kumpulan edu

Perkara 13

Kanak-kanak hendaklah berhak kepada kebebasanbersuara; hak ini hendaklah termasuk kebebasan untuk;

• mencari, menerima dan menyampaikan semua jenismaklumat dan idea,

• tanpa mengira sempadan, sama ada secara lisan, bertulis atau cetakan,

• dalam bentuk lukisan

• atau melalui apa-apa media lain yang dipilih olehkanak-kanak itu

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK(1989)

Page 11: 1 pembentangan kumpulan edu

Perkara 18

1. Negara-negara pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik merekamemastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapamempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangankanak-kanak, ibu bapa atau mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga disisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utamabagi didikan dan perkembangan kanak-kanak . Kepentingan terbaikkanak-kanak akan menjadi perhatian asas.

2. Bsgi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakandalam konvensyen ini, negara-negara pihak hendaklah memberibantuan sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran anakmereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK(1989)

Page 12: 1 pembentangan kumpulan edu

Perkara 19

Negara-negara pihak hendaklah mengambil segala langkahperundangan, pentadbiran, sosial dan pendidikan yang sewajarnyauntuk melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk keganasan

• Fizikal

• mental,

• Kecederaan

• Penderaan

• pengabaian @ pelakuan cuai,

• penganiayaan @ eksploitasi, termasuk penderaan seksual

semasa dalam jagaan ibu bapa(ibu bapa), penjaga di sisi undang-undang (penjaga-penjaga di sisi undang-undang)

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK(1989)

Page 13: 1 pembentangan kumpulan edu

Perkara 23

Negara-negara pihak mengiktiraf bahawaseseorang kanak-kanak kurang upaya secaramental @ fizikal patut menikmati kehidupanyang sepenuhnya dan dihormati dalam keadaanyang memastikan kemuliaan, menggalakkansikap tidak bergantung dan memudahkanpenglibatan aktif kanak-kanak itu dalamkomuniti.

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK(1989)

Page 14: 1 pembentangan kumpulan edu

Perkara 28Negara-negara pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepadapendidikan dan dengan tujuan unntuk mencapai hak inisecara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluangyang sama, mereka hendaklah secara khususnya;a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan

diadakan secara percuma kepada semuab) Menggalakkan perkembangan peendidikan menengah

dalam pelbagai bentuk, termasuk pendidikan umumdan vokasional, mengadakan pendidikan itu danterbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak dan mengambillangkah yang sewajarnya seperti memperkenalkanpendidikan percuma

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK(1989)

Page 15: 1 pembentangan kumpulan edu

Perkara 29Negara-negara pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklahdihalatujukan kepada;a) Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-

kanak pada tahap potensi yang paling tinggi.b) Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi dan

bagi prinsip-prinsip yang termaktub KONVENSYEN mengenai Hak Kanak-Kanak dalam piagam Perutubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

c) Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki olehkanak-kanak itu, negara yang daripadanya berasal dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri.

d) Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalammasyarakat yang bebas dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina dan persahabatan di kalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnyapenduduk asli

e) Perkembangan rasa hormat bagi alam sekitar semulajadi.

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK(1989)

Page 16: 1 pembentangan kumpulan edu

Perkara 30

Dalam negara di mana wujudnya minoriti, etnik, agama atau linguistik @ orang-orang yang asal-usulnya pendudukasli, seseorang kanak-kanak yang tergolong dalam minoritisedemikian atau ialah penduduk asli

• Tidaklah boleh dinafikan hak, dalam komuniti dengananggota kumpulannya yang lain,

•Untuk menikmati kebudayaanya sendiri,

• Untuk menganut dan mengamalkan agamanya sendiriatau

•Untuk menggunakan bahasanya sendiri.

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK(1989)

Page 17: 1 pembentangan kumpulan edu

Perkara 32

Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanakuntuk dilindungi daripada ;-

• Eksploitasi ekonomi dan daripada menjalankan apa-apa kerja yang berkemungkinan berbahaya atau;

• Menganggu pendidikan kanak-kanak itu, atau adalahmendatangkan keburukan kepada kesihatan kanak-kanak atau;

• Perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralanatau;

• Sosial kanak-kanak itu.

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK(1989)

Page 18: 1 pembentangan kumpulan edu

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK(1989)

Perkara 34Negara-Negara Pihak mengaku janji untuk melindungi kanak-kanakdaripada segala bentuk pengeksploitasian seks dan penderaan seksual. Bagi maksud ini, Negara-Negara Pihak hendaklah secara khususmengambil segala langkah kebangsaan, dwi pihak dan berbilang pihakyang sewajarnya untuk mencegah:a) Dorongan atau paksaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam

apa-apa aktiviti seks yang menyalahi undang-undang.b) Penggunaan bersifat mengeksploitasi kanak-kanak dalam

pelacuran atau apa-apa amalan seks yang menyalahi undang-undang

c) Penggunaan bersifat mengeksploitasi kanak-kanak dalampersembahan dan bahan lucah.

Page 19: 1 pembentangan kumpulan edu

USAHA-USAHA YANG DIJALANKAN DI MALAYSIA

Page 20: 1 pembentangan kumpulan edu

USAHA-USAHA YANG DIJALANKAN DI MALAYSIA

PENDIDIKAN

TARAF HIDUP

INSTITUSI PERLINDUNGAN

PERUNDANGAN

DASAR KERAJAAN

KEMPEN KESEDARAN

Page 21: 1 pembentangan kumpulan edu

HAK SETIAP KANAK-KANAK

RUMUSAN KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK

Page 22: 1 pembentangan kumpulan edu

PENDIDIKAN

Perkara 28 menyatakan bahawa negara perlu mengiktiraf hak kanak-kanak terhadap pendidikan, dan secara berperingkat-peringkat dan atas

dasar peluang yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya:

(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secarapercuma kepada semua

(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalamberbagai bentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan

pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, danmengambil langkah yang sewajarnya seperti memperkenalkanpendidikan percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika

diperlukan;(c) Menjadikan pendidikan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan

melalui tiap-tiap cara yang sewajarnya;(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan

diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak;(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara

tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.

Page 23: 1 pembentangan kumpulan edu

1. Perkara 28 perlu menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakansecara percuma kepada semua.

Malaysia telah melaksanakan pendidikan percuma iaitu dengan mewajibkanpendidikan selama 6 tahun (Darjah 1 hingga Darjah 6) yang telah dinyatakan

dalam Akta Pendidikan 1961. Akta Pelajaran 1961: Pendidikan rendah Wajib bagi semua kanak-

kanak yang mencapai umur persekolahan, diberi secara percuma,Ditawarkan di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan

Sumber: http://www.suhakam.org.my/Dasar kanak-kanak

2. Perkara 28: kehadiran secara tetap di sekolah dan mengurangkan kadarkeciciran. Usaha kerajaan berterusan dan mendapat sokongan daripada

pihak berkuasa contoh pihak polis.Melalui program sokongan komuniti, pegawai polis dijadikan bapa angkatkepada pihak sekolah dan membantu menyelesaikan masalah berkaitan

dengan disiplin.Polis bersama Penolong Kanan melawat ke rumah murid bagi kes ponteng

tegar untuk mengambil tindakan yang lebih tegas.GAMBAR

PENDIDIKAN

Page 24: 1 pembentangan kumpulan edu

3. Perkara 28: Menggalakkan perkembanganpendidikan menengah… memperkenalkan

pendidikan percuma dan menawarkan bantuankewangan jika diperlukan.

Bantuan kewangan yang diberi ialah e-kasih, biasiswa.

Biasiswa yang diberi dapat membantu pelajaryang bijak dari keluarga miskin.

PENDIDIKAN

Page 25: 1 pembentangan kumpulan edu

Merujuk kepada Artikel 29, kanak berhak memperolehi pendidikan hendaklah untukmengembangkan personaliti, bakat, kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada

tahap potensi yang paling tinggi. Oleh itu, kerajaan telah berusaha menjagakepentingan Hak Kanak-kanak dengan melaksanakan beberapa usaha iaitu:

1. Program PERMATA Negaramerupakan Program Asuhan dan Didikan Awal kepada Kanak-kanak yang menawarkanpendekatan alternatif dalam bidang asuhan dan didikan awal khusus untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Pendekatan ini menekankan kepada pembinaankeupayaan kanak-kanak untuk meransang minda dengan menggunakan kaedahmeneroka, mencuba dan mengalami sendiri (experimentation, exploration andexperential) melalui permainan ataupun learning is fun. Ia adalah satu pendekatanyang bersesuaian dan menyeronokkan bagi kanak-kanak berikut teknik-teknik asuhandan didikan yang diaplikasikan adalah sesuai dengan fitrah semulajadi kanak-kanak.

Sumber: http://www.permata.jpm.my/

2. Program KIA2M bagi membantu murid buta huruf memaksimumkan kemampuandiri. KIA2M dilaksanakan dibawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010).Program ini kurang berjaya kerana pada akhir Ogos 2000 hampir 100 000 murid belumcelik huruf. Maka Program LINUS diperkenalkan pada tahun 2011 mengantikan KIA2M.

PENDIDIKAN

Page 26: 1 pembentangan kumpulan edu

Usaha-usaha terkini bagi meningkatkan potensi muriddibawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013 – 2025. 6 inisiatif yang mencapai KPI, iaitu,

a) Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)b) Literasi dan Numerasi (LINUS)

c) Profisiensi Guru Bahasa Inggeris (ProELT)d) Transformasi Institut Pendidikan Guru,

e) Piagam Pemimpin Sekolah, danf) Sarana Ibu Bapa

Sumber: http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4261

PENDIDIKAN

Page 27: 1 pembentangan kumpulan edu

TARAF HIDUPTiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak pada taraf hidup yang mencukupi bagi

perkembangan fizikal, mental, rohani, moral dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyaitanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yangmencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini bolehdilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dananak-anak mereka.

Usaha kerajaan:

Di bawah Konsep 1 Malaysia:

1. memberi bantuan awal persekolahan RM100 kepada setiap murid sekolah bantuankerajaan.

2. Bantuan sara hidup BR1M.

Bantuan lain seperti bantuan pakaian seragam.

Usaha ini kurang berkesan kerana wang disalahgunakan oleh ibubapa untuk tujuan yangkurang penting.

Cadangan: wang bantuan diberi terus kepada pihak sekolah.

Page 28: 1 pembentangan kumpulan edu

TARAF HIDUPTiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak pada taraf hidup yang

mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, rohani, moral danpembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untukmemastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi.Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini bolehdilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan materialkepada ibu bapa dan anak-anak mereka.

Usaha kerajaan:

Di bawah Konsep 1 Malaysia:

1. memberi bantuan awal persekolahan RM100 kepada setiapmurid sekolah bantuan kerajaan.

2. Bantuan sara hidup BR1M.

Bantuan lain seperti bantuan pakaian seragam.

Usaha ini kurang berkesan kerana wang disalahgunakan oleh ibubapa untuktujuan yang kurang penting.

Cadangan: wang bantuan diberi terus kepada pihak sekolah.

Page 29: 1 pembentangan kumpulan edu

PERLINDUNGAN

• Perkara 19: Kanak-kanak berhak kepada perlindungandaripada sebarang penderaan, pencabulan, keganasandan eksploitasi.

• Oleh itu, beberapa institusi perlindungan ditubuhdiantaranya:

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat : merealisasikanperlindungan dengan pengubalan Dasar PerlindunganKanak-kanak yang bertujuan untuk

• Meningkatkan kesedaran dan komitmen pelbagai pihak

• Melindungi setiap kanak-kanak

• Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagimenambahbaik pelindungan kanak-kanak

Page 30: 1 pembentangan kumpulan edu

2. Pasukan Perlindungan Kanak-kanak dan Pusat AktivitiKanak-kanak: ditubuhkan diperingkat negeri dan daerah yang bertujuan untuk

• Memberi perkhidmatan kepada keluarga dan kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan seperti kaunseling kepada kanak-kanak

dan ibu bapa, kursus keibubapaan serta penjagaan kanak-kanak untukmemberi psikologi dan motivasi.

• Sejumlah 131 pasukan perlindungan kanak-kanak yang aktif dengankeahlian 1572 orang serta 135 pusat aktiviti kanak-kanak ditubuhkan

3. Pasukan Mengesan Penderaan Kanak-kanak dan Kanak-kanakTerabai (SCAN): ditubuhkan di hospital daerah dan negeri yang bertujuan untuk

• Menyelia dan memantau kes-kes penderaan kanak-kanak dan yang dirujuk kepada hospital

• Sejumlah 14 pasukan SCAN telah ditubuhkan di Hospital Negeri dan 690 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan dalam tempoh RMK-9

PERLINDUNGAN

Page 31: 1 pembentangan kumpulan edu

4. Pusat Jagaan Kanak-kanak: ditubuhkan dibawah Akta308 bertujuan untuk

• Memastikan kepentingan penubuhan sesebuah taskamengutamakan aspek keselamatan dan perkembangan kanak-kanak

• Sebanyak 86 pusat penjagaan kanak-kanak berdaftar telahditubuhkan ditempat kerja manakala seramai 3197 penyelia taskadiberi latihan dalam tempoh RMK-9

5. Institusi Penjagaan untuk Anak Yatim serta anak yang dideraatau ditinggalkan: ditubuhkan bertujuan untuk

• Memberi penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak

• Sebanyak 3 buah Rumah Kanak-kanak dan 7 Rumah Tunas Harapanditubuhkan dalam tempoh RMK-9

(sumber: Bernama. (2015) Usaha KerajaanMenyejahteraan Kanak-kanak)

PERLINDUNGAN

Page 32: 1 pembentangan kumpulan edu

PERUNDANGAN

• Bagi menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak kerajaantelah mengubal Akta Kanak-kanak 2001 (Gabungan AktaMakhamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis1973 dan Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 )

• Selaras dengan kehendak prinsip Konvensyen yang mewajibkanpengamal perubatan, ahli keluarga dan penyediaan perkhidmatanpenjagaan kanak-kanak melaporkan kes penderaan kanak-kanak.

• Maka kes penderaan kanak-kanak yang telah dilaporkanmeningkat daripada 1036 pada tahun 2001 kepada 1656 padatahun 2005.

• Di bawah Akta ini mana-mana orang yang menjaga kanak-kanakyang menyebabkan mengalami kecederaan fizikal atau emosi danjika disabit kesalahan boleh didenda RM20,000 atau penjara tidakmelebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali

Page 33: 1 pembentangan kumpulan edu

• Di bawah Akta Kanak-kanak 2001:• Seksyen 28(1) mengenakan tugas kepada ahli-ahli keluarga

kanak-kanak bagi memaklumkan sebarang kes penderaankanak-kanak jika gagal boleh disabitkan kesalahan denganhukuman denda tidak melebihi RM5 000 atau dipenjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali

• Seksyen 32 , jika kanak-kanak digunakan sebagai pengemisdan lain-lain. (mengemis atau meminta sedekah dengan caramenyanyi, bermain, membuat apa-apa persembahan jualanyang menyalahi undang-undang) Maka mana-mana orang termasuk ibubapa boleh disabitkan kesalahan denganhukuman denda tidak melebihi RM5 000 atau dipenjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali

• Seksyen 33 Akta 611: Membiarkan kanak-kanak tanpapengawasan

Sumber: Akta Kanak-kanak 2001 http://www.law.yale.edu/rcw/rcw/jurisdictions/asse/malaysia/Malay_Child_Act.htm

PERUNDANGAN

Page 34: 1 pembentangan kumpulan edu

DASAR KERAJAAN

• Perlindungan terhadap kanak-kanak turut diberi penegasandalam pembinaan dasar-dasar kerajaan.

1. Dasar Kanak-kanak Negara dan DasarPerlindungan Kanak-kanak NegaraMewujudkan child helpline melalui talian NUR15999 untuk

sebarang aduan. 2. Wawasan 2020. Kepentingan golongan kanak-kanak diberi fokus

yang menjadi keutamaan dalam usaha negara mencapai status negara majudisamping melahirkan masyarakat yang saksama dan penyayang.

3. Usaha diambil untuk mengalakkan penyertaan kanak-kanakdalam pengubalan dan proses membuat keputusan. Kanak-kanak dilibatkandalam penilaian Pelan Tindakan Negara pertama dan merangka NPA keduabagi tempoh 2006-2020. Dimana NPA kedua mengambil kira elemen yang terkandung dalam Konvensyen Hak Kanak-kanak iaitu keperluan hidup, perlindungan, pembangunan dan penyertaan kanak-kanak.

Page 35: 1 pembentangan kumpulan edu

RUJUKANMaszuria Bt A. Ghani, Salina Bt Omar, Marina Bt Hj Abdul Majid & Hjh

Rosnah A. Rajak. (2014). Guru & Cabaran Semasa. Kuala Lumpur:Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & ZuraidahA. Majid. (2010). Guru Dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: OxfordFajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2013). AsasKepimpinan & Perkembangan Profesional. Puchong: PenerbitanMultimedia Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2014). Guru dan CabaranSemasa. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Suhakam. (2010). Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak.Program Permata. http://www.permata.jpm.my/Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4261Rosliwaty Ramly.(2007). Usaha Kerajaan Menyejahteraan Kanak-kanak:

Sempena Hari Kanak-kanak Sedunia pada 10 Nov.http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=294442

Akta Kanak-kanak 2001. http://www.law.yale.edu/rcw/rcw/jurisdictions/asse/malaysia/Malay_Child_Act.htm

Page 36: 1 pembentangan kumpulan edu
Page 37: 1 pembentangan kumpulan edu

BACK