edu 3106 soalan 1 grup

Upload: fadzli-najmi

Post on 03-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 edu 3106 soalan 1 grup

    1/2

    i. Konsep ledakan budaya akibat proses globalisasi .

    Menurut Kamus Dewan Edisi ke-Empat, ledakan membawa erti perihal meledak atau

    letupan. Ia juga boleh diertikan sebagai perihal meledakkan atau meletupkan sesuatu. Pada

    masa yang sama, ledakan ini membawa maksud pertambahan atau pertumbuhan yg sangat

    besar dan mengejut. Manakala maklumat pula merujuk kepada sebuah kefahaman

    mengenai data yang telah diolah menjadi bentuk yang bermakna bagi penerimanya dan

    bermanfaat dalam mengambil keputusan ketika ini atau pada masa akan datang. Dasar dari

    maklumat adalah data, kesalahan dalam mengambil atau memasukkan data, dan kesalahan

    dalam mengolah data akan menyebabkan kesalahan dalam memberikan maklumat. Jadi

    data yang didapatkan dan diinputkan harus sahih atau benar dari aspek pengolahannya,

    agar menghasilkan maklumat yang boleh dipercayai.

    Maka dapat dirumuskan bahawa ledakan maklmumat adalah keadaan peningkatan

    jumlah maklumat yang semakin tinggi mengikut masa. Atau untuk mudah difahami,

    peningkatan maklumat ini berlaku dengan cara yang pantas dan cepat tanpa sebarang

    halangan yang dapat dilihat secara jelas. Merujuk kepada persoalan yang telah ditujukan,

    konsep ledakan budaya akibat proses proses globalisasi dapat difahami dengan

    kematangan maklumat dalam kalangan masyarakat kita khususnya pelajar yang berlaku

    dengan cukup pantas tanpa sebarang permasalahan yang serius. Hal ini dapat kita

    perhalusi dari aspek pro dan kontranya terutamanya terhadap generasi pelajar masa kini.

    Tidak dapat kita nafikan, kehidupan perkampungan global seperti facebook, twitter

    dan instagram serta laman-laman sosial yang lain di internet merupakan salah satu faktor

    utama hadirnya kemelut sosial dalam kalangan pelajar masa kini. Hal ini kerana, kehadiran

    kemudahan yang serba canggih pada abad ini telah memudahkan mereka dalam

    mengakses sebarang laman sesawang yang mereka inginkan tanpa perlu pengawasan

    daripada mana-mana pihak. Secara positifnya, dapat kita lihat bahawa perkara ini memberiimpak positif bagi mereka-mereka yang sememangnya memanfaatkan jaringan internet

    untuk tujuan pencarian maklumat dan ilmu. Sebaliknya, penggunaan internet yang tidak

    terkawal mampu memberi impak negatif yang cukup mendalam kepada kehidupan

    seseorang individu yang bergelar pelajar.

    Melihat kepada proses globalisasi yang berlaku, masyarakat semakin matang dalam

    pengetahuan maklumat dan penilaian kendiri. Pada masa yang sama, fakta dan auta

    menjadi maklumat yang seringkali diterima pakai tanpa usul periksa. Ini merupakan salah

    satu daripada permasalahan yang berlaku kerana ramai dalam kalangan generasi pelajar

    kini hanya mementingkan kemudahan dan kesenangan dalam melaksanakan sesuatu

    perkara. Sebagai contoh, pelajar tidak lagi perlu membuka kamus untuk mencari pengertian

  • 7/29/2019 edu 3106 soalan 1 grup

    2/2

    sesuatu perkataan tetapi hanya perlu menekan papan kekunci di mana-mana search engine

    di internet contohnya di google atau yahoo untuk mengetahui pengertian tersebut. Pada

    masa yang sama, maksud atau fakta yang salah dan benar telah bercampur aduk di dalam

    carian itu sendiri. Maka, fakta dan maklumat yang lebih sahih dan benar sukar untuk

    dikenalpasti.

    Hal ini sememangnya memberi kesan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran

    di negara kita Malaysia. Sebarang carian maklumat menjadi amat mudah dan sukar untuk

    ditapis secara menyeluruh. Proses globalisasi dan ledakan maklumat ini sedikit sebanyak

    telah menganggu gugat sistem pendidikan kita di Malaysia. Antara contoh yang jelas ialah,

    tahap pengetahuan murid di bandar khususnya lebih tinggi jika dibandingkan dengan murid

    di luar bandar. Hal ini akan menjadikan pengajaran dan sistem pendidikan di negara kita ini

    tidak bersifat sekata dan ini sedikit sebanyak menyukarkan pendidikan secara saksama dan

    setaraf. Di samping itu, kemahiran seseorang guru itu juga akan tergugat dengan sendirinya

    sekiranya beliau tidak mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti

    penggunaan komputer serta internet itu sendiri. Maka pengajaran yang berlaku sedikit

    sebanyak telah tergugat kerana tiada lagi minat dalam kalangan pelajar terutamanya

    mereka-mereka yang mahir dan cekap dalam penggunaan teknologi ini.