penulisan ilmiah edu 3106

32
1 | KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA BAB 1: PENGENALAN KEPADA KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA 1.0 Pendahuluan Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat yang pelbagai budaya. Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar. Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu “budhi” dan“daya” (Shamsul Amri Baharuddin,2007:13). Perkataan “budhi” yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan “daya” pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan

Upload: fsaa-aziz

Post on 05-Jul-2015

11.533 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan ilmiah EDU 3106

1 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

BAB 1:

PENGENALAN KEPADA KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN KETAKSAMAAN

PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1.0 Pendahuluan

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari

Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula

kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia

seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang

berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19,

masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa,

semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli

bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah

dan wujudlah pembentukan masayarakat yang pelbagai budaya.

Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102,

kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak

benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau

kawasan yang sama. Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk

supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam

sekitar.

Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan

Melayu, iaitu “budhi” dan“daya” (Shamsul Amri Baharuddin,2007:13). Perkataan

“budhi” yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal.

Perkataan “daya” pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan

Page 2: Penulisan ilmiah EDU 3106

2 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

kuasa, tenaga danpengaruh (Shamsul Amri Baharuddin,2007:13). Mengikut

Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan budaya membawa

maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan

masyarakat perlu dititik beratkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam

masyarakat yang berbilang kaum, etnik dan budaya. Tanpa pendidikan yang

bercorak kepelbagaian budaya, pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakat.

Hal ini demikian kerana budaya merupakan sebahagian daripada warisan yang

diperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang dan akan diperturun pula

kepada generasi akan datang (Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi, 2005:1).

1.1 Konsep Ketaksamaan Peluang Pendidikan

Maksud Ketidaksamaan menurut Kamus Dewan edisi ke-3 , boleh

dikaitkan dengan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat.

Menurut Noran Fauziah Yaakub ketaksamaan bermaksud keadaan di mana

manusia tidak memperoleh ganjaran sosial yang sama.Perbezaan semulajadi

seperti sahsiah,kecondongan yang berlainan, perbezaan darjat atau taraf seperti

keupayaan mental, bakat dan kekuatan bergantung kepada penilaian sesuatu

masyarakat. Penilaian tersebut adalah suatu yang berterusan dalam suatu jangka

masa panjang. Penilaian boleh diwarisi dari satu generasi ke genarasi yang lain

yang memberi kesan langsung kepada peluang-peluang pendidikan.

Berdasarkan Kamus Dewan, perkataan pendidikan berasal daripada kata

dasar didik yang membawa pengertian memelihara dan memberi latihan berupa

Page 3: Penulisan ilmiah EDU 3106

3 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

ajaran ataupun pimpinan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. Pendidikan pula

bermaksud proses mengubah sikap dan tata laku seseorang dalam usaha

mematangkan individu tersebut. Maka, jelasnya pendidikan bolehlah ditakrifkan

sebagai proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada seseorang.

Oleh itu, pendidikan secara jelasnya boleh dilihat sebagai suatu proses

berterusan dalam usaha membentuk individu bagi memenuhi keperluan diri dan

masyarakatnya, ia berlaku samada secara formal ataupun non-formal. Ini adalah

kerana, setiap individu, telah ditetapkan secara jelas tujuan matlamat pendidikan

tersebut.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 12 menyebutkan tentang

Kebebasan Hak Asasi kepada seluruh warganegaranya iaitu hak mendapatkan

pendidikan. Ia boleh dilihat melalui konsep demokrasi yang mana demokrasi ini

membawa maksud peluang, tindakan atau proses berdasarkan defines mengikut

kamus Dewan. Dalam konteks pendidikan, pendemokrasian pendidikan bererti

memberi peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkannya.

Justeru secara tuntasnya maksud ketaksamaan peluang pendidikan

menerusi buku Budaya dan Pembelajaran yang ditulis oleh Noriati A. Rashid,Boon

Pong Yong, Sharifah fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah A.Majid mendefinisikan

Ketaksmaan peluang pendidikan merupakan pandangan, pemikiran dan

kepercayaan bahawa terdapatnya perbezaan antara anggota atau kelompok etnik

lain dengan kumpulan atau etnik lain daripada pelbagai aspek seperti kemudahan,

peralatan, peluang kerjaya dan sebagainya. Jadi kesimpulanya ketaksamaan dalam

Page 4: Penulisan ilmiah EDU 3106

4 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang atau sesuatu etnik untuk

mengembangkan potensinya.

Page 5: Penulisan ilmiah EDU 3106

5 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

BAB 2 :

ISU – ISU UTAMA KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

2.0 Pengenalan

Terdapat tiga isu utama yang dikenalpasti menjadi punca ketaksamaan

peluang pendidikan di Malaysia iaitu isu – isu ketaksamaan peluang pendidikan

murid orang asli, pribumi dan murid di pedalaman.

2.1 Orang Asli

Orang Asli di negara ini dilindungi di bawah Perlembagaan Negara di

mana sama kedudukannya dengan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan

Sarawak yang mempunyai hak di negara ini di bawah Perkara 153 Perlembagaan

Persekutuan. Di bawah peruntukan ini, hak Orang Asli, anak-anak dan keturunan

mereka dijamin oleh Yang di-Pertuan Agong selaku pelindung mereka tanpa

menafikan hak-hak kaum lain di negara ini.

Orang Asli Orang Asli merujuk kepada masyarakat yang kebanyakanya

tinggal di dalam atau pinggir hutan. Kadar keciciran yang sangat tinggi dalam

kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan

bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Orang Asli

merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan

kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi. Keserasian cara hidup yang

berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah

yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan

sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan

mereka (Rusli Zaenal, 2002) Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa

Page 6: Penulisan ilmiah EDU 3106

6 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

iaitu Senoi,Negrito dan Melayu Asli. Dalam semua rumpun bangsa ini terdapat 18

jenis suku kaum.

Dari segi pendidikan, pencapaian orang Asli amatlah rendah dan jauh

ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain

di Malaysia. Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana

infrastruktur dan prasaran yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka.

Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan, masih tidak diadakan.

Biasanya pembekalan kemudahan-kemudahan seperti ini terhenti sebelum sampai

keperkampungan orang Asli.

Bagi isu yang pertama yang dikenalpasti iaitu isu kurangnya infrastruktur

dan prasarana. Pihak kerajaan telah melaburkan jutaan ringgit untuk meningkatkan

infrastruktur dan prasarana di sekolah pedalaman. Dari apa yang dipetik di Utusan

Online bertarikh 7 Mac 2010, kerajaan akan melaburkan sebanyak RM150 juta

untuk meningkatkan prasarana penempatan Orang Asli. Di dalam peruntukan yang

dinyatakan ini, kerajaan akan membuat penempatan-penempatan baru kepada

masyarakat Orang Asli. Penempatan-penempatan ini akan dibina berdekatan

dengan kawasan bandar dan kampung. Selain penempatan, kerajaan juga berusaha

dan mensasarkan sekurang-kurangnya 112 orang pelajar Orang Asli dapat

melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Tinggi Awam. Daripada 112 orang

tersebut, kerajaan akan memilih seramai lima orang yang cemerlang untuk

melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Selain itu, kerajan juga berusaha untuk

memasukkan pelajar-pelajar Orang Asli yang cemerlang di sekolah untuk

Page 7: Penulisan ilmiah EDU 3106

7 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

dimasukkan ke Maktab Rendah Sains Mara manakala golongan belia pula akan

diberikan pendidikan vokasional di Pusat Giat Mara.

Kedua ialah berkenaan taraf sosio-ekonomi mereka yang agak rendah,

penyediaan tenaga pengajar agak sukar kerana mencari tenaga pengajar yang

benar-benar berjuang demi pembangunan orang Asli begitu kurang diberi

perhatian. Kemunduran orang Asli dikaitkan dengan latar belakang akademik yang

rendah (Mustafa Omar, 2004). Munurut JHEOA (1998), minat belajar dalam

kalangan orang Asli masih berada ditahap yang rendah dimana kadar keciciran

yang dicatatkan pada tahun 1998 adalah tinggi iaitu 45 % dan kadar buta huruf 49.2

% (kadar nasional 6.4 %).Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan tiada ilmu

terutama berkaitan perniagaan menyebakan mereka sering ditipu peraih semasa

menjual hasil hutan dan pertanian kerana biasanya harga yang ditawarkan adalah

jauh lebih rendah sehingga menyebabkan pendapatan orang Asli terus merosot dan

berterusan hidup dalam serba kekurangan.

Isu ketiga ialah berkenaan persepsi dan amalan Ibu-bapa orang Asli.

Amalan hidup yang memburu, masuk ke hutan dan lain – lain membantutkan

pembelajaran murid – murid. Ibu-bapa Orang Asli juga tidak boleh sesuka hati

membawa keluar anak mereka dari sekolah untuk mencari hasil hutan sepanjang

waktu persekolahan kerana ini mengganggu tumpuan dan minat anak-anak belajar

walaupun tidak dapat dinafikan bahawa mereka hidup di bawah paras kemiskinan

dan terpaksa meneruskan kehidupan. Untuk itu, infrastruktur pendidikan, sistem

serta model pembelajaran khusus, kemudahan asas dan bantuan kewangan yang

Page 8: Penulisan ilmiah EDU 3106

8 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

sewajarnya juga perlu disediakan dengan sempurna bagi membolehkan kanak-

kanak Orang Asli mudah dalam pembelajaran dan mempunyai akses ke sekolah

2.2 Indigenous/Pribumi

Indigenous merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan

Sarawak . Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum,

mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal. ekonomi, sosial dan

budaya. Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan,

Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei. Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu,

Melanau,Iban, Bidayuh. Penan dan Kelabit. Masyarakat indigenious merujuk kepada

kelompok masyarakat danetnik yang tinggal jauh di pendalaman dan masih belum

menerima sebarang perubahan dunia luar. Mereka masih taksub kepada sistem

kehidupan masyarakat yang telah mereka bina sejak dari dulu lagi. Ketaksamaan

dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious kerana sistem

pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah air belum menyentuh sistem

belajar asli (indigenious learning system) masyarakat tradisional.

Isu pertama ialah kurangnya infrastruktur dan prasarana di sekolah-

sekolah pedalaman. Infrastruktur ini mestilah setaraf dengan infrastruktur yang

terdapat di sekolah-sekolah kawasan Bandar. Yang paling penting sekali adalah

bekalan elektrik. Kerajaan perlu berusaha untuk membekalkan bekalan elektrik yang

sepenuhnya ke kawasan pedalaman. Pada apa yang kita sedia maklum, bekalan

elektrik di kawasan pedalaman masa sekarang hanyalah seketika sahaja. Terdapat

juga beberapa sekolah di pedalaman hanya menggunakan generator untuk bekalan

Page 9: Penulisan ilmiah EDU 3106

9 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

elektrik mereka. Jika masalah ini tidak diselesaikan, sesi pengajaran dan

pembelajaran di sekolah akan terganggu. Selain daripada bekalan elektrik, kerajaan

juga perlu menyediakan kemudahan-kemudahan lain yang boleh melancarkan

kehidupan masyarakat-masyarakat di pedalaman. Antaranya adalah bekalan air

bersih dan juga klinik-klinik desa serta kemudahan-kemudahan di dalam bilik darjah

itu sendiri untuk keselesaan pelajar dan juga guru.

Seterusnya adalah isu berkenaan kurangnya tenaga pengajar. Isu

ketaksamaan peluang pendidikan yang jelas adalah berkenaan kurangnya guru

terlatih. Antaranya terdapat kurangnya guru dalam bidang kritikal seperti Sains,

Matematik dan Bahasa Inggeris; kurangnya guru berkelayakan mengikut opsyen

ditempatkan di pedalaman menimbulkan masalah pengendalian aktiviti kokurikulum

serta bilangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) masih ramai di sekolah

pedalaman. Kerajaan perlu befikir wajar untuk menempatkan guru-guru di kawasan

pedalaman. Majoriti guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman pada masa

sekarang ini sebenarnya tidak berminat untuk mengajar di sana. Kebanyakan

mereka hanya inginkan elaun yang diberikan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memilih

tenaga-tenaga pengajar yang betul-betul ingin ke kawasan pedalaman dan mereka

ini perlu diberikan lebih elaun. Ini akan mewujudkan suasana mengajar yang lebih

kondusif.

Isu ketiga ialah berkenaan ketaksamaan peluang pendidikan bagi

masyarakat pendalaman ialah kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman

dalam satu bidang. Pertumbuhan pusat urban yang lembab turut memberi kesan

kepada sistem pendidikan di kawasan berkenaan. Suasana persekitaran fizikal dan

Page 10: Penulisan ilmiah EDU 3106

10 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

sosio budaya bagi kawasan pendalaman juga kurang memberangsangkan. Jurang

digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICT antara

lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.

Pengunaan bahasa sendiri oleh murid setempat turut menyulitkan

pengajaran dan pembelajaran dan guru. Guru harus cuba mempelajari dan

menggunakan bahasa tempatan bagi menarik minat mereka untuk belajar

disamping meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka. Selain lokasi, jurang

pendidikan juga wujud antara jenis sekolah,kaum jantina, taraf sosioekonomi dan

tahap keupayaan murid. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan

pencapaian murid,penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta

keciciranmurid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak

seimbang yang ketara daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan

bandar. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian kerajaan sejak

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3): merapatkan jurang perbezaan dalam

peluang-peluang pendidikan antara kaya dengan yang misikin serta antara wilayah

dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan-

kemudahan negara dengan lebih saksama. Apabila segala kesulitan ini

dihadapi murid, secara tidak langsung menjadi sebagai satu halangan kepada murid

untuk menuntut ilmu.Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat

dan tidak tertarik pergi kesekolah untuk memajukan diri mereka sendiri.Sikap ibu

bapa pendalaman yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak dan diri mereka

sendiri yang tidak berpelajaran turut memberi kesan.

Page 11: Penulisan ilmiah EDU 3106

11 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

2.3 Pedalaman

” … merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar

dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital

dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas ; agar tidak ada sebarang

golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.”

YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein

( Perutusan Tahun Baru, 2006 )

Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal sekolah di

bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi sekolah di bandar dibekalkan dengan

kemudahan bangunan, guru terlatih dan sumber mencukupi.

Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai

kekurangan daripada segi kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan

masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha

memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan.

Isu pertama ialah isu tentang kekurangan guru terlatih dimana kekurangan

guru terlatih masih wujud di sekolah rendah di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Antaranya, terdapat kekurngan guru terlatih dalam bidang - bidang kritikal seperti

Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Selain dari kekurangan guru dalam bidang

kritikal,kekurangan guru – guru Pendidikan Khas, guru – guru lelaki mengikut

opsyen dan bilangan guru sandaran yang tidak terlatih yang masih ramai menjadi

punca ketaksamaan peluang pendidikan berlaku.

Page 12: Penulisan ilmiah EDU 3106

12 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

Isu kedua ialah isu berkenaan kekurangan Infrastruktur. Sekolah luar

bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi infrastruktur di sekolah. Pada

tahun 2005, terdapat 5,077 (66.8%) buah sekolah rendah dan 792 (39.0%) buah

sekolah menengah di luar bandar. Sekolah rendah dan menengah khususnya di

luar bandar masih kekurangan infrastruktur serta kemudahan. Terdapat 5,951

(78.3%) sekolah rendah dan 870 (42.9%) sekolah menengah berusia melebihi 30

tahun dan memerlukan penyelenggaraan tinggi. (P elan Induk Pembangunan

Pendidikan, 2006-2010).

Isu ketiga ialah isu berkaiatan ketidaksamarataan daripada segi

penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan

sekolah di pedalaman. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud

disebabkan keutamaan pada masa itu tertumpu kepada usaha memastikan lebih

ramai pelajar mendapat pendidikan berbanding dengan kualiti pendidikan yang

disediakan.Terdapat seramai 190,336 orang guru di sekolah rendah dan 136,598

orang gurudi sekolah menengah. Daripada jumlah ini, 15,444 guru di sekolah

rendah dan 2,895 guru di sekolah menengah ialah Guru Sandaran. TidakTerlatih

(GSTT), guru dalam latihan dan guru sambilan/sementara. KPM menghadapi

kesukaran menempatkan guru-guru terlatih dan berpengalaman, terutamanya bagi

mata pelajaran kritikal dikawasan luar bandar dan pedalaman. (Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan, 2006-2010)

Isu keempat ialah jurang digital yang merupakan perbezaan daripada

segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran dalam

kalangan pelajar dan guru. Di kalangan sekolah tersebut, terdapat 767 buahsekolah

Page 13: Penulisan ilmiah EDU 3106

13 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan

elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak

mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi

kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh

dipedalaman.

Isu kelima ialah berkenaan dengan kekurangan motivasi untuk belajar

dantiada daya saing kerana bilangan pelajar yang sedikit. Ini ditokok tambah dengan

taraf sosioekonomi yang rendah dan ibu bapa yang mempunyai pendapatan rengah

tidak mampu menyediakan kelengkapan asas untuk anak – anak mereka. Juga,

murid – murid di pedalaman kurang minat belajar kerana ibu bapa mereka tidak

menekankan kepentingan belajar dalam diri anak – anak. Oleh itu, kerajaan

berusaha merapatkan jurang pendidikan antara masyrakat bandar dengan luar

bandar melalui pembahagian sumber dan kemudahan dengan adil dan saksama.

Page 14: Penulisan ilmiah EDU 3106

14 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

BAB 3:

PERANAN GURU MENANGANI ISU – ISU KETAKSAMAAN PELUANG

PENDIDIKAN DALAM BILIK DARJAH

3.0 Pengenalan

Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani isu isu

ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan murid pelbagai etnik dan budaya.

kelancaran dan penyampaian P & P yang baik oleh guru mampu membentuk

perkembangan minda murid dan menarik minat murid untuk terus mengikut serta

secara aktif dalam pendidikan salam bilik darjah tanpa berasa diskriminasi antara

etnik dan budaya. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam

menyampaikan ilmu dengan memberi peluang sama rata terhadap semua murid

pelbagai etnik dan budaya dalam bilik darjah. Hal ini haruslah ditekankan untuk

kelancaran sesuatu p&p.

3.1 Merancang Strategi Pengajaran dan Pembelajaran yang sesuai

Guru haruslah memahami budaya orang Asli, peribumi dan masyarakat

pedalaman. hal ini demikian kerana gaya pembelajaran meraka adalah berbeza

daripada masyrakat bandar dan budaya lain. Sekiranya guru silap dalam memilih

kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, hal ini akan menjadi

piunca murid – murid ini kurang berminat dan tidak berjaya dalam pembelajaran

mereka.

Aspek – aspek seperti kurikulum yang tudak mesra budaya ,

ketidakhadiran murid dan kadar pertukaran guru yang tinggi menyebabkan murid

Page 15: Penulisan ilmiah EDU 3106

15 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

menghadapi masalah pembelajaran, Maka, guur haruslah mendalami gaya

pembelajaran dan kognitif murid – murid orang Asli, pribumi dan murid pedalaman

supaya meraka dapat mengajar dengan lebih berkesan. Guru juga perlu berusaha

menangani masalah komunikasi dalam bahasa ibunda murid dan belajar adat resam

mereka bagi memastikan salah paham sehingga menimbulkan persepsi tidak baik

pada pandangan mereka berlaku.

Kepekaan guru terhadap kepaercayan murid dengan alam semulajadi,

keagamaan dan kerohanian adalah amat penting. Justeru guru haruslah

mengunakan kaedah pembelajaran yang interaktif serta relerven dengan asyrakat

orang Asli dan masyrakat pribumi. Menurut Sparks (2000) mencadangkan

pembelajaran koperatif, bahan pengajaran visual, pendekatan menggunakan cerita

dan lagu. hal ini demikian kerana masyrakat orang Asli dan pribumi sangat suka

bercerita tentang peristiwa lampau mereka. justeru pembelajaran secara kontekstual

amat berkesan dilaksanakan. Selain itu, pembelajaran seperti koperatif dan kerja

projek secara berkumpulan dalam persekitan yang agak bebas mampu menarik

minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Hal ini demikian

kerana murid orang asli dan pribumi ini tidak suka akan kongkongan dan biasa

hidup dalam situasi bebas dalam kehidupan mereka seharian.

Untuk murid – murid orang asli yang kinestetik, pembelajaran holistik amat

berkesan di mana pembelajaran holistik adalah berkaitan dengan aktiviti sedia ada

murid. Pendekatan ini mampu merangsnag kreativiti dengan penggunaan visual

ruang dan sentuhan. walaubagaimanapun, mereka tudak suka bersaing.

Page 16: Penulisan ilmiah EDU 3106

16 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

Secara kesimpulanya, guru haruslah memahami tentang pedagogi

pribumi iaitu kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi kumpulan etnik yang terdiri

daripada orang Asli dan lain – lain kaum pribumi Sabah dan Serawak. Guru jugak

harus menyesuaikan diri dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya

pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dapat diterima oleh murid – murid

orang asli dan pribumi.

3.2 Penggunaan tutur kata bebas dari berbaur perkauman dan sensitiviti

agama

Guru berperanan mengajar dan mendidik murid-murid di dalam sebuah

kelas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga yang banyak

mempengaruhi tindakan dan kefahaman murid semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Sekolah rendah terbahagi kepada tiga jenis aliran iaitu

Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah

Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Namun begitu, terdapat juga murid Cina dan India

yang belajar di Sekolah Kebangsaan yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai

bahasa perantara.

Oleh itu, guru yang cekap mestilah bijak menyesuaikan diri dengan

suasana bilik darjah dan menjaga perlakuan dan tutur kata supaya bebas daripada

unsur-unsur yang berbaur perkauman dan sensitiviti agama semasa menyampaikan

penjelasan dan penerangan dalam bilik darjah. Hal ini kerana, sekiranya guru

tersilap memberi fakta tentang sesuatu kaum, murid-murid lain akan menerima

Page 17: Penulisan ilmiah EDU 3106

17 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

konsep yang negatif tentang kaum tersebut dan sekali gus akan mewujudkan jurang

perbezaan sosial yang ketara.

Akibatnya, masalah sosial dalam pembelajaran mereka seperti tiada

kerjasama dan tolak ansur semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan

berlaku. Maka, rancangan pengajaran yang awal dan rapi perlu direka terlebih

dahulu sebagai langkah berhati-hati supaya guru dapat meminimumkan kesilapan

sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

3.3 Masalah pertuturan dalam kalangan murid Cina dan India mempengaruhi

kefahaman konsep

Kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam

sesebuah bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai

amat penting bagi memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid

yang terdiri daripada pelbagai budaya adalah jelas dan tepat.

Masalah dari aspek bahasa dan pertuturan boleh menimbulkan kekeliruan

maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Kepekaan guru terhadap

murid yang mempunyai masalah berbahasa amat dituntut. Perhatian yang wajar

perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah bahasa dan bertutur.

Guru perlu menggalakkan murid-murid yang lemah bertutur terutamanya murid Cina

dan India supaya kerap berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid Melayu untuk

memantapkan lagi pertuturan mereka.

Page 18: Penulisan ilmiah EDU 3106

18 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

Selain itu, kelas pemulihan yang berfungsi membantu murid-murid yang

lemah dari aspek akademik juga dapat membantu mengukuhkan lagi pertuturan

mereka. Ada juga sebilangan murid Melayu yang lemah berbahasa tetapi mereka

dapat bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik kerana dipengaruhi latar

belakang keluarga. Dengan itu, guru seharusnya mengintegrasikan mereka iaitu

murid Melayu yang mampu bertutur dengan baik dengan murid Cina dan India yang

lemah bertutur di dalam kumpulan pemulihan yang sama. Hal ini dapat membantu

murid Cina dan India bertutur dengan lebih baik seterusnya mereka dapat mengikuti

pengajaran dan pembelajaran guru dengan berkesan.

3.4 Menambahkan pengetahuan tentang budaya lain.

Selain itu, pengetahuan tentang adat resam, budaya, kepercayaan dan

sistem nilai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlulah dikaji dan diteliti

bagi menambahkan dan meluaskan ilmu pengetahuan guru berkaitan amalan dan

budaya murid-muridnya di dalam bilik darjah. Pengetahuan awal guru terhadap

budaya murid-muridnya amat penting dalam menyusun aktiviti pembelajaran

terutamanya di dalam subjek Kajian Tempatan (KT) dan Pendidikan Sivik dan

Kerohanian (PSK). Kurikulum yang terkandung dalam kandungan sukatan pelajaran

Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK) umpamanya mengandungi adab-adab

dalam setiap budaya di Malaysia.

Justeru, guru lebih mudah mengajar dan membimbing murid adab-adab

tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan yang melibatkan pelbagai

kaum di dalam satu kumpulan. Melalui aktiviti ini, perkongsian dan pertukaran ilmu

Page 19: Penulisan ilmiah EDU 3106

19 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

tentang budaya masing-masing akan berlaku dan secara tidak langsung aktiviti ini

membolehkan jurang perkauman antara murid dapat dihapuskan. Penjelasan dan

penerangan guru juga amat penting bagi mencari persamaan di dalam perbezaan

yang terdapat dalam setiap kaum. Ciri-ciri persamaan dalam setiap budaya mampu

membentuk hubungan yang harmonis sesama sendiri setelah murid-murid dewasa

kelak.

3.5 Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif

Seterusnya kesedaran guru tentang hubungan yang harmonis antara

murid-murid pelbagai kaum akan mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.

Kelancaran pengajaran dan pembelajaran banyak disumbangkan oleh kerjasama

dan perhatian yang diberikan murid-murid semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran berlaku. Sebarang gangguan dari murid akan menjejaskan tumpuan

murid-murid lain dan guru.

Oleh itu, penyusunan kedudukan meja murid-murid dalam bilik darjah

hendaklah melibatkan semua kaum. Dengan itu, mereka dapat melakukan pelbagai

aktiviti bersama-sama di sepanjang sesi persekolahan. Konflik yang timbul sesama

murid dalam bilik darjah terutamanya yang melibatkan perkauman perlu diatasi

segera bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih besar. Sebagai contoh

pergaduhan antara murid yang melibatkan perkauman merupakan kes serius yang

dapat merosakkan imej negara.

Jadi, penerapan nilai-nilai merentasi kurikulum harus diterapkan di dalam

setiap mata pelajaran. Penekanan nilai-nilai positif dan moral pada setiap kali proses

Page 20: Penulisan ilmiah EDU 3106

20 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

pengajaran dan pembelajaran mampu membentuk dan mencorakkan peribadi

murid-murid dalam menghadapi masa akan datang.

3.6 Membina hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum dalam bilik darjah.

Perancangan pengajaran dan pembelajaran guru perlu melibatkan

komunikasi dua hala iaitu interaksi guru dan murid serta interaksi murid dengan

murid. Komunikasi merupakan medium dan saluran yang baik untuk

menghubungkan individu dengan individu lain.

Guru mestilah berupaya menyusun dan merangka pelbagai aktiviti yang

melibatkan penyertaan semua murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu

mengambil kira peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan. Hal ini

bermaksud setiap kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengambil

peranan penting untuk menjayakan tugasan yang diberi.

Kejayaan dalam melaksanakan aktiviti tersebut akan membentuk rapo

yang positif dalam kumpulan mereka. Dengan adanya aktiviti yang dirangka dengan

baik, guru dapat mengelakkan prejudis antara murid yang berbeza budaya. Prejudis

berlaku dalam bentuk pandangan negatif yang tersemat dalam hati seseorang yang

berbeza kelompok etnik terhadap kelompok etnik lain (Shamsul Amri

Baharuddin,2007:12). Prejudis antara murid yang berbeza budaya perlu dikikis dan

dihapuskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dan baik sangka antara murid

dalam bilik darjah.

Page 21: Penulisan ilmiah EDU 3106

21 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

3.7 Mengenalpasti Gaya Pembelajaran Murid

Gaya pembelajaran murid haruslah dikenalpasti bagi mengetahui

kecenderungan mereka. Guru haruslah mengesan gaya pembelajaran mereka

dengan mentadbir ujian untuk membantu murid mengenalpasti jenis pelajar. Dengan

adanya pengetahuan tentang gaya, cara ini amat bersesuaian untuk memastikan

kesesuaian gaya pembelajaran murid dengan strategi dan kaedah pengajaran guru.

Tinjauan literatur (Rasmussen et al., 2004) telah menunjukkan bahawa

kebanyakan orang Asli mempunyai kebolehan visual- ruang kerana cara hidup, latar

belakang dan persekitaran di tempat mereka berada. Di samping itu, murid – murid

orang Asli lebih cenderung terhadap pembelajaran interaktif dan kinestetik dalam

modaliti visual, kerja kumpulan dan suka bekerjasama. Masyarakat pedalaman dan

masyarakat indigenous serta masyarakat orang asli tinggal di kawasan pedalaman

dan mereka harus mengimbas dan mengingat maklumat visual – ruang untuk

meninjau persekitaran selain berburu di dalam hutan.

.

Page 22: Penulisan ilmiah EDU 3106

22 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

BAB 4:

AMALAN – AMALAN YANG DAPAT MENGHAPUSKAN KETAKSAMAAN

PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

4.0 Pengenalan

Kepentingan pendidikan di dalam membangun sebuah negara apatah lagi

sesebuah peradaban adalah tidak dapat disangkal sama sekali. Melalui wadah

pendidikan ianya akan melahirkan manusia berilmu yang pasti beriman dan beramal

dengan didikan yang diperolehinya. Menyedari akan hakikat ini, pihak kerajaan

dibawah Rancangan Malaysia ke-9 telah merangka satu pelan serta bertungkus

lumus bagi memajukan sektor pendidikan di dalam mempersiap negara kita untuk

menjadi Negara maju pada tahun 2020.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak sama ada pihak

kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) bagi mewujudkan dan memupuk

perpaduan yang harmonis dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tidak dapat

dinafikan bahawa pemupukan nilai yang baik dan menghormati budaya kaum lain

dalam kalangan masyarakat haruslah bermula daripada peringkat akar umbi lagi.

Justeru, guru-guru sekolah rendah amat memainkan peranan yang besar bagi

membentuk dan memupuk nilai-nilai sosial yang positif di dalam jiwa setiap

muridnya tanpa mengira bangsa dan agama. Pendidikan awal murid-murid mampu

mencorakkan dan melahirkan masyarakat yang berupaya bekerjasama dan

bertoleransi bagi membangunkan negara sebagai satu masyarakat dan organisasi

yang utuh bukan sahaja dari aspek luaran malah dari pelbagai aspek lain.

Page 23: Penulisan ilmiah EDU 3106

23 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

4.1 Menambahbaik infrastruktur dan prasarana sekolah yang sedia ada

Bagi langkah yang pertama, iaitu menambahbaik Program Pembangunan

Pendidikan Luar Bandar, orang Asli, pedalaman dan peribumi. Infrastruktur ini

mestilah setaraf dengan infrastruktur yang terdapat di sekolah-sekolah kawasan

Bandar. Yang paling penting sekali adalah bekalan elektrik. Kerajaan perlu berusaha

untuk membekalkan bekalan elektrik yang sepenuhnya ke kawasan pedalaman.

Pada apa yang kita sedia maklum, bekalan elektrik di kawasan pedalaman masa

sekarang hanyalah seketika sahaja. Terdapat juga beberapa sekolah di pedalaman

hanya menggunakan generator untuk bekalan elektrik mereka. Jika masalah ini

tidak diselesaikan, sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan terganggu.

Selain daripada bekalan elektrik, kerajaan juga perlu menyediakan

kemudahan-kemudahan lain yang boleh melancarkan kehidupan masyarakat-

masyarakat di pedalaman. Antaranya adalah bekalan air bersih dan juga klinik-klinik

desa serta kemudahan-kemudahan di dalam bilik darjah itu sendiri untuk keselesaan

pelajar dan juga guru.

Kerajaan juga harus menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM). Di

Malaysia, sekolah yang bersaiz kecil adalah merujuk kepada sekolah kurang murid

(SKM) dengan yang bilangan murid yang kurang daripada 150 orang. Kebanyakan

sekolah‐ sekolah ini adalah sekolah luar bandar di pedalaman seperti sekolah orang

asli dan sekolah pedalaman di Sarawak.

Kewujudan sekolah bersaiz kecil ini sangat diperlukan terutamanya untuk

menyempurnakan tuntutan dan tanggung jawab sosial kerajaan yang perlu

Page 24: Penulisan ilmiah EDU 3106

24 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

memastikan bahawa setiap individu rakyat mendapat pendidikan percuma tanpa

mengira perbezaan taraf ekonomi, sosial, politik dan kaum

Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang

dikategorikan sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150

orang. Hampir 90 peratus SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi

masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan

sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan

guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana

kebanyakannya berada jauh di pedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil pula

menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade

teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun

persekolahan.

Jurang digital merupakan salah satu bentuk kemiskinan yang perlu

ditangani di sekolah luar bandar dan pedalaman. Pemahaman situasi sebenar di

peringkat akar umbi serta pengumpulan sumber adalah elemen yang perlu dalam

menangani masalah jurang digital.

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut

KPM mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru

terutamanya di sekolah luar bandar dan pedalaman. Dalam RMKe- 8, KPM telah

menyediakan infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer; perkakasan seperti

komputer komputer riba, projektor LCD dan pelayan (server), membangunkan

perisian khusus dan program TV Pendidikan bagi membantu p&p, melatih guru bagi

Page 25: Penulisan ilmiah EDU 3106

25 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

meningkatkan kompetensi mengintegrasikan ICT dalam p&p dan melatih pentadbir

sekolah menggunakan ICT dalam pengurusan.

Bagi memastikan pembudayaan ICT juga berlaku di luar bandar, KPM

telah menghubungkan sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama

Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) serta merangkaikan infrastruktur

dan perkakasan ICT melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar.

Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan,

perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar

bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar. Dalam

program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan

dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi.

Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan

bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina.

Pada waktu yang sama, KPM akan menambah baik kaedah penyampaian

program TV Pendidikan dan merintis penggunaan video teleconferencing sebagai

kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan bahan-bahan p&p kepada

pelajar dan guru di kawasan pedalaman.

4.2 Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran

Kadar penyertaan pelajar dalam sistem pendidikan adalah sebanyak 96.0

peratus bagi sekolah rendah, 84.4 peratus bagi sekolah menengah rendah dan 71.7

peratus bagi sekolah menengah atas. Cabaran KPM adalah untuk meningkatkan

Page 26: Penulisan ilmiah EDU 3106

26 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

kadar penyertaan di sekolah rendah dan menengah khususnya di kalangan Orang

Asli dan kaum minoriti.

Kegagalan menguasai 3M dikenal pasti menyebabkan defisit akademik

kumulatif dan perbezaan tahap pencapaian di kalangan pelajar. Bagi mengatasi

masalah ini, KPM telah melaksanakan program rintis Kelas Bermasalah

Pembelajaran Ringan KBSR di 71 buah sekolah pada tahun 2004. Pada tahun

2006, program ini diganti dengan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis

(KIA2M) bagi murid Tahun 1. Murid yang tidak melepasi standard yang ditetapkan

akan mengikuti Kelas Pemulihan Khas.

Kadar keciciran di sekolah rendah dan menengah telah menunjukkan

penurunan sepanjang tempoh RMKe-8. Walau bagaimanapun, data yang ada

menunjukkan jumlah pelajar yang cicir dan terkeluar daripada sekolah di bawah

KPM sahaja. Data tidak mengambil kira pelajar yang telah menyambung

persekolahan di sekolah-sekolah di luar KPM seperti di Sekolah Agama Negeri,

Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Swasta, Sekolah Antarabangsa atau ke luar

negara.

KPM juga menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar kurang upaya

yang terdiri daripada pelajar bermasalah penglihatan, pendengaran dan

pembelajaran. Pelajar yang dikategorikan bermasalah pembelajaran ialah mereka

yang mengalami masalah kognitif ringan, masalah tingkah laku, autisme, sindrom

down, Attention Deficit Disorder (ADD), Attention Deficit Hyperactivity Disorder

(ADHD) dan masalah pembelajaran khususnya disleksia. Sehingga 2005, terdapat

28 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK), dua Sekolah Menengah

Page 27: Penulisan ilmiah EDU 3106

27 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

Pendidikan Khas (SMPK), dua Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional

(SMPKV) dan 973 Program Pendidikan Khas Integrasi.

Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di

semua SKPK. Dalam tahun 2005, sebanyak 32 Program Pendidikan Khas Integrasi

untuk pelajar bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa. Kanak-

kanak kurang upaya memasuki sistem pendidikan KPM seawal umur 4+ tahun, iaitu

pada peringkat prasekolah jika ada kekosongan. Kanak-kanak kurang upaya yang

berusia kurang daripada 4 tahun mendapat pendidikan intervensi awal di pusat

kelolaan Kementerian Kesihatan atau di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau di pusat-pusat kelolaan badan sukarela.

4.3 Memberi peluang pelajar untuk mendapatkan pendidikan pada tahap

tertinggi.

Kerajaan haruslah memberi peluang pelajar mengikuti program – program

pembelajaran pada tahap yang tertinggi. Apa yang kita sedia maklum, kerajaan

telah berusaha dan mensasarkan sekurang-kurangnya 112 orang pelajar Orang Asli

dapat melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Tinggi Awam. Daripada 112

orang tersebut, kerajaan akan memilih seramai lima orang yang cemerlang untuk

melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Selain itu, kerajan juga berusaha untuk

memasukkan pelajar-pelajar Orang Asli yang cemerlang di sekolah untuk

dimasukkan ke Maktab Rendah Sains Mara manakala golongan belia pula akan

diberikan pendidikan vokasional di Pusat Giat Mara. Strategi sebegini adalah usaha

Page 28: Penulisan ilmiah EDU 3106

28 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

yang baik dan harus dikekalkan dan mungkin perlu diperluaskan untuk sekolah –

sekolah pedalaman yang lain dengan lebih meluas.

4.4 Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan

pedalaman

Kerajaan perlu befikir wajar untuk menempatkan guru-guru di kawasan

pedalaman. Majoriti guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman pada masa

sekarang ini sebenarnya tidak berminat untuk mengajar di sana. Kebanyakan

mereka hanya inginkan elaun yang diberikan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memilih

tenaga-tenaga pengajar yang betul-betul ingin ke kawasan pedalaman dan mereka

ini perlu diberikan lebih elaun. Ini akan mewujudkan suasana mengajar yang lebih

kondusif.

Pada pendapat saya, pihak kerajaan harus mewajibka guru baru

berkhidmat di kawasan peadalaman. Hal ini demikian adalah supaya guru tersebut

diberi pendedahan awal terhadap masalah – masalah pendidikan yang berlaku di

sekolah pedalaman. Pengalaman ini penting bagi guru – guru baru memantapkan

lagi pengetahuan baru dalam opsyen mereka dari semasa ke semasa. Disebabkan

guru baru ini baru sahaja keluar dari institusi pendidikan maka, ilmu yang mereka

pelajari semasa belajar adalah baru dan terkini. Justeru adalah sangat sesuai bagi

mereka mempraktikan segala ilmu yang dipelajari disekolah di pedalaman.

Selain itu, guru – guru sedia ada haruslah diberi khusus tertentu bagi

memperkaya ilmu berkenaan opsyen mereka. Hal ini adalah penting kerana setiap

Page 29: Penulisan ilmiah EDU 3106

29 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

beberapa tahun kemungkinan terdapat penambahan dalam pengisian sesuatu mata

pelajaran.

Bagi menarik minat dan keselesaan guru yang mengajar di pedalaman,

pihak kerajaan haruslah menyediakan rumah guru yang mempunyai kemudahan

yang sempurna. hal ini dalah kerana tidak semua guru mampu menyesuaikan diri

dalam situasi tertentu. Keperluan – keperluan asas seperti bekalan air, eletrik dan

kemudahan internet wajar disediakan. Hal ini adalah untuk guru sentiasa berhubung

dengan dunia luar dan boleh mencari maklumat terkini untuk disajikan kepada murid

– murid mereka yang sangat kekurangan ilmu.

\

4.5 Mempertingkatkan kemahiran ICT guru

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan

perubahan daripada era masyarakat industri (industrial society) kepada era

masyarakat bermaklumat (information society) menimbulkan cabaran baru kepada

institusi pendidikan. Perkembangan ini telah mempengaruhi dunia pendidikan

terutamanya dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P). Justeru itu,

beberapa pengubahsuaian perlu dibuat dari segi penggunaan media pengajaran

dan pembelajaran.

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ( Information and

Communication Technology atau ICT) telah meningkatkan penggunaan internet,

laman web (web page) dan jaringan (networking) dalam pendidikan. Perkembangan

baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari

segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran (Abu Bakar Nordin, 1991).

Kementerian Pendidikan juga telah mengadakan beberapa reformasi pendidikan

Page 30: Penulisan ilmiah EDU 3106

30 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem

pendidikan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Secara logiknya, guru haruslah mempelajari serta menguasai kemahiran

ICT dalam p&p. Hal ini adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara murid

bandar dan luar bandar. Apabila guru mahir dalam penggunaan ICT, hal ini mampu

memberi peluang kepada murid pedalaman atau luar bandar berkenaan isu – isu

semasa dan meningkatkan daya pemikiran murid kearah yang lebih urban dan

meluas.

Walaupun begitu, timbul keraguan tentang sejauh manakah guru-guru

dapat menggunakan komputer dan ICT dengan berkesan di dalam proses

pengajaran dan pembejarannya di dalam kelas. Menurut Zoraini Wati Abas (1996),

tidak ada gunanya jika komputer digunakan tetapi guru tidak mahu

menggunakannya dengan baik dan pelajar tidak mendapat manfaat. Selain hanya

tahu menggunakan computer dan ICT, guru perlu memahirkan diri dengan komputer

supaya pengajaran yang disampaikan menjadi lebih berkesan. Selain itu, guru

mesti mampu mewujudkan suasana di mana pelajar lebih seronok belajar dengan

menggunakan komputer. Sebenarnya, ia berkaitan dengan beberapa halangan

yang timbul untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PPBK)

Tidak kira pihak kerajaan mehupun pihak swasta, pihak-pihak ini kena

bergabung dan mencari jalan penyelesaian untuk mengubah pemikiran-pemikiran

kolot masyarakat-masyarakat peribumi untuk mereka berfikir untuk masa hadapan.

Untuk membantu dalam proses ini, golongan-golongan peribumi yang telah berjaya

Page 31: Penulisan ilmiah EDU 3106

31 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

perlu memberikan motivasi dan bimbingan kepada mereka yang masih kuat

berpegang kepada prinsip hidup mereka yang kolot tersebut. Mereka ini perlu

menggerakan minda-minda masyarakat merka untuk berubah. Apa yang paloin

penting sekali adalah, golongan-golongan yang telah berjaya ini mestilah tidak

lupakan daratan.

Page 32: Penulisan ilmiah EDU 3106

32 | K E T A K S A M A A N P E L U A N G P E N D I D I K A N D I M A L A Y S I A

5.0

PENUTUP ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Ketaksamaan peluang pendidikan terutamanya antara bandar dan luar

bandar merupakan tinggalan sejarah pembangunan pendidikan yang tidak setara

antara lokasi. Fenomena ini amat merugikan pelajar berkaitan serta boleh

menjejaskan perpaduan, pembangunan tenaga manusia, keharmonian dan

kemajuan negara. Bukannya kerana tiada usaha, tetapi kerana tiadanya komitmen

yang telus dalam menangani isu ini. pelbagai bantuan, dana dan program-program

telah dicetuskan oleh kerajaan bagi memastikan semua rakyat di negara ini dapat

menikmati peluang pendidikan yang sama bagi semua orang.

Sebagai Wargenegara Malaysia yang berdaulat, masalah mereka juga

harus mendapat pembelaan yang sewajarnya. Oleh itu, semua pihak tidak kira

kerajaan, swasta, NGO mahupun individu itu sendiri perlu memainkan peranan yang

penting untuk mengatasi masalah-masalah ketaksamaan peluang pendidikan di

kalangan masyarakat yang ketinggalan dalan bidang pendidikan. Semua pihak juga

perlu sedar dan saling bantu-membantu dalam kita memajukan golongan ini. Anak-

anak ini adalah asset negara pada masaakan datang. Jatuh bangunnya sesebuah

negara itu bergantung kepada majunya golongan muda-mudinya. Hal ini perlu diberi

perhatian serius bagi memastikan fokus membina masyarakat Malaysia yang

berilmu dan progresif tidak tersimpang daripada landasan untuk mempersiapkan

Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun2020.