moral grup 2

15
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA PPG MT1

Upload: noorazniera

Post on 16-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PEMBENTANGAN

TRANSCRIPT

Slide 1

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORALDALAM MEREALISASIKANASPIRASI NEGARA

PPG MT1

ASPIRASINEGARAKOD ETIKAPERGURUANRUKUNNEGARAWAWASAN2020FALSAFAHPENDIDIKANGURUFALSAFAHPENDIDIKANKEBANGSAAN

Aspirasi Negara merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembentukan sesebuah Negara. Guru yang berkualiti ialah guru yang dapat menunaikan tanggungjawab menyediakan sumber manusia terlatih dan berpengetahuan, berperanan membentuk identiti warga, menyemaikan perasaan kenegaraan dan membina perpaduan nasional di kalangan warga. Pemahaman terhadap perkara yang saya sebutkan ini adalah penting kerana guru perlu menyedari bahawa mereka adalah paksi kepada segala usaha dan harapan untuk mencapai wawasan negara, wawasan 2020.Satu daripada aspek penting yang jelas dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu ialah pembentukan insan berakhlak mulia. Justeru kepentingan penghayatan nilai mumi dalam kalangan manusia amatpenting, kerana nilai mumi yang dihayati itu akan mcnentukan jenis manusia yang diingini. Oleh itu, pendidikan dan penerapan nilai tidak boleh dipisahkan. Bolehdikatakan bahawa pendidikan tidak akan bermakna dan sempuma tanpa penerapan nilai mumi.

PENERAPAN NILAI MURNI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASAS PEMBANGUNAN NILAI PELAJAR

Salah satu cabaran negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Bagi merealisasikan aspirasi negara, kemantapan dan kemumian sistem pendidikan negara merupakan asas penting. Hasrat ini terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

PENDIDIKANMORALBertujuan untuk murid-murid mengenalpasti, menjelaskan dan membatinkan nilai-nilai yang berasakan kepada agama, tradisi dan nilai-nilai masyarakat Malaysiabertujuan untuk membentuk generasi yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang kearah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat globalmemberi sebab-sebab yang munasabah berdasarkan pertimbangan moral dalam membuat sesuatu keputusan . menggunakan pertimbangan yang berlandaskan prinsip-prinsip moral sebagai panduan dalam amalan kehidupan seharianPENDIDIKAN MORAL

Pendidikan moral merupakan salah satu misi utama dalam proses pendidikan sejak zaman berzaman. Selagi ada perbincangan intelektual, para pemikir pendidikan sentiasa memberiperhatian dan membincangkan tentang perkembangan dan pembangunan peribadi insan terutamanya dalam aspek berkaitan pendidikan moral dan akhlak. Apatah lagi bila melihat semakin meningkatnya kes-kes delikuensi dan jenayah juvenil yang dipaparkan oleh media. Justeru dalam melihat peranan dan sumbangan pendidikan moral dalam era sebegini,kita perlu jelas tentang apakah asas keperluan dalam pendidikan moral yang boleh dianggap sesuai dan berkesan untuk diterapkan dalam diri setiap individu dalam konteks masyarakat kita yang mempunyai kepelbagaian dalam sistem kepercayaan, adat resam, norma dan juga sistem nilai. Oleh itu kertas ini akan membincangkan tentang keperluan dalam proses pendidikan moral disamping cabaran yang perlu ditangani untuk memastikan proses tersebut membuahkan hasil.

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL

Memberikan sokongan jitu dalam pembangunan modal insan dari segi sahsiahMenguasai pedagogi, teori dan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dengan mencari dan menambah ilmu pengetahuan melalui pelbagai medium.Menyediakan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif seperti menyedikan bahan-bahan bantu mengajar yang menarik, menyusun dan mempelbagaikan aktiviti yang menarik minat murid.Mempunyai dan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang bagi mencapai matlamat ke arah pembentukan modal insan yang cemerlang

9 cabaran 2020(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yangserupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negaraMewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan majudengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain

9 cabaran 2020Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang,mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangunMewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika,yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi

9 cabaran 2020Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyatpelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negaraMewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai dayaperubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan

9 cabaran 2020Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitusistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuhMemastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitumasyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

9 cabaran 2020Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kentalMEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA

CABARAN GURU PENDIDIKAN MORALPendidik yang diamanahkan untuk mengajar Pendidikan Moral perlumempunyai asas ilmu pengetahuan dan kemahiran yang luas terutamanya berkaitan keperluan dalam diri dan pendekatan atau kaedah yang digunakan. Oleh itu soal penyediaan guru Pendidikan Moral perludipandang serius kerana realitinya pendidikan moral tidak semudah seperti yang ditanggapi dan dilafazkan. Sebenarnya konsep moral yang dipegang oleh pendidik akan mempengaruhi matlamat, kandungan dan terutamanya kaedah mengajar

Guru juga perlu sedar bahawa suasana di luar bahkan di dalam sekolah sendiri samada dari segi praktik dan polisi banyak memberi implikasi terhadap kemoralan seseorang individu. Sebagaimana pentingnyaPendidikan Moral secara formal, proses pendidikan secara tidak formal melalui aktiviti-aktiviti dan suasana alam persekolahan meliputi masyarakat dan polisinya perlu mempunyai kualiti yang boleh mempromosikan suasana moral. Sememangnya ia bukanlah satu usaha yang mudah dan memerlukan tekad yang jitu tetapi tanggungjawab ini perlu kita galas untuk menyiapkan anak didik kita supaya boleh berfungsi dengan baik dan berkesan dalam pelbagai segi

Peranan dan juga tanggungjawab guru pendidikan moral dalam merealisasikan aspirasi Negara adalah sangat penting. Hal ini kerana, sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

KESIMPULAN