edu 3083

9
Bahagaian A : Penulisan Esei Bagaimana Budaya Menyelidik Dapat Membantu Guru Meningkatkan Kualiti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Kemampuan Malaysia merealisasikan hasrat Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju mengikut acuan sendiri amat bergantung pada sistem pendidikan. Hal ini pernah dinyatakan oleh tokoh pendidikan, Tan Sri Awang Had Salleh dalam menyarankan RRJP3 agar memberi tumpuan kepada sektor pendidikan. Menurut beliau, kalau 20 atau 30 tahun lalu, cuma dua peratus saja rakyat negara ini berpendidikan universiti. Untuk mencapai tahap sebuah negara maju, peratusan mereka yang berpendidikan tertiari perlu lebih tinggi di samping sistem pendidikan mestilah bersifat anjal. Menyedari hakikat ini, usaha melahirkan modal insan minda kelas pertama telah menjadi agenda teras kedua dalam RMK 9 (Misi Nasional) dan seterusnya telah menggerakkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 sebagai langkah untuk menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berkeperibadian tinggi. Sehubungan itu, profesion perguruan telah diberi amanah oleh KPM untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan berilmu. Hal ini kerana, pada abad ke-21 ini, kemajuan dan kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada keupayaan rakyatnya melahirkan dan menggunakan ilmu pengetahuan dalam segala urusan kehidupan. Namun begitu, dalam konteks Malaysia, tanggungjawab profesion perguruan bukan sahaja menyediakan rakyat di negara ini dengan pelbagai ilmu pengetahuan tetapi perlu diseimbangkan dan disepadukan dengan aspek kerohanian, emosi dan jasmani seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam proses memenuhi tanggungjawab ini, profesion perguruan juga harus berhadapan dengan impak globalisasi dan ledakan teknologi maklumat yang sedikit sebanyak telah menggugat martabatnya. Tanggungjawab para pendidik menjadi semakin berat kerana mereka perlu proaktif untuk menyediakan generasi pelajar yang bersedia bersaing dalam persekitaran sejagat yang sangat kompleks dan kompetitif. Oleh yang demikian, para pendidik dan sistem pendidikan itu sendiri perlulah mempunyai kualiti yang bersifat global. Justeru, penggubalan dasar pendidikan di negara ini perlu mengambil kira tentang penilaian kesan globalisasi terhadap pendidikan, 1

Upload: faikha-munirah

Post on 22-Dec-2015

44 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

not mine

TRANSCRIPT

Page 1: edu 3083

Bahagaian A : Penulisan Esei

Bagaimana Budaya Menyelidik Dapat Membantu Guru Meningkatkan Kualiti

Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah

Kemampuan Malaysia merealisasikan hasrat Wawasan 2020 untuk menjadi

negara maju mengikut acuan sendiri amat bergantung pada sistem pendidikan. Hal ini

pernah dinyatakan oleh tokoh pendidikan, Tan Sri Awang Had Salleh dalam

menyarankan RRJP3 agar memberi tumpuan kepada sektor pendidikan. Menurut

beliau, kalau 20 atau 30 tahun lalu, cuma dua peratus saja rakyat negara ini

berpendidikan universiti. Untuk mencapai tahap sebuah negara maju, peratusan mereka

yang berpendidikan tertiari perlu lebih tinggi di samping sistem pendidikan mestilah

bersifat anjal. Menyedari hakikat ini, usaha melahirkan modal insan minda kelas pertama

telah menjadi agenda teras kedua dalam RMK 9 (Misi Nasional) dan seterusnya telah

menggerakkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merangka Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2006-2010 sebagai langkah untuk menyahut seruan kerajaan

dalam melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berkeperibadian tinggi.

Sehubungan itu, profesion perguruan telah diberi amanah oleh KPM untuk

melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan berilmu. Hal ini kerana, pada abad

ke-21 ini, kemajuan dan kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada

keupayaan rakyatnya melahirkan dan menggunakan ilmu pengetahuan dalam segala

urusan kehidupan. Namun begitu, dalam konteks Malaysia, tanggungjawab profesion

perguruan bukan sahaja menyediakan rakyat di negara ini dengan pelbagai ilmu

pengetahuan tetapi perlu diseimbangkan dan disepadukan dengan aspek kerohanian,

emosi dan jasmani seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam proses memenuhi tanggungjawab ini, profesion perguruan juga harus

berhadapan dengan impak globalisasi dan ledakan teknologi maklumat yang sedikit

sebanyak telah menggugat martabatnya. Tanggungjawab para pendidik menjadi

semakin berat kerana mereka perlu proaktif untuk menyediakan generasi pelajar yang

bersedia bersaing dalam persekitaran sejagat yang sangat kompleks dan kompetitif.

Oleh yang demikian, para pendidik dan sistem pendidikan itu sendiri perlulah

mempunyai kualiti yang bersifat global. Justeru, penggubalan dasar pendidikan di

1

Page 2: edu 3083

negara ini perlu mengambil kira tentang penilaian kesan globalisasi terhadap pendidikan,

kemampuan kita untuk menjana perubahan akibat globalisasi di samping memenuhi

wawasan negara dan falsafah pendidikan itu sendiri. Dengan ini, KPM telah mengatur

langkah-langkah meningkatkan profesion perguruan sebagaimana yang termaktub

dalam teras kelima PIPP 2006-2010 iaitu memartabatkan profesion perguruan. Salah

satu elemen yang diberi penekanan ialah budaya penyelidikan di kalangan pendidik.

Dengan adanya budaya penyelidikan di kalangan guru maka kualiti perguruan itu dapat

ditingkatkan.

Penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai kerja-kerja menyelidik atau perbuatan

menyelidik (Kamus Dewan, 2005). Dengan kata lain, penyelidikan adalah satu usaha

yang bersistematik untuk mendapat jawapan kepada soalan atau sesuatu masalah

(Tuckman, 1999). Dalam konteks pendidikan, penyelidikan adalah suatu proses

membuat refleksi terhadap masalah-masalah pendidikan (Mok, 2005) seperti

pelaksanaan polisi dan program pendidikan di peringkat makro manakala di peringkat

mikro refleksi dilakukan terhadap masalah yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, penyelidikan dapat dirumuskan sebagai

satu usaha menyelidik untuk mencari jawapan kepada permasalahan dalam bidang

pendidikan dengan mentafsir dapatan-dapatan baru, memperbaharui teori dan membuat

kesimpulan bagi penyelesaian masalah yang dikaji.

Menurut Kamus Dewan (2005), kualiti ialah darjah kecemerlangan biasanya

tinggi atau mutu yang terbaik. Manakala C.S. Ong (2005) berpendapat bahawa kualiti

dalam pendidikan boleh dirumuskan sebagai tahap pencapaian tertinggi atau standard

yang unggul dan boleh dikenal pasti secara umum dan sejagat. Oleh itu, kualiti

perguruan dapat dikaitkan dengan standard yang unggul dalam semua aspek perguruan

yang diiktiraf oleh pihak berkepentingan dan masyarakat. Dengan kata lain, kualiti para

pendidik terletak kepada profesionalismenya (Jemaah Nazir, 2001), prinsipnya,

keutuhan peribadi, kecekapan dan keterampilan, keintelektualan, kestabilan emosi dan

kerohanian serta kebijaksanaan dan kepemimpinannya.

Perguruan pula dirujuk kepada sekolah, tempat belajar, aktiviti pengajaran

atau yang ada berkaitan dengan guru (Kamus Dewan, 2005). Menurut Sufean (2004),

2

Page 3: edu 3083

perguruan satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia

yang sempurna agar manusia itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab guru

terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang didiami oleh mereka serta keesaan Yang

Maha Pencipta. Justeru dalam perbincangan ini, skop perguruan akan dirujuk pada

aspek profesionalisme pendidik.

Penyelidik adalah satu perkataan yang memberi bayangan bahawa seseorang

individu mengkaji sesuatu perkara untuk mencari dan menyelesaikan dalam dirinya.

Penyelidik adalah orang yang bertanggungjawab melakukan penyelidikan berlandaskan

kaedah-kaedah yang benar dan sahih. Menurut Rudduck dan rakan (1985), penyelidikan

ialah melaksanakan siasatan secara sistematik terhadap perkara yang ingin diketahui.

Ini bermakna penyelidikan yang dilakukan adalah berkaitan dengan perkara yang

menimbulkan tanda tanya (masalah) hingga tercetusnya persoalan-persoalan dan

akhirnya ingin diselesaikan untuk mendapatkan persoalan itu.

Terdapat perbincangan yang menyeru agar guru-guru mengamalkan budaya

penyelidikan. Amalan ini perlu dijadikan satu budaya memandangkan guru kurang

melaksanakan penyelidikan secara berperingkat. Petikan dari artikel yang berikut

menyeru agar guru-guru melaksanakan penyelidikan tindakan dengan lebih kerap.

Sumber artikel adalah dari Utusan Online bertarikh 22 Julai 2011 oleh Azizi Majid. "Kita

tidak mahu warga pendidik hanya menumpu perhatian untuk mengajar anak murid,

sebaliknya mereka perlu menyumbang sesuatu kepada negara melalui bidang

penyelidikan. Ini kerana cintakan ilmu, dahagakan pengetahuan dan belajar sepanjang

hayat merupakan sifat yang harus ada pada diri setiap warga pendidik," (Datuk Dr. Haili

bin Dolhan). Berdasarkan artikel, Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran

Malaysia itu berkata bahawa seluruh warga pendidik perlu memupuk budaya

penyelidikan agar mereka berupaya meningkatkan integriti dan kreadibiliti. Ini tidak

bermakna pendidik yang telah berjaya mempunyai ijazah tertinggi berhenti menuntut

ilmu, bahkan mereka hendaklah menyemai sikap belajar sepanjang hayat.

Warga pendidik seharusnya tidak mengelak dalam melaksanakan

penyelidikan atas beberapa faktor. Memetik kata-kata Timbalan Pengarah Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar (EPRD) Kementerian Pelajaran Malaysia, Amir

3

Page 4: edu 3083

Mohd Salleh (DJ Dolasoh, Berita Harian, 29 September 2009), setiap guru perlu

mencontohi guru di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea yang

membuat kajian tindakan terhadap bidang kerjaya mereka. Ia sebagai alat penilai dan

perlu menganggapnya sebagai sebahagian daripada bidang tugas untuk meningkatkan

lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Dengan kenyataan ini,

maka terbuktilah bahawa untuk menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, guru-guru

yang perlu memulakan langkah untuk melakukan transformasi agar kualiti pembelajaran

semakin berkualiti dan bertaraf dunia.

Penyelidikan pendidikan di Malaysia dijalankan dalam dua peringkat iaitu

peringkat makro dan mikro. Di peringkat makro, penyelidikan pendidikan dijalankan oleh

agensi-agensi di bawah kelolaan KPM dan universiti tempatan. Tujuan penyelidikan di

peringkat ini lebih tertumpu kepada penilaian dasar-dasar pendidikan dan penilaian pada

program-program pendidikan. Manakala penyelidikan mikro dijalankan secara kecil-

kecilan oleh institusi pendidikan seperti sekolah, IPG dan universiti tempatan yang lebih

difokuskan pada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pelbagai kaedah penyelidikan pendidikan yang digunakan. Menurut Azizi, et.

al (2007, hlm 5) terdapat dua pendekatan dalam perkembangan penyelidikan ilmu sosial

termasuk penyelidikan pendidikan iaitu, pendekatan positivistik dan pendekatan

naturalistik. Pendekatan positivistik ialah pendekatan penyelidikan yang menjawab

permasalahan manakala pendekatan naturalistik ialah pendekatan penyelidikan yang

memerlukan pemahaman secara mendalam dan menyeluruh berkaitan objek yang

diselidik bagi menjawab permasalahan.

Penyelidikan saintifik atau asas dilihat sebagai pendekatan utama dalam

pendidikan yang selalu dilakukan oleh IPT di Malaysia sama ada untuk tujuan akademik

oleh individu atau organisasi tertentu bagi tujuan pembentukan dan pengembangan

dasar atau program yang berkaitan dengan pendidikan. Lazimnya, dapatan kajian

digunakan untuk membuat cadangan umum bagi penyelesaian masalah atau

penambahbaikan sesuatu dasar atau program kepada organisasi yang terlibat. Dalam

konteks pelaksanaan penyelidikan, peranan penyelidik berakhir setelah laporan siap

4

Page 5: edu 3083

disediakan. Penyelidikan ini biasanya dijalankan oleh ahli-ahli pendidikan di IPT, pelajar-

pelajar peringkat sarjana dan PHD.

Pada masa kini penyelidikan tindakan dilihat sebagai satu alternatif baru yang

paling sesuai untuk menyelesaikan permasalahan dalam bidang perguruan. Hal ini

kerana kebanyakan penyelidik pendidikan menganggap dapatan penyelidikan saintifik

mengambil masa yang lama untuk diterima oleh pengamal pendidik dan mempunyai nilai

praktis yang sedikit. Lewin (1946 : 41 dlm Jamil. 2002) mengkritik penyelidikan saintifik

yang tidak menyumbang kepada perubahan dengan menyatakan ‘research that

produces nothing but books will not suffice’. Kenyataan ini diperkukuh lagi kajian yang

dibuat oleh Sardo Brown (1995 dlm Jamil. 2002) ke atas enam orang guru yang

melaksanakan penyelidikan pendidikan. Beliau mendapati penyelidikan tindakan

menjadikan para guru lebih reflektif, sensitif kepada permasalahan pelajar,

meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran dan amalan komunikasi. Selain

itu, menjadikan guru lebih bersikap positif untuk membaca dan mencuba kaedah

pengajaran baru bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Melalui penyelidikan, corak pemikiran tinggi (high oder thinking) di kalangan

guru penyelidik akan membantu para pelajar menguasai cara berfikir sedemikian. Hal ini

sesuai dengan perpatah yang mengatakan kepemimpinan melalui teladan. Corak

pemikiran tinggi ini berlaku apabila guru penyelidik terlibat dalam memanipulasi

maklumat dan idea-idea dengan mensintesis, membuat generalisasi, menjelaskan,

membuat hipotesis, atau mengemukakan kesimpulan-kesimpulan daripada hasil

dapatan dalam bentuk makna dan kefahaman baru. Mereka akan menggunakan

prinsip-prinsip pemikiran pada peringkat lebih tinggi. Hasil dapatan penyelidikan dapat

membantu guru membangunkan keupayaan pelajar-pelajar untuk mereflek dan

menggunakan pemikiran tinggi dalam aktiviti pembelajaran. Dengan ini, proses

pembelajaran pelajar tidak lagi tertumpu kepada aktiviti penghafalan dan menerima

semua fakta tanpa melalui pemikiran kritis. Kemahiran berfikir pelajar akan berkembang

di samping kekukuhan struktur kognitif pelajar-pelajar membantu mereka mengingat dan

mengekalkan maklumat dalam tempoh masa yang panjang. Selain itu, guru dapat

menyediakan struktur asas bagi pelajar untuk membina konsep baru. Semua ini dapat

dilakukan oleh guru yang melakukan penyelidikan sebelum melaksanakan proses

5

Page 6: edu 3083

pengajaran kerana guru perlu membuat analisis, penilaian dan mensintesiskan amalan

pengajarannya agar dapat menggalakkan pelajar menggunakan pemikiran tinggi dalam

operasi pembelajaran mereka.

Sementara itu, keintelektualan para guru juga dapat ditingkatkan melalui

pencambahan idea dan ilmu baru. Dengan melakukan penyelidikan, para guru aktif di

dalam pengumpulan dan perkongsian maklumat yang terkini. Malah, guru terdorong

untuk mencetuskan idea-idea baru yang boleh membantu organisasi pendidikan

berhadapan dengan permasalahan baru serta lebih bersedia menghadapi perubahan

yang berlaku dari semasa ke semasa. Hal ini boleh dilakukan dalam situasi yang lebih

dinamik kerana melalui penyelidikan, semua teknik penyelesaian kepada sesuatu

masalah yang digunakan selama ini akan mengalami peningkatan kerana perlu

disesuaikan dengan diri para guru dan organisasi sekolah yang sentiasa berubah.

Penyelidikan dapat menyemak kembali aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lepas

dan membantu guru-guru mempelajari kesilapan masa lampau. Dengan ini, para guru

akan bersedia untuk menggunakan pendekatan baru dan terkini untuk mengatasi

kesilapan lampau, pada masa yang sama, ia memberi kekuatan kepada mereka untuk

berhadapan dengan perubahan secara positif.

Penyelidikan dapat meningkatkan kualiti perguruan melalui perkongsian pintar.

Perkongsian pintar ini berlaku apabila pertukaran dan aliran maklumat berlaku secara

bebas. Melalui penyelidikan, para guru dapat menyuarakan pandangan berdasarkan

dapatan kajian yang kukuh kepada pihak-pihak berkepentingan dan pembuat dasar

untuk diambil perhatian dalam penyelesaian sesuatu masalah berkaitan dengan

pendidikan. Pada masa kini, guru tidak terlibat secara langsung dalam apa-apa

perubahan yang dibuat dalam sistem pendidikan malah mereka terpaksa menerima

sebarang perubahan tanpa kerelaan dan kesediaan untuk melakukannya. Lantas,

kebanyakan perubahan yang dilaksanakan kurang berjaya kerana guru kurang

memahami matlamat dan tujuan suatu perubahan tersebut. Keadaan ini boleh diubah

sekiranya guru mengamalkan budaya penyelidikan dalam tugasan mereka. Hal ini

kerana, guru mempunyai hujah-hujah yang kukuh untuk disumbangkan kepada pembuat

dasar sebelum satu-satu perubahan dilakukan. Para guru juga akan lebih bersedia untuk

6

Page 7: edu 3083

melakukan perubahan kerana mereka terlibat sama dalam membentuk matlamat dan

strategi sesuatu perubahan.

Dalam konteks mikro, perkongsian pintar ini berlaku apabila hasil dapatan

penyelidikan dibincangkan dalam persidangan, seminar, bengkel dan penulisan jurnal.

Perkongsian maklumat dan perbincangan-perbincangan dalam mengatasi permasalahan

yang sama dapat mewujudkan pakatan strategi setelah pertimbangan daripada pelbagai

aspek pemikiran dan pengalaman para peserta dibuat. Dengan cara ini, ketandusan idea

dan kemuflisan daya cipta dalam kalangan guru dapat diatasi.

Selain itu, proses dalam penyelidikan mendorong para guru untuk menjalinkan

hubungan dengan pihak pengurusan, pelajar, rakan setugas, ibu bapa dan komuniti

yang lebih luas untuk memperoleh maklumat. Misalnya, guru ingin melihat hubungan

pembelajaran pelajar dengan penglibatan ibu bapa di rumah, lalu bagi mendapatkan

maklumat, guru akan berinteraksi dengan PIBG, ibu bapa dan pelajar-pelajar yang

terlibat. Dengan wujudnya hubungan sedemikian, guru lebih peka dan memahami situasi

sebenar masalah dan cara penyelesaian masalah itu boleh diambil. Penglibatan guru

secara aktif untuk mencari penyelesaian masalah di dalam bilik darjah juga telah

meningkatkan komitmen dan prestasi kerja guru tersebut. Menurut Covey (1989)

penglibatan seseorang untuk memenuhi tuntutan keperluan yang memaksa mereka

menjadi komited dan jika tiada penglibatan maka komitmen tidak mungkin wujud. Proses

penyelidikan guru banyak membantu mereka mempertingkat hasil kerja melalui

penambahan pengalaman dan kemahiran.

Tanpa aktiviti penyelidikan, kebanyakan guru kurang peka terhadap

penambahan ilmu melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian ilmu. Hal ini

berlaku kerana tabiat manusia akan melakukan sesuatu sekiranya ia boleh

mendatangkan manfaat kepada mereka. Oleh itu, tanpa menjalankan penyelidikan

seseorang guru tidak dapat merasai manfaat pembudayaan ilmu dalam kerjayanya.

Hanya guru yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan dapat melihat nilai tambah ilmu yang

diperoleh daripada dapatan penyelidikannya kepada perkhidmatan mereka. Dalam

kajian yang dilakukan oleh Madzniyah (2006) mendapati guru yang menjalankan

penyelidikan berpendapat bahawa penyelidikan dapat memperkembangkan

7

Page 8: edu 3083

profesionalisme mereka terutama dalam pertambahan ilmu pengetahuan. Tambahan

pula, penyelidikan dapat membantu proses Organisasi Pembelajaran (learning

organization) berkembang pesat. Pada peringkat individu, ilmu meningkatkan

kompetensi guru supaya dapat melaksanakan tugas dengan sempurna manakala pada

peringkat sekolah sebagai organisasi, perkongsian ilmu memperkukuh keupayaannya.

Justeru, penyelidikan akan menyebabkan guru terlibat secara langsung atau tidak

langsung secara bersistematik dalam kegiatan ilmu pada setiap ruang dan masa.

Sebagai seorang profesional, guru bukan sahaja perlu berilmu pengetahuan

dan terlatih tetapi mereka perlu mahir dalam bidang masing-masing dan berkebolehan

menghasilkan aktiviti pembelajaran kreatif dan inovatif. Lebih-lebih lagi, perkembangan

teknologi maklumat yang sedia ada banyak membantu guru untuk menjadi kreatif dan

inovatif. Guru yang kreatif akan mencipta sesuatu penemuan yang baru dengan

menyelidik dan mencari bukti-bukti dengan mencabar diri untuk mencipta teori-teori baru

berkaitan pendidikan. Guru tidak lagi bergantung kepada pengalaman yang lapuk dan

ketinggalan zaman untuk menjalankan tugas mereka malah melalui penyelidikan, guru

dapat mencari kaedah atau amalan yang kreatif dan berinovasi untuk menjadikan

pembelajaran pelajar semakin menarik dan berkesan. Contohnya, penyelidikan guru

dapat mengesan kaedah pengajaran berasaskan komputer yang paling sesuai untuk

digunakan dalam bilik darjah, di mana kreativiti guru bergantung kepada kebolehannya

melakukan inovasi dalam pengajaran. Hal ini tidak lain tidak boleh dilakukan dengan

menjalankan penyelidikan secara berterusan.

Akhir sekali, kesan penyelidikan ke atas profesion perguruan ialah keupayaan

para guru menangani kepelbagaian dalam bilik darjah. Dewasa ini, konsep kepelbagaian

menjadi isu utama yang diperkatakan seluruh dunia. Pelajar-pelajar yang berada dalam

bilik darjah datang daripada berbagai-bagai latar belakang sosio ekonomi, tahap kognitif,

keperluan, pengalaman, pengetahuan dan kemahiran. Teknik pengajaran satu kaedah

untuk semua sudah tidak sesuai lagi. Guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan

untuk membantu pelajar yang berbeza-beza ini. Oleh itu, aktiviti penyelidikan dapat

mengesan kepelbagaian keperluan dan masalah. Justeru, pelbagai pendekatan dapat

dilakukan untuk menyelesaikan permasalahan ini.

8

Page 9: edu 3083

Secara amnya, aktiviti penyelidikan yang dilakukan secara bersistematik dan

saksama dapat membantu perkembangan profesion perguruan yang berkualiti dan

berkesan. Profesion perguruan merupakan profesion yang diberi tanggungjawab yang

berat bagi memastikan sumber manusia negara dibangunkan dengan sempurna untuk

menjadi aset yang dapat menjana pertumbuhan mapan. Dalam memenuhi aspirasi ini,

guru mestilah menjadi penyelidik yang mampu mencetuskan ilmu dan teori baru, di

samping berinovasi dan mampu meningkatkan daya kreatif untuk mewujudkan suasana

pembelajaran berkesan. Oleh itu, penglibatan guru sebagai penyelidik perlu

diperkembang. Sokongan dalam bentuk peruntukan kewangan, khidmat nasihat atau

bimbingan dan latihan atau kusus pada semua peringkat pendidik perlu dilakukan secara

berterusan dan bersungguh-sungguh. Perancangan dan pemantauan perlu dilakukan

untuk mengesan kelemahan dan kekuatan penerapan budaya penyelidikan di kalangan

guru-guru. Perkara ini perlu dilaksanakan supaya aktiviti penyelidikan tidak dibuat

secara sambil lewa. Tuntasnya, penyelidikan dapat mempertingkat kualiti perguruan,

namun budaya penyelidikan perlu dimantapkan agar matlamat dasar-dasar kerajaan

dapat dipenuhi.

9