bab 1modul pjj- bml 3083

33
PENGENALAN KEPADA SEMANTIK | 1 UNIT 1 PENGENALAN KEPADA SEMANTIK HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. Menjelaskan definisi semantik secara terperinci. 2. Menghuraikan hakikat bermakna melalui semantik 3. Menyatakan Pengertian Ketaksaan dan Huraiannya 1.0 Pendahuluan Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Fungsi bahasa Melayu dalam konteks kini boleh dilihat berasaskan dasar dan motif bahasa itu sendiri yang dianggap sebagai fungsi am iaitu sebagai penglahiran maksud, perasaan, ekspresi, dan penunjang minda serta sebagai alat komunikasi. Secara khusus, bahasa Melayu dalam konteks negara kita berfungsi sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa komunikasi. Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan dikaji dengan menggunakan pelbagai pendekatan. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Semantik merupakan salah satu bidang semantik yang mempelajari tentang makna.

Upload: lehskss

Post on 17-Feb-2015

153 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

modul pjj upsi Bab 1 -BML 3083 Semantik dan pragmantik Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 1

UNIT 1

PENGENALAN KEPADA SEMANTIK

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

1. Menjelaskan definisi semantik secara terperinci.

2. Menghuraikan hakikat bermakna melalui semantik

3. Menyatakan Pengertian Ketaksaan dan Huraiannya

1.0 Pendahuluan

Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia. Fungsi bahasa Melayu dalam

konteks kini boleh dilihat berasaskan dasar dan motif bahasa itu sendiri yang dianggap sebagai fungsi am

iaitu sebagai penglahiran maksud, perasaan, ekspresi, dan penunjang minda serta sebagai alat

komunikasi. Secara khusus, bahasa Melayu dalam konteks negara kita berfungsi sebagai bahasa

kebangsaan dan bahasa komunikasi. Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan

dikaji dengan menggunakan pelbagai pendekatan. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk

mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Semantik merupakan salah satu bidang semantik yang

mempelajari tentang makna.

1.1 Definisi Semantik

Bidang makna atau semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana bahasa

tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan

bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Firth (1944) pula

menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata ‘makna’ memberi erti

‘maksud’ atau ‘erti’. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pengertian lagi.

Misalnya, Ogden dan Richard dalam bukuThe Meaning of Meaning (1956) pernah memberikan 16

pengertian dan erti bagi makna; antaranya, makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan

suatu peristiwa yang diharapkan.

Page 2: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 2

Istilah semantik agak baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang-bidang ilmu yang

lain iaitu dicipta pada akhir abad ke-19. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik

sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan

daripada pendengar. Seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat

apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang ( Leonard

Bloomfield, 1992). Menurut Zabech, semantik dalam peristilahan moden digunakan dengan maksud ‘kajian

tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama khas),

ekspresi predikat.

Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunanisemant ickos yang membawa

maknasignificant iaitu ‘penting’ atau ‘beerti’ ( Hashim Musa, Ong Chin Guan, 1998). Selain itu, ‘sema’ juga

beerti tanda atau lambang. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti

dalam bahasa ( Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas,

mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi,

falsafah dan antropologi.

Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari dalam bukunya yang bertajuk

semantik dan pragmatik bahasa Melayu, Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal

daripada perkataan Greek “ semantikos ” yang membawa maksud “erti yang penting”. Selalunya terdapat

perbezaan antara “semantik” dengan “sintaksis”. Dalam keadaan tersebut, “semantik” merujuk kepada

struktur ataupun pola yang formal bagi pernyataannya (contoh, secara bertulis ataupun bertutur). Semantik

( Bahasa Yunani): semantikos, memberikan tanda, penting, dari kata sema (sama), tanda adalah cabang

linguistik yang mempelajari makna yang terkandung pada suatu bahasa, kod, atau jenis representasi lain.

Semantik biasanya dibezakan dengan dua aspek lain dari simbol yang lebih sederhana, serta pragmatik,

penggunaan praktis symbol oleh agen atau komuniti pada suatu keadaan atau konteks tertentu.

Menurut Abdullah Hassan (1992:1), semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna. Dan

oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebhagian

daripada linguistik Kajian makna kata dalam bahasa Melayu menurut sistem penggolongan semantik

adalah cabang linguistik yang berperanan semata-mata untuk meneliti makna kata, bagaimana asal

mulanya, bahkan bagaimana perkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadi perubahan makna dalam

sejarah bahasa. Bidang semantik terbatas pada usaha memperhatikan dan menhkaji proses transposisi

makna kata dalam pemakaian bahasa. Ullman (1972) menyatakan bahawa apabila seseorang memikirkan

Page 3: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 3

maksud sesuatu perkataan, sekaligus memikirkan rujukannya atau sebaliknya. Hubungan dua hala antara

maksud dengan perkataan itulah yang menyebabkan lahirnya makna, oleh yang demikian walaupun

rujukan tetap, namun makna dan perkataan dapat dibezakan.

J.W.M Verhaar (1996:13) berpendapat bahawa “semantik adalah cabang linguistik yang akan

membahas erti atau makna”. Abdul Chaer (1994:284) menyatakan “semantik merupakan bidang kajian

linguistik yang mana obkel penelitiannya adalah makna bahasa”. Manakala menurut R.H.Robins (1992:24)

mendefinisikan semantik sebagai “Makna merupakan atribut bukan sahaja dari bahasa melainkan pula dari

segenap sistem tanda dan lambang dan kajian makna dinamakan semantik”. Seterusnya Aminuddin (1988:

15) menyatakan “ Semantik berasal dari bahasa Yunani mengandungi makna untuk memaknai. Sebagai

istilah teknis semantik mengandungi pengertian kajian tentang makna”. Menurut kamus dewan edisi ketiga

semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna kata.

Menurut Drs Chaer dalam bukunya yang bertajuk Pengantar semantik bahasa Indonesia

menjelaskan kata semantik dalam bahasa Indonesia (Inggeris : Semantics ) berasal dari bahasa Yunani

sema ( kata benda ) yang bererti “menandai” atau “melambangkan”. Yang dimaksudkan dengan tanda atau

lambang tersebut sebagai padanan kata sema itu adalah tanda linguistik ( Perancis : signe linguistique )

seperti yang dikemukakan oleh Ferdinand de Saussure (1966), iaitu yang terdiri dari (1) komponen yang

mengertikan, yang wujud bentuk-bentuk bunyi bahasa dan (2) komponen yang diertikan atau makna dari

komponen yang pertama itu. Kedua komponen ini adalah merupakan tanda atau lambang, sedangkan

yang ditandai atau dilambanginya adalah sesuatu yang berada di luar bahasa yang lazim disebut referen

atau hal yang dirujuk.

Kata semantik ini kemudian disepakati sebagai istilah yang digunakan untuk bidang linguistik yang

mempelajari hubungan antara tanda-tanda linguistik dengan hal-hal yang ditandainya. Atau dengan kata

lain, bidang dalam linguistik yang mempelajari makna atau erti dalam bahasa. Oleh kerana itu, semantik

dapat diertikan sebagai ilmu tentang makna atau tentang erti. Selain istilah semantik dalam sejarah

linguistik ada pula digunakan istilah lain seperti semiotika, semiologi, semasiologi, sememik, dan semik

untuk merujuk pada bidang yang mempelajari makna atau erti dari suatu tanda atau lambang. Namun

istilah semantik lebih umum digunakan dalam pelajaran linguistik kerana istilah-istilah yang lainnya itu

mempunyai cakupan objek yang lebih luas, yakni termasuk makna tanda atau lambang pada umumnya.

Termasuk tanda-tanda lalu lintas dan tanda-tanda dalam ilmu matematik.

Page 4: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 4

Berlainan dengan tataran analisis bahasa lainnya, semantik merupakan cabang linguistik yang

mempunyai hubungan erat dengan ilmu-ilmu sosial lain seperti sosiologi dan antropologi, bahkan juga

dengan falsafah dan psikologi. Sosiologi mempunyai kepentingan dengan semantik kerana sering dijumpai

kenyataan bahawa penggunaan kata-kata tertentu untuk mengatakan sesuatu makna dapat menandai

identiti kelompok dalam masyarakat. Kata wang dan duit memiliki “makna” yang sama, tetapi

penggunaannya dapat menunjukkan identiti kelompok yang mengunakannya. Begitu juga dengan

penggunaan kata besar dan gede, atau kata wanita dan cewek. Sedangkan antropologi berkepentingan

dengan semantik, antara lain kerana analisis makna sesebuah bahasa dapat menjanjikan klasifikasi praktis

tentang kehidupan budaya pemakainya. Dalam analisis semantik harus disedari, kerana bahasa itu bersifat

unik dan mempunyai hubungan yang sangat erat dengan budaya masyarakat pemakainya, maka analisis

suatu bahasa hanya berlaku untuk bahasa itu saja, tidak dapat digunakan untuk menanalisis bahasa lain.

Sebagai contoh, kata ikan dalam bahasa Indonesia merujuk kepada jenis binatang yang hidup didalam air

dan biasanya dimakan sebagai lauk, dan dalam bahasa Inggeris sepadan dengan fish. Tetapi kata iwak

dalam bahasa jawa bukan hanya bererti ikan atau fish, melainkan juga bererti daging yang digunakan juga

sebagai lauk yang dimakan dengan nasi. Malah semua lauk seperti tempe dan tauhu sering juga disebut

iwak. Bahasa yang penuturnya terdiri dari kelompok-kelompok yang mewakili latar belakang budaya,

pandangan hidup, dan status sosial yang berbeza, maka makna sebuah kata boleh menjadi berbeza dan

mempunyai makna yang berlainan.

Menurut F.R. Palmer dalam bukunya yang bertajuk Semantik, istilah semantik adalah suatu

tambahan yang agak baru dalam bahasa Inggeris. Sejarah terperinci mengenainya boleh didapati dalam

buku Read (1984). Walaupun dalam abad ketujuh belas, istilah semantics ada dipakai dalam ungkapan

semantic philosophy (falsafah semantik) dengan makna kekudusan (divination) tetapi istilah semantics

(semantik) tidak pernah digunakan sehingga ia diperkenalkan dalam sebuah kertas kerja yang

dibentangkan kepada American Philogical Society (Persatuan Fisiologi Amerika) dalam tahun 1894

bertajuk Reflected meanings : a point of semantics (makna yang dibanyangkan : dari sudut semantik).

Dalam bahasa Perancis istilah semantique dicipta daripada bahasa Yunani oleh M.Breal setahun

sebelumnya. Dalam kedua-dua hal, istilah ini tidaklah digunakan hanya untuk merujuk kepada makna,

tetapi juga kepada perkembangannya, iaitu mengenai apa yang akan kita sebut semantik sejarah. Walau

bagaimanapun, pada tahun 1900. Buku Breal, bertajuk semantics : studies in the science of meaning

( semantik : kajian mengenai ilmu makna) telah muncul.

Page 5: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 5

Sebenarnya istilah makna memang sudah sangat biasa kita dengar. Tetapi kamus akan

mencadangkan beberapa makna yang berbeza mengenai istilah makna itu, atau lebih tepat lagi bagi kata

kerja bermakna. Ogden & Richards (1956) menyenaraikan tidak kurang daripada enam belas makna yang

berbeza yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana ternama. Buku seperti ini tidaklah boleh mengkaji

kesemua definisi popular dan saintifik bagi istilah ini, mahupun cuba menyoal sama ada semua makna dan

hakikat bermakna itu mempunyai sesuatu persamaan. Walaupun demikian suatu tinjauan ringkas terhadap

beberapa penggunaanya yang lazim mungkin dapat member penjelasannya dan kita akan dapat melihat

yang mana satu antaranya, kalaulah ada, yang hamper dengan pemakaian istilah itu sebagai yang kita

perlukan dalam semantik.

Kamus memberi definisi dengan mencadangkan kata-kata dan frasa-frasa yang telah kita fahami

sebagai mempunyai makna yang sama, walaupun kesamaan itu adalah suatu masalah yang tidak dapat

kita elakkan. Perkara bahawa makna dikendalikan menurut persamaan istilah itu memang menjadi

semakin jelas apabila kita mengendalikan bahasa-bahasa asing. Misalnya, kalau kita bertanya makna

untuk chat dalam bahasa Perancis, maka tentukah orang Inggeris akan mengatakannya cat (kucing). Apa

yang menarik perhatian ialah bahawa, orang Perancis untuk mengharapkan jawapan chat. Sebaliknya,

mereka akan bertanya what is the French for cat? (apakah kata Perancis untuk kucing?). dalam

menyatakan makna, maka kita perlulah memberikan istilah yang lebih lazim daripada istilah yang

maknanya sedang ditanyakan itu. Suatu penggunaan istilah meaning (makna) yang berlainan pula bolah

didapati dalam ayat-ayat ‘It wasn’t what he said, but what he meant’ (yang penting bukannya apa yang

dicakapkan tetapi apa yang dimaksudkannya). Lewis Carroll telah dengan bijaknya mempergunakan

perbezaan antara sayang (mengujarkan) dan meaning ( member makna) dalam buku Alice Adventures in

Wonderland. Kita akan mendapati tidak ada sebarang kemajuan dalam pengkajian makana sekiranya kita

sekadar melihat penggunaan istilah-istilah yang berkenaan secara umum atau ilmiah. Kita hendaklah

berusaha untuk melihat makna itu sendiri atau sepatutnya, menkajinya dalam kerangka disiplin yang

akademik atau saintifik. Semantik adalah sebahagian linguistik iaitu pengkajian bahasa secara saintifik.

Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin dalam buku teks Pra-u STPM Bahasa Melayu

menyatakan bahawa dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu

bahasa. Daripada segi etimologi, kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti tanda

atau lambang. Oleh hal demikian, semantik juga dapat diertikan sebagai ilmu yang menyelidiki panduan

tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta isinya.

Page 6: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 6

Berdasarkan pemahaman anda, jelaskan pengertian semantik secara ringkas?

1.2 Hakikat Bermakna

Menurut Abu Bakar Hamid (1967:160-165) dalam Abdullah Yusof (2009 : 14) makna memainkan peranan

yang penting dalam pemakaian bahasa. Tanpa makna, sesuatu tutur itu tidak akan dapat difahami dan

tidak berguna. Pengkajian makna juga memerlukan tinjauan daripada beberapa ilmu lain seperti psikologi

dan faisafah. Sa’odah Abdullah (1990:40) dalam Abdullah Yusof (2009:15) menerangkan bahawa dalam

proses penterjemahan, pemindahan makna amat penting selain penganalisisan teks dan penstrukturan

semula bahasa kerana makna menjadi wahana dalam komunikasi yang menggunakan bahasa.

Bidang kajian makna dalam linguistik mengikut Schaff (1962:8) dalam Hashim Bin Musa (1998:3)

tertumpu kepada dua perkara utama. Pertama adalah tentang kaitan antara pernyataan bahasa dengan

maknanya. Kedua adalah tentang perubahan makna, sebab-sebab perubahan makna, dan sejarah makna

itu sendiri. Perkaitan antara pernyataan bahasa dengan makna sering berhadapan dengan maasalah

perlambangan. Masalah perlambangan ini pernah ditimbulkan oleh Wilhelm Von Humboldt pada tahun

1920 apabila beliau membuat perbezaan antara bahasa sebagai cerminan akal dengan bahasa sebagai

satu sistem perlambangan. De Saussure pula mengatakan bahawa konsep makna dalam bahasa tidak

dapat dipisahkan daripada konsep lambang dan bahasa itu sendiri.

Awang Had Salleh (1959:633-640) dalam Abdullah Yusof (2009: 15) turut menjelaskan bahawa

makna ialah suatu hal yang luas. Makna mempunyai hubungan langsung dengan otak si penutur.

Untuk mengetahui makna dengan setepat-tepatnya, orang mestilah dapat mengetahui apa yang

sedang difikirkan oleh otak si penutur pada masa ia membuat satu-satu pertuturan. Dalam kata lain,

orang mestilah dapat memasukkan dirinya ke dalam diri si penutur supaya dapat berasa dan berfikir

sama seperti apa yang dirasakan dan difikirkan penutur.

a. Makna Dan Simbol

Eugene A. Nida (1996:8) dalam Abdullah Yusof (2009:15) menjelaskan bahawa makna

simbol-simbol lisan dianggap sebagai suatu atribut atau ciri hakiki yang dimiliki oleh kata. Hashim

Bin Musa pula mengatakan bahawa lambang bahasa adalah satu keseluruhan ciri akliah atau

Page 7: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 7

psikik yang mempunyai dua aspek, iaitu lambang bunyi dan makna. Maka, lambang terdiri

daripada dua unsur tersebut.

Sa’odah Abdullah (1990:40) dalam Abdullah Yusof (2009: 16) pula menjelaskan makna

boleh dibahagikan kepada tiga bahagian dan salah satu daripadanya ialah makna rujukan yang

mengkaji sesuatu perkataan itu sebagai unit linguistik. Menurut Sa’odah lagi perkataan tersebut

dikaji daripada satu sudut, iaitu dikaji sebagai simbol yang merujuk kepada benda ataupun objek,

peristiwa, atau yang berkaitan. Dalam bahasa Melayu banyak perkataan yang mempunyai lebih

daripada satu makna. Rujuk contoh tersebut :

3.1.a Saya makan hati mendengar kata-katanya.

3.1.b Mak masak sambal hati ayam.

3.1.c Shila menderita sakit barah hati.

Seterusnya menurut Ainon Ahmad (1994:48) dalam Abdullah Yusof (2009:16), perkataan-

perkataan yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu dinamakan sebagai lambang. Ahli logik dan ahli

kaji bahasa pula menggolongkan lambang sebagai salah satu jenis kod pada kumpulan objek yang

dinamakan pula sebagai isyarat. Terdapat tiga jenis lambang dalam bahasa iaitu indeks, ikon, dan

konvensi. Lambang indeks dibahagikan kepada bukan manusia dan manusia. Contoh bukan

manusia adalah seperti tanah yang basah menandakan baru sahaja hujan atau jika ada tilam

terjemur dihalaman rumah, tandanya ada anak penghuni rumah yang kencing malam. Contoh bagi

manusia pula adalah seperti tangis yang melambangkan perasaan sedih dan tawa yang

melambangkan perasaan gembira.

Lambang ikon pula melambangkan sesuatu oleh sebab sifat-sifat yang ada ada dirinya

sendiri. Sebagai contoh, sebuah lukisan yang mempunyai gambar bentuk yang boleh dilhat dan

dirujuk serta bunyi-bunyi anomotopoeik seperti boom, gedebum, miau yang meniru bunyi objek

berkenaan.

Seterusnya adalah lambang konvensi. Lambang konvensi ini merupakan satu lambang

yang biasanya disebut sebagai dimbol. Konvensi ini bersifat bebas daripada segala ikatan pada

objek rujukan. Menurut Abdullah Yusof, beberapa jenis simbol konvensional bukan bahasa

contohnya simbol tolak (-) dan simbol darab (x) dalam bidang ilmu matematik. Kebanyakan simbol

Page 8: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 8

bahasa bersifat konvensi iaitu bebas daripada sebarang ikatan antara bentuk simbol itu dan benda

rujukannya. Jika tidak bersifat bebas maka sukarlah untuk menyesuaikannya dengan pelbagai

pengalaman manusia.

Simbol pula dapat dibahagikan kepada tiga konteks. Iaitu konteks tepat, konteks teralih,

dan konteks terpindah. Simbol yang hadir dalam konteks tepat digunakan untuk merujuk objek

atau benda yang ada dalam persekitaran terdekat dan kehadiran rujukan itu boleh dibuktikan.

Tetapi apabila komunikasi itu diulang pada waktu yang lain, kedekatan itu boleh menimbulkan

kekaburan makna. Hal ini kerana tidak dapat mengadakan semula suasana asal dimana benda itu

hadir, maka sukarlah untuk dipastikan tentang rujukan asal.

Simbol dalam konteks teralih pula bermaksud obejk atau orang yang menjadi rujukan itu

sudah tidak ada pada waktu objek atau benda itu disebut. Konteks ini sering ditemui dan simbol

bahasa digunakan untuk menyebut benda dan orang yang tiada dalam persekitaran. Contohnya

kita menyebut ‘Bapa Kemerdekaan’ untuk menceritakan tentang Tunku Abdul Rahman pada ketika

ini.

Simbol bahasa dalam konteks seterusnya ialah simbol bahasa dalam konteks terpindah.

Dalam konteks ini simbol bahasa digunakan sebagai alat untuk memindahkan kegunaannya

daripada satu kumpulan objek atau situasi kepada kumpulanyang setaraf. Contohnya dalam ayat

gadis itu manis dan mukanya masam. Manis dan masam adalah merujuk kepada sifat buah-

buahan atau makanan lain. Tetapi dalam konteks ayat tersebut ada ciri-ciri wajah manusia yang

boleh diterangkan dengan menggunakan simbol bahasa tersebut. Pemindahan makna seperti ini

kadang-kadang hanya melibatkan hanya sedikit peralihan daripada makna utama kepada makna

sampingan. Tetapi dalam bahasa Melayu terdapat peralihan yang melibatkan lebih daripada satu

perkataan, dan menghasilkan bentuk-bentuk yang tidak dapat dimengerti melalui cara peluasan

makna yang mudah. Contohnya mata airku, jantung hatiku, tanah tumpah darahku, dan

melapaskan batuk ditangga.

b. Pemberian Makna Kepada Setiap Simbol

Sesuatu ungkapan itu mempunyai makna dan setiap makna mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Abdullah Hassan menjelaskan bahawa makna perkataan atau ungkapan dalam bahasa ditentukan

oleh tiga perkara, iaitu pilihan, kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa dan konteks. Ciri pilihan

Page 9: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 9

adalah satu faktor penting dalam menentukan makna. Apabila kita tidak mempunyai pilihan maka

ungkapan yang dihasilkan juga tidak bermakna. Sebagai contoh, ungkapan ‘Selamat pagi cikgu’

yang sering diungkapkan pelajar setiap kali bertemu guru pada waktu pagi. Dalam hal ini pelajar

tersebut tidak mempunyai pilihan lain seperti ungkapan ‘Selamat malam’ atau ‘Cantik cikgu pagi

ini’. Begitu juga dengan ungkapan ‘Selamat datang’ yang diucapkan oleh penyambut tetamu di

pintu hotel kepada pelanggan yang masuk. Mereka tidak boleh mengucapkan ‘Selamat tinggal’

atau ‘Datang lagi’ kerana tidak sesuai dengan keadaan. Ungkapan-ungkapan seperti itu tidak

mempunyai makna selain daripada hanya mempunyai fungsi sosial yang penting dalam membina

perhubungan manusia. Tetapi jika kita tidak dihalang oleh sebarang syarat maka kita mempunyai

pilihan untuk berkata sesuatu yang lain, maka ungkapan yang sebegini membawa makna.

Contohnya jika kita bertemu dengan seorang teman lama di situasi yang santai dan tidak formal

maka bermacam-macam topik yang boleh kita bualkan. Kita tidak hanya sekadar memberi salam

dan bertanya khabar sahaja.

Faktor seterusnya yang dalam menentukan makna ialah budaya. Bahasa amat berkait

rapat dengan budaya masyarakat penuturnya. Sesorang Melayu itu akan dianggap dapat

berbahasa dengan baik jika dia dapat menuturkan bahasa Melayu dalam konteks budayanya

denga betul. Contoh lain adalah seperti seorang pelajar yang tahu menggunakan bahasa ganti diri

‘aku’, ‘saya’, ‘encik’, ‘tuan’ dalam konteks yang tepat dan sesuai maka pelajar tersebut dianggap

telah dapat menguasai bahasanya. Hal ini kerana jika kata ganti nama diri itu digunakan ditempat

yang salah maka pelajar tersebut akan dianggap biadap atau kurang ajar kerana mungkin telah

menyinggung perasaan lawan cakapnya.

Seterusnya, makna juga ditentukan oleh konteks. Abdullah Hassan (2005:222) dalam

Abdullah Yusof (2009:20) menjelaskan bahawa konteks yang berlainan mempunyai makna yang

berlainan. Sebagai contoh ungkapan perkataan ‘gila’. Jika perkataan itu diungkapkan dalam situasi

seseorang itu sedang bergaduh maka makna ungkapan tersebut adalah marah dan berunsur

negetif. Manakala jika perkatan ‘gila’ itu diungkapkan dalam kalangan rakan-rakan yang sedang

berbual dan bergurau senda mana ungkapan itu membawa makna gurauan dan tidak serius.

Contoh yang lebih jelas adalah seperti berikut :

3.2.a Mata saya dimasuki debu.

3.2.b Jamal akan bertemu dengan mata airnya pada setiap hari minggu.

Page 10: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 10

3.2.c Tiada siapa yang mengetahui bahawa Rudi itu adalah seorang mata-mata polis.

Mata dalam ayat 3.2.a membawa makna organ manusia yang berfungsi untuk melihat.

Mata dalam ayat 3.2.b pula membawa makna kekasih manakala mata dalam ayat 3.2.c membawa

makna penyiasat. Berdasarkan contoh tersebut jelas menunjukkan bahawa makna sesuatu

perkataan yang diujarkan sememangnya boleh biketahui dan dibezakan mengikut konteks.

c. Abstrak Dan Konkrit

Dalam komunikasi kita sering berhadapan dengan pentafsiran makna. Kekeliruan dalam

mamahami makna sesuatu ungkapan tidak dapat dielakkan kerana ada perkataan dalam

ungkapan itu yang jelas maknanya dan ada yang memerlukan penelitian dan pentafsiran yang

lebih mendalam akibat kekaburan makna. Perkataan yang jelas maknanya itu disebut sebagai

makna denotatif ataupun konkrit. Manakala perkataan yang memerlukan yang mendalam pula

disebut sebagai membawa makna kabur (taksa) ataupun abstrak. Makna denotatif ini selain

daripada bersifat konkrit, ia juga mempunyai ciri-ciri seperti tepat dan tidak menyimpang dari

makna asal perkataan tersebut. Makna perkataan itu merupakanitu fakta dan boleh dirujuk terus

dengan melihat objek atau benda itu sendiri. Manakala makna abstrak pula bersifat kabur dan tidak

jelas maknanya. Makna abstrak ini mempunyai empat jenis iaitu kekaburan rujukan, ketidakpastian

makna, kurang ketentuan makna, dan pertentangan makna.

Jelaskan secara ringkas tentang hakikat bermakna dalam pembelajaran tentang semantik?

1.3 Pengertian Ketaksaan dan Huraiannya

Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009), ketaksaan bermaksud kata,

frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Soenjono Dardjowidjojo (2007), ayat yang mempunyai lebih

daripada satu makna. Dalam situasi menerima sesuatu ayat yang taksa, pembaca meneka makna ayat

tersebut mengikut kefahaman mereka, namun ayat itu memberi makna yang lain contohnya dalam ayat

berikut:

Page 11: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 11

(1a) Mohamad Ali’s punch was so powerful…

Pembaca pastinya memahami perkataan punch dalam ayat berkenaan ialah pukulan Mohammad Ali.

Pemberian makna oleh pembaca terhadap ayat di atas juga dipengaruhi dengan nama Mohamad Ali

(seorang peninju yang termasyur). Namun apa yang dimaksudkan melalui ayat berkenaan berlainan jika

konteks ayat ditambah seperti contoh ayat yang kedua di bawah ini:

(1b) Mohammad Ali’s punch was powerful that everyone at the party got drunk

Pembaca mulai memberi interpertasi yang berbeza apabila ayat kedua dibaca (setelah ditambah

dengan konteks ayat yang lain). Pembaca mulai faham bahawa perkataan punch sebenarnya bukan

pukulan namun ialah sejenis minuman pada ayat pertama dan kedua.

Menurut Darwis Harahap (1994) pula, taksa ialah ayat yang tidak pasti maknanya. Dalam bahasa

Melayu Tinggi, ayat yang taksa perlulah dielakkan supaya tidak mengelirukan pembaca kerana ayat ini

tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada pendengar ataupun pembaca seperti contoh:

(1c) Burung hinggap di ranting pokok.

(1d) Burung itu hinggap di atas pokok.

Ayat (1c) dari segi nahunya, ayat ini menepati nahu namun pembaca keliru dengan ayat

berkenaan kerana berdasarkan ayat tidak diketahui dengan jelas jenis burung yang hinggap di ranting

pokok tersebut. Perkataan burung memberi pengertian yang umum kerana kita boleh mengatakan burung

itu mungkin burung helang, burung pipit ataupun burung merpati. Kata penentu perlu ditambahkan di

belakang perkataan burung supaya makna ayat berkenaan akan lebih jelas, contohnya:

(1e) Burung itu hinggap di ranting pokok.

Bagi ayat (1d) pula, contoh ayat berkenaan tidak jelas dan kabur. Merujuk kepada ayat (1d) jika

diteliti dari segi kelogikkan makna ayat berkenaan menimbulkan keraguan kerana mustahil burung hinggap

di atas pokok. Kelogikkan boleh dipertikaikan kerana di atas pokok ialah ruang kosong iaitu langit, mustahil

burung berkenaan hingap di tempat yang tiada jasad. Beliau membandingkan pula ayat tersebut dengan

contoh berikut:

Page 12: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 12

(1f) Burung itu terbang di atas pokok

Perkataan hinggap dan terbang tidak boleh saling bertukar kerana kedua-duanya mempunyai

makna yang berbeza. Jika hinggap perlu ada tempat untuk dihinggap manakala terbang pula perbuatannya

adalah perihal melayang diudara. Begitu dengan contoh ayat yang berikut:

(1g) Kereta itu mahu dicuci oleh Hamid.

Ayat di atas betul dan tepat dari segi nahunya. Namun demikian, ayat tersebut perlu dibaca

mengikut intonasi yang betul. Jika ayat tersebut tidak dibaca dengan betul, hal ini akan menimbulkan

ketaksaan makna. Ayat yang dikemukakan itu merupakan ayat yang berasal daripada ayat aktif yang

berikut:

(1h) Hamid mahu mencuci kereta itu.

Ayat (1h) dapat difahami maksudnya dengan jelas tanpa ada keraguan dan kekeliruan.

Tindakkannya jelas iaitu Hamid mahu mencuci kereta itu. Namun contoh (1g) di atas merupakan ayat yang

telah dipasifkan daripada ayat (1h). Ayat (1g) menimbulkan kekeliruan dari segi maknanya. Melalui ayat

(1g) jika ayat ini dibaca dengan intonasi yang berbeza, ayat ini akan memberi kefahaman makna yang

berbeza, contohnya:

(1i) Kereta itu mahu / dicuci oleh Hamid.

(1j) Kereta itu / mahu dicuci oleh Hamid.

Merujuk kepada kedua-dua contoh ayat di atas, ayat (1i) membawa pengertian kereta berkenaan

sendiri yang mahu hamid mencucinya, manakala ayat (1j) bermaksud Hamid mahu mencuci kereta itu.

Jelas sekali penggunaan intonasi yang betul memainkan peranan yang betul dalam pemberian makna

sesuatu ayat. Ketaksaan boleh timbul sekiranya ayat tersebut salah ditafsir dan tidak mengikut konteks

ayat yang betul.

Ketaksaan juga boleh berlaku pada perkataan dan tidak terhad kepada ayat sahaja. Sebenarnya,

perkataan yang mengalami ketaksaan akan menyebabkan seluruh ayat menngalami ketaksaan juga.

Page 13: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 13

Contoh perkataan yang boleh menimbulkan kekeliruan ialah perkataan bandar dan bandaraya. Perkataan

bandar dan bandaraya bagi sesetengah orang mempunyai makna yang serupa dan hampir sama. Perkara

inilah yang menyebabkam ketaksaan kepada kedua-dua perkataan ini. Kedua-dua perkataan ini

mempunyai makna dan fungsi yang berbeza. Perkataan bandar membawa pengertian tempat atau pusat

yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan perniagaan. Penduduknya pula tidak melebihi 500

000 orang. Perkataan bandaraya pula membawa pengertian bandar yang besar lagi penting dan biasanya

mempunyai penduduk seramai sejuta orang atau lebih.

Dalam membina sesebuah ayat, aspek makna perlu dititikberatkan. Jika aspek makna diabaikan

dalam binaan ayat, maka ayat yang dibina, meskipun tepat dari segi nahunya, namun boleh menimbulkan

keraguaan maksud. Kelogikan sesebuah ayat juga boleh dipertikaikan, contohnya:

(1k) Tuan / puan dijemput hadir dan kehadiran adalah diwajibkan.

Ayat di atas sekali imbas menepati nahu binaan ayat kerana terdapat subjek dan predikatnya. Jika

dilihat, ayat ini tiada kesalahan. Namun ayat ini menimbulkan kekeliruan dari segi kelogikan maknanya. Hal

ini dapat dijelaskan dengan memenggalkan ayat ini kepada dua ayat yang berasingan kerana pada

dasarnya ayat ini merupakan ayat majmuk gabungan yang menggabungkan dua ayat penyata:

(1k) (i) Tuan / puan dijemput hadir.

(1k) (ii) Kehadiran adalah diwajibkan.

Jika diamati dengan teliti, jelas wujud keraguan tentang makna yang didukung dalam ayat ini. Hal

ini demikian kerana terdapat pertentangan makna antara kedua-dua ayat berkenaan. Ketaksaan timbul

ekoran daripada penggunaan kedua-dua perkataan yang dicondongkan (dijemput dan diwajibkan) secara

serentak. Berdasarkan komponen makna bagi perkataan jemput dan wajib, jelaslah bahawa kedua-

duanya tidaklah bersinonim ataupun sama erti. Perkataan jemput bermaksud pelawa, alu-alu, manakala

perkataan wajib bermaksud mesti, perlu, dan tidak boleh tidak. Oleh demikian, jelas bahawa terdapat

percanggahan makna serta arahan dalam ayat-ayat ini ekoran penggunaan dua kata yang tidak sama erti

dan berlawanan maksud. Pembaca tertanya-tanya sama ada arahan yang diberikan berbentuk perlawaan

ataupun berbentuk wajib dan tidak boleh tidak hadir.

Contoh ayat lain yang menimbulkan ketaksaan ialah seperti berikut:

Page 14: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 14

(1l) They passed the port at midnight.

Perkataan port di dalam ayat membawa dua pengertian berbeza. Makna yang pertama ialah

pelabuhan dan port juga membawa maksud sejenis minuman anggur. Oleh itu ayat berkenaan boleh

diertikan seperti ini:

(1l) (i) Mereka telah melalui pelabuhan itu pada waktu tengah malam , ataupun

(1l) (ii) Mereka telah menikmati minuman anggur itu pada waktu tengah malam

Perkara yang dapat disimpulkan tentang definisi ketaksaan makna ialah sesuatu kekeliruan, kekaburan

dan perkara yang tidak jelas yang berlaku pada perkataan, frasa, ayat dan juga wacana sama ada melalui

bacaan mahupun ujaran. Kesilapan mentafsirkan makna ayat ekoran faktor ayat mahupun perkataan itu

mengalami ketaksaan menyebabkan proses pemahaman sesuatu perkara yang hendak disampaikan oleh

penulis mahupun penutur menjadi perlahan dan sulit. Ayat yang taksa seharusnya dielakkan oleh

penyampai dan jika tidak mampu untu dielakkan, penyampai haruslah meminimumkan penggunaan ayat

yang taksa ini. Dalam proses membina ayat, aspek makna dalam ayat perlu diambil kira dan tidak harus

diabaikan. Hal ini perlu kerana walaupun sesebuah binaan ayat itu menepati hukum tatabahasa dan

nahunya, namun kelogikan ayat perlu dititikberatkan juga.

a. Jenis Ketaksaan Makna

Menurut Ruth (1991) menyatakan terdapat empat jenis ketaksaan makna iaitu kekaburan rujukan,

ketidakpastian makna, kurang ketentuan pada makna item dan penentangan pada penentuan makna item.

i. Kekaburan rujukan

Ketaksaan jenis kekaburan rujukan ialah satu keadaan di mana makna item leksikel itu pada

dasarnya sudah cukup jelas namun sukar untuk menentukan fungsi sesuatu item leksikel berkenaan

ataupun dalam kata mudahnya ialah kebolehan sesuatu item leksikel itu digunakan pada benda-benda

tertentu. Contohnya dua perkataan yang hampir sama maknanya iaitu hutan dan belukar. Kedua-dua

Page 15: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 15

perkataan ini mempunyai makna yang hampir sama, namun fungsinya ataupun penggunaanya dalam

sesuatu konteks ayat amat berbeza. Jika diteliti maksud hutan ialah sebuah habitat alam semula jadi yang

lebih besar daripada belukar. Keadaan belukar juga sama seperti hutan namun lebih kecil keluasannya.

Hal ini menimbulkan ketaksaan apabila kedua-dua perkataan seperti ini saling bertukar ganti

antara satu sama lain. Contohnya di Kampung A, kawasan belukar di kampung mereka dianggap sebagai

hutan, namun di Kampung B kawasan seperti itu yang lebih kecil daripada hutan memang dianggap

sebagai belukar kerana bagi mereka hutan tidak seperti itu. Hal sebegini menimbulkan percanggahan

maklumat serta komunikasi khususnya dalam konteks pembaca dan penulis.

ii. Ketidakpastian makna

Ketaksaan jenis ketidakpastian makna ini terjadi apabila makna item itu jelas mengalami

kekaburan, samara dan tidak jelas. Pembaca boleh memberikan pelbagai makna kepada item berkenaan.

Ketaksaan jenis ini banyak terdapat dalam binaan ayat bahasa Inggeris. Contoh ayat berkenaan ialah:

(2a) Niel’s book

Frasa Neil’s book di atas mempunyai banyak definisi. Pembaca boleh mengandaikan frasa

berkenaan memerihalkan tentang buku yang ditulis oleh Neil, buku yang dimiliki oleh Neil, buku yang

dibaca oleh Neil. Selain itu, contoh ayat yang seterusnya juga sama seperti ayat (2a). Ayat tersebut ialah:

(2b) Neil’s sheet

Frasa Neil’s sheet jug mempunyai banyai mkna untuk ditafsirkan oleh pembaca. Pembaca boleh

mengatakan frasa berkenaan menceritakan tentang bukan sahaja cadar yang dimiliki oleh Neil, bahkan

yang dijahitnya, yang direkanya, yang atau direkanya, tetapi juga cadar yang menyaluti tilam yang ditiduri

oleh John. Makna binaan milik jelas menunjukkan wujudnya hubungan kaitan antara ‘pemilik’ dengan yang

‘dimilik’.

iii. Kurang ketentuan pada makna item

Kurang ketentuan pada makna item membawa pengertian makna item itu tidak jelas namun

dijelaskan secara umum sahaja. Contohnya item neighbour yang tidak ditentukan jantinanya, bangsanya,

atau umur dan sebagainya. Perkataan ini dapat digunakan kepada manusia yang jauh bezanya seperti

seorang penuntut falsafah berbangsa Melayu dan seorang wanita Ghana yang tingginya 6 kaki dan

mempunyai 7 orang anak. Selain itu ketaksaan jenis ini dapat difahami melalui contoh ayat yang berikut:

Page 16: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 16

(2c) Dia pergi ke taman.

Ayat (2c) dapat digunakan untuk memerikan perbuatan yang cukup berbeza seperti berjalan,

berlari, mengayuh basikal, memandu kereta atau menunggang motosikal merupakan antara perbuatan

yang dapat digambarkan kerana tidak begitu terikat dari segi penentuan jenis perbuatan yang terkandung

dalamnya. Berdasarkan ayat, frasanya cukup umum dan tidak diketahui dengan cara apakah dia pergi ke

taman, siapakah dia, dan jenis taman berkenaan.

iv. Pertentangan pada penentuan makna item

Ketasaan jenis ini bermaksud makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai

kemungkinan tafsiran yang berlainan. Misalnya, pertentangan dalam satu item leksikel akan menjurus pada

ramalan bahawa apabila lebih daripada satu pertentangan dapat ditafsirkan, maka pertentangan

sedemikian seharusnya boleh wujud serentak. Contohnya:

1. Pemohon mestilah mempunyai ijazah kelas pertama atau pengalaman mengajar.

Berdasarkan ayat di atas, menimbulkan ketaksaan. Jika diamati maknanya ketaksaan timbul ekoran

terdapat dua arahan yang kurang jelas iaitu yang pertama pemohon mestilah mempunyai ijazah kelas

pertama atau pengalaman mengajar taupun kedua-duanya sekali.

a. Faktor Berlakunya Ketaksaan Makna

Ketaksaan makna disebabkan oleh hubungan makna dengan alam. Hal ini demikian kerana, alam

kita tidak terbahagi kepada batas-batas yang jelas. Banyak kekaburan yang terdapat pada batas-batas

antara suatu konsep dengan konsep yang lain.

Selain itu, kekaburan makna disebabkan oleh ketaksaan leksikel iaitu homonim dan akibat

polisemi. Ketaksaan leksikel hanya melibatkan kata-kata tertentu dalam sesebuah ayat. Hal ini berlaku

apabila sesuatu kata mempunyai lebih daripada satu makna dan setiap makna menghasilkan pentafsiran

yang berlainan dalam sesebuah ayat. Contohnya perkataan bunga dalam ayat di bawah ini:

1. Di rumah Pak Abu ada jambangan-jambangan bunga yang sedang mekar.

Apabila seseorang mendengar ayat 1 di atas, ia terpaksa memilih satu daripada makna perkataan

bunga sama ada bunga dalam maksud biasa atau bunga yang dikiaskan untuk anak-anak gadis Pak Abu.

Page 17: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 17

Di samping itu, punca kekaburan makna juga disebabkan oleh ketaksaan struktur. Hal ini wujud

apabila dua atau lebih struktur yang berlainan dihubungkan dengan satu urutan kata yang serupa. Setiap

struktur mempunyai makna yang berlainan daripada struktur yang lain. Contohnya:

1. Iskandar’s shooting is remembered.

Ayat di atas mempunyai tiga maksud yang berlainan. Pertama, Iskandar telah menembak

seseorang dan peristiwa itu diingati sehingga sekarang. Kedua, seseorang telah menembak Iskandar dan

peristiwa iskandar ditembak itu diingati sehingga sekarang. Ketiga, Iskandar telah memasuki peraduan

menembak. Mata yang diperoleh sangat mengagumkan dan peristiwa itu diingati sehingga sekarang. Jelas

berdasarkan contoh ayat, perkataan yang sama disusun dengan susunan yang sama dapat memberikan

maksud yang berlainan.

b. Cara Mengatasi Ketaksaan Makna

Mengikut pengalaman bahasa, ada beberapa ketika penutur akan berasa bingung akan makna

sesuatu ujaran atau tulisan kerana kurangnya maklumat kontekstual. Dengan adanya konteks, makna yang

pelbagai dapat dielakkan walaupun berlakunya pengguran beberapa komponen dalam ujaran mahupun

tulisan. Hal ini disokong oleh Leech (1974:76) yang mengatakan bahawa dalam komunikasi, konteks

merupakan suatu faktor yang amat penting.

Konteks memainkan peranan penting untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna.

Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan. Wittgenstein (1953) berpendapat, makna

kata tidak dapat diketahui kecuali melihat dalam penggunaanya atau konteks penggunaannya. Ullman

(1962:67) turut menyatakan bahawa, perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap

penggunaannya.

Selain itu, J.R Firth (1995:190) juga ada menjelaskan tentang teori konteks. Menurutnya, makna

tidak akan terserlah kecuali dengan cantuman atau gabungan satuan-satuan bahasa iaitu dengan

menyusunnya dalam konteks gunaan yang pelbagai. Oleh itu, kajian makna dengan melihat konteks kata

dalam ayat adalah lebih tepat. Hal ini demikian kerana, penggunaan yang berbeza akan melahirkan makna

yang berbeza.

Page 18: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 18

Jelaskan faktor berlakunya ketaksaan makna dan cara mengatasi ketaksaan makna ?

KATA KUNCI

1. Konvesional 6. Penunjang Minda

2. Fungsi Sosial 7. Ekspresi

3. Konkrit 8. Konteks Tepat

4. Abstrak 9. Ketaksaan

5. Denotatif 10. Leksikel

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kekaburan rujukan?

2. Apakah yang dimaksud dengan bidang makna ?

3. Berikan 3 contoh perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna?

4. Nyatakan 3 jenis lambang dalam bahasa?

5. Jelaskan faktor budaya yang menentukan makna sesuatu bahasa?

RUJUKAN

Abdul Chaer (1994), Linguistik Am,Jakarta, Penerbit Rineka Cipta

Abdullah Yusof, (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Guru. Kuala Lumpur: Penerbit Icon Regian Sdn Bhd

Page 19: Bab 1modul Pjj- Bml 3083

P E N G E N A L A N K E P A D A S E M A N T I K | 19

Ainon Muhammad (1994). Panduan menterjemah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abdullah Hassan (2005a). Linguistik am: siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Pahang: PTS

Profesionall Publishing Sdn. Bhd.

Darwis Harahap (1994). Binaan Makna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Leech, G. (1974). Semantics. Penguin Books.

Ruth M. Kempson (1991). Teori Semantik (Zaiton Ab.Rahman, terjemah) Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Sa’odah Abdullah (1990). Pemindahan makna dalam penterjemahan.Dalam Pelita Bahasa, 2(5), 40-41.

Ullmann, Stephen (1972). Semantics.Introduction to the Science Of Meaning. Oxford : Basil Black Well.