kuliah 1.1 pkp 3083 sem jun 2015 kemahiran menulis

14
PKP 3083 Kaedah Pemulihan Bahasa Melayu 2

Upload: syed-aieman

Post on 01-Feb-2016

256 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

menulis

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 1.1 Pkp 3083 Sem Jun 2015 Kemahiran Menulis

PKP 3083Kaedah Pemulihan Bahasa

Melayu 2

Page 2: Kuliah 1.1 Pkp 3083 Sem Jun 2015 Kemahiran Menulis

MENULIS ???

Simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. (Don Bryne ,1979)

Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;(a) menggunakan pelbagai jenis ayat(b) mencatat dan menyusun maklumat(c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif(d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

Page 3: Kuliah 1.1 Pkp 3083 Sem Jun 2015 Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.

Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Page 4: Kuliah 1.1 Pkp 3083 Sem Jun 2015 Kemahiran Menulis

Tujuan Menulis

• Melatih murid-murid• melahirkan idea• menghujah dan mengembangkan idea dalam bentuk pemerengganan yang betul• menggunakan format karangan yang betul• menghadapi peperiksaan.• Menyuburkan minat• Meluaskan kosa kata• Memberikan kepuasan jiwa.

Page 5: Kuliah 1.1 Pkp 3083 Sem Jun 2015 Kemahiran Menulis

Konsep Menulis

Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.

Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

Page 6: Kuliah 1.1 Pkp 3083 Sem Jun 2015 Kemahiran Menulis

Peringkat Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif.

Peringkatperingkat kemahiran menulis terdiri daripada :

a.Peringkat Pramenulisb.Peringkat Mekanisc.Peringkat Pelahiran

Page 7: Kuliah 1.1 Pkp 3083 Sem Jun 2015 Kemahiran Menulis

Peringkat PramenulisMurid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid.

Contoh aktiviti pramenulis:• Menulis dari kiri ke kanan• Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.• Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.• Menyambung titik• Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.• Latihan membentuk garisan lurus• Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.• Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk• Melukis gambar

Page 8: Kuliah 1.1 Pkp 3083 Sem Jun 2015 Kemahiran Menulis

Peringkat Mekanis

Pada peringkat ini, murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.

Contoh aktiviti peringkat mekanis:• Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis.• Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.• Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang.• Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.• Latihan menulis huruf dalam suku kata.• Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.• Latihan menamakan gambar-gambar.• Latihan menyalin frasa atau ayat.• Latihan menyalin ayat daripada buku.

Page 9: Kuliah 1.1 Pkp 3083 Sem Jun 2015 Kemahiran Menulis

Peringkat Pelahiran

Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai.

Mereka juga akan merancang penulisan mereka denganmenggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.

• Menulis jawapan pemahaman• Menulis karangan• Menulis ayat berdasarkan gambar• Membina ayat• Memanjangkan ayat• Menulis rencana• Mengisi silang kata• Melengkapkan ayat.

Page 10: Kuliah 1.1 Pkp 3083 Sem Jun 2015 Kemahiran Menulis

JENIS-JENIS PENULISAN

Terkawal

•Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isiyang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru,bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan.

•Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpadiganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.

Contoh :

i. Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan.ii.Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap.

Page 11: Kuliah 1.1 Pkp 3083 Sem Jun 2015 Kemahiran Menulis

Separa Terkawal

•Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.

Contoh :i. Menggantikan beberapa perkataan yang telahdipadamkan dengan perkataan perkataan lain yang telah disediakan.

Page 12: Kuliah 1.1 Pkp 3083 Sem Jun 2015 Kemahiran Menulis

Berpandu

•Karangan berpandu ialah satu penulisan karanganberdasarkan panduan guru.

Contoh:i.Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.ii.Menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk.iii.Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya.

Page 13: Kuliah 1.1 Pkp 3083 Sem Jun 2015 Kemahiran Menulis

Separa Berpandu

•Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat atau panduan guru.

Contoh :i. Menulis semula cerita yang diperdengarkan.ii. Menyudahkan cerita.iii.Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal.iv.Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan.v. Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan

Page 14: Kuliah 1.1 Pkp 3083 Sem Jun 2015 Kemahiran Menulis

Bebas

•Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakanperkataan sendiri.

• Bentuk karangan bebas seperti berikut :a. Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.b. Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.c. Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan.d.Kreatif: puisi, cerpen, dramae. Imaginatif: pengalaman.