edu 1

Upload: jesilivani

Post on 05-Oct-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Mengkaji satu isu masalah tingkah laku di bilik darjah dan mencadangkan Pelan Pengurusan mengatasi masalah tingkah laku berkenaan.

Didalam globalisasi ini, pelbagai teknologi digunakan didalam menghasilkan sistem pendidikan berjalan dengan lancar didalam pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Namun didalam melaksanakannya pelbagai permasalahan yang perlu dihadapi oleh pendidik didalam merealisasikan saranan kementerian mahupun kerajaan untuk memastikan sistem pendidikan mencapai visi dan misi pendidikan akan terlaksana.Tingkah laku pelajar yang pelbagai memberikan cabaran kepada para pendidik. Adakalanya tingkah laku pelajar mengganggu aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Dengan adanya beberapa tindakan awal dari guru (tindakan proaktif), guru terbabit mampu mengubah keadaan yang hingar bingar menjadi suatu situasi yang kondusif dan selesa untuk proses P&P. Diantara permasalahan pengajaran didalam bilik darjah adalah seperti berikut:Menurut Lewis M. Baker (2001), tingkah laku bermasalah bermaksud sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku juga adalah manifestasi fizikal sebarang sikapyang berasaskan nilai-nilai tertentu. Dari sumber yang sama, Carl Rogers (1999) menekankan seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi danbertindak dengan lebih yakin.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, tingkah laku bermaksud gerak geri, kelakuan danperbuatan. Manakala masalah pula membawa maksud perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran (kesulitan). Selain itu, tingkah laku bermasalah juga boleh membawa pengertian tingkah laku yang tidak normal, iaituabnormal behavior dalam Bahasa Inggeris dan terkeluar dari nilai dan norma sosial dalam masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990) yang dipetik daripada Pengurusan Bilik Darjahdan Tingkahlaku oleh Mok Soon Sang, tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Jika dilihat dari konteks pendidikan,tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalambilik darjah.Maka, jika mengikut definisi-definisi yang telah dinyatakan, pengertian tingkahlaku bermasalah ialah gerak geri atau kelakuan atau perbuatan yang menimbulkan kesukaran atau terkeluar dari norma sosial dalam masyarakat. Kesulitan atau kesukaran yang dinyatakan ialahapa yang berlaku di dalam bilik darjah apabila adanya murid yang melakukan tingkah laku yang boleh mengganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran.Selepas mendapat keizinan daripada pengetua di SJK(T) Labis, kami pun membuat sesi temu bual dengan guru-guru di sekolah itu. Dari temu bual tersebut, kami mendapati bahawa kes buli merupakan tingkah laku yang ketara berlaku dalam bilik darjah di kalangan murid di sekolah tersebut. Kami mengenalpasti kumpulan murid tersebut dan mengadakan sesi temu bual dengan mereka dan juga memerhati tingkah laku murid di tersebut itu dalam bilik darjah. Selain daripada itu, Guru pemulihan sekolah itu memberi maklumat terperinci mengenai masalah tingkah laku murid-murid tersebut dalam kelas pemulihan. Dengan pemerhatian tersebut, saya dapat mengenalpasti masalah tingkah laku murid-murid yang saya pilih tersebut. Dengan itu, saya dapat merancang Rancangan pengajaran harian yang sesuai untuk murid-murid yang saya pilih.Selepas memilih dan membuat pemerhatian terhadap dua orang murid pemulihan yang saya pilih, saya merancang program yang sesuai untuk murid-murid yang bermasalah tingkah laku itu. Nama murid pertama yang saya pilih ialah ___________. Dia seorang murid yang aktif dalam kelas. Melalui pemerhatian saya, murid ini dapat mengkikuti kandungan yang diajar oleh guru dalam kelas pemulihan. Masalah tingkah laku utama murid ini adalah dia selalu tidak membuat kerja yang diberi oleh guru pemulihan dalam kelas. Untuk mengatasi masalah ini, guru pemulihan boleh menggunakan,teknik modifikasi tingkah laku Skinner.Tenik ini perlu dilaksanakan oleh guru pemulihan untuk mengubah tiingkah laku murid tersebuat yang tidak mahu membuat kerja rumah. Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang sistematik untum mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman.