edu 3093 kump 1

17
SOALAN 1 Malaysia merupakan negara berbilang kaum yang berjaya mempertahankan keharmoniannya melalui semangat perpaduan dan integrasi nasional. Amalan ini harus diteruskan, dimantapkan, dan diteruskan. Sebagai seorang guru, sejauh manakah usaha yang boleh anda lakukan bagi merialisasikan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan murid berbilang kaum di sekolah anda.?....

Upload: zainol-shari

Post on 30-Sep-2015

49 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Panduan

TRANSCRIPT

  • SOALAN 1Malaysia merupakan negara berbilang kaum yang berjaya mempertahankan keharmoniannya melalui semangat perpaduan dan integrasi nasional. Amalan ini harus diteruskan, dimantapkan, dan diteruskan.

    Sebagai seorang guru, sejauh manakah usaha yang boleh anda lakukan bagi merialisasikan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan murid berbilang kaum di sekolah anda.?....

  • Ku Mimi Khaimiza bt Ku Md AhirNorsiyah bt KasimUnit : PKB PPG JUN 2011Normah bt AmirDisediakan Oleh: Kumpulan 1

  • Konsep Integrasi NasionalMenurut Vyas ( 1993): Integrasi Nasional bermaksud satu proses atau matlamat di mana semua penduduk dalam sesuatu wilayah tertentu hidup bersama selama-lamanya dan saling menghormati tanpa mengira agama, perbezaan etnik dan bahasa serta sudi berkongsi pengalaman, latar belakang, sejarah dan nilai.

  • Samsul Amri ( 2007) : memberikan maksud integrasi sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

  • Noriati A. Rashid ( 2010) : menyatakan integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial, dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama. Daripada penyatuan yang terbentuk, maka akan wujudlah perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di dalam sesebuah negara.

  • Peranan Guru dalam menangani Isu Integrasi Nasional

  • Guru hendaklah berusaha sedaya upaya agar para pelajar dapat menghayati prinsip-prinsip rukun negara dan mengamalkan prinsip-prinsipnya di dalam kehidupan sehari-hari.

    Peranan guru ialah mengintegrasikan prinsip kepercayaaan kepada Tuhan dalam semua mata pelajaran yang diajar. Guru juga boleh menerapkan nilai-nilai perpaduan, kenegaraan, toleransi, kerjasama dan semangat kebangsaan dalam kalangan murid secara sisipan dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang sesuai.

    Dengan ini diharapkan dapat membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

  • Menggalakkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar di sekolah. Seterusnya menjadikannya sebagai bahasa perpaduan.

    Contoh aktiviti : Program wacana ilmu, Minggu Bahasa Kebangsaan, Pertandingan menulis, Pertandingan membaca,bahas dan pidato, Program NILAM mendeklemasikan puisi dan pengucapan awam.

  • KPM memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, guru dan murid. Melalui aktiviti ini ia dapat mewujudkan sikap bekerjasama, tolong-menolong, berkongsi kemudahan peralatan, tenaga dan kepakaran dan mewujudkan suasana muhibbah dan hormat-menghormati, melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid.

    Menjayakan konsep sekolah wawasan menyatukan sekolah yang sebelum ini mengasingkan pembelajaran mengikut aliran sekolah itu sendiri. Sistem pendidikan seragam dan selari di bawah satu bumbung membolehkan pelajaran daripada pelbagai bangsa melakukan aktiviti bersama-sama

  • Melibatkan pelajar berbilang kaum berinteraksi diantara satu sama lain dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan.

    Mengadakan acara kebudayaan dan kesenian dengan melibatkan semua murid pelbagai kaum. Contohnya, permainan tradisional, tarian tradisional dan marhaban. Ini bertujuan untuk menggalakkan murid bersatu hati dan saling bekerjasama diantara satu sama lain.

    Contohnya : kuiz bina bangsa, kempen cintakan warisan seni, bangsa dan negara, kempen kibarkan jalur gemilang, pertandingan menghias bilik darjah sempena Hari Kemerdekaan dan bahas perpaduan.

  • Kokurikulum dan kurikulum merupakan dua sistem yang menjana tenaga sumber manusia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

    Guru menyemai dan memupuk semangat patriotisme melalui pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum seperti: aktiviti perbarisan, sukan, aktiviti badan beruniform, perkhemahan, aktiviti menaikkan bendera, menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu patriotik, sambutan bulan kemerdekaan, aktiviti delemasikan sajak, sayembara puisi dan nyanyian patriotik.

  • Sifat-sifat akhlak:jujur, menepati janji, amanah, ikhlas dalam perkataan dan perbuatan, merendah diri, sabar, pemaaf dan toleransi. Akhlak mulia ini secara langsung terpamer dengan menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah

    Sifat mentalpula bercirikan cerdas (kepintaran teori, amali dan sosial), mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid,

    sifat kejiwaanSentiasa optimistik dalam hidup, pBersifat sentiasa kesantunan bahasa, lembut dan baik dalam pergaulan.Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat.

    Sifat fizikalyang ingin diterapkan adalah sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit. Sentiasa berperawakan tampan, kemas dan bersih.

    Ciri-cirisahsiah yang unggulantaranya adalah mesra, rebut peluang, baik hati, bertoleransi, bermatlamat, beri peluang, adil ,berani, menolong, tenang, dominan, sabar, periang, optimis, boleh dipercayai, teratur, pragmatik, bercita-cita, sensitif, pemurah, dan bijaksana.

  • Merancang aktiviti yang melibatkan komuniti setempatContoh aktiviti: program permuafakatan masyarakat , Motivasi, mesyuarat dan aktiviti PIBG, Program Sarana, Gotong royong, mengadakan Hari Keluarga, Hari Kantin, mengadakan sambutan perayaan dan sebagainya.

  • Guru menggunakan pendekatan pengajaran yang melibatkan kerjasama perpaduan diantara pelajar. Contohnya Penerokaan, koperatif, kerja projek dll. Kumpulan tugasan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dibentuk oleh guru supaya pelajar dapat berbincang bersama-sama bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.

  • Bibliografi Abdul Rashid (2008). Individu, Kepimpinan dan Budaya: Tiga faktor yang menjejaskan perlaksanaan Integriti. Retrieved 0ctober 28, 2013 from http://kiasan.blogspot.com/2008/05/individu-kepimpinan-dan-budaya-tiga.html Azizi Yahaya & Amir Hamzah Abdul Sanif Sapaat (n.d.). Sekolah Wawasan: Sejauh manakah ia mampu melahirkan generasi bersatu padu di masa akan datang. Retrieved October 28, 2013 from http://eprints.utm.my/2291/1/Aziziyahaya__sekolah_Wawasan.pdf Dasar Pembangunan Belia Negara (2013) Retrieved October 28, 2013 from http://www.kbs.gov.my/dokumen2011/belia/Dasar%20Pembangunan%20Belia%20Negara.pdf Erti dan Kepentingan Perpaduan Negara (2012, February 19) Retrieved November 2 , 2013 from http://spmbahasamelayu.blogspot.com/2012/02/erti-dan-kepentingan-perpaduan- negara.html Fahmi Aziz (2009). 1 Malaysia: Belia berwawasan penggerak kejayaan. Retrieved October 29 from http://aspirasifahmi.blogspot.com/2009/06/1-malaysiabelia-berwawasan- penggerak.html Kamaruzzaman Yahya (2011). Keberkesanan penggunaan prasarana di kompleks sekolah wawasan Subang Jaya dalam usaha menggalakkan interaksi antara semua murid warga sekolah. Unpublished Thesis.

    Norwati binti Abdul Manaf (2013). Retrieved November 1, 2013 from http://bpkupg.blogspot.com/2009/07/konsep-dan-pelaksanaan-sekolah-wawasan.html

  • SEKIAN TERIMA KASIH

    **