documentbm

Upload: sofiasaman

Post on 10-Jan-2016

5 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ujian

TRANSCRIPT

1. ____________ tidak bersalah, tuanku, kata Dang Melur kepada Permaisuri Cendana. A Beta B Kami C KalianD Patik

2. ______________ hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati ketika berada di jalan raya, nasihat Cikgu Firdaus kepada sekumpulan murid tahun enam. A Saya B Kami C Kalian D Mereka

3. Bau ______________ pada daging kambing dapat dihilangkan apabila dicuci dengan tepung gandum. A hapak B hamis C tengik D hanyir

4. Ahmad berdiri ___________ memberi hormat kepada tetamu kenamaan itu.A dan B ketika C seraya D setelah

5. Pak Harun _____________ telah merundingkan perkara itu dengan rakan niaganya. A akan B harus C belum

6. ______________ pemuda itu berkawan baik tetapi mereka mempunyai minatyang berbeza. A Ketiga B Ketiga-tiga C Masing-masing

7. Rohani _____________ pandai jika dibandingkan dengan rakan sekelasnya yang lain. A agak B betul C sekali

8. Apa-apa ________ yang hendak kamu lakukan, fikirkanlah baik dan buruknya dahulu. A lah B tah C kah D jua

8. Jalan yang dilaluinya bukan sahaja ber ______________ tetapi mempunyai lopak yang banyak. A bolak-balik B lintang-pukang C simpang-siur D pontang-panting

9. Ibu Siti _______________ apabila melihat anaknya terjatuh ke dalam parit. A jalan buntu B hilang punca C kering darah10. ___________ beratur berdua-dua sebelum memasuki kelas, kata ketua darjah.A Sila B Ayuh C Minta D Semoga

11. Pendengaran Pak Osman menjadipekaksemenjak dia terlibat dalam satu kemalangan.

Perkataan seerti bagipekakialah A tuli B tajam C kabur D jelas12. Bunga cempaka itukembangdan mengeluarkan bau yang harum.

Perkataan berlawan bagikembangialah A kecut B kuncup C mekar D segar

13. Antara pernyataan berikut, yang manakahayat pasif? A Dia menyikat rambutnya. B Pakaian Ani belum berbasuh. C Wanita itu memakai baju kebaya. D Alif makan nasi di warung Wak Jamal.

14. Kalau tidak silap saya, sejak sebulan yang lalu dia terlantar di hospital.

Pilihayat tanyayang sesuai bagi ayat di atas.A Sejak bilakah dia terlantar di hospital? B Di manakah dia terlantar sejak sebulan yang lalu? C Siapakah yang terlantar di hospital sejak sebulan yang lalu? D Kamu menyatakan dia terlantar di hospital sebulan yang lalu?

15.Pak Yunus beritahu saya, dia telah menyewa sebuah teksi untuk ke rumah Borhan. Pilihayat tanyayang sesuai bagi ayat di atas.A Teksi sahajakah yang akan Pak Yunus naiki untuk ke rumah Borhan? B Mengapa Pak Yunus ke rumah Borhan dengan menaiki teksi? C Pak Yunus hendak menaiki teksi sahaja ke rumah Borhan? D Bagaimanakah Pak Yunus hendak ke rumah Borhan?

16. Mengapakah dia bertindak sedemikian rupa sehingga sanggup mencederakan dirinya sendiri? Pilihjawapanyang sesuai bagi ayat tanya di atas. A Sebenarnya sudah lama dia hendak bertindak seperti itu kerana mahu menagih simpati. B Saya fikir dia berbuat begitu semata-mata hendak menagih simpati daripada kita. C Saya yakin tindakannya mencederakan diri sendiri itu akan merugikan dirinya sendiri. D Saya pun hairan mengapa dia sanggup bertindak mencederakan dirinya.

17.Kelab Kompang kampung saya telah dirasmikan penubuhannya oleh ketua kampung.

Pilih ayat yangsama maksuddengan ayat yang diberikan. A Ketua kampung merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya. B Ketua kampung akan merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya. C Ketua kampung telah merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya. D Ketua kampung saya telah merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung.

Soalan 18 19

Pilih ayat-ayat yang menggunakanperkataan bergarisdengan betul.

18.I Puan Fauziah menuang airhangatyang telah dijerang itu ke dalam termos.II Hati Eskandar berasahangatsetelah dicabar oleh kawan-kawannya.III Beritahangatitu menjadi tajuk utama akhbar pada hari itu.IV Air itu tidak dapat kami minum kerana terlaluhangat.

A I dan IIB II dan IIIC II , III dan IVD I, III dan IV

19.I Ibu memenuhkanbarangdengan maklumat peribadinya.IIBarangkemas milik Puan Asmah telah dicuri orang.III Barangyang lepas usah dikenang, ujar nenek Kiah.IV Tolong belikanbarangsekilo gula, Danial, pinta ibunya.

A I dan IIB III dan IVC I, II dan IIID II, III dan IV

Pilih ayat yangbetul.

20 . I Puan Munah adalah ibu saudara saya. II Kehadiran pegawai itu adalah untuk menyampaikan hadiah.III Pulau Tioman adalah antara sepuluh pulau yang tercantik di dunia.IV Surat permohonan tuan yang bertarikh 15 April 2006 adalah dirujuk.A I dan IV B II dan IIIC I, II dan III D II, III dan IV

21. . I Azhar merasa kuah sup itu. II Cikgu Haris mengajar Matematik.III Ibu menjahiti adik sehelai baju.IV Bapa membeli abang sebuah komputer.A I dan II B I dan IIIC II dan IV D III dan IV

Soalan Pemahaman

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu."Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh. Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ujar Pak Mail. Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua mereka.

Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidakmematahkan semangatTuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan. Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke muka pengadilan.

22. Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada setiap masa ?A Terdapat lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam.B Kemungkinan akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu.C Kampung itu sering didatangi oleh orang yang mencurigakan.D Ada penduduk yang telah terserempak dengan lembaga hitam berkepalaanjing.

23. Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untuk menangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu?A Melaporkan perkara itu kepada pihak polis.B Mengadakan kawalan pada waktu malam.C Membuat jadual rondaan.D Menangkap orang yang bersalah.24. Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?A Di rumah Ketua Kampung Paya Dalam.B Di Kampung Kaki Bukit.C Di Kampung Paya Dalam.D Di pantai Kampung Paya Dalam.

25.Rangkai katamematahkan semangatdalam petikan bermaksudA mengalahkan kuasa.B membuat keputusan.C mengalihkan pendapat.D mengalahkan kemahuan.

26. Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak buahnya ?A Menjalankan kegiatan menyamun.B Menjalankan kegiatan pecah rumah.C Menjalankan kegiatan menakut-nakutkan penduduk kampung.D Menjalankan kegiatan pecah rumah dan menakut-nakutkan penduduk kampung.

Soalan PemahamanBaca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jenis pertandinganMasaTempatKumpulan Umur

Pertandingan mewarna8.00 pagi 12.00 tengah hariDi kantin sekolah5 7 tahun

Pertandingan bercerita8.00 pagi 10.00 pagiDi dewan sekolah8 10 tahun

Mendeklamasikan sajak10.00 pagi 12.00 tengah hariDi dewan sekolah10 12 tahun

Mencari harta karun2.00 petang 4.00 petangDi tempat perhimpunan12 tahun dan ditemani ibu bapa

Sukaneka4.00 petang 6.00 petangDi padang sekolah7 12 tahun dan para ibu bapa

27. Mengapakah pertandingan mewarna dan bercerita diadakan pada masa yang sama?A Kedua-dua pertandingan itu dijangka mendapat sambutan yang hangat.B Kumpulan umur bagi kedua-dua pertandingan itu tidak sama.C Kedua-dua pertandingan itu mengambil masa yang agak lama.D Kedua-dua pertandingan itu terbuka kepada murid-murid sahaja.

28. Sebagai murid Tahun Lima, pertandingan apakah yang disertai oleh Asma ?A Pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, dan mencari harta karun.B Acara sukaneka, pertandingan bercerita, mencari harta karun, danmendeklamasikan sajak.C Mendeklamasikan sajak dan sukaneka..D Mendeklamasikan sajak, mencari harta karun, dan sukaneka.

29. Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan ibu bapanya telah berhimpun untuk menyertai suatu pertandingan.Berdasarkan jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh mereka ?A Sukaneka.B Mendeklamasikan sajak.C Mencari harta karun.D Mencari harta karun dan sukaneka.

30. Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak pengajur supaya setiap pertandingan yang diadakan mudah untuk dikendalikan ?A Memendekkan masa pertandingan.B Penyertaan perlu dihadkan.C Menyediakan petugas yang lebih banyak.D Mengetatkan peraturan bagi setiap pertandingan.

31. Antara yang berikut, yang manakah bukan matlamat yang semua pertandingan tersebut diadakan ?A Untuk beradu kekuatan.B Untuk mencungkil bakat.C Untuk mengeratkan hubungan.D Untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.