big

16
1.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu kegiatan luar kelas yang wajib bagi semua guru pelatih. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Kursus Bina Insan Guru (BIG) adalah suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini merupakan sebuah program yang dilaksanakan pada awal semester. Ianya melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Modul Aktiviti Khidmat Masyarakat yang akan kami jalankan di Tadika Yayasan Terengganu (YT) , Besut, Terengganu ini diharapkan dapat membantu membina jati diri serta sifat bekerjasama dalam kalangan guru pelatih yang terlibat. Persekitaran luar yang digunakan berupaya memberikan pendidikan secara kognitif, psikomotor dan efektif yang bertujuan untuk menghasilkan satu perubahan sikap yang positif yang perlu ada pada setiap guru dalam era globalisasi ini. Oleh itu, pembelajaran secara informal ini secara tidak langsung telah pun merangkumi kemahiran ikhtisas yang menjurus kepada kemahiran-kemahiran asas dalam penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan. Dalam program ini, guru pelatih sendiri mengendalikan segala hal berkaitan dengan aktiviti dan para pensyarah pula akan bertindak sebagai medium yang dapat membantu mana-mana yang perlu.

Upload: najihah-najmuddin

Post on 25-Dec-2015

9 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu kegiatan luar kelas yang

wajib bagi semua guru pelatih. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada

kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia dan insan guru adalah

pembina generasi, pembentuk jati diri dan ‘role model’ kepada masyarakat. Kursus

Bina Insan Guru (BIG) adalah suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan

kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini merupakan sebuah

program yang dilaksanakan pada awal semester. Ianya melibatkan semua pelajar

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini

direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam

semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal

diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke

arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Modul Aktiviti Khidmat Masyarakat yang akan kami jalankan di Tadika

Yayasan Terengganu (YT) , Besut, Terengganu ini diharapkan dapat membantu

membina jati diri serta sifat bekerjasama dalam kalangan guru pelatih yang terlibat.

Persekitaran luar yang digunakan berupaya memberikan pendidikan secara kognitif,

psikomotor dan efektif yang bertujuan untuk menghasilkan satu perubahan sikap

yang positif yang perlu ada pada setiap guru dalam era globalisasi ini.

Oleh itu, pembelajaran secara informal ini secara tidak langsung telah pun

merangkumi kemahiran ikhtisas yang menjurus kepada kemahiran-kemahiran asas

dalam penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan. Dalam program ini, guru

pelatih sendiri mengendalikan segala hal berkaitan dengan aktiviti dan para

pensyarah pula akan bertindak sebagai medium yang dapat membantu mana-mana

yang perlu.

2.0 OBJEKTIF

Pelajar dapat membangunkan insan guru seimbang, guru dan hubungan

dengan komuniti, guru dan akauntibiliti profesionalisma, aktiviti kemasyarakatan,

jenis khidmat kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntibiliti

dan amanah, kreativiti dan inovatif.

3.0 LAPORAN REFLEKTIF AKTIVITI KEMASYARAKATAN

Program bina insan guru kali ini bertemakan khidmat masyarakat. Dalam

porses menjayakan program BIG ini, terdapat 2 kali mesyuarat yang telah

kamiadakan. Mesyuarat pertama berkaitan pembahagian jawatankuasa dan

bidangtugas.Sebelum aktiviti bina insan guru di laksanakan, mesyuarat bagi

perlantikan jawatankuasa di adakan terlebih dahulu bagi memudahkan serta

melicinkan program. Perlantikan jawatankuasa ini di kendalikan oleh ketua unit kami

iaitu Norfatiha binti Samsudin. Puan Nor’Azah binti Abdul Aziz selaku mentor kami.

Manakala Nor Ain Binti Zulkifli pula merupakan pengurus projek. Kemudian,

Rebecca Mary A/P Sartho memegang jawatan sebagai timbalan pengurus projek.Siti

Khadijah Binti Deraman merupakan Setiausaha kami.Tharisshni A/P Thuraisamy

pula merupakan bendahari.Bagi jawatankuasa bersama pula, Mohd Adib Bin Ibrahim

merupakan jawatankuasa teknikal. Bagi jawatankuasa pengangkutan pula telah di

sandang oleh Najihah Bt Najmuddin dan Nur Iman Nazleen Bt Kamarulzaman. Saya

pula telah dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan sebagai jawatankuasa

persegaran.Aimi Bahriah Binti Basri dan Nureen Tasnim merupakan jawatankuasa

fotografi.Nur Syamira Binti Yusof merupakan jawatankuasa aktiviti.Dan terakhir

sekali jawatankuasa senamrobik diketuai oleh Farah Wahibbah Binti Hilaluddin

dibantu oleh NurulJusehaBintiJohari, Pan SwettLian, Lim Joo Yee, Nor

ShaidaBintiZulkiflee dan Lee Xue Jing.Perlantikan jawatankuasa tertinggi seperti

yang dinyatakan di atasmerupakan kata sepakat dan hasil undian sekelas.

PERBINCANGAN KERTAS KERJA DAN PEMBAHAGIAN TUGAS

Pada 3 Julai 2013 mesyuarat kali ke-2 telah diadakan. Mesyuarat kali

inimembincangkan isi kertas kerja dan pembahagian tugas berkaitan program BIG.

Antara isi yangterkandung di dalam kertas kerja seperti pemilihan lokasi khidmat

masyarakat bagiprogram BIG.Kami sebulat suara telah mempersetujui cadangan

pengurus projek kami untukmembuat program khidmat masyarakat di Tadika

Yayasan Terengganu (YT) , Besut, Terengganu.Pada awalnya kami mengalami

kesukaran memilih lokasi untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan ini kerana

masing-masing mempunyai idea sendiri. Akhir sekali kami memilih Tadika Yayasan

Terengganu sebagai lokasi kami kerana ianya dekat tambahan pula program kami

djalankan pada bulan ramadan. Tentu sekali sukar untuk kami jika lokasinya jauh.

Program ini diharap dapat membantu membina jati diri serta sifat

bekerjasama dalam kalangan guru pelatih yang terlibat.Persekitaran luar yang

digunakan berupaya memberikan pendidikan secara kognitif, psikomotor dan efektif

yang bertujuan untuk menghasilkan satu perubahan sikap yang positif yang perlu

ada pada setiap guru dalam era globalisasi ini.Antarasebablain kami memilih tempat

ini kerana ingin mendapatkan pengalaman danmendekatkan diri dengan kanak-

kanak tadika yang masih baru dalam menerima pendidikan awal. Selaku guru

pelatih,kami perlu membiasakan diri dengan kanak-kanak ini. Program ini memberi

kami gambaran awal bagaimana cara yang sesuai untuk mengendalikan mereka,

memahami, dan menyesuaikan diri dengan mereka.

BINA INSAN GURU 11 Julai 2013

Pada 11 Julai 2013, seramai 18 orang guru pelatih yang terdiri daripada

pelajar-pelajar unit 2 PISMP Bahasa Inggeris (SJKC) telah melakukan khidmat

komuniti di Tadika Islam Yayasan Terengganu (YT), Besut, Terengganu. Berikutan

dengan tuntutan Kementerian Pendidikan yang mewajibkan program Bina Insan

Guru (BIG) dijalankan setiap semester, unit Bahasa Inggeris ini telah memilih Tadika

Yayasan YT ini sebagai sasaran khidmat komuniti kami. Sebelum mendapat

persetujuan daripada Pengarah Kampus Sultan Mizan, beberapa orang ahli

jawatankuasa program telah mengadakan perbincangan dengan Guru Besar Tadika

tersebut, dan hasilnya memberangsangkan. Beliau sangat mengalu-alukan

kedatangan kami malahan beliau turut berbesar hati menolong kami untuk

menyiapkan jadual perjalanan program kami di sana.

Kami bertolak ke sana pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki van IPG. Jarak

antara IPG Kampus Sultan Mizan yang terletak berdekatan denganTadika Islam YT

telah memudahkan perjalanan kami. Pada jam 8 pagi, setibanya kami di sana, kami

telah disambut dengan meriah oleh guru-guru tadika tersebut. Setelah mendengar

taklimat daripada Guru Besar, kami memulakan aktiviti khidmat masyarakat kami di

sana dengan aktiviti bersama para pelajar tadika seramai 139 orang yang berusia

enam tahun.

Kami memulakan aktiviti senamrobik kami dengan diketuai oleh Farah

Wahibbah Hilaluddin dan dibantu oleh rakan-rakan kelas yang lain. Apa yang

membuatkan kami berasa senorok ialah apabila para pelajar Tadika Islam YT itu

memberi kerjasama dan menyambut baik pergerakan aerobik yang kami tunjukkan.

Selama satu jam kami bersenamrobik dengan para pelajar tersebut, kami

menjalankan aktiviti gotong-royong di kawasan tadika itu. Aktiviti kami dipantau oleh

mentor kami iaitu Puan Nor’Azah bt Abd. Aziz. Beliau bertanggungjawab untuk

mengiringi kami ketika program khidmat komuniti ini berlangsung. Kami berbesar

hati kerana beliau sanggup meluangkan masa beliau dengan kami di situ.

Oleh kerana aktiviti khidmat komuniti ini dijalankan dalam bulan Ramadhan,

Guru Besar Tadika Islam YT mengarahkan kami untuk berehat seketika dan hanya

melakukan aktiviti gotong-royong di kawasan berhampiran sahaja. Setelah tamat

waktu rehat para pelajar Tadika Islam YT pada pukul 10.30 pagi, seterusnya kami

menjalankan aktiviti kami seterusnya iaitu sesi bersama para pelajar di dalam kelas

masing-masing. Memandangkan jumlah para pelajar yang berumur enam tahun

tadika tersebut ramai, kami dibahagikan kepada lima kumpulan dan diberikan kelas

masing-masing.

Melihat keseronokan para pelajar di situ menerima kami, kami berasa sangat

gembira dan teruja untuk member sedikit ilmu kami kepada mereka. Di dalam kelas

masing-masing, kami menjalankan beberapa aktiviti yang mampu membuat kanak-

kanak yang berusia enam tahun terhibur dan juga bersama-sama dengan kami

untuk menjayakan program kami ini.

Kira-kira dalam pukul 12.30 tengah hari, kami mengadakan majlis penutupan

sempena untuk mengucapkan terima kasih kami kepada pihak pentadbiran Tadika

Islam Yayasan Terengganu ini. Dengan sedikit cenderahati kenang-kenangan dari

kami kepada mereka yang telah banyak member sokongan kepada kami. Kami

menamatkan program khidmat komuniti kami di situ.

Syukur kehadrat Illahi kerana program Bina Insan Guru (BIG) kami yang

kedua ini berjaya disudahkan setelah terdapat beberapa masalah yang kami perlu

hadapi. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Khidmat Komuniti kami ini.

Kami turut berbesar hati untuk mengadakan lain-lain aktiviti kami di Tadika Islam

Yayasan Terengganu, Besut, Terengganu ini lagi. Terima kasih yang tidak terhingga

kami ucapkan.

4.0 ANALISIS SWOT

KEKUATAN

-guru pembimbing amat prihatin akan

keselamatan kami

-bahan pengajaran dan alatan untuk

aktiviti

-bertolak ansur

KELEMAHAN

-kerjasama

-pengurusan masa dan tarikh ( bulan

Ramadhan)

-pengurusan protokol

ANCAMAN

-tiada

PELUANG

-kepimpinan

-mengeratkan hubungan antara guru

pelatih

-memberi pendedahan tentang

pendidikan awal kanak-kanak

5.0 REFLEKSI KENDIRI

Alhamdulillah dengan kudrat dan kesediaan yang ada dalam diri saya dan

rakan-rakan sekelas, saya berjaya mengikuti program ini dengan jayanya seperti

yang dirancang. Saya juga amat-amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah

melindungi saya, semua jurulatih dan rakan yang terlibat dalam Program Bina Insan

Guru pada kali ini sehingga kami dapat menempuhi semuanya dengan selamat

tanpa banyak masalah besar yang timbul dan berjaya mencapai objektif yang

disasarkan.

Dalam kesempatan ini, saya turut ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat terutama sekali para pensyarah ataupun pihak

yang bertungkus lumus membantu kami melaksanakan aktiviti BIG kali ini.Terima

kasih atas segala dorongan, nasihat, teguran serta motivasi yang membina yang

mana niatnya adalah untuk mendidik kami semua untuk mencapai objektif yang

telah ditetapkan.

Saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada

pensyarah bimbingan saya ataupun dikenali sbagai mentor saya iaitu Pn. Nor’Azah

Bt Abdul Aziz yang bagi saya sangat membantu saya dan unit saya dalam

memberikan tunjuk ajar serta motivasi yang sangat bermanfaat. Saya dengan

suarelanya akan memanfaatkan segala nasihat serta teguran yang telah diberikan

dalam usaha untuk membaiki diri saya untuk menjadi lebih baik.

Alhamdulillah, akhirnya kami dapat menjalankan program khidmat

masyarakat kali ke-2 ini dengan jayanya meskipun terdapat banyak cabaran yang

kami perlu tangani.Sebagai seorang bakal pendidik, kita perlu membiasakan diri

menangani masalah yang dihadapi supaya kelak kita menjadi seorang insan yang

berwibawa dan boleh menyelesaikan masalah sendiri.

Banyak manfaat yang saya dan rakan-rakan dapat melalui program

menyediakankhidmat masyarakat ini.Disamping dapat menyiapkan tugasan wajib

kami, kami mendapat pengalaman yang amat bermakna di mana kami mendapat

pendedahan awal tentang pendidikan awal kanak-kanak.Malah kami turut

melibatkan diri secara praktikal, bukan sekadar teori semata-mata.

Melalui pengalaman saya sepanjang program ini, saya mulai sedar akan

kepentingan memberi dan menyumbang tenaga dalam aktiviti kemasyarakatan.

Impak yang paling ketara ialah saya sedar aktiviti kemasyarakatan bukan sekadar

bergotong royong membersihkan kawasan, membantu di rumah anak yatim dan

golongan emas malah membantu dalam mendidik pelajar juga merupakan aktiviti

kemasyarakatan. Saya juga sedar betapa pentingnya kehidupan ini untukdihargai

dan digunakan dengan sebaik mungkin tanpa melakukan aktiviti yang sia- sia yang

boleh menjejaskan kehidupan pada masa depan.

Seterusnya saya melihat timbulnya sifat-sifat kepimpinan dalam diri rakan-

rakan sekelas semasa menguruskan program ini.Masing-masing menjalankan tugas

dengan begitu dedikasi demi mencapai matlamat yang satu iaitu kami mahukan

yang terbaik untuk aktiviti kemasyarakatan ini.Selain itu, saya juga belajar

bagaimana untuk menghormati mereka yang lebih tinggi dari kita.Contoh di sini ialah

kami belajar tentang pengurusan protokol yang betul di dalam majlis selepas

melakukan sedikit kesilapan kecil di mana semasa majis penutup.Kesalahan kami

ialah kami tidak menitikberatkan hal protokol. Selepas diberi teguran dan nasihat

oleh mentor kami, barulah kami mula mengambil berat akan hal ini serta akan lebih

berhati-hati supaya tidak terus melakukan kesalahan yang sama lagi di masa depan.

Akhir sekali, saya amat berpuas hati dengan aktiviti ini kerana banyak perkara

yang saya dapat pelajari. Walaupun terdapat sedikit kesalahan, saya amat

bersyukur kerana mendapat teguran dari pensyarah. Teguran dan kesalahan yang

dilakukan amat penting dalam mempersiapkan diri menjadi seorang bakal guru

kelak.

6.0 LAPORAN CERAMAH PROGRAM BINA INSAN GURU 2013

Pada tanggal 24 Julai 2013, seramai 192 orang pelajar Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2013 telah menyempurnakan aktiviti Bina

Insan Guru(BIG) bahagian dua iaitu menguruskan ceramah. Ceramah ini diadakan

di Dewan Kuliah Al-Khindi, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan pada

pukul 2.15 petang. Program ini berhasrat mendedahkan pelajar dengan domain

pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti,

guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, jenis khidmat

kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti, amanah,

kreativiti dan inovatif.

Majlis bermula selepas ketibaan tetamu VIP iaitu , Encik Zulkiflee Bin

Rahman sebagai penceramah telah disambut mesra oleh Encik Mohamad Bin Latif

selaku pensyarah penasihat unit kokurikulum. Majlis diteruskan dengan bacaan doa

yang diketuai oleh Muhammad Ariffuddin Bin Sukiat dari unit Pendidikan Jasmani.

Ceramah yang diadakan ini bertajuk ‘Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang’.

Ceramah ini mendedahkan tentang cara – cara untuk menjadi seorang guru yang

seimbang dan cemerlang di bidang perguruan. Perubahan – perubahan yang perlu

dilakukan oleh bakal guru untuk mendidik anak bangsa dititikberatkan dalam

ceramah ini.

Ceramah ini juga turut menyelitkan beberapa nasihat dan panduan kepada

bakal guru untuk melakukan perubahan dalam bidang perguruan. Setiap guru perlu

mengadakan anjakan paradigma dalam diri mereka. Guru perlu berani dalam

melakukan perubahan terhadap kerjaya mereka. Hal ini kerana mereka yang

menentukan masa hadapan anak didik – didik mereka. Guru perlu berani bertindak

untuk memastikan anak didik mereka menjadi insan yang cemerlang.

Kesimpulannya, ceramah ini memberi motivasi kepada guru – guru pelatih

agar bersedia untuk melakukan perubahan dalam menghasilkan insan yang mampu

membawa kepada kemajuan negara. Insan yang cemerlang akan terhasil jika guru

yang mendidik adalah guru yang cemerlang dan mempunyai budi pekerti yang

mulia.

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan majlis penutupan untuk

mengucapkan terima kasih kami kepada penceramah kita pada hari tersebut dan

tidak terlupa juga pensyarah penasihat dengan memberi cenderahati kenang-

kenangan dari kami.

Syukur kehadrat Illahi kerana program Bina Insan Guru (BIG) kami yang

kedua ini berjaya disudahkan setelah terdapat beberapa masalah yang kami perlu

hadapi. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Khidmat Komuniti kami ini.

7.0 ANALISIS SWOT

KEKUATAN

-ahli jawatankuasa pelaksana cekap

dalam melaksanakan aktiviti

-kelengkapan alat yang baik

-persembahan slide yang menarik serta

ringkas

-penyampaian maklumat oleh AJK amat

memuaskan

KELEMAHAN

-gaya penyampaian isi ceramah tidak

begitu menarik

-pemilihan masa yang tidak tepat

-perancangan tempat

PELUANG

-dapat menambah ilmu pengetahuan

-dapat menilai diri sendiri serta

meningkatkan tahap motivasi

-membina keyakinan diri

ANCAMAN

-tiada

8.0 LAMPIRAN

AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT

KUMPULAN UNTUK AKTIVITI DI DALAM KELAS

1) Rebecca Mary A/P Sartho

Nur Iman Nazleen Binti Kamarulzaman

Najihah Binti Najmuddin

2) Lee Xue Jing

Farah Wahibbah Binti Hilaluddin

Nurul Juseha Binti Johari

3) Tharisshni A/P Thuraisamy

Nur Ain Binti Zulkifli

Nor Shaida Binti Zulkiflee

Nor Aqila Asyikin Bt Zulkifli

4) Pan Swett Lian

Siti Khadijah Binti Deraman

Norfatiha Bt Samsudin

Mohd Adib Bin Mohd Ibrahim

5) Lim Joo Yee

Nur Syamira Binti Yusof

Aimi Bahriah Binti Basri

CERAMAH BIG