refleksi big

9
Nama : NOR HAZIRAH BINTI ISMAIL Kelas : T3MT1 REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 6 Program Bina Insan guru adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah Pembina generasi, pembentuk  jati diri dan menjadi contoh kepada masyaraka t. Justeru itu, seorang guru haruslah mampu menyesuaikan dan mengadaptasi diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran di era globalisasi ini. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar guru dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dalam membentuk peribadi dan pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.. Program Bina Insan fasa 6 ini merupakan program BIG yang terakhir perlu dijalani oleh semua pelajar guru tahun 3. Untuk BIG kali ini, kami perlu menjalankan sebuah lawatan penanda aras di sekolah serta menghadiri bengkel pengurusan pendidikan. Justeru itu, setelah mesyuarat dan perjumpaan dilakukan untuk membincangkan serta merancang BIG ini, kami telah membuat keputusan untuk membuat lawatan penanda aras ke Sekolah Kebangsaan Methodist, Parit Buntar. Lawatan ini disertai oleh 46 orang pelajar guru daripada kelas T3MT1 dan juga T3MT2 Lawatan ini juga disertai oleh beberapa orang pensyarah iaitu En Abdul Jaleel bin Abdul Hakeem, En. Mat Salleh dan En. Hong Kim Guan.

Upload: tque-zurr-eisyal

Post on 10-Oct-2015

58 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Nama : NOR HAZIRAH BINTI ISMAILKelas : T3MT1REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 6 Program Bina Insan guru adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah Pembina generasi, pembentuk jati diri dan menjadi contoh kepada masyarakat. Justeru itu, seorang guru haruslah mampu menyesuaikan dan mengadaptasi diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran di era globalisasi ini. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar guru dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dalam membentuk peribadi dan pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan..Program Bina Insan fasa 6 ini merupakan program BIG yang terakhir perlu dijalani oleh semua pelajar guru tahun 3. Untuk BIG kali ini, kami perlu menjalankan sebuah lawatan penanda aras di sekolah serta menghadiri bengkel pengurusan pendidikan. Justeru itu, setelah mesyuarat dan perjumpaan dilakukan untuk membincangkan serta merancang BIG ini, kami telah membuat keputusan untuk membuat lawatan penanda aras ke Sekolah Kebangsaan Methodist, Parit Buntar. Lawatan ini disertai oleh 46 orang pelajar guru daripada kelas T3MT1 dan juga T3MT2 Lawatan ini juga disertai oleh beberapa orang pensyarah iaitu En Abdul Jaleel bin Abdul Hakeem, En. Mat Salleh dan En. Hong Kim Guan. Lawatan penanda aras ini adalah berfokus kepada memupuk dan membentuk kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang. Di samping itu, guru pelatih juga didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja yang baik dan berkesan. Tambahan pula, di sekolah tersebut, kami mendapat penerangan dan maklumat yang sungguh banyak daripada 2 orang guru cemerlang iaitu Puan Zaiton bt Ahmad, pengkhususan Matematik dan Dr. Sheila Panicker , pengkhususan dalam Bahasa Inggeris. Selepas itu, kami menghadiri bengkel pengurusan pendidikan di Dewan Kuliah Utama untuk mendengar ceramah daripada En. Roslan dan juga En. Jamal. Kedatangan kami disambut dengan tangan terbuka oleh pihak sekolah. Sebelum bergerak ke bilik mesyuarat, kami menjamu selera terlebih dahulu di kantin bersama guru-guru serta pensyarah. Kemudian kami bergerak ke bilik mesyuarat untuk mendengar ceramah. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan serta ucapan daripada guru besar. Pelbagai input yang kami peroleh daripada guru cemerlang Pn Zaiton terutamanya tentang peranan guru cemerlang serta inovasi bahan bantu mengajar dan juga cabaran kurikulum terbaru masa kini iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Beliau juga turut memperlihatkan kepada kami bahan bantu mengajar yang beliau cipta untuk membantu memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran matematik. Setelah lebih kurang sejam berkongsi ilmu bersama Puan Zaiton, kami bergerak pula ke bilik Self Access Centre untuk bersama dengan Dr. Sheila Panicker. Di sana, beliau menceritakan pengalaman beliau dalam menempuh kehidupan sebagai seorang guru. Beliau memberi rangsangan serta kata-kata semangat kepada kami agar sentiasa cekal dan bersemangat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bakal guru. Selain itu, beliau juga turut berkongsi cara-cara mengawal kelas, aktiviti pengayaan dan pengajaran yang sesuai dijalankan di dalam kelas. Setelah membuat lawatan penanda aras tersebut, kami menjalani bengkel pengurusan pendidikan di IPG pula. Kami mendngar ceramah tentang ciri-cri guru cemerlang serta kualiti yang harus ada pada seorang guru daripada En. Roslan dan juga En Jamal. Turut dimuatkan dalam bengkel tersebut juga ialah sedikit taklimat mengenai pembawakan serta personaliti yang harus ada pada seorang guruAntara kekuatan yang dapat dikenalpasti sepanjang saya menjalani program Bina Insan Guru ini ialah saya dapat menimba banyak ilmu pengetahuan dalam perjalanan untuk menjadi seorang guru. Mendengar ceramah daripada Puan Zaiton dan Dr. Sheila, ia membuka mata saya agar sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan diri serta mencuba pelbagai kaedah baru dalam usaha untuk menyampaikan pengajaran kepada murid. Sebagai contoh, inovasi beliau menggunakan petak-petak nombor., ia memberi kemudahan kepada murid dalam mengenalpasti pola nombor dan operasi-operasi yang terlibat dengan nombor. Penerangan yang diberikan oleh kedua-dua guru cemerlang tersebut juga jelas beserta contoh. Sepanjang perancangan dan pelaksanaan BIG ini juga, antara kekuatan yang dapat dilihat ialah kerjasama yang erat antara pelajar guru sendiri dalam merancang program BIG ini serta sokongan dan dorongan daripada pensyarah yang menggalakkan. Segala urusan dapat dilaksanakan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kelemahan. Melalui bengkel yang diadakan pula, ia menyuntik semangat saya agar sentiasa berusaha meningkatkan tahap profesionalisme diri. Di samping itu saya juga terdidik untuk sentiasa berusaha menambah ilmu dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kerana pengalaman yang diperoleh dapat membantu saya dalam menjadi seorang guru yang baik juga secara tidak langsung menjadi kelebihan pada saya untuk masa depan. Program BIG ini juga dapat menerapkan diri pelajar guru agar menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan serta mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal. Tambahan pula, semasa pelajar guru menjalani BIG, ia mendidik supaya bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.Walaupun begitu, masih terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya lihat semasa Bina Insan Guru ini dilaksanakan. Pada hari kami ingin pergi ke Sekolah Kebangsaan Methodist tersebut, jadual yang dirancang terganggu disebabkan kelewatan bas yang akan membawa kami. Semua pelajar guru sudah menunggu di gelanggara seawal 6.30 pagi namun kami memulakan perjalanan lebih kurang pukul 8. Oleh sebab itu, perjalanan tentatif program amat terganggu. Pihak sekolah juga mendapat tempias kerana kesuntukan masa bagi setiap sesi bersama pelajar guru. Tidak banyak masa yang dapat diluangkan kerana kami perlu juga mengikut tentatif yang telah ditetapkan. Kesan daripada itu juga, masa amat terhad bagi kami untuk melawat persekitaran sekolah terutamanya bilik-bilik khas, menliti fail-fail berkaitan KSSR dan lain-lain lagi. Seterusnya, kelemahan yang terjadi mungkin kerana salah faham ataupun miscommunication antara ahli jawatankuasa kami dengan pihak sekolah. Hal ini disebabkan oleh, mengikut perancangan kami, hanya seorang guru cemerlang iaitu Puan Zaiton yang terlibat dalam memberi taklimat namun apabila sampai kami diperkenalkan dengan seorang lagi guru cemerlang. Ia bukanlah suatu kelemahan yang besar namun memberi sedikit kesulitan kepada ajk yang bertindak untuk menyediakan cenderahati. Disebabkan kami tidak dimaklumkan awal mengenai penambahan seorang lagi guru cemerlang, maka cenderahati tidak dapat disediakan pada waktu tersebut. Bagi kami, ia mendatangkan rasa segan kepada kami sendiri sebenarnya kerana Dr. Sheila juga amat mebantu kami dalam menjalani BIG ini. Melihat kepada kekuatan dan kelemahan yang dinyatakan, saya ingin memberi beberapa cadangan penambahbaikan iaitu agar kelewatan ini tidak terjadi lagi. Hal ini supaya perjalanan apa-apa aktiviti tidak akan terganggu kerana ia bukan sahaja menyusahkan pihak kita malahan pihak yang kita sedang berurusan. Seterusnya, kami harus lebih prihatin dan memantapkan diri dengan kemahiran komunikasi yang lebih baik pada masa depan. Hal ini supaya tidak berlaku lagi percanggahan maklumat antara 2 pihak. Sepanjang saya menjalani program BIG ini dari semester 1 PISMP sehingga BIG yang terakhir ini, ia mematangkan diri saya agar sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran masa belajar serta mempersiapkan diri dengan kekuatan jasmani dan kekuatan mental untuk menghadapi cabaran guru masa kini. Tanggungjawab saya adalah besar sebagai seorang pelajar guru dan bakal guru maka saya perlu sentiasa bersikap positif dan berusaha serta mendidik diri menjadi seorang yang sabar. Melalui BIG, saya memperoleh keseronokan dan pengalaman yang amat berharga.

Akhir sekali,program BIG ini diharapkan agar dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kebolehan profesionalisme yang tinggi dan akan sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pensyarah dan rakan-rakan yang telah banyak berusaha dalam menjayakan Program Bina Insan Guru Fasa Enam ini. Diharapkan agar pengalaman ini dapat mendidik saya menjadi seorang guru yang berwibawa dan bersedia untuk berusaha menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa depan. Sekian, terima kasih.

GAMBAR SEPANJANG LAWATAN PENANDA ARAS

Pelajar guru mengambil tempat di dalam bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat

Taklimat disampaikan oleh Pn Zaiton tentang inovasi beliau dalam pengajaran matematik

Dr. Sheila Panicker berkongsi pengalaman menjadi seorang guru cemerlang bersama pelajar guru