big-kelengkapan perkhemahan

19
KELENGKAPAN & PERALATAN PERKHEMAHAN Penyediaan Kelengkapan dan Peralatan perkhemahan bergantung kepada tempoh masa perkhemahan, aktiviti dan bilangan peserta. 1.1 Peralatan Perkhemahan 1. Khemah Khemah berangka (frame tent) Khemah rabung (bentuk A atau iglu) 2. Bag galas

Upload: hazie-ghazali

Post on 30-Jun-2015

877 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: BIG-kelengkapan perkhemahan

KELENGKAPAN & PERALATAN PERKHEMAHAN

Penyediaan Kelengkapan dan Peralatan perkhemahan bergantung kepada

tempoh masa perkhemahan, aktiviti dan bilangan peserta.

1.1 Peralatan Perkhemahan

1. Khemah

Khemah berangka (frame tent)

Khemah rabung (bentuk A atau iglu)

2. Bag galas

Page 4: BIG-kelengkapan perkhemahan

8. Alat ikhtiar hidup (Peralatan paling asas dalam keadaan ikhtiar hidup).

Pisau/parang - tujuan memotong, mempertahankan diri, am.

Mata pancing - menangkap ikan, sumber makanan(protein)

Tali pancing - menangkap ikan dan kerja mengikat

Mancis/pemetik api - masak, haba, cahaya

Garam - gantikan mineral badan yang hilang

9. Alat isyarat

Wisel

Suar asap (flares)

10. Mancis api

Page 6: BIG-kelengkapan perkhemahan

14. Kompas

15. Alat tulis

16. Jam tangan

Page 7: BIG-kelengkapan perkhemahan

17. Kelengkapan peribadi

Keperluan harian - berus gigi, ubat gigi, sabun mandi sikat , ubat

keperluan peribadi dan sebagainya

Pakaian secukupnya (Pakaian wajib – Baju dan ‘Track Bottom’)

Kasut sukan dan selipar

18. Alatan khusus

Kelengkapan sembahyang

Tuala dan kain basahan

Lampu gasoline

Ubat nyamuk

Botol air

Page 8: BIG-kelengkapan perkhemahan

1.2 Khemah

Pengertian amnya adalah tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa

dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis

tempat berlindungan itu.

Maksud tempat perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan

tidak kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen

sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri

orang . Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan

dan juga angin.

Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang

dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan

jenis-jenis yang ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk

cuaca dan persekitaran yang berbeza.

A. Jenis-jenis khemah

Antara jenis-jenis khemah yang biasa digunakan ialah:

1. Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera)  

sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan

memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas.

Page 9: BIG-kelengkapan perkhemahan

2. Khemah nylon berbentuk Dome

sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari

kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan

menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi

keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk.

3. Khemah nylon berbentuk Igloo 

sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji. Fungsinya

sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih memanaskan.

     

Page 10: BIG-kelengkapan perkhemahan

B. Mendirikan Khemah

1. Ciri-ciri yang perlu diketahui:

a) Carilah tapah perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata.

b) Terdapat sumber/punca air berhampiran.

c) Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika  basah.

d) Terlindung daripada tiupan angin secara terus.

e) Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik.

f) Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)

g) Dirikan di kawasan yang teduh dan selesa. Tempat beristirehat apabila selesai

melakukan aktiviti pada siang hari.

2. Mendirikan Khemah :

a) Bersihkan kawasan tapak khemah.

b) Tentukan arah tiup angina, kemudian dirikan khemah.

c) Ukur saiz panjang khemah diatas lantai, tanam kedua-dua batang tiang 

khemah.

d) Naikkan khemah, pasang bumbung dan tiang dengan betul.

e) Ketuk pancang dan ikat tali dari kedua-dua batang tiang ke pancang.

f) Kemudian barulah ikat dengan tegang tali khemah pada kedua-dua belah tepi

khemah ke pancang.

g) Setelah selesai mendirikan khemah, bina parit kecil di sekeliling khemah

untuk mengelakkan air hujan bertakung.

h) Kemudian taburkan serbuk belerang (sulfur) di sekeliling khemah untuk

mengelakkan binatang bias memasuki khemah pada waktu malam.

Page 11: BIG-kelengkapan perkhemahan
Page 12: BIG-kelengkapan perkhemahan

3. Menurunkan Khemah

a) Pasti segala barang dikeluarkan daripada khemah.

b) Tanggalkan ikatan tali khemah pada pancang kemudian turunkan khemah.

c) Kumpulkan pancang khemah dan tiang khemah yang di taman.

d) Sebelum melipat khemah, pastikan tiada sampah sarap yang melekat pada

khemah.

e) Bagi khemah yang masih lembap, keringkan di bawah cahaya matahari.

f) Bentangkan khemah di atas tanah. Semua helai pintu, penahan angina dan tali

khemah hendaklah dilipatkan ke bahagian dalam.

g) Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5 meter.

h) Khemah mesti diikat dengan kemas dan betul supaya tidak terburai di

pertengahan jalan.

i) Bersihkan kawasan perkhemahan.

Page 13: BIG-kelengkapan perkhemahan
Page 14: BIG-kelengkapan perkhemahan

C. Memilih Kawasan

1. Sumber Asas

Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang

paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya

punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum,

membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG

berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika

hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik

dengan cepat.

2. Bentuk Muka Bumi

Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan

kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi

sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk

mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat.

Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu

kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh

merosakkan alas khemah anda.

Anda juga TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok

yang besar ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari

pokok tersebut akan menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan

bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan

begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti

ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh

mengoyakkan khemah. Jauhi kotor atau berhampiran dengan sampah sarap

kerana boleh mengundang penyakit.

Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu

lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit

Page 15: BIG-kelengkapan perkhemahan

untuk mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan

khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.

3. Perhubungan

Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk

berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan

raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini

untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda

menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan,

pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan

anda mudah dikesan dari udara.

4. Sinar Matahari

Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk

tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan

pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang

pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta

perkhemahan kita menjadi lebih seronok.

5. Denai Binatang

Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana

dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang

menggunakan denai tersebut.

6. Tandas

Jarak dengan kawasan perkhemahan 100 meter dimana dalaman lubang kira-

kira 4-5 meter dan dihadang dengan kain guni,plastk atau daun palma.Najis

perlu ditutupi supaya tidak berbau.Jauhi dari kawasan punca air bersih.

Page 16: BIG-kelengkapan perkhemahan

7. Lubang sampah

Lubang sampah kering yang boleh dibakar separti plastik,getah dan lain-lain

hendaklah dibakar dalam lubang teersebut.Sampah yang tiak boleh dibakar

seperti tin,kepingan zinkhendaklah dikemekkan dahulu sebelum dikambus dan

sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan.

D. Aktiviti pemasangan khemah

Page 18: BIG-kelengkapan perkhemahan

Penting!

Bahagian luar khemah atau penutup khemah mestilah ditarik dalam jarak 0.3 metar

dari badan khemah dan diikat pada ranting kayu serta dicucuk ke dalam tanah bagi

mengelakkan air hujan menyerap masuk kedalam khemah sekiranya hujan turun

dalam jangka masa yang lama... kemudian parit kecil dikorek disekeliling khemah

bagi mangalirkan air hujan yang turun dari khemah.