rumusan big

13
WAJ 3114-BINA INSAN GURU rumusan bina insan guru (big) Nama Guru Pelatih: Elve Euzila Yan Dulian Unit : PISMP Sains Januari 2011 Nama Tutor : Pn. Ainon bt Hadim Program Bina Insan Guru adalah kursus yang wajib dilaksanakan oleh semua guru pelatih program PISMP bermula dari semester 1 hingga 6. Setiap semester Program BIG ini telah ditetapkan proforma sebagai panduan guru pelatih menjalankan program BIG sama ada mengikut unit masing-masing ataupun melibatkan semua PISMP Ambilan Januari 2011. Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 BIG Fasa 1 melibatkan unit PISMP SN, PJ dan PAI Ambilan Jan 2011 telah dijalankan pada 24-26 Jan 2011 bertempat di tapak perkhemahan IPG Kampus Kent Tuaran dan pantai Gayang. Di dalam perkhemahan ini kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang menggabungkan beberapa orang pelatih dari ketiga-tiga unit yang terlibat. Ahli kumpulan say terdiri daripada Aaron Jim Jr. James (Sains), Mohd. Fais bin Ismail (Sains), Mohd. Naim (PJ), Shah (PJ), Mohd. Syazwan bin Japlus (PAI), Asma binti Busrah (PAI), Najwa binti Abdul Halim (PAI), dan Siti Khadijah binti Harun (PAI). Sebelum perkhemahan dimulakan kami telah membuat perjumpaan bagi membincangkan beberapa perkara seperti memilih ketua dan penolong ketua kumpulan, warna pakaian yang akan dipakai, nama kumpulan, bendera kumpulan, sorakan kumpulan dan pembahagian tugas. Ketua kumpulan kami ialah saudara Mohd Syazwan binti Japlus dan saya sendiri sebagai penolong ketua kumpulan. Nama kumpulan kami ialah kumpulan Dynamite. Pelbagai input dan pengalaman baru yang saya perolehi semasa perkhemahan berlangsung. Pada hari pertama perkhemahan kami berpeluang mendapat ceramah pertolongan cemas daripada En Saimin dan En Jailin. Kemahiran pertolongan cemas amat penting bagi seorang bakal guru agar mampu mengambil tindakan yang sepatutnya pada saat-saat yang memerlukan. Pada setiap petang perkhemahan kami berpeluang menjalani aktiviti kawad kaki dan riadah diikuti dengan pengurusan diri, makan malam, dan kuliah maghrib dan kuliah moral. ELVE EUZILA YAN DULIAN PISMP SAINS JAN 2011

Upload: elve-euzila-yan-julian

Post on 20-Jun-2015

882 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

rumusan bina insan guru

TRANSCRIPT

Page 1: Rumusan big

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

rumusan bina insan guru (big)

Nama Guru Pelatih: Elve Euzila Yan Dulian

Unit : PISMP Sains Januari 2011

Nama Tutor : Pn. Ainon bt Hadim

Program Bina Insan Guru adalah kursus yang wajib dilaksanakan oleh semua

guru pelatih program PISMP bermula dari semester 1 hingga 6. Setiap semester

Program BIG ini telah ditetapkan proforma sebagai panduan guru pelatih

menjalankan program BIG sama ada mengikut unit masing-masing ataupun

melibatkan semua PISMP Ambilan Januari 2011.

Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1

BIG Fasa 1 melibatkan unit PISMP SN, PJ dan PAI Ambilan Jan 2011 telah

dijalankan pada 24-26 Jan 2011 bertempat di tapak perkhemahan IPG Kampus

Kent Tuaran dan pantai Gayang. Di dalam perkhemahan ini kami telah dibahagikan

kepada beberapa kumpulan yang menggabungkan beberapa orang pelatih dari

ketiga-tiga unit yang terlibat. Ahli kumpulan say terdiri daripada Aaron Jim Jr. James

(Sains), Mohd. Fais bin Ismail (Sains), Mohd. Naim (PJ), Shah (PJ), Mohd. Syazwan

bin Japlus (PAI), Asma binti Busrah (PAI), Najwa binti Abdul Halim (PAI), dan Siti

Khadijah binti Harun (PAI). Sebelum perkhemahan dimulakan kami telah membuat

perjumpaan bagi membincangkan beberapa perkara seperti memilih ketua dan

penolong ketua kumpulan, warna pakaian yang akan dipakai, nama kumpulan,

bendera kumpulan, sorakan kumpulan dan pembahagian tugas. Ketua kumpulan

kami ialah saudara Mohd Syazwan binti Japlus dan saya sendiri sebagai penolong

ketua kumpulan. Nama kumpulan kami ialah kumpulan Dynamite. Pelbagai input

dan pengalaman baru yang saya perolehi semasa perkhemahan berlangsung.

Pada hari pertama perkhemahan kami berpeluang mendapat ceramah

pertolongan cemas daripada En Saimin dan En Jailin. Kemahiran pertolongan

cemas amat penting bagi seorang bakal guru agar mampu mengambil tindakan yang

sepatutnya pada saat-saat yang memerlukan. Pada setiap petang perkhemahan

ELVE EUZILA YAN DULIANPISMP SAINS JAN 2011

Page 2: Rumusan big

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

kami berpeluang menjalani aktiviti kawad kaki dan riadah diikuti dengan pengurusan

diri, makan malam, dan kuliah maghrib dan kuliah moral.

Gambar: aktiviti kawad kaki pada

waktu petang

Pada hari kedua perkhemahan kami berpeluang mengikuti kembara sejauh

20 km. Kembara ini mengajar saya untuk lebih tabah dan berfikir dengan kritis dan

kreatif semasa menghadapi situasi-situasi yang mencabar.

ELVE EUZILA YAN DULIANPISMP SAINS JAN 2011

Page 3: Rumusan big

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

Gambar : Aktiviti masakan rimba semasa kembara dan pembentangan dapatan kembara

Pengalaman yang paling menarik di dalam BIG Fasa 1 ini ialah kami

berpeluang menjalani aktiviti air dimana kami semua berkayak di sekitar Gayang.

Kami diajar cara untuk mengapungkan diri di dalam air dan juga bagaimana untuk

menyelamatkan individu sewaktu di dalam air. Pengalaman ini amat bermakna

kerana telah dapat meningkatkan keyakinan apabila berada di air yang dalam. Ini

merupakan pengalaman baru bagi saya kerana sebelum ini saya tidak pernah

berkayak.

Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2, Siri 1

Program BIG (Bina Insan Guru) bagi Fasa 2, siri 1 unit PISMP Sains Ambilan

Januari 2011 telah dilaksanakan pada 10 September 2011 (semester 2) bersamaan

hari sabtu bertempat di SK Inanam 2. Kami telah bertolak ke SK Inanam 2 lebih

kurang pukul 8.00 pagi dari IPG Kampus Kent diiringi oleh dua orang tutor unit Sains

pada semester itu iaitu En Tan Cho Chiew dan En Kok Boon Shiong.

.Gambar : Kerja-kerja menceriakan makmal sains SK Inanam 2

Secara peribadi program BIG ini memberikan saya peluang untuk

menjalankan tugas sebagai AJK Makanan dengan sebaiknya. Walaupun tugas ini

kelihatan mudah namun cara pelaksanaan tanggungjawab seseorang AJK Makanan

perlu mengikut prosedur yang betul. Pertama sekali permohonan makanan di

pejabat am perlu dilakukan dan seterusnya perbincangan dengan pihak Jabatan

HEP bagi menentukan kesesuaian kuantiti dan jenis makanan terhadap aktiviti yang

dijalankan. Setelah perbincangan mencapai keputusan yang terbaik barulah

tempahan dilakukan kepada kafeteria IPG Kampus Kent. Selain itu, sebagai seorang

ELVE EUZILA YAN DULIANPISMP SAINS JAN 2011

Page 4: Rumusan big

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

AJK Makanan saya perlu memastikan semua peserta mengambil makanan mengikut

masa yang ditentukan. Melalui tugas ini saya dapat meningkatkan kemahiran

interpersonal saya dengan berinteraksi mengikut prosedur yang betul dengan pihak

pengurusan.

Kesimpulannya aktiviti ini telah membolehkan kami membuka minda untuk

membantu masyarakat sekitar terutamanya di sekolah bagi melancarkan sesi

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hal ini membekalkan kami

pengalaman yang berguna pada masa hadapan apabila menjadi seorang guru

kelak.

Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2, Siri 2

Program BIG Siri 2 Fasa yang kedua bagi semua pelatih PISMP Ambilan

Januari 2011 telah dilaksanakan pada 21 September 2011 pada kira-kira pukul 8.00

pagi sehingga 12.30 tengahari bertempat di Dewan Tun Mustapha, IPG Kampus

Kent. Aktiviti BIG pada kali ini ialah forum yang bertajuk Seksa Menjadi Guru :

Antara Beban, Minat dan Tanggungjawab. Moderator bagi forum tersebut ialah

Cik Nurul Atika Ripin dari unit PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2011,

manakala ahli-ahli panel yang dijemput pula ialah Puan Hamidah Abdul Karin, Encik

Chandran A/L Vengadasamy dan Ustaz Rushdi Abdul Majid.

Forum tersebut mengupas tentang beban tugas guru di sekolah yang kian

bertambah. Cik Nurul Atika selaku moderator telah mengajukan beberapa soalan

kepada setiap ahli panel secara berasingan dan ketiga-tiga ahli panel memberikan

pandangan terhadap soalan yang diberikan. Antara isu-isu yang dikemukakan ialah

guru bukan sahaja mengajar tetapi dibebankan lagi dengan tugas-tugas perkeranian

seperti hal pengurusan dalaman yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah yang

pada asalnya diluar bidang tugas seseorang guru.

Daripada forum tersebut, saya menyimpulkan bahawa guru harus membuat

persiapan untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan. Persiapan

ini termasuklah aspek fizikal, mental, emosi dan rohani. Saya harus sedar bahawa

sebarang kerja yang diamanahkan kepada kita bukanlah satu beban semata-mata

malah ianya membawa pengalaman dan kemahiran secara tidak langsung kepada

diri kita. Maka, saya sebagai bakal guru tidak wajar untuk merungut apabila

ELVE EUZILA YAN DULIANPISMP SAINS JAN 2011

Page 5: Rumusan big

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

menghadapi tugasan sebaliknya menyelesaikan sebarang kerja yang diamanahkan

dengan sebaiknya.

Profesion perguruan merupakan profesion yang utama dalam Negara kita

yang kian membangun dan adalah wajarnya para guru untuk menghayati karier

mereka dan sentiasa berusaha untuk memartabatkan maruah bangsa demi Negara

yang tercinta ini dan demi membangunkan dan melahirkan anak bangsa yang

berkualiti pada masa hadapan. Para guru haruslah bersedia untuk menanggung

sebarang tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dan tidak merungut

dalam melaksanakan kerja itu kerana seorang guru haruslah sedar bahawa dirinya

adalah penggerak dan agen perubahan kepada masyarakat.

Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3, Siri 1

Bina Insan Guru siri 3 fasa 1 – khidmat masyarakat, yang diadakan pada

tarikh 20 April 2012 bertempat di Tasik Sulaman, Tenghilan, Tuaran diadakan atas

kerjasama Jabatan Sains dan Matematik atas kelolaan PISMP Sains Ambilan

Januari 2011 dengan pihak Kota Kinabalu Wetland centre bertemakan ‘Satu Pelatih,

satu bakau’. Aktiviti ini bukan sahaja disertai oleh pelajar PISMP Sains namun, turut

dibuka penyertaan kepada kelas-kelas lain yang berminat. Jumlah keseluruhan

peserta lebih kurang 40 orang dan diiringi oleh ketua jabatan, En. Haslan bin Manja

dan mentor PISMP Sains iaitu Mr. Tan Cho Chiew. Ini merupakan kali kedua kami

mengikuti aktiviti penanaman bakau di kawasan yang sama dengan pihak KK

Wetland.

Aktiviti kemasyarakatan ini bertujuan untuk memupuk kesediaan berbakti

secara sukarela kepada komuniti, memupuk kerjasama dan kerja sepasukan serta

membina hubungan sosial dengan masyarakat atau komuniti setempat. Selain

daripada itu, guru pelatih juga akan lebih peka terhadap kepentingan hutan paya

bakau dalam memastikan kestabilan ekosistem. Melalui program ini, banyak perkara

yang telah saya pelajari. Sebagai contoh, saya sebagai setiausaha program, telah

mempelajari tentang cara-cara membuat kertas kerja dan bagaimana berurusan

dengan pihak KK Wetland. Secara tidak langsung saya belajar bagaimana caranya

berkomunikasi dengan pihak luar. Ini melatih saya mengawal rasa gugup dan peka

dalam menyusun ayat agar pihak yang satu lagi memahami apa yang cuba saya

sampaikan agar tujuan yang diingini terlaksana.

ELVE EUZILA YAN DULIANPISMP SAINS JAN 2011

Page 6: Rumusan big

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

Selain daripada itu, aktiivti ini juga mengajar saya tentang kepentingan pokok

bakau dalam memelihara keseimbangan ekosistem persekitaran. Mungkin dari segi

luaran, pokok bakau mempunyai ciri-ciri yang kurang menarik. Namun dari segi

kepentingannya, ia memainkan peranan yang sangat besar terutamanya dalam

mengelakkan daripada ombak besar seperti tsunami dan hakisan pinggir pantai,

selain menjadi habitat kepada pelbagai jenis hidupan seperti udang, ketam, burung

raja udang dan sebagainya.

Jika diberi peluang untuk melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti seperti ini,

saya akan cuba memberikan sumbangan yang terbaik boleh saya berikan untuk

menjayakannya. Saya berharap aktiviti yang berfaedah seperti ini dapat diperbanyak

dan diperluas infromasinya kepada para pelatih guru agar dapat melibatkan diri

dalam aktiviti-aktiviti seperti ini, selain daripada memastikan masa lapang dapat

diluangkan dengan perkara yang bermanfaat.

Gambar :

Peserta bergambar sebagai kenangan menanam BIG

Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3, Siri 2

Pada 4 Mei 2012, kami telah menjalankan BIG Fasa 3, siri yang kedua iaitu

Bengkel Etika Sosial dan Protokol bertempat di Dewan Hone, Ip Kent. Ceramah

bertajuk “ Etika Sosial” telah disampaikan oleh Encik Roger Merdika Ombulun iaitu

Pegawai Pengurusan Pelajar di Jabatan Hal Ehwal Pelajar manakala slot ceramah

ELVE EUZILA YAN DULIANPISMP SAINS JAN 2011

Page 7: Rumusan big

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

sesi kedua yang bertajuk “ Protokol” disampaikan oleh Datu Raiman bin Datu

Kauman.

Melalui ceramah ini, saya mempelajari mengenai etika berpakaian yang

sesuai bagi guru. Hal ini kerana, guru juga akan dinilai daripada segi berpakaian

dan penampilan yang kurang sesuai atau tidak kemas akan memberikan tanggapan

yang kurang baik terhadap seseorang individu itu. Selain itu, saya menyedari

bahawa guru sebagai model perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada murid

daripada segi amalan berpakaian yang baik.

Daripada ceramah protokol yang disampaikan oleh Datu Raiman, saya

mendapat pendedahan mengenai susunan tetamu kehormat dalam sesuatu majlis

dan kata – kata sapaan yang sesuai untuk tetamu tersebut. Melalui ceramah ini saya

mendapat pengetahuan akan protokol sesuatu majlis kerana kita akan terdedah

kepada penganjuran majlis – majlis rasmi di sekolah seperti Hari Kecemerlangan

dan sebagainya. Jikalau seseorang guru itu tidak mengetahui akan aspek – aspek

seumpama ini maka program atau majlis yang dijalankan tidak akan berjalan dengan

lancar. Pengetahuan yang saya perolehi daripada ceramah ini amat membantu saya

sebagai persediaan untuk ke alam kerjaya kelak daripada segi etika berpakaian dan

protokol.

Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4, Siri 1

Program Bina Insan Guru Fasa 4 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent bagi

guru-guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 telah diadakan pada 11 hingga 13

September 2012 berpusat di SK Mantob, Tuaran. Di dalam program BIG ini telah

diadakan kembara sosial dan khidmat masyarakat. BIG kali ini merupakan program

yang sangat berbeza dengan program sebelum ini, di mana kami diberikan keluarga

angkat di dalam kumpulan masing-masing.

Saya telah mendapat keluarga Puan Ruminah sebagai keluarga angkat saya.

Di dalam program anak angkat ini, sebuah keluarga angkat menerima sekumpulan

anak angkat seramai 5 hingga 6 orang. Kumpulan saya terdiri daripada saya sendiri

(Sains), Timothy Goliwot (Pengajian Sosial), Wan Nur Aqilah bt Wan Abdul Rahman

(Bahasa Melayu), Nur Syamimi (Pengajian Agama Islam), dan Muaz Mudrikah

ELVE EUZILA YAN DULIANPISMP SAINS JAN 2011

Page 8: Rumusan big

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

(Pendidikan Jasmani). Kami berpeluang untuk membantu melakukan kerja-kerja

rutin harian keluarga angkat kami dari pagi hingga ke petang.

Gambar :Membantu keluarga angkat berkebun Gambar : Menyediakan makanan tengahari

Banyak pengalaman baru yang saya perolehi semasa aktiviti bersama

keluarga angkat. Namun yang paling utama ialah saya telah belajar bagaimana

untuk berkomunikasi dengan cara yang baik dengan orang yang lebih tua.

Pengalaman ini mengajar saya untuk beramah dengan orang yang pertama kali

ditemui. Di sini juga saya sedar akan pentingnya nilai menghormati orang lain

terutama orang yang lebih tua dalam pergaulan masyarakat yang lebig besar.

Pada malam terakhir perkhemahan, kami telah mengadakan sesi refleksi

bersama-sama dengan tutor masing-masing. Semua orang rasa bersemangat untuk

mengongsikan pengalaman masing-masing kerana mendapat pengalaman baru

semasa bersama-sama dengan keluarga angkat. Saya dapat menyimpulkan bahawa

perkongsian pengalaman ini membuatkan hubungan kami dalam unit sains ini

nampak semakin rapat setelah bersama-sama selama 7 semester. Semua orang

mampu berkongsi perasaan dan rakan-rakan yang lain memberikan respon yang

positif apabila seorang rakan memberikan perkongsian. Saya berharap melalui

aktiviti ini hubungan kami sebagai rakan sekelas akan mampu dieratkan agar dapat

berjuang bersama-sama menjadi insan pendidik yang berkualiti.

Pada hari terakhir perkhemahan, kami telah menjalankan aktiviti khidmat

masyarakat di SK Mantob. Aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti menceriakan

kawasan sekolah. Sebenarnya sekolah ini memang ceria sedia kala, oleh itu kami

ELVE EUZILA YAN DULIANPISMP SAINS JAN 2011

Page 9: Rumusan big

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

hanya menjalankan aktiviti mengecat semula mural dan hiasan yang telah pudar.

Terdapat juga pelatih yang ditugaskan untuk menceriakan papan kenyataan di

dalam kelas. Bagi kumpulan kami (pelatih perempuan unit sains) pula, kami

ditugaskan untuk menceriakan papan kenyataan bagi sudut sains di kelas tahun 3.

Walaupun tidak mempunyai banyak bahan untuk menhias sudut sains namun kami

telah berusaha untuk menceriakannya. Kami telah membuat kolah daripada bahan-

bahan semulajadi seperti daun-daun dan ranting kering untuk menunjukkan

bahagian-bahagian utama pokok. Di samping itu , kami juga telah memaparkan nota

ringkas mengenai tajuk magnet dan litar elektrik. Guru sains kelas tahun 3 itu

memuji usaha kami untuk menceriakan kelas tersebut.

Gambar : Aktivti khidmat masyarakat-menghias sudut sains

Program BIG ini sangat memberi banyak makna kepada saya sebagai guru

pelatih kerana berpeluang untuk bergaul dengan masyarakat luar terutama

masyarakat di SK Mantob yang banyak memberi teladan dalam menguruskan

sekolah kurang murid yang terletak di pedalaman.

Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5, Siri 1

Program Bina Insan Guru Siri 5 Fasa 1 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

bagi guru-guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 telah diadakan pada 2hb Mei

2013 bersamaan hari Khamis bertempat di SMK Datu Peter Mojuntin. Lawatan ini

merupakan lawatan penanda aras yang melibatkan tiga unit PISMP Ambilan Januari

2011 Semester 5 iaitu Sains, Bahasa Melayu, dan Pengajian Sosial. Lawatan ini

merupakan lawatan 2 dalam satu kerana lawatan ini juga merupakan lawatan ilmiah

bagi subjek PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Sukan dan Permainan.

ELVE EUZILA YAN DULIANPISMP SAINS JAN 2011

Page 10: Rumusan big

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

Gambar : Ucapan alu- aluan pengetua sekolah, Pn. Nurani Fauziah Derin

Gambar 2: En. Medi Marau menyampaikan taklimat

ELVE EUZILA YAN DULIANPISMP SAINS JAN 2011

Page 11: Rumusan big

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

Gambar : Gambar kenangan lawatan di mini stadium, SMK Datu Peter Mojuntin.

Secara keseluruhannya lawatan ilmiah ini telah banyak membuka minda saya

dan menambah pengetahuan mengenai sistem pengurusan dan pentadbiran

sesebuah sekolah dijalankan bermula daripada pemilihan atlet, program

pembangunan yang dijalankan dan sehinggalah kepada hal pemberian elaun

kepada jurulatih. Diharap lawatan pada masa akan datang akan dapat memperbaiki

kelemahan-kelemahan yang ada. Semoga semua ilmu yang diperoleh mampu

dipraktikan dalam diri para guru pelatih dalam menjalankan tanggunggjawab sebagai

pendidik pada masa akan datang.

Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5, Siri 2

Program Bina Insan Guru Siri Ke-5 bagi Fasa yang ke-2 mengkehendaki

pelajar semester 5 menjalani satu program yang dikenali sebagai Bengkel Tokoh

Pendidik. Bengkel ini telah dijalankan pada hari Jumaat (10 Mei 2013) di Dewan

Hone IPG Kampus Kent Tuaran bermula dari 7.30 pagi sehingga pukul 11.30 pagi.

Tokoh pendidik yang dijemput untuk menyampaikan sesi ialah Tuan Haji Ibrahim bin

Ismail, mantan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Gaya yang juga telah

menyandang jawatan Pensyarah Kanan DG 52.

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang telah saya lalui sepanjang

bengkel, antara kekuatan bengkel tersebut ialah penceramah yang dipilih amat

ELVE EUZILA YAN DULIANPISMP SAINS JAN 2011

Page 12: Rumusan big

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

berpengalaman dan sangat memahami ciri-ciri guru berkualiti yang diperlukan oleh

dunia pendidikan di Malaysia pada masa kini. Beliau telah dapat memberikan input

yang sangat berguna kepada guru pelatih dan ceramah yang disampaikan adalah

sangan memberi motivasi kepada kami.

Kelemahan yang kelihatan adalah sesi bergambar yang mengambil masa

kerana setiap unit perlu bergilir mengambil tempat untuk bergambar bersama tetamu

kehormat dan tetamu terpaksa menunggu lama sehingga sesi bergambar selesai.

Cadangan penambahbaikan ialah sesi bergambar sepatutnya dijalankan di tempat

yang lebih mudah menyusun kedudukan pelatih bergambar seperti di tangga depan

dewan Hone.

Kesimpulannya, bengkel ini sangat berguna kepada para guru pelatih untuk

menambah pengetahuan nilai keguruan daripada tokoh pendidik yang sangat

berpengalaman seperti penceramah yang dijemput. Diharap agar teladan-teladan

yang diberikan oleh penceramah boleh diamalkan oleh para guru pelatih untuk

menjadi seorang pendidik yang amanah dan berkualiti.

Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6, Siri 1

Program Bina Insan Guru (BIG) fasa enam untuk siri pertama unit PISMP

Sains Januri 2011 telah diisi dengan aktiviti lawatan ‘bench marking’ . Lawatan ini

bertempat di Institut Biologi Tropika Pemuliharaan (IBTP), Universiti Malaysia Sabah

(UMS) pada 7 Oktober 2013. Lawatan ini adalah lawatan dua dalam satu yang mana

menggabungkan program BIG dan aktiviti kursus SCE 3112 Pengurusan Makmal

Sains dan Sumber. Program ini disertai oleh seramai 17 orang pelajar unit PISMP

Sains Januari 2011 dan 3 orang guru iaitu Pn. Ainon bt Hadim, tutor unit PISMP

Sains Januari 2011 serta Pn Low Kee Sun dan En. Tan Cho Chiew, pensyarah

kursus SCE 3112 Pengurusan Makmal Sains dan Sumber.

Pengalaman yang sangat berharga yang saya perolehi di dalam BIG kali ini

ialah kami berpeluang untuk melihat bagaimana sebuah institusi yang besar

menjalankan pengawetan spesimen sama ada spesimen basah mahupun kering.

Ilmu pengawetan ini amat berguna bagi kami sebagai bakal guru sains kelak. Kami

amat beruntung kerana telah diberi tunjuk ajar oleh pegawai sains yang amat

berpengalaman dan berpengetahuan yang luas dalam bidang pengawetan. Selain

ELVE EUZILA YAN DULIANPISMP SAINS JAN 2011

Page 13: Rumusan big

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

itu kami berpeluang melihat pengurusan pelbagai koleksi spesimen yang telah

diawet.

Gambar 2: Kumpulan kami yang terdiri daripada Pui Chaw Min, Nur Farhana binti Sairin, Nur Izyan

Shafinaz binti Aznan, dan saya sendiri sedang mengawet kelawar dibantu oleh pegawai yang bertugas.

Kesimpulan bagi lawatan ‘benchmarking’ ini ialah saya secara peribadi dapat

meluaskan lagi pedagogi pengetahuan isi kandungan bagi subjek sains. Ilmu yang

diperolehi ini sangat membantu saya dalam proses membina peribadi insan guru

yang diharapkan dalam profesion keguruan.

Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6, Siri 2

Pada 22 Oktober 2013, kami telah menjalankan BIG Fasa 6 bagi siri yang

kedua iaitu Bengkel Penulisan Reflektif yang telah disampaikan oleh En. Amidy

Malagob, pensyarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Bengkel ini telah dihadiri oleh

semua unit semester 6 PISMP Ambilan 2011 yang terdiri daripada unit Sains,

Pengajian Agama Islam, TESL, Bahasa Melayu, Pengajian Sosial, dan Pendidikan

Jasmani.

Secara keseluruhan, saya telah mendapat input yang banyak melalui bengkel

penulisan reflektif ini. Penulisan reflektif sangat penting bagi menjadikan sebarang

aktiviti atau program yang dijalankan adalah bermakna. Refleksi yang disediakan

untuk sebarang aktiviti yang dilakukan menjadi dokumen rujukan pada masa akan

datang bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan aktiviti tersebut. Selain daripada

ELVE EUZILA YAN DULIANPISMP SAINS JAN 2011

Page 14: Rumusan big

WAJ 3114-BINA INSAN GURU

itu, cadangan penambahbaikan yang disediakan untuk aktiviti yang terlibat juga

dapat menjadi rujukan agar masalah yang dihadapi pada penganjuran aktiviti masa

lalu dapat dikenal pasti dan dapat diatasi agar dapat membantu melancarkan aktiviti

seumpamanya pada masa akan datang.

Kesimpulannya, aktiviti BIG ini amat penting untuk membentuk jati diri guru

dalam diri setiap guru pelatih. Ini seterusnya dapat melahirkan guru yang kompeten

dalam profesion keguruan yang semakin mencabar seiring dengan peredaran

zaman moden masa kini.

ELVE EUZILA YAN DULIANPISMP SAINS JAN 2011