first big contents

Upload: jeish-war

Post on 15-Jul-2015

122 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pro Forma Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian ( Bina Insan Guru )

Nama Kursus

Bina Insan Guru ( BIG ) Fasa 1 (Teachers Human Build-Up - Phase1)

Kod Kursus Kredit Jam Kontak Bahasa Pengantar Prasyarat Semester Hasil Pembelajaran

WAJ3114

45 Jam Bahasa Melayu Tiada Satu 1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan 2. Menunjukkan kecaknaan kepada komuniti. terhadap kepentingan perkhidmatan

3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. 4. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. 5. Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. 6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

Sinopsis

Kursus ini merupakan suatu program perkhemahan selama empat hari tiga malam.Tumpuan akan diberi terhadap aktiviti mendirikan dan menguruskan perkhemahan, Malaysia cergas dan patriotik, latihan dalam kumpulan, kembara dan orienteering, aktiviti di air, tazkirah/aktiviti

moral, persembahan kumpulan dan refleksi.

This course is a four days camping programme. It focuses on putting up a camp, managing camps, training in groups, exploration and orienteering, water activities, moral activities, groupwork and reflection. TAJUK KANDUNGAN JAM

1.

Perkhemahan I Aktiviti: 1. Mendirikan dan menguruskan perkhemahan. Perancangan, pemilihan tapak, pembahagian tugas Pembinaan khemah, penyediaan dan penyajian makanan Pembubaran khemah

Perlu mengambil kira domain kandungan kurikulum kursus di bawah sepanjang pelaksanaan.

Perkhemahan 4 hari 3 malam (45 Jam)

Berjiwa merdeka dan perkasa Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan. Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesakan masalah Membina kemahiran mengurus perubahan

1. Malaysia cergas dan patriotik. Nyanyian patriotik Menaikkan bendera Kawad kaki Senamrobik / aktiviti kalistenik

Kerohanian dan akhlak keguruan Mengenali dan menilai potensi diri insan guru Potensi kendiri Personaliti kerjaya Citra diri insan guru

1. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Ice Breaking Personaliti Guru dan Konflik Personaliti Realiti persekitaran Realiti diri dan motivasi keguruan

Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan.

Berilmu, beramal dan berbakti Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab. Menghayati konsep kerja sebagai

Perubahan sikap Pembinaan selfesteem

ibadah.

Berakauntabiliti dan amanah Berakauntabiliti kepada profesion keguruan Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran berkenaan.

1. Kembara dan Orienteering Berjalan merentas rimba Berjalan lasak Aktiviti penghayatan alam Penggunaan kompas dan peta lakaran Penyelesaian masalah

Berdaya tahan yang tinggi Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani dan sosial.

1. Aktiviti di air Keselamatan di air Apungan Kemahiran asas renang Kemahiran asas menyelamat Kemahiran berkayak

Kreatif dan inovatif Membina kemahiran berfikir aras tinggi dan berupaya menjana pemikiran baru. Membuat refleksi secara kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan.

1. Tazkirah / aktiviti moral 2. Persembahan kumpulan 3. Refleksi Refleksi aktiviti Refleksi umum Penulisan refleksi

Jumlah

45

Pentaksiran dan Penilaian

100% berdasarkan kerja kursus

Rujukan Asas

Abdul Rahman Bin Ahmad (1992). Bimbingan dan Kaunseling dari perspektif Islam. Human Resource Enterprise: Sri Kembangan, Selangor.

Bahagian Pendidikan Guru (2000). Etika Pelajar Pendidikan Guru.Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur.

Hisham Altalib (1994). Panduan Latihan Bagi Gerakan Islam.Media

Dakwah: Jakarta.

Holland, J.L, (1973). Making vocational choices. New Jersey: Printice Hall, Inc.

West Edie (1994). 201 icebreakers: New York:McGraw Hill.

Steven, J. Stein (2001). The EQ edge. Canada: Multi-Health Systems Inc.

Rujukan Tambahan

Mohd. Nashuha Jamidin dan rakan-rakan (1996). Kemahiran berfikirdanbelajar. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd: Shah Alam Mohd Taib Haji Hassan, Dato Haji (1993). Panduan seorangIslam. Percetakan Watan: Kuala Lumpur. hidup

Mustapha Haji Daud (1995). Budi bahasa dalam tamadun Islam.Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Mustafa Haji Daud (1994). Pengurusan Islam. Utusan Publications: Kuala Lumpur.

Rashid Haji Mohamad (2000). Bimbingan dan Kaunseling. Pearson Education Malaysia Sdn.Bhd: Petaling jaya.

Spart-Langer, Simmon dan Pasch (1992).Reflective Pedagogical Thinking : How can we promote and measure it? Journal of Teacher Education.

1) PROSES PRA PERANCANGAN

1.1 LATAR BELAKANG BIG

Sukatan Pelajaran Bina Insan Guru menekankan kepada unsur- unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses Pembinaan

Insan Guru yang berpandukan kepada Prinsip Rukun Negara. Pembinaan Insan Guru adalah asas pembentukan masyarakat dan memainkan peranan penting dalam pembentukan negara dan bangsa. Program Bina Insan Guru (BIG) bertemakan tiga aspek iaitu konsep dan ciri-ciri, peranan dan tanggungjawab guru. Program ini diwajibkan kepada semua pelajar Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 1 ambilan Januari 2012. Aktiviti ini dijalankan selama 4 hari 3 malam dalam bentuk pakej perkhemahan. Aktiviti program BIG melibatkan beberapa aspek tertentu yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Aktiviti program BIG adalah seperti perkhemahan, berkayak, kembara, aktiviti air, latihan dalam kumpulan dan slot moral. Program BIG dijalankan untuk melahirkan guru yang berestetika, hidup sihat, penyayang, mempunyai sifat kepimpinan, berakhlak mulia serta berilmu. Program ini membolehkan seorang guru mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan boleh mengharungi perubahan era globalisasi yang kian mencabar. Program ini juga membolehkan seorang guru pelatih mengenali identiti diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh ke arah pembangunan diri.

1.2)LATAR BELAKANG PESERTA

1.3) MAKLUMAT PESERTA

NAMA: KAMINI A/P GUNASAGARAM NO.KAD PENGENALAN:(911019-08-5786) Unit /kursus : PISMP 1 (BT/PJ/) Ambilan :jan 2012 Tarikh LAHIR: 19/OKTOBER/ 1991 Alamat tetap : 66,PERSIARAN JELAPANG 19.B, TAMAN SRI WANI 30100 IPOH , PERAK DARUL RIDZUAN. Bangsa : India Agama : Hindu No Telefon: 016-4402484 E-MAIL: [email protected]

1.4) DEMOGRAFI PESERTA

Unit PISMP SEM 1 UNIT SAINS PISMP SEM 1 UNIT BAHASA TAMIL 20 orang 26 orang

Jumlah Peserta Keseluruhan

46 orang

Jantina LELAKI PEREMPUAN Jumlah Peserta Keseluruhan 15 orang 31 orang 46 orang

Keturunan MELAYU CINA INDIA BUMIPUTERA Jumlah Peserta Keseluruhan 8 orang 8 orang 28 orang 2 orang 46 orang

1.5) PERSEKITARAN PROGRAM BIG

1.6) KEMUDAHAN FIZIKAL

2.0) HALA TUJU PROGRAM BIG (MATLAMAT)

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukunegara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insane guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah Pembina generasi Negara. Program BIG akan bermula dengan perkhemahan 1 (4 hari 3 malam) yang akan dilaksanakan pada awal semester pertama. Aktiviti ini memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang cirri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul mencukupi enam domin utama kandungan kurikulum BIG.

2.1) OBJEKTIF BIG

2.2)LOGO KUMPULAN

Lambang 1. Burung Burung cenderawasih (lihat pada lampiran A) ini, mempunyai ciri-ciri keunikan tersendiri seperti terkenal dengan bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan, memiliki jambul yang menyerlah, dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan dan sebagainya. Ciri-ciri keunikan ini menunjukkan identiti kumpulan 5.

Warna 1) Biru Warna biru tulisan cenderawasih (nama kumpulan) yang tertera pada gambar burung cenderawasih membawa maksud kesatuan ataupun perpaduan di antara ahli kumpulan. Kebersamaan dalam kumpulan akan menonjolkan kekuatan sesuatu kumpulan dan segala permasalahan akan dapat diselesaikan dengan mudah. Inilah pentingnya perpaduan sesama ahli. 2) Merah

Warna merah burung Cenderawasih (ikon kumpulan) bererti kumpulan ini mempunyai keberanian di samping ciri-ciri keunikan yang ditunjukkan. Keberanian yang unggul serta keunikan atau kelainan yang ditonjolkan ialah ciri kumpulan lima. Apabila sesuatu kelainan yang ditunjukkan di khalayak ramai pasti kita akan mudah dikenali bahkan memudahkan kita dan masyarakat berinteraksi atau berkomunikasi.

Motto Peneraju negara Sebagai seorang bakal guru, dan suatu hari nanti pasti akan menajdi seorang guru perlu sedar akan tanggungjawab yang digalas iaitu mendidik anak bangsa supaya mereka menjadi warganegara yang cemerlang dalam semua aspek. Ini menunjukkan sebagai seorang bakal guru bertindak sebagai seorang peneraju negara dan aset negara yang berharga untuk mendidik generasi yang memegang tampok pemerintahan negara.

2.3)PENGERTIA N KUMPULAN (LOGO)

Lambang 1. Burung Burung cenderawasih (lihat pada lampiran A) ini, mempunyai ciri-ciri keunikan tersendiri seperti terkenal dengan bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan, memiliki jambul yang menyerlah, dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan dan sebagainya. Ciri-ciri keunikan ini menunjukkan identiti kumpulan 5.

Warna 1) Biru Warna biru tulisan cenderawasih (nama kumpulan) yang tertera pada gambar burung cenderawasih membawa maksud kesatuan ataupun perpaduan di antara ahli kumpulan. Kebersamaan dalam kumpulan akan menonjolkan kekuatan sesuatu kumpulan dan segala permasalahan akan dapat diselesaikan dengan mudah. Inilah pentingnya perpaduan sesama ahli. 2) Merah Warna merah burung Cenderawasih (ikon kumpulan) bererti kumpulan ini mempunyai keberanian di samping ciri-ciri keunikan yang ditunjukkan. Keberanian yang unggul serta keunikan atau kelainan yang ditonjolkan ialah ciri kumpulan lima. Apabila sesuatu kelainan yang ditunjukkan di khalayak ramai pasti kita akan mudah dikenali bahkan memudahkan kita dan masyarakat berinteraksi atau berkomunikasi.

Motto Peneraju negara Sebagai seorang bakal guru, dan suatu hari nanti pasti akan menajdi seorang guru perlu sedar akan tanggungjawab yang digalas iaitu mendidik anak bangsa supaya mereka menjadi warganegara yang cemerlang dalam semua aspek. Ini menunjukkan sebagai seorang bakal guru bertindak sebagai seorang peneraju negara dan aset negara yang berharga untuk mendidik generasi yang memegang tampok pemerintahan negara.

2.3.1 NAMA KUMPULAN

Kumpulan 5 Nama: Cenderawasih

2.3.2 MOTTO KUMPULAN

Peneraju Negara

2.3.3 SLOGAN KUMPULAN

Cenderawasih, triumph over the sky.

2.3.4 AHLI KUMPULAN:

1. Chan Tung Tung 2. Kamini a/p Gunasagaram 3. Merry Lu Lee Ai 4. Shutha a/p Avadiyan 5. Syakir Maarif Bin Mastor

6. Tan Hui Er 7. Visaladchi a/p Murusasan

2.4)LAGU KUMPULAN

2.5) SLOGAN DAN MOTO KUMPULAN

NAMA KUMPULAN

Kumpulan 5 Nama: Cenderawasih

MOTTO KUMPULAN

Peneraju Negara

SLOGAN KUMPULAN

Cenderawasih, triumph over the sky.

Motto Peneraju negara Sebagai seorang bakal guru, dan suatu hari nanti pasti akan menajdi seorang guru perlu sedar akan tanggungjawab yang digalas iaitu mendidik anak bangsa supaya mereka menjadi warganegara yang cemerlang dalam semua aspek. Ini menunjukkan sebagai seorang bakal guru bertindak sebagai seorang peneraju negara dan aset negara yang berharga untuk mendidik generasi yang memegang tampok pemerintahan negara.

3.0) LAPORAN REFLEKSI

3.1)LAPORAN SEPANJANG PROGRAM BIG

30.1.2012 (ISNIN) Unit Sains dan Unit Bahasa Tamil PISMP SEM 1 telah bersama-sama menyertai program BIG di Stesyen Penyelidikan Sains Marin 2, UPM pada 30 Januari 2012 hingga 2 Februari 2012. Perkhemahan BIG ini disertai oleh 46 pelajar dan dibimbing oleh 4 guru penasihat iaitu Tn. Hj Rasid bin Abd. Samad, Pn. Hamidah binti Ismaun, En. Ahmad Ridzuan bin Basri dan Pn. Malathy a/p Nadarajah. Unit Sains terdiri daripada 20 orang pelajar, manakala Unit Bahasa Tamil terdiri daripada 26 orang pelajar. Pada hari tersebut, guru pelatih berkumpul di garaj pada pukul 7 pagi. Semasa Encik Rahim telah sampai, kami mula berkawad ,berlari dan berkumpul di tapak perhimpunan. Selepas perhimpunan ditamatkan, kami mula melaporkan diri kembali dan satu taklimat ringkas diadakan oleh En Rahim. Kemudian, kami dibahagikan kepada 6 kumpulan. Selepas itu, AJK Peralatan mula menyediakan semua peralatan yang diperlukan dan dibawa ke bas. Kami mula bergerak ke Port Dickson pada pukul 9.00am dengan menaiki bas IPG Kampus Raja Melewar dan tiba di sana pada pukul 10.30am. Apabila tiba di tapak perkhemahan, kami bekerjasama untuk menurunkan semua peralatan yang ada dalam bas kampus. Selepas itu, kami berkumpul di tapak perkhemahan dan satu taklimat kawasan perkhemahan telah disampaikan. Selepas taklimat itu, kami mula membersihkan tapak perkhemahan dan juga kawasan persekitaran mengikut kumpulan masing-masing. Selepas siap dibersihkan, kami mendirikan khemah di tapak perkhemahan. Setelah khemah selesai didirikan, kami makan tengah hari yang telah disediakan oleh AJK Makanan. Pada pukul 2.30pm, penghulu program BIG siri kedua, Siti Aisah binti Ruzelan, dari unit Sains memberi taklimat kepada semua peserta di tapak perkhemahan. Satu lagi

taklimat ringkas juga disampaikan oleh En Samuel selepas makan tengah hari. Beliau mengingatkan kami supaya menjaga kebersihan tapak perkhemahan. Pada pukul 5.00 petang, aktiviti air diadakan di Pusat Penyelidikan Sains Marin 1, UPM. Sebelum itu, taklimat keselamatan diri dan kayak disampaikan oleh Encik Samsudin B.Ahmad. diri semasa Beliau telah mengajar Bahagian guru anatomi pelatih kayak teknik juga menyelamatkan kecemasan.

diperkenalkan supaya guru pelatih lebih memahami tentang teknik berkayak. Kami juga diajar dengan 5 teknik berkayak iaitu bergerak ke kiri, bergerak ke kanan, ke belakang, depan dan berhenti. Kemudian, aktiviti mengapungkan diri di atas air dijalankan. Pada pukul 6.30 petang, kami pulang dari pantai dan para peserta bermula membersihkan diri. Bagi guru pelatih muslim, mereka mula bersolat. Manakala bagi guru pelatih bukan muslim, kami wajib menghadiri Moral Talk yang disampaikan oleh En Samuel Yesuiah JS Moses. Kami berkongsi pengalaman masing-masing dalam aktiviti ini. Tepat jam 9.00 malam, kami bersedia untuk makan malam. Selepas makan malam, latihan LDK diadakan (Ice Breaking). Hari ini merupakan hari pertama kami melibatkan diri dalam aktiviti latihan dalam kumpulan atau dikenali sebagai LDK. Pada hari ini, kami telah menjalankan aktiviti suai kenal ataupun dikenali sebagai ice-breaking di antara peserta dengan peserta .Pensyarah pembimbing yang mengendalikan latihan dalam kumpulan (LDK) pada hari ini ialah En. Ahmad Ridzuan bin Basri. Pada pukul 9.00 malam aktiviti ini dimulakan. Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk permainan . Guru pelatih mengambil peluang untuk berkenal antara satu sama lain. Permainan yang menarik juga dijalankan semasa latihan LDK. Semua guru pelatih nampak seronoknya. Latihan LDK ditamatkan pada pukul 11.00pm. Pertamanya, En. Ahmad Ridzuan bin Basri telah mengeluarkan arahan supaya semua peserta berdiri dalam barisan kumpulan masing-masing. Seterusnya, En. Ahmad Ridzuan bin Basri telah mengeluarkan arahan supaya mencari peserta yang sama bulan lahir, dan juga sama negeri. Seterusnya, kami bermain 2 buah permainan kecil yang sangat menyeronokkan. Dari aktiviti suai kenal kami dapat berpeluang untuk mengenali diri seseorang dengan lebih mendalam serta dapat bergaul dengan lebih mesra. Selain itu, aktiviti

ini juga memberikan sebanyak ilmu pengetahuan kepada diri kami tentang cara untuk mengendalikan aktiviti suai kenal atau dikenali sebagai ice-breaking dengan menggunakan cara permainan secara sistematik dan teratur yang dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut semasa berkhidmat sebagai seorang guru pada masa akan datang.

Selepas sesi suai kenal tamat, Encik Rahim telah menghadiri ke tapak aktiviti. Ketibaan Encik Rahim disambut mesra oleh guru pelatih. Kami disuruh untuk menyanyi lagu Guru Malaysia. Malangnya, kebanyakkan guru pelatih tidak tahu menyanyi lagu Guru Malaysia. Akhirnya semua dimarah oleh Encik Rahim. Beliau juga memberi amaran untuk membersihkan tapak perkhemahan dan tampalkan jadual jaga malam serta memasak di papan pernyataan supaya dapat dilihat dengan mudah. Tema malam kebudayaan diberitahu, iaitu epik dan hikayat klasik. Kami juga perlu mencipta lagu identiti kumpulan. Pada pukul 11.30 malam, makan malam diadakan. Semua peserta sambil makan membuat perbincangan tentang malam kebudayaan dalam kumpulan masingmasing. Sebelum tidur, AJK Peralatan, Khairul Amin bin Mohamad Sham, memberi taklimat kepada guru pelatih supaya berhati-hati semasa mengguna semua peralatan yang dibawa. Tepat jam 12.00 am, peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan perkhemahan dan perlu tidur di dalam khemah masing-masing. Tugas jaga malam dimulakan.

31.1.2012 (SELASA)

Pada hari Selasa iaitu 31 Januari 2012, kami dikehendaki mengikuti aktiviti air iaitu berkayak di laut Port Dikson. Aktiviti kayak merupakan aktiviti yang paling disukai oleh diri saya kerana dapat berpeluang untuk mengutip sebanyak pengetahuan dan pengalaman yang tidak terhingga. Sebelum mengambil sarapan pagi, kami telah membuat senaman pagi pada pukul 7 pagi. Senaman pagi dikendalikan oleh pelajar dan turut disertai oleh Puan Malathy. Selepas itu, kami berkumpul di tempat perhimpunan. Pada pukul 8.00 pagi kami berjalan kaki ke Pusat Marin Sains 1 (UPM) untuk membuat aktiviti kayak. Kami dikehendaki memakai kasut air. Kami berjalan kaki sejauh 2 kilometer sambil membawa jaket keselamatan dan juda pedal untuk tiba ke destinasi berkenaan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Aktiviti kayak dimulakan dengan keterangan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing tentang cara menggunakan kayak dengan betul dan keselamatan semasa berada di laut. Pensyarah yang membimbing kami semasa membuat aktiviti berkayak pada hari ini ialah Encik Razak B. Sulong dan Encik Awang Abdullah Bin Yaakob. Seterusnya, pensyarah kami telah membahagikan tugas kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlu mengambil bot ke tepi pantai. Kami telah mengambil semua jaket keselamatan dan meletakkan di tepi laut secara teratur dan kemas. Selepas itu, pensyarah kami telah menyuruh setiap orang berbaris dan membahagikan setiap peserta kepada dua pasangan. Pasangan saya ialah Izzat dari unit Sains . Izzat merupakan salah satu ahli kumpulan saya . Saya juga berasa lebih gembira berkayak dengannya. Sebelum memulakan aktiviti berkayak pensyarah kami telah memberikan sedikit taklimat tentang cara-cara untuk berkayak

dengan

menggunakan

teknik

yang

betul,

mengawal

boat,

cara

untuk

menggunakan pedal semasa berkayak, menerangkan bahagian-bahagian dalam boat dan menerangkan isyarat-isyarat yang harus digunakan semasa berkayak di laut. Selepas memberi taklimat, saya mendapat gambaran yang menyeluruh tentang semua aspek yang terkandung dalam aktiviti kayak. Saya juga mendapat pengetahuan baru tentang bahagian-bahagian yang terkandung dalam boat secara lebih terperinci. Antarannya, bahagian-bahagian yang terkandung dalam boat ialah seat yang merupakan tempat duduk yang terletak di dalam cockpit. Cockpit merupakan ruang di tengah-tengah kayak dimana ia terletak di antara foredeck dan aftdeck. Cockpit adalah tempat pendayung duduk di dalamnya semasa berkayak. Coaming merupakan bahagian-bahagian tepi kayak yang kecil dan berfungsi untuk menghalang air daripada memasuki cockpit dan tempat untuk mengikat spray cover. Toggles merupakan sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat pada bahagian hujung bow dan stem. Toggles digunakan untuk mengangkat sesebuah kayak dengan begitu mudah. Buoyancy merupakan bahan apungan yang terdapat di dalam kayak. Ia terletak di bahagian bow dan stem serta di bawah deck. Buoyancy amat berguna untuk mengapungkan kayak apabila ia terbalik dan memasuki air. Di samping itu, ia juga mengukuhkan dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah. . Selepas itu, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan membuat aktiviti kayak manakala kumpulan 2 akan membuat aktiviti air dulu. Saya dari kumpulan pertama. Jadi, saya bersedia untuk berkayak bersama pasangan saya dengan memakai jaket keselamatan dengan ketat supaya keselamatan saya sentiasa di bawah kawalan. Seterusnya, saya bersama dengan pasangan saya memilih salah satu boat dan bersedia untuk berkayak. Saya duduk di depan boat manakala pasangan saya Izzat duduk di belakang boat. Selepas membuat semua persiapan untuk berkayak, saya bersama pasangan saya mula berangkat dan diikuti oleh pelatih-pelatih lain. Sebelum ini saya juga mempunyai pengalaman berkayak sekali dengan mengikuti program PL (pendidikan luar) ditempat yang sama. Oleh sebab itu, saya tidak mengalami masalah untuk berkayak di tengah laut walaupun menghadapi

pelbagai halangan dan rintangan. Kami menggunakan kaedah kiri dan kanan untuk menstabilkan keadaan boat. Saya mendapat sebanyak pengalaman dan pengetahuan baru melalui aktiviti berkayak. Antarannya, cara untuk mengawal boat di tengah laut. Semasa ombak di tengah laut saya dapat mengawal boat saya dengan sebaiknya. Saya juga berasa sakit tangan kerana berkayak dengan penuh bertenaga dan pedal yang digunakan adalah sangat berat sampai diri saya kehilangan tenaga untuk berkayak. Untuk mengatasi sakit tangan, saya dan pasangan saya telah berhenti di tengah laut buat sementara waktu. Selepas satu minit, kami mula berkayak semula menuju ke destinasi yang ditujukan. Melalui aktiviti ini, saya juga belajar untuk menghadapi halangan dan rintangan dengan hati yang berani dan tabah dalam menghadapi cabaran yang akan datang. Sebagai seorang guru pelatih ketabahan dan keberanian adalah perlu untuk menghadapi dunia keguruan yang penuh dengan cabaran. Melalui aktiviti ini, saya dapat berpeluang untuk melatih di saya dengan penuh berani dan tabah menghadapi apa juga rintangan dan halangan. Saya berasa sangat gembira kerana sempat berkumpul di tengah laut untuk membuat aktiviti seperti berdiri di atas boat. Detik-detik semasa berkayak memang tidak dapat dilupakan. Saya sebenarnya amat gembira kerana mendapat peluang untuk barkayak semula. Sebenarnya, saya berasa bahawa sebanyak 2 km yang diberikan untuk berkayak itu amat pendek. Jika dibenarkan lagi saya sanggup berkayak lagi walaupun berasa tangan saya sakit dan penat. Pasangan saya juga telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Walaupun, hati saya berasa berdebar-debar semasa berkayak kerana rasa takut kepada kedalaman air tetapi saya berasa gembira dan berseronok berkayak bersama pasangan saya. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan peluang keemasan supaya dapat dijadikan iktibar dan pengalaman dalam kehidupan yang sukar untuk dilupakan. Akhir sekali aktiviti kayak merupakan aktiviti yang mencabar diri saya dari segi mental dan fizikal supaya menjadi seorang guru pelatih yang berkeyakinan tinggi dan profesional. Selepas kumpulan kami pulang ke tempat asal, kumpulan 2 pula telah mengambil alih. Kumpulan kami telah beralih ke bahagian aktiviti water confident .

Pensyarah pembimbing bagi aktiviti keyakinan air ialah Encik Abdul Rahim Bin Aris, Dr. Suthanthiradewi J.N.J Money, dan juga Encik Ahmad Patakon B. Karino. Sebelum memulakan aktiviti keyakinan air, Abdul Rahim Bin Aris telah memberikan taklimat tentang aktiviti air dan menerangkan prosedur yang terkandung dalam aktiviti air yang harus dipatuhi oleh semua peserta semasa melibatkan diri dalam aktiviti keyakinan air yang ditempatkan di laut Port Dikson. Seterusnya, Abdul Rahim Bin Aris telah mengeluarkan arahan supaya memakai jekat keselamatan. Semua peserta dengan penuh semangat memakai jaket keselamatan. Tetapi segelintir peserta tidak mendapat jaket keselamatan termasuk saya tidak mendapat jaket keselamatan. Sehubungan dengan itu, saya juga bimbang akan keselamatan diri saya tetapi saya menguatkan semangat dan keyakinan diri untuk menghadapi apa juga cabaran yang akan datang melalui aktiviti keyakinan air. Seterusnya, Encik Abdul Rahim Bin Aris sebagai pensyarah pembimbing bagi aktiviti air telah memberikan arahan seterusnya supaya peserta-peserta turun di dalam air. Apabila turun di dalam air, saya berasa takut akan keselamatan saya kerana tidak memakai jaket keselamatan. Walaupun berasa takut saya menguatkan semangat dan keyakinan diri saya untuk menjalankan aktiviti keyakinan air. Semasa saya turun di dalam air paras air pada ketika itu telah berada di paras dada. Saya memastikan diri saya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Teknik pertama yang diajar oleh Encik Abdul Rahim Bin Aris ialah teknik terapung di atas air dengan menggunakan kaedah atau cara yang betul. Sehubungan dengan itu, saya juga mempunyai pengalaman melakukan aktiviti sebegini semasa melibatkan diri dalam pendidikan luar. Oleh sebab itu, saya merasakan diri saya boleh membuat aktiviti ini tanpa memakai jaket keselamatan. Saya juga berusaha untuk terapung di atas air. Cara yang saya gunakan untuk terapung di atas air ialah cara menahan nafas untuk sementara waktu lalu saya berjaya menggapungkan diri saya di atas air. Saya juga berasa sangat gembira kerana dapat melakukan aktiviti ini dengan jayanya. Teknik kedua yang diajar oleh Encik Abdul Rahim Bin Aris ialah teknik menyelam di dalam air. Pertama, En.Razak bin Sulong telah memberikan arahan supaya menyelam di dalam air. Pada mulanya saya berasa takut untuk menyelam di

dalam air. Oleh sebab saya mempunyai pengalaman menyelam maka saya tabahkan diri saya lalu berjaya menyelam di dalam air. Selepas aktiviti tersebut, latihan diberikan tentang cara menyelamat mangsa lemas di dalam air. Aktiviti keyakinan air pada hari ini memberikan sebanyak pengetahuan dan pengalaman kepada diri lalu memahirkan diri saya untuk melakukan aktiviti air. Aktiviti sebegini mencabar diri seseorang peserta dari segi mental dan fizikal serta menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. Kami telah bertolak dari tempat tersebut ke tapak perkhemahan pada pukul 2.00 ptg. Setelah sampai tapak perkhemahan, para pelatih bermula membersihkan diri masing-masing. Jaket-jaket keselematan telah dicuci. Selepas makan tengah hari, sesi LDK telah bermula. Sesi LDK ini telah dijalankan oleh Encik Mhanogaran A/L Arjunan. Setiap kumpulan telah diarahkan untuk mencipta logo dan moto kumpulan. Kertas majung telah diedarkan. Kami sekumpulan telah berbincang dan masing-masing telah memberi idea untuk mewujudkan satu logo dan moto bagi kumpulan kami. Akhirnya, kami telah melukiskan satu logo dan juga moto. Selepas aktiviti tersebut, kami telah diberi satu ujian personaliti oleh Encik A. Mhanogaran. Matlamat ujian ini adalah untuk mengenali diri kita dengan lebih mendalam. Selepas aktiviti ini, minum petang telah disediakan oleh kumpulan tertentu. Selepas minum petang, para pelatih diberikan masa untuk menguruskan diri. Semasa pelatih Muslim bersembahyang , pelatih bukan Islam telah menhadiri Moral Talk bersama Encik Samuel. Selepas makan malam, sesi LDK telah berjalan. Sesi ini dijalankan oleh Encik A.Mhanogaran. kali ini kami telah membentangkan logo dan moto kumpulan masing-masing. Akhirnya, kami selesai menjalankan aktiviti-aktiviti yang mencabar pada heri tersebut. Para pelatih diarahkan untuk masuk ke dalam khemah masingmasing. Kumpulan yang telah ditetapkan untuk melakukan jagaan malam memulakan tugasan mereka.

1.2.2012 ( RABU )

Pada hari Rabu iaitu 1 Februari 2012, kami dikehendaki mengikuti aktiviti darat iaitu aktiviti kembara. Sebelum mengambil sarapan pagi, kami telah membuat senaman pagi pada pukul 7 pagi. Senaman pagi dikendalikan oleh pelajar dan turut disertai oleh Puan Malathy. Aktiviti pengembaraan boleh dikatakan sebagai jungle tracking. Bermula pada pukul 9.00 pagi aktiviti kembara telah dimulakan. AJK peralatan iaitu Khairul Amin bin Mohamad Sham dan AJK makanan iaitu Shutha a/p Avadiyan telah menyediakan semua peralatan untuk kembara seperti beg kembara, bekas makanan dan bekas air botol kepada 6 kumpulan. Sebelum bertolak ke tempat pengembaraan iaitu ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan pensyarah pembimbing untuk aktiviti darat memberikan taklimat tentang peralatan yang harus dibawa dan menerangkan prosedur yang harus dipatuhi semasa berada di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Pensyarah pembimbing yang terlibat dalam aktiviti darat iaitu aktiviti pengembaraan ialah Encik Rahaizad B. Ismail dan Encik Tamilchelvan a/l Periasamy. AJK peralatan Khairul Amin bin Mohamad Sham telah membahagikan beg kembara, bekas makanan dan bekas air botol mengikut kumpulan masingmasing. Dalam bekas air botol tersebut kami mengambil air kosong dan air yang masak yang digunakan untuk memasak di dalam hutan mengikut kumpulan. Ini disebabkan air susah didapati di kawasan hutan. Jika terdapat pun, air yang didapati di kawasan hutan tidak baik untuk kesihatan diri seseorang kerana belum dimasak. Selain itu, barang-barang yang diperlukan untuk memasak seperti bekas memasak dan pisau telah dibahagikan mengikut kumpulan. AJK makanan iaitu Shutha a/p Avadiyan telah mengagihkan peralatan untuk memasak dan bahan mentah yang diperlukan untuk memasak di dalam hutan bagi setiap kumpulan. Setiap ketua kumpulan telah mengambil 1 beg yang dilengkapi dengan peralatan untuk memasak dan bahan mentah yang diperlukan untuk memasak. Saya selaku

Ketua kepada kumpulan 2,

telah mengagihkan semua peralatan memasak dan

bahan mentah yang didapati kepada semua ahli kumpulan saya supaya dapat dibawa ke dalam hutan secara sama rata. Saya telah mengambil beras dan beberapa botol air yang dipenuhi dengan air. Saya juga sedar bahawa betapa pentingnya kerjasama dan kefahaman antara satu sama lain dalam sesuatu ahli dalam kumpulan. Ini disebabkan semua peserta bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memikul berat semasa aktiviti kembara. Selepas itu,pensyarah kami telah memanggil kami semua dan menyuruh kami untuk berkumpul di tempat perhimpunan. Kumpulan1 yang terdiri daripada kumpulan 1, 2 dan 3 dan Kumpulan 2 yang terdiri daripada kumpulan 4,5 dan 6 bertolak bersama-sama ke tempat destinasi. Selepas bas tiba, kami menaikinya dengan hati yang seronok kerana ingin menghayati pengalaman menggembara di sekeliling Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dan mengutip sebanyak ilmu pengetahuan tentang flora dan fauna yang terdapat di hutan tersebut. Selepas tiba di kawasan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan kami telah disuruh untuk menyebut nombor secara giliran supaya keselamatan setiap ahli kumpulan sentiasa di bawah kawalan. Secara giliran nombor saya ialah ke-19. Selain daripada itu, pensyarah pembimbing untuk aktiviti pengembaraan juga memberi keterangan tentang prosedur membuat lawatan belajar. Pertamanya, tetapkan tarikh lawatan belajar, kedua mendapatkan kelulusan daripada pejabat pendidikan melalui Guru Besar, ketiga mendapatkan kelulusan daripada ibu bapa setiap pelajar, keempat perlu berikan keterangan yang jelas kepada pelajar tentang lawatan belajar yang akan diadakan, kelima menentukan check point dan akhirnya perlu sediakan perhubungan kecemasan. Pensyarah kami telah memberikan tunjuk ajar yang sepenuhnya dan memberikan sebanyak maklumat tentang Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Kami telah diberikan tugasan mengikut kumpulan oleh pensyarah pembimbing. Setiap Kumpulan harus menyediakan laporan alam sekitar yang mempunyai setiap nama pokok yang terdapat di kawasan tersebut. Itu ialah tajuk tugasan yang kami dapat. Kami berjalan mengikut kumpulan di samping memerhatikan sekeliling kawasan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan.

Menurut pensyarah check point adalah bertujuan untuk berehat, memastikan bilangan dan keselamatan ahli dalam keadaan yang baik dan untuk memberikan maklumat-maklumat terkini. Semua peserta kelihatan sungguh penat. Sehubungan dengan itu, semua peserta berehat sebentar dan selepas 5 minit kami meneruskan perjalanan menuju ke check point kedua. Sebelum meneruskan perjalanan pensyarah pembimbing telah memeriksa jumlah ahli kumpulan supaya tiada yang tercicir. Dari semasa ke semasa saya bersama ahli kumpulan saya mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan iaitu tentang alam sekitar dan seterusnya dikehendaki membuat laporan mengenali alam sekitar yang terdapat di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Melalui, tugasan ini saya dapat mempelajari tentang aspek-aspek yang terkandung dalam alam sekitar serta menyedari betapa pentingnya menjaga alam sekitar dari ancaman dan juga pencemaran. Semasa perjalanan saya juga dapat meningkatkan pengetahuan diri saya dengan mengenali sejarah Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dengan selengkapnya. Saya juga dapat menikmati pemandangan yang indah yang diselubungi dengan flora dan fauna. Udara yang terdapat di sekitar Hutan Rekreasi Tanjung Tuan adalah sangat nyaman dan kicauan burung-burung di dalam hutan telah menarik hati saya. Pada masa ini, saya rasa diri saya tenang dan gembira tanpa sebarang gangguan. Selama 2 jam kami sampai ke Rumah Api Tanjung Tuan. Tetapi, kami tidak dapat peluang untuk menaik tangga ke Rumah Api tersebut untuk menikmati keindahan lautan dari sudut atas. Pemandangan di sekitar lautan sungguh menarik dan memberikan ketenangan kepada diri saya. Melalui ini, saya dapat menghayati keindahan lautan yang sebelum ini tidak pernah dihayati oleh diri saya. Dalam perjalanan, kami diberi tugasan untuk membuat rawatan kecemasan kepada salah satu ahli kumpulan yang tercedera di kepala, dan juga 1 kaki dan 1 tangan yang sudah patah. Kami perlu menggunakan bahan-bahan yang kami ada dan juga dari hutan tersebut untuk menjalankan rawatan kecemasan. Selepas itu, kami menuju lorong dan jalan-jalan di hutan untuk sampai ke destinasi untuk memasak. Semasa perjalanan menuju ke destinasi saya berasa seronok dan gembira dengan melihat flora dan fauna yang terdapat di kawasan hutan tersebut.

Selepas sampai ke destinasi untuk memasak kami sekumpulan telah hairan dan terkejut kerana melihat semua kumpulan giat bersedia untuk memasak manakala kami pula baru sampai. Tanpa membazirkan masa kami bersiap-sedia untuk memasak. Setiap orang dalam kumpulan saya mencari ranting manakala yang lain membersihkan kawasan yang digunakan untuk memasak. Walaupun kami sampai lambat tetapi kami dapat memasak dengan cepat dan membuat hiasan untuk kumpulan kami. Kami telah masak nasi, sambal sardine, telur rebus, dan sayur air. Melalui aktiviti memasak saya dapat banyak manfaat. Antarannya, belajar memasak dengan menggunakan ranting dan belajar menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. Saya juga berpeluang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli kumpulan saya. Selepas itu, mentor kami telah merasakan masakan kami dan memberi komen bahawa masakan yang kami masak adalah sangat sedap dan menyuruh kami untuk menikmati makanan tersebut. Selepas makan kami telah membersihkan tempat tersebut dan bersiap sedia untuk pulang. Walaupun berasa penat saya dapat mengutip sebanyak ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui aktiviti kembara ini. Pada pukul 2.00 petang kami semua sampai ke kawasan kem dan meneruskan aktiviti yang seterusnya. Aktiviti yang seterusnya ialah sesi LDK. Sesi LDK ini dijalankan oleh Encik Mhanogaran. Semasa sesi LDK ini kami diarahkan duduk dalam satu bulatan yang besar. Seterusnya kami melakukan aktiviti yang dibagi oleh Encik Mhanogaran. Semasa sesi LDK dijalankan, Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja Melewar telah menghadir ke program BIG siri kedua. Kedatangan beliau dialu-alukan. Selepas itu, minuman petang disediakan oleh kumpulan tertentu. Setelah menikmati minuman petang, kami semua bermula berbincang dan manyediakan bahan-bahan untuk menyanyi dan juga berlakon untuk malam kebudayaan kelak. Sebahagian daripada peserta bermula menceriakan dewan bagi persembahan kumpulan. Selepas makan malam, acara malam kebudayaan bermula sekitar pukul 9.00 malam. Acara malam kebudayaan diadakan seperti yang dirancang. Malam ini ialah malam yang kami menanti-nantikan kerana dapat menunjukkan bakat yang terpendam dalam diri kami dalam bentuk persembahan. Peserta-peserta telah bersedia dan menunggu masa untuk mempersembahkan persembahan masingmasing mengikut kumpulan.

Sebelum memulakan persembahan kumpulan, pengacara majlis telah memberikan sebanyak maklumat tentang acara malam kebudayaan dan menyatakan peraturan atau prosedur yang harus dipatuhi oleh semua peserta BIG. Beliau juga menyatakan bahawa kerjasama semua peserta sangat dialu-alukan supaya menjayakan acara malam kebudayaan. Selepas itu, semua peserta telah memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya sepanjang malam kebudayaan. Prosedur malam kebudayaan ialah dikehendaki mempersembahkan sebuah lagu kumpulan, sebuah drama yang bertemakan epik mengikut kumpulan masingmasing. Setiap kumpulan memilih lagu secara tersendiri. Kumpulan saya iaitu kumpulan 2 telah memilih satu lagu . Kami sekumpulan telah meluangkan masa yang terluang untuk berbincang tentang persembahan yang bakal dipersembahkan pada malam kebudayaan. Ahli kumpulan saya telah memberikan komitmen yang paling tinggi untuk membuat perancangan secara secara rapid dan juga dapati bahawa segelintir daripada ahli kumpulan saya telah mempunyai bakat yang tersendiri. Kami juga berbincang dan membuat sebuah drama. Acara malam kebudayaan telah bermula tepat pukul 9.00 malam. Setiap kumpulan telah diberikan masa yang secukupnya untuk mempersembahkan persembahan mereka. Acara-acara telah bermula dan semua peserta telah menunjukkan bakat masing-masing. Setiap kumpulan telah menyanyikan satu lagu dan juga membuat satu drama epik dengan kreativi yang berlainan. Saya juga berasa sangat gembira kerana dapat melihat persembahan yang begitu bagus. Detik-detik tersebut memang menyeronokkan dan ini memberi peluang kepada kami untuk mengetahui bakat seseorang secara lebih mendalam. Apabila tibanya giliran bagi kumpulan saya, saya bersama ahli kumpulan saya telah menunjukkan bakat dalam setiap persembahan sehinggakan semua peserta bersama pensyarah memberikan tepukan gemuruh dari hasil persembahan kumpulan saya. Setelah semua kumpulan mempersembahkan persembahan mereka maka, tiba masa yang dinanti-nantikan oleh semua peserta iaitu majlis penyampaian hadiah. Kumpulan saya telah mendapat hadiah kedua dalam acara malam kebudayaan. Saya berasa sangat gembira dan berasa bangga kerana mendapat naib johan dalam acara tersebut. Sebenarnya, melalui acara malam kebudayaan ini semua peserta dapat menunjukkan bakat mereka masing-masing dan menjadikan

diri mereka terkenal. Saya juga mendapat pengetahuan tentang cara untuk mengendalikan sesuatu majlis dengan penuh sistematik dan teratur. Selepas itu, kami sekumpulan telah membahagikan hadiah secara sama rata dan pulang ke khemah masing-masing dengan hati yang gembira.

2.2.2012 ( KHAMIS )

Solat subuh kepada pelatih Muslim dan Moral Talk kepada pelatih bukan Islam berjalan seperti biasa. Selepas itu, senaman pagi dijalankan dengan lancar. Sarapan pagi diberikan setelah senaman pagi tamat. Peserta mula menurunkan khemah masing-masing. Khemah-khemah tersebut telah diberi dan dicek oleh AJK perkhemahan iaitu Kamini a/p Gunasagaram. Selepas itu, setiap kumpulan ditugaskan untuk membersihkan kawasan perkhemahan. Tugasan pembersihan ini diarahkan oleh AJK Kebersihan iaitu Thiviyen a/l Raguraman. Selepas aktiviti pembersihan tamat, sesi refleksi telah bermula. Encik Mhanogaran yang mangambil alih sesi tesebut. Kami diarahkan memberi pengalaman kami semasa program BIG ini dijalankan. Setiap peserta memberi pandangan yang positif terhadap program BIG ini. Acara penukaran hadiah telah berjalan selepas sesi refleksi tamat. Saya telah member hadiah kepada Boon Shui Meei dari Unit Sains dan telah menerima hadiah daripada Lilian Chin Li Lian dari Unit Sains juga. Selepas itu, kami telah menaikkan barang-barang kami ke dalam perut bas. Makanan tengah hari telah dibekalkan. Pada pukul 11 pagi, kami telah bertolak dari tempat tersebut. Kami telah sampai IPG Kampus Raja Melewar pada pukul 12.15 tengah hari.

3.2) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BIGSaya telah memerhatikan beberapa kelemahan yang harus penambahbaikan dan juga kelebihan yang harus dikekalkan supaya dapat meningkatkan taraf Program Bina Insan Guru (BIG) dari tahun ke tahun sepanjang Program Bina Insan Guru (BIG) selama empat hari tiga malam bermula dari 30 Januari 2012 hingga 2 Februari 2012, Kelemahan pertama yang saya perhatikan sepanjang program ini ialah masa yang diperuntukkan untuk setiap aktiviti tidak mencukupi sehinggakan pesertapeserta tidak dapat merasai pengalaman dalam sesuatu aktiviti. Sebagai contohnya, masa yang diperuntukkan bagi aktiviti air adalah tidak mencukupi sehingga saya dan kawan-kawan saya kurang seronok di dalam air. Cadangan saya ialah merancang masa secara sistematik dan memperuntukkan masa yang secukupnya bagi setiap aktiviti yang dijalankan dalam program ini supaya setiap orang peserta dapat menikmati pengalaman dan pengetahuan baru yang amat berguna dan juga keseronokkan kepada diri seseorang guru pelatih. Kelemahan kedua yang saya perhatikan ialah tapak perkhemahan. Tapak perkhemahan kali ini adalah agak strategik kerana dekat dengan pantai laut Port Dickson dan mempunyai semua kemudahan. Malahan, keindahan alam sekitar dan pandangan yang indah terdapat di sekeliling kawasan perkhemahan. Saya mencadangkan supaya tapak perkhemahan perlu lebih luas dan bersifat lebih asli supaya peserta-peserta merasai kehidupan di dalam perkhemahan yang sebenar. Selain daripada itu, tapak perkhemahan perlu mempunyai jarak yang secukupnya supaya lebih selesa dan menghindari dari sebarang gangguan dari luar. Ini adalah kerana, peserta-peserta dapat meningkatkan keberanian diri semasa melibatkan diri dalam tugasan century malam yang merupakan tugasan yang amat cabar dan menguji keberanian diri seseorang di samping menjaga keselamatan pesertapeserta lain di tapak perkhemahan.

Kelemahan ketiga yang saya perhatian sepanjang program ini ialah komitmen peserta-peserta dalam aktiviti malam kebudayaan. Peserta-peserta tidak begitu menunjukkan bakat mereka dalam melakukan sesuatu persembahan serta tidak begitu kreatif untuk mempersembahkan persembahan mereka. Cadangan saya ialah peraturan aktiviti malam kebudayaan perlu diketatkan supaya peserta-peserta dapat mempersembahan persembahan yang berkualiti dan dapat memenuhi hasrat Program Bina Insan Guru (BIG). Kekuatan program ini ialah dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara guru pelatih. Guru pelatih dapat berkomunikasi antara satu sama lain terutama untuk menjayakan sesuatu aktiviti dan dapat bergaul dengan semua orang dengan hati yang terbuka. Hubungan sebegini amat penting supaya dapat melahirkan rakyat Malaysia yang beramah mesra. Program ini juga memberikan sebanyak ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada diri seseorang guru pelatih seperti berkayak, menggembara di dalam hutan dan memasak supaya dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut semasa berkhidmat sebagai seorang guru di sekolah pada masa akan datang. Program Bina Insan Guru (BIG) perlu diteruskan supaya dapat melahirkan guru yang berkualiti dari semua aspek.

4.0)LAMPIRAN

4.1) JADUAL SENARAI NAMA UNIT BAHASA TAMIL SATU DAN UNIT SAINS

4.2 GAMBAR SEPANJANG KEM

BINA INSAN GURU

Mesyuarat Pertama BIG ( 19.1.2012 )

Mesyuarat Kedua BIG (29.1.2012)

Sebelum Bertolak Dari Ipg Kampus Raja Melewar (30.1.2012)

Selepas Sampai Tapak Perkhemahan

Membersihkan Tapak Perkhemahan

Mendirikan Khemah

Mendengar Taklimat

Minum Petang

Taklimat Tentang Kayak Dan Keselamatan Dalam Air

Memasak

Ice Breaking

Supper

Hari Kedua (31.1.2012)

Sarapan

Aktiviti Berkayak, Keyakinan Dan Keselamatan Dalam Air

Makan Tengahari

Ldk

Minum Petang

Moral Talk

Ldk

Taklimat Kembara

1.2.2012 (Rabu) Senaman Pagi

Sarapan Pagi

Kembara

Bantu Mula

Aktiviti Memasak Di Dalam Hutan

Malam Kebudayaan

Penyampaian Hadiah

Hari keempat (2.2.2012) Sarapan Pagi

Membersihkan Tapak Perkhemahan

Ldk Terakhir Dan Penukaran Hadiah

Bertolak Balik Ke Ipg Kampus Raja Melewar

4.3 LAIN-LAIN LAMPIRAN