big report

10
PROSES PENYEDIAAN PROJEK a. Kertas Kerja Projek 1) Kertas Kerja I 2) Kertas Kerja II b. Surat Menyurat 1) Pegawai Kolej Komuniti Kepala Batas 2) Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang 3) Pegawai Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang c. Persiapan Yang Lain i. Minit mesyuarat I ii. Minit mesyuarat II iii. Minit Mesyuarat III iv. Minit Mesyuarat IV v. Minit Mesyuarat V d. Pelan Landskap I. Pelan I II. Pelan II III. Pelan III IV. Pelan IV e. Laporan Persiapan Merujuk kepada minit mesyuarat I dan II, zon yang diberi kepada kelas saya ialah zon I yang diberi kawasan Tapak Pulako ( Pusat Latihan Kokurikulum). Kami telah merancang untuk membuat satu tapak perkhemahan. AJK Landskap telah menyediakan satu pelan tapak perkhemahan. Tapak perkhemahan tersebut meliputi penanaman pokok-pokok bunga, pokok-pokok hutan, tandas, tapak perkhemahan perempuan, tapak perkhemahan lelaki,

Upload: tiewwin123

Post on 18-Nov-2015

237 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Program Bina Insan Guru

TRANSCRIPT

PROSES PENYEDIAAN PROJEKa. Kertas Kerja Projek 1) Kertas Kerja I2) Kertas Kerja II b. Surat Menyurat1) Pegawai Kolej Komuniti Kepala Batas2) Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang3) Pegawai Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang

c. Persiapan Yang Laini. Minit mesyuarat I ii. Minit mesyuarat IIiii. Minit Mesyuarat IIIiv. Minit Mesyuarat IVv. Minit Mesyuarat Vd. Pelan Landskap I. Pelan III. Pelan IIIII. Pelan IIIIV. Pelan IV e. Laporan PersiapanMerujuk kepada minit mesyuarat I dan II, zon yang diberi kepada kelas saya ialah zon I yang diberi kawasan Tapak Pulako ( Pusat Latihan Kokurikulum). Kami telah merancang untuk membuat satu tapak perkhemahan. AJK Landskap telah menyediakan satu pelan tapak perkhemahan. Tapak perkhemahan tersebut meliputi penanaman pokok-pokok bunga, pokok-pokok hutan, tandas, tapak perkhemahan perempuan, tapak perkhemahan lelaki, dewan makan, dewan terbuka dan pejabat ( sila rujuk pelan tapak perkhemahan I ). Selepas perbincangan, kami menyedari bahawa pelan ini tidak dapat dilaksanakan kerana pembinaan tandas dan dewan memerlukan kemahiran yang tinggi. Justeru, kami telah mengubah pelan kami kepada pembinaan tapak perkhemahan sahaja. Kami merancang untuk mendirikan dua tapak perkhemahan. Tapak perkhemahan lelaki dan perempuan akan diasingkan dengan pembinaan tembok. Kami juga merancang untuk melabelkan tapak untuk pembinaan tandas. Semua AJK telah menetapkan tarikh BIG pada 8 dan 15 September 2012.Pada 14 Ogos 2012, hari Selasa, jurutera dan pakar daripada Kolej Komuniti Kepala Batas telah memberi taklimat dan pendapat mereka tentang pelaksanaan projek kami. Mereka memberi pandangan bahawa kawasan perkhemahan adalah terhad dan mempunyai gaung yang curam. Justeru, mereka mencadangkan kami agar membuat tapak perkhemahan perempuan sahaja. Kami telah memberitahu pihak tersebut bahawa kami akan membina tembok. Mereka berpendapat bahawa tembok tidak mudah dibina dan memerlukan kepakaran yang tinggi. Oleh itu, pihak Kolej Komuniti telah menyarankan kami supaya hanya membina curb bagi tapak perkhemahan perempuan dan membina kerusi batu. Cadangan tentang kuantiti barang dan juga peralatan telah diberi oleh pensyarah Kolej Komuniti kepada kami. Akhirnya, Ketua Zon dan juga AJK Zon bersetuju untuk membina tapak perkhemahan perempuan sahaja di kawasan Tapak Pulako.Ketua Zon dan AJK zon telah menemui KUKP iaitu En Nazarudin untuk mendapatkan pandangan beliau. Tapak perkhemahan telah dibersihkan dengan jentera atas bantuan beliau. BIG tidak dapat dilaksanakan mengikut tarikh rancangan kerana ramai pelajar terlibat dalam kursus kejurulatihan bola baling pada 7, 8 dan 9 September 2012. Di samping itu, kelewatan peralatan dan bahan yang ditempah sampai ke kampus kita menyebabkan kami terpaksa menundakan BIG kepada 15 September 2012. Ketua projek telah menelefon kepada pihak yang akan menghantar peralatan dan bahan yang ditempah banyak kali. Namun begitu, pihak kami tidak mendapat sebarang respons daripada pihak mereka sehingga 22 September 2012. Peralatan dan bahan yang bahan yang ditempah masih belum sampai kerana kuantiti barang yang ditempaha adalah terlalu banyak dan kami tidak mempunyai tempat untuk menyimpan bahan-bahan tersebut di stor yang mempunyai ruang yang terhad. Di samping itu, peruntukan wang yang tidak mencukupi dan kekuatiran tentang kepakaran dan tenaga kerja yang ada juga menyebabkan masalah ini berlaku.Oleh itu, ketua zon kami, Tessie Rijem telah dipanggil untuk berbincang dan membuat keputusan tentang projek yang akan dijalankan bersama dengan pihak pentadbiran pada 25 September 2012,. Semua kerja yang melibatkan peralatan dan simen telah dibatalkan. Kami hanya perlu menanam pokok-pokok bunga dan pokok-pokok hutan di Tapak Pulako. Ini merupakan hasil perbincangan antara ketua zon dengan pihak pentadbiran.BIG Fasa II telah dilaksanakan pada 28 September 2012, hari Jumaat iaitu menanam pokok-pokok bunga bagi kelas T1MU1, T2MU2 dan T2PC. Dalam proses penyediaan projek ini, kami telah menghantar dua kertas kerja projek kepada pihak pentadbiran kampus kami. Di samping itu, kami juga mengirim surat kepada pegawai Kolej Komuniti Kepala Batas, pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang dan pegawai Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang untuk menjemput mereka menjadi fasilitator bagi projek pusat latihan kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Kami juga mengadakan mesyuarat sebanyak lima kali untuk berbincang tentang projek dan melaporkan perkembangan projek ini. AJK landskap juga menyediakan empat pelan landskap yang telah diubahsuai dari semasa ke semasa.

PROSES PELAKSANAAN PROJEK DI TAPAKPelaksanaan projek Bina Insan Guru Fasa II telah dijalankan pada 28 September 2012, hari Jumaat, dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Pelajar-pelajar dari kelas Pengajian Cina, Muzik I dan Muzik 2 yang seramai 76 orang telah terlibat dalam projek ini. Sebelum bermula menanam pokok bunga, kami telah bekerjasama untuk memindahkan peralatan yang akan digunakan untuk penanaman pokok bunga, pokok bunga yang akan ditanam, tanah hitam dan sebagainya ke tapak penanaman. Selepas itu, kami berkumpul di tapak penanaman. Kami bermula projek pada hari tersebut dengan menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang dan lagu institut. Selepas itu, kami telah dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut kelas masing-maisng dan diberikan kawasan penanaman pokok bunga. Kelas muzik I bertanggungjawab untuk menanam pokok bunga di bahagian depan, kelas Pengajian Cina bertanggungjawab menanam pokok bunga di bahagian tengah manakala kelas saya muzik II bertanggungjawab terhadap hujung tapak penanaman pokok bunga. Setiap kelas telah diberi cangkul, pongkes, kereta serong, parang, tanah hitam dan juga pokok bunga oleh ahli jawatankuasa peralatan. Selepas itu, ahli jawatankuasa landskap telah memberi penerangan tentang cara penyusunan pokok bunga di kawasan penanaman dan juga menerangkan cara untuk menanam pokok bunga. Langkah pertama ialah membersihkan kawasan penanaman pokok bunga. Langkah kedua ialah menggali satu lubang yang dalam. Selepas itu, meletakkan tanah hitam ke dalam lubang tersebut lalu menanam pokok bunga di dalam lubang tersebut. Seterusnya, mengisikan lubang yang digali dengan tanah sehingga penuh. Langkah yang terakhir ialah meletakkan tanah hitam di pokok bunga yang telah ditanam.Selepas pembahagian kawasan penanaman dan penerangan dari ahli jawatankuasa landskap, kami telah bermula tugas masing-masing. Kawasan penanaman bagi kelas saya agak luas. Justeru, kami telah membahagikan kepada dua kumpulan untuk membersihkan kawasan tersebut. Kami telah menghabiskan banyak masa untuk membersihkan kawasan tersebut. Saya dan rakan-rakan sekelas telah bekerjasama untuk membersihkan tapak penanaman. Kami telah memungutkan sampah sarap seperti botol air, baju, seluar, beg plastik dan sebagainya lalu membuang ke dalam beg plastik hitam yang telah disediakan. Kami juga menghimpunkan dahan-dahan pokok, daun-daun kering dan rumput-rampai di satu tempat untuk memudahkan kerja membersihan kawasan tersebut. Sebahagian daripada kami telah menggunakan beg plastik kecil untuk mengutip sampah sarap supaya tidak mengotorkan tangan kami. Kebanyakan antara kami terlupa untuk membeli sarung tangan. Justeru, kami telah menghantar wakil untuk membeli sarung tangan kepada kami supaya kami dapat menjalankan kerja-kerja dengan lebih licin dan tidak mengotorkan tangan kami. Selepas kami mendapat sarung tangan, kerja membersihkan kawasan dapat dijalankan dengan lebih lancar. Kami telah bergilir-gilir untuk menggunakan cangkul, pongkes, parang dan kereta serong yang telah disediakan untuk membersihkan kawasan tersebut. Di samping itu, kami juga menggorek tanah dengan cangkul dari tempat yang lebih tinggi untuk mengisi tempat yang lebih rendah di tepi longkang. Selepas kami membersihkan kawasan penanaman, kami telah bermula untuk menanam pokok bunga di tepi longkang untuk menceriakan kawasan tersebut. Kami telah menyusun pokok bunga di tepi jalan dahulu sebelum kami menanam pokok bunga tersebut. Selepas kami berpuas hati dengan susunan tersebut, kami pun bermula menanam pokok bunga. Kami telah menggali lubang yang dalam untuk menanam pokok bunga dengan menggunakan cangkul. Oleh sebab alatan yang disediakan tidak mencukupi, kami bergilir untuk menggunakan semua alatan yang diberi. Selepas itu, kami meletakkan tanah hitam dalam lubang tersebut sebelum meletakkan pokok bunga ke dalam lubang yang telah digali. Seterusnya, kami mengisi lubang tersebut dengan tanah sehingga lubang tersebut dipenuhi dengan tanah. Langkah yang terakhir ialah meletakkan tanah hitam di sekeliling pokok bunga tersebut. Di samping itu, kami juga menggali satu parit untuk pengaliran air supaya pokok yang kami tanam tidak mati dilemas oleh air yang mengalir dari kawasan tinggi. Dengan kerjasama semua orang, kelas kami telah menyiapkan tugasan kami dengan cepat. Kami telah berjaya menyiapkan tugas kami iaitu membersihkan kawasan dan menanam pokok bunga di kawasan tersebut.Perkembangan kerja di bahagian tengah adalah lebih lambat berbanding dengan kawasan yang lain kerana mereka perlu mendapatkan rumput dari tempat yang lain dan menanam di tapak tersebut. Mereka juga memindahkan batang pokok yang terbiar dan menyusun batang pokok tersebut dengan kemas sebagai tempat duduk di kawasan tersebut. Justeru, kelas yang sudah menyiapkan kerja mereka menghulurkan bantuan kepada mereka supaya kami dapat menyiapkan kerja dengan lebih cepat dan berkesan. Kami saling menolong untuk menanam pokok bunga, menggali tanah, menanam rumput dan sebagainya. Bagi mereka yang sudah menyiapkan kerja-kerja mereka, mereka bermula mengemaskan dan membersihkan kawasan tersebut dengan mengutip sampah sarap, daun-daun kering, beg plastik dan sebagainya.Dengan usaha yang jitu dan kerjasama daripada semua pelajar dari ketiga-tiga kelas, kami telah berjaya untuk membersihkan kawasn tersebut dan menceriakannya dengan menanam pokok bunga. Selepas menyiapkan kerja kami, kami telah menjamu selera bersama-sama.

GAMBAR-GAMBAR SEMASA PERLAKSANAAN PROJEK

Pelajar-pelajar dari kelas Pengajian Cina, Muzik I dan Muzik II berkumpul di tapak penanaman pokok-pokok bunga.

Ketua zon mengendalikan majlis.

Eunice Guok Jia En dari kelas Muzik II memimpin nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang dan lagu institut.

Kawasan penanaman yang kotor.

GAMBAR-GAMBAR SEMASA PELAKSANAAN PROJEK

Mentor berbincang dengan pelajar tentang cara penyusunan pokok bunga.

Semua pelajar bekerjasama untuk membersihkan kawasan penanaman pokok bunga.

Semua pelajar bekerjasama untuk menanam pokok bunga dan rumput.

Pelajar-pelajar bekerjasama untuk menanam pokok bunga.Pokok bunga yang telah ditanam.