bab 2

23
BAB DUA TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Dalam bab ini, beberapa tinjauan literatur dan kajian- kajian yang lepas yang telah dijalankan oleh individu mahupun pihak-pihak tertentu mengenai teknik pengajaran koperatif. Literatur-literatur yang difokuskan ini adalah berdasarkan tajuk yang ingin dikaji oleh penyelidik. Kajian ini mengkaji keberkesanan Pembelajaran Koperatif ke atas pencapaian murid dalam mata pelajaran matematik tajuk Penyelesaian Masalah Pecahan. Pembelajaran koperatif dijalankan untuk mengkaji persepsi murid terhadap kaedah pembelajaran koperatif dan kesan 19

Upload: theodore-mason

Post on 17-Nov-2015

237 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

jkj

TRANSCRIPT

BAB DUATinjauan Literatur2.1 PengenalanDalam bab ini, beberapa tinjauan literatur dan kajian-kajian yang lepas yang telah dijalankan oleh individu mahupun pihak-pihak tertentu mengenai teknik pengajaran koperatif. Literatur-literatur yang difokuskan ini adalah berdasarkan tajuk yang ingin dikaji oleh penyelidik.

Kajian ini mengkaji keberkesanan Pembelajaran Koperatif ke atas pencapaian murid dalam mata pelajaran matematik tajuk Penyelesaian Masalah Pecahan. Pembelajaran koperatif dijalankan untuk mengkaji persepsi murid terhadap kaedah pembelajaran koperatif dan kesan pembelajaran tersebut ke atas minat dan motivasi mereka dalam matematik. Bab ini akan menerangkan Pendekatan Pembelajaran Koperatif, Strategi Pembelajaran Koperatif, Kajian Berkaitan dan meninjau masalah murid dalam pembelajaran yang berkaitan dengan pecahan. Akhirnya rumusan akan dibuat tentang kaedah tersebut dalam membantu murid dalam pembelajaran matematik.

2.2Literatur Berkaitan

2.2.1 Pendekatan Pembelajaran KoperatifSecara umumnya, pembelajaran menggunakan kaedah koperatif adalah merupakan pembelajaran dimana murid - murid di dalam suatu kelas belajar secara bekerjasama antara ahli dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai tahap kebolehan (Aziz Omar, 2004) . Satu tugasan diberikan kepada mereka untuk diselesaikan dan memastikan setiap ahli kelas dapat menyelesaikannya. Menurut Liew Su Tim dan Mohd Saridan (2003), kaedah koperatif adalah merupakan satu kaedah dimana pelajar belajar secara bekerjasama sesama ahli kumpulan mereka dan saling membantu antara satu sama lain serta belajar bersama-sama dalam kumpulan untuk mencapai apa yang mereka perlukan.

Pendekatan Pembelajaran Koperatif memberi pelajar peluang untuk berkongsi idea dan saling membantu dalam pembelajaran (Slavin, 2005). Kemahiran bersosial diajar secara langsung. Kumpulan disusun supaya kesemua ahli mengadap satu sama lain. Kaedah ini menekankan perlunya meraikan kejayaan kumpulan, ada matlamat kumpulan dan kumpulan diberi ganjaran dalam bentuk mata.

Pembentukan kumpulan koperatif perlu mengambil kira aspek berikut:

i) Kumpulan heterogenus dengan empat orang ahli didapati sebagai ideal. Misalnya, kumpulan terdiri daripada seorang murid yang berkebolehan tinggi dalam matematik, dua orang berkebolehan sederhana dan seorang rendah kebolehan.ii) Tiada ketua dalam kumpulan. Lazimnya, dalam pembelajaran kumpulan biasa, ketua sentiasa mewakili kumpulan dan ini mengakibatkan adanya ahli yang tidak ingin mengambil tahu tentang apa yang dibincangkan. Dalam kumpulan koperatif, semua ahli adalah bertanggungjawab untuk mengambil tahu apa yang dibincangkan oleh kumpulan dan sesiapa pun antara ahli boleh ditanya untuk membentangkan kerja kumpulan. Dalam cara ini, murid yang lebih berkebolehan perlu memastikan ahli kumpulannya tahu apa yang dibincangkan. Dengan memberi penjelasan pada rakannya, murid tersebut akan dapat meningkatkan kefahamannya sendiri.2.2.2Strategi Pembelajaran Koperatif

Beberapa bentuk strategi pembelajaran kumpulan koperatif dicadangkan, antaranya ialah Student Team-Achievement Division (STAD), Jigsaw, Teams Games Tournament (TGT) dan Teams Asisted Individualization (TAI). Student Team-Achievement Division (STAD) ini menekankan pembelajaran di dalam kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang murid yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza. Turutan aktiviti pembelajaran di bawah teknik STAD adalah:

i) Penyampaian kandungan mata pelajaran oleh guru. ii) Pelajar membuat latihan di dalam kumpulan masing-masing.

iii) Kuiz secara individu.

iv) Pengiraan skor bagi individu dan kumpulan. v) Pengiktirafan kepada kumpulan yang berjaya.Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama ada semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.Teknik Teams Asisted Individualization (TAI) dibentuk khusus untuk mata pelajaran matematik peringkat sekolah rendah (Slavin, 2005; Slavin, Madden dan Stevens, 1989/1990). Teknik ini menggabungkan pembelajaran individu dengan pembelajaran berkumpulan. Setiap murid akan menerima bahan pembelajaran yang mengandungi turutan topik yang tertentu. Mereka akan mempelajari topik matematik yang berbeza di dalam satu kumpulan bergantung kepada setakat mana mereka telah menguasai sesuatu topik. Murid yang berkebolehan rendah akan dibantu oleh murid yang lebih berkebolehan di dalam kumpulan mereka. Melalui pengajaran rakan sebaya membolehkan guru memberi pengajaran mengenai satu topik kepada sekumpulan kecil murid yang sedang mempelajari topik tersebut tanpa mengganggu pembelajaran murid lain. Setiap ahli akan memastikan diri mereka dan rakan mereka telah benar-benar dapat menguasai sesuatu topik sebelum menghadapi ujian. Berdasarkan pengiraan skor ujian dan skor kumpulan, ganjaran diberikan kepada kumpulan yang mencapai skor yang ditetapkan.Berdasarkan teori perkembangan kognitif (Slavin, 2001) dan teori penerangan kognitif (Slavin, 2000) menerangkan bahawa prestasi murid yang dibimbing dan murid yang membimbing dapat ditingkatkan melalui perbincangan sesama mereka. Manakala teori tingkah laku (Slavin, 2006) mencadangkan struktur matlamat dalam bentuk pengiktirafan kumpulan akan mendorong pelajar untuk bekerjasama bagi mencapai matlamat tersebut. Seterusnya,teori kohesif sosial (Slavin, 2006), interaksi sesama murid yang akrab akan mewujudkan hubungan yang erat menyebabkan murid bersedia untuk saling tolong-menolong di dalam pembelajaran.

2.3 Kajian Berkaitan

Kajian-kajian yang lepas, mendapati pendekatan kaedah koperatif dapat memberikan kesan dalam meningkatkan prestasi murid, meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah, memperbaiki iklim pembelajaran dan mempereratkan hubungan sosial antara murid. Kenyataan ini disokong dengan dapatan kajian-kajian lepas dengan menunjukkan interaksi sesama murid yang menjadi ciri utama pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan hubungan sosial murid dari segi prestasi murid, konsep kendiri dalam diri murid, atribusi pencapaian dan kehendak diri (Liew Su Tim dan Mohd Sharidan, 2003 ). Manakala menurut Noor Azlan Ahmad zanzali (2004) murid dapat mencapai matlamat yang diingini dengan yakin pada diri sendiriserta kebolehan yang ada pada diri mereka dan juga mereka tahu menghargai matematik dalam kehidupan seharian. Pendekatan kaedah koperatif menekankan pendekatan yang berstruktur dan sistematik yang boleh digunakan dalam sebarang peringkat persekolahan dan sesuai untuk pengajaran sebarang pengajaran khususnya yang berbentuk teknikal dan sains.

Berikut adalah kajian pembelajaran koperatif yang telah dijalankan seperti :

Keyser (2000) menyatakan pengajaran matematik secara tradisional adalah pasif kerana ianya banyak melibatkan latih tubi dan pengukuhan. Melalui kaedah koperatif murid mendapat banyak faedah kerana:i) Penyelesaian masalah matematik melibatkan kerjasama interpersonal dan pelajar merasa selesa berbincang sesama sendiri dalam kumpulan kecil berbanding daripada perbincangan dalam kumpulan besar di bilik darjah. ii) Perbincangan dalam pembelajaran koperatif melibatkan perkongsian intelektual. iii) Dalam kumpulan koperatif pelajar menerima bimbingan rakan-rakan yang menambah keyakinan terhadap keupayaannya dalam matematik. iv) Pembelajaaran koperatif juga meningkatkan motivasi murid.Slavin (2006) menyatakan di samping pembelajaran koperatif dalam pembelajaran matematik boleh meningkatkan prestasi murid, kaedah pembelajaran tersebut juga menyediakan ruang untuk mekanisma sosial kepada murid mengembangkan potensi matematiknya melalui interaksi sosial.

Johnson dan Johnson (2009) telah membuat tinjauan ke atas 17 penyelidikan pembelajaran matematik menggunakan kaedah koperatif. Murid yang belajar menggunakan kaedah ini secara sistematik menunjukkan banyak kemajuan dalam aspek keupayaan menggunakan strategi penakulan, keupayaan menjana idea-idea baru dan penyelesaian masalah dengan tepat. Dalam situasi ini, kerjasama mengakibatkan peningkatan prestasi berbanding daripada pertandingan antara individu.

Noor Azlan Ahmad Zanzali, (2004) juga telah mengkaji empat kesan daripada pendekatan pengajaran iaitu pembelajaran koperatif, pembelajaran secara bersaing (competitive), pembelajaran secara individu dan pembelajaran tradisional. Kajian dijalankan menggunakan kaedah eksperimen dan melibatkan ujian pra dan pos, Sebelum dan selepas pendedahan empat kumpulan murid yang berbeza kepada empat pendekatan dirancang. Dapatan kajian beliau mendapati:

i) Pendekatan koperatif merupakan pendekatan yang paling berkesan di antara empat pendekatan pengajaran matematik dari aspek pencapaian kognitif dalam mengingat, memahami dan menyelesaikan masalah matematik dan mengingati konsep dan kemahiran matematik yang dipelajari.ii) Pelajar berkebolehan tinggi, sederhana dan lemah menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding murid yang mengikuti pendekatan pengajaran yang lain.iii) Penggunaan pendekatan koperatif menghasilkan sikap yang lebih baik terhadap matematik berbanding tiga pendekatan pengajaran yang lain.iv) Kerjasama, motivasi luaran, ketidak bergantungan terhadap matlamat dan sumber, semangat kekitaan, sokongan akademik guru , dan konsep kendiri merupakan faktor-faktor signifikan yang mempengaruhi pencapaian dalam matematik.

Mohamad Zulkifli Bin Ab Rahman (2008) telah mengkaji kesan strategi Teams Games Tournament (TGT), salah satu strategi dalam pembelajaran koperatif ke atas sikap murid terhadap matematik di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak. Kajian quasi-eksperimental ini mengukur sikap murid terhadap matematik sebelum dan selepas pendedahan terhadap pembelajaran koperatif. Walaupun tiada perbezaan yang signifikan bagi sikap diperolehi tetapi kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian matematik dan kehadiran pelajar ke kelas. Pengkaji menganggap kedua-dua ini boleh dijadikan penunjuk tentang sikap murid terhadap penggunaan strategi Teams Games Tournament (TGT) dalam pengajaran matematik.2.4 Masalah Pembelajaran muridIsu atau masalah yang menjadi fokus kepada kajian ini ialah mengenal tahap dan kefahaman murid Tahun 5 mengenai tajuk penyelesaian masalah pecahan dan minat murid terhadap matematik melalui pendekatan koperatif. Masalah ini akan dapat dikenalpasti setelah kajian dijalankan. Kajian ini juga akan menitik beratkan kelemahan murid dalam menguasai sifir dan konsep pecahan.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, konsep pecahan merupakan antara konsep matematik yang sering menimbulkan miskonsepsi dalam kalangan murid. Contoh-contoh berikut menunjukkan beberapa miskonsepsi yang berlaku ketika murid mempelajari konsep pecahan.

Menurut Liew Su Tim dan Mohd Sharidan (2004), pelajar sering menyifatkan pecahan sebagai digit yang berasingan iaitu mereka menganggap pengangka dan penyebut sebagai entiti yang boleh dipisahkan dan boleh digunakan secara berasingan. Hasilnya wujud pemahaman yang tidak menentu dan akan menyebabkan berlakunya kesilapan.Sebagai contoh, x = dan bukannya ataupun

Tidak seperti dalam situasi nombor bulat, masalah utama murid dalam mempelajari konsep pecahan ialah fakta bahawa pecahan boleh mempunyai pelbagai makna atau maksud seperti pecahan boleh menunjukkan sebahagian atau keseluruhan, ia juga boleh menjadi perpuluhan, nisbah, hasil bahagi atau ukuran sesuatu nilai. (Kieren, 2008; Ohlsson, 2008).

Sebagai contoh, boleh disebut sebagai 4 bahagi dengan 5 atau 4 nisbah kepada 5 atau 4 daripada .

Pemahaman murid tentang konsep pecahan adalah sangat terhad dan terlalu bergantung kepada bentuk perlambangan atau perwakilan. Sebagai contoh:

i) Murid lebih bermasalah di dalam mengaitkan pecahan wajar dengan menggunakan garis nombor berbanding mengaitkan pecahan wajar dengan menggunakan model sebahagian atau keseluruhan yang mana unitnya sama ada dalam bentuk geometri atau set diskret (Aziz Omar, 2004).ii) Murid berupaya mengaitkan pecahan wajar di garis nombor yang mempunyai satu skala kepanjangan tetapi selalunya tidak berupaya membuat kaitan apabila garis nombor mempunyai dua skala kepanjangan (Aziz Omar, 2004).iii) Walaupun berupaya membentuk pecahan setara, murid seringkali tidak dapat mengaitkan pecahan dan dengan titik yang sama pada satu garis nombor (Aziz Omar, 2004).

Beberapa kajian menunjukkan murid perlu terlebih dahulu mahir dalam menyebut pecahan (contoh; dua pertiga) sebelum mereka menguasai pecahan berbentuk angka (contoh; ). Ini adalah kerana kemahiran berbahasa boleh meningkatkan pemahaman tentang pecahan (Payne, 2006). Sebagai contoh, perkataan dua pertiga boleh dikaitkan dengan dua daripada satu pertiga sesuatu objek.

Untuk menambahkan pemahaman dan memudahkan murid dalam pecahan setara, guru akan memperkenalkan petak sifir di mana ia boleh membantu murid yang lemah, untuk mendapat jawapan bagi pecahan setara dalam masa yang singkat dan tepat. Contoh petak sifir yang ditunjukkan ini boleh digunakan bagi pecahan setara yang mempunyai penyebut hingga 81. Sebelum itu guru perlu memastikan murid mahir dan tahu bagaimana untuk membina petak sifir.

Contoh pecahan setara yang diperolehi melalui kaedah petak sifir:

PETAK SIFIR123456789

24681012141618

369121518212427

4812162024283236

51015202530354045

61218243036424854

71421283542495663

81624324048566472

91827364554637281

Rajah 2.1 : Petak Sifiri)

adalah setara dengan (di mana 2 x 6 = 12 dan 3 x 6 = 18 )

ii)

adalah setara dengan (di mana 2 x 1.5 = 3 dan 4 x 1.5 = 6 )

iii)

adalah setara dengan Seterusnya murid yang mempunyai pemahaman yang baik dalam mentafsirkan konsep sebahagian atau keseluruhan pecahan kadang kala masih juga menghadapi masalah dengan konsep kesamaan dalam pecahan dan keliru tentang kuantiti dengan perkadaran. Selain itu, masih terdapat pemahaman yang terhad dalam kalangan murid tentang pecahan sebagai nombor dan menghadapi masalah dalam menghubungkaitkan pecahan dengan pembahagian (Kerslake, 2008).Di samping itu Behr et al. (2004) ketika membandingkan dua pecahan, murid seringkali mengabaikan konsep penyebut dan pengangka dan lebih memfokus kepada peraturan yang berkaitan dengan nombor bulat. Sebagai contoh:

Yang mana lebih besar ? atau .

Pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga kadang kala boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan murid.

Contohnya:

Ketika membina kefahaman tentang konsep pecahan, penggunaan bahan bantu mengajar kadangkala boleh menimbulkan kekeliruan murid. Oleh itu, model melibatkan luas kawasan adalah lebih sesuai digunakan berbanding dengan penggunaan model set. Ini adalah kerana pendekatan luas kawasan mempunyai ciri-ciri yang lebih luwes dan nyata. Tambahan pula model luas kawasan membolehkan murid menyatakan hampir apa saja pecahan manakala model set pula (seperti kepingan cip berwarna) agak terbatas penggunaannya, terutama dalam mentafsirkan maksud sebahagian atau keseluruhan (English and Halford, 2005; Hope and Owens, 2007).

Menurut Behr et al. (2002) faktor guru juga boleh menyumbang kepada masalah murid dalam mempelajari pecahan. Menurut mereka kebanyakan guru sebenarnya mempunyai kefahaman yang asas sahaja tentang pecahan dan perpuluhan. Perkara ini mengakibatkan guru-guru tidak dapat menyampaikan pengajaran dengan berkesan dan menyebabkan murid - murid terikat dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan perbincangan yang mengelirukan. Sebagai contoh, murid sering salah konsep tentang pendaraban menjadikan nilai semakin besar dan pembahagian menjadikan nilai semakin kecil.

2.5 Rumusan

Daripada hasil tinjauan literatur, terdapat banyak kajian kes telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lepas yang menunjukkan prestasi sebenar pelajar tidak mengukur pengetahuan matematik mereka. Penguasaan pemahaman konsep yang lemah pula menjadi satu halangan kepada murid dalam mempelajari matematik. Murid yang memahami masalah matematik dan menggunakan strategi penyelesaian masalah sahaja yang dapat mengenal pasti masalah, mereka bentuk penyelesaian , menyelesaikan masalah dan berjaya pada peringkat yang lebih tinggi.

Ianya telah menyentuh mengenai konsep pembelajaran koperatif, strategi pembelajaran koperatif, kekuatan pembelajaran koperatif dalam pendidikan matematik dan masalah murid berkaitan menyelesaikan soalan penyelesaian masalah pecahan. Secara globalnya tinjauan yang akan dibuat akan menunjukkan murid memperolehi banyak faedah dari aspek kognitif, kemahiran sosial dan afektif apabila mereka belajar menggunakan pendekatan kaedah koperatif. Kesemua aspek ini akan ditentukan keberkesanannya melalui kajian ini. 19

_1382560971.unknown

_1382561004.unknown

_1383509634.unknown

_1382560976.unknown

_1288030860.unknown

_1288030921.unknown

_1288031174.unknown

_1288031339.unknown

_1288031296.unknown

_1288031024.unknown

_1288030906.unknown

_1288029796.unknown

_1288029880.unknown

_1231073451.unknown

_1231075338.unknown

_1288029656.unknown

_1231075302.unknown

_1231072859.unknown