bab 2 titas bab 2

52
Pengenalan Pandangan Semesta Tamadun Islam Konsep Tamadun Islam Sumber Tamadun Islam Asas Tamadun Islam Kelahiran, Perkembangan dan Kemerosotan Prinsip Tamadun Islam Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun Islam Sumbangan Tamadun Islam Jihad dalam Islam BAB 2 TAMADUN ISLAM

Upload: limlichyn

Post on 30-Sep-2015

271 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

TITAS BAB 2

TRANSCRIPT

Slide 1

PengenalanPandangan Semesta Tamadun IslamKonsep Tamadun IslamSumber Tamadun IslamAsas Tamadun IslamKelahiran, Perkembangan dan KemerosotanPrinsip Tamadun IslamCiri-ciri Keistimewaan Tamadun IslamSumbangan Tamadun IslamJihad dalam IslamBAB 2TAMADUN ISLAMPengenalanIslam - agama diturunkan drpd Allah swt sejak nabi Adam a.sIslam Bahasa: tunduk, patuh, menyerah, sejahteraIstilah : taat kpd Allah swt sepenuh hati tanpa ragu dan patuh kepada segala perintahNya Manifestasi drpd pengertian:Islam membawa manusia ke arah kesatuan akidahIslam merupakan peraturan hidup yg lengkap dan sempurnaIslam adalah pelengkap syariat yg diturunkan kepada nabi dan rasul terdahuluNabi Muhammad saw diutus ketika manusia berada pd zaman jahiliyah dan berdakwah selama 23 thn.

Pandangan Semesta Tamadun Islam (PSTI)Iaitu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi nilai tertentu.PSTI terkandung dalam ajaran al-Quran & al-sunnah bukan bersandar falsafah seperti tamadun lain.PSTI merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan alam.

PSTI

Konsep KeimananKonsep KekuasaanKonsep KemanusiaanKonsep Tamadun Islam (TI)

TI dibina atas kerangka agama Islam sebagai al-din berasaskan akidah, syariah dan akhlakSetengah tamadun mengukur ketamadunan berasaskan pencapaian manusia dr aspek kebendaan.J.K Fiebleman tamadun : kepandaian masyarakat mengeksploitasi materialOswald Spengler : tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan kerana membawa kemajuan.Terdapat beberapa istilah diguna oleh sarjana Arab dan Islam utk menerangkan konsep tamadun Islam, tetapi tidak semua istilah menepati maksud tersebut:Thaqafah (kebudayaan), Umran (perbandaran), Hadharah (kebudayaan bandar & berlawanan dgn Badawi), Madaniyyah (kehidupan bandar) Ibn Khaldun (dlm kitabnya al-Muqaddimah) menggunakan istilah umran & hadharahSyeikh Muhammad Abduh & Muhammad Farid Wajdi perkenalkan istilah madaniyyahJurji Zaydan (kitabnya Tarikh al-Tamaddun al-Islami) telah perkenalkan istilah tammadun berasal drpd perkataan maddana. Antara perkara yg perlu ada dalam tamadun Islam menurutnya:Negara dan pemerintahan IslamBandar IslamStratifikasi sosialSainsPengajaran bahasa ArabBangunan IslamKesenian dan seni binaAbu Hassan Ali al Nadawi (kitabnya Western Civilisation, Islam and Muslim) istilah hadharah dan madaniyyah menepati konsep tamadun Islam dan berpusat kpd wahyuSambunganPandangan sarjana tentang konsep tamadun Islam:Sayyid Qutb Kemajuan yg dihasilkan oleh sekumpulan masyarat spt sistem sosial, pemerintahan dll berteraskan syariat dan akhlak Islam.Said HawaKemajuan yang ditegak atas kebudayaan Islam dan hasilnya relevan dgn kebudayaan tersebutAbu Bakar HamzahSesuatu yg lahir dan berkembang bersama dgn kehidupan manusia sama ada bersifat bukan kebendaan @ sebaliknya.Syed Naquib al-AttasKeadaan kehidupan insan bermasyarakat yg telah mencapai kehalusan tatasusila dan kebudayaan yg luhurKesimpulanSesuatu dianggap sbg tamadun apabila peringkat penyempurnaan (tahsiniyyah) dicapai setelah perkara asas (daruriyyah) dan keperluan (hajiyyah) dilengkapkan.Ciri-ciri Masyarakat Bertamadun

Mereka menjalani kehidupan atas dasar melaksanakan tugasnya sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi.Melaksanakan syariat dalam segenap aspek kehidupan dan membebaskan diri daripada segala bentuk perbuatan syirik.

Matlamat Tamadun IslamUntuk memperoleh kebaikan dan kesejahteraan dalam kehidupan di dunia dan mencapai keselamatan dan kebahagiaan di akhiratJusteru, umat Islam perlu laksanakan amanah amar maaruf, nahi mungkar serta laksanakan tugas sebagai khalifah berdasarkan syariat Allah dan bertaqwa.

SUMBER TAMADUN ISLAMTamadun dan Budaya LainIjtihadAl-Sunnahal -QuranAl-QuranIaitu wahyu yg diturunkan oleh Allah swt kpd Rasulullah saw melalui malaikat Jibrail.Mukjizat yg mengandungi prinsip2 asas Islam dan ilmu pengetahuan merangkumi ilmu kerohanian dan kebendaan yg menjadi teras membangunkan tamadunPendorong manusia utk menggunakan akal utk capai kesejahteraan dan kejayaan dlm kehidupan bersumberkan al-Quran Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan permainan dan hiburan yang melalaikan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik baik bagi orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (al-Anam: 32)

Segala kegiatan dan kejayaan manusia mesti berpandukan syariat yg ditetapkan.Al-SunnahIaitu segala yg disandarkan kepada Rasulullah saw pada perbuatan, percakapan dan pengakuan.Sumber kedua selepas al-Quran - penghurai dan pelengkap al-Quran.Pengabaian terhadap dua sumber ini akan menjadikan tamadun tidak seimbang

IjtihadTamadun manusia yg sentiasa berkembang sering berlaku pembaharuan yg mana terdapat masalah yg memerlukan penjelasan hukum yg tidak terdapat pada al-Quran & al-Sunnah.Ulama memainkan peranan berijtihad.Ijtihad merupakan gabungan tenaga wahyu dan akal bg membangunkan tamadun IslamTamadun dan Budaya LainIslam adalah bersifat terbuka dlm menerima nilai dan idea daripada tamadun lain selagi tidak bercanggah dgn ajaran Islam.Hal ini memperkayakan tamadun IslamPada dasarnya tamadun Islam banyak dipengaruhi tamadun ArabASAS TAMADUN ISLAMAKHLAKSYARIAHAKIDAHAkidahIaitu kepercayaan / keimanan kpd hakikat dan nilai-nilai mutlak, kukuh dalam jiwa setiap muslim. Merupakan perjanjian antara makhluk dgn Allah swtPegangan akidah yg mantap akan membebaskan diri daripada sesuatu yg bersifat makhluk.Hassan al-Banna:Akidah ialah hal2 yg berhubung dengan kepercayaan dan keyakinan dalam hati hingga menjadi tenteram, tidak ragu2 dan bimbang, serta bersih daripada segala syak wasangkaBerbeza dgn ideologi (isme) ciptaan manusia yg bersandarkan falsafah material semata2 dan menafikan kewujudan Tuhan gagal membawa ketenteraman dan menyelesaikan masalah spt sekularisme, materialisme, kapitalisme, liberalisme dsbAkidah melahirakan tamadun yang mantap dan bebas daripada penyelewenganAspek Kepercayaan

Beriman kpdAllah swt, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Akhirat, Qada & QadarAspek Kaedah

Kesatuan, Rasional, Bersifat Terbuka, ToleransiAspek AkidahSyariahIaitu himpunan hukum / peraturan / ketetapan Allah swt bagi mengatur hubungan manusia dgn Allah swt, hubungan sesama dan hubungan dgn alam bagi mencapai kesejahteraan dan keamanan dunia dan kebahagian di akhirat.

Kemudian Kami jadikan kamu menjalankan Syariat dari hukum agama; maka turutlah ia, dan janganlah diturut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui. (al-Jathiyah: 18)

Keistimewaan SyariahBersifat sempurna memenuhi keperluan manusia dlm semua bidangLengkap dalam mengatur semua urusan manusiaBersifat sepaduBersifat universalMatlamat yg jelas mencari redha Allah swtBersifat tetap

Manifestasi Syariah Dlm Tamadun Islam Memelihara lima perkara agama, nyawa, akal, kehormatan, harta bendaMemelihara AgamaAgama Islam = teras tamadun Islam yg wajib dipertahankan kerana ianya merupakan nikmat paling besar. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu. (al-Maidah: 3)

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari Akhirat kelak dari orang yang rugi. (ali-Imran: 85)

Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah, kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan hina. (al-Israa: 22)Memelihara NyawaIslam melarang manusia membunuh tanpa hak.

Katakanlah: Marilah aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhanmu kepadamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatu apapun; dan hendaklah membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah melainkan dengan jalan yang hak. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. (al-Anam: 151)

Memelihara AkalMembezakan manusia dgn haiwan, melayakkan manusia menerima tggjwb, membezakan baik & buruk.Manusia dilarang melakukan perkara yg boleh merosakkan akal Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)

Memelihara kehormatanKehormatan diri seperti maruah dan keturunan di kawal menerusi perkahwinan yg sah. Justeru, jauhi larangan yg merosakan kehormatan Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.(al-Israa: 32)

Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim. (al-Hujurat: 11)

Memelihara Harta BendaHarta merupakan keperluan manusia. Manusia dilarang mengumpulkan harta dengan cara yang salah.Manusia juga disarankan agar menafkahkan harta pada jalam Allah melalui sedekah atau zakat. Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (al-Baqarah: 188) Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (al-Baqarah: 195)

AkhlakIaitu sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku manusia terhadap Allah swt terhadap diri sendiri dan mahkluk lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan al-SunnahPrinsip akhlak bersifat universal, lengkap dan tidak boleh diubahsuai mengikut selera manusiaDlm bahasa Arab khuluq = budi pekerti, tingkah laku, tabiatImam al-Ghazali sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa perlu pertimbangan akal.Antara tujuan Nabi Muhammad saw diutus adalah utk menyempurnakan akhlak Akhlak membezakan manusia dgn haiwan.Akhlak yang baik mencerminkan keimanannya.

Prinsip Tamadun IslamPengabdian kepada Allah swt dlm semua kegiatan hidupBerasaskan akidah IslamKeluhuran nilai kemanusiaanNilai kesucian dan keharmonian hidupManusia sebagai khalifahTamadun Islam menekan aspek hubungan manusia:Allah swtManusiaAlamCiri-ciri / Sifat-sifat Keistimewaan Tamadun IslamBerifat RabbaniAllah swt adalah punca segala kekuasaan, manusia sebagai pemegang amanahAllah swt berikan manusia potensi utk capai ketamadunanAtas sifat Rabbani, TI mempunyai nilai kebaikan, ketenangan, redha Allah swtSesuai dengan fitrah dan akal manusiaTI bersandarkan wahyu dan akal. Tanpanya manusia gagal laksanakan tugas sebagai khalifah.Tidak MembebankanPerintah yang disyariatkan Allah swt sesuai dengan kemampuan manusiaSempurna dan menyeluruhIslam adalah agama utk seluruh umat manusia meliputi semua masa, tempat dan segenap bidang kehidupan.

Kesimbangan rohani dan jasmaniIslam tidak memisahkan dua unsur tersebut daripda kehidupan.Sepanjang zamanPrinsip2 dlm Islam dalam bentuk yang umum, tujuannya untuk disesuaikan dengan kehidupan manusia mengikut zaman dan tempat.Terbuka dan toleransiTI tidak menolak unsur-unsur daripada tamadun lain jika tidak bertentangan dengan hukum syariat Islam.Kesatuan dalam kepelbagaianKewujudan pelbagai bangsa dan bahasa bukan penghalang kepada pembentukan kesatuan umat dalam TI kerana TI tertegak atas prinsip keadilan dan kesaksamaan.Kelahiran dan Perkembangan Tamadun Islam

Faktor kelahiranIslam menekankan perlunya akidah dibina atas keyakinan berasaskan ilmuWahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w jelas Islam mementingkan ilmu pengetahuan dan penggunaan akalIslam menyuruh supaya berfikir dalam mencari kebenaran dan melarang menerima sesuatu secara jahil dan ikut-ikutanAl-Quran dan al-Sunnah mengajak umat Islam mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuanIsu kandungan al-Quran mengandungi pelbagai rahsia ilmu utk diteroka, direnung dan dikajiLuasnya ilmu Allah s.w.t takkan mampu manusia menyelongkar semua rahsia Allah yang maha luas ilmunya.Faktor KecemerlanganKeyakinan Umat Terhadap Ajaran IslamAjaran al-Quran mengajak manusia mempelajari ilmu sains tabii, falsafah dan pelbagai ilmu yg boleh dicapai oleh akalSuatu ilmu dinilai berdasarkan sejauhmana ia boleh membawa manusia mengenali Allah dan mencari kebenaran serta mematuhi suruhanNyaManusia yang enggan menggunakan pancaindera dan akal utk mencari kebenaran merupakan seburuk-buruk manusiaHakikat keyakinan terhadap ajaran Islam, umat Islam di serata tempat berlumba mempelajari dan mengembangkan pelbagai bidang ilmu.Hasilnya, pelbagai ilmu baharu ditemui selain memperbaharui ilmu tinggalan tamadun Greek dan Yunani

Pemerintah yang bertaqwa dan bijaksanaIslam menggariskan bahawa peemerintah mestilah seorang yang bijaksana dan bertaqwaZaman kegemilangan tamadun Islam, para pemimpin adalah terdiri dari kalangan yang bersifat adil, taqwa dan cintakan ilmuSeperti Khalifah Harun al-Rasyid, al-Makmun (kerajaan Abbasiyyah), Abd Rahman III dan al-Hakam II (kerajaan Bani Umayyah), Abd al-Mumin (kerajaan Fatimiyyah)

Sumber Ekonomi yang Luas dan BanyakSalah satu sumber kewangan Islam ialah zakat.Zakat menjadi pendorong umat Islam berusaha mencari harta dan berlumba mengumpul harta agar dapat mengeluarkan zakatApabila empayar Islam semakin luas sehingga ke Andulisia di sebelah barat dan India disebelah timur maka sumber kewangan semakin luasIni membolehkan kegiatan ilmu diberi tumpuan seperti pembinaan sekolah, universiti, perpustakaan, balai cerap.

Politik yang stabilDari abad 8 hingga 13M , dunia Islam dalam keadaan stabilIni membolehkan pemerintah beri tumpuan kepada kegiatan ilmu dan memakmurkan negara IslamUmat Islam bebas mengembara ke seluruh dunia utk tujuan perniagaan atau pengembangan ilmu sehingga Islam tersebar di Alam Melayu

Keadilan yang menyeluruhPemerintah Islam bersifat adil kepada rakyat tanpa mengira anutan agamaOrang bukan beragama Islam diberi kebebasan mengamalkan agama merekaJusteru muncul ramai ilmuan terkenal dlm sejarah Islam di Andalusia dan Baghdad

Ketenteraan yang kuatKekuatan tentera Islam berfungsi utk menggerunkan pihak musuh yang cuba menceroboh dan mengancam umat IslamAntara rahsia kekuatan ialah semangat jihad yg tinggi Justeru di zaman kehebatan tamadun Islam, umat Islam menguasai banyak wilayah termasuk pedagang Islam yang berdagang ke seluruh duniaKedudukan yang Strategik

Sebahagian dunia Islam berada di kedudukan geografi yang strategikUmat Islam menguasai jalan2 pedagangan dan bumi kaya dengan sumber alam

Prasarana yang sempurnaPemerintah2 Islam menyediakan kemudahan utk rakyat spt Saidina Umar al-Khattab mengarah membina terusan di sungai Nil utk tujuan pertanianPada zaman kerajaan Bani Umaiyah di Andulisia, jalan2 banyak dibina yang menghubungkan kota2 dan diterangi dengan lampu

Keterbukaan kepada Tamadun LainIslam iktiraf tamadun2 lain yang bermanfaat utk manusiaMisalnya pada abad ke 8 dan ke 9, banyak karya Yunani dan Latin dlm bidang falsafah dan perubatan diterjemah ke bahasa Arab

Faktor KemerosotanPemerintah yang lemahBerlaku apabila pemerintah berlaku zalim , menindas rakyat dan pemerintah yang tidak amanah dan tidak berkelayakanKerajaan akan huru-hara, politik tidak stabil, ekonomi lumpuhIany pernah berlaku selepas pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah di AndalusiaBerlaku penyelewengan dan keruntuhan akhlakTerdapat pemerintah Islam yang hidup berfoya-foya disebabkan kemewahanIanya menjadi punca musuh-musuh Islam melakukan serangan dan merampas wilayah2 IslamKekurangan sumber ekonomiKekurangan sumber ekonomi akan menyebabkan perancangan pembangunan tidak dpt dijalankan. Masalah sosial akan berlaku spt kegiatan mencuri dan sebagainya

Kegiatan Ilmu tidak berkembangAbad ke 15 hingga ke 18, kegiatan keilmuan dlm kalangan umat Islam kurang menyerlah malah sarjana2 Barat mula bangkit menguasai bidang ilmu.Ini mungkin pihak pemerintah Islam mula menunjukkan kelemahan dan tidak menunjukkan minat dlm keilmuan.Ancaman musuh luarPada tahun 1256M, tentera Monggol tlh menyerang dan menghancurkan Baghdad yg merupakan pusat pemerintahan dan pusat keilmuan pd zaman Bani Abbasiyyah.Banyak khazanah Islam dlm bentuk buku2 dibuang ke sungai FuratPada zaman penjajahan Barat banyak manuskrip di bawa ke negara2 Barat menyebabkan umat Islam kehilangan banyak khazanah yg dihasilkan oleh ilmuan IslamBencana AlamBencana alam seperti wabk penyakit, kemarau panjang, banjir besar, ribut, tsunami dan gempa bumi menjadi faktor meruntuhkan tamadunDalam al-Quran, banyak kisah umat terdahulu yang telah Allah binasakan dengan bencana seperti kisah kaum thamud yang dihancurkan dengan halilintar kerana kufur dgn seruan Nabi Saleh.

Sumbangan Tamadun IslamAkidahIslam membebaskan manusia dari sebarang bentuk penyembahan selain Allah swtSosialTI memperkenalkan prinsip keadilan, persamaan, kehormatan dan kemuliaan insan dlm aspek sosialEkonomiBerteraskan keadilan, mengharamkan riba dan segala bentuk penindasanPolitikPerkenalkan prinsip keadilan dan amanah. Kewajipan mentaati pemimpin yang taat ke Allah swt dan rasulNya.Ilmu PengetahuanIslam menggalakkan manusia menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan, bukan sekadar ilmu tradisi tetapi juga ilmu moden bg pembangunan tamadun Islam yg unggulKesenianTI telah melahirkan kesenian yang pelbagai termasuk seni bahasa dan tulisan, sastera, seni bina, seni muzik dsb.Jihad Menurut IslamJihad seringkali difahami sebagai tindakan yang dikaitkan dengan perjuangan menggunakan senjata atau secara fizikal yang bersifat kekerasan.Hakikatnya, jihad dalam Islam memberi pengertian yang cukup meluas meliputi seluruh aspek kehidupan

Pengertian JihadPerkataan jihad diambil dari perkataan bahasa Arab berasal dari kata jahada bermaksud menggunakan segala usaha dengan bersungguh2 untuk mendapatkan atau menolak sesuatu.Pengertian jihad menurut syariah menentang orang kafir di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap dakwah bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi.Umumnya, jihad diertikan sebagai berjuang dalam peperangan, berjuang menentang hawa nafsu dan lain-lain perjuangan pada jalan Allah swt untuk menegakkan kalimah Allah (Islam)Dalil Jihad "Berangkatlah engkau semua, dengan rasa ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta-harta dan dirimu semua fisabilillah."(at-Taubah: 41)

Sabda Rasulullah saw bermaksud:Barangsiapa mati, sedang ia tidak pernah berjihad dan tidak mempunyai keinginan untuk jihad, ia mati dalam satu cabang kemunafikan. Muttafaq Alaihi.Berjihadlah melawan kaum musyrikin dengan hartamu, jiwamu dan lidahmu. (Riwayat Ahmad dan Nasai)

Jihad Nafsu (Jihad agung)Jihad Zahir Bahagian Jihad Bahagian:1. Jihad dgn hatiJihad dgn lisanJihad dgn ilmuJihad dgn hartaJihad dgn diri @ nyawaMusuh: Kafir, Munafik, FasikMusuh: Iblis & Syaitan Kelahiran, Perkembangan dan Kemerosotan Tamadun IslamKemunculan TI di Mekah berbeza dgn tamadun lain bukan faktor geografi

Kerajaan Bani UmayyahKerajaan Bani Umayyah di Damsyik (661-750M)Membentuk sistem pentadbiran yang lebih sistematikMenjadikan Damsyik menjadi pusat pemerintahanMeluaskan kuasa politik khalifahSains dan teknologi mula berkembangAktiviti penterjemahan daripada bahasa Latin ke bahasa ArabKota Basrah menjadi pusat penyebaran ilmuPusat pengajian banyak ditubuhkan dan kegiatan ilmu giat dijalankanMembina hospital, masjid, jalanrayaMenukar matawang Byzantine dan Parsi kepada matawang IslamMengemaskini pentadbiran baitulmal dan tubuh baitulmal setiap wilayahMembahagikan pasukan tentera kepada lima pasukan

Kerjaan Bani Umayyah di Andalusia (756-1031M)Pemerintahan di Andalus dan berpusat di CordovaPenguasaan ke atas Andalusia oleh kerajaan Bani Umayyah mula berlaku pada zaman pemerintahan Abdul Rahman al-Dakhil 1Zaman kegemilangan berlaku pada zaman khalifah Abdul Rahman III dan al-Hakam II

Bidang PendidikanDi zaman al-Hakam II, ramai sarjana Islam dihantar ke beberapa wilayah misalnya, Cairo, Damacus, Baghdad untuk mengumpul buku-buku dalam pelbagai bidangDi zaman beliau terdapat 17 pusat pengajian dan 70 perpustakaan di AndalusiaPusat pengajian tinggi di Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman III menjadi pusat pengajian terkenal di Eropah. Pusat pengajian terkenal lain terdapat di Seville, Toledo, Malaga dan Granada

Pusat PenterjemahanPusat penterjemahan terkenal terletak di ToledoKesan kegiatan penterjemahan menjadikan Andalusia pusat kegemilangan tamadun Islam dan menjadi penggerak kepada kebangkitan masyarakat Eropah. SenibinaAntara senibina terkenal istana al-Hamra dan masjid jamek CordovaEkonomiSistem kewangan ditubuhkan bg mengimbang pendapatan dan perbelanjaan.Sumber pendapatan zakat, jizyah, kharaj dsb.Cordova menjadi pusat ekonomi dan perdagangan antarabangsa.Andalusia juga menjadi pusat membuat tembikar, perhiasan perak dan emas, memproses kulit, mengeluar senjataSektor pertanian dimodenkan

Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah

Sistem pergantian khalifah melalui garis keturunan tidak jelas sehingga menimbulkan persaingan dalam kalangan anggota keluarga.Penentangan daripada golongan Syiah dan Khawarij yang tidak bersetuju dengan penubuhan kerajaan Umayyah Berlaku pertentangan etnik antara suku kaum Arab Utara (Bani Qais) dan Arab Selatan (Bani Kalb) sejak sekian lama yang menyukarkan kerajaan Bani Umayyah mewujudkan kesatuanKelemahan pemerintahan disebabkan sikap hidup sebahagian pemerintah yang hidup bermewah dan kurang memberi perhatian terhadap perkembangan agama.Munculnya gerakan penentangan daripada keturunan al-Abbas b. Abdul Mutalib yang mendapat sokongan Bani Hasyim dan kaum Mawali (non-Arab) yang tidak berpuas hati dengan pemerintah kerajaan Bani Umayyah

Zaman Kerajaan Bani Abbasiyyah (750M 1258M)

Pemerintahan Abbasiyah adalah berketurunan daripada al-Abbas B. Abdul Mutalib, bapa saudara Nabi s.a.w. Pengasas kerajaan keturunan al-Abbas ialah Abdullah as-Saffah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-Abbas Pusat pemerintahan di Baghdad.Pemerintahan Abbasiyah bermula dari tahun 132H hingga tahun 656H. Tempohnya ialah selama 524 tahun. Pada tahun 656H, kaum Tatar melanggar dunia Islam, membunuh khalifah Abbasiyah serta ramai kaum keluarganya. Maka, berakhirlah zaman pemerintahan Abbasiyah.

Sumbangan Kerajaan Bani AbbasiyyahPendidikanPemerintah menggalakkan masyarakat menimba ilmuSetiap masjid dilengkapi sekolah dan perpustakaanGolongan penyelidik dan ahli karya dianugerahkan hadiahKhalifah Abu Jaafar al-Mansur pelupor kegiatan intelektual. Pengasas kota Baghdad dan kolej perubatan. Menjemput Jurjis b Jibril, pengarah hospital Jundishapur ke Baghdad sebagai pengarah kolej perubatan.Baghdad menjadi pusat intelektual terunggul pada masa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid (786-809M) yang juga pengasas Khizanah al-Hikmah.Kemuncak kegiatan keilmuan berlaku pada zaman al-Mamun Harun al-Rasyid (813-833M). Lahir ramai sarjana dalam pelbagai bidang ilmu. Khizanah al-Hikmah dibesarkan dan ditukar nama kepada Baytul Hikmah. Dilantik Hunayn b. Ishaq sebagai pengarahnya.PenterjemahanAktiviti penterjemahan karya klasik Yunani, Parsi dan India bermula pada pemerintahaan al-Mamun. Usaha ini dilakukan oleh sarjana yang bertugas di Baytul Hikmah.Kegiatan penulisan dan penyusunan kitab hadis, fiqh dan tafsir al-Quran giat dijalankan.Aktiviti penterjemahan ke bahasa Arab membolehkan sarjana Islam mempelajari ilmu sains zaman sebelum Islam. Ekonomi dan kewanganPerkembangan dapat dilihat melalui peranan baitulmal menjaga khazanah negara dan mengagihkan mengikut keperluan.Sumber ekonomi perdagangan dan pertanianSumber kewangan zakat dan cukai-cukai

Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiyyah

Kelemahan pemerintah seperti khalifah al-Wasiq yang tidak melakukan pembaharuan dan banyak bergantung kepada pegawai2 Turki utk tadbir negara.Banyak jawatan disandang oleh bangsa Turki dan Parsi menyebabkan kuasa khalifah terbatas.Perebutan kuasa khalifah di antara putera2 al-Mutawakil menyebabkan pentadbiran lemah.Kegawatan ekonomi disebabkan berlakunya rusuhan dan pemberontakan di akhir zaman kegemilangan. Serangan daripada musuh2 luar seperti tentera Georgia dan Armania, tentera Salib dan tentera Monggol. Terdapat juga wilayah-wilayah jajahan Islam menuntut kemerdekaan. Ini menyebabkan kerajaan pusat di Baghdad tidak dapat mengawalMelakukan tindakan yang keterlaluan ke atas golongan Syiah dan orang-orang Umayyah serta golongan ulama termasuk Imam Abu Hanifah disebabkan tidak sependapat dan enggan menerima jawatan yang ditawarkan oleh khalifah.Zaman Kerajaan Bani Uthmaniyah (1258-1924)

Nama Uthmaniyah diambil bersempena nama sultan Uthman sultan pertama kerajaan Turki Uthmaniyah.Pengasas kerajaan ini Uthman bin Sauji Bin Erturgul b. Sulaiman Shah.Mula bertapak di Asia Kecil dan kemudian di Istanbul.

Sumbangan Zaman Kerajaan Bani Uthmaniyah

Pentadbiran dan PerundanganSultan Sulaiman telah memperkenalkan peraturan bagi kerajaannya Kanun SulaimanSistem organisasi dan perundangan Islam diwujudkanJawatan kadi, mufti dan sheikhul diperkenalkan

EkonomiWujud hubungan perdagangan antara Timur dan Barat meliputi laut tengah, laut Merah, lautan Hindi dan Mediterranean.Istanbul menjadi pusat perdagangan.

SosialMenghapuskan sistem berasaskan keturunan dan susun lapis masyarakat