bab 2 keushawanan

41

Upload: hattamahfar

Post on 02-Aug-2015

89 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 Keushawanan
Page 2: Bab 2 Keushawanan

1. Pengenalan keusahawanan(i) Definisi keusahawanan(ii) Perbezaan antara usahawan, peniaga, dan pengurus(iii) Peranan usahawan kepada;

Masyarakat perniagaannya

2. Teori keusahawanan(i) Pendekatan ekonomi(ii) Pendekatan psikologi(iii) Pendekatan sosiologi(iv) Adakah usahawan dilahir @ dilatih

3. Ciri-ciri usahawan(i) Inisiatif yang tinggi(ii) Berani mengambil risiko(iii) Sanggup berkorban dan lain-lain

4. Mencari idea perniagaan(i) Sumber idea baru

Pelanggan Produk sedia ada Saluran pengedaran Patent Penyelidikan & pembangunan Professional & jururunding Dasar kerajaan

(ii) Kaedah manjana idea Kumpulan fokus Sumbangsaran Analisis kemahiran tenaga manusia

5. Proses merealisasikan idea(i) Faktor-faktor memilih idea(ii) Langkah-langkah merealisasikan idea

6. Strategi memulakan perniagaan(i) Mulakan sendiri(ii) Mengambil alih perniagaan sedia ada(iii) Francais(iv) Perikatan strategik

7. Pembiayaan dan sumber modal(i) Konsep modal

Kewangan Modal teroka Modal ekuiti Modal hutang Bukan kewangan

(ii) Sumber modal

Page 3: Bab 2 Keushawanan

Formal Tidak formal

8. Kemudahan dan bantuan(i) Jenis-jenis kemudahan

Bantuan kewangan Tapak kilang Khidmat nasihat & rundingan Pembangunan usahawan

(ii) Pihak-pihak yang memberi bantuan Agensi kerajaan Badan-badan berkanun Pihak swasta

9. Rancangan perniagaan (i) Definisi(ii) Tujuan(iii) Sasaran

Pekerja Pembiaya & pelabur Rakan kongsi Pembekal usahawan

(iv) Format utama rancangan perniagaan Rumusan eksekutif Pengenalan Tujuan Latar belakang syarikat Latar belakang pemilik/ ahli kongsi Stuktur organisasi Latar belakang projek Rancangan pemasaran Rancangan pengeluaran/ operasi Rancangan kewangan

Page 4: Bab 2 Keushawanan

1. Definisi keushawanan Satu proses mewujudkan organisasi perniagaan. Satu bidang yang

memperkenalkan sesuatu yang baru dari sumber yang ada seperti; buruh, bahan mentah dan menjadikan nilai sumber ini lebih tinggi daripada sebelumnya. Sanggup menanggung risiko & memperoleh ganjaran daripada usaha tersebut.

2. Perbandingan @ perbezaan antara usahawan, peniaga dan pengurus.Isi Usahawan Peniaga Pengurus

Motif @ tujuan

Mementingkan keuntungan dan disamping itu mengutamakan jasa bakti kepada masyarakat dan negara. Contoh: memberi derma, biasiswa, menaja anak yatim dan sebagainya

Mementingkan keuntungan semata-mata tidak mengutamakan sumbangan kepada masyarakat @ negara

Bekerja dan mendapat imbuhan dalam bentuk gaji @ kenaikan pangkat

Aktiviti Sentiasa berusaha untuk maju dengan mencipta sesuatu yang baru @ melakukan pembaharuan terhadap produknya

Hanya menjalankan aktiviti jual beli tanpa melakukan sesuatu pembaharuan terhadap produk @ perniagaanya

Menyelia para pekerja & memastikan fungsi pengurusan berjalan dengan lancar

Risiko Sanggup menanggung risiko seperti kewangan, kerugian & melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain

Tidak sanggup menanggung risiko & berpuas hati dengan perniagaan yang sedia ada

Berhati-hati dengan risiko & hanya menurut perintah pihak atasan sesebuah kerajaan

Page 5: Bab 2 Keushawanan

3. Peranan usahawan(i) Usahawan dalam perniagaannya sendiri (Mikro)

Isi HuraianMemaksimumkan

keuntunganUsahawan sentiasa mencari & mengenalpasti peluang @ cara-cara bagi memaksimumkan keuntungan perniagaannya

Meningkatkan produktiviti Usahawan sentiasa mencari @ mengenalpasti cara-cara bagi meningkatkan aktiviti pengeluaran produknya

Melatih pekerja Usahawan melatih para pekerjanya dengan menghantar pekerjanya menghadiri kursus @ latihan berkaitan dengan kerja

Menjana idea perniagaan Usahawan sentiasa mencari & menjana idea perniagaan bagi meningkatkan keuntungan

Meminimumkan kos Usahawan sentiasa mencari & mengenalpasti cara-cara meminimumkan kos & seterusnya akan meningkatkan untung

Page 6: Bab 2 Keushawanan

(ii) Peranan usahawan kepada masyarakat (Makro)Isi Huraian

Menyediakan peluang pekerjaan

Usahawan membuka perniagaan & ini memerlukan pekerja bagi mengisi jawatan seperti pengurus, kerani, operator & sebagainya. Ini memberi peluang kepada masyarakat tempatan untuk bekerja & juga mewujudkan pekerjaan di rumah

Penggunaan sumber tempatan

Usahawan memulakan & membeli bahan- bahan mentah di persekitaran ia beroperasi bagi pengeluaran produk-produk. Contoh: kilang tayar menggunakan getah di sekitar. Ini akan meningkatkan pendapatan penduduk

Menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat

Usahawan yang telah berjaya akan menjadi sumber inspirasi @ model kepada masyarakat & akan melahirkan usahawan baru. Usahawan juga akan memberi pendidikan kepada usahawan baru

Membangunkan industri sokongan

Kewujudan sesuatu perniagaan akan membangunkan industri di sekitar @ tempat ia beroperasi. Contoh: perniagaan ditubuhkan maka wujud perniagaan lain di sekitarnya. Contoh: bank, pasaraya kedai makan & sebagainya

Memberi sumbangan @ tanggungjawab sosial

Usahawan memberikan sumbangan daripada pendapatan mereka kapada masyarakat sebagai tanggungjawab sosial seperti; derma kebajikan, pembinaan prasarana, biasiswa, membantu anak kurang upaya & sebagainya.

Menghasilkan pelbagai produk @ barangan &

perkhidmatan

Usahawan akan menghasilkan pelbagai produk & penglinatan keperluan masyarakat seperti; barangan pengguna, makanan, dan sebagainya. Ini memberi pengguna untuk membuat pilihan yang baik & memenuhi citarasa

Meningkatkan taraf hidup Usahawan menyediakan peluang pekerjaan dan menghasilkan pelbagai produk & perkhidmatan yang memenuhi keselesanaan masyarakat. Ini meningkatkan taraf hidup masyarakat

Meningkatkan kemudahan infrastktur

Kewujudan perniagaan akan meningkatkan kemudahan infrastuktur terutamanya tempat ia beroperasi & seterusnya ia juga akan turut dinikmati oleh masyarakat sekitarnya. Contoh: lebuh raya, bekalan elektrik, kemudahan pengangkutan LRT & sebagainya.

Page 7: Bab 2 Keushawanan

4. Faktor-faktor yang mendorong perkembangan dan kejayaan sesebuah perniagaanIsi Huraian

Modal Modal mencukupi sumber modal boleh diperolehi daripada pinjaman bank, rakan kongsi, simpanan sendiri & sebagainya.

Lokasi Lokasi yang strategi & sesuai seperti ramai pendudukan, maka ada daya kuasa beli yang tinggi & kurang persaingan

Minat, pengetahuan &

pengalaman

Usahawan perlu mempunyai minat yang mendalam & berkekalan. Mempunyai pengetahuan & pengalaman dalam menguruskan perniagaan seperti pengurusan kewangan, pemasaran & sebagainya

Persaingan Mengenalpasti siapa pesaing, berapa bilangan, kekuatan & kelemahannya membuat perancangan & strategi bagi mengatasi pesaing

Undang-undang & peraturan

Usahawan perlu mengetahui undang-undang & peraturan berkaitan perniagaan seperti akta syarikat, akta jualan, akta sewa beli & sebagainya. Perlu juga mengetahui undang-undang & peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan

Sumber bekalan Mencari bekalan yang termudah & menawarkan bekalan yang berkualiti & tawaran kredit untuk jangka masa panjang serta memberi diskaun niaga yang besar.

Produk & perkhidmatan

berkualiti

Usahawan perlu memastikan produk @ perkhidmatan yang dihasilkan adalah berkualiti. Usahawan perlu membuat penyelidikan & pembangunan produk & mendapat taraf standart kualiti @ ISO

Pekerja cekap & terlatih

Usahawan perlu memastikan pekerjanya adalah cekap dan terlatih. Untuk memastikan pekerjanya cekap & terlatih, pekerja perlu diberi latihan & kemahiran yang tertentu.

Rangkaian perniagaan luas

Perniagaan perlu mempunyai rangkaian perniagaan yang luas dengan membuka cawangan-cawangan baru di merata-rata tempat

Pengurusan masa berkesan

Usahawan perlu bijak mengurus masanya dengan berkesan seperti menepati masa, menjalankan mesyuarat tepat pada masanya & membuat perbincangan yang perlu

Ekonomi stabil Keadaan ekonomi yang stabil akan menggalakkan permintaan terhadap sesuatu produk @ perkhidmatan disediakan kerana pengguna mempunyai pekerjaan & mampu membelinya

5. Teori keusahawanan

Page 8: Bab 2 Keushawanan

Pendekatan HuraianPendekatan sosiologi Pendekatan ini menerangkan keadaan @ faktor sosial

yang mempengaruhi seseorang itu melibatkan diri dalam keusahawanan. Ia mengambil kira factor-faktor sosial seperti budaya, galakan masyarakat, pengalaman & pendidikan yang pernah diterimanya, role model & sebagainya.Tokoh: Max Weber

Beliau memasukkan unsure-unsur keagamaan sebagai asas kejayaan sesebuah kejayaan: model pembangunan sosial

Model ini menerangkan bahawa seseorang usahawan itu lahir daripada proses sosialisasi masyarakat

Pendekatan ekonomi Pendekatan ini menerangkan bahawa seseorang itu melibatkan diri dalam keusahawanan kerana beliau inginkan keuntungan & kekayaan. Usahawan akan sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan keuntunganTokoh: Israel Kirznei

Beliau mengatakan bahawa usahawan adalah orang tengah & mengaut keuntungan

Pendekatan psikologi Pendekatan ini mengkaji usahawan dari sudut ciri-ciri personaliti yang dimiliki oleh seseorang usahawan. Ciri-ciri personaliti usahawan berbeza dengan bukan usahawan. Usahawan mempunyai ciri-ciri personaliti seperti sanggup menanggung risiko, kreatif & inovatif, bekerja kuat & mempunyai kawalan diri yang tinggi : model baka

Model ini menerangkan bahawa usahawan itu lahir daripada identitinya tersendiri

6. Sifat-sifat peribadi usahawan yang berjaya

Page 9: Bab 2 Keushawanan

Isi HuraianInisiatif yang tinggi Usahawan mempunyai daya usaha yang tinggi untuk

menjayakan perniagaannya

Sanggup @ berani menanggung risiko

Usahawan sanggup menanggung risiko seperti kewangan, kerugian & menghasilkan produk yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain

Sanggup berkorban Usahawan sanggup berkorban basa, tenaga & wang

Bekerja kuat Usahawan sanggup bekerja kuat tanpa mengira penat & masa

Bijak merebut peluang Usahawan sentiasa merebut peluang yang tiada disekelilingnya

Belajar dari kesilapan Usahawan akan belajar daripada kesilapan yang tidak pernah dilakukannya

Keupayaan memimpin Seseorang usahawan boleh memimpin para pekerjanya untuk mencapai matlamat perniagaannya

Berkeyakinan Usahawan perlu mempunyai sifat yakin terhadap diri sendiri & perniagaannya boleh berjaya

Kreatif & inovatif Usahawan perlu mempunyai sifat kreatif & inovatif iaitu sentiasa mencipta sesuatu yang baru & membuat perubahan terhadap produk & perniagaannya

7. Sumber idea perniagaan

Page 10: Bab 2 Keushawanan

i) sumber-sumber idea baruSumber/ isi HuraianPelanggan Memberi & meyatakan idea & pendapat meraka.

Menjalankan soal selidik terhadap pelanggan. Pelanggan menyatakan barangan yang pernah dilihat oleh mereka sama ada di majalah @ di luar negara

Produk sedia ada Mengeluarkan produk yang sedia ada tetapi menukarkan corak pembungkusan, reka bentuk, kualiti yang lebih baik & sebagainya

Syarikat sedia ada Syarikat @ perniagaan sudah sedia ada, Cuma menambahkan @ mempelbagaikan lagi produk @ barangan @ dengan membesarkan lagi syarika tersebut.

Pengalaman & kemahiran Menggunakan pengalaman dan kemahiran yang ada yang diperolehi semasa belajar @ bekerja. Contoh: sebagai mekanik berdasarkan pengalaman membuka bengkel sendiri

Dasar kerajaan Mendapat idea perniagaan daripada dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Contoh: “belilah barangan buatan Malaysia”, “satu rumah satu komputer”

Media & bahan bacaan Mendapat idea perniagaan daripada media & bahan bacaan mengenai citarasa & permintaan pengguna terhadap sesuatu produk

Penyelidikan & pembangunan

Mengeluarkan @ menghasilkan produk baru hasil daripada penyelidikan & pembangunan yang telah dijalankan. Contoh: manghasilkan produk berasaskan gamat.

Patent Merupakan hakcipta yang dilindungi oleh undang-undang. Sesuatu idea mengenai keluaran boleh didaftarkan bagi mendapatkan hak perlindungan daripada undang-undang, daripada ditiru @ dicetak. Patent ini boleh dijual kepada pengusaha yang ingin mengeluarkan keluaran tersebut secara sah

Jururunding & professional Merupakan golongan pakar dalam satu-satu bidang & dirujuk untuk mencetuskan idea perniagaan. Contoh: jururunding, seperti jurutera, arkitek, akauntan & sebagainya

Saluran pengedaran Terdiri daripada pemborong, ajen & peruncit. Mereka ini membantu mengedarkan produk daripada pengilang @ pemborong kepada pengguna. Golongan ini mengedar pelbagai barang & jenama mendapat idea perniagaan dan membuat perbandingan terhadap pelbagai produk & maklumbalas daripada pengguna

ii) Kaedah menjana idea

Page 11: Bab 2 Keushawanan

Kaedah-kaedah HuraianManjalankan

tinjauanIaitu mencari kehendak & keperluan pelanggan. Dilakukan secara formal & tidak formal. Secara formal melibatkan temubual dengan orang ramai @ menjawab soal selidik & seterusnya kesimpulan @ hasil soal selidik dijadikan idea perniagaan. Secar tidak formal dengan menemubual ahli-ahli keluarga, rakan-rakan tentang produk @ perniagaan baru.

Sumbangsaran Teknik yang digunakan untuk mendapatkan idea perniagaan dengan menjana sebanyak mungkin idea. Dilaksanakan secara kumpulan. Dalam kumpulan itu terdapat seorang pencatat & seorang ketua. Tugas pencatat ialah mencatatkan kesemua idea yang diberikan oleh ahli-ahli kumpulan. Tugas ketua ialah memulakan sesi, menanyakan soalan & memastikan sesi itu tidak berhenti.Peraturan-peraturan semasa sumbangsaran;

(i) Jangan mengkritik idea orang lain(ii) Terima senua idea walaupun tidak munasabah(iii) Manjana @ memikirkan sebanyak munkin idea(iv) Bergabung & memperbaiki idea membentuk satu idea

baruMembuat

pemerhatianMembuat pemerhatian di sesuatu tempat. Contoh: membuat pemerhatian di suatu kawasan perumahan yang ramai penduduk tetapi tiada stesen minyak. Maka lahit idea perniagaan membuka kedai stesen minyak

Menyinpan buku nota

Idea boleh lahir pada bila-bila masa seperti masa tidur, masa makan, memandu dan sebagainyaIdea ini mungkin boleh hilang daripada ingatan. Oleh itu, setiap idea yang lahir perlu ditulis dalam buku catatan agar tidak lupa

Kumpulan fokus Kaedah ini menggunakan sekumpulan individu terdiri daripada 6 hingga 12 orang. Mereka dikumpulkan dalam satu bilik bersama dengan seorang fasilitator @ pemudahcara. Tugas fasilitator ialah menjadi orang tengah, bertanya soalan & menggalakkan ahli kumpulan membincangkan iso satu produk baru. Melalui kaedah ini usahawan dapat mengetahui pendapat @ komen dari orang lain mengenai sesuatu produk @ mengenalpasti produk baru

Analisa kemahiran tenaga manusia

Analisis diukur dengan mengemaskinikan maklumat tentang tenaga manusia @ pekerja sesebuah organisasi seperti senarai nama, sifat-sifat & kemahiran yang dimiliki setiap pekerja. Hasil analisis kemahiran tenaga manusia ini akan digunakan:

(i) Untuk memenuhi kehendak pengurusan sumber manusia(ii) Untuk membuat keputusan seperti memperkenalkan

produk baru(iii) Untuk merancangkan bentuk latihan kepada pekerja(iv) Mengurus program-program perkembangan & memilih

kakitangan baru.8. Strategi memulakan perniagaan

Page 12: Bab 2 Keushawanan

i) Strategi-strategi memulakan perniagaan

Strategi/ isi HuraianMemulakan

sendiriLangkah-langkah memulakan sendiri:

(i) Menyediakan satu perancangan bertulis tentang perniagaan yang akan dijalankan seperti mengandungi maklumat seperti kewangan, prosedur, pemasaran dan sebagainya

(ii) Menentukan jenis @ bentuk organisasi sama ada tunggal, perkongsian @ syarikat

(iii) Memilih lokasi yang strategik seperti ramai penduduk, kurang pesaing dan sebagainya

(iv) Menentukan jenis sumber modal(v) Menghadiri latihan dan kursus berkaitan dengan

pengurusan perniagaan (mengenai perakaunan, pengurusan dan sebagainya)

(vi) Menentuka produk @ perkhidmatan yang ingin dikeluarkan

(vii) Menyediakan tenaga pekerja sama ada mahir @ tidak mahir

(viii) Mendaftarkan & mendapatkan lesen perniagaan(ix) Mengetahui teknologi yang terkini seperti komputer,

internet, faks & sebagainya(x) Berhubung dengan pakar seperti peguam (undang-

undang perniagaan, bank, pinjaman, insurans dan sebagainya)

Mengambil alih perniagaan sedia

ada

Membeli perniagaan yang sedia ada @ mewarisi & meneruskan perniagaan keluarga.Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mengambil alih perniagaan sedia ada:

(i) Mempunyai minat mandalam & kecenderungan dalam perniagaan

(ii) Mengenalpasti kedudukan kewangan perniagaan yang akan diambil alih sama ada kukuh @ tidak

(iii) Mengenalpasti bilangan pesaing sama ada ramai @ tidak(iv) Mengenalpasti sama ada perniagaan itu berpotensi

berkembang @ tidakFrancais Definisi

Satu kaedah pemasaran produk @ perkhidmatan di syarikat induk (francais) memberikan hak untuk memasarkan produk @ perkhidmatan tersebut kepada usahawan (francaisi) & perlu membayar royalty @ yuran kepada syarikat induk

Jenis-jenis @ bentuk:

Page 13: Bab 2 Keushawanan

(i) Francais pengilangan produk Usahawan mendapat lesen untuk mengilagkan produk

mengikut formula, resipi @ rekabentuk yang disediakan oleh syarikat induk. Contoh: pembotolan pepsi

(ii) Francais lessen bertanda dagang @ jenama Usahawan mendapat lesen untuk menjual sesuatu produk

dengan menggunakan jenama @ dagang & menerima ganjaran dalam bentuk komisen. Contoh: Dunhill, Bonia.

(iii) Francais wakil pengedar Usahawan mendapat lesen untuk mengedar produk

syarikat induk. Contoh: Proton Edar, EON, SHEEL, dan sebagainya

(iv) Francais penganjur Usahawan mendapat lesen untuk menganjurkan program

milik syarikat induk. Contoh: Who Want To Be A Millionair

Perikatan strategik

Definisi Satu kerjasama antara dua @ lebih syarikat yang bertujuan

mendapatkan teknologi produk, kemahiran, kepakaran & pengetahuan di peringkat nasional @ antarabangsa

Kaedah-kaedah/ cara-cara(i) Usahasama

a. Usahasama domestik (tempatan) Dua @ lebih syarikat tempatan membentuk satu

usahasama untuk mengeksport ke antarabangsa @ untuk tempatan. Mereka berkongsi tanggungjawab, kos, kepakaran & keuntungan dibahagi mengikut pelaburan masing-masing

b. Usahasama antarabangsa Syarikat tempatan membentuk usahasama dengan syarikat

asing iaitu negara yang ingin ditembusi pasarannya(ii) Perlesenan

Sesebuah syarikat (penerima lesen) membuat satu perjanjian dengan pemegang lesen di negara asing yang ingin ditembusi pasarannya. Syarikat ini akan membayar royalti @ yuran tertentu bagi membolehkannya mendapat hak @ lesen untuk menggunakan proses pengeluaran, cap dagang, reka bentuk, dan sebagainya hak milik pemegang lesen.

(iii) Pemilikan bersama Satu syarikat tempatan berusaha sama dengan pelabur

asing untuk mewujudkan satu perniagaan tempatan Kedua-dua pihak ini akan berkongsi hak milik & kawalan

terhadap perniagaan yang ditubuhkan

Page 14: Bab 2 Keushawanan

ii) Kebaikan & melemahan strategi memulakan perniagaana) Kebaikan dan kelemahan memulakan perniagaan sendiri

Kebaikan Kelemahan(i) Bebas membuat keputusan

seperti menentukan sendiri lokasi, produk, modal, pekerja dan sebagainya

(ii) Berpeluang untuk membangunkan imejnya tersendiri

(iii) Menentukan sendiri lokasi perniagaan seperti strategic, ramai penduduk maka kurang kuasa beli tinggi, kuranfg persaingan.

(iv) Berpeluang memilih kemudahan fizikal seperti tempat letak kereta, berdekatan tempat pengangkutan awam da sebagainya

(i) Tiada produk perniagaan yang terdahulu untuk dijadikan rujukan, hanya boleh membuat andaian untuk jualan & perbelanjaan serta keuntungan.

(ii) Tiada pelanggan sedia ada kerana belum dikenali.

(iii) Usaha yang memakan kasa untuk berkembang & dikenali

(iv) Kesukaran mendapatkan pinjaman terutama daripada bank kurang yakin dengan perniagaan baru maka perlu menggunakan modal simpanan sendiri

b) Kebaikan dan kelemahan mangambil alih perniagaan sedia adaKabaikan Kelemahan

(i) Rekod perniagaan sudah terbukti seperti jumlah jualan, perbelanjaan & keuntungan.

(ii) Pelanggan yang sedia ada(iii) Lokasi sedia ada yang strategic(iv) Perhubungan dengan bank

(pinjaman) & pembekal (membekalkan bahan mentah @ barang sedia ada)

(v) Pekerja sedia ada & terlatih, tak perlu cari & melatih pekerja.

(vi) Imej perniagaan sudah ada & baik

(vii) Modal perniagaan sedia ada

(i) Kemungkinan rekod perniagaan terdahulu lemah

(ii) Kemungkinan imej sedia ada buruk

(iii) Lokasi perniagaan lama mungkin tidak sesuai & tidak strategik

(iv) Terikat dengan undang-undang & perjanjian yang sedia ada dengan pihak bank & pembekal.

(v) Kemungkinan mewarisi hutang-hutang lalu dengan bank & pembekal

(vi) Kemungkinan keadaan fizikal perniagaan buruk seperti: bangunan lama & peralatan lama.

(vii) Sukar melakukan perubahan @ pembaharuan & teruskan yang lama

Page 15: Bab 2 Keushawanan

c) Kebaikan dan kelemahan francaisKebaikan Kelemahan

(i) Pelbagai latihan disediakan oleh syarikat induk seperti latihan pengurusan, perakaunan, pengiklanan & sebagainya kepada usahawan.

(ii) Syarikat induk memberikan bantuan kewangan, kepada usahawan untuk membeli bekalan & peralatan

(iii) Jenama @ imej sesuatu produk francais sudah terkenal, tidak perlu promosi @ pengiklanan

(iv) Kaedah pengurusan terbukti berjaya & usahawan meneruskan sahaja

(v) Bantuan berterusan iaitu syarikat induk sentiasa membantu seperti kawalan perbelanjaan & tamabahan produk baru

(i) Yuran & royalty tinggi bagi mendapatkan lessen

(ii) Kawalan terhadap perniagaan terhad kerana setiap keputusan datangnya daripada syarikat induk.

(iii) Masalah imej: sekiranya francaisi lain tidak melayan baik pelanggan, akan memjejaskan francaisi lain termasuk yang baru ingin bermula

(iv) Terdapat francaisi @ syarikat induk menipu francaisi seperti tidak memberikan bantuan seperti yang dijanjikan

d) Kebaikan dan kelemahan perikatan strategicKebaikan Kelemahan

(i) Syarikat-syarikat yang bergabung yang mempunyai kepakaran & pengalaman yang dapat dikongsi

(ii) Kerugiaan diminimumkan kerana syarikat yang bergabung sama-sama menanggung kos kerugian

(iii) Mengurangkan bilangan pesaing

(iv) Kedua-dua @ syarikat bergabung mempunyai kepentingan dalam perniagaan & ini mendorong syarikat-syarikat ini bekerja kuat

(i) Kemungkinan terdapat konflik antara syarikat yang bergabung

(ii) Kemungkinan satu pihak mendedahkan rahsia kepada syarikat lain

(iii) Kemungkinan ketidak serasian antara syarikat-syarikat yang bergabung

(iv) Kesukaran mencapai persetujuan perkara berhubung perniagaan

Page 16: Bab 2 Keushawanan

9. Pembiayaan dan sumber modal i) Definisi modal

Modal ialah sebarang kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan lebih banyak kekayaan kepada perniagaan tersebut. Ia wujud dalm pelbagai bentuk seperti wang tunai, kemahiran & pengetahuan, kilang, peralatan, mesin & sebagainya.

ii) Konsep-konsep modalKonsep modal HuraianModal teroka Rakan kongsi @ syarikat-syarikat besar yang bertindak

sebagai pelabur yang akan membuat pelaburan dalam usaha meneroka sesuatu perniagaan baru baginya

Modal ekuiti Modal yang dikeluarkan oleh pemilik itu sendiri untuk dilaburkan dalam perniagaan seperti simpanan sendiri. Bagi syarikat awam pula modal ekuiti diperolehi dengan menjual saham kepada orang awam (pelabur)

Modal hutang Modal yang diperolehi secara pinjaman & ini memerlukan pembayaran balik pinjaman tersebut bersama faedah. Contoh: pinjaman daripada bank.

Modal bukan kewangan Modal dalam bentuk kemahiran & pengetahuan seperti kemahiran manguruskan perniagaan, pengetahuan dalam perakaunan, teknologi maklumat & sebagainya. Ini membantu usahawan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Modal tetap Aset-aset tetap yang digunakan untuk mengeluarkan produk & perkhidmatan seperti bangunan, tanah, komputer, mesin & peralatan.

Modal kerja Merupakan tabung sementara bagi perniagaan. Modal ini digunakan untuk membiayai kos jangka pendek seperti membeli irentori, membayar bil-bil & untuk menghadapi sebarang kecemasan

Modal tumbuh Modal ini diperlukan apabila perniagaan sedia ada berkembang seperti membuka cawangan baru

iii) Sunber-sumber modal

Page 17: Bab 2 Keushawanan

Sumber modal HuraianSumber formal (i) Bank komersil

Seperti Bank Rakyat, Maybank(ii) Syarikat-syarikat kewangan

Seperti Maybank Finance(iii) Agensi-agensi kerajaan

Seperti Kementerian Pembangunan Usahawan(iv) Sewa beli

Iaitu membeli peralatan & aset-aset tetap seperti kenderaan mesin, bangunan secara sewa beli iaitu dibayar secara ansurans @ bulanan.

(v) Badan-badan berkanun Contoh: MARA, Perbadanan Kemajuan Negeri

(vi) Pembekal @ vendor Tidak meminjamkan wang tetapi membekalkan

bahan mentah secara kredit @ hutang(vii) Menjual saham

Iaitu bagi syarikat persendirian saham dijual kepada ahli keluarga & saudara-mara & bagi syarikat awam pula saham dijual kepada orang ramai.

Sumber tidak formal (i) Simpanan sendiri Seperti jual rumah @ harta lain

(ii) Meminjam daripada rakan @ saudara mara (iii) Rakan kongsi

iv) Sumber modal @ pembiayaan secara hutang

Page 18: Bab 2 Keushawanan

a) definisi sesebuah perniagaan mendapatkan sumber modal secara hutang

seperti meminjam wang daripada bank, pembekal & agensi-agensi kerajaan

b) sumber-sumber modal @ pembiayaan hutangSumber HuraianPinjaman

Bank Perdagangan

atau Saudagar

Lima perkara @ faktor-faktor yang dinilai oleh bank sebelum meluluskan pinjaman:

(i) karakter peribadi peminjam yang dapat meyakinkan pihak bank

seperti membayar pinjaman yang lepas tepat pada masanya.

(ii) Kapasiti Kemampuan peminjam untuk membayar balik

pinjaman(iii) Modal

Jumlah modal yang telah peminjam laburkan dalam perniagaannya

(iv) Sandaran Harta @ aset yang boleh disandarkan @ dicagarkan

kepada bank & nilai mengikut jumlah pinjaman(v) Kedudukan

Iaitu keadaan ekonomi & semasa yang perlu pihak bank ambil kira seperti kemelesetan ekonomi & sebagainya

Pembekal Pembekal menyediakan modal dalam bentuk membekalkan bahan mentah @ produk kepada perniagaan secara kredit @ hutang.

Pinjaman dari agensi

kerajaan dan badan

berkanun

Pinjaman dari agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Usahawan Nasional Berhad.

v) Sumber modal @ pembiayaan ekuiti

Page 19: Bab 2 Keushawanan

a) definisi sejumlah modal yang dikeluarkan oleh pemilik itu sendiri untuk

dilaburkan dalam perniagaannya. Bagi syarikat awam pula modal ekuiti diperolehi dengan menjual saham kepada orang awam (pelabur)

vi) Perbezaan antara sumber pembiayaan hutang & penbiayaan ekuitiPembiayaan hutang Pembiayaan ekuiti

Merupakan pinjaman yang diambil oleh perniagaan

Merupakan pelaburan ke dalam perniagaan

Pinjaman perlu dibayar semula dalam jalan masa tertentu

Tidak perlu dibayar semua kecuali jika pelabur ingin tarik diri dari perniagaan tersebut

Pinjaman perlu dibayar faedah pada kadar perats tertentu dalam apa jua keadaan bankap @ tak untung

Hanya perlu bayar dividen kepada pelabur jika perniagaan mendapat untung

Pemberi pinjaman seperti bank, pembekal tidak mempunyai hak milik terhadap perniagaan.

Pelabur mempunyai hak milik terhadap perniagaan

10. Kemudahan & bantuan

Jenis-jenis kemudahan

Huraian

a) Khidmat nasihat & perundingan

Memberi pengetahuan & nasihat dalam aspek pengurusan kepada usahawan.Bentuk-bentuk program yang disediakan:

a) Program Perkhidmatan Penurusan Perundingan Program ini memberikan pengetahuan & nasihat

kepada usahawan baru & lama tentang kaedah merancang perniagaan, menganalisis penyata kewangan, kos pengeluaran & sebagainya. Contoh: MARA

b) Program meningkatkan kualiti & produktiviti Program ini memberikan pengetahuan & nasihat

mengenai kawalan kualiti produk & juga menggunakan teknologi tinggi untuk mengeluarkan produk & meningkatkan produktiviti. Contoh: SIRIM

c) Program membangun & merekabentuk produk Program ini memberi pengetahuan untuk meningkatkan

pembangunan & rekabentuk sedia ada pertingkatkan teknologi & mengalakkan ciptaan-ciptaan baru. Contoh: SIRIM

b) Tapak kilang & a. MARA

Page 20: Bab 2 Keushawanan

kemudahan prasarana MARA menyediakan tapak kilang & perniagaan kepada usahawan bumiputera seperti menyediakan kompleks jualan, pejabat, rumah-rumah kedai & bangunan.

b. Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) UDA menyediakan ruang-ruang pejabat & bangunan

untuk usahawan. UDA juga menubuhkan & membangun Bandar-bandar baru & Bandar lama. UDA juga membantu usahawan mendapat tapak perniagaan yang strategic di bandar

c. Zon Perdagangan Bebas Kawasan ini disediakan oleh kerajaan untuk firma-firma

pembuatan @ kilang-kilang yang mengeluarkan produk untuk dieksport. Di kawasan ini beberapa peraturan kastam dilonggarkan seperti cukai.

d. Malaysia Industrial state & Limited (MIEL) MIEL menyediakan & membina tapak kilang &

rekabentuk yang sesuai untuk industri perkilangan. MIEL juga memindahkan industri yang beroperasi di tanah haram ke tempat yang disediakan.

d) Pembangunan Usahawan

(agensi utama terlibat dalam pembangunan usahawan ialah Kementerian Pembnagunan Usahawan)

Obektif Kementerian Pembangunan

Usahawan:

~Melahirkan & membangunkan lebih ramai usahawan bumiputera yang mahir, berkualiti & berdaya saing.~Mewujudkan kerjasama antara usahawan bumiputera & bukan bumiputera

Antara program pembangunan usahawan.(i) Program ini menekankan usahasama antara usahawan

bumiputera dengan usahawan cina & India. Ini dapat membantu usahawan bumiputera yang memerlukan tunjuk ajar, nasihat & peluang bekerja.

Antara bentuk usahasama:a. Usahawan bumiputera & bukan bumiputera bergabung

menubuhkan syarikat usahasamab. Usahawan bumiputera menyertai syarikat bukan bumiputera

dengan cara membeli saham & terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut

c. Usahawan bukan bumiputera menyertai syarikat bumiputera dengan cara membeli saham & terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut

d. Syarikat tempatan ditubuhkan oleh usahawan bumiputera & bukan bumiputera bergabung dengan syarikat asing

(ii) Program mentor mentee Melibatkan syarikat besar sebagai mentor membantu &

membangunkan usahawan kecil sebagai mentee-mentor. Memberi latihan, tunjuk ajar kepada mentee supaya dapat berdikari & bersaing

Mentor memberi peluang perniagaan & sokongan kepada mentee

(iii) Program pembangunan vendor

Page 21: Bab 2 Keushawanan

~Membentuk sikap, nilai, etika & budaya usahawan supaya mampu bersaing, berdikari & mengharapkan bantuan kerajaan~Membantu usahawan diperingkat rendah & pertengahan

Bertujuan mewujudkan hubungan antara industri kecil sedarhana (IKS) dengan syarikat besar. Dalam progran ini, IKS menjadi sokongan kepada syarikat besar. Syarikat besar akan menyediakan pasaran @ membeli produk keluaran IKS

(iv) Program pembangunan Francais Dalam program ini, syarikat induk, francaisor akan

memberikan hak kepada usahawan (francaisi) untuk menjalankan perniagaan @ memasarkan produk yang sama dengan syarikat induk. Francaisi akan menggunakan jenama, resipi, rekabentuk sama dengan syarikat induk. Contoh: KFC

(v) Program latihan keusahawanan Program ini diadakan seperti bengkel, seminar, ceramah

& forum dengan tujuan mewujudkan budaya usahawan. Antara program yang diadakan, Program Usahawan untuk pelajar IPT & Skim Latihan Perniagaan kepada Pegawai Kerajaan yang bersara.

d) Bantuan kewangan Antara agensi-agensi yang memberi bantuan kewangan:(i) MARA

Menyediakan pinjaman seperti skim pinjaman kecil, skim pinjaman professional, skim pinjaman pengangkutan & sebagainya

(ii) Kementerian Pembangunan Usahawan Menyedikan pinjaman seperti skim modal asas,

skimpembiayaan francais, jaminan bagi skim, perbankkan tanpa faedah, skim jaminan anjal & sebaginya.

(iii) Bank-bank Perdagangan Contoh: Public Bank, EON, DCB Menyediakan pelbagai jenis pinjaman

(iv) Syarikat-syarikat Kewangan Contoh: Maybank Finance

(v) Bank Negara Malaysia Menyediakan pinjaman seperti Tabung Industri

Bumiputera, tabung keusahawanan baru, tabung IKS & sebaginya

(vi) Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB)(vii) Skim Jaminan Kredit

Skim seperti skim-skim jaminan am, skim pinjaman khas, skim pinjanam utama & sebagainya

(viii) Bank Pembangunan Malaysia Skim modal asas, skim modal asas IKS Skim perbankkan syariah, tabung usahawan baru

Page 22: Bab 2 Keushawanan

ii) Pihak-pihak yang memberi bantuan dan kemudahan perniagaan

Jenis bantuan & kemudahan

Kerajaan Badan-badan berkanun

Swasta

a) Khidmat nasihat dan perundangan

Kementerian pembangunan usahawan

Kementerian Belia & Sukan

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

MARA Institut

Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI)

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

Institut Standard & Penyelidikan Malaysia (SIRIM)

Syarikat-syarikat swasta, IPTS

b) Pembangunan usahawan

Kementerian Pembangunan Usahawan

MARA Syarikat-syarikat swasta

c) Tapak kilang & kemudahan prasarana

Kementerian Pembangunan Usahawan

Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

MARA Lembaga

Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

Syarikat-syarikat swasta

d) Kewangan Kementerian Pembangunan Usahawan

Kementerian Belia & Sukan

MARA Perbadanan

Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Bank-bank Perdagangan

Syarikat-syarikat Kewangan

Bank-bank Saudagar.

11. Rancangan perniagaan

Page 23: Bab 2 Keushawanan

i) Definisi Adalah dokumen bertulis secara terperinci tentang perniagaan yang akan

dijalankan. Dokumen ini mengandungi maklumat tentang organisasi, kewangan, rancangan pemasaran, sumber modal, produk & sebaginya

ii) Sasaran @ kumpulan yang memerlukan rancangan perniagaan

Sasaran/ isi HuraianUsahawan Untuk memahami matlamat perniagaannya

Untuk membantu mengendalikan perniagaan dengan mengetahui hala tuju perniagaannya

Pembiaya RP yang baik dapat menggambarkan maklumat kewangan perniagaan. Ini akan meyakinkan pembiaya seperti bank untuk memberi pinjaman. RP digunakan oleh bank untuk menilai sama ada usahawan mampu membayar balik pinjaman @ sebaliknya

Pembekal RP yang baik & berpotensi akan meyakinkan pembekal untuk membekalkan bahan mentah @ produk secara jualan kredit @ hutang

Pelanggan Melalui RP pelanggan dapat mengetahui sama ada produk yang dikeluarkan memenuhi kehendaknya @ tidak. Pelanggan juga rasa lebih selamat & selesa kerana yakin produk yang digunakan selamat & bersih.

Rakan kongsi RP yang baik dapat menarik rakan kongsi untuk melabur dalam perniagaan itu, ini kerana rakan kongsi dapat mengetahui kedudukannya @ prestasi syarikat itu sama ada kukuh @ tidak

Pekerja Pekerja dapat memahami tugasnya dengan jelas. Matlamat yang dikongsi bersama, tahu hala tujunya, harapan syarikat kepadanya & apakah sumbangan yang perlu diberi bagi mencapai matlamat syarikat

Pelabur Untuk mengetahui secara terperinci perniagaan & menilai sama ada perniagaan itu boleh maju, bersaing @ tdak. Ini perlu untuk pelabur membuat keputusan melabur dalam perniagaan itu.

Kerajaan Kerajaan dapat mengetahui sama ada perniagaan yang dijalankan sah @ tidak & dapat mengukur pencapaian perniagaan & menilai jumlah cukai yang perlu dibayar oleh perniagaan itu.

Pengurus Pengurus dapat meneliti matlamat syarikat & menjadikannya RP sebagai garis panduan aktiviti & memantau aktiviti tersebut. Aktiviti yang tidak mengikut garis penduan yang ditetapkan akan dibetulkan.

iii) Tujuan atau kepentingan rancangan perniagaan

Page 24: Bab 2 Keushawanan

Tujuan/ isi HuraianGaris panduan untuk

menguruskan perniagaan RP memberi panduan kepada pengurus bagi

menjalankan perniagaan. Ia merupakan perancangan yang jelas tentang misi, matlamat, ramalan kewangan, perancangan pemasaran, pengeluaran & sebaganya

Mengurangkan kesilapan RP dapat mengurangkan kesilapan sama ada dilakukan oleh pihak pengurusan @ pekerja. Ini kerana RP akan memandu semua pihak untuk mencapai metlamat yang sama & ini dapat meminimumkan kesilapan & penyelewengan dapat dielak dari awal lagi

Kemudahan kawalan Dengan adanya RP pihak pengurus melaksanakan apa yang telah dirancang. Ini memudahkan kawalan kerana sekiranya matlamat tidak dicapai maka penilaian akan dibuat untuk mencari puncanya.

Meyakinkan pihak-pihak berkentingan

RP yang baik dpat meyakinkan pihak-pihak berkepentingan seperti bank untuk memberi pinjaman, pembekal membekalkan bahan mentah secra kredit & pelabur untuk melabur dalam perniagaan

Menilai prestasi dan kemajuan syarikat

Dengan adanya RP, penilaian boleh dibuat dari masa ke semasa untuk memastikan apa yang dirancang sama dengan apa yang dilaksanakan. Sekiranya syarikat tidak mencapai apa yang dirancang maka penilaian akan dibuat mencari puncanya.

Menggunakan sumber-sumber organisasi dan

meningkatkan produktiviti

Dengan adanya RP sumber-sumber organisasi seperti bahan mentah, buruk, modal yang ada dapat digunakan dengan sepenuhnya & ini dapat meningkatkan produktiviti & mengelakkan pembaziran

Menuju sasaran yang sama RP menjadi garis panduan kepada setiap pekerja daripada pihak atasan hingga bawahan tentang sasaran yang perlu dicapai dalam usaha mencapai matlamat yang sama.

iv) Format utama rancangan perniagaan

Page 25: Bab 2 Keushawanan

Format HuraianRumusan Eksekutif

(Ringkasan Rancangan Perniagaan)

Merupakan ringkasan @ rumusan keseluruhan rancangan perniagaan.

Merupakan bahagian awal yang dibaca & perlu disediakan sebaik mungkin bagi meyakinkan pihak-pihak yang berkepentingan.

Ia mengandungi maklumat seperti jenis perniagaan, latar belakang syarikat, jenis produk, modal, ramalan kewangan dan sebagainya.

Pengenalan Bahagian pengenalan memberi gambaran ringkas & spesifik berkenaan aktiviti utama perniagaan & mengandungi maklumat seperti jenis perniagaan, nama & lokasi @ alamat perniagaan,jenis produk, modal, ramalan kewangan dan sebagainya.

Situasi semasa perniagaan

Bahagian ini menyatakan situasi semasa perniagaan. Ia mengandungi maklumat seperti: persekitaran pasarn semasa (teknologi & persaingan, oleh sebab itu faktor-faktor mempengaruhi produk. Persaingan, teknologi) oleh sebab itu harga meningkat @ menurun, saluran agihan (siapa yang mengedar produk).

Objektif Bahagian ini menyatakan matlamat jangka pendek & jangka panjang @ halatuju syarikat dalam tempoh beberapa tahun.

Latar belakang syarikat

Antara maklumat yang dimasukkan dalam bahagian ini ialah alamat, bentuk perniagaan, no. pendaftaran perniagaan, modal perniagaan & sebagainya.

Latar belakang pemilik

Bahagian ini mengandungi malkumat @ butir-butir peribadi pemilik perniagaan & rakan kongsi jika ada, seperti nama penuh, kad pengenalan, tarikh lahir, umur, jantina, alamat, telefon, taraf perkahwinan, kelulusan akademik & sebagainya.

Stuktur organisasi Dalam bahagian ini, dilukis & dijelaskan secara ringkas carta organisasi perniagaan yang dirancangkan.

Maklumat seperti nama jawatan & fungsi utama setiap jabatan diterangkan seperti Jabatan Pentadbiran, pemasaran, pengeluaran, kewangan & sebagainya.

Rancangan Bahagian ini menerangkan strategi pemasaran yang akan

Page 26: Bab 2 Keushawanan

pemasaran digunakan untuk mencapai metlamat pemasaran perniagaan. Antara maklumat yang dimasukkan ialah produk @ perkhidmatan yang ditawarkan.

Sasaran pasaran (siapa yang akan guna produk) Pesaing (siapa, berapa bilangan, kekuatan & kelemahan

pesaing) Saluran agihan @ pengedaran (siapa akan mengedarkan

produk) Promosi (kaedah-kaedah & strategi promosi) Ramalan jualan (jualan bagi sehari & sebulan) Perbelanjaan pemasaran

Rancangan kewangan

Bahagian ini mengandungi perancangan untuk mencari sumber pembiayaan @ modal jangka pendek & jangka panjang serta ramalan keuntungan.

Antara maklumat yang dimasukan ialah, kos perlaksanaan projek (mesin, tanah, buruh & sebagainya)

Sumber pembiayaan @ modal (sendiri, pinjaman & sebagainya)

Penyata-penyata ramalan kewangan seperti kunci kira-kira, aliran tunai & penyata pendapatan.

Lampiran Lampiran disertakan bagi menyokong rancangan perniagaan. Antara lampiran yang disertakan adalah lessen perniagaan,

pengiklanan, penyata-penyata kewangan, gambar produk & sebagainya.

TAJUK: KEUSAHAWANAN

Page 27: Bab 2 Keushawanan

STPM 1999

1. Terangkan perbezaan antara peniaga dan usahawan (2 markah)2. Terangkan empat sumbangan usahawan kepada masyarakat (6 markah)3. Huraikan tiga pendekatan yang disarankan oleh pakar keusahawanan bagi

memahami teori keusahawanan (9 markah)4. Terangkan lima faktor mendorong kejayaan sebuah perniagaan (10 markah)5. Huraikan sumber-sumber modal yang boleh diperolehi oleh usahawan

(5 markah)

STPM 2000

1. Jelaskan maksud perikatan strategic, dan berikan dua kaedah bagaimana perikatan strategik lazim dilaksanakan (2 markah)

2. Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan, dan nyatakan empat kumpulan yang merlukannya (5 markah)

3. Seorang usahawan yang berminat untuk menjalankan perniagaan boleh memulakan perniagaan baru dengan sendiri ataupun dia boleh mengambil alih perniagaan sedia ada;

a) Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulakan perniagaan baru (9 markah)

b) Bandingkan kelebihan dan kelemahan menjalankan perniagaan antara perniagaan baru dengan perniagaan yang diambil alih (16 markah)

STPM 2001

1. Huraikan maksud keusahawanan (2 markah)2. Huraikan empat sifat peribadi usahawan berjaya (6 markah)3. Huraikan empat sumber idea baru selain pelanggan (6 markah)4. Terangkan bagaimana pendekatan ekonomi boleh digunakan dalam teori

keusahawanan (3 markah)5. Bincangkan empat peranan usahawan dalam masyarakat (10 markah)6. Anda ditugaskan oleh Kelab Bimbingan Rakan Sebaya sekolah anda untuk

memberikan penerangan kepada ahli kelab yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang bukan dari kelas pengajian perniagaan. Anda merancang untuk melaksanankan tugas tersebut menerusi satu siri kuliah.Sediakan perincian kuliah anda yang mencakupi topik strategi memulakan perniagaan, kepentingan rancangan perniagaan disediakan, dan pihak yang memerlukan rancangan perniagaan. (21 markah)

Page 28: Bab 2 Keushawanan

STPM 2002

1. Namakan tiga agensi yang terlibat dalam memberikan bantuan kewangan kepada usahawan, dan nyatakan satu contoh skim atau tabung pinjaman kewangan yang ditawarkan oleh setiap agensi berkenaan. (3 markah)

2. Huraikan empat peranan Kementerian Pembangunan Usahawan (4 markah)3. Terangkan tiga bentuk francais dan berikan contoh bagi setiap bentuk francais

tersebut. (6 markah)4. Sediakan rancangan perniagaan aspek pemasaran (15 markah)5. Jelaskan bagimana saluran pengedaran dan penyelidikan dan pembangunan boleh

membantu usahawan mencetuskan idea perniagaan (5 markah)6. Pembiayaan modal boleh diperoleh melalui modal ekuiti dan modal hutang.

Jelaskan (10 markah)7. Dalam membuat keputusan untuk meluluskan pinjaman kepada usahawan, pihak

bank biasanya akan berpandukan faktor-faktor tertentu. Jelaskan faktor-faktor tersebut (10 markah)

STPM 2003

1. Huraikan peranan agensi yang berikut dalam memberi bantuan kewangan kepada usahawan,;

(i) Kementerian Pembangunan Usahawan(ii) Bank Pembangunan dan Infrastuktur Malaysia Berhad (6 markah)

2. Jelaskan lima tujuan rancangan perniagaan daripada perspektif usahawan.(10 markah)

3. Bincangkan bentuk khidmat nasihat dan perundingan yang boleh diperoleh daripada agensi kerajaan, badan berkanun, dan swasta. (9 markah)

4. Terangkan tiga bentuk francais dan berikan contoh yang relevan. (6 markah)5. Bagaimanakah dasar kerajaan dapat membantu mencetuskan idea yang berguna

kepada seseorang usahawan? (5 markah)6. Huraikan maksud sumbang saran dan nyatakan peraturan sesi sumbang saran.

(8 markah)7. Terangkan maksud program mentor-mentee, tujuannya, dan bagaimana program

tersebut dilaksanakan dalam konteks pembangunan usahawan. (3 markah)