bab 2 fasakh

61
BAB DUA KONSEP MASLAHAH DAN KAITANNYA DENGAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN SECARA FASAKH 2.1 Pengenalan Secara literal, dalam Bahasa Arab, maslahah bermaksud sesuatu yang tidak mengandungi keburukan dan juga ditakrifkan sebagai manfaat, iaitu kebaikan dan faedah. Maslahah menurut lafaz hakiki bermaksud sesuatu dalam keadaan sempurna untuk tujuan apa benda itu digunakan. Contohnya pen faedahnya adalah untuk menulis. Menurut lafaz majazi iaitu perbuatan yang mendatangkan kebaikan. Contohnya belajar akan mendapat ilmu dan ilmu memberi faedah kepada penuntutnya. Secara konseptual, Imam Ghazali dalam Kitab al-Mustasfa mendefinisikan maslahah sebagai kefahaman asas tentang penghasilan kebaikan dan penolakan keburukan dan merujuk kepada lima objektif syarak iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kata Al-

Upload: ameq

Post on 20-Jun-2015

1.435 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2 FASAKH

BAB DUA

KONSEP MASLAHAH DAN KAITANNYA DENGAN PEMBUBARAN

PERKAHWINAN SECARA FASAKH

2.1 Pengenalan

Secara literal, dalam Bahasa Arab, maslahah bermaksud sesuatu yang tidak

mengandungi keburukan dan juga ditakrifkan sebagai manfaat, iaitu kebaikan dan

faedah. Maslahah menurut lafaz hakiki bermaksud sesuatu dalam keadaan sempurna

untuk tujuan apa benda itu digunakan. Contohnya pen faedahnya adalah untuk menulis.

Menurut lafaz majazi iaitu perbuatan yang mendatangkan kebaikan. Contohnya belajar

akan mendapat ilmu dan ilmu memberi faedah kepada penuntutnya. Secara konseptual,

Imam Ghazali dalam Kitab al-Mustasfa mendefinisikan maslahah sebagai kefahaman

asas tentang penghasilan kebaikan dan penolakan keburukan dan merujuk kepada lima

objektif syarak iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kata Al-

Khawarizmi dalam kitab Al-Maqasid Al-Ammah li Al-Syariah Al-Islamiyyah pula

menyatakan maslahah sebagai: Pemeliharaan terhadap objektif syarak dengan

menghindar keburukan daripada makhluk3.

2.1.1 Aplikasi Maslahah Menerusi Maqasid Syariah3 Syafique. sunt. 2007. Fiqh Usrah: Aplikasi Maslahah dalam Penentuan Hak Hadhanah. Akademi Fiqh Malaysia. Hlm. 25.

Page 2: BAB 2 FASAKH

13

Secara dasarnya, bagi mencapai tahap maslahah yang dikehendaki agar pensabitan

dalam sesuatu penghakiman berlaku dengan adil, mahkamah akan merujuk kepada

maqasid syariah yang merangkumi tiga bahagian iaitu:

a) Keperluan asas atau maslahah daruriyyah

Kepentingan yang terhenti ke atasnya kehidupan manusia sama ada dalam

persoalan keduniaan atau keagamaan. Sekiranya gugur, maka kelangsungan maslahah

dunia akan terganggu malah membawa kerosakan dalam kehidupan, hilangnya kejayaan

dan akan membawa kerugian yang besar.4 Dalam penghakiman kes fasakh, bagi

keperluan asas maslahah daruriyyah ianya dapat dilihat dalam lima aspek utama iaitu

melibatkan soal agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

i. Kebajikan Menjaga Agama (Daruriyyah al-Din)

Menurut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang)

2004 iaitu telah menetapkan beberapa keadaan yang boleh mensabitkan fasakh jika

berlaku, dari segi kebajikan dapat dilihat pada seksyen 53 subsekyen 1(a),(b) yang

melihat kepada ketiadaan suami atau isteri selama setahun serta pengabaian atau cuai

dalam memberikan nafkah. Perkara ini boleh menyebabkan pengabaian terhadap

kebajikan keluarga serta boleh memudaratkannya.5 Perkara ini penting bagi memastikan

44 Ibid. Hlm. 26.55 Seksyen 53 1(a)(b). Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam(Negeri Pulau Pinang) 2004.

Page 3: BAB 2 FASAKH

14

kebajikan dalam agama dapat dijalankan dengan baik serta tidak memudaratkan

seseorang itu bagi memenuhi tuntutan agama. Perkara ini bukan hanya melibatkan dua

subseksyen ini sahaja tetapi ada beberapa lagi subseksyen yang mementingkan

kebajikan agama bagi membolehkan seseorang itu mendapat haknya. Ini dapat dilihat

melalui hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Al-

Daraqthoni:

Sabda Rasulullah s.a.w:

عن أبى سعيد الخدرى رضى الله عنه أنالنبى صلى الله عليه وسلم :

� 6 وال ض�رار.ض�رر�ال

رواه ابن ماجه والدارقطن

Maksudnya:

“ Daripada Abi Said Al-Khuzri r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda : “Tidak memudaratkan dan tidak dimudaratkan.”

(Riwayat Ibn Majah dan al-Daraqtani)

ii. Kebajikan Menjaga Nyawa (Daruriyyah al-Nafs)

66 Muhammad Bin Yazid Bin Abdullah Bin Majah al-Qazwini, Sunan Ibn Majah, Kitab al-Ahkam, Bab man bana fi haqqihi ma yadurru bijarihi, al-juzu’7, No. Hadis 2331. Hlm. 143.

Page 4: BAB 2 FASAKH

15

Umumnya dapat dikatakan bahawa perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang besar

dalam kehidupan. Kebajikan dalam menjaga ketenteraman keluarga mahupun nyawa

terletak di bawah tanggungjawab ketua keluarga dan tidak dinafikan kehendak dan

ketentuan Allah dalam merancang kehidupan hambanya. Maka, syarak menetapkan

bahawa sesebuah keluarga mestilah berteraskan syarak dan tanggungjawab mestilah

dilaksanakan agar dapat menjaga kebajikan menjaga keluarga ataupun dikatakan nyawa

bagi hidupnya. Seperti mampu memberi nafkah yang cukup kepada isteri ataupun anak-

anak dan tanggungan yang ada. Kebajikan nyawa termasuklah penyediaan tempat

tinggal dan kediaman yang selamat. Kegagalan menyediakannya akan menyebabkan

mafsadah atau kebajikan isteri dan anak- anak terancam kerana rumah berfungsi sebagai

pelindung kapada segala bahaya. Kebajikan nyawa bukan hanya terhad kepada tempat

tinggal mahupun nafkah tetapi perlu juga dipentingkan tentang kesihatan ahli keluarga

supaya dapat menjalani kehidupan yang sempurna7.

iii. Kebajikan Menjaga Akal (Daruriyyah al-Aql)

Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulum al-Din mendefinisikan akal dari sudut kerohanian

sebagai satu keupayaan untuk menggarap ilmu pengetahuan tentang hakikat segala hal

dan berupaya menimbang segala baik dan buruk yang diperintahkan oleh hati.

Penjagaan akal dilihat dari dua aspek iaitu negatif dan positif. Secara negatifnya seperti

77 Syafique. sunt. 2007. Fiqh Usrah: Aplikasi Maslahah dalam Penentuan Hak Hadhanah. Akademi Fiqh Malaysia. Hlm. 27.

Page 5: BAB 2 FASAKH

16

larangan mengambil minuman memabukkan dan makanan yang boleh merosakkan

kesihatan akal. Secara positifnya seperti mendapatkan seberapa banyak maklumat dan

pengetahuan. Penjagaan akal dapat diertikan dengan pendidikan. Apabila dikolerasikan

dalam masalah fasakh, pendidikan menjadi mekanisme terbaik bagi proses

perkembangan perkahwinan bagi mengatasi masalah keluarga yang dihadapi. Jika

sesebuah keluarga mempunyai toleransi dan menerapkan pendidikan dalam kehidupan

maka sesebuah keluarga itu hidup dalam keadaan aman dan tenteram. Pendidikan tidak

semestinya menumpukan kepada pendidikan umum tetapi boleh dilihat dari segi

penjagaan akhlak dan nilai murni dalam keluarga. Penerapan akhlak islam dalam

keluarga adalah kaedah yang terbaik bagi sesebuah keluarga. Penerapan akhlak

Rasulullah adalah yang terbaik untuk keluarga berdasarkan hadis nabi iaitu;

Sabda Nabi s.a.w:

�ي ع�ن& �ر�ين ب خ&� ة� أ �ش� �ع�ائ ه�ق-ل&ت- ل س-ول� الل00/ ل-ق� ر� خ-

- أ ر� �ق00& ا ت و� م�00� ال�ت& أ /م� ق�00 ل ه� و�س�00 �ي00& ه- ع�ل ل/ى الل00/ ص�00

8.ال&ق-ر&آن�

Maksudnya:

Katakanlah Aishah tentang akhlak Rasulullah, Aishah r.a berkata “Akhlak Rasulullah seperti al-Quran”.

Sabda Nabi s.a.w:

88 Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah al-Qazwini, Sunan Ibn Majah, Kitab al-Ahkam, Bab al-Hukm fiman kasara syai’an, al-juzu’7, No. Hadis 2324. Hlm. 133.

Page 6: BAB 2 FASAKH

17

�ت& ة� ق�ال �ش� /ه- ع�ن& ع�ائ /ه� ص�ل/ى الل س-ول- الل ق�ال� ر�-م& ك &ر- ي �ا خ� �ن �ه� و�أ �ه&ل �-م& أل ك &ر- ي -م& خ� ك &ر- ي /م� خ� ل &ه� و�س� �ي ع�ل

��ه&ل �9.أل

Maksudnya:

“ Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “ Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya, dan aku ialah orang yang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.”

Penjagaan emosi isteri atau suami juga dalam kategori maslahah daruriyyah khusus bagi

fasakh. Menurut Seksyen 53 (i)(j) dan (k), iaitu apabila suami atau isteri enggan

menyetubuhi dengan sengaja diantara suami ataupun isteri, keadaan ini boleh

mengakibatkan ganguan emosi yang teruk diantara saumi atau isteri.10 Seterusnya ialah

perkahwinan yang tidak dipersetujui oleh isteri yang boleh menyebabkan si isteri

menerima tekanan atau gangguan emosi yang kuat sehingga boleh mengakibatkan

permasalahan dalam keluarga.

Subsekyen terakhir menerangkan tentang isteri itu ada penyakit otak sekejap ataupun

kekal yang boleh menyebabkan berlaku permasalahan dalam keluarga tersebut. Perkara-

perkara ini adalah salah satu alasan yang boleh dipertimbangkan dalam sesuatu

pensabitan hukum dalam penghakiman kes fasakh.

iv. Kebajikan menjaga Keturunan (Daruriyyah al-Nasl)

99 Abu Isa Muhammad Bin Isa Bin Saurah At-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Munaqib ‘an rasulullah, Bab fadlu azwaji an-nabi sallallah ‘alayh wa sallam, al-juzu’12, No. Hadis 3826. Hlm. 395.1010 Seksyen 53 1 (i)(j)(k). Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Page 7: BAB 2 FASAKH

18

Dalam fasakh, penjagaan keturunan adalah satu makinisme yang penting dalam

sesebuah keluarga. Ini kerana anak-anak itulah yang dimaksudkan dengan keturunan.

Permasalahan yang timbul antara suami taupun isteri tetapi apabila berlakunya masalah

selalunya anaklah yang menjadi mangsanya. Dalam Islam, penjagaan keturunan

diertikan sebagai menjauhi zina yang memberi implikasi dengan melahirkan anak tak

sah taraf (nasab ). Ibn al-Subki menambah dalam kepentingan asas dengan memasukkan

kebajikan menjaga maruah. Penjagaan maruah ini dilihat sebagai kesinambungan bagi

penjagaan keturunan11.

v. Kebajikan penjagaan Harta (Daruriyyah al-Mal)

Penjagaan kebajikan harta suami atau isteri lebih melihat kepada konsep wilayah al-mal

iaitu penguasaan menurut syarak yang diberikan kepada pihak yang mempunyai kuasa

mentadbir ke atas harta pihak yang mempunyai kekurangan demi memelihara

maslahahnya. Kuasa wali ini diberikan kepada si suami untuk menguruskan segala

keperluan keluarga. Kebajikan harta penting bagi memastikan keperluan yang

disediakan cukup dan memenuhi tuntutan agama. Penghasilan harta dan penggunaan

harta mestilah berdasarkan agama agar tidak dicampuri dengan perkara yang haram.

Kebajikan harta disini dapat juga dikatakan sebagai nafkah. Nafkah yang telah

dipertanggungjawab kepada si suami haruslah dituruti dan disampaikan kepada

1111 Syafique. sunt. 2007. Fiqh Usrah: Aplikasi Maslahah dalam Penentuan Hak Hadhanah. Akademi Fiqh Malaysia. Hlm. 28.

Page 8: BAB 2 FASAKH

19

keluarga. Nafkah wajib ditunaikan tidak kira nafkah zahir mahupun batin12. Kewajipan

nafkah ada disebut di dalam kitab suci Al-Quran berdasarkan ayat:

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya:

“ Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.”

(Surah al-Baqarah: 233)

b) Keperluan biasa atau Maslahah hajiyyah

Iaitu suatu keperluan bagi menjamin kelegaan dan menghilangkan kesempitan yang

pada kebiasaanya boleh menyebabkan manusia terdedah kepada kesusahan dan

kesempitan tanpanya. Ia juga boleh dianggap sebagai sesuatu yang bersangkut-paut

dengan kepentingan umum dan tidaklah sampai ke tahap darurah dan tidaklah pula

sampai ke tahap mendatangkan kerosakan pada adatnya. Dalam keadaan fasakh, alasan

yang digunakan penting bagi mensabitkan penhakiman. Keperluan yang dikatakan disini

ialah keperluan yang boleh melegakan suami atau isteri dalam menjalani kehidupan

rumah tangga seperti tempat tinggal dan makanan yang cukup. Ketidaksedian perkara

ini juga boleh menyebabkan berlakunya fasakh dan penimbangan perkara ini juga

diambil oleh hakim bagi menentukan pensabitan kes.

1212 Ibid. Hlm. 28.

Page 9: BAB 2 FASAKH

20

c) Keperluan mewah atau Maslahah tahsiniyyah

Keperluan mewah adalah sebahagian daripada keperluan biasa kerana menjadi

pelengkap bagi kedua-dua keperluan biasa dan asas. Keperluan mewah adalah seperti

mengelokkan keadaan mereka dan menjadikannya serasi dengan kehendak maruah dan

akhlak yang mulia seperti menjaga kebersihan, menutup aurat dan sebagainya. Jika tidak

dijaga akan menyebabkan dipandang keji oleh manusia yang rasional tetapi tidak sampai

ke tahap membantutkan kehidupan seseorang. Kemewahan juga bukan sesuatu yang

wajib ada dalam sesebuah kehidupan. Kadang-kadang kemewahan juga boleh

meruntuhkan sesebuah rumah tangga. Hidup bersederhana lebih bagus daripada hidup

mewah tetapi penuh dengan tipu dan maksiat13. Dalam pensabitan fasakh, alasan

kemewahan tidak wujud tetapi pelbagai masalah dapat timbul daripada kemewahan.

2.1.2 Konsep Perkahwinan

1313 Ibid. Hlm. 29.

Page 10: BAB 2 FASAKH

21

Naluri makhluk untuk terus hidup dan wujud ditambah dengan keperluan fisiologi dan

seksualiti, menjadikan manusia satu organisma yang unik dalam urusan pembiakannya.

Bukan sekadar mempunyai adat dan ritual yang unik malah mengikut proses khusus

yang didasarkan kepada wahyu Allah SWT.14 Pernikahan atau perkahwinan menjadi

pelengkap kepada sesebuah kehidupan. Secara literal, perkataan kahwin membawa

maksud perkongsian hidup. Dari segi bahasa , ia lebih merujuk kepada penggabungan,

percantuman dan pengumpulan. Ia sejajar dengan maksud sebenar perkahwinan yang

dikehendaki oleh syarak iaitu suatu akad yang menghalalkan pergaulan dan

perhubungan kelamin antara pasangan dengan pelabagai syarat tertentu.15

Pengharusan syarak terhadap hubungan suami isteri adalah secara mutlak. Secara tidak

langsung ia memberi gambaran bahawa perkahwinan adalah satu perkongsian emosi,

keperluan fisiologi, hak, tanggungjawab, harta dan sebagainya. Oleh kerana itu, setiap

aspek perkahwinan mempunyai syarat dan hukum tertentu bagi menggambarkan betapa

sensitif dan pekanya syarak terhadap agenda yang penting ini.

Perkahwinan sepertimana ibadah lain, bermatlamatkan keredhaan dan rahmat illahi.

Bukan sekadar itu, ia juga merupakan wasilah untuk mengecapi kebahagian hidup di

1414 Kertas Kerja Kursus Kekeluargaan Islam. Pertunangan dan Perkahwinan. Jabatan Agama Islam Selangor dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Hlm. 17.1515 Noraini Mohd Hashim. 2007. Undang-Undang Keluarga (Islam). Prosedur dan Pendaftaran Perkahwinan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 2.

Page 11: BAB 2 FASAKH

22

dunia mengikut lunas dan garis panduan yang ditetapkan oleh syarak. Objektif ini jelas

sepertimana nas yang menyebut:

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”

(Surah al-Ruum:21)

Allah SWT juga menganjurkan kepada semua orang yang belum berkahwin agar

mencari pasangan yang sah dan meyakini bahawa rezekinya akan dimudahkan melalui

perkahwinan tersebut16. Anjuran ini disentuh dalam al-Quran dalam ayat-Nya:

Firman Allah SWT:

1616 Ibid. Hlm. 2.

Page 12: BAB 2 FASAKH

23

Maksudnya:

“ Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang –orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengayakan mereka daripada rezeki-Nya . Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.”

(Surah al-Nuur: 32)

Rasulullah SAW sendiri turut menyarankan umatnya berkahwin sebagai satu jalan untuk

menjaga diri dari terlibat dengan dosa dan maksiat terutama yang melibatkan nafsu

syahwat. Baginda juga memberi satu panduan sekiranya seseorang belum mempunyai

kemampuan dan persediaan untuk menempuh kehidupan berkeluarga , maka hendaklah

berusaha untuk menahan hawa nafsu dengan sebaliknya17. Nasihat ini terkandung dalam

sabdanya iaitu:

ه- �ق�ي�00 ه� ف�ل د� الل0/ ع� ع�ب00& &ت- م�00 -ن ال� ك ة� ق�0 &ق�م�00 ع�ن& ع�ل�ن/ ل�ي ح&م�ن� إ &د� الر/ �ا ع�ب �ب �ا أ Kى ف�ق�ال� ي �م�ن &م�ان- ب ع-ثا �ب�00 �ا أ �ك� ي &م�ان- ه�ل& ل �و�ا ف�ق�ال� ع-ث ل &ك� ح�اج�ةK ف�خ� �ي �ل إا ك� م�00 Oر- -ذ�ك ا ت Kر& �ك وOج�ك� ب -ز� �ن& ن ح&م�ن� ف�ي أ &د� الر/ ع�به- &س� ل�00 �ي �ن& ل ه� أ د- الل00/ �ى ع�ب00& أ ا ر� �م00/ �ع&ه�د- ف�ل &ت� ت -ن كة- &ق�م�0 ا ع�ل ال� ي�0 �ي/ ف�ق�0 �ل ار� إ �ش�0 ذ�ا أ �ل�ى ه�0 ةV إ ح�اج�0ك� ��ن& ق-ل&ت� ذ�ل00 �ئ ا ل م�00

� ول- أ �ق00- &ه� و�ه-و� ي �ي �ل &ت- إ �ه�ي &ت ف�انا /م� ي�00 ل &ه� و�س�00 �ي /ه- ع�ل �يZ ص�ل/ى الل /ب �ا الن �ن �ق�د& ق�ال� ل لاء�ة� &ب�00 -م& ال &ك �ط�اع� م�ن ت �اب� م�ن& اس00& ب ر� الش00/ م�ع&ش�00/ه- �ن � ف�إ �الص/و&م &ه� ب �ي �ط�ع& ف�ع�ل ت �س& �م& ي و/ج& و�م�ن& ل �ز� �ت &ي ف�ل

�ه- و�ج�اء V18.ل

1717 Ibid. Hlm. 3.1818 Muhammad Bin Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Nikah, Bab qawlu an-nabi sallallah ‘alayh wa sallam man istata’aminkum al-baah, al-juzu’15. No. Hadis 4677. Hlm. 496.

Page 13: BAB 2 FASAKH

24

Maksudnya :

“ Alqamah berkata: Ketika aku bersama Abdullah bin Mas’uud di Mina tiba-tiba bertemu dengan Usman, lalu dipanggil: Ya Aba Abdirrahman , saya ada hajat padamu, lalu berbisik keduanya: Usman berkata: Ya Aba Abdirrahman, sukakah anda saya kahwinkan dengan gadis untuk mengingatkan kembali masa mudamu dahulu. Kerana Abdullah bin Mas’uud tidak berhajat kahwin maka menunjukkan kepadaku dan dipanggil: Ya Alqamah, maka aku datang kepadanya, sedang ia berkata: Jika anda katakan begitu maka Nabi S.A.W bersabda kepada kami: Wahai orang-orang muda , sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia ( iaitu perkahwinan ) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada masa yang sama, umat Islam tidak digalakkan untuk mengambil sikap berkecuali

dengan tidak mementingkan urusan perkahwinan. Apatah lagi apabila seseorang telah

memenuhi kelayakan untuk mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dengan

kesempurnaan hidup dan pendapatan yang baik. Rasulullah s.a.w pernah

menggambarkan kegembiraan Baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai

hasil daripada perkahwinan yang berlangsung dalam kalangan umatnya dalam satu hadis

iaitu:

-م& �ك �رV ب اث Oي م-ك�00 �ن إ ود� ف�00 &و�ل00- و�د-ود� ال وا ال00& و/ج00- �ز� ت-م�م� 19األ&

19 19 Sulaiman Bin al-Asy'as Bin Ishak , Sunan Abi Daud, Kitab al-Nikah, Bab an-nahi ‘an tazawiji man

Page 14: BAB 2 FASAKH

25

Maksudnya:

“ Nabi S.A.W menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda: “Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak.”

(Riwayat Ahmad)

2.1.2.1 Fungsi Perkahwinan

Perkahwinan dalam Islam bukan semata-mata untuk kenikmatan hubungan seksual dan

memuaskan nafsu syahwat. Bahkan terdapat banyak fungsi lain yang seharusnya

diambil perhatian.20 Antaranya adalah:

1. Perkahwinan antara dua jiwa secara khusus sepertimana dinyatakan dalam ayat

21 surah al-Ruum adalah untuk mencapai ketenangan jiwa dan hidup dengan

tenteram dan penuh kasih sayang.

2. Ia juga adalah satu jalan untuk memperoleh anak-anak yang sah, yang menjadi

amanah dari Allah S.W.T untuk dididik agar menjadi insan yang baik dan

mewarisi kehidupan ibu bapanya.

3. Perkahwinan juga sebenarnya berfungsi untuk membina sikap saling menjaga

dan mengambil berat antara pasangan suami dan isteri. Sikap ini akan terbina

lam yaladu min an-nisa’, al-juzu’5, No.Hadis 1754. Hlm. 431.2020 Nurhidayah Muhd Hashim. 2006. Penceraian secara Fasakh, Konsep dan Amalan di Malaysia. Shah Alam. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Universiti Teknologi Mara(UiTM). Hlm. 3.

Page 15: BAB 2 FASAKH

26

sepanjang masa dalam mereka mengatur urusan hidup, menjaga kebajikan dan

kesihatan pasangan, urusan pekerjaan, pembelian harta sehinggalah kepada cara

mereka mengisi masa lapang.

4. Manusia perlukan seseorang untuk menyokong dan berkongsi kesukaan dan

kesedihan yang dialami. Perkahwinan sebenarnya memberi peluang ke arah

menjayakan fungsi tersebut. Apabila menghadapi saat-saat getir dan konflik

yang berat, sokongan dan kasih sayang daripada pasangan akan diperolehi.

Begitu juga apabila terdapat sesuatu perkara yang menggembirakan , maka ia

dapat dikongsi bersama pasangan masign-masing.

5. Perkahwinan juga berfungsi sebagai satu pemangkin dalam meningkatkan dan

mengembangkan keupayaan diri. Contohnya seseorang lelaki dan perempuan

akan bertukar menjadi lebih matang dan berfikiran jauh ke depan apabila

berkahwin dan mempunyai anak. Mereka akan berusaha untuk memperbaiki

ekonomi keluarga demi kesejahteraan anak-anak serta membuat perancangan

yang terbaik untuk kebahagian seluruh keluarga.21

2.1.3 Konsep Pembubaran Perkahwinan Secara Fasakh.

2121 Ibid. Hlm. 3.

Page 16: BAB 2 FASAKH

27

Walaupun pasangan dibenarkan untuk menamatkan hubungan pernikahan yang

dilangsungkan , namun pada dasarnya penceraian bukanlah sesuatu yang disukai oleh

Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:

�ه �ي000& ه- ع�ل ل/ى الل00/ �يO ص�00 /ب ع�ن& الن ر� &ن� ع-م�000 ع�ن& ابال�ى �ع�00 ه� ت �ل�ى الل00/ ل� إ &ح�ال� &غ�ض- ال �ب : أ ال� /م� ق�00 ل و�س�00

ق- 22الط/ال�

Maksudnya:“ Daripada Ibn Umar bahawasanya Nabi s.a.w bersabda: “Sebenci-benci perkara yang halal di sisi Allah adalah al-talak.”

(Riwayat Abi Daud dan Ibn Majah)

Penceraian antara suami isteri seharusnya dilihat sebagai jalan terakhir selepas tiada

jalan penyelesaian lagi untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina. Bahtera yang

dibina sudah karam dan ketegangan antara mereka tidak dapat dirungkaikan lagi. Pada

ketika itu, sekiranya memaksa mereka bertahan boleh menimbulkan kemudaratan pula

kepada salah satu pasangan atau kedua-dua belah pihak termasuklah anak-anak hasil

dari perkahwinan itu, maka Islam membuka ruang kepada keharusan bercerai antara

mereka.23

Terdapat beberapa kaedah penceraian yang dibenarkan dalam Islam. Cara yang paling

dianjurkan adalah secara baik iaitu suami melafazkan talak dan menceraikan secara

makruf. Selain daripada itu adalah penceraian taklik, penceraian secara khuluk (tebus

2222 Sulaiman Bin al-Asy'as Bin Ishak, Sunan Abi Daud, Kitab al-Talaq, Bab fi karahiyah al-Talaq, al-Juzu’6. No. Hadis 1863. Hlm. 91.2323 Nurhidayah Muhd Hashim. 2006. Penceraian secara Fasakh, Konsep dan Amalan di Malaysia. Shah Alam. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Universiti Teknologi Mara(UiTM). Hlm. 6.

Page 17: BAB 2 FASAKH

28

talak) dan juga penceraian dengan menggunakan kuasa mahkamah yang dipanggil

sebagai fasakh.24Dari segi bahasa, perkataan fasakh dimaksudkan sebagai ‘batal’

ataupun ‘bubar’. Jika kalimah ini disandarkan kepada pernikahan, ia disebut sebagai

fasakh al-nikah yang membawa maksud ‘membatalkan atau membubarkan ikatan

pernikahan antara seorang suami dengan isterinya kerana sebab-sebab tertentu yang

menghalang kekalnya perkahwinan tersebut’.25

Jika dirujuk kepada perkataan fasakh al-nikah sukar ditemui di dalam buku-buku tulisan

fuqaha silam. Kebanyakan mereka terus menyentuh tentang sesuatu alasan tanpa

menyentuh kepada definisi perkataan tersebut.26 Dari segi pemahamannya fasakh ialah

memutuskan pernikahan, perkara ini hanya boleh diputuskan apabila pihak isteri

membuat pengaduan kepada mahkamah dan Hakim mensabitkannya setelah

perbicaraan. Fasakh bukan sahaja boleh dituntut oleh si isteri malahan si suami juga ada

haknya jika mendapati ada alasan-alasan yang boleh membubarkan perkahwinan

tersebut.

Fasakh sebenarnya penceraian suami isteri melalui keputusan hakim atau kadi.

Umpamanya si suami mendapati ada unsur penipuan pihak isteri dalam perkahwinan

dengannya, jika si suami itu menggunakan hak talaknya, sudah pasti dibantah oleh isteri

2424 Ibid. Hlm. 7.2525 Sayyid Sabiq. 1998. Fiqh al-Sunnah. Beirut. Dar al-Kutub. Jld. 2. Hlm. 268.2626 Nurhidayah Muhd Hashim. 2006. Opcit. Hlm. 7.

Page 18: BAB 2 FASAKH

29

atau ia dikira zalim terhadap isteri sebelum ada timbangtara. Jadi ia membawa hal itu ke

pihak hakim atau kadi. Kadi yang memutuskannya sama ada benar-benar berlaku

penipuan di pihak isteri. Di situ muncul keadilan, begitu pula pihak isteri, ia boleh

menuntut diceraikan atau difasakhkan melalui hakim. Umpamanya si isteri bersuamikan

penagih dadah yang menyebabkan kehidupannya menderita, si isteri boleh menuntut

difasakhkan melalui hakim. Haram bagi hakim menurut syarak apabila tidak

menfasakhkan si isteri dan suaminya setelah tuntutan si isteri sempurna syaratnya. Ini

disebabkan Islam mewajibkan penceraian apabila perkahwinan itu mendatangkan

penderitaan kepada satu pihak.

Perkahwinan dianggap zalim apabila mendatangkan kebahagian kepada satu pihak

sahaja tetapi menderita kepada pihak yang satu lagi. Setengah pendapat mengatakan

fasakh adalah hak si isteri membatalkan perkahwinan kerana adanya kecacatan baik

material, fizikal atau psikologikal di pihak suami. Jika diteliti kuasa talak tangan suami,

maka adalah benar peruntukan fasakh ini lebih memihak kepada isteri unutk

mendapatkan haknya melalui hakim27.

Selalunya, peruntukan fasakh ini yang memberikan pembelaan terhadap para isteri, akan

dihalang oleh para suami melalui dakwaaan nusyuz atau isteri menderhaka. Akibatnya,

apabila si isteri menuntut fasakh, si suami menghalangnya dengan laporan yang

2727 Nurhidayah Muhd Hashim. 2006. Penceraian secara Fasakh, Konsep dan Amalan di Malaysia. Shah Alam. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Universiti Teknologi Mara(UiTM). Hlm. 8.

Page 19: BAB 2 FASAKH

30

dilakukan secara licik dan zalim. Dalam kes ini, pihak hakim harus menyelidiki aduan

nusyuz oleh suami dengan seadil-adilnya. Setiap aduan nusyuz oleh suami, harus

dipanggil pihak isteri untuk diselidiki sebagai imbangan kepada laporan menzalimi.28 Ini

adalah gambaran tentang pembubaran perkahwinan secara fasakh antara suami isteri

melalui aduan di mahkamah.

2.2 Penceraian Fasakh menurut Hukum Syarak

2.2.1 Keharusan Penceraian secara Fasakh

Pada dasarnya, peruntukan penceraian secara fasakh tidak dinyatakan secara jelas di

dalm al-Quran. Namun begitu prinsip tentang keharusannya boleh dilihat di dalam ayat

34 dan 35 daripada surah al-Nisaa’.Dalam ayat 34, Allah SWT menunjukkan jalan para

suami mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaaan rumah tangga mereka jika

isteri melakukan perkara yang tidak menepati Hukum Syarak.29

Allah berfirman:

2828 M. Jusoff Taib. 1996. Talak, Khulu’,dan Fasakh. Dakwah. Mac. Hlm. 9.2929 Nurhidayah Muhd Hashim. 2006. Penceraian secara Fasakh, Konsep dan Amalan di Malaysia. Shah Alam. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Universiti Teknologi Mara(UiTM).Hlm. 8.

Page 20: BAB 2 FASAKH

31

Maksudnya:

“ Wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkan diri dari tempat tidur mereka, dan pukullah mereka, kemudian jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.” (Surah al-Nisaa’: 34)

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberi jalan sekiranya berlaku masalah antara suami

isteri, tindakan segera hendaklah diambil untuk mententeramkan suasana dan

menyelamatkan rumah tangga tersebut. Sekiranya perselisihan berpunca daripada isteri

yang melakukan nusyuz, maka suami hendaklah membetulkan isterinya dengan

mengambil beberapa tindakan iaitu menasihatinya, kemudian meninggalkan tempat

tidur serta mengelak dari tidur bersamanya dan juga memukulnya dengan syarat pukulan

yang tidak merbahaya.30

Begitu juga dengan al-Tabari yang menyebut bahawa sekiranya rumah tangga yang

dibina menghadapi masalah dan ia berpunca daripada sikap isteri yang nusyuz, maka

hendaklah isteri tersebut diberi peringatan supaya kembali taat kepada Allah dan

melaksanakan hak suami ke atasnya. Sekiranya isteri berlaku nusyuz dengan

meninggalkan tempat tidur, maka hendaklah ditegur dengan kata-kata nasihat seperti,

“ Bertakwalah kamu kepada Allah dan kembali ke katilmu.”31

3030 Ibid. Hlm. 8.3131 Ibid. Hlm. 9.

Page 21: BAB 2 FASAKH

32

Tindakan kedua jika isteri masih berlaku nusyuz selepas ditegur ialah suami

meninggalkannya dan tidak melakukan persetubuhan bersama isterinya. Dalam keadaan

ini, al-Tabari mentafsirkan bahawa ada dua cara yang dibolehkan iaitu pertama, suami

masih tidur bersama isteri di atas katil yang sama tetapi tidak melakukan persetubuhan.

Cara kedua ialah suami meninggalkan isterinya iaitu tidak tidur bersama tetapi masih

berada dalam ruang lingkup rumah yang didiami oleh pasangan terbabit. Sekiranya

selepas dua tindakan seterusnya ialah suami boleh memukul isterinya dengan pukulan

yang tidak mencederakannya sehingga isteri berubah dan kembali taat kepada Allah dan

suaminya. Sekiranya isteri sudah kembali taat maka suami tidak boleh lagi mengambil

tindakan seperti yang dinyatakan di atas32.

Menurut Ibn Kathir, ayat 34 di atas sebenarnya adalah berkait rapat dengan ayat 35

surah yang sama iaitu Allah SWT telah berfirman:

Maksudnya:

“Dan jika kamu khuatirkan ada perbalahan di antara keduanya (suami dan isteri) , maka kirimlah hakam dari keluarga lelaki dan hakam dari keluarga perempuan. Jika keduanya bermaksud mengadakan pembaikan, nescaya Allah member taufik kepada suami isteri tersebut. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

)Surah al-Nisaa’:35(

3232 Ibid. Hlm. 10.

Page 22: BAB 2 FASAKH

33

Kedua-dua ayat di atas secara umumnya memberi panduan bagaimana sesuatu tindakan

patut diambil apabila berlakunya perselisihan dalam sesebuah keluarga. Sekiranya

permasalahan berpunca daripada si isteri maka suami hendaklah mengubahnya yang

dinyatakan dalam ayat 34 di atas tetapi sekiranya perselisihan berpunca daripada kedua-

dua belah pihak maka hakam atau wakil dari setiap pihak hendaklah dilantik dan mereka

adalah pihak yang diamanahkan untuk mendamaikan pasangan tersebut. Keharusan

fasakh ini juga didasarkan kepada larangan melakukan kemudaratan seperti mana

disabdakan oleh Rasulullah SAW iaitu:

عن أبى سعيد الخدرى رض00ى الل00ه عن00ه أن � رر�النبى ص00لى الل00ه علي00ه وس00لم: ال والض�00

33ض�رار

Maksudnya:“ Daripada Abi Said Al-Khuzri r.a bahawasanya Nabi s.a.w

bersabda : “Tidak memudaratkan dan tidak dimudaratkan.”

(Riwayat Ibn Majah)

Pembubaran perkahwinan melalui fasakh tidaklah banyak menimbulkan persoalan

memandangkan alasan-alasan untuk tuntutan fasakh telah termaktub dalam Undang-

Undang Keluarga Islam.34 Oleh sebab tugas membubarkan perkahwinan terletak di

tangan hakim (judicial decree) , tugas pihak isteri adalah lebih mudah, iaitu

33 Muhammad Bin Yazid Bin Abdullah Bin Majah al-Qazwini, Sunan Ibn Majah, Kitab al-Ahkam, Bab man bana fi haqqihi ma yadurru bijarihi, al-juzu’7, No. Hadis 2331. Hlm. 143.34 Seksyen 53. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang). 2004.

Page 23: BAB 2 FASAKH

34

membuktikan bahawa tuntuan yang dikemukakan mempunyai asas sebagaimana yang

telah diperuntukkan oleh undang-undang. Walaupun hak untuk memohon fasakh

mengikut hukum syarak terpakai kepada kedua-dua suami dan isteri35, secara umumnya

hak fasakh dalam undang-undang kelaurga Islam di Malaysia diberikan kepada isteri

memandangkan suami mempunyai hak untuk melafazkan talaq.

Keharusan fasakh ini juga didasarkan kepada larangan melakukan kemudaratan seperti

mana disabdakan oleh Rasulullah SAW iaitu:

“ Tidak memudaratkan dan tidak dimudaratkan.”

(Riwayat Ibn Majah)

Menurut al-Sayuti dan Ibn Nujaym, menerusi hadis ini Rasulullah SAW telah

menyentuh tentang larangan membiarkan kemudaratan berlaku. Hadis di atas menjadi

dasar kepada satu kaedah fiqah yang lain iaitu:

“Kemudaratan hendaklah dihilangkan.”

Al-Sayuti turut menghuraikan bahawa kaedah fiqah ini juga memberi ruang bertindak

untuk menuntut fasakh dalam urusan perkahwinan yang mengandungi unsur-unsur

darar ke atas satu pihak yang lain sama ada kerana keaiban ataupun salah laku

pasangannya. Ini kerana ia dianggap sebagai satu kemudaratan dan pasangan yang

35 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, seksyen 53 (1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang dinyatakan.

Page 24: BAB 2 FASAKH

35

menjadi mangsa hendaklah diselamatkan dari menanggung kemudaratan tersebut. Oleh

sebab itu ikatan tersebut dibenarkan untuk difasakhkan.36

Dari segi pengamalan fasakh, diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah

menfasakhkan seorang wanita yang dikahwininya atas alasan wanita tersebut

mempunyai keaiban. Sedangkan keaiban itu telah sedia wujud sebelum akad dan ia tidak

dimaklumkan kepada Baginda sebelum perkahwinan berlangsung.

Zaid Ibn Kaab meriwayatkan:

�ن�ي �ع&بo ف�ح�د/ث &ن- ك &د- ب ي ل/ى :ز� /ه� ص�00 س-ول� الل �ن/ ر� أoار �ي غ�ف�0 �ن �ةK م�ن& ب أ ر� و/ج� ام00& ز� /م� ت�0 ل &ه� و�س� �ي /ه- ع�ل اللد� ع�ل�ى ه- و�ق�ع�00 �و&ب�00 ع� ث ا و�ض�00 &ه�00 �ي ل� ع�ل ا د�خ�00 �م00/ ف�لاز� ع�ن& &ح�00 ا ف�ان K00اض� �ي ه�ا ب �ح �ش00& �ك ر� ب &ص�00 �ب اش� أ ر� �&ف00 الذ& &خ00- �أ �م& ي �ك� و�ل �اب �ي &ك� ث �ي -م/ ق�ال� خ-ذ�ي ع�ل اش� ث &ف�ر� ال

Kا &ئ ي �اه�ا ش� �ت .37م�م/ا أ

Maksudnya:“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkahwin dengan seorang perempuan daripada Bani Ghaffar. Apabila Rasulullah ingin mendatanginya didapati di belakang perempuan tersebut terdapat sopak. Rasulullah telah bangun daripada katil dan berkata, ‘Pakailah bajumu dan kembalilah kepada kelurgamu,’ Dan Nabi tidak mengambil kembali mahar yang diberikan kepadanya.”

(Riwayat Ahmad)

36 Nurhidayah Muhd Hashim. 2006. Penceraian secara Fasakh, Konsep dan Amalan di Malaysia. Shah Alam. Pusat Penerbitan Universiti(UPENA). Universiti Teknologi Mara(UiTM). Hlm. 11.37 Ahmad Bin Muhammad Bin Hanbal, Musnad Ahmad, Kitab al-Mukiyin, Bab hadis Ka’ab bin Zaid au Zaid bin Ka’ab radiallah ‘anh, al-juzu’32, No. Hadis 15455. Hlm. 239.

Page 25: BAB 2 FASAKH

36

Hadis ini dijadikan sandaran bahawa Rasulullah s.a.w telah melaksanakan kaedah

fasakh semasa memutuskan perkahwinan tersebut walaupun tidak dinyatakan secara

jelas tentang Baginda tersebut. Begitu juga dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah

s.a.w pernah ditanya tentang kedudukan suami yang tidak memberi nafkah kepada

isterinya.

Baginda bersabda iaitu:

�&ن �ى ب ي �ح& �م�ة� ع�ن& ي ل &ن- س�00 اد- ب ا ح�م00/ ن�00 �ر� ب خ&� ق�ال� و�أ

ال� ف�ى ه- ق�00 �ن00/ /ب� أ ي &م-س�00 &ن� ال ع�يد� ب ع�يدo ع�ن& س� س�ز� �ن& ع�ج�00 ال� إ �ه� ق�00 �ت أ �ف�ق�ة� ام&ر� �ع&ج�ز- ع�ن& ن ج-ل� ي الر/

�ه-م�ا &ن �ي ق� ب O38ف-ر .Maksudnya:

“ Sesungguhnya Nabi bersabda mengenai seorang lelaki yang tidak memperoleh sesuatu yang akan dinafkahkan untuk isterinya. Hendaklah dipisahkan antara keduanya.”

(Riwayat Dar al-Qatni dan al-Bayhaqi)Dalil-dalil ini jelas menunjukkan bahawa walaupun fasakh tidak diperuntukkan secara

jelas di dalam al-Quran, tetapi keharusan pengamalannya diterima pakai demi kebaikan

hidup mana-mana pihak yang memerlukannya.

2.3 Alasan-alasan Penceraian Fasakh menurut Syarak dan Peruntukan

Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

2.3.1 Alasan-alasan berdasarkan syarak.

38 Imam al Akbar Ali Bin Umar ad Dar al-Qatni, Sunan al-Dar al-Qatni. Kitab al-Nikah, Bab al-Mahr, al-juzu’9, No. Hadis 3828. Hlm. 56.

Page 26: BAB 2 FASAKH

37

Pembubaran perkahwinan melalui fasakh memerlukan campurtangan (hakim) atas

sebab-sebab yang biasanya diketengahkan oleh seseorang isteri. Kerana itu sebagai

contohnya Abu Zahrah menggunakan istilah al-Talaq bi al- Hukm al-Qadi, manakala al-

Zuhayli pula menyebutnya sebagai al-Tafriq al-Qada'I39.

Walaupun suami juga boleh menuntut fasakh namun suami mempunyai hak

eksklusifnya iaitu talaq. Fasakh yang dituntut oleh isteri ini adalah tertakluk kepada

beberapa sebab yang telah ditetapkan oleh para Fuqaha. Fasakh dan talaq ini adalah

berbeza terutamanya dan kesan pembubaran itu dimana fasakh tidak terhad kepada

halangan tertentu, berbanding dengan talaq yang terhad kepada dua (talaq raj’i). Dengan

kata lain suami isteri yang terbubar pekahwinannya melalui metode fasakh boleh

kembali kepada isteri dan suami yang sama untuk sekian kalinya dengan membuat akad

dan mas kahwin yang baru. Bagaimanapun fasakh yang jatuh dalam kategori selama-

lamanya seperti fasakh perkahwinan adik beradik kandung atau sesusuan dan juga

murtad tidak boleh kembali semula. Fasakh kerana sebab-sebab ini tidak perlu kepada

campurtangan Hakim.

Di dalam Perundangan Islam, perkara-perkara yang mengharuskan untuk fasakh bagi

suami isteri adalah berbeza antara satu mazhab dengan mazhab yang lain. Dalam

39 Raihanah Hj Abdullah. Alasan-alasan Membubarkan Perkahwinan Melalui Fasakh. Jurnal Syariah. 5: 2-4.

Page 27: BAB 2 FASAKH

38

Mazhab Hanafi, seorang isteri boleh memohon untuk membubarkan perkahwinan

melalui cara fasakh hanya apabila suami yang dikahwininya itu mengalami kecacatan

dan keaiban. Petikan daripada Marghinani dalam al-Hidayah menyatakan bahawa hanya

tiga penyakit sahaja iaitu mati pucuk, terpotong zakar dan terputus dua biji pelir. Ini

bermakna dalam Mazhab Hanafi seorang isteri itu tidak boleh memohon fasakh atas

sebab-sebab yang lain dari yang disebutkan itu sekalipun suami itu terkena penyakit

sopak dan kusta. Begitu juga, seorang isteri yang telah dikahwinkan oleh wali mujbirnya

sewaktu umurnya belum baligh, berhak memohon fasakh perkahwinannya apabila

sampai umur baligh. Fasakh seperti ini dikenali sebagai khiyar al-bulugh40.

Bagaimanapun fasakh kerana sebab khiyar al-bulugh tidak dibolehkan oleh mazhab

Syafie dan Maliki. Pengertian suami berpenyakit mengikut mazhab Maliki, Syafie dan

Hanbali mungkin agak luas sedikit, kerana ia termasuk segala penyakit seperti sopak

dan kusta. Prinsip mereka dalam soal ini ialah sekiranya segala keaiban atau penyakit

yang dialami oleh suami boleh menjejaskan perhubungan jenis antara mereka atau boleh

berjangkit kepada isteri dan juga janin, maka isteri boleh memohon fasakh. Selain dari

alasan di atas, ketidakmampuan suami untuk membayar nafkah, hilang atau

dipenjarakan juga diterima oleh Maliki, Syafie dan juga Hanbali sebagai alasan untuk

menuntut fasakh.41

40 Ibid. Jurnal Syariah. 5:2-4.41 Ibid.

Page 28: BAB 2 FASAKH

39

Bagaimanapun Mazhab Maliki dan Hanbali telah menambah satu lagi alasan iaitu

berlaku kemudharatan dalam rumahtangga sebagai sebab untuk memohon fasakh.

Kemudaratan yang dimaksudkan di sini adalah kemudaratan kepada lima perkara iaitu,

agama, diri, keturunan, harta, akal. Keadaan ini akan berlaku, apabila pertelingkahan

dalam rumahtangga wujud. Kerana itu Mustafa al-Siba'i menyebut pembubaran kerana

sebab-sebab wujud unsur-unsur pertelingkahan sebagai al-tafriq li al-syiqaq. Ini

bermakna sekiranya berlaku penderaan dan penganiayaan kepada isteri, maka keadaan

ini boleh dijadikan alasan bagi isteri membubarkan pekahwinannya melalui fasakh.

Nampaknya dengan adanya peruntukan dari prinsip Mazhab Maliki ini maka masalah

penderaan yang berlaku dalam masyarakat hari ini dapat diselesaikan.42

2.3.2 Alasan-alasan berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga

Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Fasakh atau pembubaran nikah adalah antara satu cara untuk merungkai ikatan

perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan ( isteri) ataupun bagi

seorang suami untuk berpisah atau bercerai dengan sebab-sebab seperti berikut

mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 200443.

Alasan-alasan pembubaran perkahwinan secara fasakh mengikut Undang-Undang

Keluarga Islam mempunyai pelbagai klausa dan ianya berdasarkan seksyen 53 Enakmen

42 Ibid. Jurnal Syariah. 5:2-4.43 Seksyen 53. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Page 29: BAB 2 FASAKH

40

Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. Berdasarkan seksyen 53

(1) ini, telah diterangkan tentang mana-mana lelaki mahupun perempuan yang telah

berkahwin secara sah mengikut hukum syarak boleh mendapatkan suatu perintah untuk

membubarkan perkahwinan mereka secara fasakh menurut alasan-alasan berikut:

i) Apabila tidak diketahui tempat di mana beradanya suami ataupun isteri

selama tempoh lebih daripada setahun.

ii) Apabila suami tidak menyediakan atau cuai dalam pemberian nafkah selama

tempoh tiga bulan.

iii) Apabila suami atau isteri yang telah dipenjarakan selama tempoh tiga tahun

atau lebih daripada itu.

iv) Suami atau isteri tidak mahu menunaikan tanggungjawab dalam nafkah batin

tanpa sebab yang munasabah maka boleh disabitkan juga pembubaran

perkahwinan ini.

v) Suami telah mati pucuk semasa perkahwinan dan berterusan demikian

mahupun isteri tidak mengetahui tentangnya sebelum perkahwinan bahawa

suami telah mati pucuk.

vi) Suami ataupun isteri mengalami penyakit gila selama tempoh dua tahun

ataupun sedang menghidap penyakit kusta atau juga penyakit vitiligo

mahupun sedang menghidap penyakit kelamin yang boleh berjangkit.44

vii) Isteri yang telah dinikahkan oleh wali Mujbirnya dalam keadaan dirinya

belum sampai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai

umur lapan belas tahun dan isteri itu belum disetubuhi oleh suaminya.

44 Seksyen 53 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Page 30: BAB 2 FASAKH

41

viii) Suami atau isteri yang telah menganiayai isterinya atau suami dalam

beberapa keadaan berdasarkan subseksyen ini dengan perbuatan-perbutan

berikut yang boleh dikatakan suatu penganiayaan iaitu pertamanya lazim

menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuannya

itu iaitu45:

1- Bersahabat dengan perempuan-perempuan atau lelaki jahat atau

berperangai keji mengikut Hukum Syarak,

2- Cubaan memaksa isteri hidup dalam keadaan lucah,

3- Keadaan yang lain ialah melupuskan harta isteri atau suami atau

melarangnya isteri atau suami daripada menggunakan hak-haknya di

sisi undang-undang terhadap harta berkenaan,

4- Perbuatan menghalang isteri atau suami daripada menunaikan

kewajipan atau amalan agamanya,

5- Sekiranya si suami mempunyai isteri lebih daripada seorang dengan

tidak melayani isteri berkenaan secara adil mengikut kehendak

Hukum Syarak.

ix) Suami tidak mahu menyetubuhi isterinya walaupun telah melebihi empat

bulan disebabkan sengaja enggan mahupun sebaliknya jika si isteri tidak

mahu dirinya disetubuhi oleh suaminya.

x) Si isteri yang semasa perkahwinannya tidak mengizinkan perkahwinannya

ataupun keizinan itu tidak sah disebabkan paksaan, kesilapan, tidak

sempurna akal, ataupun keadaan lain yang diperakui oleh Hukum Syarak.

45 Ibid.

Page 31: BAB 2 FASAKH

42

xi) Semasa perkahwinan itu, isteri memberi keizinan untuk dirinya berkahwin

tetapi si isteri seorang yang sakit mentalnya yang berterusan mahupun

kadang-kadang berdasarkan maksud daripada Ordinan Sakit Otak 1952

[Ordinan 31/52] dan sakit otaknya adalah dari segi jenis atau setakat yang

tidak boleh melayakkannya untuk berkahwin.

xii) Mana-mana alasan lain yang diiktiraf sah yang membolehkan pembubaran

perkahwinan ataupun fasakh disabitkan mengikut Hukum Syarak46.

Peruntukan seterusnya yang berkaitan fasakh dapat dilihat dalam seksyen 53 (2) iaitu:

i) Seseorang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak untuk

mendapatkan perintah pembubaran perkahwinan atas alasan bahawa isterinya

tidak upaya yang membawa kepada terhalangnya hubungan persetubuhan47.

Seterusnya ialah peruntukan pada seksyen 53 (3) iaitu:

i) Tidak ada suatu perintah atas alasan dalam subsekyen (1)(c) mengenai

seseorang itu yang dipenjarakan, dan perintah ini boleh dikeluarkan sehingga

hukuman itu telah dikemukakan dan suami atau isteri telah menjalani satu

tahun hukuman tersebut48.

Selain itu, berdasarkan peruntukan seksyen 53 (4) yang mengatakan bahawa:

46 Ibid. 47 Sekyen 53 (2).48 Sekyen 53 (3).

Page 32: BAB 2 FASAKH

43

i) Sebelum membuat sesuatu perintah atas alasan dalam perenggan subseksyen

(1)(e) Mahkamah mestilah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah

untuk menyuruh suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh satu tahun

dari tarikh perintah bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan sekiranya

memuaskan Mahkamah maka tiada perintah dapat dibuat49.

Subseksyen terakhir mengenai pembubaran perkahwinan secara fasakh ialah seksyen

53(5) iaitu:

i) Tidak ada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam

subseksyen (1) sekiranya suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri,

dengan mengetahui si suami itu untuk mendapati perkahwinan itu ditolak,

lainnya sekira isteri telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara

yang menyebabkan suaminya percaya secara munasabah bahawa isteri tidak

akan menolak perkahwinan itu dan adalah tidak adil kepada suami jika suatu

perintah itu50.

Kesemuanya ini adalah antara alasan-alasan yang terdapat dalam seksyen 53 (1),(2),(3),

(4) dan (5) yang berkaitan pembubaran perkahwinan ataupun fasakh berdasarkan

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

2.4 Perbandingan pandangan mazhab dengan peruntukan Enakmen Undang-

Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 berkaitan fasakh.

49 Sekyen 53 (4).50 Sekyen 53 (5).

Page 33: BAB 2 FASAKH

44

Fasakh atau pembubaran perkahwinan adalah antara satu cara untuk merungkai ikatan

perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan. Pembubaran pernikahan

ini adalah jalan keluar bagi seorang perempuan (isteri) ataupun bagi seorang suami

untuk berpisah atau bercerai dengan sebab-sebab yang terdapat di dalam hukum syarak

mahupun peruntukan undang-undang. Perbandingan yang diperoleh daripada pandangan

mazhab dengan perutukan enakmen ialah berdasarkan kepada klasifikasi yang telah

ditetapkan oleh mazhab-mazhab dengan peruntukan undang-undang. Pandangan

mazhab-mazhab melingkungi mazhab muktabar iaitu Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi,

Mazhab Hanbali dan Mazhab Syafie. Terdapat pelbagai alasan-alasan yang terdapat di

dalam setiap mazhab-mazhab dan juga di dalam Undang-Undang Keluarga Islam.

Pelbagai perbincangan ditetapkan oleh para mazhab dalam pembahagian alasan-alasan

fasakh seperti fasakh kerana kegagalan memberi nafkah, fasakh kerana kecacatan atau

penyakit, fasakh kerana tidak sehaluan,deraan dan layanan buruk, fasakh dengan sebab

ditahan, fasakh kerana berlaku Ila’, fasakh kerana berlaku Zihar,dan fasakh kerana

murtad. Perbincangan tentang perbandingan mazhab ini berdasarkan kepada beberapa

kategori alasan-alasannya51. Antara perbandingan yang dibincangkan adalah:

1. Fasakh kerana kegagalan memberi nafkah.

Apabila suami sudah tidak mampu membiayai nafkah kepada isterinya dan gagal

memenuhi keperluan hidup sebagaimana semestinya. Pandangan mazhab Hanafi dalam

51 Haji Mohd Salleh Haji Ahmad. 2009. Perkahwinan dan Penceraian dalam Islam. Kuala Lumpur. Pustaka Haji Abdul Majid Sdn Bhd. Hlm. 297.

Page 34: BAB 2 FASAKH

45

keadaan ini ialah berpendapat isteri tidak boleh menuntut cerai kerana kepapaan

suaminya, bahkan hendaklah bersabar sehingga suami mampu membiayai nafkahnya.

Berdasarkan pandangan mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali iaitu Jumhur Fuqaha’

berpendapat isteri ada hak pilihan (khiyar) di antara kekal bersama suaminya sementara

nafkah dikira sebagai hutang suami kepadanya dan fasakh nikah. Ini juga adalah

pendapat para sahabat antaranya ialah Saidina Umar , Saidina Ali, dan Abi Hurairah dan

juga dari kalangan al-Tabi’in r.a52. Pandangan Jumhur Fuqaha’ memberikan pernyataan

sedemikian manakala dari segi Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri

Pulau Pinang) 2004 menyentuh perkara yang sama serta memperuntukkan di dalam

seksyen 53 (1)(b) yang menyatakan tentang kecuaian suami dalam tidak menyediakan

nafkah selama tempoh tiga bulan53.

2. Fasakh kerana ada Dharar, tidak sehaluan, deraan dan layanan buruk.

Sebahagian Fuqaha’ berpendapat maksud dharar yang membolehkan isteri menuntut

penceraian kepada Hakim ialah apabila suami melakukan keburukan terhadap isteri

dengan pukulan yang mencederakan atau maki-hamun yang menyakitkan hati isteri atau

dipaksa oleh suami melakukan maksiat atau suami meninggalkan isteri dan tidak

menggaulinya atau tidak mahu bercakap tanpa sebab syari’e atau lain-lain bentuk yang

boleh menyakitkan hati isteri serta memudaratkannya54. Maksud tidak sehaluan pula

52 Ibid. Hlm. 297. 53 Seksyen 53 (1)(b). Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.54 Haji Mohd Salleh Haji Ahmad. 2009. Op.cit. Hlm. 301.

Page 35: BAB 2 FASAKH

46

ialah pergaduhan yang teruk kerana melampaui batas kemulian. Deraan ialah siksaan

suami ke atas isteri dengan perkataan dan perbuatan55.

Pandangan daripada mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali tidak mengharuskan pemisahan

berlaku kerana keadaan tidak sehaluan dan layanan buruk yang berlaku antara suami

isteri berdasarkan hujahan pertama, hakim boleh mengangkatkan atau menghilangkan

dharar daripada isteri tanpa talak, seperti Hakim memerintahkan suami berkelakuan

baik terhadap isteri, berhenti daripada menyakitinya. Sekiranya suami tidak mematuhi

arahan mahkamah, Hakim boleh mengenakan tindakan takzir dengan hukuman yang

difikirkan dapat menjamin keselamatan isteri sehinggalah suami kembali berkelakuan

baik terhadapnya. Hujahan yang kedua ialah kerana budh’ iaitu faraj itu hak suami,

sedangkan harta itu hak isteri. Kedua-dua suami isteri itu orang yang berakal lagi rasyid

maka orang lain tidak berhak bertindak sesuatu pada hak mereka melainkan dengan

kuasa wakalah daripada mereka atau wilayah ke atas mereka56.

Pandangan kedua pula ialah daripada mazhab Maliki mengharuskan pemisahan

dilakukan kerana tidak sehaluan dan juga kerana kemudaratan berdasarkan hujahannya

iaitu bagi mengelakkan pertelingkahan yang berterusan sehingga kehidupan keluarga

dan rumahtangga itu bertukar menjadi neraka dan bala bencana57. Pandangan semua ini

55 Wahbah al-Zuhaili. 2001. Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid VII. Terj. Ahmad Shahbari Salamon. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 662.56 Haji Mohd Salleh Haji Ahmad. 2009. Perkahwinan dan Penceraian dalam Islam. Kuala Lumpur. Pustaka Haji Abdul Majid Sdn Bhd. Hlm. 303. 57 Ibid. Hlm. 304.

Page 36: BAB 2 FASAKH

47

jika dibandingkan dengan peruntukan undang-undang, pelbagai subseksyen yang terlibat

seperti subseksyen (1)(h) iaitu yang berkaitan dengan suami atau isteri menganiayai

isteri atau suaminya. Peruntukan ini semuanya berdasarkan mazhab-mazhab di atas dan

jika sabit perbuatan itu, maka boleh dijadikan alasan dalam pembubaran perhawinan

itu58.

3. Fasakh kerana suami Ghaib atau dipenjarakan.

Para Fuqaha’ mempunyai dua pendapat tentang pemisahan terhadap pasangan yang

suaminya ghaib atau meninggalkan langsung isterinya mahupun dipenjarakan dalam

tempoh selama setahun atau lebih. Dengan tindakan tersebut maka isteri mengalami

kesukaran dan menghadapi kebimbangan dirinya terdedah kepada fitnah dengan

ketiadaan suaminya59.

Mazhab Hanafi dan Syafie berpendapat isteri tidak berhak untuk menuntut supaya

dipisahkan dengan sebab suami ghaib, meninggalkannya langsung dan dipenjarakan,

sekalipun untuk satu tempoh yang lama. Ini kerana tidak terdapat sebarang dalil syarak

menunjukkan perlu dipisahkan di samping sebab untuk dipisahkan itu tidak terlaksana,

58 Seksyen 53 (1)(h). Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.59 Wahbah al-Zuhaili. 2001. Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid VII. Terj. Ahmad Shahbari Salamon. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 669.

Page 37: BAB 2 FASAKH

48

kerana jika kedudukan suami berkenaan diketahui , maka hakim hendaklah

mengutuskan kepada hakim di tempat suami berkenaan berada dan mewajibkan ia

memberi nafkah isterinya60.

Berlainan pula dengan pandangan mazhab Maliki pula mengharuskan tuntutan

pemisahan dilakukan dengan sebab ghaib selama setahun atau lebih tanpa mengira sama

ada ia dilakukan dengan sebab ada keuzuran atau tidak sebagaimana yang telah

diterangkan sebelum ini. Oleh itu, apabila tempoh tahanan suami itu berlanjutan selama

setahun atau lebih maka isterinya berhak untuk menuntut pemisahan melalui hakim, dan

hakim berhak memisahkan mereka berdua61. Jika dilihat dari segi Undang-Undang

Keluarga Islam berdasarkan seksyen 53 (1)(a) berhak mendapat sesuatu perintah untuk

membubarkan perkahwinan itu sekiranya suami atau isteri itu tidak diketahui di mana

beradanya selama tempoh lebih daripada setahun. Begitu juga berdasarkan subseksyen

(1)(c) iaitu berkenaan suami atau isteri dipenjarakan selama tiga tahun atau lebih maka

boleh mendapatkan sesuatu perintah pembubaran perkahwinan62.

4. Fasakh kerana kecacatan atau penyakit.

Kehidupan suami isteri tunggaknya ialah kasih sayang, kemesraan dan cinta kasih.

Namun kadang kala kehidupan ini didatangi sesuatu yang mengeruhkan kejernihannya

disebabkan oleh penyakit yang menimpa salah seorang suami atau isteri dan sukar atau 60 Ibid. Hlm. 670.61 Haji Mohd Salleh Haji Ahmad. 2009. Perkahwinan dan Penceraian dalam Islam. Kuala Lumpur. Pustaka Haji Abdul Majid Sdn Bhd. Hlm. 309.62 Seksyen 53 (1)(c). Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Page 38: BAB 2 FASAKH

49

panjang masanya untuk sembuh dan tidak akan sembuh buat selama-lamanya.

Kecacatan yang menghalang berlaku persetubuhan terbahagi kepada dua jenis iaitu

kecacatan yang berkaitan alat kelamin dan menghalang daripada persetubuhan

contohnya terpotong zakar,mati pucuk, tidak ada buah zakar, lubang faraj tersumbat

dengan daging atau tulang63.

Jenis kedua ialah kecacatan yang tidak menghalang kepada persetubuhan seperti

penyakit kusta, gila, sopak, siplis, lain-lain penyakit kelamin (V.D) dan seumpamanya64.

Pelbagai pandangan mazhab tentang perkara ini, pertamanya ialah daripada mazhab al-

Zahiri berpendapat tidak membenarkan fasakh atau pohon penceraian kerana ‘aib salah

seorang pasangan suami isteri. Pandangan mazhab Hanafi berpendapat isteri boleh

menolak perkahwinan apabila mendapati suaminya ada kecacatan atau penyakit kelamin

yang menghalang hubungan kelamin sementara suami pula tidak memiliki hak ini.

Penyakit itu ialah mati pucuk (‘Unnah), tiada batang zakar (Jabb), tiada buah zakar

(Khasiy), gila (al-Junun), penyakit kusta (al-Juzam) dan penyakit sopak (al-Baras).

Seterusnya ialah pandangan daripada Jumhur Fuqaha’ berpendapat setiap pasangan

suami isteri mempunyai hak menuntut penceraian kerana ‘aib yang ada pada

pasangannya, walaupun mereka berbeza tentang jenis-jenis kecacatan yang

membolehkan mereka khiyar iaitu antara kekal dalam perkahwinan atau bercerai secara

fasakh65.

63 Wahbah al-Zuhaili. 2001. Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid VII. Terj. Ahmad Shahbari Salamon. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 648.64 Ibid. Hlm. 650.65 Haji Mohd Salleh Haji Ahmad. 2009. Perkahwinan dan Penceraian dalam Islam. Kuala Lumpur. Pustaka Haji Abdul Majid Sdn Bhd. Hlm. 317.

Page 39: BAB 2 FASAKH

50

Berdasarkan Undang-Undang Keluarga Islam pula memperuntukkan di dalam seksyen

53 (1)(e),(f) dan (k) berkenaan kecacatan yang boleh menghalang persetubuhan

mahupun yang tidak menghalang persetubuhan seperti mati pucuk, gila serta penyakit

kelamin dan yang lain-lain mengikut Hukum Syarak66.

5. Fasakh kerana pertukaran agama.

Syariat Islam menetapkan, apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga

perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh

‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seprti biasa tanpa perlu

diperbaharui akad nikahnya. Islam bukanlah satu agama yang memecah-belahkan

institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar umatnya untuk membina

sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah

penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat

demikian menyebabkan belakunya perpisahan. Keempat-empat mazhab Islam iaitu

mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hanbali menetapkan perkahwinan mereka berdua

akan terfasakh. Para ulama hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh

itu berlaku, sama ada daripada saat pengIslaman suami atau saat isteri enggan memeluk

Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa Hakim. Fasakh atau perpisahan

tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawab ke atas isteri dan anak-

66 Seksyen 53 (1)(e),(f),dan (k). Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Page 40: BAB 2 FASAKH

51

anak dari sudut nafkah dan perbelanjaan67. Jika diperhatikan di dalam peruntukan

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam , tidak terdapat perkara yang mengatakan

apabila berlakunya pertukaran agama antara salah seorang suami atau isteri maka boleh

disabitkan pembubaran perkahwinan secara fasakh.

67 Khairol Azri Bin Saari. 2009. http://jksp.pahang.gov.my/index.php/isu-semasa/37. 19 November.