bab 1, bab 2, bab 3, bab 4, bab 5

69
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Terdapat beberapa kaedah Kodaly yang digunakan untuk membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran muzik. Salah satu dari kaedah tersebut ialah kaedah nyanyian solfa. Penggunaan teknik nyanyian solfa telah membantu 1

Upload: sue-ellyn

Post on 12-Jan-2016

392 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Terdapat beberapa kaedah Kodaly yang digunakan untuk membantu dalam proses

pembelajaran dan pengajaran muzik. Salah satu dari kaedah tersebut ialah kaedah

nyanyian solfa. Penggunaan teknik nyanyian solfa telah membantu dalam

pembelajaran nyanyian murid. Nyanyian solfa adalah suatu alat yang sangat sesuai

untuk mengenali ton muzik, kombinasi ton dan perkaitan antara ton melalui fungsi

telinga, badan, suara bercakap dan suara nyanyian. Dalam pembelajaran nyanyian

solfa, Kodaly juga menggunakan sistem isyarat tangan yang mula-mula diperkenalkan 1

Page 2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

oleh John Curwen di England pada tahun 1870. Isyarat tangan ini dibuat di antara

bahagian atas kepala dan pinggang.

Dalam pendekatan Dalcroze pula, beliau juga mementingkan solfa. Ia adalah

bertujuan untuk latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan kesedaran pic dan

perbezaan kualiti ton (tone quality). Pendengaran dalaman (inner-hearing) dapat

mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan

membunyikan sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik.

Lagu seperti yang tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda

seseorang.

Menurut Ghazali Abdul Ghani (2009) solfa mula dicipta di Itali dan solfa tonik

pula berasal dari England. Solfa tonik adalah satu sistem yang terdiri dari suku kata

do, re, mi, fa, so, la, ti, do. Do adalah pusat tonal bagi semua nada major manakala la

pula adalah pusat tonal bagi semua nada minor.

Teknik nyanyian solfa yang diperkenalkan oleh Kodaly adalah berdasarkan

sistem Tonik Solfa. Dalam sistem ini, notasi silibel Do,Re, Mi digunakan untuk

membantu pelajar mengenal pic not-not. Sistem ini menggunakan Moveable Do

System di mana not Do berubah untuk nada yang berlainan. Sebagai contoh C natural

adalah Do dalam nada C Major, D adalah Do dalam nada D Major, F adalah Do dalam

nada F Major dan sebagainya.

Menurut Kodaly lagi, sistem Tonik Solfa adalah cara yang terbaik untuk

melatih pendengaran muzikal dalam kanak-kanak kerana tumpuan utamanya diberi

2

Page 3: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

kepada hubungan bunyi sesama pic. Latihan nyanyian solfa haruslah bermula dengan

not-not yang mudah dahulu. Dalam sistem nyanyian solfa, not Do hingga So diajar

dahulu. Not-not Do, Re, Mi, Fa dan So diajar secara menaik dan menurun.

Selepas itu kanak-kanak diajar untuk menyanyi Do sehingga So dalam semua

nada, boleh diteruskan dengan mengajar bunyi jeda perfek ke 5. Kanak-kanak harus di

ajar untuk menyanyi jeda ini dalam mana-mana nada. Selepas jeda perfek ke 5, kanak-

kanak perlu diajar jeda So Mi yang merupakan jeda minor ke 3. Jeda ini adalah susah

untuk dinyanyikan dan latihan secukupnya harus diberikan kepada kanak-kanak agar

mereka dapat menyanyikan jeda ini dalam semua nada asas.

1.2 Pernyataan Masalah Kajian

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2000)

Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan

pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi

respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini

apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses

perkembangan diri kanak-kanak.

Disebabkan terdapat masalah nyanyian yang sumbang di kalangan murid-murid

tahun 5 semasa sesi pembelajaran nyanyian dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik,

maka kajian ini dijalankan untuk membantu memperbaiki kualiti nyanyian murid-murid

tahun 5 ini ke tahap yang lebih baik. 3

Page 4: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

Untuk mengimplementasi pembelajaran Pendidikan Muzik Tahun 5, adalah

penting untuk mengetahui kebolehan murid-murid terhadap:

i) nyanyian solfa; dan

ii) keberkesanan nyanyian solfa.

Menurut Mohd Azam Hj Sulong dan Mastor Hj Jarkaseh (Februari 2009)

latihan nyanyian solfa oleh Prof. Kodaly mementingkan pendengaran dalaman. Oleh

itu mulakan latihan dengan So dan Mi. Oleh yang demikian nyanyian solfa adalah

perlu dalam membantu murid mencapai aras nyanyian yang terbaik.

Bagi Mahayuddin Abdul Rahim (2009) pula, dalam kaedah solfege Dalcroze,

telinga dihubungkaitkan dengan bunyi, manakala keseluruhan saraf dikaitkan dengan

irama. Solfege pula adalah pengetahuan tentang melodi dan harmoni. Seperti tubuh

badan digunakan sebagai alat berirama semula jadi, suara pula adalah alat tonal yang

natural. Justeru itu, suara bertindak sebagai bahan ekspresi dalam Latihan Solfege

Dalcroze. Solfege bertindak sebagai ton, hubungkait antara ton dan ton kualiti

(timber).

Tujuan solfege diperkenalkan adalah supaya pendidik muzik dapat merancang

latihan dan aktiviti bagi tujuan memperkembangkan pendengaran secara aktif dan

merangsang saraf pendengaran supaya peka terhadap ketepatan pic. Solfege dalam

pendekatan Dalcroze adalah satu latihan pendengaran. Pendengaran boleh

mempertingkatkan kesedaran tentang pic, perbezaan ton dan perbezaan kualiti ton.

Pendengaran dalaman (inner hearing) juga dapat meningkatkan daya ingatan.

Pendengaran dalaman juga adalah sebutan atau sebahagian daripada lirik nyanyian

4

Page 5: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

yang dinyanyikan dalam hati. Pendengaran dalaman dapat ditingkatkan melalui

nyanyian, melodi, harmoni, pic atau perbezaan kualiti ton atau timber.

Berdasarkan pernyataan-pernyataan tersebut, menunjukkan betapa pentingnya

nyanyian solafa dalam pembelajaran nyanyian.

1.3 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:

i) Mengetahui adakah nyanyian solfa berkesan dalam membantu proses

pembelajaran nyanyian Pendidikan Muzik KBSR.

ii) Mengetahui apakah penggunaan nyanyian solfa dapat membantu

pembelajaran nyanyian murid.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:

i) Mengetahui keberkesanan nyanyian solfa dalam membantu proses

pembelajaran nyanyian Pendidikan Muzik KBSR.

ii) Mengetahui penggunaan nyanyian solfa dalam pembelajaran nyanyian

murid.

5

Page 6: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan mengetahui penggunaan nyanyian

solfa dalam pembelajaran nyanyian Pendidikan Muzik dapat membantu murid dalam

bilik darjah.

Kajian ini juga dilakukan kerana terdapatnya nyanyian yang sumbang di

kalangan murid-murid tahun 5 semasa sesi pembelajaran nyanyian dalam mata

pelajaran Pendidikan Muzik.

Menurut pendekatan Dalcroze, nyanyian solfa perlu diutamakan dan solfa

adalah untuk melatih telinga, mata, pic, melodi dan harmoni. Berdasarkan pendekatan

Dalcroze ini, nyanyian solfa berperanan membantu perkembangan diri pelajar.

1.6 Batasan Kajian

Dapatan kajian ini hanya dianggap benar bagi murid-murid Tahun 5 di Sekolah

Kebangsaan Pedita Zaaba Tapah Road. Kajian ini terhad maka hasil dapatan tidak

menggambarkan populasi penggunaan nyanyian solfa dalam pembelajaran nyanyian di

tempat lain yang mungkin menjalankan bentuk pembelajaran yang lain pula. Oleh itu

dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada murid-murid di sekolah lain di

Malaysia. Walaupun begitu kajian ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk

dijadikan sebagai panduan.

6

Page 7: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

1.7 Sampel Kajian

Sampel kajian dijalankan secara pemerhatian dan temubual terhadap subjek kajian ini

yang terdiri daripada 10 orang murid Tahun 5. Temubual dan pemerhatian membantu

mendapatkan data nyanyian solfa dalam pembelajaran nyanyian Pendidikan Muzik.

1.8 Prosedur Menjalankan Kajian

Menyemak semula tujuan

Samada tercapai atau tidak.

Rajah 1.1: Prosedur Menjalankan Kajian

7

Pernyataan MasalahPernyataan Masalah

Kepentingan KajianKepentingan KajianObjektif KajianObjektif Kajian

Hasil Penyelidikan dan AnalisisHasil Penyelidikan dan Analisis

MetodologiMetodologi

KesimpulanKesimpulan SarananSaranan

Tinjauan LiteraturTinjauan Literatur

Page 8: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Menurut buku Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Pendidikan Muzik (2002)

program pembelajaran Pendidikan Muzik sekolah rendah memberikan penekanan

pada pemerolehan ilmu pengetahuan tentang muzik dan membina kemahiran muzikal

secara amali melalui aktiviti muzik vokal dan instrumental. Melalui program ini juga,

murid akan mendapat pendedahan tentang seni muzik secara lebih sistematik. Oleh itu

8

Page 9: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah berfokus pada bentuk amali agar

aktiviti yang dijalankan menarik dan berkesan.

Menurut Mohd Nizam Haji Hasrifan (2009), nyanyian solfa adalah suatu alat

yang sangat sesuai untuk mengenali ton muzik, kombinasi ton dan perkaitan antara ton

melalui fungsi telinga, badan, suara bercakap dan suara nyanyian.

Dalam kajian ini peyelidik akan meninjau berkaitan fokus kajian nyanyian

solfa dalam pembelajaran nyanyian. Kajian-kajian berkaitan penggunaan nyanyian

solfa dan kelebihan penggunaan nyanyian solfa.

2.2 Kajian Keberkesanan Penggunaan Nyanyian Solfa dalam Pembelajaran

Nyanyian Pendidikan Muzik.

Pengaruh untuk Mendapatkan Nyanyian yang Baik

Mengikut pendapat para ahli antropologi, semua tamadun dan kelompok manusia

sepanjang zaman telah menghayati dan mengamalkan aktiviti-aktiviti muzik. Orang-

orang Yunani purba percaya melalui pelbagai aktiviti dan latihan muzik, jimnastik

serta peraturan, individu-individu yang berakhlak mulia boleh dihasilkan. Plato (dalam

bukunyaRepublic) juga berpendapat bahawa sahsiah seseorang itu amat dipengaruhi

oleh seni halus seperti muzik, sastera dan lukisan. Dengan ini akhlak seseorang itu

9

Page 10: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

boleh diperbaiki jika beliau didedahkan kepada muzik, bidang seni yang lain dan juga

acara jimnastik yang sesuai. Aristotle (dalam bukunyaPolitics) pula mengatakan

bahawa muzik boleh mempengaruhi niat manusia. Mengikut beliau, jika seseorang itu

mendengar muzik yang menggambarkan sesuatu sifat manusia seperti kelembutan,

kemarahan, keberanian, ketabahan hati, atau sifat-sifat yang sebaliknya, individu

berkenaan akan memperlihatkan sifat-sifat berkenaan dalam perwatakannya. Ini

bermakna peribadi seseorang itu boleh diperbaiki atau dirosakkan berdasarkan jenis

muzik yang didengarnya.

Pendapat-pendapat ini boleh dikaitkan dengan nyanyian muzik solfa dalam

nyanyian Pendidikan Muzik muzik nyanyian solfa yang didengar dapat memberi

kesan atau mempengaruhi seseorang untuk menghasilkan nyanyian yang baik.

Penggunaan Teknik yang Betul untuk Mendapatkan Nyanyian yang Baik

Menurut Pravina Manoharan (2009) nyanyian adalah salah satu elemen penting

bagi kanak-kanak. Dalam semua kelas muzik, nyanyian adalah mata pelajaran yang

selalunya mendapat sambutan yang baik di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak

biasanya mempunyai kecenderungan (aptitude) untuk mempelajari dan memahami

sesuatu dengan cepat dan tepat. Teknik nyanyian yang betul haruslah diajar pada usia

yang muda kerana ia adalah lebih mudah untuk memupuk kemahiran di kalangan

10

Page 11: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

kanak-kanak. Peggunaan teknik nyanyian dan pitching bagi notasi yang betul pada

usia yang muda dapat membantu seseorang memperkembangkan kemahiran ini di

masa hadapan.

Pernyataan ini dapat dikaitkan dengan keberkesanan penggunaan nyanyian

solfa untuk membantu pembelajaran nyanyian murid Tahun 5. Untuk mendapatkan

nyanyian yang baik dengan pic yang betul, murid-murid boleh menggunakan nyanyian

solfa dalam pembelajaran nyanyian sebagai latihan untuk mendapatkan pic yang tepat.

Murid-murid ini akan dapat mempelajari dan memahami kaedah nyanyian

solfa ini dengan cepat dan tepat, kerana itu adalah kecenderungan bagi kanak-kanak.

Nyanyian Solfa

Menurut Mohd Azam Sulong (2009) nyanyian solfa adalah suatu alat yang

sangat sesuai untuk mengenali ton muzik, kombinasi ton dan perkaitan antara ton

melalui fungsi telinga, badan, suara bercakap dan suara nyanyian.

Menurut Sharifah Hidayatul Syed Husain (2009) teknik kaedah solfa ini

memerlukan banyak masa kerana pelajar mesti diberi banyak latihan di dalam

nyanyian solfa. Mereka mesti biasa dengan solfa dan dapat mengecam pic solfa

dengan tepat tiap-tiap kali not solfa tersebut dinyanyikan. Guru pula mesti sangat

11

Page 12: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

mahir dalam nyanyian solfa dan dapat mengecam pic tiap-tiap not solfa itu dengan

tepat setiap kali not itu dinyanyikan. Kelebihannya pelajar dapat mengecam pic

dengan tepat sekali. Disebabkan ini, pelajar dapat menyanyikan sebarang lagu yang

dicatitkan dalam bentuk muzik atau solfa dengan serta merta.

Pernyataan-pernyataan ini menunjukkan nyanyian solfa amat penting dalam

membantu pembelajaran murid dalam nyanyian dan mempertingkatkan kualiti

nyanyian murid.

Solfa dengan Isyarat Curwen

Mohd Azam Sulong (200) menyatakan solfa adalah satu set silibel yang

mewakili bunyi satu dan hubungannya dengan sesama pic yang lain. Silibel ini adalah

Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do.

Menurut Kodaly, nyanyian solfa ini dapat dapat membantu kanak-kanak

mengenali pic not dan hubungan satu not dengan not yang lain.

Menurutnya lagi, Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do adalah silibel yang

digunakan untuk mewakili bunyi untuk satu pic dan hubungannya di antara pic-pic.

Setiap pic mempunyai isyarat tangan yang melambangkan kedudukan pic-pic ini. Pic-

pic ini boleh ditunjukkan dengan isyarat tangan curwen sambil menyanyikan pic itu.

12

Page 13: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

Murid perlu membuat isyarat untuk setiap pic pada kedudukan dan posisi tangan yang

betul.

Menurut Syarifah Hidayatul Syed Husain (2009), kaedah solfege dengan

isyarat tangan Curwen merupakan gabungan pengajaran secara hafalan ‘rote’ dan

bacaan notasi menggunakan silibel (d, r, m, f, s, l, t, d) digunakan sebagai pic, isyarat

tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran secara solfege.

Pernyataan-pernyataan ini juga menunjukkan nyanyian solfa berkesan dalam

membantu pembelajaran nyanyian murid-murid.

Penggunaan Nyanyian Solfa dalam Pembelajaran Nyanyian

Menurut objektif yang terdapat di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah

Rendah Pendidikan Muzik (2002), di antaranya ialah objektif yang ke empat iaitu

setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik KBSR murid dapat mengetahui dan

memahami teknik menyanyi dan objektif yang ke lima iaitu setelah mengikuti

pelajaran Pendidikan Muzik KBSR murid dapat memperkembangkan kemahiran

menyanyi dengan mengamalkan teknik yang betul.

13

Page 14: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

Maka di sini menggambarkan kaedah nyanyian solfa perlu dilaksanakan untuk

dapat mengetahui dan memahami teknik menyanyi dan dapat memperkembangkan

kemahiran menyanyi dengan baik apabila mengamalkan teknik yang betul.

14

Page 15: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang metodologi kajian untuk melihat keberkesanan

nyanyian solfa dalam pembelajaran nyanyian murid Tahun 5. Aspek yang dibincang

adalah pendekatan kajian, kajian kes, rekabentuk kajian, tempat kajian, sampel kajian,

kaedah pengumpulan data dan kaedah menganalisis data.

15

Page 16: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Pendekatan kualitatif

ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang boleh diamati

(Lexy, 2007), tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara fundamental

bergantung kepada pengamatan manusia dalam kawasannya sendiri dan berkait

dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan peristilahannya (Kirk & Miller, 1986).

Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini adalah kajian kes, adalah suatu

penyelidikan yang dilakukan terhadap suatu kumpulan murid, sama ada yang

berbentuk program mahupun kejadian yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan

tertentu (Nana, 2005).

Menurut Denzin dan Lincoln (1994):

“Qualitative research is multimethod in focus, involving

and interpretive, naturalistic approach to its subject matter.

This means that qualitative research study things in their

natural settings, attempting to make sense of or interpret

phenomena in terms of the meaning people bring to them.

Qualitative research involves the studied use and collection

of variety of empirical materials – case study, personal,

experience, introspective, life story, interview, observational,

historical, interactional and visual texts that describe routine

and problematic moment and meaning in individuals live”.

(Denzin and Lincoln 1994, hlm 15)

16

Page 17: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

Pernyataan di atas bertepatan dengan kajian penyelidik dalam mendapatkan dapatan

keseluruhan masalah yang dikaji.

3.2 Kajian Kes

Definisi kajian kes menurut Othman (2006) iaitu:

“Sesuatu kes dikenal pasti sebagai sistem

Yang mempunyai ruang sempadan tertentu

dan jelas seperti seorang guru, sebuah

sekolah atau sebuah program inovasia”. (Othman 2006 hlm. 98)

Pernyataan definisi kajian kes ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan penyelidik

dengan sampel kajian yang terdiri dari dua puluh orang murid di dalam sebuah kelas

sahaja.

Kajian kes, adalah suatu penyelidikan yang dilakukan terhadap suatu

kumpulan murid, sama ada yang berbentuk program mahupun kejadian yang terikat

oleh tempat, waktu atau ikatan tertentu (Nana, 2005). Kajian kes dilaksanakan untuk

menghimpun data, memperoleh makna, dan memperoleh pemahaman daripada suatu

kes. Dalam penyelidikan ini, kajian kes digunakan untuk menjelaskan keberkesanan

nyanyian solfa dalam pembelajaran nyanyian Pendidikan Muzik Tahun 5 di Sekolah

Kebangsaan Pendita Zaaba Tapah Road.

17

Page 18: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

3.3 Rekabentuk Kajian

Menurut (Creswell, 1988, dalam Othman: 59) menyatakan rekabentuk sebagai

keseluruhan proses penyelidikan dan menurut (Yin 1989; dalam Othman: 60)

rekabentuk merupakan urutan logikal yang mengaitkan data empirikal dengan soalan

kajian dan seterusnya kesimpulan kajian.

Secara umumnya prosedur kerja yang akan dilalui untuk

membangunkan projek ini adalah seperi berikut:

i) Latar belakang masalah. Mendapatkan dan mengumpul maklumat atau

data berkaitan nyanyian solfa.

ii) Tujuan kajian dan kepentingan kajian.

iii) Tinjauan literatur dan metadologi.

iv) Hasil penyelidikan dan analisis.

v) Kesimpulan dan menyemak kembali tujuan samada tercapai atau tidak.

vi) Saranan.

18

Page 19: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

3.4 Tempat Kajian

Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pendita Zaaba Tapah Road.

Seramai 10 orang murid yang belajar dalam kelas Tahun 5 Ibnu Sina.

3.5 Sampel

Sampel kajian meliputi murid-murid yang belajar dalam Tahun 5. Terdiri daripada 10

orang pelajar dalam kelas Tahun 5 Ibnu Sina. Penyelidik menggunakan kaedah

pemerhatian untuk merekod data di kalangan 10 orang pelajar ini. 10 orang pelajar

dipilih secara rawak untuk ditemubual dan analisis dokumen. Pelajar Tahun 5 dipilih

sebagai sampel kerana didapati nyanyian pelajar-pelajar ini tidak begitu menepati pic

semasa aktiviti nyanyian dalam Pendidikan Muzik.

19

Page 20: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

3.6 Instrumen

Dalam kajian ini alat penyelidikan yang digunakan adalah menggunakan pemerhatian

dan temu bual (Sukardi, 2004; Nana, 2005; Mohd, 2005). Dalam bahagian ini

dihuraikan tentang alat pengumpulan data kajian kualitatif dan penggunaan masing-

masing kaedah dalam penyelidikan ini adalah seperti berikut:

i) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian digunakan untuk pengumpulan data tentang keberkesanan

nyanyian solfa dalam pembelajaran nyanyian Pendidikan Muzik Tahun 5. Pemerhatian

yang dilakukan memberikan peluang kepada penyelidik untuk memerhati, mendengar

dan mengalami suasana yang sebenar (Mohd, 2005; Nana, 2005). Dengan kaedah ini

penyelidik memperoleh gambaran sebenar yang menyeluruh dan mendalam tentang

penggunaan nyanyian solfa

Dalam kajian ini, penyelidik bertindak sebagai pemerhati atau peserta seperti

mana dinyatakan oleh Spradley (1980), semua pengkaji yang menggunakan

pemerhatian-peserta dalam kajian mempunyai dua tujuan, a) melibatkan diri dalam

aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan situasi, b) memerhati aktiviti-aktiviti yang sedang

berlaku dengan aspek-aspek berkenaan.

Pemerhatian yang dijalankan dalam kajian ini dibantu oleh alat rakaman audio

visual. Menurut (Schensul & Lecompte, 1999 dalam Othman 137) pengumpulan data

20

Page 21: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

melalui rakaman audio visual atau dokumen dapat menjelaskan persekitaran fizikal,

membina komposisi populasi kajian, memilih sampel, membentuk latar pemerhatian

dan lain-lain isu yang berkaitan dengan kajian.

Kaedah ini yang dijalankan membantu dalam mendapatkan data kajian dan

mengukuhkan data yang diperolehi berkaitan penggunaan nyanyian solfa dalam

pembelajaran nyanyian dalam Pendidikan Muzik.

ii) Temu Bual

Temu bual ialah alat penyelidikan bilamana subjek dan penyelidik hadir dalam

proses memperolehi dapatan kajian (Sukardi, 2004; Mohd, 2005; Nana, 2005), 80

berkenaan dengan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak yang diperlukan untuk

mencapai objektif penyelidikan (Mohd, 2005). Temu bual merupakan salah satu

sumber maklumat yang paling penting dalam kajian kes. Hal ini kerana dengan temu

bual, dalam beberapa situasi penyelidik dapat meminta kepada responden untuk

menyampaikan pendapatnya tentang suatu peristiwa atau program tertentu, dan

hasilnya dapat digunakan sebagai preposisi dalam pelaksanaan penyelidikan

selanjutnya. Dalam penyelidikan ini, temu bual digunakan untuk mengumpulkan data

dan maklumat dengan pertimbangan:

i) Penyelidik memperoleh dapatan kajian tentang adakah nyanyian solfa

berkesan dalam membantu proses pembelajaran nyanyian Pendidikan Muzik

KBSR.

21

Page 22: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

ii) Memperoleh dapatan kajian secara terperinci berkait dengan apakah

penggunaan nyanyian solfa dapat membantu pembelajaran nyanyian murid.

Dalam kajian ini instrumen temubual berbentuk soalan struktur digunakan iaitu soalan

disediakan terlebih dahulu oleh penyelidik.

3.7 Prosidur Pengmupulan Data

Berikut adalah rajah berkaitan pengumpulan data dalam kajian ini:

Aktiviti Pemerhatian Temubual

Rakaman

Audiovisual Lain-lain Ujian

Sebelum sesi

simulasi

pengajaran

X X

Selepas sesi

simulasi

pengajaran

X

Semasa sesi

pengajaran di

bilik darjah

sebenar

X X

Selepas sesi

pengajaran di

bilik darjah

sebenar

X X X

22

Page 23: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

3.8 Analisis Data

Dalam kajian ini, pengkodan terbuka telah digunakan untuk mengkategori data

(Strauss 1987, dalam Othman 167). Menurut Othman (2006) pengkodan adalah proses

memecahkan data kepada segmen-segmen dan diberi tanda dalam bentuk nama-nama

kategori, simbol atau perkataan deskriptif tertentu.

Senarai kod yang digunakan dalam mengkategori data dalam kajian ini seperti berikut:

Kategori Kod

Pemerhatian Pelajar PP

Pemerhatian Audio Visual PAV

Temubual Pelajar TBP

23

Page 24: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

3.9 Rumusan

Keseluruhan metadologi kajian ini telah dibincangkan secara keseluruhannya di dalam

bab ini. Untuk mengumpul data rekabentuk kajian, sampel kajian, dan instrumen

kajian telah diperincikan. Dapatan dan analisa data kajian ini akan diperincikan dalam

bab empat.

24

Page 25: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

BAB 4

HURAIAN DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan profil respondan kajian ini yang terdiri daripada 10 orang pelajar

Tahun 5 di SK Pendita Zaaba. Tajuk yang dikaji oleh pengkaji ialah Pembelajaran

Nyanyian Murid Tahun 5 Menggunakan Kaedah Nyanyian Solfa. Kesinambungannya,

dalam bab ini juga turut membentangkan hasil analisis data dan dapatan kajian yang

dilakukan secara pemerhatian dan temubual.

25

Page 26: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

4.2 Profil Respondan

Kajian ini meliputi seramai 10 orang murid Tahun 5 di SK Pendita Zaaba. Pemilihan

respondan dibuat daripada sebuah kelas. Taburan respondan mengikut jantina adalah

mereka terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Keseluruhan respondan

terdiri daripada murid yang berketurunan Melayu. Respondan telah dikenalpasti

menghadapi masalah nnyanyian yang sumbang semasa pembelajaran nyanyian.

4.3 Dapatan Kajian

Melalui kaedah pemerhatian yang telah dijalankan oleh pengkaji, berikut adalah

dapatannya:

Item 1: Nyanyian pelajar sebelum pembelajaran nyanyian solfa.

PP 1: Tidak dapat menyanyikan pic “Fa” dengan tepat.

Melalui item 1, hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan mendapati pelajar 1

tidak dapat menyanyikan pic “Fa” dengan tepat.

PP 2: Pic “Do’ ” tidak tepat.

Berdasarkan item 1, pelajar 2 tidak dapat menyanyikan not “Do’ ” dengan tepat.

26

Page 27: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

PP 3 dan PP 5: Tidak dapat mengikut pic lagu dengan betul.

Melalui item 1, pelajar 3 dan pelajar 5 tidak dapat mengikut pic lagu dengan tepat

semasa menyanyi.

PP 4: Tidak dapat mencapai not “Do’ ”.

Berdasarkan item 1, pelajar 4 tidak dapat mencapai not “Do’ ” dan mengakibatkan

nyanyiannya menjadi sumbang.

PP 6, PP 7, PP 8, PP 9 dan PP 10: Tidak dapat mencapai not “Ti” dan “Do’ ”.

Merujuk kepada item 1, pelajar 6, pelajar 7, pelajar 8, pelajar 9 dan pelajar 10 tidak

dapat mencapai not “Ti” dan “Do’ ” semasa menyanyi.

Item 2: Nyanyian pelajar ketika pembelajaran nyanyian.

PP 1: Tidak dapat menyanyikan pic “Fa” dengan tepat.

Merujuk pada item 2, pelajar 1 memang tidak dapat menyanyikan pic “Fa” dengan

tepat.

PP 2: Pic “Do’ ” tidak tepat.

Berdasarkan item 2, pelajar 2 tidak dapat menyanyikan pic “Do’ ” dengan tepat.

27

Page 28: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

PP 3 dan PP 5: Tidak dapat mengikut pic lagu dengan betul.

Melalui item 2, pelajar 3 dan pelajar 5 tidak dapat mengikut pic lagu dengan betul

semasa menyanyi.

PP 4: Tidak dapat mencapai not “Do’ ”.

Merujuk pada item 2, pelajar 4 tidak dapat mencapai not “Do’ ” semasa menyanyi.

PP 6, PP 7, PP 8, PP 9 dan PP 10: Tidak dapat mencapai not “Ti” dan “Do’ ”.

Bagi item 2 di atas, hasil daripada pemerhatian yang dibuat mendapati pelajar 6,

pelajar 7, pelajar 8, pelajar 9 dan pelajar 10, menghadapi masalah tidak dapat

mencapai not “Ti” dan “Do’ ”.

Item 3: Perkembangan nyanyian pelajar ketika guru sedang mengajar.

PP 1: Cuba memperbaiki pic “Fa”.

Merujuk pada item 3, pelajar 1 cuba menyanyikan pic “Fa”.

PP 2 dan PP 4: Cuba memperbaiki pic “Do’ ”.

Berdasarkan item 3, pelajar 2 dan pelajar 4 juga mencuba untuk menyanyikan pic

“Do’ ”.

PP 3 dan PP 5: Tidak dapat mengikut pic lagu dengan betul.

Bagi item 3, pelajar 3 dan pelajar 5 masih tidak dapat menyanyi dengan pic yang

betul.

28

Page 29: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

PP 6, PP 7, PP 8, PP 9 dan PP 10: Tidak dapat mencapai not “Ti” dan “Do’ ”.

Berdasarkan item 3, pelajar 6, pelajar 7, pelajar 8, pelajar 9 dan pelajar 10 didapati

cuba memperbaiki nyanyian mereka tetapi masih tidak sempurna.

Item 4: Reaksi pelajar apabila diminta menyanyi.

PP 1: Keberatan untuk menyanyi.

Merujuk kepada item 4, pelajar 1 menunujukkan rasa keberatan untuk menyanyi.

PP 2: Tak mahu menyanyi.

Berdasarkan item 4, pelajar 2 tidak mahu menyanyi kerana bimbang dengan

nyanyiannya yang tidak dapat mengikut pic dengan tepat.

PP 3: Malu untuk menyanyi.

Bagi item 4, pelajar 3 berasa malu-malu untuk menyanyi kerana masalah picnya yang

tidak tepat.

PP 4: Tidak ada keyakinan untuk menyanyi.

Merujuk item 4, pelajar 4 langsung tidak mempunyai keyakinan untuk menyanyi.

PP 5, PP 7, PP 8, PP 9 dan PP 10: Tidak yakin untuk menyanyi.

29

Page 30: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

Berdasarkan item 4, pelajar 5, pealajar 7, pelajar 8, pelajar 9 dan pelajar 10

menunjukkan rasa tidak yakin untuk menyanyi.

PP 6: Tidak mahu menyanyi.

Merujuk pada item 4, pelajar 6 langsung tidak mahu menyanyi.

Item 5: Perkembangan pelajar apabila diberi latihan nyanyian solfa.

PP 1, PP 2, PP 4: Berminat dan dapat mengikuti.

Berdasarkan item 5, didapati pelajar 1, pelajar 2 dan pelajar 4 berminat dan dapat

mengikuti latihan nyanyian solfa.

PP 3, PP 5, PP 6, PP 9, PP 10: Sangat berminat dan sentiasa ingin mencuba.

Merujuk pada item 5, pelajar 3, pelajar 5, pelajar 6, pelajar 9 dan pelajar 10 sangat

berminat untuk menjalani latihan nyanyian solfa.

PP 7, PP 8: Dapat mengikuti dengan baik.

Berdasarkan item 5, didapati pelajar 7 dan pelajar 8 dapat mengikuti latihan nyanyian

solfa dan mereka telah mencuba dengan bersungguh-sungguh.

30

Page 31: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

Item 6: Perubahan pelajar selepas pembelajaran nyanyian solfa.

PP 1, PP 2, PP 3, PP 4, PP 5, PP 6, PP 7, PP 8, PP 9, PP 10: Dapat mengatasi masalah

pic dengan baik.

Merujuk kepada item 6 (Perubahan pelajar selepas pembelajaran nyanyian solfa),

akhirnya setelah menjalani pembelajaran solfa, didapati nyanyian keseluruhan pelajar

berubah menjadi sangat memberansangkan.

Melalui kaedah temubual yang dijalankan oleh pengkaji pula, berikut adalah

dapatannya:

Item 1: Apakah yang anda tahu tentang nyanyian solfa?

TBP 1: “Tahu, tapi tak selalu nyanyi.”

Berdasarkan pada item 1, pelajar 1 mengetahui tentang nyanyian solfa tetapi ia tidak

selalu menyanyikannya, oleh sebab itulah sering berlaku kesumbangan terhadap

nyanyiannya.

TBP 2: “Saya tahu, belajar masa Tahun 3.”

Merujuk pada item 1, pelajar 2 tahu tentang nyanyian solfa kerana telah

mempelajarinya semasa di Tahun 2 kemudian ditinggalkan oleh sebab itu nyanyiannya

mengahadapi masalah pic yang tidak tepat.

31

Page 32: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

TBP 3: “Tahu, dulu pernah belajar.”

Berdasarkan pada item 1, pelajar 3 memang telah tahu tentang nyanyian solfa. Ia telah

mempelajarinya pada masa lalu dan tidak diamalkan.

TBP 4: “Tahu, pernah dengar masa menonton TV.”

Mengikut item 1, pelajar 4 pernah mendengar nyanyian solfa semasa ia menonton

telesyen.

TBP 5: “Tahu, dah lama dah.”

Merujuk item 1, pelajar 5 juga sudah mengetahui tentang nyanyian solfa.

TBP 6: “Pernah dengar.”

Berdasarkan item 1, pelajar 6 juga pernah mendengar nyanyian solfa.

TBP 7: “Dah belajar masa Tahun 3.”

Mengikut item 1, pelajar 7 juga sudah mempelajari nyanyian solfa semasa di Tahun 3.

TBP 8: “Tahu, dah pernah dengar.”

Berdasarkan item 1, pelajar 8 sudah pernah mendengar nyaniyan solfa.

TBP 9: “Tahu. Tengok kat TV.”

Melalui item 1, pelajar 9 mengetahui tentang nyanyian solfa melalui rancangan yang

disiarkan di kaca televisyen.

32

Page 33: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

TBP 10: “Tahu”

Merujuk kepada item 1, pelajar 10 juga telah mengetahui tentang nyanyian solfa.

Item 2: Apakah anda pernah membuat latihan nyanyian solfa?

TBP 1, TBP 2, TBP 3, TBP 4, TBP 5, TBP 6, TBP 7, TBP 8, TBP 9 dan TBP 10:

“Pernah.”

Merujuk kepada item 2, didapati kesemua pelajar telah pernah membuat latihan

nyanyian solfa.

Item 3: Apakah anda tahu tentang nyanyian solfa dengan isyarat tangan Curwen?

TBP 1: “Rasa macam pernah dengar.”

Berdasarkan kepada item 3, pelajar 1 cuba mengingati semula yang ia pernah

mendengar tentang isyarat tangan Curwen.

TBP 2, TBP 3, TBP 4: “Tahu, sebab pernah belajar masa Tahun 3.”

Merujuk kepada item 3, ketiga-tiga pelajar iaitu pelajar 2, pelajar 3 dan pelajar 4

sama-sama telah belajar tentang nyanyian solfa semasa di Tahun 3 juga.

TBP 5: “Tau, saya pernah tengok cikgu Muzik ajar.”

Berdasarkan item 3, pelajar lima telah pernah melihat guru Muziknya mengajar.

33

Page 34: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

TBP 6: “Saya pernah tengok kakak saya menyanyi solfa dengan isyarat tangan tu.”

Berdasarkan kepada item 3, pelajar 6 telah pernah melihat bagaimana nyanyian solfa

dan isyarat tangan Curwen dilakukan.

TBP 7: “Saya tau sebab abang saya ada ajar beberapa kali kat rumah. Dia belajar kat

sekolah dia.”

Berdasarkan item 3, pelajar 7 telah mengetahui serba sedikit mengenai nyanyian solfa

dengan isyarat tangan Curwen melalui abangnya.

TBP 8, TBP 9, TBP 10: “Saya tau sikit-sikit je.”

Merujuk kepada item 3, pelajar 8, pelajar 9 dan pelajar 10 mempunyai sedikit

pengetahuan tentang nyanyian solfa dengan isyarat tangan Curwen.

Item 4: Pernahkah anda membuat latihan nyanyian solfa dengan isyarat tangan

Curwen?

TBP 1: “Saya pernah tengok tapi belum pernah cuba, teringin juga nak buat.”

Merujuk kepada item 4, pelajar 1 lihat dan ingin mencuba latihan nyanyian solfa

dengan isyarat tangan Curwen.

TBP 2, TBP 3, TBP 4: “Saya pernah belajar dan pernah buat latihan masa Tahun 3

dulu.”

34

Page 35: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

Berdasarkan item 4, pelajar 2, pelajar 3 dan pelajar 4 telah mempunyai asas kerana

pernah membuat latihan nyanyian solfa dengan isyarat tangan Curwen semasa di

Tahun 3.

TBP 5, TBP 6, TBP 7: “Saya pernah buat buat latihan tu, dulu.”

Merujuk kepada item 4, pelajar 5, pelajar 6 dan pelajar 7 bersungguh-sungguh

menyatakan mereka pernah membuat latihan nyanyian solfa dengan isyarat tangan

Curwen.

TBP 8, TBP 9, TBP 10: “Saya pernah buat latihan sikit-sikit je.”

Berdasarkan item 4, pelajar 8, pelajar 9 dan pelajar 10 juga mempunyai sedikit asas

mengenai latihan nyanyian solfa dengan isyarat tangan Curwen kerana mereka pernah

mencuba melakukannya.

Item 5: Pada fikiran anda bolehkah anda menyanyikan nyanyian solfa?

TBP 1, TBP 2, TBP 3, TBP 4, TBP 5, TBP 6, TBP 7, TBP 8, TBP 9, TBP 10:

“Boleh.”

Menurut item 5, pelajar 1, pelajar 2, pelajar 3, pelajar 4, pelajar 5, pelajar 6, pelajar 7,

pelajar 8, pelajar 9 dan pelajar 10 merasakan mereka berupaya untuk menyanyikan

nyanyian solfa.

35

Page 36: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

Item 6: Apakah anda dapat rasakan perubahan pada nyanyian anda selepas anda

belajar nyanyian solfa?

TBP 1, TBP 2: “Ya, cikgu.”

Merujuk pada item 6, pelajar 1 dan pelajar 2 menyatakan ia dapat merasakan

perubahan pada nyanyiannya.

TBP 3, TBP 4, TBP 5, TBP 6, TBP 7, TBP 8, TBP 9 dan TBP 10:

“Saya rasa saya nyanyi lebih sedap.”

Bagi item yang terakhir iaitu item 6, keseluruhan pelajar yang ditemubual memberikan

jawapan yang positif.

4.4 Rumusan

Bab ini telah menjelaskan tentang profil respondan dan menghuraikan dapatan kajian

tentang pembelajaran nyanyian murid Tahun 5 menggunakan kaedah nyanyian solfa.

Maklumbalas yang positif daripada respondan menunjukkan bahawa penggunaan

kaedah nyanyian solfa amat berkesan untuk memperbaiki mutu nyanyian pelajar.

Kaedah ini juga dapat menimbulkan minat pelajar untuk mempelajari nyanyian.

36

Page 37: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

Hasil dapatan-dapatan kajian telah dibincangkan dalam bab keempat. Bab ini adalah

sebagai penutup laporan kajian. Bab ini akan membincangkan rumusan kajian yang

diperolehi daripada respondan dan cadangan bagi hasil yang diperolehi daripada

keseluruhan dapatan kajian ini. Cadangan kajian lanjut juga dikemukakan pada

bahagian akhir bab ini.

37

Page 38: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

5.2 Ringkasan Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan pembelajaran nyanyian

murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Pendita Zaaba Tapah Road menggunakan

kaedah nyanyian solfa. Respondan kajian ini ialah pelajar Tahun 5 di sekolah tersebut.

Sampel diambil dari satu kelas sahaja bagi memastikan perubahan pelajar dalam

nyanyian adalah setara.Instrumen kajian terdiri dari pemerhatian berstruktur dan

temubual berstruktur. Penyelidik telah pun berbincang dengan penyelia kajian ini

mengenai item-item pemerhatian dan temu bual sebelum melaksanakannya.

Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengkaji keberkesanan pembelajaran nyaniyan

menggunakan kaedah nyanyian solfa.

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Kajian ini mendapati wujudnya perubahan yang positif pada nyanyian respondan

setelah mereka belajar nyanyian solfa. Sikap positif yang lebih tinggi membayangkan

minat dan komitmen yang tinggi di kalangan respondan untuk menggunakan kaedah

nyanyian solfa bagi membentuk perubahan dalam nyanyian. Situasi ini dapat dikaitkan

dengan pendapat para ahli antropologi, semua tamadun dan kelompok manusia

sepanjang zaman telah menghayati dan mengamalkan aktiviti-aktiviti muzik. Orang-

38

Page 39: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

orang Yunani purba percaya melalui pelbagai aktiviti dan latihan muzik, jimnastik

serta peraturan, individu-individu yang berakhlak mulia boleh dihasilkan. Plato (dalam

bukunyaRepublic) juga berpendapat bahawa sahsiah seseorang itu amat dipengaruhi

oleh seni halus seperti muzik, sastera dan lukisan. Dengan ini akhlak seseorang itu

boleh diperbaiki jika beliau didedahkan kepada muzik, bidang seni yang lain dan juga

acara jimnastik yang sesuai. Aristotle (dalam bukunyaPolitics) pula mengatakan

bahawa muzik boleh mempengaruhi niat manusia. Mengikut beliau, jika seseorang itu

mendengar muzik yang menggambarkan sesuatu sifat manusia seperti kelembutan,

kemarahan, keberanian, ketabahan hati, atau sifat-sifat yang sebaliknya, individu

berkenaan akan memperlihatkan sifat-sifat berkenaan dalam perwatakannya. Ini

bermakna peribadi seseorang itu boleh diperbaiki atau dirosakkan berdasarkan jenis

muzik yang didengarnya.

Pendapat-pendapat ini boleh dikaitkan dengan nyanyian muzik solfa dalam

nyanyian Pendidikan Muzik muzik nyanyian solfa yang didengar dapat memberi

kesan atau mempengaruhi seseorang untuk menghasilkan nyanyian yang baik.

Tinjauan hasil temubual dari dapatan dalam item 1 (Apakah yang anda tahu tentang

nyanyian solfa?) pada keseluruhannya respondan tahu dan pernah dengar tentang

nyanyian solfa.

39

Page 40: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

Bagi item 2 (Apakah anda pernah membuat latihan nyanyian solfa?) dalam temu bual

pula, keseluruhan respondan pernah membuat latihan nyanyian solfa dan mereka

nampak seperti ingin melakukannya lagi. Ini dapat dikaitkan dengan menurut Pravina

Manoharan (2009) nyanyian adalah salah satu elemen penting bagi kanak-kanak.

Dalam semua kelas muzik, nyanyian adalah mata pelajaran yang selalunya mendapat

sambutan yang baik di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak biasanya mempunyai

kecenderungan (aptitude) untuk mempelajari dan memahami sesuatu dengan cepat dan

tepat. Teknik nyanyian yang betul haruslah diajar pada usia yang muda kerana ia

adalah lebih mudah untuk memupuk kemahiran di kalangan kanak-kanak. Peggunaan

teknik nyanyian dan pitching bagi notasi yang betul pada usia yang muda dapat

membantu seseorang memperkembangkan kemahiran ini di masa hadapan.

Pernyataan ini dapat dikaitkan dengan keberkesanan penggunaan nyanyian

solfa untuk membantu pembelajaran nyanyian murid Tahun 5. Untuk mendapatkan

nyanyian yang baik dengan pic yang betul, murid-murid boleh menggunakan nyanyian

solfa dalam pembelajaran nyanyian sebagai latihan untuk mendapatkan pic yang tepat.

Selain itu item 3 (Apakah anda tahu tentang nyanyian solfa dengan isyarat tangan

Curwen?) dalam temu bual, menunjukkan keseluruhan respondan mempunyai

pengetahuan asas tentang nyanyian solfa dengan isyarat tangan Curwen dan mereka

lebih berminat untuk mempelajarinya lagi. Ini dapat dikaitkan dengan menurut

Kodaly, nyanyian solfa ini dapat dapat membantu kanak-kanak mengenali pic not dan

hubungan satu not dengan not yang lain. Menurut Syarifah Hidayatul Syed Husain

40

Page 41: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

(2009), kaedah solfege dengan isyarat tangan Curwen merupakan gabungan

pengajaran secara hafalan ‘rote’ dan bacaan notasi menggunakan silibel (d, r, m, f, s, l,

t, d) digunakan sebagai pic, isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk

membantu pengajaran secara solfege.

Pernyataan-pernyataan ini juga menunjukkan nyanyian solfa berkesan dalam

membantu pembelajaran nyanyian murid-murid.

Hasil temubual bagi item 4 (Pernahkah anda membuat latihan nyanyian solfa dengan

isyarat tangan Curwen?) juga menunjukkan respondan-respondan pernah membuat

latihan nyanyian solfa dengan isyarat tangan Curwen dan mereka amat tertarik dengan

isysrat-isyarat tersebut.

Bagi item 5 (Pada fikiran anda bolehkah anda menyanyikan nyanyian solfa?) pula,

apabila kesemua respondan ditanya, mereka memberikan jawapan yang positif, ini

bermakna mereka sangat berminat.

Akhir sekali bagi item 6 (Apakah anda dapat rasakan perubahan pada nyanyian anda

selepas anda belajar nyanyian solfa?) hasil dapatan amatlah positif keseluruhan

respondan dapat merasakan perubahan yang baik terhadap nyanyian mereka selepas

mereka diajar nyanyain solfa.

41

Page 42: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

5.4 Cadangan Kajian

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibincangkan pada para 5.3, beberapa

cadangan ingin dikemukakan dengan harapan ianya akan dapat memberi sumbangan

ke arah peningkatan mutu nyanyian di kalangan pelajar dengan menggunakan kaedah

nyanyian solfa.

Implikasi daripada kajian yang dijalankan pengkaji mendapati pelajar-pelajar merasai

perubahan yang positif setelah kaedah nyanyian solfa diaplikasikan.

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Berasaskan kepada

batasan-batasan ini, berikut dicadangkan beberapa kajian lanjutan:

a) Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar Tahun 5. Kajian lanjutan

dicadangkan supaya melibatkan pelajar-pelajar dari tahun yang lain.

b) Kajian ini hanya melibatkan pelajar hanya dalam satu kelas sahaja dari Tahun

5. Kajian lanjutan dicadangkan supaya melibatkan kelas-kelas yang lain dari

Tahun 5.

42

Page 43: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

c) Kajian ini hanya melibatkan kaum Melayu sahaja. Kajian lanjutan dicadangkan

supaya melibatkan pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

d) Kajian ini hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja. Kajian lanjutan

dicadangkan supaya melibatkan sekolah-sekolah yang berhampiran.

5.6 Rumusan

Bab ini telah memberikan ringkasan kajian, membincangkan dapatan-dapatan kajian,

menyatakan kesimpulan dapatan kajian, membincangkan implikasi dapatan-dapatan

kajian, memberi cadangan dan memberi cadangan beberapa kajian lanjutan yang boleh

dijalankan. Sebagai kata penutup, kajian ini hanya merupakan kajian awal tentang

kesan kaedah nyanyian solfa. Kajian yang lebih terperinci dan tepat perlu dilakukan

untuk memantapkan lagi dapatan kajian tentang kaedah nyanyian solfa ini.

43

Page 44: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

Rujukan

Jacob, E. (1987). Qualitative research traditions: A Review of Educational Research

57(1):1-50.

John W.Creswell (1994). Research Design, Qualitative & Quantitative Approaches.

California. Sage Publication, Inc.

Lancy, D. (1993). Qualitative Research in Education. New York. Longman.

Merriam, S.B. (1988). The Case Study Research in Education. San Francisco. Jossey-

Bass.

Miles, M.B. & Huberman, A.M. (1984). Qualitative Data Analysis: An Expended

Book (second edition). Thousand Oaks, CA: Sage.

Mohd Azam Su long , Ghaza l i Abdu l Ghan i , Mahayudd in Abdu l Rah im ,Mohd Niam Haji Hasrifan . (2009) HBM2203 Pengajaran Muzik

III. Kuala Lumpur :Open Universiti Malaysia.

P rav ina Manoha ran (2009 ) HBMS2103 Penga j a r an Muz ik 2 . Kua l a

Lumpur : Open Universiti Malaysia.

P rav ina Manoha ran , Kamarud in Ahmad , Mohd Azam Su long , J ane t Tan GoonHong , ( 2010 ) . HBMS3404 Tekno log i dan A la t Muz ik .

Kua l a Lumpur : Open Universiti Malaysia.

44

Page 45: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

Pro f Madya Zaha ru l La i l i dd in H j Sa idon , Mohd Nizam HjNas r i f an ,

( 2010 ) HBMS3103 Pengajaran Muzik IV. Kuala Lumpur : Open Universiti

Malaysia.

Ra j a Azuan Naha r Ra j a Adnan , Mohd Azam Su long , ( 2010 )HBMS

3103 Pengajaran Muzik IV. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.

Rajendran, Nagappan (2004). Teacher Education Program to Train Teachers to Teach

Higher Thinking Skills: The Case of University Pendidikan Sultan Idris.

R.C. Bogadan and Ss.k. Biklen (1992). Qualitative Research for Education. An

Introduction tonTheoryband Methods, 2nd ed. Boston. Allyn & Bacon.

45

Page 46: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

LAMPIRAN 1

Pemerhatian Berstruktur

Nama Pemerhati: Respondan #:

Tempat Pemerhatian:

Masa/Jangka Waktu Pemerhatian:

Item Nota Pemerhatian

Nyanyian pelajar sebelum pembelajaran

nyanyian solfa.

Nyanyian pelajar ketika pembelajaran

nyanyian.

Perkembangan nyanyian pelajar ketika

guru sedang mengajar.

Reaksi pelajar apabila diminta menyanyi.

Perkembangan pelajar apabila diberi

latihan nyanyian solfa.

Perubahan pelajar selepas pembelajaran

nyanyian solfa.

46

Page 47: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5

LAMPIRAN 2

Temubual Berstruktur

Nama yang Ditemubual: Respondan #:

Tempat Temubual:

Masa Temubual:

Item Respons

Apakah anda tahu tentang nyanyian

solfa?

Apakah anda pernah membuat latihan

nyanyian solfa?

Apakah anda tahu tentang nyanyian solfa

dengan isyarat tangan Curwen?

Pernahkah anda membuat latihan

nyanyian solfa dengan isyarat tangan

curwen?

Pada fikiran anda, bolehkah anda

menyanyikan nyanyian solfa?

Apakah anda dapat rasakan perubahan

pada nyanyian anda selapas anda belajar

nyanyian solfa?

47