analisis aktiviti kepelbagaian budaya di sekolah rendah

Upload: zahrah-jirin

Post on 07-Jan-2016

534 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

analisis aktiviti

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)(Pengajaran Sejarah Tahun 4)

Mata pelajaran: Sejarah Tahun/ Kelas: Tahun 4 BestariBilangan Murid: 30 orangTarikh/Hari: 21 Januari 2015 (Rabu)Masa: 8.10 9.10 pagiTema / TajukWarisan Kita

STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Pengertian sejarah dan kemahiran sejarah1.1.4 Menyatakan tinggalan sejarah yang terdapat di muzium dan tempat bersejarahK.1.1.9 Menjelaskan kepentinganmenghargai warisan bangsabagi melahirkan jati diri.

OBJEKTIFPada akhir pembelajaran murid akan dapat :a) Menyatakan tujuh daripada sepuluh bahan tinggalan sejarah yang terdapat di muzium dan tempat bersejarah.b) Mengenal pasti sekurang-kurangnya lima warisan bagi kaum Melayu, Cina dan India melalui permainan Warisi Warisan Kita.c) Mengenalpasti sekurang-kurangnya lima bahan tinggalan sejarah yang terdapat di muzium dan tempat bersejarah melalui kuiz interaktif TMK.

PENGISIAN KURIKULUMElemen merentas kurikulum Ilmu : Geografi Nilai : Kesyukuran Kerjasama Keyakinan diriTeknologi Maklumat dan Komunikasi : Murid belajar melali bahan multimedia interaktif.Kemahiran Pemikiran Sejarah : Elemen asas sejarah (bahan tinggalan sejarah, tempat bersejarah, tarikh atau masa berlaku, dan peristiwa apa yang berlaku.) Mencari sumber (kaedah mencari sumber di muzium, dan mengenal pasti bahan tinggalan dan tempat bersejarah yang ada.)Dimensi kewarganegaraan : Perkongsian sejarah (murid menyatakan bahan tinggalan dan tempat bersejarah yang diketahui kepada rakan-rakan.) Perkongsian masa depan (mengetahui warisan budaya yang ditinggalkan oleh masyrakat sebelum ini dan berusaha mengekalkannya untuk rujukan generasi masa depan.)

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik :a) KB : Mengenal pastib) KP : intrapersonal dan interpersonalc) BCB : Mencatat dan memproses maklumatd) Pembelajaran kontekstual e) Pembelajaran konstruktivisme

Alat Bantu MengajarBilJenisBilangan

1Komputer riba1

2LCD projector1

3Pembesar suara1

4Kertas mah-jong 5

5Gambar10

6Lembaran kerja30

Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengenali negeri-negeri di Malaysia.Langkah/MasaIsi PelajaranAktivitiCatatan

Set induksi(5 minit)Menonton tayangan video

Tajuk : Tarian Singa

Budaya yang perlu diketahui oleh murid : -asal-peralatan yang digunakan-cara dipersembahkan-nama perayaan

Soalan1. Video tersebut berkisar tentang apa?Jangkaan jawapan : Tarian Singa2. Tarian tersebut merupakan budaya kaum?Jangkaan jawapan : kaum Cina3. Adakah tarian tersebut masih diamalkan sampai hari ini?Jangkaan jawapan : masih diamalkan-Guru memberi arahan kepada murid untuk menonton dan mengamati persembahan yang menjadi budaya kaum Cina.BBM LCD Video Tarian SingaKB Menghubungkait KP LinguistikBCB : Memproses maklumatKaedah KomunikatifPembelajaran kontekstual Mengaitkan pengetahuan dengan kehidupanNilai Rasional, kesyukuran

Langkah 1(10 minit)Ketahui bahan tinggalan dan tempat bersejarah

Perkara yang perlu diketahui Nama bahan-bahan tinggalan dan tempat bersejarah Asal tempat bahan tersebut Fungsi bahan tersebut Peristiwa yang berlaku di tempat bersejarah tersebutSoalan1. Apakah yang anda lihat dalam keseluruhan gambar ini?Jangkaan jawapan : bahan-bahan dan tempat bersejarah.2. Dimanakah semua bahan-bahan ini dapat ditemui?Jangkaan jawapan : di muzium, di negeri Melaka, di negeri Johor dan sebagainya.

-Guru mengedarkan beberapa gambar bahan tinggalan dan tempat bersejarah.

-Secara berkumpulan berlima, guru meminta murid mengamati butiran yang terdapat pada gambar tersebut.

-Murid meneliti gambar tersebut.

-Guru bertanya murid tentang butiran yang terdapat dalam gambar.

-Murid diminta mengkategorikan bahan tinggalan atau tempat bersejarah menggunakan peta i-Think yang sesuai. BBM Gambar bahan tinggalan dan tempat bersejarah Lembaran peta i-Think KP Verbal-linguistikPendekatan Induktif-Berpusatkan murid-Berpusatkan bahanKaedah KomunikatifTeknik Perbincangan, peta i-ThinkKB Mengenal pasti MengkategoriNilai kesyukuran

Langkah 2(20 minit)Mengenal pasti warisan bagi kaum Melayu, Cina dan India.

Tugasan 1 : Membaca maklumat yang terdapat dalam sampul surat yang diberikan.

Tugasan 2 : Melengkapkan maklumat yang diperlukan dalam ketas mah-jong.

Tugasan 3 : Membentangkan hasil kumpulan.

-Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan kecil yang terdiri daripada pelbagai kaum.

-Guru memberikan sampul surat dan kertas mah-jong yang mempunyai tugasan kepada setiap kumpulan.

-Guru memberi arahan untuk murid membaca maklumat yang terdapat dalam sampul surat tersebut dan melengkapkan tugasan pada kertas mah-jong yang diberikan.

-Setiap murid membaca maklumat yang diberikan.

-Dalam kumpulan murid menyelesaikan tugasan yang terdapat dalam kertas mah-jong menggunakan maklumat yang diberikan.

-Guru meminta murid membentangkan hasil setiap kumpulan.

-Guru membuat penilaian murid yang lemah dan murid yang cemerlang dalam tajuk ini.

-Guru memberikan ganjaran kepada kumpulan yang mendapat markah tertinggi.

BBM Sampul surat Kertas mah-jong Gam KP Verbal-linguistikPendekatan Induktif-Berpusatkan murid-Berpusatkan bahanKaedah Pembelajaran inkuiri penemuanTeknik Perbincangan, KB Mengenal pasti MengkategorikanNilai Keyakinan Kerjasama

Langkah 3(20 minit)Menjawab soalan kuiz melalui bahan multimedia

Soalan pengayaan :1. Nyatakan warisan kesenian kaum Melayu.Jangkaan jawapan : tarian Zapin2. Nyatakan tempat bersejarah dan peristiwa yang terdapat di Melaka.Jangkaan jawapan :Kota A Famosa, Portugis menjajah Tanah Melayu3. Bagaimana memelihara warisan permainan tradisional seperti congkakJangkaan jawapan : mengadakan pertandingan permainan congkak di sekolah.

-Guru menayangkan bahan multimedia bertajuk kuiz warisan kita di hadapan kelas menggunakan LCD.

Penilaian-Guru memilih secara rawak wakil daripada setiap kumpulan untuk menjawab kuiz berpandukan bahan multimedia.

-Murid yang dipilih akan kehadapan dan memilih serta menjawab soalan kuiz.

-Murid yang dipilih akan menyemak jawapan sendiri.

-Murid-murid yang lain akan membuat pembetulan jawapan yang salah.

Pemulihan-Guru meminta murid yang tidak dapat menjawab dengan betul untuk berulang kali melihat kembali gambar yang telah dipaparkan semasa aktiviti sebelum ini dan merujuk kembali hasil pembentangan setiap kumpulan.

Pengayaan-Guru menyoal murid berdasarkan soalan-soalan spontan untuk memperkaya maklumat murid.

BM Bahan multimedia(soalan kuiz)KB Mengenal pastiKaedah Pembelajaran berbantukan komputer. Teknik KuizNilai Keberanian Keyakinan Kerjasama

Bahan bantu mengajar

Penutup(5 minit)KognitifGuru membuat rumusan

SosialPujian atas usaha dan kejayaan -Guru mmbuat rumusan pembelajaran.

-Guru bersoal jawab dengan murid tentang apa yang telah mereka pelajaripada hari tersebut.

-Guru memberi pujian kepada murid-murid.KB MerumusPendekatan KomunikatifNilai Kerjasama Keyakinan Keberanian

BAHAGIAN DUA:ANALISIS AKTIVITI SEKOLAH

ANALISIS AKTIVITI KEPELBAGAIAN BUDAYA DI SEKOLAH RENDAH1.0 Latar Belakang Sekolah : Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn (SKTHO)Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Jalan Dua, Kg Pandan, Kuala Lumpur. Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn ini mula dibina pada tahun 1948. Nama asalnya ialah Sekolah Melayu Kampung Pandan. Sekolah ini telah didirikan oleh penduduk kampung ini secara bergotong-royong. Pada tahun 1955, bangunan asal sekolah ini telah dibina semula dengan sempurna dan ditambah lagi dengan bilik darjahnya dan dilengkapi dengan bekalan air paip dan elektrik.Pada tahun 1958, sekolah ini telah mendapat lagi tambahan 4 bilik darjah dan pejabat. Pada tahun 1966, sekolah ini didirikan lagi bangunan tambahan 6 bilik darjah. Pada tahun 1972, sebuah lagi bangunan 2 tingkat didirikan dengan mempunyai 9 bilik darjah, bilik guru, pejabat, dewan dan sebuah kantin.Bangunan kelima pula dibina pada tahun 1981 dengan mempunyai 8 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah bilik alat pandang dengar dan sebuah bilik alatan KBSR. Pada tahun 1992, Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn. Nama ini juga telah diiktiraf dengan rasminya oleh JPWP pada 9 Februari 1995.Pada tahun 1995, Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn telah mendapat dua buah bangunan lagi, bangunan sementara dan bangunan 4 tingkat dengan mempunyai 14 bilik darjah,bilik guru dan pejabat. Pada tahun 2000, SK Tun Hussein Onn telah mendapat lagi sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 15 bilik darjah.Pada tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn memiliki 423 pelajar lelaki dan 430 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 853 orang. Sekolah ini mempunyai seramai 60 orang guru. Kini, Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn telah mampu menampung seramai lebih kurang 1000 orang murid dalam satu sesi pagi sahaja dengan jumlah guru seramai 69 orang guru dan 12 orang kaki tangan lain.

2.0 Aktiviti Kepelbagaian Budaya Di Sekolah : Program Gotong-royong PerdanaSekolah ini mempunyai murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Murid di sekolah ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Sekolah ini sememangnya aktif dan sering mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik setiap tahun. Semua warga sekolah mengambil bahagian secara aktif dalam setiap aktiviti yang diadakan sama ada aktiviti kurikulum mahupun kokurikulum. Berdasarkan kepada pemerhatian, di Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn, terdapat pelbagai program dan aktiviti yang sesuai untuk murid yang pelbagai kaum telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Salah satu daripada aktiviti tersebut ialah Program Gotong-royong Perdana. Sekolah ini telah mengadakan program gotong royong yang melibatkan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa pada28 Februari 2015. Program tersebut telah bermula seawal jam 7.30pagi. Objektif utama program gotong royong tersebut adalah untuk membersihkan kawasan sekitar sekolah dan bilik darjah serta mengeratkan hubungan antara warga pendidik dan ibu bapaDalam pelaksanaan program tersebut terdapat jawatankuasa program yang terdiri daripada semua warga sekolah tanpa mengira kaum. Semua warga sekolah termasuklah guru, murid, ibu bapa dan kaki tangan sekolah terlibat dalam program ini. Semua warga sekolah saling berkerjasama dan berganding bahu dalam menjayakan program tersebut. Sebagai contoh, AJK PIBG sekolah tersebut turut terlibat dalam melaksanakan program. Hubungan antara pihak sekolah dan pihak ibu bapa adalah sangat baik. Ibu bapa sentiasa memberikan kerjasama yang baik dan menyokong setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Hal ini menunjukkan aktiviti ini mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak dan sangat sesuai dilaksanakan di sekolah ini yang mempunyai murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sehubungan itu, melalui program tersebut, unsur-unsur kebudayaan daripada aspek nilai kehidupan seperti menjaga kebersihan, saling menghormati, saling membantu dan sebagainya dapat dilihat dalam kalangan warga sekolah ini. Hal ini demikian kerana semua orang masih berpegang dan beramal dengan ajaran di dalam agama masing-masing iaitu sentiasa menjaga kebersihan. Mereka dapat bergotong-royong dengan seronok walaupun mereka semua terdiri daripada kaum dan agama yang berbeza. Di samping itu, penyertaan murid dalam program ini adalah sangat menggalakkan. Semua murid tanpa mengira bangsa, kelas sosial, jantina dan agama saling bekerjasama antara satu sama lain membersihkan kawasan sekolah dan bilik darjah. Dengan adanya program seperti ini, murid dapat berinteraksi dan berkomunikasi secara positif dan belajar untuk memahami budaya hidup bangsa yang lain. Seterusnya, penglibatan ibu bapa, guru dan kaki tangan sekolah juga adalah sangat baik. Ibu bapa murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dapat berkenalan dan membina hubungan persahabatan melalui program ini. Mereka yang terdiri daripada pelbagai peringkat kelas sosial dapat berinteraksi dan bekerjasama dengan baik.Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut ialah mengutip sampah di sekitar sekolah, melukis mural, menanam pokok bunga, membakar sampah dan sebagainya. Menanam pokok bunga Membersihkan longkang

Membakar sampah Membersihkan dinding bangunan

Murid mendengar taklimat program Pendaftaran ibu bapa

Contoh aktiviti-aktiviti semasa program3.0 Implikasi Aktiviti Kepelbagaian BudayaKepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khususnya. Seorang guru mesti mengetahui peranan guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio budaya murid khususnya semasa mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan harmoni. Dalam konteks pelaksanaan program ini, guru telah memberi dan membuka peluang yang sama kepada semua murid tanpa mengira kaum dan latar belakang untuk terlibat dalam program ini. Hal ini demikian kerana guru harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional. Kebijaksanaan guru mengendalikan kelas sosial murid juga dapat mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat. Murid daripada pelbagai golongan dapat bergaul dan berinteraksi sesama mereka tanpa ada sekatan budaya dan masyarakat lain. Selain itu, guru telah mengadakan program yang sesuai dengan semua murid seperti program gotong-royong perdana ini. Hal ini menunjukkan kepekaan dan keprihatinan guru terhadap kepelbagaian budaya murid di sekolah. Program ini sesuai dengan semua murid kerana program ini tidak menyentuh isu-isu sensitif berkaitan sesuatu kaum atau agama. Hal ini demikian kerana program ini tidak berfokus kepada satu kaum sahaja sebaliknya melibatkan semua warga sekolah. Oleh hal yang demikian, persepsi negatif yang mengatakan bahawa guru bersikap pilih kasih dapat dihakis dalam kalangan murid. Sehubungan itu, program kepelbagaian budaya ini telah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua pihak yang terlibat termasuklah guru, murid, ibu bapa dan kaki tangan sekolah. Hal ini demikian kerana mereka dapat bekerjasama dan saling menbantu antara satu sama lain dalam aktiviti gotong-royong ini. Pada masa yang sama, mereka dapat belajar untuk mengenali kaum yang lain misalnya orang Melayu dapat berkenalan dengan orang Cina dan India. Perkara ini secara tidak langsung dapat meluaskan pergaulan mereka dan tidak terhad kepada kelompok sendiri sahaja. Di samping itu, melalui program kepelbagaian budaya ini, semua warga sekolah termasuklah guru dan murid dapat menanamkan sikap mementingkan kebersihan dan kecantikan sekolah. Warga sekolah yang mempunyai kesedaran tentang perkara tersebut akan dapat mewujudkan suasana dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Hal ini akan dapat membantu mengekalkan kecemerlangan sekolah dari pelbagai aspek sama ada kurikulum, kokurikulum mahupun peribadi atau sikap setiap warga sekolah. Pada masa yang sama, program ini dapat memupuk sikap saling menghormati dan bertolak ansur khususnya dalam kalangan murid yang pelbagai kaum. Murid pelbagai kaum akan belajar untuk menghormati rakan mereka dalam melakukan sesuatu aktiviti terutamanya dalam aktiviti berkumpulan. Sebagai contoh, dari aspek perbezaan jantina, murid lelaki dapat membantu dan memimpin murid perempuan dalam melakukan sesuatu kerja yang agak berat. Hal ini akan membentuk sikap toleransi dalam kalangan murid terutamanya dalam berkomunikasi dengan rakan mereka. Kesimpulannya, program kepelbagaian budaya di sekolah dapat memberi peluang yang sama kepada murid pelbagai kaum untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Melalui program ini, murid ditekankan dengan kepentingan perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan tanpa mengira etnik.REFLEKSI DIRINAMA: ZAHRAH BINTI JIRINKAD PENGENALAN : 940121-12-6700REFLEKSISegala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya sya dapat menyiapkan dan menghantar tugasan Budaya dan Pembelajaran ini pada masa yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam memberikan bantuan sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini. Terutamanyanya kepada pensyarah mata pelajaran Budaya dan Pembelajaran, Puan Sharizan binti Abd Hamid yang sentiasa meluangkan masa untuk memberi bimbingan apabila diperlukan. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan saya iaitu Farah Aqila yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang amat baik sepanjang tempoh menyiapkan bahagian kedua tugasan ini iaitu menganalisis aktiviti sekolah. Akhirnnya penghargaan saya tujukan kepada kedua ibubapa, rakan sekelas dan semua yang terlibat membantu kerana tidak putus-putus memberikan sokongan moral mahupun sumbangan idea yang bernas kepada saya.Pada semester mata pelajaran Budaya dan Pembelajaran adalah wajib bagi semua pelajar semester lima. Tugasan bagi mata pelajaran ini ialah kami dikehendaki menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) yang melibatkan aktiviti berkumpulan. Bahagian kedua tugasan ini pula menghendaki kami menganalisis aktiviti sekolah secara dalam kumpulan berdua. Antara pengalaman yang saya perolehi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini ialah dapat membina satu rancangan pengajaran harian yang menarik. Bagi tugasan satu, saya telah memilih tajuk dalam mata pelajaran major kami iaitu Sejarah. Tajuk yang saya pilih ialah Warisan Kita yang menjelaskan tentang warisan budaya yang terdapat dalam kalangan kaum di Malaysia. Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam RPH saya mulakan dengan menunjukkan video tarian singa kepada murid. Video ini amat menarik dan dapat menarik perhatian murid dan memberi pendedahan kepada murid selain kaum Cina mengetahui tentang salah satu daripada tarian kaum Cina. Aktiviti berkumpulan pada langkah kedua juga dapat mengratkan lagi hubungan sesame rakan sekelas yang berlainan kaum khususnya. Hal ini kerana dalam aktviti ini murid akan dibahagikan kepada lima kumpulan kecil. Guru akan memastikan setiap kumpulan adalah terdiri daripada pelbagai kaum. Seterusnya setiap kumpulan akan membentangkan warisan budaya kaum yang telah dipilih. Melalui aktiviti ini murid akan dapat mengenali dengan lebih lanjut tentang budaya kaum yang berbeza dan perasaan empati sesame mereka akan dapat dibina.Saya berasa sangat seronok kerana dapat peluang untuk mempelajari mata pelajaran Budaya dan Pembelajaran ini. Seterusnya, pengalaman yang saya perolehi sepanjang tempoh menyiapkan tugasana ini ialah saya dapat mengetahui pelbagai aktiviti menarik yang menglibatkan murid-murid daripada pelbagai kaum. Dalam bahagian kedua tugasan ini saya dan ahli kumpulan Farah Aqilah telah memilih Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn. Kami telah menganalisis aktiviti yang telah dijalankan oleh sekolah ini melalui blog sekolah tersebut. Terdapat beberapa aktiviti yang dimasukkan dalam blog tersebut seperti sambutan hari kemerdekaan, hari anugerah kecemerlangan sekolah, program nilam, gotong royong perdana, orentasi pelajar tahun satu, dan banyak lagi. Kesemua aktiviti ini mempunyai penglibatan guru-guru, ibubapa dan murid-murid di sekolah tersebut. Kami mendapati aktiviti ini dapat memberikan impak yang positif terhadap hubungan ssesama kaum dalam sekolah tersebut. Selain daripada itu, melalui tugasan bahagian kedua ini juga, saya dapat mengetahui pelbagai aktiviti menarik yang boleh diaplikasikan di sekolah kelak.Selain daripada itu, melalui pelaksanaan tugasan ini, saya menyedari bahawa adalah penting untuk seorang guru memiliki kemahiran dalam bidang tekologi ICT khususnya. Hal ini kerana semasa menyiapkan tugasan dua, saya menghadapi sedikit kekangan untuk memilih sekolah untuk dianalisis. Kekangan yang saya dan rakan sekumpulan hadapi ialah untuk mencari blog sekolah yang lengkap dan sentiasa dikemaskini. Kami dapati kebanyakkan blog sekolah yang ada tidak dikemaskini. Aktiviti yang ada hanyalah aktiviti dua tahun atau tiga tahun sebelumnya. Butiran terhadap aktiviti juga tidak lengkap. Terdapat juga sekolah yang tidak memasukkan tentang aktiviti sekolah. Hanya organisasi dan jadual yang perlu dimiliki oleh setiap guru. Tetapi kekangan ini berjaya kami atasi dengan mencari blog sekolah yang lebih aktif. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kekangan guru di sekolah tersebut. Namun pengajaran yang boleh diambil ialah sebagai guru pelatih kami perlu berusaha untuk menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek untuk diaplikasikan di sekolah kelak.Pelaksanaan tugasan ini juga membolehkan saya meningkatkan kemahiran dan kefahaman tentang perkembangan kognitif dalam diri. Pertamanya tugasan ini membuatkan saya lebih tekun untuk menaakul maklumat dan mengeluarkan idea yang kreatif dan bernas berkaitan tugasan. Terutamanya pada bahagian pertama tugasan ini iaitu menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi mata pelajaran Sejarah tahun 4. Pelbagai rujukan yang telah saya dapati dan gunakan untuk menhasilkan idea yang menarik dan dapat dijadikan contoh untuk menghasilkan aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif semua murid. Bahan rujukan yang saya perolehi tidak dibaca begitu sahaja tetapi saya akan mengambil maklumat tersebut kemudian menyesuaikan dengan keperluan dalam tugasan ini. Contohnya saya telah merujuk kepada beberapa contoh pelbagai latihan dan lembaran kerja yang terdapat dalam buku teks dan buku kerja Sejarah tahun empat. Kemudian contoh tersebut saya sesuaikan dengan aktiviti yang akan dijalankan pada langkah pembelajaran yang sepatutnya. Akhirnya kami dapat mencambahkan lagi idea-idea bernas untuk menjadikan aktiviti yang dijalankan lebih menarik minat murid untuk beraktiviti. Seterusnya, kemahiran kognitif saya dari segi kebolehan merancang dan menyelesaikan masalah dapat diperbaiki dan ditingkatkan. Maklumat yang kami perolehi daripada tugasan kedua iaitu menganalisis sekolah melalui blog membolehkan kami mengetahui kekuatan dan kelemahan penggunaan teknologi ICT dalam pengurusan sekolah. Namun tidak dinafikan beberapa cabaran dan risiko kegagalan yang kami hadapi sepanjang tempoh menganalisis program-program sekolah. Perancangan yang lebih teliti dan terperinci dapat menjelaskan lagi masalah yang dihadapi. Apabila rancangan yang teliti dan terperinci dapat dilakukan langkah penyelesaian akan dapat dijalankan. Contohnya dalam tugasan ini,kami telah merancang untuk mencari maklumat daripada sekolah yang pernah dikunjungi sebelum ini. Tetapi kami menemui masalah iaitu sekolah tersebut tidak mengemaskini program dalam blog tersebut. Kami telah mengatasi masalah tersebut dengan mencari sekolah yang lebih aktif dan tersusun pengurusan blog sekolahnya. Kemudian kami lakukan perancang yang lebih teliti dan terperinci untuk setiap aspek yang perlu diambil kira dalam menganalisis program sekolah tersebut. Keseluruhannya, tugasan ini banyak membantu dalam meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman berharga yang akan menjadi nilai tambah kepada kami sebagai guru pelatih yang mengambil major Sejarah khususnya. Saya berharap agar semua ilmu, pengalaman dan nilai yang saya pelajari sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini dapat dihayati dan diamalkan sebagai persiapan dan latihan ke arah menjadi seorang guru yang berketerampilan dan berwibawa suatu masa nanti. Oleh itu sebagai bakal pendidik kita seharusnya berani menghadapi pelbagai cabaran dan risiko yang mungkin akan berlaku dalam usaha meningkatkan nilai sebagai seorang pendidik cemerlang. Semoga generasi yang cemerlang dalam segenap aspek dan mampu memberikan sumbangan kepada diri, keluarga dan negara akan dapat diwujudkan.Sekian wassalam.

RUJUKANAkashah bin Ismail, Jayakumary a/p Marimuthu, 2013. Sejarah Tahun 4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Mahdi Shuid, Rosliza Arifin, Low Zi Xin, 2015. Rujukan Lengkap Sejarah tahun 4. Selangor. Global Mediastreet Sdn Bhd.Norhatini Abd Hamid, 2014. Pentaksiran Berasaskan Sekolah KBAT tahun 4. Shah Alam, Cerdik Punlications Sdn Bhd.Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid, 2011. Budaya dan Pembelajaran. Selangor, Oxford fajar Sdn. Bhd.Rosliza Arifin, Mahdi Shuid, Dr. Ramli Saadon, 2015. Pentaksiran Kendiri KBAT Sejarah tahun 4. Kuala Lumpur. Percetakan Rina Sdn Bhd.Siti Hawa bt.Jaafar, Nor Azizul bin Haron, 2014. PBS DSKP Sejarah tahun 4. Kuala Lumpur. Putaka Seri Cahaya.

LAMPIRAN :BAHAN BANTU MENGAJAR TUGASAN 1

BBM 1 : Set induksi

url video : https://youtu.be/GRwJRbtFznE Aktiviti : Menonton video Tarian Singa

BBM 2 : Langkah 1Aktiviti : Ketahui bahan tinggalan dan tempat bersejarahGAM BAR 1

NAMA : Gendang Dong Son

dijumpai di Batu Buruk, Terengganu pada tahun 1964

turut dijumpai di Sungai Tembeling, Pahang.

dipercayai digunakan sebagai :

alat muzik untuk hari perayaan

perkahwinan dan upacara kematian

juga dijadikan sebagai alat pengkebumian oleh golongan kaya dan berstatus.

GAMBAR 2

Rumah Agam Cheong Fatt Tze Dimiliki oleh Cheong Fatt Tze dan merupakan rumah paragigm Cina tradisi.

Dibina oleh Cheong Fatt Tze pada penghujung abad ke19 ini mempunyai 38 buah bilik, 5 bidang laman dalam diturap granit, 7 batang tangga dan 220 buah tingkap beram balak vernakular.

Rumah agam ini kini digunakan sebagai hotel dan juga muzium sebagai sebahagian projek pemulihan rumah ini.

Anugerah Anugerah Seni Bina Kebangsaan Malaysia untuk Pemuliharaan 1995 Anugerah Pemuliharaan Warisan Paling Cemerlang UNESCO 2000 Anugerah Cemerlang 'Tarikan Pelancong Terbaik 2003' Kementerian Kebudayaan, Seni dan Pelancongan Malaysia Anugerah Kecvemerlangan ASEANTA 2004 Usaha Pemeliharaan Kebudayaan ASEANGAMBAR 3MANUSKRIP HIKAYAT PATANI

.

'Hikayat Patani merupakan sebuah manuskrip Melayu silam.

Mengisahkan sejarah Patani mengenai lagenda dan Kesultanan Patani, sebuah kerajaan Melayu yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia

Cerita ini bertarikh seawal akhir abad ke lima belas, tetapi kemungkinannya direkodkan pada pelbagai masa antara 1690 dan 1730 oleh sehingga enam pengarang yang ditulis dalam tulisan Jawi. dan Kesultanan Patani, sebuah kerajaan Melayu yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia

GAMBAR 4 KOTA A FAMOSA

Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis)GAMBAR 4

Dibina oleh Portugis sebaiksahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka

Dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka

Merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

GAMBAR 5ALAT PEMUKUL KAYU

Kategori: Koleksi Arkeologi

Alat batu yang mempunyai garisan silangmenyilang.

Digunakan mengetuk dan melembutkan kulit kayu untuk dijadikan pakaian.

Merupakan alatan yang digunakan semasa zaman prasejarah Neolitik.

GAMBAR 7 LEMBAH BUJANG

Kawasan ini juga sebagai tempat persinggahan yang penting bagi saudagar-saudagar India untuk ke negeri China dan sebaliknya. Lembah Bujang telah membangun sebagai sebuah kawasan pusat perkembangan politik dan agama Hindu Buddha pada masa dahulu. Beberapa buah candi telah dijumpai seperti Candi Pengkalan Bujang, Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pendiat dan lain-lain. Muzium Arkeologi Lembah Bujang dibuka secara rasminya pada 23 Januari 1980 oleh DYMM Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

GAMBAR 8 DATARAN MERDEKA

Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor.

Pada asalnya ia merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab diraja Selangor).

Di sinilah, di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957.

S

GAMBAR 9 PERAK MAN

Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia.

Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Paleolitik.

Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak.

Rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,00011,000 tahun. Perak Man adalah lelaki berumur antara 4045 tahun dengan ketinggian 157 cm.

GAMBAR 9 BANGUNAN SULTAN IBRAHIM

Bangunan Sultan Ibrahim merupakan bekas bangunan urus Setia negeri Johor

Terletak di Bukit Timbalan di Johor Bahru, Malaysia. Bangunan ini telah dibina di antara tahun 1936 dan 1939 dan telah siap pada tahun 1940.

Telah dirasmikan oleh almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar.

Merupakan bangunan tertinggi di Malaysia semasa zaman sebelum merdeka.

GAMBAR 10 MURAL HANG TUAH

Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15

Beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D.

Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya. Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.

BBM 2 : Langkah 1 (lembaran kerja)Aktiviti : Ketahui bahan tinggalan dan tempat bersejarahLengkapkan peta i-Think di bawah mengikut kategori bahan tinggalan sejarah yang boleh ditemui di muzium atau tempat bersejarah.

WARISAN KITANama :Fungsi :Nama :Fungsi :Nama :Fungsi :Nama :Fungsi :Nama :Tempati :Peristiwa :Nama :Tempati :Peristiwa :Nama :Tempati :Peristiwa :Nama :Tempati :Peristiwa :Nama : Kota A FamosaTempati : MelakaPeristiwa : Penjajahan Portugis ke atas Melaka.Nama : Pemukul kayuFungsi : Digunakan untuk memukul kulit kayu oleh masyarakat prasejarah.Tempat bersejarahBahan tinggalan sejarah yang boleh ditemui di muzium

BBM 3 : Langkah 2 (bahan yang akan di masukkan dalam sampul)Aktiviti : Mengenal pasti warisan bagi kaum Melayu, Cina dan India.

KAUM MELAYU

KAUM Cina

KAUM India

Gambar dan keterangan 1

DIM SUMDim sum merupakan sejenis masakan Cina yang dihidang bersama teh Cina. Hidangan disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayursayuran, dan juga pencuci mulut dan buahbuahan. Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina. Juga, ibu bapa Cina suka membawa anak mereka di sana hari Ahad untuk bertemu dan berbual dengan datuk nenek mereka.

Gambar dan keterangan 2

KUIH BULANKuih Bulan adalah salah sebuah kuih tradisional cina. Ia dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakanrakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting. Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 45 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (23 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur itik masin. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.

Gambar dan keterangan 3

PERMAINAN KHO KHOPermainan Kho kho merupakan satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Bagi permainan Kho kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain. Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan Kho kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan.

Gambar dan keterangan 4

TARIAN ZAPINTarian Zapin (Jawi:) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Dan mengikut dari segi asal-usul tarian zapin di Brunei, ia dipercayai pengaruh dari budayanya yang begitu sinonim dengan kedatangan pedagang bangsa Arab kepulauan Borneo yang tertumpu di Brunei. Tiada bukti sahih menceritakan, akan tetapi kedatangan pedagang Arab mampu mengubah seni budaya iaitu dari segi tarian. Di mana Sultan Sharif Ali, sultan Brunei ketiga juga merupakan berbangsa Arab dari Taif. Zapin berasal dari segi bahasa arab iaitu "Zafn" yang bermaksud pergerakan kaki cepat mengikut rentak pukulan. Tarian ini juga kadang-kadang ditarikan secara berlagu atau berzikir atau di Brunei iaitu berdikir atau berselawat ke atas Nabi S.A.W. Jika di Brunei, alat-alat muzik yang digunakan untuk membantu tarian Zapin ialah gambus, rebana, gendang tabur dan tar.

Gambar dan keterangan 5

WAUPermainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu sejak berates-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut. Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511).Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi pendudukpendudukdi kawasan pendalaman terutama bagi negerinegeridiUtara Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Kelantan. Permainan wau telah menjadi satu permainan tradisi selepas musim menuai.Mereka bermain wau untuk menghilangkan rasa penat setelah

Gambar dan keterangan 6

TARIAN SINGATarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Keduadua penari itu akan bergerak seakanakan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah. Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza.

Gambar dan keterangan 7

TOSAITosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india. Tosai boleh didapati di manaman gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.Makanan tradisional ini berasal dari India. Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein. Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya ,sambal dari buah-buahan, acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.

Gambar dan keterangan 8

CONGKAKSejaongkak perkataan yang dipercayai berasal dari melayu lama congak, yang bermaksud pengiraan mental yang terutamanya diamalkan dalam permainan ini. Ia dianggap bahawa pemain yang cekap yang mental mengira beberapa langkah terlebih dahulu akan mempunyai kelebihan dalam mengumpul mata untuk memenangi permainan. Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.

Gambar dan keterangan 9

LEMANGLemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti harihari raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan. Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Orang Minangkabau juga menggemari lemang,sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenal dengan julukan "Kota Lemang".Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daunpisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia. Lemang juga merupakan makanan kegemaran kaum asli Malaysia seperti kaum Negrito.dan suku Semai.[6]

Gambar dan keterangan 10

PIPAPipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Talitali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.