kepelbagaian sosio budaya

32
1 PENDIDIKAN DAN KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA Khalid Abdullah

Upload: anonymous-rodehausfa

Post on 24-Dec-2015

372 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Kepebagaian sosio budaya

TRANSCRIPT

1

PENDIDIKAN DAN KEPELBAGAIAN SOSIO

BUDAYA

Khalid Abdullah

2

PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN

Mengkaji perubahan merupakan tradisi dalam sosiologi

Perubahan dalam pendidikan di Malaysia khususnya peringkat sekolah berlaku dari dalam dan dari luara. Perubahan dari dalam : pihak-pihak tertentu

dalam dunia pendidikan atau di sekolah menginisiatifkan perubahan

b. Perubahan dari luar : didorong oleh tenaga di luar sekolah

3

PENDIDIKAN DAN MODENISASI

Keadaan masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap, autoriti, hubungan dan nilai-nilai

Pendidikan di Malaysia mengalami modenisasi secara beransur-ansur

Pemodenan sistem pendidikan negara memerlukan lebih banyak institusi pengajian

Kini , hasil adunan pelbagai latar belakang pendidikan, dasar-dasar pendidikan moden diteruskan melalui perubahan mengikut acuan kita sendiri

4

REFORMASI PENDIDIKAN

Reformasi: perubahan-perubahan pendidikan yang secara teratur

Peranan Sistem Pendidikan bermotifkan 3 perkara utama:1. Menyediakan tenaga kerja2. Asas perpaduan3. Pembinaan disiplin

5

Dalam sistem pendidikan di negara kita, reformasi dalam bidang pendidikan begitu pesat sekali .

Sistem pendidikan terawal yang wujud berasaskan agama Islam dikenali sebagai

Sistem Sekolah Pondok yang kekal hingga ke hari ini dengan kemudahan yang hampir sama dengan sekolah yang dikendalikan oleh kerajaan

6

Apabila Inggeris datang telah diperkenalkan Sekolah Vernakular Melayu, Cina dan Tamil. Selain itu diwujudkan juga sekolah Inggeris.

Sekolah-sekolah ini bertujuan untuk kepentingan bahasa ibunda masing-masing dan kurikulum yang digunakan adalah berdasarkan negara asal mereka.

7

Melalui Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1961 beberapa reformasi telah dibuat

Yang paling ketara ialah daripada segi matlamat pendidikan iaitu untuk mewujudkan satu rupa bangsa yang berteraskan Tanah Melayu

8

Bahasa Melayu dan kurikulum yang berteraskan Tanah Melayu dijadikan dasar penyatuan.

Untuk melaksanakan reformasi ini, pendidikan dasar selama enam tahun telah diwajibkan.

Keadaan ini diikuti dengan pendidikan menengah hingga ke tingkatan tiga dan sekarang peluang dibuka hingga ke tingkatan lima

9

Untuk mewujudkan kesaksamaan peluang pendidikan sekolah-sekolah telah didirikan di luar bandar dengan mengadakan kemudahan yang hampir sama dengan yang di bandar

Begitu juga beberapa program lain diadakan seperti skim biasiswa kepada yang kurang mampu dan bantuan buku teks serta pelbagai bantuan lain yang difikirkan sesuai

10

Untuk menerokai pendidikan yang terkini, MARA telah menghantar pelajar-pelajar ke luar negara sama ada melalui biasiswa dan pinjaman

Tumpuan bidang pendidikan juga sentiasa berubah sesuai dengan tuntutan dan perkembangan semasa

Sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi tumpuan pendidikan juga berubah daripada aliran sastera kepada aliran sains serta teknologi dan kini tumpuan ke bidang IT pula

11

Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk pendidikan tinggi, pendidikan tinggi swasta telah berkembang dengan pesat sama ada secara usahasama dengan institusi tinggi tempatan atau swasta

Penggunaan IT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di IPT semakin meningkat. Pendidikan tinggi menjadi semakin terbuka untuk semua

12

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN DAN KESAMAAN PELUANG

Pendemokrasian pendidikan: memberi peluang-peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapat pelajaran

Pendemokrasian pendidikan tidak berlaku zaman penjajahan apabila sekolah dibeza mengikut kaum

13

Kesamaan peluang : kerajaan menyediakan peluang yang sama untuk semua orang mendapatkan pendidikan

Sekarang semua anggota masyarakat boleh mendapat peluang pendidikan yang sama

Kerajaan menyediakan sekolah khas untuk kanak-kanak cacat dan sekolah berasrama penuh

14

PENDIDIKAN DAN SEKULARISASI

Sekularisasi: suatu proses agama kehilangan pengaruh terhadap berbagai-bagai situasi kehidupan

Pemodenan memisah institusi agama dan sekularisasi

Masyarakat menentang sekularisasi kerana ia bertembung dan mencabar autoriti tradisional

15

PENDIDIKAN DAN MOBILITI SOSIAL

Pergerakan individu ataupun kumpulan antara kedudukan yang berbeza dalam hirarki stratifikasi sosial masyarakat

Mobilitia. mobiliti mendatarb. mobiliti menegak

Mobiliti sosial berlaku dalam satu generasi antara generasi lain

Kedudukan kelas dan pekerjaan selalu menjadi pengukur mobiliti sosial

Pendidikan menjadi asas mobiliti masyarakat

16

PENDIDIKAN DAN REPRODUKSI KELAS SOSIAL

Pendidikan berperanan dalam reproduksi kelas sosial

Ciri kelas sosial masyarakat semakin berkembang Penjajah telah mengekal struktur berkenaan

dengan memperkenalkan sekolah istimewa (MCKK)

Warisan pendidikan penjajahan telah membiarkan reproduksi kelas yang tebal

Modal budaya dan modal ekonomi mengekal kedudukan mereka

Kadar lompatan kelas berbeza

17

PENDIDIKAN DAN TENAGA KERJA

Menapis pelajar untuk mengisi pekerjaan 4 golongan berdasarkan kriteria pensijilan Setiap jenis akan dibayar mengikut tangga

gaji Perkembangan sekolah-sekolah teknik,

vokasional dan institusi kemahiran MARA untuk menyediakan pekerja kolar biru

18

Pendidikan daripada aspek kawalan sosial

Tingkah laku manusia perlu dikawal supaya selaras dengan kehendak masyarakat

Kawalan ini boleh dibuat melalui proses sosialisasi yang boleh dilakukan secara

Menyeluruh dan sekata melalui pendidikan

19

Kawalan sosial pelajar di sekolah boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada secara langsung atau tidak langsung

Kawalan sosial secara langsung adalah melalui peraturan sekolah yang dikuatkuasakan oleh pihak pentadbir dengan bantuan pegawas sekolah dan ketua darjah

20

Kawalan sosial secara tidak langsung adalah melalui jadual waktu sekolah yang dikuatkuasakan oleh guru mata pelajaran yang mengajarnya.

Unsur penerapan nilai yang dibuat melalui pengajaran juga boleh membantu kawalan sosial di kalangan pelajar

21

Mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral juga bertujuan untuk kawalan sosial

Aktiviti kokurikulum juga adalah sebagai agen kawalan sosial di mana aktiviti yang dijalankan mempunyai peraturan yang telah ditetapkan

22

Pendidikan dan proses indoktrinasi

Melalui proses ini pelajar secara tidak langsung didedahkan dengan amalan yang diinginkan oleh pemerintah melalui mata pelajaran dan kegiatan yang dijalankan di sekolah.

Untuk menanam rasa cintakan negara, pada setiap pagi pelajar menyanyikan lagu NegaraKu sambil menaikkan bendera negara

23

Gambar tokoh-tokoh utama negara di gantung di dinding kelas begitu juga dengan Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Unsur perpaduan kaum melalui bahasa dijadikan amalan untuk berkomunikasi dalam kehidupan seharian

24

Pelajar daripada pelbagai kaum digalakkan untuk bersama-sama menjayakan sesuatu aktiviti sekolah

Tiada pengenalan kaum digalakkan dalam aktiviti sekolah sama ada berbentuk akademik atau permainan kecuali yang berkaitan dengan keagamaan

25

Pemilihan untuk sesuatu jawatan dalam kelas

atau sekolah adalah berasaskan demokrasi yang menjadi tunjang ideologi negara

26

Pendidikan daripada aspek modal budaya

Modal budaya merujuk kepada pengetahuan, pengalaman serta kemahiran yang dimiliki oleh seseorang individu pada satu–satu ketika

Melalui pendidikan modal budaya seseorang dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa

27

Semakin tinggi taraf pendidikan seseorang semakin tinggi modal budayanya

Semakin luas bidang pendidikan seseorang semakin luas modal budayanya

28

Begitu juga dari segi dalamnya pengetahuan seseorang dalam satu – satu bidang

Selain daripada pendidikan formal, modal budaya juga berdasarkan proses sosialisasi yang dialami seseorang

29

Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang ramai mungkin mudah baginya untuk bergaul dan bantu membantu dengan orang lain

Keadaan mungkin berbeza bagi anak tunggal

30

Sesuatu yang disampaikan secara tidak langsung kadangkala mendatangkan kesan yang lebih baik daripada yang disampaikan secara langsung

Sebagai contoh, teladan yang ditunjukkan oleh guru semasa berinteraksi dengan mereka mungkin lebih berkesan kepada pelajar daripada menyatakannya secara terus terang

31

Pendidikan daripada aspek kurikulum

tersembunyi

Ilmu pengetahuan boleh disampaikan secara langsung ataupun secara tidak langsung

Ianya juga boleh dilakukan secara terancang atau tidak

32

Walau bagaimanapun ada pelajar yang perlu dinyatakan secara terus terang baru dapat memahami apa yang ingin disampaikan