43957007-bm

Upload: everest-lim-yong-kean

Post on 18-Jul-2015

422 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Dalam menyingkap tabir alaf baharu dan dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantas bertolak bagai ketil dibelut ekor ini, hampir saban hari kita dimomokkan dengan berita tentang kejadian kes jenayah di negara tercinta kita ini. Contohnya, kes ragut, bunuh, rogol, penyeludupan dan sebagainya tidak pernah lekang daripada menghiasi dada-dada akhbar. Kemelut ini semakin meningkat dari setahun ke setahun. Senario ini amat menyedihkan memandangkan negara kita ini kini sedang memacu arus kemodenan dan menghamparkan landasan keimanan. Yang kita riasaukan, golongan penjenayah ini akan terus lena dibuai mimpi-mimpi enak. Ada yang dalam kalangan mereka masih tidak berhala tuju dalam kehidupan mereka. Oleh itu, haruslah kita menyelami, apakah faktor-faktor berlakunya kejadian-kejadian jenayah ini dan jalan penyelesaian yang mesti dipraktikkan? Kita harus menerima lumrah kehidupan. Keruh air di muara pasti bermula dari hulunya. Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif setiap permasalahan yang berlaku pasti mempunyai punca-puncanya. Memang tidak dapat kita nafikan bahawa, peranan rakan-rakan amat penting dan signifikan. Setahu kita, kes-kes jenayah biasanya dilakukan oleh sekumpulan penjenayah dan jarang-jarang sekali oleh individu atau orang perseorangan. Golongan ini terlalu mempercayai kata-kata rakan mereka. Mereka telah berkongsi pengalaman, meluahkan isi-isi hati kepada rakan-rakan mereka yang sepatutnya menjadi peranan ibu bapa. Mereka menganggap rakan-rakan mereka sebagai pengaruh yang terbaik kerana persahabatan mereka rapat bagai isi dengan kuku. Namun, anggapan ini adalah tidak benar. Ada antara mereka berpegang pada falsafah siapalah kita tanpa rakan sebagai prinsip kehidupan. Maka, jika golongan ini diajak atau disuruh oleh rakan-rakan bagi melakukan kes-kes jenayah seperti merogol, meragut dan sebagainya, mereka akan terus mengikut telunjuk umpama kerbau dicucuk hidung tanpa berfikir panjang. Jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Golongan penjenayah ini masih menghanyutkan diri dan jauh daripada jangkauan kemuliaan dan keimanan akibat pegangan agama mereka yang goyah. Iman golongan ini yang senipis kulit bawang telah menyebabkan mereka kehilangan tujuan kehidupan. Mereka tidak tahu membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Oleh itu, mereka akan melakukan pelbagai kesalahan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Mereka membiarkan unsur negatif menerajui fikiran mereka dan terus melakukan perkara yang tidak berperikemanusiaan. Akibat pegangan agama yang goyah, mereka tidak sedar bahawa kes-kes jenayah yang diperlakukan oleh mereka telah banyak mengancam dan merunsingkan minda segenap lapisan masyarakat. Pernahkah terlintas di dalam sanubari mereka bahawa kesalahan mereka sangat kejam dan dibenci? Tidak, kerana mereka tidak mengamalkan ajaran-ajaran agama Islam sebagai prinsip kehidupkan mereka! Tuntasnya, faktor ini amat berpengaruh dalam permasalahan ini dan harus dibanteras hingga ke akar umbi. Pepatah Melayu berkata kerja baik harus disegerakan. Kerajaan harus menjalankan pelbagai usaha bagi menyelesaikan dan membanteras masalah ini sehingga ke akar tunjang. Kerajaan harus giat menganjurkan pelbagai kempen kesedaran tentang kes jenayah. Ceramah-ceramah motivasi juga harus banyak diadakan demi membentuk ahli masyarakat supaya tidak terpesong akibat dipengaruhi unsur-unsur negatif. Pihak berkuasa juga mestilah memperkenalkan akta-akta atau undang-undang serta hukuman yang akan dikenakan kepada penjenayah. Dengan ini, barulah mereka akan takut dan hormat kepada undangundang dan banyak membuat pertimbangan sebelum melakukan kes jenayah. Selain itu, orang kata Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh hal yang demikian, kita selaku rakyat jelata harus sentiasa menyahut seruan kerajaan dengan banyak melibatkan diri dalam kempen ataupun ceramah yang berkaitan dengan kejadian jenayah ini dengan aktif. Kita juga boleh menyeru rakan-rakan atau saudara-mara kita supaya dapat menyumbang kepada projek kerajaan yang memerlukan kerjasama kita. Kita janganlah bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dan seharusnya membanting tulang empat kerat dalam projek ini. Dengan adanya sahutan daripada rakyat, usaha kerajaan pasti akan berjaya dan berkesan. Selain itu, akar umbi permasalahan ini mesti dicari gali dan diselami secara teliti. Dengan ini, sistem perundangan harus diberi nafas baharu. Undang-undang harus dikuatkuasakan dan hukuman-hukuman atas si pesalah juga mesti diberatkan. Hukuman mati mandatori mesti diperketat agar penjenayah yang tidak berperikemanusiaan mendapat balasan yang sepatutnya. Berbuat baik dibalas ganjaran, berbuat jahat bibalas hukuman. Dengan ini, si pesalah tidak berani melakukan kes jenayah dan seterusnya mengurangkan peratusan kes jenayah di nusa tercinta ini. Berpaksikan pernyataan di atas, si pesalah haruslah ingat bahawa, barangkali mereka boleh lari daripada hukuman dunia, tetapi tetap tersungkur di pintu neraka. Akhirnya, peranan ibu bapalah yang terpenting dalam usaha pembanterasan kes jenyah ini. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Ibu bapa harus memberi bimbingan positif kepada anak-anak mereka sejak kecil. Anak-anak diibaratkan kain putih yang harua dicorakkan oleh ibu bapa. Oleh itu, ibu bapalah yang berperanan mencorakkan kain putih ini sama ada mewarnakannya atau menghitamkannya. Ibu bapa mestilah menunjukkan suri teladan yang cukup baik di samping membimbing anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Anak-anak yang bakal menjadi tiang negara dan berdarah muda mestilah diberi ajaran agama yang akan memimpin mereka ke landasan keadilan dan kemuliaan. Wahai anakku, sudah terang lagikan bersuluh, peranan ibu bapa dalam membentuk jiwa anak-anak bangsa adalah terpenting dan paling efektif! Natijahnya, andai kata kita menyingkap lembaran sejarah Malaysia, setiap permasalahan yang dihadapi akan dapat diselesaikan dengan penggemblengan kudrat antara pelbagai pihak. Begitu juga dengan usaha menyelesaikan masalah kes jenayah yang lama mengacaubilaukan minda segenap lapisan masyarakat kita. Usaha-usaha ini haruslah dijalankan dengan drastik bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Pendekatanpendekatan ini haruslah banyak dipraktikkan dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam atau melepaskan batuk di tangga. Pendek kata, selaku anakanak Malaysia, marilah kita bersama-sama membulatkan tenaga dan azam kita supaya menangani masalah kes jenayah ini!

Walaupun pelbagai kisah gemilang mewarnai pencapaian negara terutamanya dalam bidang ekonomi dan politik, namun dalam bidang sosial lebih banyak lakaran suram yang terpahat lantaran meningkatnya pelbagai kes jenayah dan gejala sosial yang cukup rencam sifatnya. Fenomena ini mendorong pelbagai pihak ber-usaha bersungguh-sungguh untuk merangka dasar, strategi dan tindakan untuk menanganinya. Antara tindakan jangka panjang kerajaan dalam usaha ini ialah memperkenalkan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (FSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Dalam usaha memerangi kemelut sosial yang kian meruncing terutamanya di bandar-bandar, ada pihak yang mencadangkan pewujudan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini mampu menjadikan sesebuah bandar itu bebas daripada sebarang ancaman fizikal, sosial dan mental yang boleh mengganggu kesejahteraan penduduk setempat. Konsep ini berkemungkinan dapat dilaksanakan apabila mendapat restu kerajaan. Di samping itu, kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Sosial Negara (DSN) dijangka dapat menggerakkan tenaga pelbagai sektor dalam menangani isu sosial. Dasar strategik ini bukan sahaja disasarkan kepada golongan remaja tetapi meliputi semua peringkat usia. Selain usaha pencegahan melalui penguatkuasaan undang-undang sedia ada, faktor hukuman juga seharusnya diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Hal ini demikian kerana hukuman yang lebih berat menjadikan mereka yang ingin melakukan kesalahan berfikir dua kali sebelum melakukannya. Faktor yang tidak kurang pentingnya, yang seharusnya diberikan perhatian ialah peningkatan penduduk bandar yang berterusan yang dianggap boleh mengundang lebih banyak masalah jenayah dan sosial. Oleh yang demikian pihak berkuasa mesti merangka dasar pengurusan bandar di negara ini secara bijaksana termasuklah melaksanakan sepenuhnya konsep bandar selamat. Apabila terlaksanannya konsep ini bandar akan bebas daripada keganasan yang merosakkan harta benda dan

nyawa, bebas daripada kemusnahan dan malapetaka dan penduduk bebas daripada kemerosotan sosial dan moral. Jenayah dan kemelut sosial juga amat sinonim dengan kemiskinan dan setinggan. Oleh hal yang demikian kerajaan perlu mengawal pertambahan penduduk bandar secara mendadak yang boleh menyumbang kepada masalah setinggan dan kemiskinan bandar. Dengan cara ini, diharapkan tidak akan ada kelompok yang akan terpinggir daripada arus perdana pembangunan negara kerana kelompok yang terpinggir inilah yang selalunya cenderung untuk bertingkah laku secara negatif. Selain itu, komitmen ahli masyarakat untuk sekurang-kurangnya melaporkan kegiatan jenayah dan gejala sosial di persekitaran mereka merupakan satu usaha yang patut disanjung tinggi.

eranan rakan sebaya dalam pembentukan keperibadian seseorang remaja tidak boleh memandang rendah. Kajian-kajian yang telah dijalankan terbukti bahawa ada kalanya pengaruh rakan sebaya terhadap remaja mengatasi pengaruh ibu bapa. Pengaruh ini memperoleh kekuatan penambah apabila ibu bapa gagal memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Dalam keadaan seperti ini, seseorang remaja akan mula menggantung pada rakan-rakan sebaya untuk mengisi kekosongan jiwa mereka. Malah, mereka akan mula mengikut segala telunjuk rakan-rakan sebaya tersebut dalam usaha memenangkan hati rakan-rakan. [ 6 markah ] Jawaban (i) pembentukan -> membentuk (ii) memandang -> dipandang (iii) terbukti -> membuktikan (iv) penambah -> bertambah (v) menggantung -> bergantung (vi) memenangkan -> memenangi Latihan 2 Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, senaraikan kata-kata majmuk yang terdapat dalam petikan. Pengerusi majlis memberitahu para hadirin bahawa perbincangan mereka pada hari itu akan menjurus kepada masalah setinggan di sekitar pekan tersebut. Beliau meminta mereka memikirkan bagaimana masalah tersebut boleh diselesaikan. Beliau menyatakan rasa dukacita beliau kerana masalah tersebut masih berterusan walhal pelbagai tindakan telahpun diambil. Oleh itu, beliau menyeru kepada semua yang hadir agar memberikan kerjasama untuk membanteras masalah itu. [ 6 markah ] Jawaban (i) pengerusi majlis (ii) dukacita (iii) kerjasama Latihan 3 Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata majmuk yang sesuai dan salin petikan tersebut semula. Undang-undang mewajibkan setiap (1) Malaysia mempunyai kad pengenalan yang sah. Sudah menjadi (2) ibu bapa untuk memastikan anak-anak yang menjangkau usia dua belas tahun mendapat kad pengenalan. Kad pengenalan merupakan satu dokumen yang amat penting. Mereka yang kehilangan dokumen ini perlu membuat laporan di (3) terdekat dan memohon dokumen yang baru. Memandangkan dokumen ini amat penting untuk segala urusan memperoleh dokumen-dokumen lain seperti pasport perjalanan (4) , maka ada sindiket yang mencuri dokumen ini. Sindiket ini dikatakan beroperasi di (5) Kuala Lumpur. Yang menyedihkan ialah ada laporan yang mengatakan terdapat beberapa orang (6) kerajaan yang turut terlibat dalam sindiket ini. Jawaban (i) warganegara (ii) tanggungjawab (iii) balai polis (iv) antarabangsa (v) ibu negara (vi) kakitangan [ 6 markah ] Latihan 4 Petikan di bawah ini mempunyai beberapa kata majmuk tanpa imbuhan. Catatkan kata-kata tersebut dan berikan imbuhan yang tepat. Sikap sesetengah kakitangan kerajaan yang salah guna kedudukan mereka amat membimbangkan masyarakat dan pihak kerajaan. Mereka sering campur aduk tugasan rasmi dengan pelbagai pegangan dan ideologi politik mereka. Kerajaan mengharapkan mereka dapat satu padu rakyat negara ini tetapi sebaliknya ada antara mereka yang pecah belah perpaduan rakyat. Ada juga dalam kalangan mereka yang putar belit tujuan sesetengah dasar kerajaan demi kepentingan ideologi mereka. Selepas itu mereka jugalah yang bersuara lantang mengatakan kerajaan anak tiri kakitangan kerajaan dan mengutamakan pihak swasta. [ 6 markah ] Jawaban (i) salah guna -> menyalahgunakan (ii) campur aduk -> mencampuradukkan (iii) satu padu -> menyatupadukan (iv) pecah belah -> memecahbelahkan

(v) putar belit -> memutarbelitkan (vi) anak tiri -> menganaktirikan Latihan 5 Petikan di bawah ini mempunyai beberapa kata yang seharusnya digandakan. Catatkan kata-kata tersebut dan berikan gandaan yang sesuai. Mak Limah berlari anak menuju ke rumah Tok Penghulu. Ketika itu Tok Penghulu sedang duduk di anjung sambil menghisap paip. Beliau terkejut melihat Mak Limah yang bergegas memasuki pekarangan rumahnya. Wanita itu nyaris terlanggar pasu bunga yang terletak di tepi pintu rumahnya. Nafasnya termengah. Apabila dia mula bercakap suaranya putus. Menurut Mak Limah, suaminya yang sering sakit itu sudah tidak sedarkan dirinya. [ 6 markah ] Jawaban (i) berlari -> berlari-lari (ii) duduk -> duduk-duduk (iii) nyaris -> nyaris-nyaris (iv) termengah -> termengah-mengah (v) putus -> terputus-putus (vi) sakit -> sakit-sakit Latihan 6 Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata ganda yang sesuai. Anda boleh memberikan imbuhan sekiranya perlu. Anak-anak yang sedang (mandi) di sungai itu lari (lintang) apabila mendengar bunyi ngauman itu. Mereka bukannya tidak tahu siapa yang menghuni belantara di kawasan (bukit) itu. Malah Samad yang (gemuk) itupun mampu mengheret tubuhnya pantas meninggalkan tempat itu. Cuma Ramli sahaja yang masih (cari) cermin matanya. Keadaan yang begitu ceria bertukar menjadi (huru) dalam sekelip mata. [ 6 markah ] Jawaban (i) mandi -> bermandi-manda (ii) lintang -> pintang-pukang (iii) bukit -> nukit-bukau (iv) gemuk -> gemuk-gedempol (v) cari -> tercari-cari (vi) huru -> huru-hara Latihan 7 Petikan di bawah ini mempunyai beberapa kata ganda tanpa imbuhan. Catatkan kata-kata tersebut dan berikan imbuhan yang tepat. Selama ini mereka hidup kasih-kasih antara satu sama lain. Sifat bantu-bantu dalam kalangan mereka sering dicemburui penduduk desa lain. Mereka juga tidak pernah menipu atau mencuri. Mereka sedar bahawa pandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga. Hidup mereka berkisar di sekitar bendang dan dusun mereka. Boleh-bolehnya mereka cuba berdikari dalam meneruskan kehidupan tanpa menyusahkan sesiapa. Mereka juga tidak ada-ada cerita tentang orang lain. Pendek kata, mereka berpegang pada pepata, berbuat baik pada-pada, buat jahat jangan sekali-kali. [ 6 markah ] Jawaban (i) kasih-kasih -> kasih -mengasihi (ii) bantu-bantu -> bantu-membantu (iii) pandai-pandai -> sepandai-pandai (iv) boleh-bolehnya -> seboleh-bolehnya (v) ada-ada -> mengada-adakan (vi) pada-pada -> berpada-pada Latihan 8 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Bandar yang mempunyai banyak bangunan sejarah itu sering dikunjungi pelancong. (ii) Pelajar yang tidak minat membaca pasti akan tertinggal dalam banyak lapangan. (iii) Hal yang diberitahu oleh bapa itu bukanlah sebuah perkara yang mengejutkan saya. [ 6 markah ] Jawaban (i) Bandar yang banyak mempunyai bangunan bersejarah itu sering dikunjungi pelancong. (ii) Pelajar yang tidak berminat membaca pasti akan ketinggalandalam banyak lapangan. (iii) Hal yang diberitahukan oleh bapa itu bukanlah satu perkara yang mengejutkan saya.

Hari Pertama Aku di Sekolah Tahun 2010

Loceng jam kecilku yang berwarna biru tiba-tiba menjerit sehingga memecahkan keheningan dinihari. Selepas melepaskan dengusan panjang, aku melihat ke luar tingkap dan mendapati hari masih gelap. Seolah-olah aku baru memejamkan mata beberapa minit yang lalu. Aku terpaksa memunggah badanku yang "sihat" ini bangun menuju ke bilik air sebelum bondaku mengetuk pintu menjerit-jerit pada siang hari. Suaranya yang laksana halilintar membelah bumi sudah cukup untuk membangunkan jiran tetanggaku. Selepas membersihkan diri, aku memakai pakaian seragam sekolah baharu yang dibeli oleh ibu. Tahun ini, ada sedikit perubahan. Aku sudah bergelar pelajar sekolah menengah. Uniform biru tua yang masih kusimpan kiranya bakal menjadi kenangan dan memori di dalam sanubariku. Tiada lagi sambutan hari kanakkanak, tiada lagi peluang untuk menikmati nasi lemak mak cik yang menjaja di kantin. Aku harus bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi kakak dan abang seniorku di sekolah. Selepas bersarapan pagi tanpa berselera, aku terus memakai kasut lalu menaiki kereta bondaku. Aku tahu, beliau banyak berkorban demi kami. Wanita yang bergelar ibu tunggal ini tabah menyekolahkan kami empat beradik. Kagumku pada bondaku yang kuanggap srikandi zaman globalisasi. Ibuku memilih sekolah persendirian walaupun terpaksa membayar yuran yang tinggi kerana alma mater itu terletak berdekatan dengan kantornya. Sebagai puteri bongsu, aku menerima segala-galanya yang diatur oleh permaisuri di rumahku itu. Setibanya di sekolah, aku disuruh berbaris di luar kelas lalu kami dibawa ke dewan sekolah untuk menghadiri perhimpunan pertama. Aku tidak berasa kaget kerana ditemani beberapa orang kawan lama yang kamceng denganku sejak aku di bangku sekolah rendah lagi. Dalam ucap tama, pengetua kami, Puan Lim Tuan Fung tegas mengingatkan kami tentang pentingnya mematuhi peraturan sekolah. Beliau berharap kami akan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Selepas perhimpunan, pelajaran pun bermula. Aku agak terkesima apabila mendapati kami merupakan kumpulan pertama yang akan mempelajari komponen sastera (KOMSAS) baharu untuk subjek Bahasa Malaysia. Guru kelasku, Encik Sean Lee Shi Ming memang kelakar orangnya kerana setiap ayat yang keluar dari mulutnya pasti berunsur seloroh. Kukira, begitulah hari pertama sebelum azab kerja rumah diberikan kepadaku. 4 jam kemudian...... Jam menunjukkan waktu tengah hari, pelajar menuju ke kantin sekolah bagai pelarian perang yang kebuluran termasuk diriku. Selepas menikmati nasi lemak, aku terus kembali ke kelas untuk meneruskan pelajaran yang seterusnya. Aku harus menanti jam 3:50 petang untuk pulang ke rumah. Pada jam 2 petang, aku dan rakan sekelas telah mengadakan majlis suai kenal. Majlis ini bertujuan untuk menjalin tali silaturahim antara pelajar yang baru mengenali antara satu sama yang lain. Di luar tingkap, kulihat cuaca mendung dan awan kelabu mula menziarahi langit biru. Walau bagaimanapun, aktiviti di dalam kelas ini tetap diteruskan. Kami dikehendaki memilih ahli jawatankuasa dan menentukan pelajar yang membersihkan kelas dan membina jadual membersihkan kelas. Perut kelas yang berisi 30 orang pelajar ini bagai dewan philhamonik orkestra yang memuatkan beratus-ratus penonton. Kebisingan ini menyebabkan Encik Sean terpaksa masuk ke dalam kelas lalu menyimpulkan keputusan pemilihan ahli jawatankuasa. Syukur, loceng tamat sekolah akhirnya berbunyi! Aku dan teman-taman baharu berjalan beriringan menuju ke pintu utama sekolah untuk menunggu ibu bapa masing-masing. Aku pula terpaksa menunggu lebih lama kerana ibuku hanya akan tiba jam 4:30 petang. Aku mengambil kesempatan ini untuk membaca Antologi Kasut Kelopak Jantung. Isinya cukup mengasyikkan kerana komponen sastera seperti prosa tradisional dan drama terlalu asing bagi diriku. Kereta Proton Perdana berwarna perak milik ibuku tiba di depanku sedangkan aku asyik menghabiskan cerpen "Kasut Kelopak Jantung". Bagus jalan ceritanya.... isinya agak menyentuh perasaanku sebagai anak bongsu yang dijaga oleh ibu tunggal. Aku berjanji pada diriku akan menghabiskan pembacaanku itu sebaik-baik sahaja kuletakkan punggungku di dalam kereta ibuku. Demikianlah hari pertamaku di sekolah tahun 2010 ini.

Dalam setiap ayat di bawah ada satu kesalahan, kenal pasti kesalahan tersebut dengan menggariskannya lalu menulis cadangan jawaban yang sesuai untuk menggantikannya. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. Ada-ada saja yang tak kena kepada hati Puan Lina. Guru sekolah kami rajin mengajar tetapi semua pelajar-pelajar di dalam kelas kami tidak. Kursus yang dijalankan secara insentif itu mendapat sokongan daripada semua pihak. Guru itu sudah memecat jawatannya minggu lepas. Sebagai akibat penurunan mata wang Yen Jepun, pendudukan ekonomi di beberapa negara lain turut terjejas. Encik Looi tidak dapat menghadiri ke majlis itu kerana isterinya sakit. Encik Azli dirawat di hospital kerana diserang kesakitan jantung. Para pelajar itu gembira kerana berpeluang menemui dengan Perdana Menteri. Walaupun Maznah kurang upaya, saya terpikat dengan budi bahasanya yang baik. Sesetengah ibu bapa terlalu termanjakan anak-anak mereka. Semua pihak harus serious menangani kegiatan jenayah di sekolah. Puan Chia gayat apabila diberitahu bahawa anaknya kemalangan. Pemandu itu ditahan polis kerana memandu secara merbahaya. Petani itu mendirikan gerai di tepi jalan untuk menjual hasil pertaniannya. Hamizah mengundang banyak kawan-kawannya ke majlis kesyukuran itu. Kelab Kembara menganjuri perkhemahan di Air Terjun Lata. Ibu dan ayah sayalah yang dorong saya hingga mencapai kejayaan ini. Para hadirin bertepok tangan setelah beliau selesai berucap. Puan Doshan tidak pernah menyebelahi sesiapa pun dalam pertelingkahan kedua-dua orang anaknya itu. Kamariah menangis tersedak-sedak apabila menerima berita kematian itu. KERTAS 1 SPM 1103/1 Sepanjang 2 tahun mengajar murid-murid saya dalam kelas SPM 2009, tajuk-tajuk karangan di bawah telah kita kuasai. Saya berharap soalan SPM sebenar akan menyentuh perkara di bawah ini. 1. Pendidikan - Kebaikan pendidikan maya - Kekangan yang dihadapi untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan serantau 2. Pengangkutan awam - Langkah-langkah memperbaik sistem pengangkutan awam - Kepentingan sistem pengangkutan awam kepada rakyat 3. Skim Cepat Kaya /Aktiviti menabung - Pengaruh Skim Cepat Kaya kepada rakyat - Cara-cara mengatasi kes penipuan melalui internet dan media massa - Kepentingan menabung dalam kalangan pelajar demi menghadapi kegawatan ekonomi 4. Bidang pelancongan - Langkah-langkah yang wajar diambil untuk memperkasa sektor pelancongan - Kebaikan sektor pelancongan kepada rakyat dan negara 5. Bangunan bersejarah - Kepentingan memulihara bangunan bersejarah - Fungsi bangunan bersejarah dalam usaha melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik 6. Perpaduan nasional - Peranan sekolah memperkukuh peraduan kaum - Kepentingan mengekalkan perpaduan kaum di negara kita 7. Rasuah / antirasuah - Punca gejala rasuah - Langkah-langkah mengurangkan gejala rasuah 8. Permainan Tradisional / warisan budaya - Kepentingan memulihara permainan tradisional - Langkah pemuliharaan permainan tradisional sehingga menjadikannya permainan bertaraf dunia. 9. Pemanasan Global / cuaca tidak menentu - Langkah-langkah mengatasi pemasanasan global - Punca pemanasan global dan kesannya 10. Produk Malaysia - Kebaikan membeli barangan buatan Malaysia - Cara-cara meningkatkan keyakinan rakyat terhadap barangan buatan Malaysia 11. Telefon Bimbit / teknologi kemanusiaan - Kebaikan dan keburukan penggunaan telefon bimbit - peranan telefon bimbit dalam kehidupan pelajar

45.46. 47.

48.49. 50. 51. 52. 53. 54. 55. 56. 57. 58. 59. 60.

61. 62. 63. 64. 65. 66. 67. 68. 69. 70. 71. 72. 73. 74. 75. 76. 77. 78. 79. 80. 81. 82. 83. 84. 85. 86. 87. 88. 89. 90. 91. 92. 93. 94.

12. Kafe Siber / perniagaan berasaskan ICT - Kafe siber menjadi sarang gejala sosial dalam kalangan pelajar, bincangkan - Peranan kafe siber dalam usaha memperkembangkan potensi ICT 13. Bahasa - Kepentingan memulihara bahasa kebangsaan - Kebaikan dan keburukan menggunakan dwibahasa dalam mata pelajaran Sains dan Matematik 14. Masalah sosial - gengsterisme / buli -vandalisme / penularan budaya Barat 15. Kegawatan Ekonomi - Peranan rakyat menghadapi kegawatan ekonomi - Langkah berjimat cermat dan kepentingannya 16. Kenaikan harga - Peranan rakyat mengatasi kenaikan harga - Langkah-langkah mengatasi masalah kenaikan harga 17. Amalan Membaca -kebaikan menjadikan buku sebagai teman - punca bahan bacaan picican menjadi pilihan pembaca remaja 18. Pengalaman/program yang pernah disertai - Lawatan sambil belajar - pengalaman mendaki gunung 19. Kemalangan Jalan Raya - Punca kemalangan yang disebabkan oleh pemandu - Langkah mengurangkan kemalangan di kawasan sekolah 20. Kokurikulum-kebaikan - Sebab-sebab kegiatan beruniform tidak diminati - Peranan kegiatan kokurikulum membentuk peribadi murid yang mulia 21. Semangat patriotik - Pentingnya penghayatan bulan kemerdekaan - Langkah-langkah menjadikan remaja berjiwa patriotisme

95.96. 97.

98.22. Bahan Sastera (KOMSAS) 99. - Peranan puisi tradisional dalam mendidik remaja 100. - Kebaikan membaca antologi komponen sastera

101.102. 103. 104. 105. 106. 107.

23. Ulasan novel/cerpen / filem - Ulasan novel / filem yang pernah dibaca / ditonton - Menulis cerpen bertemakan _____ 24. Peranan Guru dan ibu bapa - Peranan guru dalam membentuk remaja sebagai pemimpin - Peranan ibu bapa mengurangkan gejala merokok dalam kalangan remaja.

Kerana Tersilap Langkah, Maruah TergadaiWalaupun cuma bisikan, tetapi bisikan antara saudara maraku seolah-olah memecah gegendang telingaku. Kekesalanku ini sudah tiada maknanya kerana nasi sudah menjadi bubur. Perkara ini berlaku kira-kira 2 tahun yang lalu ketika aku masih di zaman persekolahan yang penuh dengan memori indah. Oleh sebab keluargaku mempunyai kedudukan dan nama, isu disiplin ini sangat dititikberatkan. Sejak kecil lagi ,aku dijaga di bawah pengawasan yang ketat kerana mengikut bapa, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Kedua-dua ibu bapa aku mencorakkan kehidupanku dengan penuh tatasusila. Kendatipun begitu, mereka masih mencurahkan kasih sayang yang melimpah ruah ke atas saya, dalam kata lain, saya diasuh seperti menatang minyak yang penuh. Segala dalam kehidupanku boleh dikatakan berjalan dengan lancar dan kami sekeluarga juga hidup dengan bahagia. Malang tidak berbau, kebahagian ini tidak berkekalan dan aku menjadi akar umbi keluargaku mendapat aib dan menjadi porak peranda.Atas limpah rahmat Tuhan, ibu bapaku dinaikkan pangkat dan mereka menjadi sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tiada masa untuk meluangkan sesaat pun denganku. Kebetulan pula pada ketika aku aku menuntut di sekolah menengah, aku menghadapi tekanan yang tinggi membara kerana persaingan yang hebat antara rakan seperjuanganku yang umpama cendekiawan. Stres yang saya telan seolah-olah menusuk hatiku seribu kali. Pernah sekali aku cuba meluahkan perasaan ini kepada ibu bapaku, tetapi jawapan mereka pendek sahaja, yakni, Kami sibuk. Pada saat ini, aku benar-benar merasai perubahan kedua-dua ibu bapaku. Dalam mata mereka cuma ada duitke? Tidakkah aku penting bagi mereka? Segalah perintah mereka telah saya turuti selama ini. Adakah saya cuma boneka hidup mereka. Persolan-persoalan ini asyik bermain di fikiranku. Sejak hari itu, aku bukan lagi Henry yang ceria dan aktif, sebaliknya menjadi seorang yang pendiam dan mengasingkan diri daripada masyarakat sehingga guru dan pelajar di sekolah memapar seribu tanda tanya tentang perubahanku yang drastik. Ada peribahasa yang berbunyi,diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat, tetapi dalam situasiku lain pula, memang aku mrnjadi seorang yang pendiam tetepi keputusan saya bukan sahaja tidak meningkat, malah merosot. Guru kelas saya, Pn. Zakiah pernah mempamerkan keprihatinannya terhadapku dengan bertanya tentang masalah yang saya hadapi. Abet cikgu yang mulia ini menyentuh hati saya kerana beliau merupakan satu- satunya insan di alma mater ini yang masih sanggup mengambil berat dan mendekati saya setelah keputusan akademik saya jatuh secara mendadak. Aku ingin sekali meluahkan segala perasaanku kepada beliau tetapi entah mengapa bibirku seolaholah dipaku bersama. Rentetan senario, Pn Zakiah pun mencadangkan saya berjumpa dengan guru kaunseling di sekolah. Walaupun hatiku tahu benar guru kaunseling tidak dapat menyelamatkan aku daripada neraka ini, tetapi aku masi mampu mengukir senyuman di mukaku. Semenjak itu, entah bila aku mula menyertai pelajar yang bermasalah disiplin. Lama-kelamaan, aku pun mengikut jejak langkah mereka, bak kata mutiara, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Pada awalannya, aku cuma terlibat dalam kesalahan yang kecil seperti menyimpan kuku panjang, tidak pinkan rambut dan lewat ke sekolah dan itu pun jarang-jarang berlaku. Penalti tetap diberi tetapi tidak dalam kuantiti yang banyak. Walakin begitu, setelah suatu jangka masa yang sederhana panjang, melanggar peraturan sekolah sudah menjadi tabiat. Penyakit ini semakin menjadi-jadi sehingga aku sanggup menjebakkan diriku ini ke dalam lembah hina walaupun sedar impak negatif yang bakal menimpaku. Seolah-olah ada aura negatif yang menghumban aku ke dalam lautan dosa dan aku seperti tidak berdaya melawan aura tersebut. Aku telah menubuhkan geng sendiri dan walaupun aku bukan seorang yang lemah lembut tidak pernah sekaliku membayangkan diriku sendiri menjadi ketua kongsi gelap. Pada peringkat awal, aku bersama ahli geng aku hanya memeras ugut pelajar yang lemah tetapi api keberanian saya semakin membara sehinggaku tegah membelasah pelajar. Di manakah belas kasihan saya pada ketika itu? Adakah hati perut saya sudah dimakan anjing kerana dalam mata saya hanya dapat melihat kebencian. Tidak kusangka bahawa aku keruntuhan nilai moral sehingga menjadi sebuah raksasa yang tiada berperikemanusiaan. Walaupun ada niat untuk insaf dan melakukan anjakan paradigma kerana ada peribahasa yang berbunyi,sesal di pangkal jalan, balik ke hujung jalan tetapi seperti ada aura negatif yang menarikku kembali ke alam syaitan. Henry! Henry! Seolah-olah ada suara yang memanggilku dan suara tersebut bertambah kuat. Kelopak mataku membuka perlahan-lahan. Rupa-rupanya aku tertidur di dalam kelas lagi. Henry! Ini sudah kali ke-24 kamu tidur semasa waktu saya. Adakah ajaran saya membosankan kamu? tanya Cikgu Upik Asma, guru moralku. Jawapan aku pendek sahaja, yakni ya. Air mukanya yang lembut tiba-tiba berubah menjadi bengis dan dahsyat. Kamu jangan kurang ajar,ya! marah Cikgu Upik. Entah mengapa aku berasa air mukanya lucu, lalu ketawa terbahak-bahak. Rakan-rakan kaget melihat reaksiku, dan menyuruh aku supaya berhenti tetapi ini membuatku ketawa lebih kuat. Cikgu Upik hanya merenung ke dalam mataku tanpa berkata apa-apa. Tidak lama kemudian, aku pun berhenti ketawa dan menatap wajah cikgu yang serius. Untuk lima minit tersebut, masa seolah-olah berhenti dan keadaan menjadi senyap. Segalanya seperti berhenti pada saat itu. Tiba-tiba, Kring! Kring! Bunyi loceng memecahkan kesunyian di dalam kelas. Ok kelas, semua boleh bersurai. ujar Cikgu Upik. Beliau perlahan-lahan mengalihkan pandangannya daripada aku tetapi melihat ekspresi mukanya yang benar-benar kecewa terhadapku dan perasaan itu seolah-olah menusuk ke jiwaku kerana dia merupakan salah seorang guru kesayanganku tetapi aku seperti tidak dapat mengawal mindaku dan seperti mulutku mempunyai minda sendiri.Haiz, sudah terlanjur kata, sesal juga tiada gunanya, maklumlah sudah terhantuk, baru terngadah,keluh hatiku yang kecil ini. Hebatlah, engkau! Berani melawan cikgu macam tu,ujar seorang rakan aku ketika aku bertembung dengannya semasa sesi rehat. Aku hanya tersenyum. Selepas waktu persekolahan, seperti biasa aku akan bertemu dengan geng-geng aku. Pada kebiasaaannya, kami akan lepak di kompleks beli belah atau mengunjungi siber kafe, tetapi hari tersebut, salah seorang rakan saya mencadangkan kami membuat sesuatu yang seronok seperti merokok. Tanpa berfikir panjang, aku pun bersetuju dengan cadangannya. Menurutnya, kita akan kelihatan cool tatkala merokok. Nescaya, pada petang itu, kami pun pergi membeli sekotak rokok berjenama Salem. Kata tauke, jenama ini ada kelas. Mungkin kerana penampilan kami yang matang, tauke tersebut tidak sedar bahawa kami di bawah umur. Kami kemudian berkumpul semula di tempat yang biasa kami lepak. Betulkan cakap gua, bro! Bestkan merokok! Nampak cool lagi! ujar seorang rakanku memecahkan kesunyian. Aku mengangguk dalam kesetujuan. Namun begitu, hatiku berbicara jika abet saya yang negatif ini tersebar, di mana abah nak letakkan mukanya, maklumlah, abah ini egoistic. Persoalan-persoalan yang timbul tidakku peduli lagi, yang penting kita enjoy. Lagipun, sampai sekarang, abah harus sudah masak dengan perangai burukku dan ini bukan kali pertamaku terbabit dalam perkara negatif. Pada saat itu, tidak timbul sedikit pun rasa bersalah. Pada hari keesokkannya, bunyi ayam berkok kok membangunkan saya. Rupa-rupanya sudah siang Aku kurang ingat apa yang berlaku semalam. Apa yang masih segar dalam ingatanku ialah kami berborak dengan gembira dan oh ya, kami macam ada minum arak juga tetapi apa yang pasti ialah aku terlantar di pondok yang kami selalu berjumpa pada keesokkan hari, maknanya aku tidak balik semalaman. Ibu pasti kuathir, hai, terpaksalahku mendengar leterannya lagi! Rakan-rakan aku yang lain juga kelihatan terlantar berdekatan dengan saya. Nampaknya, mereka juga tidak pulang ke rumah semalaman. Tidakkah ibu bapa mereka risau?bisik hati kecilku. Lantaklah, dia orang punya pasal. Aku bingkas bangun daripada lantai yang sejuk umpama ais. Tanpa mempedulikan rakan-rakanku, aku terus berangkat ke sekolah. Aku ditahan setibanya di sekolah. Kononnya aku lewat ke sekolah. Haiz, datang lewat lagi, keluh pengawas yang bertugas. Rasanya dia bercakap tentang aku. Kendatipun begitu, perkara ini sudah tidak asing lagi kerana satu sekolah sudah mengetahui perangai liarku. Ibu bapaku juga sering dipanggil untuk berjumpa dengan pengetua. Aku ibarat malu-malu kucing kerana walaupun prestasi disiplinku teruk sehingga tidak boleh diselamatkan lagi dan mencemar nama baik keluargaku, tetapi aku masih tidak berubah. Maruah aku seolah-olah pergi jauh meninggalkanku kerana walaupun tindakan negatifku sering menjadi buah mulut ramai, aku masih tetap melakukannya. Kemudian, aku pun balik ke kelas. Jika aku yang dulu pasti balik ke kelas seperti budak yang baik tetapi aku sedar menjadi orang yang holistik memang bosan, aku ingin cuba sesuatu yang lebih agresif demi memuaskan nafsu saya. Sepert biasa, aku akan meraya-rayau

di perkarangan sekolah dan mengacau pelajar-pelajar yang lemah. Hari yang sama juga aku bertembung dengan lawan yang hebat. Orang terbabit merupakan pelajar sekolahku yang lebih tua daripadaku setahun. Peluh mulai membasahi pipiku bukan keranaku gentar tetapi kerana cahaya matahari yang terik memancar tepat ke arahku. Aku berjalan dengan segak ke arah lawanku . Mata kami bertemu. Tiba-tiba dia bahunya melanggarku. Aku menjeling ke arah dia dan menggenggam buku limaku dengan kuat. Jelingan aku seperti memberitahu dia supaya awas kerana permainan ini baru bermula. Selepas sesi persekolahan, aku dan geng-geng aku sudah bersedia menjemput kedatangan musuh saya. Ekspresi muka kami memaparkan kemarahan kami dan budak sial itu akan kami ajar teruk-teruk. Kira-kira lima belas minit kemudian, si bedebah itu muncul seorang diri. Ini peluang emasku!bisik hati kecilku. Aku sudah bersiap sedia dengan sebatang kayu aku. Aku terus berlari ke arahnya dahulu sebelum rakan-rakanku yang lain mula beraksi lalu memukulnya dengan kayu tersebut, rakan-rakanku tergamam melihat aksi aku. Guru-guru segera datang untuk mengawal keadaan. Setelah keadaan sudah dileraikan, ibu bapa aku dipanggil untuk berjumpa dengan guru besar. Walaupun berjumpa dengan pengetua sudah menjadi satu norma, tetapi naluri memberitahuku perjumpaan kali ini sangat serius. Semasa perjumpaan tersebut, keadaan menjadi sangat tegang. Ibu bapaku bertengkar untuk kali pertama dan pertengkaran terjadi di pejabat sekolah. Mereka saling menunding jari disebabkan oleh afal aku. Maruah dan reputasi sekolah dan ibu bapaku serta maruah diriku sendiri dihancur dalam tanganku sendiri. Orang kata, berita yang buruk cepat tersebar tetapi perkara perkara baik lambat tersebar. Kata-kata tersebut memang tepat sekali kerana tidak sampai sehari pun, berita ini tersebar luas di persekitaran kawasan saya. Nasib memihakku kerana kecederaan pelajar tersebut cumalah cedera ringan, nescaya, aku tidak didakwa. Sejak hari itu, orang ramai mengubah tanggapan mereka terhadap aku. Mereka sangka aku cuma nakal dan ingin bermain-main tetapi bukanlah seperti sampai sanggup memukul orang kerana tindakan ini tidak ada bezanya dengan ahli kongsi gelap di luar. Aku sendiri juga terkejut yang aku berani sehingga tergamak memukul orang, aku semakin gagal mengawal emosiku sehingga mencetuskan kemelut ini. Aku cuma berdaya membiarkan arus negatif menghanyutkan diriku. Kini, aku digelar syaitan. Ramai yang telah memulaukanku kerana gentar sekiranya mereka akan menjadi mangsa seterusnya. Aku ingat aku masih memiliki kawan-kawan gengku, tetapi tidak sangka mereka cuma kawan semasa suka, bukan kawan semasa duka. Ternyata, aku tersilap pilih kawan. Kemurungan ini mendorong aku bercampur dengan kumpulan yang lebih ganas, tamsilannya ahli kongsi gelap yang sebenar dan bukan yang sahaja setakat bermain-main seperti yang di sekolahku. Golongan ini terdiri daripada mereka yang berumur sekitar dua puluhan sehingga tiga puluhan. Mereka melakukan kegiatan haram demi mencari rezeki kerana mengikut hemat mereka, pekerjaan halal tidak menguntungkan. Betul juga kata mereka, ibu bapaku bersusah payah dan mengambil jangka masa yang panjang, baru dapat pencapaian pada hari ini. Ironinya, kegiatan haram tidak perlu prestasi akademik yang baik mahupun usaha yang gigih untuk mengaut keuntungan yang banyak dan hanya mengambil masa yang singkat untuk menjadi kaya seperti skim cepat kaya. Pada dua belas Jun, aku diberi tugasan pertama, yakni menhantar stok ke jeti dan aku diberitahu supaya segera beredar sejurus sahaja menerima wang. Perasaanku bercampur baur, ada peraan takut, gentar, cemas tetapi dalam hatiku yang kecil ini juga terselit perasaaan teruja kerana ini merupakan misi pertamaku. Aku lakukan seperti yang disuruh. Kemudian, kegiatan tersebut menjadi kegiatan seharianku. Bos aku juga sangat berpuas hati dengan prestasiku. Aku sepatutnya gembira tetapi entah mengapa aku tidak sedikit pun gembira. Walaupun aku dapat mengaut keuntungan yang banyak, teapi aku terpaksa hidup dalam kegelapan. Nampaknya, aku tidak dapat melihat sinaran cahaya matahari lagi. Kini, sudah tidak boleh berpatah balik lagi kerana tidak mungkin ahli kongsi gelap itu akan melepaskanku. Ini sudah menjadi takdirku kerana menyelingeh nasihat orang yang lebih makan garam. Sekarang baruku sedar, sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Aku kini terpaksa menjalani kehidupan yang tidak halal tetapi nasib menyebelahiku, kerana aku masih belum ditangkap. Bertapa naifnya fikiranku ini kerana peribahasa melayu tidak pernah berbohong. Sesungguhnya sepandai-pandai tupai melompat , akhirnya jatuh ke tanah juga. Pada suatu petang, aku termenung sambil mengimbas kembali saat riang bersama keluargaku tetapi kini hanyalah tinggal memori. Angin yang lembut memberus pipiku. Tiba-tiba, aku rasa ada yang menepuk bahuku. Bang, bos suruh angkat stok ke jeti! pinta salah seorang anak buahku mengejutku daripada lamunan. Aku terus berangkat daripada tempat dudukku lalu bergegas ke destinasiku. Sebaik sahaja aku sampai di lokasi tersebut, naluri memberitahuku bahawa keadaan seperti ada yang tidak kena dan seperti ada yang sedang memerhati setiap pergerakanku. Mungkin kerana aku yang terlalu sensitif sahaja. Tanpa menhirau perasaan ini, aku terus mememerhati sekelilingku untuk mencari orang yang patut aku temui. Sudah setengah jam aku menunggu tetapi orang tersebut tidak muncul-muncul lagi. Perasaan gelisah semakin menguasaiku. Tiba-tiba, ada yang menepuk bahuku. Aku tersentak lalu menoleh ke belakang. Rupa-rupanya orang yang menepuk bahuku ialah seorang anak buahku yang agak taat kepadaku. Cepat kabur dari sini! gesanya. Pada mulanya, aku tidak faham maksudnya tetapi lama-kelamaan apabila aku melihat beberapa orang polis sedang menuju ke arahku, barulah aku sedar bahawa semua ini adalah sebuah perangkap. Pihak polis sudah mensyaki kegiatan kami dan mereka sedang menyiasat kami. Barulah aku sedar bahawa aku dijadikan kambing korban agar pihak polis menyangka aku merupakan dalang. Rupa-rupanya mereka sudah merancang awal-awal lagi dan tugasan ini ada udang di sebalik batu. Aku hanya mampu tercegat di situ dan nenahan sebak dalam dadaku. Aku tidak sangka orang yang aku anggap seperti ahli keluargaku sendiri tergamak mengkhianatiku. Dalam beberapa saat ini, aku sedar bahawa hanya ahli keluarga sendiri akan memberi layanan yang paling ikhlas dan tulus. Tidak lama kemudian, beberapa anggota polis datang mengepong kami. Kami berdua telah ditahan. Aku dan anak buahku dipenjara selama satu tahun setengah. Oleh sebab usia kami yang masih muda dan kesanggupan kami untuk bekerjasama dengan polis bagi membanteras operasi haram ini, hukuman kami diringankan. Kami pun mendedahkan sarang persemembunyian mereka, tetapi malang tidak berbau, mereka semua sudah lenyap daripada kawasan tersebut. Nampaknya, perancangan mereka memang teliti dan mereka memang berniat untuk menganiayaiku. Namun begitu, keadilan dan kebenaran tetap wujud. Dengan imformasi lain yang kami dedahkan,tidak lama kemudian, anggota polis berjaya menangkap korporat-korporat yang lain. Sepanjang aku berada di penjara, aku telah banyak berfikir dan aku bernekad untuk mengubah mentalitiku. Walaupun begitu, selepas aku bebas daripada penjara, aku tetap dipandang hina dan dianggap sebagai sampah masyarakat kerana membawa rekod buruk sebagai bekas banduan tetapi ini semua sudah dalam jangkaanku. Namun begitu aku tidak akan berputus asa sebaliknya berusaha meyakinkan orang lain bahawa aku benar-benar sudah berubah dan cuba mengubah tangapan mereka terhadap aku kerana aku sudah bertaubat.

Pada alaf baharu ini, sektor perindustrian diberikan tumpuan yang sepenuhmya untuk menjana ekonomi negara. Namun, kebanyakan pihak tidak sedar bahawa industri desa yang juga mampu meningkatkan ekonomi negara semakin dipinggirkan. Sebenarnya, industri ini berpotensi tinggi untuk dimajukan dan dijangka akan memberi banyak sumbangan dalam ekonomi negara. Industri desa merupakan wadah bagi menghasilkan kerja tangan yang dibuat oleh penduduk desa yang masih menggunakan teknik tradisional yang diwarisi sejak zaman nenek moyang mereka. Memang tidak dapat disangkal bahawa industri desa merupakan salah satu industri yang berperanan penting di Malaysia. Kebanyakan penduduk di luar bandar tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan ada dalam kalangan mereka terpaksa bekerja dari siang malam semata-mata untuk menyara keluarga mereka. Mereka hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan ada kalanya mereka hanya mengisi perut dengan ubi kayu. Kehidupan mereka di kawasan pedalaman diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika industri desa ini dimajukan, maka peluang pekerjaan akan bertambah dan seterusnya taraf kehidupan penduduk desa dapat ditingkatkan. Selain itu, indusri desa yang kaya dengan budaya Malaysia yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan juga dapat membantu dalam usaha menarik pelancong asing berkunjung ke negara kita. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Industri desa di negara kita sememangnya dapat dimajukan jika pihak kerajaan dan pihak yang terlibat mengambil inisiatif untuk mengusahakannya. Pihak kerajaan harus sentiasa memberi sokongan dan bantuan kewangan bagi merealisasikan industri desa sebagai penggerak perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang mantap. Industri ini harus diberikan nafas baharu melalui suntikan teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti supaya industri ini mampu menembusi pasaran dunia sekali gus meningkatkan pendapatan negara kita. Masyarakat kita juga harus mengiktiraf industri desa sebagai satu industri yang mampu memberi sumbangan dalam pembangunan negara. Industri ini dijangka akan mendatangkan pulangan yang lumayan dalam masa lima tahun jika kerajaan sanggup peruntukan yang lebih besar kepada industri ini. Di samping itu, konsep jualan hasil industri desa melalui orang tengah harus digantikan dengan konsep jualan langsung kerana kebanyakan sikap orang tengah diibaratkan enau dalam belukar melapaskan pucuk masing-masing. Mereka mengaut keuntungan yang banyak dengan menjual hasil industri desa dengan harga yang tinggi kepada pengusaha-pengusaha di bandar. Oleh itu, industri desa haruslah bekerjasama dengan badan kerajaan bagai aur dengan tebing bagi menghidupkan industri desa ini. Sebaik-baiknya, industri ini harus diuruskan oleh anak-anak kampung yang berpendidikan supaya mereka berpeluang berbakti kepada tempat kelahiran mereka tanpa perlunya berpindah ke bandar untuk mencari nafkah hidup. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan berperanan penting dalam usaha menggalakan generasi muda masa ini untuk menceburi industri desa supaya industri ini dapat berkembang ke seluruh pelosok dunia dan Malaysia mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Dalam usaha memajukan industri desa, para pengusaha perlulah menimba ilmu pengetahuan serta kemahiran dari negara-negara jiran, seperti Indonesia dan Thailand yang banyak menghasilkan produk tempatan yang berkualiti. Negara kita haruslah bertukar-tukar pendapat dengan negara yang maju dalam industri desa dan mendapat khidmat nasihat daripada golongan profesional dalam bidang ini untuk meningkatkan produktiviti industri luar bandar di negara kita. Selain itu,kita harus pandai mengambil yang jernih dan buang yang keruh dengan menjadikan kejayaan negara-negara lain dalam industri desa sebagai rujukan untuk menjayakan industri ini di negara kita sendiri. Industri desa hendaklah ditransformasi kepada pelbagai perusahaan daripada berbentuk tradisional kepada jenis penghasilan produk yang lebih kreatif dan inovatif untuk menarik hati dan mengagumkan para pembeli. JIka usaha memajukan industri desa dilakukan secara sistematik mengikuti prosedur-prosedur yang disediakan, maka suatu hari nanti industri desa akan mendahului segala industri yang bertaraf antarabangsa. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan haruslah bekerjasama dengan sektor swasta untuk memaksimumkan hasil pengeluaran industri desa. Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya pada pihak kerajaan untuk menghidupkan industri desa kerana tepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Kedua-dua pihak ini haruslah berganding bahu untuk memperkenalkan produk tradisional secara komersial kepada dunia luar. Mesin yang lebih canggih harus dibekalkan kepada pengusaha industri desa supaya produk industri desa seperti kraf tangan yang dihasilkan lebih berkualiti. Bekalan produk yang bermutu tinggi sememangnya akan mendapat sambutan yang baik daripada para pembeli di negara kita mahupun pembeli dari negara asing. Penggunaan mesin juga dapat mempercepat proses pengeluaran produk dan meningkatkan kuantiti barangan industri desa yang dihasilkan. Dengan ini, hasil-hasil industri desa dapat dibekalkan kepada pembeli ataupun para pengusaha secara berterusan. Konklusinya, industri desa sememangnya dapat memberi nafas baru kepada masyarakat luar bandar dan seterusnya meningkatkan pendapatan per kapita negara. Oleh itu, pihak yang terbabit harus sentiasa memastikan bahawa penduduk di kawasan luar bandar diberikan bantuan dan kemudahan yang secukupnya untuk meningkatkan hasil industri desa. Para pengusaha industri ini juga harus melakukan anjakan paradigma selaras dengan keadaan semasa supaya industri desa di negara kita dapat dimajukan ke tahap yang maksimum dan mampu mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Malaysia Boleh!

Sebagaimana kita sedia maklum, anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus yang perlu diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anak yang menjadi harapan ibu bapa, kita harus sedar bahawa segala perbuatan positif dan negatif akan mencerminkan imej keluarga. Sejak kecil, kita dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh oleh orang tua kita. Setiap belaian kasih dan sayang yang diberikan kepada kita penuh dengan harapan masa depan. Malangnya, masalah sosial dan kadar jenayah bagai bisul menjadi nanah dalam masyarakat pada zaman yang penuh dengan cabaran. Saya berpendapat bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin anak-anak. Jika dibandingkan antara ibu bapa dahulukala dengan ibu bapa zaman globalisasi ini, kita dapat mengetahui bahawa anak-anak dulu lebih kerap dipukul. Sejak kempen antidera diperluas, ibu bapa mula menjauhkan diri mereka dengan rotan. Daripada perspektif orang tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat memberi tamparan insaf kepada diri anak-anak yang melakukan kesalahan. Namun, saya percaya bahawa ibu bapa perlu tegas dan mendisiplinkan anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan pendisiplinan yang kukuh dan ketegasan yang bertempat, anakanak akan berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan. Selain ketegasan dan pendisiplinan, pendidikan formal perlu disalurkan oleh ibu bapa demi mematangkan fikiran anak-anak. Dengan pendidikan yang diterima, akal dan perasaan ingin memberontak dalam kalangan anak dapat diatasi. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak dikawal ketat dari segi peraturan sekolah. Dengan peraturan sekolah yang efektif dan jadual pelajaran yang ketat, nescaya anak-anak tidak akan mempunyai masa yang terluang untuk melakukan perkara yang membelakangkan undang-undang. Pendidikan formal yang efektif dapat menjadi tulang belakang pendirian teguh anak-anak dalam

mendisiplinkan diri agar tidak melakukan perbuatan yang menconteng arang di muka ibu bapa. Ajaran agama dan moral merupakan elemen yang maslahat dalam memperkukuh keimanan diri anak-anak demi mengekang hati dan perasaan yang ingin melanggar tatasusila. Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat. Mereka alpa dengan tanggungjawab keibubapaan yang asas, yakni mendidik anak-anak dengan ajaran agama dan moral. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah menerangkan kepentingan menjaga moral dan tingkah laku yang murni demi mengukuhkan sahsiah diri. Dengan saluran yang betul dan tepat, anak-anak dapat didisiplinkan dan dibentuk menjadi modal insan yang berketerampilan dan berkewibawaan. Mengikut Doktor Fazilah Kamsar, pakar motivasi yang terbilang, anak-anak akan menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan. Hal ini demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih berkesan daripada jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Anak-anak perlu diterangkan kesannya jika mereka merokok atau akibat daripada perbuatan ketidakjujuran mereka. Langkah ini penting agar akal anak-anak yang waras dapat dibentuk untuk membuat keputusan yang baik supaya tidak menyesal atas perbuatan diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Langkah ini amat penting agar anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi sekali gus pencorakan disiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi. Di samping itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting mempamerkan disiplin yang tinggi di depan anak-anak. Tamsilannya, ibu bapa haruslah membuang sampah di tong sampah dan menjaga kelakuan diri di khalayak ramai agar dicontohi oleh anak-anak mereka. Anak-anak yang mencontohi sikap positif ibu bapa pasti tidak akan membuat perkara yang menyalahi peraturan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri berjalan senget. Kesimpulannya, pencorakan disiplin anak-anak dari rumah, yakni daripada komitmen ibu bapa amat berkesan. Ibu bapa harus menyedari hakikat bahawa masa depan anak-anak juga ditentukan oleh ajaran dan teguran membina daripada mereka. Anak-anak yang berdisiplin dapat meyakinkan ibu bapa dengan kejayaan akademik dan kokurikulum sekali gus menjadi warga yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Oleh hal yang demikian, saya berharap ibu bapa menginsafi tanggungjawab mereka dalam pembentukan disiplin anak-anak agar tidak menyesal selepas anak-anak terjerumus dalam kancah kebejatan sosial. Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020.

Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik marcapada ini, kita seyogianya memahami maksud amalan bergotong royong. Amalan ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan bangsa agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya generasi alaf baharu ini. Yang berlaku sekarang, budaya yang diingini hanyalah keseronokan dan keselesaan yang tidak mahu dipertanggungjawabkan. Fenomena ini melunturkan semangat memupuk amalan bergotong-royong. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang tidak mengenali maksud gotong-royong dan melaksanakannya? Berapakah peratus daripada golongan muda generasi kini yang telah bergotong-royong untuk membersihkan sesuatu tempat? Oleh hal yang demikian,kita mestilah mengenali faedah bergotong-royong dan menjalankan kegiatan bergotong-royong ini. Amalan bergotong-royong dapat memperindah tempat tinggal. Kebersihan tempat tinggal merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Sebagai insan biasa, kita tentu mahu akan kecantikan tempat tinggal kita dipuji oleh orang lain. Dengan menjalankan amalan bergotongroyong kita dapat memperindah sendiri kawasan tempat tinggal dan memahami jiran dengan lebih mendalam. Fenomena ini persis peribahasa tak kenal maka tak cinta. Apabila kawasan tempat tinggal kita sentiasa bersih dan indah, rakan-rakan sendiri akan menyukai kawasan tempat tinggal kita secara langsung dan akan sentiasa menziarahi kita. Sebagai seorang penghuni bumi, kita boleh mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong dapat menghijaukan bumi. Bak kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan bergotongroyong, kita dapat lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. Benarlah kata peribahasa, bersatu kita teguh bercerai kita roboh . Kita harus mengapresiasi amalan ini sebelum kewujudannya tidak diketahui lagi. Janganlah kita lupa bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti kehidupan yang penting sebagai langkah membersihkan tempat tinggal daripada menjadi vektor penyakit. Dengan berbuat begitu, kita dapat mencegah dan menjauhi penyakit. Kata Tun Dr. Mahathir, mencegah lebih baik daripada mengubati. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai jikalai kita mengaktifkan diri dalam kegiatan bergotong-royong. Oleh hal yang demikian, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal . Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Kegiatan bergotong-royong memainkan peranan yang amat penting sebagai agen perpaduan . Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun keranarambut sama hitam, hati lain-lain. Dengan menjalankan kegiatan bergotong-royong kita dapat menghapuskan sikap masyarakat yangseperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Apabila seseorang yang berlainan kaum berinteraksi dengan seseorang yang berlainan kaum, kita dapat mengenali kebudayaan kaum-kaum masing- masing kerana masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. Melaui kegiatan bergotong-royong, kita akan lebih dapat mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati sesama diri. Dengan ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur dengan tebing . Melalui kegiatan yang afdal ini , kita dapat memupuk nilai murni dalam sanubari kita. Hal ini dikatakan demikian kerana Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri. Fenomena ini sama seperti sambil menyelam ,minum air. Jelas beliau semasa merasmikan kempen bergotong-royong pada peringkat nasional, awal tahun 2003. Nilai murni yang diterapkan akan mentransformasikan kita sebagai orang yang lebih disukai dan diterima oleh masyarakat. Amalan ini juga mampu memasyarakatkan rakyat Malaysia oleh sebabbulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semangat kejiranan. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran secara mendalam. Selepas terlaksananya aktiviti ini , kita akan terpanggil untuk membuka hati kita lalu menegur jiran kita. Pembahagian tugas akan dapat dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotongroyong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalin dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Jiran ialah orang yang tinggal di sekitar rumah kita, iaitu

di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang pertama akan membantu apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Tak percaya? Janganlah lupa bahawa pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat". Intihanya , amalan bergotong-royong membawa faedah yang banyak . Dengan mengamalkan semangat ini, bumi akan menjadi sebuah tempat yang lebih indah dengan secara tidak langsung. Bak kata pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Amalan ini tidak akan dilupai. Sebagai penutup wacana, amalan gotong-royong merupakan tanggungjawab yang penting bagi setiap orang untuk mewujudkan kualiti kehidupan yang optimum. Marilah kita belajar amalan yang baik dan amalkannya dalam kehidupan harian. Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Sejak akhir-akhir ini, tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massa sama ada media cetak atau media elektronik. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan fikiranmasyarakat. Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun, terutamanya pada musim perayaan. Senarioyang menggemparkan ini tidak boleh dibiar berterusan dan mesti ditangani dengan secepat mungkin. Apakah usaha-usaha yang patutdiimplementasikan bagi menyelesaikan masalah yang merunsingkan dan mengacau-bilaukan minda masyarakat ini? Kemalangan jalan raya tidak harus dipandang enteng, Mesti dibanteras ke akar umbi, Kudrat semua pihak mesti digembleng, Azam janganlah berbelah bagi. Pada pendapat saya, kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyelesaian ini. Kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang. Hukuman berat mesti dikenakan terhadap sesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya. Bak kata peribahasa, "setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya pasti jatuh ke tanah". Tamsilnya, saya mencadangkan agar pesalah laku trafik haruslah didenda sekurang-kurangnya RM500 atau dipenjarakan selama enam bulan. Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan berani memperlekeh amaran kerajaan lagi. Selain itu, kerajaan mesti memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji pemandu kenderaan. Oleh sebab itu, usaha kerajaan mestilah berlandaskan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Lesen-lesen tidak harus diberikan kepada para pemandu dengan mudah. Rentetan itu, kerajaan mesti sentiasamembiayai ongkos untuk mengadakan pelbagai kempen kesedaran. Kempen-kempen ini haruslah diadakan dengan objektif menyedarkan para pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya. Inisiatif ini mampu membantu meminimumkan kemalangan di jalan raya yang terus berlaku. Seterusnya, polis trafik mestlah menjalankan tugas dengan dedikasi. Mereka mesti menjalankan tugas masing-masing dan memberkas golongan yang melanggar undang-undang di jalan raya. Saman mesti sentiasa dikeluarkan untuk memberi amaran kepada si pelanggar peraturan jalan raya. Kelengkapan polis trafik mestilah sempurna. Di samping itu, polis trafik yang amanah amat diperlukan. Mereka tidak harus menerima rasuah sebaliknya mesti bersikap adil dan saksama. Sikap berdiri di atas pagar mestilah dipraktikkan oleh anggota polis trafik. Implikasinya, polis-polis trafik juga turut memainkan peranan yang agak penting. Lain daripada itu, segenap lapisan masyarakat mesti melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Jika didapati ada pengguna jalan raya telah melanggar undang-undang seperti mengadakan perlumbaan haram dan sebagainya, kita mesti segera membuat laporan kepada pihak berkuasa. Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebingantara polis dan masyarakat, kemalangan dapat dikurangkan. Kata orang tua-tua, malang tidak berbau. Pengguna jalan raya sendiri mesti memahami maksud bidalan ini. Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papan-papan tanda di tepi jalan. Papan tanda yang disediakan oleh kerajaan bertujuan memastikan keselamatan para pengguna di jalan raya. Keselamatan para pengguna jalan raya pasti dapat dijamin jika arahan telah dipatuhi. Akhir sekali, pemandu kenderaan mesti sentiasa memusatkan perhatian semasa memandu. Mereka tidak harus memandu sambil membuat perkara lain seperti menggunakan telefon, bergosip dengan orang lain dan sebagainya. Kesimpulannya, kemalangan yang di jalan raya berlaku tidak diimpikan oleh setiap orang. Bak kata pepatah, pandu cermat jiwa selamat. Penggunapengguna jalan raya mestilahmengimplementasikan kewajipan masing-masing. Dengan ini, barulah keselamatan setiap pengguna dapat dijamin. Usaha-usaha kolektif yang telah saya cadangkan mestilah dilaksanakan dengan segera. Ingat, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Beribu-ribu ekor ikan terapung-apung di permukaan sungai sungai di Pahang telah teruk dicemar. Begitulah tajuk-tajuk berita yang acap kali menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan. Berita dan paparan media umpama ini bukan sahaja menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar tempatan, isu ini juga sering menjadi liputan media massaantarabangsa dan persidangan utama dunia. Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat pelosok dunia. Oleh itu, isu pancemaran sungai sudah menjadi berita basi. Kerajaan pernah mengadakan kempen-kempen seperti Cintailah Sungai Kita tetapi mendapat sambutan yang dingin daripada segenap lapisan masyarakat. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan meningkatnya kes ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, pernahkah terlintas dalam benak anda apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran sungai? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi keempat, pencemaran sungai dapat didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan sungai yang jernih sehingga keruh dengan pelbagai bentuk cara. Fenomena yang terjadi ini pasti ada sebab-sebab yang munasabahnya kerana kalau angin tidak bertiup, masakan pokok bergoyong? Tahukah anda faktor-faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai? Segalanya bakal terhurai tirai bicara dibuka.

Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap oleh masyarakat. Hal ini ghalibnyadilakukan oleh masyarakat

yang tinggal berhampiran dengan sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam sungai. Fenomena ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat. Pada zaman globalisasi ini, masyarakat telah menganggap sungai sebagai sebuah tong sampah yang besar.Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sungai Malaysia pada tahun 2007, alasan yang diberikan oleh masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai ialah tong sampah yang sedia ada berada jauh dari tempat tinggal mereka. Mereka malas untuk membuang sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada kerana perlu memakan masa yang banyak dan meletihkan mereka. Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan mudahdengan membuangkan sampah sarap tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai itu menjadi keruh. Sampah sarap yang terapung-apung di permukaan sungai itu mempunyai bahan kimia yang akan menyumbang kepada pencemaran sungai.

Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang ke dalam sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan mencemarkan sungai dengan menurunkan pH air sungai tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya kepada manusia dan kehidupan akuatik. Hal ini dikatakan demikian kerana jikalau seseorang meminum air sungai yang pH rendah, kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan yang memburukkan keadaan lagi ialah mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali. Kualiti kehidupan akuatik seperti ikan akan menurun kerana keadaan sungai yang tercemar tidaklah sesuai untuk ikan-ikan tersebut. Statistik yang sahih lagi tepat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Air Malaysia pada tahun 2008 jelas menunjukkan kebanyakan kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai ialah kilang-kilang besar. Ketika ditanya tentang sebab mereka mengalirkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai, alasan yang diberi ialah mereka tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai tanpa memikirkan impaknya. Sikap sebegini yang mementingkan dirisendiri ibagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis demi kepentingan bersama.

Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal sebegini telah lama berlaku di dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan berlaku? Sebabnya ialah tong yang mengisi minyak bagi kapal tersebut telah bocor ataupun pecah. Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air. Masalah ini akanmenjejaskan tumbesaran bagi tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana minyak tersebut akan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke tumbuh-tumbuhan tersebut. Hal ini secara langsungnya akan menjejaskan proses tumbesaran tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak dapat menjalankan proses pemhasilan makanan. Di negara lain seperti Jerman dan Australia, masalah tumpahan minyak ini tidak pernah berlaku dalam negara tersebut kerana mereka mempunyai kapal yang serba canggih dan tong minyak yang baik sekali.

Apakah kepentingan sungai dalam kehidupan seharian kita? Tidak dapat dinafikan bahawa sungai memang mempunyai kepentingan tertentu dalam kehidupan seharian kita. Kepentingan utamanya ialah sungai memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan perhubungan. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga pengangkutan air. Hal ini dapat meyakinkan rakyat negara kita agar visi kudsi Wawasan 2020 dapat direalisasikan dan menjadi bumi Malaysiaduduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara gergasi yang lain di persada dunia.

Seterusnya, sungai amat penting kerana membekalkan sumber air dan protein kepada manusia. Air yang diminum oleh penduduk bumi kebanyakannya datang dari air sungai. Jikalau air sungai telah tercemar, air sungai tersebut perlu dibersihkan melalui proses yang merumitkan dan memakan kos seperti yang berlaku di negara Jerman. Sungai amatlah penting sebagai habitat hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya ikan, ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang membekalkan sumber protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan udang adalah amat tinggi. Persis kata jauhari sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Peribahasa ini mengingatkan manusia supaya tidak mencemarkan air sungai yang merupakan habitat hidupan akuatik dan merupakan anugerah istimewa daripada Tuhan yang akan membahagiakan kita pada hari esok agar kita tidak menyesal pada hari kemudiannya.

Secara kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengatasi kemelut pencemaran air yang dapat diibaratkan seperti duri dalam daging kepada masyarakat dan negara. Janganlah kita membiarkan masalah ini terus bernanah di dalam negara kita. Sebagai khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan bergelar insan kamil, kita bertanggungjawab untuk menjaga sungai yang merupakan anugerah Tuhan yang amat bernilai ini. Kita haruslah menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi fenomena sudah terhantuk baru tengadah. Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat dan visi kudsi wawasan 2020. Cintailah Sungai Kita.

Arus globalisasi telah menyebabkan pelbagai budaya warisan rakyat Malaysia semakin terhakis. Anda sebagai rakyat yang cinta akan negara, sarankan sumbangan anda untuk mengekalkan budaya warisan rakyat Malaysia.[ 100 markah ] Peribahasa Melayu jelas menyatakan bahawa tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-mudi. Yang berlaku sekarang, kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda warisan yang dianggap pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Budaya punk dan gortik umpamanya menerapkan unsur bawah tanah, yakni alam kematian dan keseronokan yangbertunjangkan keghairahan melalui penggunaan pil khayal dan dadah. Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang mengenali dan menghargai pakaian tradisional? Golongan yang muda masih bermain permainan tradisional mahupun suka akan makanan tradisional? Oleh hal yang demikian, remaja seperti saya memainkan peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita. Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita mengalir deras warisan daripada nenek moyang kita. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia tidak mungkin melupakan asal usulnya kecuali berpegang pada sikap kacang lupakan kulitnya. Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional. Dengan menyertai aktiviti dalam kelab tersebut, saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Bak kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Dengan menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui

betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan permainan ini kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa ini dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Jikalau warisan acara merejam lembing dan wushu dapat diketengahkan ke arena sukan dunia, bagaimanakah pula dengan wau dan gasing? Saya berpendapat bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Kita harus menghargai warisan rakyat Malaysia sebelum warisan inidiapresiasi oleh orang asing. Selain itu, anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang larang sekali gus mempraktikkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman daripada amalan tersebut. Di samping itu, kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang larang tersebut. Antara pantang larang yang penting ialah anak gadis tidak digalakkan duduk di anjung rumah dan bernyanyi di dapur. Selain itu, kita diajar tidak memakai kasut di dalam rumah dan bercakap sewaktu menikmati hidangan. Jika dilihat dari sudut lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial. Oleh sebab itu, warisan rakyat Malaysia yang juga amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga. Oleh itu, janganlah kita menconteng arang di muka ibu bapa kita. Warisan rakyat Malaysia memang luas. Antara warisan yang perlu dipertahankan ialah busana. Pakaian tradisional kita melambangkan ketinggian nilai hidup serta kehalusan hasil tangan masyarakat dahulu kala. Golongan pelajar seperti saya sewajarkan memainkan peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian tradisional. Pemakaian busana klasik ini bukan sahaja menutup aurat, malah dapat menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya. Remaja seperti saya wajarlah memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis tidak rasmi seperti jamuan. Pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian tradisional. Mahukah kita melihat dengan bangganya busana tradisional kita dipakai oleh model terkenal dunia lalu berjalan di pentas fesyen dunia. Kita harus mengorak langkah untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang. Apabila kita melangkah masuk ke dapur rumah, nescaya makanan yang disediakan oleh ibu bapa kita adalah untuk melangsungkan kehidupan. Makanan merupakan keperluan hidup manusia yang terpenting selain tempat tinggal. Oleh hal yang demikian, masyarakat yang terdahulu banyak membuat kajian dan analisis tentang makanan. Golongan yang lebih banyak makan garam ini telah mencipta makanan tradisisional yang berwarna warni untuk terus dapat dinikmati oleh muda-mudi zaman globalisasi ini. Oleh hal yang demikian, kita sepatutnya menunjukkan penghargaan kepada golongan tua dengan mempelajari cara penyediaann makanan tradisional. Jika kita membuat anjakan paradigma ini, nenek atau datuk kita pasti sejuk hati melihat kejayaan kita menyediakan makanan kegemaran mereka seperti petai, jering, kuih-muih dan sebagainya. Makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda. Peribahasa Bagaimana acuan, begitulah kuihnya juga jelas menunjukkan kebijaksaan golongan veteran menyamakan sikap ibu bapa kepada anak-anak mereka. Dengan kata lain, golongan muda seperti saya sepatutnya memberikan teladan kepada adik-adik kita supaya mengenali dan mengamalkan warisan rakyat Malaysia. Pada masa lapang, kita bolehlah membawa adik kita bermain wau, congkak, mahupun menyertai pertandingan membuat wau. Aktiviti seperti ini mampu mencambahkan minat anak-anak muda untuk terusberkecimpung dalam bidang tugas yang diperturunkan oleh nenek moyang kita. Janganlah kita berasa malu untuk menerima warisan yang sebenarnya milik kita bersama. Walaupun pemikiran orang terdahulu sanggup mempertahankan prinsip biar mati anak, jangan mati adat; golongan zaman ini boleh memperbaik keadaan dengan menghargai dan menjadikannya sebagai kayu pengukur tahap pemerimaan kita terhadap nenek moyang kita dan betapa kita menghormati dan menyanjungi mereka. Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Oleh hal yang demikian, arus globalisasi yang mengalir deras dalam kehidupan kita tidak wajar menghakiskan jati diri kita yang sebenar. Hakisan warisan rakyat Malaysia yang semakin serius haruslah diselamatkan daripada terus melunturkan sinar dan kekilatan warisan kita. Warisan kita tanggungjawab kita. Nenek moyang kita yang menciptanya, kita yang harus mengekalkannya. Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam dalam arus perdana ini, ke mana akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti sebenar kehidupan ini jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni? Ayuh rakyatku, marilah kita sama-sama menggembleng tenaga demi memastikan warisan kita terus berdiri teguh di belakang kita sebagai warisan yang tidak boleh dijual beli oleh bangsa lain. Slogan Satu Malaysia harus dijadikan pegangan demi kehidupan yang lebih bersatu dan padu. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

Zaman beralih, musim bertukar, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan monorel. Jikalau bukan kita yang sebagai warganegara Malaysia menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi menyokong? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam. Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke tempat destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh negara barat seperti Melbourne, di negara Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki kereta api dan bas. Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali. Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat. Selain itu, KTM negara kita haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di Jepun yang menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan lokomotif kuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat meningkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan pengangkutan yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu komuter. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan keseluruhan. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kekurangan dalam kekerapan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang keyakinan terhadap pengakutan awam. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapat balik keyakinan rakyat terhadap pengangkutan awam.

Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk menonton siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka. Prakasa ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan sebagainya. Selain rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca, perkembangan sukan, maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat mendapat informasi yang terbaharu dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan mereka. Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana langkah ini telah memenuhi tabiat rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang. Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah dicadangkan supaya memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam lebih baik daripada menggunakan kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja diberi kepada pelajar yang kecil, tetapi juga harus diberi kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej buruk yang mendalam di dalam hati mereka. Melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kendera sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan pengangkutan awam ditanam mendalam kepada mereka. Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti mengurangkan jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi penghantaran barangan ke sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita. Akhir kata, pemodenan system perhubungan darat merupakan inovasi yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga manuasia pada tahap yang paling optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penumpang menaiki pengangkutan awam.

Kepentingan Memulihara Bangunan Bersejarah

Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektarhektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakansesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.

Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara, namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan

dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang i