habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2082-kaedah-nibt... · web...

8
1. Nama Projek KIK/ Inovasi : KAEDAH N.I.B.T (Nyanyi, Ingat ,Baca, Tulis) HURUF 2. Ringkasan Projek KIK/ Inovasi (maksimum 500 patah perkataan) Kaedah N.I.B.T (Nyanyi, Ingat, Baca, Tulis) Huruf merupakan satu inovasi yang telah dibangunkan untuk membantu murid-murid prasekolah, pemulihan dan pendidikan khas dalam menguasai kemahiran mengenal dan menulis huruf dengan cara yang betul melalui pendekatan didik hibur. Penguasaan kemahiran mengenal huruf bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh. Murid yang tidak celik huruf akan menimbulkan masalah untuk mereka menguasai kemahiran membaca. Bermula tahun 2010, program LINUS yang memberi fokus kepada kemahiran literasi dan numerasi, telah dilaksanakan kepada murid Tahun Satu yang tidak melepasi Ujian Saringan. Selepas enam tahun dilaksanakan, didapati masih terdapat murid-murid yang gagal menguasai dua konstruk asas literasi. Kumpulan murid ini digolongkan sebagai murid LINUS tegar dan mereka perlu mengikuti kelas pemulihan LINUS. Saya mendapati masalah ini perlu diatasi bermula di peringkat prasekolah lagi. Mengapa huruf sukar dipelajari oleh kanak-kanak yang lambat? Penyataan masalah berikut menerangkan kenapa masalah ini berlaku: Kanak-kanak tidak dapat membezakan dengan tepat huruf-huruf kecil yang hampir sama bentuknya seperti huruf (a,e,c,o), (b,d,p,q), (r,u,n,m), (t,f), (i,j), (v,w). Keliru dengan huruf yang mempunyai sebutan bunyi yang SEKSYEN KUALITI DAN INOVASI UNIT KORPORAT PEJABAT SETIAUSAHAN NEGERI PAHANG Ruj. Surat: SUK. PHG/KORP.009/7,03.3JLD.10( ) LAMPIRAN 1 BORANG MAKLUMAT PROJEK KIK/ INOVASI JABATAN / AGENSI: SEK. KEB PERMATANG BADAK, KUANTAN. NAMA KUMPULAN KIK : SEKTOR AWAM (INDIVIDU)

Upload: phamcong

Post on 04-Jul-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2082-kaedah-nibt... · Web viewSEKSYEN KUALITI DAN INOVASI UNIT KORPORAT PEJABAT SETIAUSAHAN NEGERI PAHANG JABATAN

1. Nama Projek KIK/ Inovasi : KAEDAH N.I.B.T (Nyanyi, Ingat ,Baca, Tulis) HURUF

2. Ringkasan Projek KIK/ Inovasi (maksimum 500 patah perkataan)

Kaedah N.I.B.T (Nyanyi, Ingat, Baca, Tulis) Huruf merupakan satu inovasi yang telah dibangunkan untuk membantu murid-murid prasekolah, pemulihan dan pendidikan khas dalam menguasai kemahiran mengenal dan menulis huruf dengan cara yang betul melalui pendekatan didik hibur. Penguasaan kemahiran mengenal huruf bukanlah satu perkara yang boleh dianggap remeh. Murid yang tidak celik huruf akan menimbulkan masalah untuk mereka menguasai kemahiran membaca.

Bermula tahun 2010, program LINUS yang memberi fokus kepada kemahiran literasi dan numerasi, telah dilaksanakan kepada murid Tahun Satu yang tidak melepasi Ujian Saringan. Selepas enam tahun dilaksanakan, didapati masih terdapat murid-murid yang gagal menguasai dua konstruk asas literasi. Kumpulan murid ini digolongkan sebagai murid LINUS tegar dan mereka perlu mengikuti kelas pemulihan LINUS. Saya mendapati masalah ini perlu diatasi bermula di peringkat prasekolah lagi.

Mengapa huruf sukar dipelajari oleh kanak-kanak yang lambat?

Penyataan masalah berikut menerangkan kenapa masalah ini berlaku:

• Kanak-kanak tidak dapat membezakan dengan tepat huruf-huruf kecil yang hampir

sama bentuknya seperti huruf (a,e,c,o), (b,d,p,q), (r,u,n,m), (t,f), (i,j), (v,w). • Keliru dengan huruf yang mempunyai sebutan bunyi yang hampir sama seperti

huruf (a,e), (b,d), (f, h, s), (g,j), (m,n)

• Kanak-kanak menulis huruf dengan cara dan urutan yang tidak betul .

SEKSYEN KUALITI DAN INOVASIUNIT KORPORATPEJABAT SETIAUSAHAN NEGERI PAHANG

Ruj. Surat: SUK. PHG/KORP.009/7,03.3JLD.10( )

LAMPIRAN 1

BORANG MAKLUMAT PROJEKKIK/ INOVASI

JABATAN / AGENSI : SEK. KEB PERMATANG BADAK, KUANTAN.

NAMA KUMPULAN KIK : SEKTOR AWAM (INDIVIDU)

Page 2: habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2082-kaedah-nibt... · Web viewSEKSYEN KUALITI DAN INOVASI UNIT KORPORAT PEJABAT SETIAUSAHAN NEGERI PAHANG JABATAN

• Kanak- kanak tidak berminat belajar huruf dengan kaedah konvensional.

CARA PENYELESAIAN

1) 26 huruf (a hingga z) dikategorikan kepada 6 kumpulan huruf yang mempunyai persaman bentuk. (berasaskan teori Bruner & Piaget). Huruf-huruf disusun mengikut turutan tertentu berkonsepkan ansur maju.

2) Kad gambar disediakan untuk setiap kumpulan huruf di atas . Bertujuan mengaitkan huruf dengan bentuk-bentuk objek di persekitaran murid. (Teori Piaget)

3) Mencipta lirik lagu untuk setiap kumpulan huruf (6 buah lagu). Lirik yang dicipta menggambarkan cara menulis huruf yang betul dan sebutan nama huruf yang tepat dan jelas.

4) Membuat rakaman lagu ( muzik & vokal)5) Menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut langkah-langkah yang telah

ditetapkan.

CONTOH PENGENDALIAN (UNTUK KUMPULAN HURUF PADA KAD 1)Langkah: -Perkenalkan huruf yang terdapat pada kad huruf 1 (ceoags) -Kaitkan setiap huruf dengan gambar objek pada kad gambar 1 -Nyanyikan mengikut lirik seperti di bawah sambil membuat pergerakan anggota badan

Page 3: habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2082-kaedah-nibt... · Web viewSEKSYEN KUALITI DAN INOVASI UNIT KORPORAT PEJABAT SETIAUSAHAN NEGERI PAHANG JABATAN

(seperti bentuk huruf). Nyanyikan beberapa kali. -Jalankan pelbagai aktiviti bertulis sebagai pengukuhan* Setiap kad dijalankan selama seminggu. Oleh itu, program ini hanya dijalankan selama 6 minggu untuk murid megenal dan menulis kesemua huruf dengan tepat.* Sekiranya masih terdapat murid yang belum mengenali huruf-huruf tertentu dalam tempoh ini, guru akan mengambil tindakan susulan dengan mengadakan bimbingan secara individu selepas habis program ini dijalankan.

Minggu kedua di teruskan dengan kad kedua yang mengandungihuruf (b d p q)Minggu ketiga - Kad huruf 3 iaitu (r n m u y h)Minggu keempat- Kad huruf 4 iaitu (l t f k)Minggu kelima - Kad huruf 5 iaitu (I dan j)Minggu keenam – Kad huruf 6 iaitu ( v w x z)

3. Kumpulan Sasaran dan Skop Liputan :

Semua kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 6 tahun :PRASEKOLAH, KEMAS, PERPADUAN, SWASTA, PASTI, TASKA (umur 3+) dan lain-lain agensi yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.

Murid Kelas Pemulihan dan Pendidikan Khas.

Murid Tahap 1 sekolah rendah ( terdapat juga murid Tahap 2 yang memerlukan program ini)

Jurulatih LINUS & Guru-Guru yang terlibat dengan mengajar murid di atas.Program ini telah dijalankan meliputi murid dan guru-guru di beberapa sebuah negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

4. Objektif

Kaedah NIBT Huruf diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan kanak-kanak:

Page 4: habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2082-kaedah-nibt... · Web viewSEKSYEN KUALITI DAN INOVASI UNIT KORPORAT PEJABAT SETIAUSAHAN NEGERI PAHANG JABATAN

• Kanak-kanak dapat membezakan dengan tepat huruf-huruf kecil yang hampir sama bentuknya seperti huruf (a,e,c,o), (b,d,p,q), (r,u,n,m,y,h), (t,f), (i,j), (v,w). • Dapat menyebut bunyi huruf yang hampir sama seperti huruf (a,e), (b,d), (f, h,

s), (j,g),(m,n).

• Kanak-kanak menulis huruf dengan cara dan urutan yang betul . • Kanak- kanak berminat belajar huruf. •

5. Kreativiti• Bahan inovasi ini mempunyai kreativiiti yang tinggi. Ianya dihasilkan melalui

penjanaan buah fikiran bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan murid pada usia awal untuk belajar.Ia bertindak sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Penggunaan kaedah didik hibur (nyanyian dan pergerakan) berjaya meningkatkan daya ingatan murid untuk mengingat. Lirik lagu yang berkesan dicipta dan melaluinya murid mampu mengingat nama-nama huruf dengan tepat seterusnya boleh menulis huruf dengan cara yang betul. Dua kemahiran penting ini secara terus dapat dikuasai melalui lagu yang dinyanyikan. Melalui kreativiti yang tinggi dalam kaedah ini, ia berjaya menjimatkan masa murid untuk mengenal dan menulis huruf kerana kedua-dua kemahiran ini diajar serentak melalui lagu dan pergerakan anggota badan.

6. Keberkesanan

Keberkesanan aktiviti nyanyian dalam program ini tidak dapat disangkal. Kajian lepas juga membuktikan bahawa nyanyian dapat meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak seterusnya membantu ke arah peningkatan pengajaran dan pembelajaran.. Menurut Dewey (1966) pembelajaran melalui kaedah nyanyian dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman kepada pelajar tentang masalah yang cuba dihuraikan.Murid turut memberikan maklumat dengan aktif melalui nyanyian, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu.

Merupakan program 2 dalam 1 iaitu murid dapat menguasai sekali gus 2 kemahiran (menyebut huruf dengan tepat dan menulis huruf dengan cara dan urutan yang betul) melalui lagu yang dinyanyikan serta pergerakan anggota badan yang dilakukan serentak

Murid yang lemah, akan menyanyi terlebih dahulu bagi menentukan nama huruf-huruf yang tidak diketahui.

Murid yang lemah, akan menyanyikan lagu untuk menulis huruf dengan cara yang betul.

Keberkesanan dapat dilihat melalui pencapaian murid setelah menggunakan program ini. Di dapati murid dapat menguasai huruf dan tulisan dengan amat cemerlang dalam tempoh empat hingga enam minggu sahaja (bagi murid sederhana hingga cemerlang).

Manakala murid yang lambat, mereka mengambil masa antara 2 hingga 3 bulan. Ini menunjukkan peningkatan yang amat baik berbanding sebelum program

Page 5: habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2082-kaedah-nibt... · Web viewSEKSYEN KUALITI DAN INOVASI UNIT KORPORAT PEJABAT SETIAUSAHAN NEGERI PAHANG JABATAN

digunakan.

Bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta wujudnya kesesuaian bahan yang dibina, maka beberapa teori telah diambil kira dan dijadikan asas dalam kajian ini. Di antara teori-teori yang digunakan ialah Teori Perkembangan Kognitif Piaget, Teori Kognitif David Ausubel, , Teori Sosiobudaya, Vygotsky, TeoriKonstruktivisme,Teori Kecerdasan Pelbagai dan Teori Pembelajaran Robert M. Gagne.

7. Relevan

• Program ini sangat relevan dengan naluri kanak-kanak yang memerlukanpembelajaran yang santai, menghiburkan tanpa tekanan.Pendekatan nyanyian dan pergerakan yang digunakan memenuhi cita rasa kanak-kanak di peringkat prasekolah terutamanya murid yang lemah dan perlukan perhatian.

• Huruf-huruf yang dikategorikan mengikut bentuk yang hampir sama amat relevan digunakan. Pembelajaran huruf melalui kumpulan- kumpulan kecil seperti ini dapat memudahkan murid yang lambat untuk mengingat dan mengikuti pembelajaran sebaik mungkin.

• Manakala pergerakan kreatif anggota badan mereka semasa menyanyi juga merupakan salah satu unsur yang dapat membantu ke arah meningkatkan daya ingatan. Melalui kajian yang dijalankan, di dapati kaedah ini dapat mempertingkatkan emosi, sosial, intelek dan bahasa kanak-kanak (Prescott, 2005). Kajian oleh Dewey (1966), menunjukkan bahawa pembelajaran melalui kaedah nyanyian dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Murid turut memberikan maklumat dengan aktif melalui nyanyian, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang diasimilasi dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut.

8. Signifikan

• Program yang sangat signifikan untuk murid-murid yang lemah dan lambat menguasai huruf.

• Pendekatan didik hibur (muzik dan pergerakan) yang digunakan memberi tindak balas yang sangat berkesan ke atas ingatan dan emosi murid.

• Aktiviti yang melibat perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial secara seimbang.

• Pembangunan bahan yang mendasari beberapa teori perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak membolehkan program ini mudah difahami dan diikuti dengan sempurna .

Page 6: habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2082-kaedah-nibt... · Web viewSEKSYEN KUALITI DAN INOVASI UNIT KORPORAT PEJABAT SETIAUSAHAN NEGERI PAHANG JABATAN

• Pelaksanaan aktiviti yang mematuhi Amalan Bersesuaian dengan Kanak-Kanak (ABP).

9. Pencapaian

Pencapaian Murid

• Pencapaian murid yang sangat cemerlang dapat dilihat setelah innovator menggunakan bahan ini di sekolah sendiri.

Dapatan dari analisis data selama tiga tahun berturut- turut (2014 – 2016) di dapati 100% murid dapat mengenal huruf dan menulis huruf dengan cara yang betul.

• PENCAPAIAN KESELURUHAN KENALHURUFMURID PRASEKOLAH DI NEGERI PAHANG (TERMASUK MURID ASLI) Tahun 2014 : 93.0 % Tahun 2015 : 91.4% Tahun 2016 : 94.0%

Sumber : Sektor Pengurusan Akademik, JPN Pahang (Oktober 2016).

Turut membantu murid OKU (masalah pembelajaran)- megenal huruf Murid Pemulihan -mengenal dan menulis huruf

Pencapaian Murid di Sarawak Berikut adalah jumlah kelas prasekolah yang menggunakan program inovasi NIBT HURUF di Sarawak

Page 7: habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2082-kaedah-nibt... · Web viewSEKSYEN KUALITI DAN INOVASI UNIT KORPORAT PEJABAT SETIAUSAHAN NEGERI PAHANG JABATAN

HASIL DAPATAN / IMPAK PENCAPAIAN MURID DI SARAWAK

BIL UMUR JUMLAH BILANGAN MENGUASAI HURUF A – Z SELEPAS NIBT

BIL. BELUM MENGUASAI HURUF A – Z SELAPAS NIBT

1. 4+ 490 318 (64.89%)

172 (35.10%)

2 5+ 953 767 (80.48%)

186 (19.51%)

Jumlah 1443

Di dapati murid yang berumur 5 tahun, sangat cemerlang mengikuti program ini.

Pencapaian Inovasi

Penghargaan - Perkongsian Kaedah Nibt Huruf :• Sabah & Sarawak (Guru Pemulihan, Linus &Prasekolah) – sangat membantu murid-

murid yang lambat terutama murid di pedalaman (Daerah Lundu, Bintulu). Kaedah Nyanyian yang digunakan berjaya menarik minat mereka untuk belajar dan hadir ke sekolah dengan

• bersemangat.• Pahang, Selangor, Terengganu, N9 Dll (Guru-Guru Prasekolah KPM, Kemas, Swasta,

Jpnin&Majlis Agama Islam).

Bil. PPD Jumlah Prasekolah 2015

1 PPD KUCHING 25

2 PPD PADAWAN 28 3 PPD BAU 20 4 PPD SAMARAHAN 25 5 PPD SIMUNJAN 20 6 PPD LUNDU 15 7 PPD SERIAN 20

JUMLAH 153 buah 2016

1 SRI AMAN 23 2 BETONG 10 3 LUBOK ANTU 10 4 SARATOK 10 5 SIBU 30 6 SARIKEI 10 7 KANOWIT 10 8 BINTULU 20 9 MIRI 30

JUMLAH 153 buah

Page 8: habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2082-kaedah-nibt... · Web viewSEKSYEN KUALITI DAN INOVASI UNIT KORPORAT PEJABAT SETIAUSAHAN NEGERI PAHANG JABATAN

• UjiRintisKaedah NIBT di 2 BuahTaska&Tadika Di Sarawak & Pahang• Pameran dan Bengkel untuk Guru- Guru Pendidikan Khas dan Pemulihan Daerah

Kuantan.

Pembentangan Kertas Kerja & Tesis• Pembentangan Kertas Kerja Kajian (Nibt Huruf) - Peringkat Antarabangsa 2015.• Pembentangan Jurnal Kajian Di Seminar Peringkat Kebangsaan, Ncdrc, Upsi, 2015.• Pembentang Kertas Kerja -Persidangan Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2013.• Menghasilkan Tesis Peringkat Sarjana (Kaedah yang sama untuk Huruf Jawi)

Anugerah&Pengiktirafan• Anugerah Johan Guru Inovatif Negeri Pahang 2005, 2012 & 2014. • Anugerah Naib Johan Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan 2014.• Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun2000 & 2009. • Anugerah Guru Cemerlang 2011.• Anugerah Permata Prasekolah, Peringkat Daerah, 2010. • Anugerah Mutiara Prasekolah, Peringkat Negeri, 2011. • Anugerah Jasa Bakti Prasekolah, Peringkat Daerah, 2012. • Johan Kecemerlangan Prasekolah Peringkat Negeri Pahang 2009. • Prasekolah Terbilang Negeri Pahang 2011 • Anugerah Prasekolah Kualiti Peringkat Negeri Pahang 2013 • Johan Kecemerlangan Prasekolah Peringkat Negeri Pahang 2014, 2015 (Kategori Luar Bandar).

Anugerah Terkini: Johan Kategori SektorAwam Pahang, Anjuran SUK Pahang ( 2016) Johan High Impact Inovation : Cabaran Inovasi Inklusif (2016), Pantai Timur. (Kategori Sektor Awam: Individu)