lampiran b -...

30
Page 1 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M) LAMPIRAN B Tajuk Projek: Sistem Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (SPPA1M) Bahagian/Jabatan/Agensi: Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Kategori: ICT SEKSYEN 1: PENGENALAN PROJEK Sinopsis Projek: (tidak melebihi 150 patah perkataan) Sistem Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (SPPA1M) telah melakar sejarah inovasi negara apabila pembangunan sistem iaitu 5 dari 14 modul/fungsi hanya mengambil masa 19 hari (bermula 1 Ogos 2015) untuk dibangunkan dan dionline terus kepada pengguna pada 19 Ogos 2015. PPA1M adalah skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Oleh itu, program ini dilaksanakan untuk membantu penjawat awam membeli/memiliki rumah berkualiti di lokasi strategik dengan harga rendah daripada harga pasaran. SPPA1M dibangunkan bertujuan untuk memastikan pengurusan projek PPA1M khususnya permohonan unit rumah sehingga penawaran & pemilikan diurus secara atas talian, real time, berkesan dan telus. Signifikan projek ini adalah bagi memenuhi keperluan stakeholder yang mensasarkan 100,000 unit rumah PPA1M menjelang 2018 dapat dicapai dengan SPPA1M sebagai medium utama antara rakyat, swasta dan pengurusan PPA1M. SPPA1M memberi impak kepada keberkesanan perlaksanaan RMK11 yang memfokus rakyat umumnya dan sektor perumahan khususnya yang melibatkan 3 pihak yang saling membantu iaitu kerajaan, swasta dan rakyat. Ahli Kumpulan : Suhana Binti Ramly Pegawai Teknologi Maklumat (F44) Saiful Afzan Bin Saari - Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (F29) Mohd Helmi Bin Mohd - Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (F29)

Upload: lexuyen

Post on 21-Apr-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

P a g e 1 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

LAMPIRAN B

Tajuk Projek: Sistem Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (SPPA1M)

Bahagian/Jabatan/Agensi: Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M),

Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Kategori: ICT

SEKSYEN 1: PENGENALAN PROJEK

Sinopsis Projek: (tidak melebihi 150 patah perkataan)

Sistem Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (SPPA1M) telah melakar sejarah

inovasi negara apabila pembangunan sistem iaitu 5 dari 14 modul/fungsi hanya

mengambil masa 19 hari (bermula 1 Ogos 2015) untuk dibangunkan dan dionline

terus kepada pengguna pada 19 Ogos 2015.

PPA1M adalah skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Oleh itu, program ini

dilaksanakan untuk membantu penjawat awam membeli/memiliki rumah berkualiti di

lokasi strategik dengan harga rendah daripada harga pasaran. SPPA1M

dibangunkan bertujuan untuk memastikan pengurusan projek PPA1M khususnya

permohonan unit rumah sehingga penawaran & pemilikan diurus secara atas talian,

real time, berkesan dan telus.

Signifikan projek ini adalah bagi memenuhi keperluan stakeholder yang

mensasarkan 100,000 unit rumah PPA1M menjelang 2018 dapat dicapai dengan

SPPA1M sebagai medium utama antara rakyat, swasta dan pengurusan PPA1M.

SPPA1M memberi impak kepada keberkesanan perlaksanaan RMK11 yang

memfokus rakyat umumnya dan sektor perumahan khususnya yang melibatkan 3

pihak yang saling membantu iaitu kerajaan, swasta dan rakyat.

Ahli Kumpulan :

Suhana Binti Ramly – Pegawai Teknologi Maklumat (F44)

Saiful Afzan Bin Saari - Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (F29)

Mohd Helmi Bin Mohd - Pen. Pegawai Teknologi Maklumat (F29)

P a g e 2 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

SEKSYEN 2: BUTIRAN PROJEK

1. Objektif

SPPA1M mensasarkan objektif memfokus rakyat iaitu penjawat awam seperti

berikut:

Memudahkan rakyat (penjawat awam) memohon unit-unit rumah PPA1M

secara atas talian;

Mentransformasi proses kerja di PPA1M dengan nilai inovasi

pembangunan sistem; merangkumi aspek pengurusan permohonan,

pengundian, penawaran, pemindahan hak milik hartanah, pengurusan

projek pembinaan rumah PPA1M, pengurusan kontraktor dan sebagainya.

Mengoptimumkan pengurusan PPA1M secara atas talian, real time dan

lebih berintegriti melalui satu sistem;

Membantu PPA1M mancapai hasrat kerajaan iaitu sasaran 100,000 unit

rumah disediakan menjelang 2018;

Selaras dengan Pelan Strategik Teknologi Maklumat Sektor Awam

(PSTM) – merakyatkan perkhidmatan digital serta menyahut cabaran

NKEA menuju paperless goverment;

2. Justifikasi/Rasional Pelaksanaan/Penghasilan Projek

a. Digital Goverment Platform - Solusi kaedah pengurusan data secara

konvensional

Berdasarkan pengurusan permohonan oleh agensi pelaksana iaitu

Kementerian Wilayah Persekutuan bagi projek PPA1M Bukit Jalil yang

mengambil masa 4 minggu bagi memproses permohonan dan tambahan 3

minggu bagi proses penawaran dan melibatkan hampir keseluruhan

pegawai bagi tujuan memproses permohonan manual dan mengunci

masuk data ke format Ms. Excel.

Senario ini merupakan justifikasi kepada keperluan pembangunan

SPPA1M yang berinovasi yang tidak mengikut kaedah pembangunan

sistem secara konvensional (perincian dalam tajuk nilai inovasi). Oleh itu,

sistem telah dibangunkan dengan kadar segera (tempoh yang singkat),

bertepatan masa (mula digunakan dari iklan projek pertama rumah

P a g e 3 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

PPA1M) dan sampai kepada golongan sasar iaitu penjawat awam

(rakyat), pemaju (swasta) serta pengurusan eksekutif yang terlibat.

Oleh itu, proses permohonan yang lengkap hingga penawaran adalah

melalui sistem boleh dilaksanakan dalam tempoh 1 hari berbanding 49

hari (7 minggu).

b. Tempoh yang terhad bagi mencapai objektif PPA1M : 100,000 unit

menjelang 2018

Sasaran pihak stakeholder/Kerajaan adalah untuk membina 100,000 unit

rumah PPA1M menjelang 2018. Dengan tempoh pelaksanaan projek yang

singkat iaitu sehingga 2018 dan melibatkan 2 lagi agensi pelaksana (KWP

& PPj) pengurusan manual adalah amat tidak relevan. Oleh itu,

pengurusan yang bersifat holistik dan sistematik adalah amat perlu dan

mendesak. SPPA1M dapat berfungsi sebagai repository data utama yang

melibatkan skop pelaksanaan dan pemantauan; sama ada daripada aspek

pemohon, pemaju, pembangunan projek dan juga peringkat pengurusan

tertinggi.

c. Solusi bagi pertindihan penawaran

Dasar PPA1M adalah hanya satu unit rumah bagi satu isirumah. Oleh itu,

sebagai agensi pelaksana dan pemantau pelaksanaan projek PPA1M,

solusi yang segera mesti dibangunkan bagi mengelakkan pertindihan

penawaran antara agensi pelaksana iaitu PPj dan KWP. SPPA1M

merupakan medium utama bagi bagi mengelakkan pertindihan tawaran

oleh PPA1M sendiri dan juga semakan silang antara agensi pelaksana

bagi mengatasi pertindihan penawaran antara agensi.

d. Menjamin Kelestarian Sistem Penyampaian

Bagi memastikan sasaran tercapai dengan kekangan sumber manusia

yang amat terhad, pembangunan sistem adalah amat mendesak bagi

memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan tidak terjejas. Ini

kerana pada peringkat awal pelaksanaan skim PPA1M, perjawatan adalah

seramai 10 orang dengan terdiri dari pelbagai gred. Oleh itu, SPPA1M

P a g e 4 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

berfungsi memastikan unit rumah PPA1M dapat diiklankan seterusnya

memastikan permohonan oleh pembeli tidak terjejas.

3. Deskripsi Projek

SPPA1M merupakan projek ICT berskala besar yang memberi impak tinggi kepada

kerajaan serta memfokus golongan sasar iaitu penjawat awam. Oleh itu, projek ini

perlu dibangunkan dengan kadar segera bagi memastikan permohonan dan

penawaran unit rumah dapat dilaksanakan. Oleh itu, 5 modul dari 14 modul

mengambil 19 hari untuk dibangunkan dan di’live’kan. Permohonan pertama juga

diterima pada hari yang sama seperti di Gambar berikut:

Permohonan pada hari pertama sistem di’live’kan

SPPA1M mempunyai 4 skop utama iaitu Pembangunan sistem; Migrasi data;

Integrasi sistem dan Infra.

a. Pembangunan Sistem

Secara ringkasnya SPPA1M mempunyai 14 fungsi/modul. Fasa 1 yang melibatkan 5

modul yang amat kritikal telah dibangunkan dalam tempoh 19 hari iaitu;

i. Portal PPA1M

ii. Modul Pentadbir

iii. Modul Pemaju

iv. Modul Permohonan

v. Modul Pengurusan Projek

Permohonan pada hari

pertama sistem ‘live’

P a g e 5 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

Manakala Fasa 2 melibatkan 9 fungsi/modul iaitu:

vi. Modul Pengurusan Permohonan

vii. MySMS 15888

viii. Android dan IOS

ix. Modul Laporan

x. Dasboard

xi. Kaji Selidik

xii. Fungsi Pemetaan Lokasi

xiii. Modul Simulasi

xiv. Modul Pengurusan Tender

Pengguna utama sistem ini adalah pemohon/pembeli iaitu penjawat awam, urusetia

(pegawai PPA1M) dan juga pemaju (swasta).

b. Migrasi Data

Migrasi Data melibatkan data pembeli bagi projek PPA1M Bukit Jalil yang

diuruskan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Skop ini bagi memastikan

pertindihan tawaran dapat dielakkan oleh PPA1M semasa membuat tawaran

bagi projek PPA1M yang lain. Migrasi juga dijalankan terhadap data-data

permohonan manual yang telah dihantar oleh pemohon semasa sistem ini

diperingkat perancangan sedang dijalankan.

c. Integrasi Sistem

Bagi menyokong aplikasi perdana yang telah disediakan oleh MAMPU,

SPPA1M diintegrasikan dengan aplikasi MyGovMobile & 1Govuc.

Sistem ini juga diintegrasi dengan aplikasi Google Map dengan tujuan pemetaan

lokasi dengan lebih tepat. SPPA1M juga diintegrasikan dengan sistem

Perbadanan Putrajaya (PPj) bagi perkongsian data secara dua hala bagi tujuan

semakan silang serta mengelakkan pertindihan penawaran.

d. Infra

Perkakasan utama bagi SPPA1M ditempatkan di PDSA MAMPU Putrajaya.

Selaras dengan Dasar Keselamatan ICT infra bagi SPPA1M mempunyai back

up secara warm site dan DR di lokasi lain (lokasi cadangan MAMPU masih

dalam proses naik taraf)

P a g e 6 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

4. Kaedah Pembangunan/Pelaksanaan Projek (nyatakan juga sama ada

projek dibangunkan /dilaksanakan secara dalaman atau luaran):

SPPA1M dibangunkan secara outsource dengan tempoh projek setahun

bermula 31 Julai 2015 hingga 29 Julai 2016 dengan kos sebanyak

RM2,349,623.00. Bagaimanapun bagi mempercepatkan proses

pembangunan, PPA1M telah mengambil iniasitif untuk menetapkan keperluan

pengguna secara umum tanpa menunggu projek ini diawardkan kepada

mana-mana syarikat.

P a g e 7 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

5. Carta Perbatuan: sehingga 19 April 2016 adalah seperti berikut:

M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

Pembangunan Sistem Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (SPPA1M)

Fasa 1.

a. Portal PPA1M

b. Modul Pentadbir

c. Modul Permohonan

d. Modul Pemaju

e. Modul Pengurusan Projek

f. Modul Kaji Selidik (tambahan)

Ujian Awal Penerimaan Pengguna (UAT), Ujian Penerimaan Bersyarat

(PAT) dan Ujian Akhir Penerimaan Pengguna (FAT) Siri 1

Modul terlibat:

a. Portal PPA1M

b. Modul Pentadbir

c. Modul Permohonan

d. Modul Pemaju

e. Modul Pengurusan Projek

f. Modul Kaji Selidik

Penyediaan dan penyerahan Laporan UAT, PAT dan FAT Siri 1

Perbincangan Integrasi antara PPA1M bersama PPj.

Kajian Keperluan Sistem (SRS) fasa 2 (Proses selepas permohonan)

Bagi Modul :

a. Modul Pengurusan Permohonan

b. Modul Pengurusan ProjekKajian Keperluan Sistem (SRS) Fasa 3

Bagi Modul :

a. Modul SMS15888

b. Modul Pemetaan Lokasi

c. Modul Pengurusan Bank Tanah

d. Modul Pengurusan Tender

e. Modul Integrasi

Pembentangan dan penyerahan dokumen SRS SPPA1M Fasa1

Penghantaran Perkakasan (Notebook dan iPad)

Komputer Riba Toshiba - P50T-BB2C ( 3 Unit )

iPad Mini 3 Retina ( 3 Unit )

JulaiBil. Perkara

2015

Mesyuarat Kick-Off Projek

Kajian Keperluan Sistem (SRS) fasa 1

Modul terlibat:

a. Portal PPA1M

b. Modul Pentadbir

c. Modul Permohonan

d. Modul Pemaju

Perbincangan data migrasi bersama KWP

Perbincangan Integrasi antara PPA1M bersama MAMPU (SMS 15888)

2016

Ogos September Oktober November Disember Januari Februari Mac April Mei Jun

Tarikh baru diberi PPjselepas perbincangan

pada 11/11/2015

P a g e 8 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4

13

14

15

16

17

18

19

20

21

Penyempurnaan Pembangunan Sistem Perumahan Penjawat Awam

1Malaysia (SPPA1M) Fasa 2 :

a. Modul Pengurusan Permohonan PPA1M

b. SMS 15888

c. Modul Pemetaan Lokasi

d. Modul Pengurusan Bank Tanah

e. Modul Pengurusan Tender (tender kontraktor pembinaan rumah)

f. Modul Kemudahan capaian melalui Android dan IOS.

g. Dashboard PPA1M

h. Modul Integrasi

i. Modul Laporan.

Penghantaran, Pemasangan & Pengujian Perkakasan:

a. Load Balancer - Intel Dual Core ( 1 Unit )

b. Application Server - HP DL380p Gen9, US, 2014 ( 4 Unit )

c. Database Server - HP DL380p Gen9, US, 2014 ( 4 Unit )

d. Development Server - HP DL380p Gen8, US, 2014 ( 1 Unit )

e. SAN Storage Management Appliance - HP DL380p Gen9, US, 2014 ( 1

Unit )

f. SAN Storage - HP 3PAR StoreServ 7400c Storage ( 1 Unit )

g. SAN Switch - 24 port ( 2 Unit )

Pemasangan & Pengujian Perisian

1. Nginx HTTP Server 1.6

2. MongoDB Enterprise

3. Ubuntu Server 14.10

4. XcubeBI

Ujian Awal Penerimaan Pengguna (UAT) Fasa 2

Penyediaan dan penyerahan Laporan UAT Fasa 2

Ujian Akhir Penerimaan Bersyarat (PAT) keseluruhan modul

Migrasi data dan data entry

a. Kementerian Wilayah Persekutuan

Data Entry

a. Data dari pemaju Landmark

b. Data yang perlu dimasukkan sepanjang tempoh kontrak

Integrasi data

a. MySMS

b. Google Maps

c. Perbadanan Putrajaya

Penyediaan dan penyerahan Laporan Integrasi dan Migrasi Data

Mei Jun JulaiNovember Disember Januari Februari Mac AprilBil. Perkara

2015 2016

Ogos September Oktober

P a g e 9 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

Secara keseluruhannya SPPA1M adalah mnendahului jadual kerana sistem ini telah pun digunakan bermula 19 Ogos 2015.

M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

Petunjuk :

Tarikh Baru

Pelaksanaan Sebenar

Latihan berikut perlu diselesaikan pada/sebelum:-

a. Latihan Pengguna Kakitangan JPM

b. Latihan Pengguna Eksekutif JPM

c. Latihan Pengguna Wakil Pemaju

d. TOT Latihan Teknikal (Aplikasi)

e. TOT Latihan Teknikal (Senggaraan Aplikasi)

Penyediaan dan penyerahan Laporan Penilaian Latihan

Penyerahan Laporan Penutupan Projek (Project Closure Report)

Perancangan Asal

Penyediaan dan penyerahan Laporan PAT

Ujian Akhir Penerimaan Pengguna (FAT) keseluruhan modul dan

penyerahan laporan

Penyediaan dan penyerahan Manual Pengguna Akhir (End User Manual)

Penyediaan dan penyerahan Manual Pentadbir Sistem (Administrator

Manual)

Dokumen Operasi (Operation Manual & SOP)

Dokumen Pangkalan Data (ERD & Data Dictionary)

Dokumen Keperluan Migrasi & Integrasi

Dokumen Teknikal (Technical Document)

Manual System Backup & Recovery Plan

Security Posture Assessment SPA

Mei Jun JulaiNovember Disember Januari Februari Mac AprilBil. Perkara

2015 2016

Ogos September Oktober

- Satu sesi TOT bersama PPA1M telah dijalankan

P a g e 10 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

6. Output Projek:

6.1. Keberkesanan Penyampaian Perkhidmatan.

Keberkesanan sistem ini meliputi akses pengguna tanpa sempadan.

Pemohon dapat menyelesakan permohonan dalam tempoh 1 hari atau

beberapa minit bergantung kepada kecekapan mengisi maklumat.

Peningkatan sesi bagi transaksi adalah amat jelas semasa pembukaan projek

baru yang diiklankan oleh pihak PPA1M di portal sehingga kini. Sesi tersebut

boleh dilihat pada rekod Google Analytics yang telah mencapai 50,000 dalam

tempoh 4 bulan bermula Januari 2016 hingga April 2016 seperti berikut:

Jumlah rekod Google Analytics mengikut bulan bermula Januari 2016

hingga April 2016

Proses pemilihan, pengundian, tawaran, pengesahan terima atau tolak

tawaran dapat dilaksanakan dalam 1 hari atau pada hari yang sama.

Walaupun pelaksanaan sistem ini masih baru (bermula 19 Ogos 2015),

pencapaian SPPA1M sehingga 21 April 2016 (9 bulan pelaksanaan dari

sistem dilivekan) adalah, 21 projek PPA1M telah diiklankan yang melibatkan

6,150 unit rumah dengan jumlah jumlah keseluruhan pemohon 29,325.

Manakala pengunjung portal pada tahun 2016 dari rekod Google Analytics

adalah 174,038 seperti gambar di bawah:

P a g e 11 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

6.2. Digital Goverment

SPPA1M dibangunkan selaras dengan halatuju strategik ICT sektor awam ke

arah Digital Goverment. Proses permohonan, pengundian, penawaran dan

pemilikan adalah secara atas talian tanpa perlu menghantar dokumen

sokongan secara hardcopy. Berbanding agensi pelaksana yang lain,

permohonan masih bergantung kepada hardcopy.

Bagi pengguna yang tidak mempunyai email atau smartphone, sistem

berupaya memastikan penggunaan menyeluruh dengan medium SMS15888

iaitu penggunaan aplikasi perdana MyGovMobile bagi tujuan penghantaran

kata laluan dan notifikasi tawaran.

Pemantauan projek bagi pembinaan rumah oleh urusetia PPA1M adalah

secara atas talian. Pihak pemaju akan mengemaskini status projek melalui

modul pemantauan projek dan memuatnaik dokumen/gambar projek tanpa

perlu menghantar dokumen hardcopy dengan pengesahan oleh urusetia.

Proses ini dapat menjimatkan masa urusetia untuk memantau status

kemajuan projek PPA1M.

6.3. Pemetaan lokasi

Pemohon dapat melihat dengan tepat lorekan lokasi atau koordinat projek

PPA1M melalui integrasi SPPA1M dengan Google Map seperti berikut:

P a g e 12 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

Maklumat pemetaan lokasi ini boleh dijadikan sebagai perkongsian pintar maklumat

antara agensi kerajaan yang berminat.

6.4. Peluasan sistem bagi modul pengurusan tender dan modul simulasi.

Modul Pengurusan Tender dalam SPPA1M telah dibangunkan dan boleh

digunapakai oleh mana-mana agensi yang menjalankan proses tender Request For

Proposal (RFP) dan Request For Info (RFI) (bagi penilaian proposal tender oleh

pemaju) tanpa melibatkan kos. Kaedah kriteria dan pemarkahan yang dinamik

membolehkan modul ini dikongsi dengan agensi lain yang memerlukan jika

menjalankan fungsi yang sama dengan PPA1M.

Begitu juga modul simulasi pengiraan bagi GDV dan GDC bagi mendapatkan kos

rumah yang boleh dijual berbanding kos cadangan pemaju. Tujuan modul ini untuk

mengelakkan ketidakjelasan perbezaan harga oleh pemaju dan menjustifikasi harga

sebenar yang diinginkan oleh kerajaan. Inovasi modul ini wajar diberikan kredit

dalam pembangunan sistem sektor awam.

P a g e 13 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

SEKSYEN 3: KESAN INOVASI

1. Kecekapan Projek

Kecekapan dan keberkesanan projek ini dapat dilihat dari aspek berikut:

1.1. Transformasi sistem penyampaian kerajaan

Kaedah agensi pelaksana sebelum ini bagi projek PPA1M, mengambil masa

4 minggu untuk kunci masuk data dan 3 minggu untuk pemprosesan dan

tawaran (tidak termasuk urusan penerimaan dan penolakan rumah) serta

melibatkan ramai kakitangan kementerian bagi tujuan data entry. SPPA1M

telah membuktikan penjimatan masa, tenaga serta peningkatan produktiviti

bagi urusan permohonan yang lengkap dapat diselesaikan dalam tempoh 1

hari. Begitu juga urusan pemilihan, pengundian, penawaran, penerimaan dan

penolakan tawaran juga mengambil masa satu hari.

1.2. Lonjakan pencapaian PPA1M

Walaupun SPPA1M masih dalam fasa terakhir pembangunan, pencapaian

terkini (9 bulan pelaksanaan) bermula 19/8/2015 hingga hari ini 21/4/2016

adalah sebanyak 22 projek PPA1M telah diiklan yang melibatkan 6,150 unit

rumah dan 21,424 permohonan serta 29,605 jumlah pemohon berdaftar

dalam sistem seperti dalam gambar di bawah.

Jumlah pemohon didalam Sistem Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

Jumlah pemohon

P a g e 14 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

2. Impak:

SPPA1M nyata memberi impak yang sangat positif seperti berikut:

2.1. Impak terus kepada golongan sasar serta relevan kepada rakyat,

swasta dan kerajaan.

a. Impak kepada penjawat awam

Pelaksanaan projek PPA1M adalah selaras dengan Agenda Nasional

pada Pembentangan Bajet 2016 bahawa 100,000 unit rumah PPA1M

yang akan dibangunkan khas kepada penjawat awam mengikut syarat-

syarat yang ditetapkan.

Sehingga 21 April 2016 SPPA1M dan portal telah menguruskan

sebanyak 6,150 unit rumah yang telah diiklan dan dibuka untuk

permohonan kepada Penjawat awam (rakyat). Manakala capaian

pemohon melalui Google Analytics telah mencapai 174,038 sesi dalam

tempoh 4 bulan pertama pada tahun 2016 seperti dalam gambar

berikut:

Sesi capaian telah mencecah 174,083

Pencapaian yang tinggi dan produktif ini adalah hasil dari SPPA1M dan

portal yang sangat user friendly, rekabentuk yang lebih moden dari

segi User Interface (UI) dan User Experience (UX) serta paparan pula

adalah real time tanpa perlu menekan butang refresh.

P a g e 15 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

b. Relevan kepada pemaju (swasta)

Peranan pemaju dalam dalam membantu PPA1M mencapai target

adalah amat relevan kerana berperanan sebagai pembekal/penyedia

rumah melalui medium SPPA1M kepada rakyat. Dari sudut lain pula,

program PPA1M ini bukan sahaja memfokus rakyat (penjawat awam)

tetapi juga memfokus sektor swasta iaitu pemaju. Program ini dapat

dilihat sebagai membantu industri Perumahan negara, pembinaan dan

pertumbuhan ekonomi secara kerjasama awam swasta.

c. Kerajaan

PPA1M merupakan iniasitif khusus kerajaan kepada kumpulan sasar

iaitu penjawat awam. Program ini dapat menjadi contoh model skim

rumah yang berkesan melalui pendekatan kerjasama kerajaan dan

swasta. Membantu menjadi perintis / penggerak BKJ (Bina Kemudian

Jual) di negara ini,

Kerajaan juga bertindak mengurus, menyelia, mempromosi, memantau

permohonan dan pembelian rumah PPA1M melalui SPPA1M. Dengan

sokongan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA),

pembelian rumah juga adalah menjadi lebih terjamin.

PPA1M merupakan kolabrasi pelbagai agensi di sektor awam, badan

berkanun dan swasta. Kejayaan program PPA1M adalah kejayaan

bagi semua sektor di negara ini.

2.2. Impak kepada pengurusan projek PPA1M

Berdasarkan kelulusan oleh Jawatankuasa Khas PPA1M yang

dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), sehingga Mac 2016

sebanyak 62,744 unit rumah iaitu 62.74% telah diluluskan dan sedang dalam

proses untuk diiklan kepada pemohon. Sasaran unit rumah yang ditarget

pada tahun ini adalah 48% dari jumlah keseluruhan unit 100,000 (100%) Ini

bermakna, bagi suku tahun pertama 2016 sasaran tahunan telah melebihi

target unit ini hasil dari SPPA1M yang membantu proses kerja di PPA1M.

P a g e 16 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

2.3. Pelbagai Saluran Penyampaian

Keberkesanan sistem ini meliputi akses pengguna tanpa sempadan.

Peningkatan sesi bagi transaksi adalah amat jelas semasa pembukaan projek

baru yang diiklankan oleh pihak PPA1M. Sesi tersebut boleh dilihat pada

rekod Google Analytics yang menunjukkan peningkatan jumlah sesi

pengguna seperti di gambar berikut:

Jumlah sesi pengguna mengikut bulan bagi tahun 2016

Bagaimanapun bagi pengguna yang tidak mempunyai email atau

smartphone, sistem berupaya memastikan penggunaan menyeluruh dengan

medium SMS15888 iaitu penggunaan aplikasi perdana MyGovMobile bagi

tujuan penghantaran kata laluan dan notifikasi tawaran.

2.4. Potensi perluasan sistem

Simulasi pengiraan GDV dan GDC memberikan nilai tambah kepada projek

ini apabila sebarang cadangan oleh pemaju sama ada aspek harga,

keuntungan yang ingin diperolehi dan jenis rumah, dapat disimulasikan

dengan tepat melalui sistem bagi mendapatkan harga sebenar yang boleh

dijual kepada Penjawat awam. Kaedah ini dapat mengawal harga rumah yang

akan dijual. Simulasi ini adalah memberi inovasi baru dalam pengurusan

pengawalan harga rumah di sektor awam khususnya

3. Nilai Inovasi:

3.1. Unik, Kreatif & Inovasi Penggunaan Method Agile

Pembagunan 5 modul dari 14 modul Sistem Perumahan Penjawat Awam

1Malaysia (SPPA1M) mengambil masa yang singkat untuk dibangunkan dan

di’live’kan iaitu 19 hari. Method agile diaplikasikan melalui pengumpulan

keperluan, membuat paparan pengguna (UI), membuat back-end,

P a g e 17 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

memaparkan hasil kepada pengguna secara terus, memperbetulkan flow jika

ada dan terus release kepada umum sekiranya memenuhi spesifikasi. Method

agile ini amat lebih sesuai berbanding method tradisional atau waterfall

kerana walaupun projek masih dalam tempoh pembangunan, pengguna

sudah boleh mengakses secara atas talian. PPA1M merupakan perintis

penggunaan teknologi ini di sektor awam khususnya.

3.2. Perintis Pengunaan Meteor Sektor Awam

PPA1M merupakan perintis bagi penggunaan teknologi meteor di sektor

awam khususnya dan Malaysia umumnya. Teknologi terkini yang digunakan

untuk membangunkan SPPA1M adalah yang terbaru yang menggunakan

platform MeteorJs yang lebih dikenali sebagai real-time application dengan

Javascrpit sebagai language utama. Pembangunan sistem ini juga

menggunakan medium Jaspersoft bagi fungsi cetakan yang melibatkan

aplikasi.

Umumnya kaedah ini adalah berasaskan menghubungkan aplikasi pada

pengguna (‘Connected client app’) semakin luas digunakan di seluruh dunia.

Disertakan rujukan repository language yang paling banyak dikongsi melalui

Github adalah menggunakan JavaScript dan boleh dilihat melalui pautan

http://githut.info seperti berikut:

Penggunaan Javascript sebagai language programming adalah

tertinggi bermula pada tahun 2014.

P a g e 18 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

3.3. Inovasi Kaedah Pembangunan End-to-end

Pembangunan sistem melalui platform Meteor berkonsepkan Full-stack

JavaScript framework. Ianya bermaksud pembangunan sistem end-to-end

dari awal pembangunan menggunakan platform yang sama tidak kira untuk

paparan web, telefon pintar atau multimedia tablet. Dengan itu, masa

pembangunan dapat dioptimumkan untuk tujuan lain seperti permintaan

perubahan (change request), penyenggaraan aplikasi, atau perkara lain yang

melibatkan programming. Selain itu, paparan juga tidak berubah untuk

penguna IOS atau Android. Konsep pembangunan adalah seperti berikut:

Konsep pembangunan menggabungkan web dan mobile.

3.4. Sistem Yang Responsif

Meteor dan JavaScript Trend ini telah mengubah kaedah pembangunan

tradisional yang berasaskan web based yang hanya melibatkan pautan (links

and form), halaman dan hanya boleh dilayari pada pelayar web (web browser)

tanpa boleh digunakan pada gadget pengguna. Melalui platform Meteor,

pembangunan adalah lebih moden dari segi User Interface (UI) dan User

Experience (UX) tanpa memerlukan butang refresh untuk paparan data baru

yang ditambah (real-time). Penggunaan teknologi ini juga bukan hanya boleh

dilayari pada pelayar web tetapi juga pada telefon pintar dan multimedia tablet

yang ditambah paparan yang responsif. Paparan responsive pada

smartphone dan tablet

P a g e 19 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

Paparan responsif pada Iphone 6

Paparan responsif pada iPad Air

P a g e 20 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

3.5. Komoniti dari seluruh dunia

Bagi penggunaan fungsi-fungsi yang ada dalam platform Meteor, pembangun

akan merujuk kepada pautan http://atmospherejs.com bagi tujuan

mendapatkan pakej-pakej baru yang boleh ditambah ketika membangunkan

aplikasi. Buat masa ini, terdapat kira-kira 10,000 pakej yang boleh

digunapakai menggunakan platform Meteor. Setiap hari pautan

http://atmospherejs.com akan memaparkan carian teratas daripada pelawat

harian.

Pakej yang terdapat dalam pautan http://atmospherejs.com

3.6. Kualiti, Pengiktirafan dan Penghargaan

Pembangunan Sistem - Pengiktifaran Meteor di peringkat Antabangsa.

PPA1M selaku pembangun sistem melalui kontraktor yang dilantik mendapat

pengiktirafan sebagai rakan kongsi Meteor di peringkat antarabangsa sebagai

perunding dan pelatih Meteor di Malaysia. Pengiktirafan pertama yang

diberikan bagi Asia Pasifik. PPA1M sebagai perintis penggunaan Meteor &

JavaScript di Sektor Awam dengan pengiktirafan tersebut.

P a g e 21 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

Link : https://www.meteor.com/partners/meteorpartners

3.7. Inovasi & Perintis MongoDB

Pada masa kini, kelebihan pangkalan data (database) bukan SQL (NoSQL)

mendapat penerimaan yang luas di semua peringkat berikutan pengumpulan

data bukan hanya terhad kepada data berstruktur. Penggunaan big data

asalnya adalah untuk mengumpulkan data tidak berstruktur seperti imej, pdf,

video dan suara dalam aplikasi atau sistem. Bagi SPPA1M, keperluan

pengumpulan data tidak berstruktur adalah lebih kepada imej dan pdf

memandangkan dokumen yang perlu dimuat naik adalah salinan kad

pengenalan pemohon, slip gaji atau kad OKU jika ada, dan gambar bagi

kemajuan projek.

Dalam SPPA1M, database yang digunakan adalah MongoDB. MongoDB

adalah perintis bagi big data yang mana pesaing terdekat adalah seperti

Postgress dan Apatche Hadoop.

http://db-engines.com/en/ranking menunjukkan bahawa model database

MongoDB adalah document store yang berada di tangga ke 4 keseluruhan.

P a g e 22 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

Tetapi berbanding pesaing terdekat dalam penggunaan big data iaitu

PostgreSQL dan Cassandra, MongoDB berada di tangga teratas dalam

penggunaan NoSQL database. Jadi selaras dengan trend semasa, MongoDB

digunakan dalam pembangunan SPPA1M yang mana boleh dikatakan

keperluan big data ini sebagai pelengkap kepada permohonan pemohon

untuk tujuan penyimpanan data yang besar.

Ranking MongoDB berbanding pesaing.

Seterusnya, inovasi dalam pembangunan SPPA1M, field di dalam database

tidak perlu direka bentuk dahulu sebagaimana amalan tradisional

pembangunan. Ia adalah kerana penggunaan MongoDB akan mengikut

rekabentuk yang telah ditetapkan oleh aplikasi. Dengan itu, beban kepada

server dapat dikurangkan dengan load bagi query yang digunakan adalah

lebih ringkas dan tidak perlu merekabentuk database dahulu sebelum

membangunkan aplikasi. Dengan jangkaan penggunaan pengumpulan data

bagi skala yang besar, MongoDB diyakini dapat menyokong dalam proses

tersebut tanpa mengganggu kepada prestasi server. Kaedah ini merupakan

inovasi dalam pembangunan DB sistem masakini. Konsep MongoDB adalah

seperti dalam gambar berikut:

Document store

Relational

DBMS

P a g e 23 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

Konsep MongoDB

3.8. Business Intelligence Tools

Elemen business intelligence merupakan antara komponen penting dalam

SPPA1M dimana ia memudahkan pihak pengurusan memantau pelaksanaan

PPA1M dan seterusnya memberi sokongan dalam pembuatan keputusan.

Antara komponen yang dibangunkan adalah modul dashboard, modul laporan

dan statistik, modul migrasi dan lain-lain. Teknologi yang digunakan

termasuk:

d. JasperReports Library – Engin pelaporan enterpris sumber terbuka

berasaskan Java yang boleh menggunakan pelbagai jenis sumber

data (data source) dan menjana laporan piksel sempurna (pixel-

perfect) yang boleh dipaparkan dalam aplikasi web dan mobil,

dicetak dan dieksport kepada beberapa format termasuk HTML,

PDF, Excel, OpenOffice dan Word.

e. Jaspersoft Studio – Pereka laporan (report designer) berasaskan

Eclipse untuk menghasilkan susun atur laporan lengkap yang

m,engandungi carta, imej, sub laporan, statistik dan banyak lagi.

Data boleh diakses melalui JDBC, TableModels, JavaBeans, XML,

Hibernate, CSV serta custom datasources.

P a g e 24 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

f. Highcharts – Charting library berasaskan Javascript yang

memudahkan penghasilan carta interaktif didalam aplikasi web dan

mobil. Ia menyokong pelbagai jenis carta termasuk line, spline,

area, areaspline, column, bar, pie, scatter, angular gauges,

arearange, areasplinerange, columnrange dan polar.

g. Highmaps – Komponen mapping bagi penghasilan peta interaktif

didalam aplikasi web dan mobil.

Contoh beberapa paparan dashboard

P a g e 25 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

3.9. Sistem yang stabil

Berdasarkan kepada rekod di log server mendapati sistem PPA1M masih

mampu untuk menampung jumlah permohonan berskala besar walaupun

hanya satu server sementara yang digunakan. Perkakasan sebenar akan

digunakan sepenuhnya pada penghunjung April 2016. Server sementara ini

mempunyai rekod selama 136 hari dihidupkan dan masih stabil dalam

menguruskan permohonan berskala besar. Log server seperti berikut:.

Log server

3.10. Sekuriti

Mekanisme bagi menjamin keselamatan dan kerahsiaan data :

i. Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS) – Protokol untuk

komunikasi selamat atas talian; sambungan antara client dan server

dienkripsi terlebih dahulu. HTTPS melindungi aplikasi dari serangan

man-in-the-middle, eavesdropping dan/atau tempaan kandungan

komunikasi.

ii. Kata laluan disulitkan secara enkripsi sehala sebelum disimpan bagi

mengelakkan kebocoran.

iii. Semua perkakasan dilakukan security hardening seperti network

firewall dan sebagainya.

iv. Penetration test dilakukan bagi mengenal pasti sebarang kemungkinan

pada kelemahan sekuriti.

P a g e 26 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

3.11. Potensi peluasan

Keperluan Moratorium 10 tahun

Syarat PPA1M menyatakan moratorium 10 tahun akan dikenakan di mana

rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran

Kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak.

KPI unit PPA1M adalah pembinaan 100,000 unit rumah rumah menjelang

2018 manakala skop bagi moratorium ini adalah dibawah agensi Unit

Penyelarasan Pelaksanaan (UPP),JPM. Sistem ini telah direkabentuk bagi

peluasan skop moratorium sama ada dari segi peluasan aplikasi (sekiranya

ingin menggunakan SPPA1M), perkongsian data (jika hanya ingin mengambil

data) atau perkongsian secara integrasi sistem (sekiranya berkongsi data

secara integrasi sistem).

3.12. Integrasi Sistem

Kaedah integrasi bersama PPj PPA1M menggunakan RESTful Web Service.

Melalui kaedah ini, ID pada permohonan dijadikan rujkan untuk memanggil

data-data dalam permohonan tersebut. Sebagai contoh bagi id

Qm68d4BHcrGLBDo9R akan memanggil data permohonan melibatkan ID

tersebut sahaja.

P a g e 27 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

Maklumat permohonan menggunakan ID Qm68d4BHcrGLBDo9R.

Contoh penghantaran ID bagi maklumat permohonan yang diintegrasi.

Format penghantaran yang digunapakai ialah JavaScript Object Notation

(JSON) yang dijalankan menggunakan arrays dan objects. SPPA1M akan

memberi notifikasi berkaitan permohonan mengikut kepada end-point yang

telah ditetapkan secara realtime ataupun dipanggil sebagai hook yang

menandakan terdapat data yang boleh diambil oleh aplikasi lain. Jadi, sistem

yang diintegrasi akan membuat proses cook iaitu hanya mengambil data yang

diingini sahaja.

P a g e 28 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

3.13. Way forward SPPA1M

2015

Penubuhan Unit PPA1M

Unit PPA1M, JPM bertindak sebagai Agensi Penyelaras pelaksanaan

program dan juga sebagai Agensi Pelaksana

Pembangunan sistem bermula 31 Julai 2015

Sistem boleh digunakan pada 19 Ogos 2015

Memastikan rumah terjual kepada golongan sasar

Perkongsian data dengn KWP dan PPj

2016

moratorium bermula

Perkongsian data dan sistem dengan UPP JPM

Perancangan projek pembinaan di seluruh Malaysia

2017

Unjuran keperluan rumah oleh kerajaan seluruh negara atau agensi yang

berkepentingan.

Sebagai salah satu input perancangan keperluan rumah

2018

penanda aras kepada keperluan projek perumahan khususnya kepada

penjawat awam

3.14. Tadbir Tadbir urus yang mantap

Tadbir urus yang mantap

Jawatankuasa yang terlibat dalam pengurusan PPA1M melibatkan semua peringkat

jawatankuasa seperti berikut :

i. Jawatankuasa Khas PPA1M (JKK).

JKK dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN). JKK berperanan meneliti

dan meluluskan cadangan projek PPA1M. Selain itu, JKK juga berperanan sebagai

P a g e 29 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

pemantauan peringkat tertinggi serta menyelesaian isu-isu yang melibatkan dasar

pelbagai agensi sama ada isu pembangunan, pelaksanaan ataupun pemantauan.

ii. Jawatankuasa Kewangan dan Teknikal (JKTK).

JKTK dipengerusikan oleh Ketua Unit PPA1M. Berperanan dalam penelitian,

penilaian dan pemilihan projek untuk diangkat ke JKK. JKTK dianggotai oleh

pelbagai agensi keajaan yang terlibat secara langsung atau tidak. JKTK juga

bertindak sebagai pemantau pelaksanaan projek pembinaan rumah PPA1M;

iii. Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah Urusetia bagi:

JKK dan JKTK

Jawatankuasa Pengurusan tender cadangan projek PPA1M oleh pemaju;

Jawatankuasa Pemilihan dan Penawaran

Jawatankuasa Teknikal Sistem dan Jawatankuasa Pemandu Sistem

(pembangunan sistem).

3.15. National Blue Ocean Strategy (NBOS)

Penglibatan secara langsung atau tidak oleh pelbagai agensi:

Peranan PPA1M adalah sebagai agensi penyelaras program dan juga agensi

pelaksana. Oleh itu, sistem ini dilihat sangat berkesan sebagai medium utama

bagi lima entity pengguna berbeza dengan kepentingan tersendiri iaitu:

i. Penjawat awam sebagai pemohon/pembeli yang terdiri daripada

perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam negeri, badan

berkanun persekutuan, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa

tempatan;

ii. Swasta iaitu sebagai pemaju yang membekal/menyedia projek (rumah)

dengan berpotensi meneroka peluang-peluang baru di seluruh negeri

sama di tanah persekutuan, negeri atau persendirian;

iii. PPA1M yang menguruskan pembeli dari permohonan sehingga

penawaran serta urusetia dipelbagai peringkat;

iv. Pengurusan atasan PPA1M, JPM dengan penggunaan pelaporan

eksekutif bagi bagi tujuan pemantauan;

v. Agensi pelaksana lain bagi perkongsian data iaitu PPj dan KWP.

P a g e 30 | AIICT JPM 2015 UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

Begitu juga agensi yang tidak terlibat secara langsung dengan sistem tetapi

menyumbang input & output kepada pelaporan dan pemantuan SPPA1M

didalam mesyuarat berkaitan PPA1M seperti berikut :

i. Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN)

ii. Unit kerjasama Awam Swasta (UKAS)

iii. Unit Perancang Ekonomi

iv. Kementerian Kewangan - Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

v. Jabatan Ketua Pengarah Tanah&Galian (Persekutuan)

vi. Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

vii. SUK Negeri

SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI DAN DASAR

BAHAGIAN INOVASI DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

JABATAN PERDANA MENTERI