ringkasan eksekutif -...

31
1 RINGKASAN EKSEKUTIF Sistem penyampaian perkhidmatan adalah merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam menjamin keberkesanan dan kualiti perhidmatan sesuatu organisasi. Bagi mencapai kehendak pelanggan, sesuatu organisasi hendaklah sentiasa mengemaskini maklumat dan juga sistem yang digunakan agar perkhidmatan yang disediakan benar-benar berkualiti, relevan dan mempunyai tahap kebolehlaksanaan yang tinggi disamping mesra pengguna. Proses membuat keputusan memerlukan pengumpulan data dan maklumat yang lengkap dan tepat. Pengumpulan data dan maklumat yang tidak sistematik akan memberi kesan terhadap proses membuat keputusan. Akibatnya keputusan yang dibuat akan menjadi lambat dan adakalanya tidak relevan. Sistem maklumat geografi ataupun Geographical Information System (GIS) adalah merupakan salah satu tools ataupun alat untuk menambahbaik perkhidmatan khususnya dalam bidang geoinformasi dan juga data kadastral di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Penggunaan GIS dalam operasi PBT adalah sangat perlu kerana melibatkan proses-proses membuat keputusan khususnya dalam pembangunan, pelesenan dan perkhidmatan. Maklumat dan data yang lengkap akan menjadikan sesuatu keputusan yang dibuat itu tepat dan cepat. Memandangkan kepentingan ini, MPJ telah melaksanakan inovasi pengumpulan data dan perkongsian data diantara jabatan-jabatan dalaman MPJ dan mewujudkan pusat data atau data centre bagi menyelaras data-data dan maklumat bagi daerah Jasin. Pengwujudan Unit GIS dan Bank Data dibentuk bagi menyelaraskan data-data antara jabatan. Dengan sumber yang ada, MPJ telah menjalankan kolaborasi antara jabatan dengan melibatkan semua jabatan dalaman MPJ dan mewujudkan Jawatankuasa Kumpulan Kerja GIS

Upload: trinhtuyen

Post on 14-Aug-2019

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

1

RINGKASAN EKSEKUTIF

Sistem penyampaian perkhidmatan adalah merupakan suatu perkara yang sangat

penting dalam menjamin keberkesanan dan kualiti perhidmatan sesuatu organisasi.

Bagi mencapai kehendak pelanggan, sesuatu organisasi hendaklah sentiasa

mengemaskini maklumat dan juga sistem yang digunakan agar perkhidmatan yang

disediakan benar-benar berkualiti, relevan dan mempunyai tahap kebolehlaksanaan

yang tinggi disamping mesra pengguna. Proses membuat keputusan memerlukan

pengumpulan data dan maklumat yang lengkap dan tepat. Pengumpulan data dan

maklumat yang tidak sistematik akan memberi kesan terhadap proses membuat

keputusan. Akibatnya keputusan yang dibuat akan menjadi lambat dan adakalanya

tidak relevan. Sistem maklumat geografi ataupun Geographical Information System

(GIS) adalah merupakan salah satu tools ataupun alat untuk menambahbaik

perkhidmatan khususnya dalam bidang geoinformasi dan juga data kadastral di Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT). Penggunaan GIS dalam operasi PBT adalah sangat perlu

kerana melibatkan proses-proses membuat keputusan khususnya dalam

pembangunan, pelesenan dan perkhidmatan. Maklumat dan data yang lengkap akan

menjadikan sesuatu keputusan yang dibuat itu tepat dan cepat. Memandangkan

kepentingan ini, MPJ telah melaksanakan inovasi pengumpulan data dan perkongsian

data diantara jabatan-jabatan dalaman MPJ dan mewujudkan pusat data atau data

centre bagi menyelaras data-data dan maklumat bagi daerah Jasin. Pengwujudan Unit

GIS dan Bank Data dibentuk bagi menyelaraskan data-data antara jabatan. Dengan

sumber yang ada, MPJ telah menjalankan kolaborasi antara jabatan dengan melibatkan

semua jabatan dalaman MPJ dan mewujudkan Jawatankuasa Kumpulan Kerja GIS

Page 2: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

2

MPJ bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Latihan demi latihan diberikan

secara in house oleh kakitangan yang berkemahiran untuk memastikan kesedaran dan

penggunaan GIS dapat diserapkan dikalangan semua warga kerja MPJ khususnya

dalam bidang teknikal. MPJ juga tidak mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi

tujuan ini memandangkan semua gerak kerja dibuat secara dalaman dan secara hands

on. Dengan cara ini secara tidak langsung, data-data dapat dikemaskini dan kakitangan

MPJ juga mendapat kemahiran dari segi penggunaan asas GIS. Kini hampir 40%

daripada kakitangan MPJ khususnya dalam bidang teknikal telah memahami prinsip-

prinsip asas GIS dan telah mengaplikasikan penggunaan data GIS dalam proses kerja

mereka di setiap jabatan. Usaha ini juga telah mendapat pengiktirafan di peringkat

kebangsaan apabila projek GIS MPJ ini telah diberi pengiktirafan bagi Anugerah

Geospatial Kebangsaan 2016 oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

bersempena Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan Ke-7 pada 8 Ogos 2016.

Disamping itu, MPJ juga menjadi rujukan beberapa agensi untuk pembelajaran serta

perkongsian ilmu dan idea.

Page 3: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

3

PERINCIAN PROJEK

1.0 Signifikan Pemilihan Projek

1.1 Pengenalan

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah merupakan salah satu agensi yang

sangat penting yang memberikan perkhidmatan secara terus kepada rakyat.

Bagi memastikan kualiti perkhidmatan sentiasa berada di tahap optimum, PBT

perlulah sentiasa peka dan inovatif dalam menyediakan kemudahan-kemudahan

perkhidmatan selari dengan teknologi terkini. Kepuasan pelanggan adalah

bergantung kepada kualiti perkhidmatan yang diberikan termasuklah dari segi

tempoh masa perkhidmatan yang diberikan, tahap kemudahan yang disediakan,

cara layanan, ketepatan maklumat dan sebagainya. Dengan cara ini, PBT akan

dapat meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan seterusnya dapat

menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat serta menjamin

kepuasan pelanggannya (rakyat).

Perkhidmatan yang baik sudah semestinya merangkumi penyampaian

perkhidmatan dan juga proses membuat keputusan. Dalam memastikan sesuatu

keputusan yang dibuat benar-benar tepat dan cepat, pengumpulan data dan

maklumat yang tepat dan menyeluruh adalah sangat penting. Maka dengan

sebab itulah, MPJ sentiasa berusaha untuk menambahbaik sistem pengumpulan

data dan maklumat yang ada di MPJ agar proses membuat keputusan akan

menjadi lebih mudah, cepat, tepat dan berkesan.

Page 4: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

4

1.2 Pernyataan Isu dan Masalah

Proses membuat keputusan memerlukan penyediaan data atau maklumat yang

lengkap dan tepat. Maklumat yang lengkap dan tepat akan menjamin ketepatan,

kecepatan dan kebolehlaksanaan sesuatu keputusan yang dibuat. Antara isu

dan masalah yang dihadapi oleh PBT dalam proses ini ialah tahap keberadaan

data atau maklumat khususnya maklumat geospatial di PBT. MPJ telah mengkaji

dan mengenalpasti beberapa isu dan masalah yang dihadapai oleh MPJ.

Antaranya ialah :-

1. Maklumat dan data geospatial yang tidak lengkap dan tidak dikemaskini

2. Kesukaran MPJ untuk mendapatkan maklumat dan data geospatial

daripada pelbagai agensi.

3. Penyimpanan data yang tidak sistematik dan setiap jabatan menyimpan

data tanpa adanya sistem yang boleh menggalakkan perkongsian data.

4. MPJ menjadi rujukan kepada pelbagai agensi dan orang ramai untuk

permohonan data termasuk data geospatial.

5. Format data yang tidak selaras kerana tiada garispanduan khusus bagi

penerbitan data dan metadata geospatial di MPJ

6. Kekurangan kepakaran atau tenaga mahir dalam mengendalikan dan

menyelaras data-data geospatial.

7. Proses membuat keputusan akan menjadi lewat kerana perlu membuat

pengumpulan maklumat ataupun data secara manual dan mengambil masa

untuk mendapatkan maklumat yang lengkap.

Page 5: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

5

1.3 Tujuan

GIS MPJ diwujudkan adalah bertujuan untuk menyelaras, memantau,

mengemaskini dan mengumpul data geospatial bagi kegunaan pejabat MPJ.

GIS MPJ adalah sebagai data centre bagi data geospatial. Setelah wujudnya

data centre geospatial ini, semua data-data yang dapat disemak ketepatannya.

Ini penting bagi tujuan analisa sebelum sesuatu keputusan yang tepat dapat

dibuat dengan kadar segera. Pengwujudan data centre geospatial ini memberi

kelebihan kepada MPJ untuk mengeluarkan maklumat dengan cepat seterusnya

membantu dalam mempercepatkan proses membuat keputusan. GIS MPJ juga

berperanan untuk melahirkan warga kerja MPJ khususnya pegawai ataupun

kakitangan teknikal (kumpulan sasar) yang mahir di dalam bidang geospatial

dan membudayakan geospatial di dalam norma kerja seharian mereka.

Secara ringkasnya tujuan projek ini adalah seperti berikut:

1. Mewujudkan Data Centre Geospatial MPJ

2. Memastikan pengumpulan data geospatial MPJ tepat dan membolehkan

keputusan yang tepat dapat dicapai

3. Membolehkan analisa dibuat dan membantu proses membuat keputusan

4. Mempercepatkan proses membuat keputusan

5. Melahirkan warga kerja yang mahir di dalam bidang geospatial

Page 6: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

6

1.4 Objektif

Objektif projek adalah untuk :-

1. Meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan selaras dengan dasar

kerajaan.

2. Memperbaiki dan meningkatkan keadaan atau mutu kerja agar sentiasa

produktif dan inovatif.

3. Menyelaras, memantau dan membekal data geospatial kepada setiap

jabatan bagi tujuan keperluan kegunaan jabatan dan juga untuk tujuan

pengemaskinian;

4. Memberi pendedahan, latihan dan tunjuk ajar kepada kumpulan sasar bagi

pengendalian data geospatial;

5. Memastikan setiap data geospatial yang dikemaskini dan yang digunakan

tepat dan sentiasa relevan.

6. Membudayakan penggunaan GIS di dalam norma kerja seharian .

2.0 Tindakan Penyelesaian

Bagi memastikan kualiti perkhidmatan sentiasa dalam keadaan terbaik, MPJ sentiasa

terus berusaha untuk mempertingkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan yang

disediakan agar ianya sentiasa terkini, berkualiti dan mesra pengguna. Selaras dengan

itulah tercetusnya idea untuk mewujudkan data centre / bank data dan projek GIS MPJ.

Page 7: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

7

2.1 Idea Perlaksanaan Inovasi

Idea pelaksanaan Projek GIS MPJ ini tercetus apabila Jabatan Perancang

Bandar, MPJ dipertanggungjawabkan untuk menyelaras data-data MPJ yang ada

kerana data-data sediada tidak tersusun, berselerak dan agak lambat untuk

diperolehi apabila maklumat tersebut diperlukan. Pihak pengurusan telah

bersetuju untuk mewujudkan satu (1) data centre bagi memudahkan operasi

MPJ. Dengan adanya projek ini, semua data berkaitan dengan operasi MPJ

dapat dikumpulkan dan dikemaskini secara konsisten. Ini seterusnya dapat

mempercepatkan proses membuat keputusan selain dapat mempertingkatkan

sistem perkhidmatan MPJ sediada.

2.2 Proses Perlaksanaan Inovasi

Keistimewaan projek ini ialah dimana projek ini dilaksanakan secara dalaman

(in house) melibatkan semua pengarah jabatan dan juga pegawai teknikal yang

dilantik menjadi ‘pegawai yang bertanggungjawab’. Kejayaan projek ini

bergantung kepada komitmen yang diberikan oleh semua anggota. Bagi tujuan

ini, MPJ telah membentuk satu jawatankuasa yang akan memantau gerak kerja

projek ini sehingga berjaya. (rujuk Rajah 1: Carta Organisasi Jawatankuasa

Kumpulan Kerja GIS MPJ). Dari segi tempoh perlaksanaan, MPJ tidak

menetapkan sebarang tempoh yang tetap kerana projek ini adalah merupakan

suatu projek penambahbaikan yang berterusan yang dilaksanakan oleh MPJ

untuk menambahbaik dan memantapkan lagi mutu perkhidmatan MPJ.

Page 8: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

8

Rajah 1.0 : Carta Organisasi Jawatankuasa Kumpulan Kerja GIS MPJ.

Projek GIS MPJ ini dilaksanakan 100% kolaborasi diantara jabatan-jabatan

dalaman MPJ mengikut bidang tugas masing-masing. Agihan tugasan ini dibuat

untuk memastikan data dan maklumat dapat dikumpul dan diselaraskan dengan

tepat dan cepat. (rujuk Rajah 2.0 : Agihan Tugas Mengikut Jabatan) Ini

secara tidak langsung dapat melatih pegawai teknikal berkaitan disamping

maklumat dapat dikumpulkan dengan lebih cepat dan tepat. Konsep ini

digunakan bagi memastikan pegawai-pegawai berkaitan akan mendapat latihan

secara hands on dan secara tidak langsung maklumat juga dapat dikemaskini.

Page 9: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

9

Rajah 2.0 : Agihan Tugas Mengikut Jabatan

2.3 Kaedah Perlaksanaan

Projek ini dijalankan secara dalaman dengan melibatkan kolaborasi setiap

jabatan teknikal dalaman MPJ. Setiap jabatan memainkan peranan yang penting

dan perlu komited dalam menjayakan projek ini. Dari segi implikasi kewangan,

MPJ tidak mengeluarkan kos yang tinggi kerana projek ini hanya menggunakan

sumber yang ada. Dengan menggunakan kakitangan terlatih yang ada iaitu

seramai 2 orang, kemahiran ini dikembangkan kepada semua kakitangan

teknikal yang ada dalam MPJ. Latihan secara hands on diberi oleh kakitangan

MPJ sendiri, seterusnya kemaskini dibuat dalam setiap siri latihan yang diberi.

Kaedah ini memberi kesan yang baik dimana setiap kakitangan yang dilatih akan

mendapat ilmu yang diajar disamping data dapat dikemaskini dan dikumpulkan

Page 10: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

10

secara terus. Berikut disenaraikan kaedah yang dilaksanakan bagi memastikan

kejayaan projek GIS MPJ ini berjalan dengan lancar.

1.1 Memberi latihan teknikal dan tutorial secara in house kepada

kakitangan yang dilantik bagi tujuan kerja-kerja pengemakinian data

yang seragam dan teratur.

1.2 Mewujudkan Manual Asas Mapinfo dan juga ringkasan Standard Of

Procedure (SOP) GIS (rujuk Rajah 3.0). Dokumen ini menjadi asas

rujukan kepada kakitangan di dalam kerja-kerja yang melibatkan data

geospatial dan juga pengurusan data-data tersebut;

1.3 Menyeragamkan data dari segi format, sistem koordinat dan

pengisian metadata mengikut piawaian sirim MS1579:2015.

1.4 Pendaftaran permohonan pelan teknikal menggunakan kaedah

charting dalam sistem Mapinfo (rujuk Lampiran 1: Pendaftaran Pelan

Permohonan). Proses charting ini juga telah dimasukkan ke dalam

prosedur kerja bagi memastikan data geospatial akan sentiasa dapat

dikemaskini dan juga membantu melancarkan lagi siasatan awalan dan

ulasan tapak dikeluarkan.

1.5 Carian lot menggunakan perisian Mapinfo dan Google Earth dalam

mengenalpasti lokasi siasatan aduan dan tapak permohonan.

Penggunaan sistem open source sebagai alternatif semakan lot dan

tapak. Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini. Sistem ini juga dapat

Page 11: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

11

diakses menggunakan komputer dan juga telefon pintar. (rujuk Lampiran

2 : Kaedah Carian Lot).

1.6 Menjalankan proses pengemaskinian data secara berkala.

1.7 Mewujudkan data centre/ bank data GIS bagi memudahkan pengguna

mendapatkan maklumat disamping untuk tujuan penyelarasan.

1.8 Mewujudkan Sistem Maklumat Eksekutif untuk diakses oleh pihak

pengurusan bagi tujuan membuat keputusan.

1.9 Menjalinkan kerjasama mesra diantara Unit GIS MPJ dengan Unit GIS

Melaka bagi tujuan perkongsian data dan pengalaman .

Rajah 3.0 : Manual Asas Mapinfo dan Standard Of Procedure (SOP) GIS

Page 12: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

12

2.4 Implikasi Kewangan

Dari segi implikasi kewangan, tiada implikasi kewangan yang besar

memandangkan projek ini dijalankan secara in house. Kos-kos hanya

melibatkan:-

1. Langganan lesen data kadestral JUPEM;

2. Penyelenggaraan peralatan / perkakasan komputer. Kos ini diserap dalam

kos penyelenggaraan sediada / berkala jabatan;

3. Pembelian perisian Mapinfo;

Manakala bagi tujuan kemaskini data, anggota MPJ menggunakan kelebihan

teknologi sediada iaitu telefon pintar untuk kenalpasti dan merekod maklumat

melalui aplikasi Global Positioning System (GPS) yang ada di dalam telefon.

Oleh yang demikian, kos yang perlu ditanggung oleh MPJ telah dapat

dikurangkan melalui:

1. Tiada lantikan kontraktor / vendor bagi pembangunan aplikasi khas. Projek

ini menggunakan Google Earth yang boleh diperolehi secara muat turun

percuma;

2. Penggunaan kepakaran tenaga/pegawai dalaman MPJ. Latihan dan tunjuk

ajar diberikan oleh pegawai MPJ yang telah dilantik;

3. Tidak perlu penaiktarafan perkakasan komputer bagi pelaksanaan projek.

Perisian yang digunakan boleh dicapai dengan perkakasan sediada.

Page 13: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

13

3.0 Keberhasilan Projek

3.1 Outcome dan Impak

MPJ melihat projek ini telah memberikan outcome dan impak yang baik kepada

semua pihak samada MPJ sendiri, perkhidmatan awam, pelanggan yang terdiri

daripada rakyat dan juga agensi ataupun jabatan-jabatan luaran yang berurusan

dengan MPJ. Berikut adalah impak yang dikenalpasti :-

1. Dari segi agensi/jabatan, proses membuat keputusan dan tindakan berkaitan

dengan isu-isu tanah, pembangunan, pelesenan dan perkhidmatan yang

merangkumi aduan awam dapat dibuat dengan segera;

2. Sistem penyampaian maklumat kepada pelanggan lebih mudah dan cepat;

3. Daripada 40 staff teknikal yang ada, sebanyak 100% telah mengetahui asas

GIS manakala 50% daripadanya berupaya mengendalikan sistem secara

sendiri;

4. Dengan adanya projek ini, MPJ tidak perlu mengeluarkan kos yang besar

untuk membina dan mengendalikan sistem GIS di jabatan dalaman MPJ;

5. Latihan secara in-house juga dapat memberi peluang kepada anggota bukan

teknikal mendapat manfaat dengan menggunakan dan mengendalikan sistem

ini. (contoh:- membuat carian lot);

Selain daripada itu, MPJ juga telah mengenalpasti impak sebelum dan selepas

projek ini dilaksanakan.

Page 14: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

14

A. Capaian data yang tepat dan pantas bagi carian nombor lot tanah.

Sebelum inovasi

Pihak Jabatan perlu menghantar surat kepada pejabat tanah bagi mengenalpasti

maklumat tanah seperti nombor lot, keluasan dan sebagainya yang mengambil

mengambil masa minimum 7 hari.

Selepas Inovasi

Semakan menggunakan Data Geospatial (Mapinfo), (Cuma mengambil masa

lima [5] minit.)

B. Membuat analisa dan keputusan ( pihak pengurusan) bagi cadangan

pemindahan lokasi tapak yang baharu bagi gerai buah Taman Maju.

Sebelum inovasi

Proses pemindahan mengambil masa yang lama kerana faktor pemilihan lokasi,

pencarian tapak gerai sementara, penentuan nombor lot dan tanah serta proses

pemindahan.

Selepas Inovasi

Proses pemindahan hanya mengambil masa 7 hari ( 1 hari untuk penentuan

lokasi dan lot dan 6 hari untuk proses pemindahan gerai sementara)

(rujuk Lampiran 3 : Proses Kerja Pemindahan Lokasi Gerai Buah Taman

Maju)

Page 15: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

15

3.2 Elemen Inovasi

3.2.1 Inovatif / Kreativiti

Pihak JPBD, MPJ telah memanfaatkan Program Google Earth sediada

dan diintegrasikan dengan data-data lot kadestral sediada dan juga instant

street view. Dengan adanya sistem ini maklumat / gambaran awal dapat

diperolehi terlebih dahulu sebelum siasatan atau lawatan tapak dijalankan.

Ini merupakan salah satu kaedah segera untuk membuat semakan awal

dan membantu pembuat keputusan untuk membuat lawatan tapak secara

maya bagi mendapatkan gambaran awal sesuatu kawasan. Kebaikannya

dari segi penjimatan masa dan memudahkan pembuat keputusan serta

kemaskini maklumat bagi data centre juga semakin mudah.

3.2.2 Keberkesanan

Projek ini dilihat sangat berkesan untuk digunakan oleh semua jabatan-

jabatan di dalam MPJ dalam proses membuat keputusan. Sistem ini turut

digunakan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal yang ada di MPJ

termasuklah Mesyuarat Jawatankuasa OSC, Mesyuarat Jawatankuasa

Pelesenan, mesyuarat membincangkan projek-projek di dalam kawasan

MPJ dan lain-lain yang berkaitan. Dengan adanya sistem ini, pengguna

dan juga ahli jawatankuasa akan mendapat maklumat dan gambaran

awal tentang lokasi / kawasan yang dibincangkan. Selain itu, data-data ini

Page 16: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

16

juga dijual di dalam bentuk pelan kepada pihak berkaitan. Ini sedikit

sebanyak dapat meningkatkan hasil MPJ.

3.2.3 Signifikan

Projek GIS MPJ ini dilihat memberi impak positif kepada sistem

penyampaian dan perkhidmatan MPJ kerana menjimatkan masa, kos dan

juga sumber. Dengan hanya menggunakan sumber yang ada, MPJ telah

berusaha menambahbaik mutu perkhidmatan dan meningkatkan

produktiviti kerja khususnya dalam bidang teknikal tanpa perlu melantik

pihak luar/vendor. Dengan adanya sistem ini, banyak faedah yang

diperolehi antaranya, data yang dikemaskini, kemahiran / latihan kepada

pegawai, maklumat yang cepat dan tepat dapat diperolehi.

3.2.4 Relevan

Projek ini juga dilihat menyumbang kepada agenda nasional iaitu dari segi

perkongsian data-data geospatial. Maklumat-maklumat ini turut dikongsi di

peringkat negeri dan nasional melalui sistem My Geoportal, iPlan Malaysia

dan juga 1Map Melaka. Melalui perkongsian data ini, semua maklumat

dapat dikumpulkan dalam satu data centre dan analisa akan dijalankan.

Analisa-analisa tersebut termasuklah potensi pembangunan, unjuran-

unjuran keperluan penduduk, analisa kependudukan, analisa pengurusan

risiko dan sebagainya.

Page 17: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

17

3.3 Pengiktiran Yang Diterima

Projek GIS MPJ telah menjadi rujukan beberapa agensi diantaranya Jabatan

Perangkaan Negeri Melaka dan juga Majlis Daerah Segamat. Mereka

menjadikan GIS MPJ sebagai salah satu tempat / platform untuk pembelajaran

dan pertukaran idea. (rujuk Lampiran 4 : Sessi Perkongsian Ilmu dan Idea)

Melalui projek ini juga, MPJ telah mendapat pengiktirafan dengan memenangi

Anugerah Geospatial Kebangsaan 2016 daripada Kementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar bersempena Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan Ke-7

pada 8 Ogos 2016. (rujuk Lampiran 5 : Anugerah Geospatial Kebangsaan

2016)

4.0 Potensi Pengembangan Projek

4.1 Penggunaan Drone.

Drone digunakan sebagai alat untuk melihat tapak yang sukar untuk di

akses. Gambar dari drone juga dapat memberi gambaran cara real time

aktiviti sedia dia atas tapak. (rujuk Lampiran 6 : Penggunaan Drone

Dalam Lawatan Tapak)

4.2 Web GIS MPJ.

Sistem yang dibangunkan secara web based ini akan akan memudahkan

lagi pengguna bagi mendapatkan data, maklumat geospatial dengan

mudah dan cepat. (rujuk Lampiran 7 : Cadangan Web GIS MPJ)

Page 18: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

18

4.3 Mobile GIS MPJ.

Sistem yang dibangunkan secara mobile applicatication ini akan

memudahkan lagi memudahkan lagi kerja-kerja dilapangan kerana sistem

ini boleh diakses bagi pengguna Android dan juga Apple. Disamping itu,

orang awam juga boleh mendapatkan maklumat dengan mudah.

5.0 Penutup

Projek GIS MPJ secara keseluruhannya memberi impak positif kepada sistem

penyampaian dan perkhidmatan MPJ secara keseluruhannya. Disamping

mengurangkan kos pengurusan, projek ini juga dilihat banyak membantu dalam

proses membuat keputusan. Selain itu, produktiviti jabatan juga turut meningkat

dengan kecekapan sistem yang ada. Kolaborasi antara jabatan dalaman MPJ

mewujudkan semangat kerja secara berpasukan dan komitmen pegawai dari

peringkat pengurusan sehinggalah ke peringkat bawahan. Ini secara tidak

langsung dapat membentuk satu data centre yang lengkap tanpa perlu

mengeluarkan kos yang tinggi untuk pembelian sesuatu sistem daripada pihak

luar. Pihak MPJ akan terus berusaha untuk mengemaskini dan menaiktaraf

sistem yang ada mengikut teknologi terkini dengan mewujudkan aplikasi dalam

talian bagi projek ini di masa akan datang.

Page 19: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

19

6.0 Lampiran

Lampiran 1: Pendaftaran Pelan Permohonan

Lampiran 2 : Kaedah Carian Lot

Lampiran 3 : Proses Kerja Pemindahan Lokasi Gerai Buah Taman Maju

Lampiran 4 : Sessi Perkongsian Ilmu dan Idea

Lampiran 5 : Anugerah Geospatial Kebangsaan 2016

Lampiran 6 : Penggunaan Drone Dalam Lawatan Tapak

Lampiran 7 : Cadangan Web GIS MPJ

Page 20: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

20

Lampiran 1: Pendaftaran Pelan Permohonan

Pendaftaran Permohonan Menggunakan Mapinfo

Page 21: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

21

Lampiran 2: Kaedah Carian Lot

Page 22: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

22

Lampiran 3 : Proses Kerja Pemindahan Lokasi Gerai Buah Taman Maju

Langkah 1: Cerapan menggunakan GPS di lapangan

Langkah 2: Data Cerapan dimasukkan ke dalam sistem Mapinfo

Page 23: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

23

Langkah 3: Laporan inventrori dibuat

Langkah 4 : Membuat analisi penempatan semula gerai

Page 24: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

24

Langkah 5 : Membuat pelan cadangan penempatan

Langkah 6 : Proses penempatan semula gerai

Page 25: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

25

Lampiran 4 : Sessi Perkongsian Ilmu Dan Idea

Sesi Latihan dan perkongsian ilmu diantara MPJ dan Majlis Daerah Segamat

Page 26: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

26

Lawatan daripada Jabatan Perangkaan Negeri Melaka

Page 27: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

27

Lampiran 5 : Anugerah Geospatial Kebangsaan 2016

Page 28: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

28

Lampiran 6 : Penggunaan Drone Di Dalam Lawatan Tapak

Page 29: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

29

Lampiran 7 : Cadangan Web GIS MPJ

Page 30: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

30

Page 31: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2501-sistem-maklumat-geografi-ataupun... · Layer lot (.kml) ditindihkan di dalam sistem ini

31