tajuk projek - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf ·...

19
1 TAJUK PROJEK: LAPORAN BAGI TAHUN 2017 AGENSI PELAKSANA:

Upload: vudiep

Post on 29-May-2019

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

1

TAJUK PROJEK:

LAPORAN BAGI TAHUN 2017

AGENSI PELAKSANA:

Page 2: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

2

KANDUNGAN

1. RINGKASAN EKSEKUTIF ................................................................................................................... 3

2. PENGENALAN .................................................................................................................................. 4

3. OBJEKTIF PROJEK ............................................................................................................................. 4

4. PROSES PELAKSANAAN INOVASI ..................................................................................................... 4

4.1 Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara in-house .................................................................. 4

4.2 Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara out-source ............................................................... 5

4.2.1 Pusat dan Wakil eRezeki ........................................................................................................ 5

4.2.2 Program latihan...................................................................................................................... 6

4.2.3 Platform pekerjaan atas talian ............................................................................................... 8

5. PROSES SEBELUM DAN SELEPAS INISIATIF eUSAHAWAN ............................................................... 8

5.1 SEBELUM PROJEK .......................................................................................................................... 8

5.2 SELEPAS PROJEK ............................................................................................................................ 9

6. PENURUNAN KUASA ..................................................................................................................... 10

7. IMPAK INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASAR ........................................................................... 11

7.1 Elemen Inovatif/Kreatif ............................................................................................................... 11

7.2 Elemen Keberkesanan ................................................................................................................. 12

7.3 Elemen Signifikan ........................................................................................................................ 14

7.4 Elemen Relevan ........................................................................................................................... 14

7.4.1 Sumbangan kepada agenda nasional ................................................................................... 14

7.4.2 Sumbangan kepada agenda Kementerian Komunikasi dan Multimedia ............................. 16

7.4.3 Sumbangan kepada agenda organisasi ................................................................................ 16

8. PENGIKTIRAFAN ............................................................................................................................ 16

9. GAMBAR-GAMBAR........................................................................................................................ 18

Page 3: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

3

1. RINGKASAN EKSEKUTIF Peranan utama MDEC adalah untuk memacu pembangunan MSC Malaysia yang

telah diwujudkan oleh Kerajaan pada tahun 1996. MDEC juga berperanan untuk

memacu pelaksanaan inisiatif Digital Malaysia yang merupakan salah satu agenda

transfomasi negara.

MDEC telah diberi mandat oleh YAB Perdana Menteri untuk melaksanakan agenda

Transformasi Digital atau Digital Malaysia. Di bawah mandat ini, 4 teras utama

menjadi fokus utama MDEC dalam melaksanakan agenda pembangunan ekonomi

digital negara iaitu memacu pelaburan, memperkasa pencapaian syarikat dan

teknologi tempatan, memangkin ekosistem digital inovatif dan merakyatkan

ekonomi digital.

Bagi teras merakyatkan ekonomi digital, MDEC menumpukan usaha mewujudkan

inisiatif yang memberi peluang kepada rakyat untuk meraih peluang dari digital

ekonomi serta meningkatkan kualiti dan taraf kehidupan melalui penggunaan

teknologi digital. Salah satu inisiatif utama yang diperkenalkan MDEC dalam

agenda ini adalah eRezeki.

Page 4: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

4

2. PENGENALAN Program eRezeki yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada Jun

2015 merupakan satu inisiatif Digital Ekonomi yang bertujuan untuk menghubungkan

golongan berpendapatan rendah kepada saluran pendapatan digital melalui

konsep “crowdsourcing”. Melalui inisiatif ini, individu yang dikenalpasti akan diberi

latihan yang mencukupi sebelum melaksanakan tugasan digital atau tugasan yang

diagihkan secara digital bersesuaian dengan kepakaran masing-masing. Program

ini juga adalah selaras dengan aspirasi negara menuju Negara Digital yang

berkemahiran tinggi dari aspek tenaga kerja digital dan berdaya saing.

3. OBJEKTIF PROJEK Objektif utama program eRezeki ialah untuk membantu meningkatkan kualiti hidup

dan menjana pendapatan tambahan kepada rakyat Malaysia terutamanya

golongan berpendapatan rendah (B40 dan M40) dengan mengupayakan dan

menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital. Peserta akan

diprofil, dilatih, dilayakkan dan dipadankan dengan tugasan atau kerja yang

bersesuaian menerusi kaedah digital.

4. PROSES PELAKSANAAN INOVASI Proses pelaksanaan projek ini dijalankan secara in-house dan out-source. Di bawah

program eRezeki, MDEC mempromosi penggunaan teknologi digital dengan

mengupayakan rakyat untuk meraih peluang-peluang ekonomi melalui platform-

platform Crowdsourcing tempatan dan global yang dihubungkan dengan platform

eRezeki. Peluang ekonomi digital ini termasuklah melakukan pekerjaan, tugasan

atau projek kecil yang disalurkan dari pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

Melalui kaedah digital ini, rakyat boleh mengakses pelbagai bentuk pekerjaan dan

tugasan yang ditawarkan berdasarkan kemahiran, pengetahuan dan juga

kebolehan individu tersebut.

4.1 Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara in-house Perancangan strategik dan pengurusan projek

Sesi libat urus dan mesyuarat dengan pihak-pihak yang berkepentingan

dalam memastikan inisiatif eRezeki berjalan dengan lancar.

Merekabentuk spesifikasi sistem eRezeki dan proses perolehan

Menganalisis data dan menghasilkan dashboard serta laporan pencapaian

untuk pihak-pihak yang berkepentingan

Kempen turun padang melalui #YOUCANDUIT, iaitu kempen digital untuk

meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia

melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan.

Page 5: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

5

4.2 Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara out-source

4.2.1 Pusat dan Wakil eRezeki Pusat dan Wakil eRezeki telah ditubuhkan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara

bagi membolehkan rakyat yang mempunyai akses terhad kepada infrastruktur ICT

yang baik untuk mengambil bahagian di dalam program ini. Pusat dan Wakil

eRezeki akan menyediakan latihan dan bantuan untuk memastikan peserta

mendapat manfaat sepenuhnya daripada program ini. Individu akan diberi latihan

untuk melakukan tugasan yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja

digital yang berdaya saing. Sehingga kini, sebanyak 346 Pusat dan Wakil eRezeki

telah beroperasi di seluruh negara.

Page 6: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

6

4.2.2 Program latihan Selain daripada pusat dan wakil yang menerima pendaftaran peserta eRezeki,

MDEC juga melantik 5 syarikat yang bertindak bagi pihak MDEC untuk projek seperti

di bawah:

Tugasan Syarikat Program

Kerja Digital Digital Content

Alliance Sdn Bhd

eRezeki Global High Income

Programme

Kerja Digital Dotme Group Sdn

Bhd

Focus Track IHLs

Penyedia Latihan kepada Pengajar &

Pelajar IHL yang mempunyai Skil

Komputer dan Kreatif

Kerja Bukan

Digital

Malaysian

Academy of

Creative

Technology Sdn

Bhd (MACiT)

Focus Track TVETs

Penyedia Latihan kepada Pensyarah &

Pelajar TVET yang mempunyai skil

kreatif

Innovasia Vista Sdn

Bhd

Focus Track TVETs

(Penyedia Latihan kepada Pensyarah

& Pelajar TVET)

Tugasan Digital

Mikro

Crowdsourcing

Asia Sdn Bhd

eRezeki Digital Micro Task

Jenis-jenis latihan eRezeki yang dijalankan adalah seperti berikut:

Program Tempoh Jenis Latihan

Latihan Permulaan

eRezeki untuk B40

1 Hari Latihan menggunakan Sistem

eRezeki dan mencari peluang

kerja melalui platform rakan

usahasama program eRezeki

Latihan Digital Micro-task,

berdasarkan Use Cases.

Latihan menggunapakai Aplikasi

dan Platform kerja yang

Page 7: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

7

dihubungkan melalui eRezeki

Latihan Tambahan

eRezeki untuk B40

Separuh hari Latihan tambahan Digital Micro-

task, berdasarkan Use Cases yang

baru

o Akan diperkembangkan

kepada 30 Latihan Use

Cases untuk pelbagai

tugasan Digital Micro Task

Latihan Intensif

Program eRezeki

Global High

Income

Sesi Latihan: 3

bulan + 6 Bulan

Pemantauan dan

Mentoring (Untuk

Pelajar Tahun Akhir

dan Graduan

Menganggur)

Sesi Latihan: 10 hari

+ 6 bulan

Pemantauan dan

Mentoring (Untuk

Pekerja Berskil

Yang Hilang

Pekerjaan –

Retrenched

Workers)

Latihan dalam membangunkan

profil online yang professional

untuk mendapatkan atau

memenangi projek di platform

antrabangsa

Latihan memasarkan khidmat

dan skil di peringkat antrabangsa

Latihan dalam menyediakan

cadangan projek (project

proposal) yang berdaya saing

global dan mampu memenangi

projek

Latihan dalam berinteraksi dan

menguruskan pelanggan-

pelanggan antarabangsa

Latihan pengurusan dan etika

kerja sebagai pekerja digital

antarabangsa

Latihan eRezeki

Untuk Pensyarah

dan Pelajar Pusat

Latihan Teknik &

Vokasional (TVET)

dan Institusi

Pengajian Tinggi

Awam & Swasta

(IPT) berfokuskan

Skil yang sedang

dipelajari

Sesi Latihan: 3 hari

‘Train of Trainer’

(TOT) kepada

Pensyarah TVET &

IPT yang terpilih + 3

bulan

Pengemaskini

Pendapatan

Pelajar

Sesi Latihan : 2 hari

+ 3 bulan

Pemantauan untuk

Pelajar-Pelajar TVET

& IPT bedasarkan

skil yang dipelajari

Latihan menggunakan Sistem

eRezeki dan mencari peluang

kerja melalui platform rakan

usahasama program eRezeki

Latihan menggunapakai Aplikasi

dan Platform kerja yang

dihubungkan melalui eRezeki

o Membangunkan profil

teknikal / vokasional

o Mengendalikan aplikasi /

platform yang

menawarkan tugasan

teknikal / vokasional

Latihan Asas kepada Platform

‘Freelancing’ Antarabangsa,

membangunkan profil

professional dan operasi platform

Page 8: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

8

4.2.3 Platform pekerjaan atas talian Bagi melaksanakan program eRezeki ini juga, pihak MDEC mengadakan kerjasama

dengan syarikat-syarikat crowdsourcing tempatan dan antarabangsa. Syarikat–

syarikat ini menyediakan platform pekerjaan atas talian kepada peserta-peserta

eRezeki. Antara syarikat-syarikat yang terlibat adalah seperti di bawah:

5. PROSES SEBELUM DAN SELEPAS INISIATIF eUSAHAWAN

5.1 SEBELUM PROJEK Bukan semua rakyat Malaysia mendapat peluang atau mempunyai pengetahuan

untuk memanfaatkan teknologi digital, terutama golongan yang kurang

pendedahan terhadap IT. Golongan isi rumah yang tergolong di dalam

pendapatan 40% terbawah (B40) adalah antara golongan yang agak ketinggalan

dari sudut ekonomi. Selain itu, golongan B40 ini juga kurang memanfaatkan

penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan atau menjana pendapatan diri

sendiri.

Bagi yang mempunyai pengetahuan teknologi digital pula hanya

menggunakannya untuk tujuan sosial. Mereka juga tidak tahu mengenai adanya

peluang untuk menjana pendapatan tambahan.

Page 9: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

9

5.2 SELEPAS PROJEK Sebagai usaha untuk penambahbaikan dan penciptaan peluang kepada rakyat

Malaysia, MDEC telah menjalankan inisiatif eRezeki dengan hasrat untuk membantu

meningkatkan pendapatan golongan B40 tersebut melalui penggunaan teknologi

digital dan internet. Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, memperolehi kelayakan

dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program

ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh

pendapatan tambahan.

Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat

tempatan. Kategori-kategori tugasan yang boleh didapati melalui program eRezeki

adalah seperti berikut:

KATEGORI TUGASAN CONTOH

Tugasan Digital Mikro

Tugasan yang mudah

melibatkan pemasukan data,

semakan dan pemprosesan imej

atau tugasan yang tidak

memerlukan kemahiran yang

khusus atau tahap kemahiran

yang tinggi. Walau

bagaimanapun, ada juga

beberapa tugasan yang

memerlukan perserta menjalani

latihan sebelum layak untuk

melaksanakan tugasan tersebut.

Mengisi data ke dalam borang atas-talian

Menyemak dan memadamkan data yang

berulang

Menyemak dan menentusahkan foto/imej

Memuat turun dan menguji aplikasi

Tugasan berkaitan Search Engine Optimization

seperti carian atas-talian

Tugasan yang berkaitan dengan Media Sosial,

seperti memasukkan komen dan mengambil

tangkapan skrin

Menjadi agen dropship

Membantu mempromosikan produk dan

perkhidmatan melalui kenalan dan juga rakan

perniagaan

Kerja Digital

Kerja atau tugasan melibatkan

domain kemahiran tertentu

pembangunan aplikasi dan

pembangunan perisian, tugasan

kreatif dan grafik, kerja atau

tugasan melibatkan kemahiran

bahasa dan banyak lagi.

Kategori ini memerlukan

kemahiran khusus untuk

menyiapkan tugasan.

Membangunkan laman web, membangunkan

aplikasi telefon pintar, mencipta logo atau mereka

bentuk grafik untuk produk atau syarikat tertentu,

pengujian perisian, transkripsi audio / video, dan

menukarkan format dokumen.

Kerja Bukan Digital

Tugasan atau kerja yang tidak

Melaksanakan bancian rumah ke rumah bagi

tujuan kaji selidik

Page 10: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

10

memerlukan kemahiran teknikal

ICT seperti menjalankan kaji

selidik menggunakan borang

pertanyaan, menjalankan

tugasan dan perkhidmatan

domestik, di mana tugasan ini

diberikan secara atas talian,

tetapi tugasan itu perlu dilakukan

di luar rangkuman atas talian.

Melakukan semakan kepada harga barangan

dan perkhidmatan

Menjalankan kerja sambilan seperti menjadi

kru-kru acara dan program, perkhidmatan

domestik seperti pembaikian paip, juruelektrik

dan pembersih premis atau kawasan.

Tugasan seperti ini biasanya ditawarkan individu

atau syarikat-syarikat tempatan yang

berhampiran. Rakan strategik eRezeki ini biasanya

memerlukan maklumat tambahan bagi

mendaftarkan pekerja yang berminat, dan juga

ada menyediakan latihan tambahan jika perlu.

6. PENURUNAN KUASA

No Nama Mesyuarat / Jawatankuasa Perkara

1. Implementation Council Meeting

(ICM) 2015 yang diadakan pada 15

Oktober 2015.

Dipengerusikan oleh YAB Perdana

Menteri.

Mandat diberikan kepada MDEC

untuk meneruskan program eRezeki

untuk tahun 2016.

2. Implementation Council Meeting

(ICM) 2016 yang diadakan pada 13

Oktober 2016.

Dipengerusikan oleh YAB Perdana

Menteri.

Mandat diberikan kepada MDEC

untuk meneruskan program eRezeki

untuk tahun 2017.

3. Implementation Council Meeting

(ICM) 2017 yang diadakan pada 19

Oktober 2017.

Dipengerusikan oleh YAB Perdana

Menteri.

Pelaporan pencapaian projek

termasuk impak kepada komuniti

telah dibentangkan oleh CEO MDEC.

Mesyuarat juga telah bersetuju untuk

memberikan mandat kepada MDEC

untuk meneruskan projek eRezeki

pada tahun 2018.

4. Ucapan Bajet 2016 oleh YAB

Perdana Menteri dan merangkap

143. Untuk golongan B40 lagi,

program eRezeki dan eUsahawan

Page 11: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

11

Menteri Kewangan ketika

membentang rang undang-undang

perbekalan (2016) di Dewan Rakyat

pada Jumaat, 23 Oktober 2015.

akan diperluaskan ke seluruh negara,

untuk menambah peluang

pekerjaan dan meningkatkan

pendapatan mereka. Kerajaan

mensasarkan 100 ribu dari kalangan

B40 mendapat manfaat dengan

peruntukan sebanyak 100 juta ringgit,

yang disediakan oleh Kementerian

Komunikasi dan Multimedia Malaysia

5. Ucapan Bajet 2017 oleh YAB

Perdana Menteri dan merangkap

Menteri Kewangan ketika

membentang rang undang-undang

perbekalan (2017) di Dewan Rakyat

pada Jumaat, 21 Oktober 2016.

114. Menggiatkan program

eUsahawan dan eRezeki di bawah

MDEC, merangkumi 300 ribu peserta

dengan peruntukan RM100 juta.

6. Kelulusan Unit Perancang Ekonomi

untuk MDEC menjalankan projek

eUsahawan dalam RMK11.

Taklimat Penyaluran Peruntukan Bagi

Projek/Program Yang Diluluskan di

bawah Dana Khas 2017 pada 22

Februari 2017.

Penyaluran Peruntukan Bagi

Projek/Program Yang Diluluskan di

bawah Dana Khas 2017 untuk

program eUsahawan dan eRezeki

7. Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan

Pembangunan Rolling Plan Ke-2

(RP2) 2017 Kementerian Komunikasi

dan Multimedia Malaysia (KKMM)

pada 29 November 2016.

Program eUsahawan dan eRezeki

telah mendapat kelulusan untuk

peruntukan pembangunan RP2 2017

di bawah KKMM.

7. IMPAK INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASAR Program eRezeki telah menghasilkan impak yang positif dan merubah kehidupan

golongan B40 dengan membantu mereka memperoleh pendapatan tambahan

seterusnya meningkatkan kualiti hidup mereka.

7.1 Elemen Inovatif/Kreatif Pengenalan kaedah untuk menjana pendapatan tambahan melalui 3

kategori kerja digital iaitu Tugasan Digital Mikro, Kerja Digital dan Kerja Bukan

Digital

Page 12: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

12

Program ini mempermudahkan orang ramai untuk mencari kerja tanpa perlu

keluar ke kedai atau syarikat penyedia pekerjaan.

Program ini mempermudahkan syarikat penyedia pekerjaan untuk mencari

pekerja

Pendaftaran dan pembayaran upah bagi setiap tugasan yang dilaksanakan

oleh pekerja dibuat secara online

Pemantauan untuk tujuan pelaporan pencapaian boleh dijalankan dengan

mudah kerana maklumat boleh diakses melalui system

Penyelesaian masalah untuk memperluaskan program ini ke seluruh negara

adalah melalui penambahan pusat dan wakil eRezeki

Bagi mereka yang mempunyai masalah tiada komputer dan capaian

Internet, masalah ini diatasi dengan penyediaan infrastruktur melalui

kolaborasi dengan pusat dan wakil eRezeki bagi digunakan oleh orang ramai

7.2 Elemen Keberkesanan

Sehingga kini, bilangan pekerja digital B40 yang mendapat pendapatan tambahan

semenjak tahun 2015 adalah seramai 98,979 orang dengan jumlah pendapatan

tambahan diperolehi (kumulatif) sebanyak RM 124.6 juta.

Tahun Bilangan Pekerja Digital

B40 yang Mendapat

Pendapatan Tambahan

Jumlah Pendapatan Tambahan

Diperolehi (RM juta)

2015 13,052 11.2

2016 23,137 17.8

2017 62,790 95.6

Jumlah 98,979 124.6

Pelaporan pencapaian eRezeki telah dikemukakan kepada ICM, EPU, KKMM di

bawah Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) dan Pelan

Transformasi, dan Civil Service Delivery Unit (CSDU).

Antara kisah kejayaan dari program eRezeki:

Saudara Khairul Asyraf merupakan pekerja digital mikro yang menjana

melalui platform eRezeki untuk menambah pendapatan sampingan. Beliau

kini bekerja sebagai pekerja sokongan teknikal di salah satu syarikat IT.

Menyedari gaji bulanan beliau tidak mampu menampung perbelanjaan

keluarganya, Saudara Khairul mengambil inisiatif untuk membuat tugasan

Page 13: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

13

mikro di platform yang terdapat dalam system eRezeki. Antara tugasan yang

dibuat adalah pengasingan gambar, mengekstrak data dari Facebook dan

Twitter dan menyemak serta menentusahkan foto/imej. Sehingga kini,

Saudara Khairul telah berjaya menjana sehingga RM4,000 setelah 6 bulan

aktif dalam melakukan tugasan-tugasan eRezeki.

Cik Ashikin Khalil merupakan seorang graduan daripada bidang

pengkhususan teknologi pengurusan pejabat dari Universiti tempatan.

Setelah lebih 8 tahun bekerja sebagai penolong eksekutif di sebuah syarikat

swasta, Asyikin dan adiknya mengambil langkah bijak menyertai eRezeki

Global High Income (eGHI) di UTM Skudai. Ini merupakan satu titik perubahan

besar dalam transformasi kerjaya dan pendapatan Asyikin. Setelah mengikuti

program ini selama tiga bulan dan mempelajari tips-tips dari tenaga

pengajar yang berpengalaman, kini beliau telah berjaya menjana

pendapatan sebanyak RM 108,000.00. Melalui pelbagai platform tempatan

dan antarabangsa seperti Freelancer.com dan Upwork.com. Beliau telah

memenangi pelbagai bidaan tugasan seperti penterjemahan, penulisan

artikel dan pembantu alam maya.

Encik Squall Hooi adalah graduan Bidang Kejuruteraan daripada Universiti of

Notthingham. Setelah berkhidmat selama 5 tahun di syarikat pengeluaran

dan syarikat pengurusan acara, beliau ingin menceburi bidang perniagaan.

Semasa menjalani proses pembelajaran untuk mewujudkan perniagaan,

beliau memilih untuk bekerja secara separuh masa bersama platform

GoGet.my. Sejak 7 bulan yang lalu, beliau menawarkan Perkhidmatan

Penghantaran dan Urusan Am di sekitar Kuala Lumpur melalui platform

GoGet.my dan telah memperoleh pendapatan sampingan sehingga

RM2,200 sebulan.

Berikut disertakan beberapa video kisah kejayaan peserta eRezeki. Testimoni-

testimoni lain (bukan video) juga terdapat di Facebook dan Instagram

eRezeki:

1. Tomas

(https://www.facebook.com/myerezeki/videos/1690769304288048/)

2. Noresah

(https://www.facebook.com/myerezeki/videos/1757777577587220/)

3. Amirul Adi

(https://www.facebook.com/myerezeki/videos/1125179150847069/)

4. Kama Rizal (https://www.instagram.com/p/BeVh-A2HNAw/?taken-

by=erezekimy)

Page 14: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

14

7.3 Elemen Signifikan Dengan penyertaan dalam program eRezeki, orang ramai dapat memanfaatkan

latihan yang diberikan untuk mengupayakan diri bagi menjana pendapatan

tambahan. Selain itu juga, orang ramai dapat memperoleh manfaat daripada

penggunaan ICT yang produktif serta peluang kerja yang fleksibel (lokasi dan masa)

untuk meningkatkan hasil ekonomi.

Melalui program eRezeki Global High Income (eGHI), peratus kepuasan peserta

eGHI adalah:

78% memahami freelancing sebagai karier alternatif dan boleh menjana

pendapatan

86.5% bersedia untuk menjadikan freelancing sebagai karier

Penjimatan masa dan kos secara umumnya dapat dilihat melalui pekerja digital

yang boleh mencari dan melakukan kerja di pusat-pusat eRezeki. Bagi yang

menjalankan kerja bukan digital, mereka dapat menjimatkan kos pemasaran

kerana pelanggan akan mencari perkhidmatan mereka melalui platform yang

tersedia.

7.4 Elemen Relevan

7.4.1 Sumbangan kepada agenda nasional

Page 15: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

15

Strategi peringkat nasional Pernyataan dalam kertas strategi

Rancangan Malaysia Kesebelas –

Bab 3: Memperkukuhkan inklusiviti ke

arah masyarakat yang saksama

Bidang fokus A – Meningkatkan taraf isi

rumah B40 ke arah masyarakat kelas

menengah

Strategi A1: Meningkatkan pendapatan

dan kekayaan isi rumah B40 dengan

meningkatkan penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi

Rancangan Malaysia Kesebelas -

Kertas Strategi 15: Memacu Teknologi

Maklumat dan Komunikasi dalam

Ekonomi Berasaskan Pengetahuan,

Memperluas Program Micro-sourcing untuk

Isirumah B40

15.98 Contoh bagi program micro-sourcing

ialah eRezeki yang dilaksanakan oleh

MDEC yang dijangka dapat melatih dan

memadankan 400,000 isi rumah B40 yang

berpotensi dengan tugasan yang dipecah

kecil daripada sumber domestik dan luar

menjelang tahun 2020.

Ucapan Bajet 2017 oleh YAB Perdana Menteri

Page 16: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

16

7.4.2 Sumbangan kepada agenda Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Program eRezeki merupakan salah satu inisiatif Digital Ekonomi yang

dilaksanakan di bawah Pelan Transformasi KKMM bermula pada tahun 2015

KPI eRezeki diletakkan di bawah KPI YB Menteri KKMM sebagaimana yang

dikoordinasikan oleh CSDU. KPI tersebut diletakkan di dalam kumpulan

Ministry Key Result Areas (MKRAs)

KPI eRezeki juga dilaporkan kepada JTPK yang turut dihadiri oleh pegawai

MOF dan EPU

7.4.3 Sumbangan kepada agenda organisasi

KPI eRezeki juga menjadi MDEC yang dibentangkan dan diluluskan oleh Lembaga

Pengarah MDEC.

8. PENGIKTIRAFAN eRezeki menerima Anugerah Merit World Information Technology and Services

Alliance (WITSA) untuk Kategori Peluang Digital. Pengumuman dibuat semasa Majlis

Makan Malam Gala World Congress on Information Technology (WCIT) pada 4

Oktober 2016.

Page 17: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

17

Diasaskan pada tahun 1978, WITSA merupakan konsortium utama anggota

persatuan industri ICT dari lebih 80 negara / ekonomi di seluruh dunia. Ahli WITSA

mewakili lebih dari 90 peratus pasaran ICT dunia.

WCIT pula adalah acara antarabangsa terbesar dan paling terkenal di kalangan

pemimpin IT di seluruh dunia. Ia menyatukan pegawai peringkat tinggi dari

pelbagai negara, ketua organisasi multinasional, universiti dan pusat penyelidikan

saintifik, wakil pertubuhan bukan kerajaan dan banyak lagi.

eRezeki juga menerima Anugerah Kerajaan Digital ASOCIO, yang dianugerahkan

semasa Majlis Makan Malam Gala sempena ASOCIO ICT Summit 2016 pada 15

November 2016.

Page 18: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

18

9. GAMBAR-GAMBAR

Page 19: TAJUK PROJEK - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2438-erezeki.pdf · proposal) yang berdaya saing ... Pengajian Tinggi Awam & Swasta (IPT) berfokuskan

Laporan projek eRezeki MDEC

19

PENUTUP

Projek telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif tahun 2017. Projek

diteruskan ke tahun 2018.

Disediakan oleh:

Nama Pegawai/Unit Terlibat: Mohd Fairuz Mohd Yusof

Tel: 03-83153000

Emel: [email protected]