isi kandungan -...

21
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun i ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN ......................................................................................................... 1 1.1 LATAR BELAKANG DAN PERANAN MAJLIS PERBANDARAN JASIN ............... 1 2. PENGENALAN PROJEK .......................................................................................... 4 2.1 TUJUAN PROJEK ................................................................................................. 4 2.2 OBJEKTIF PROJEK .............................................................................................. 5 2.2.1 Meningkatkan Kecekapan Dan Kualiti Perkhidmatan ..................................... 5 2.2.2 Meningkatkan Kepuasan Pelanggan .............................................................. 5 2.3 PROSES PELAKSANAAN INOVASI ................................................................... 6 2.4 TEMPOH PELAKSANAAN .................................................................................... 7 2.5 PERINGKAT PELAKSANAAN ............................................................................. 8 2.5.1 Kajian .............................................................................................................. 8 2.5.2 Cadangan ....................................................................................................... 8 2.5.3 Pengekalan ..................................................................................................... 8 2.5.4 Pengkormesialan ............................................................................................ 8 2.5.5 Perubahan Teratur .......................................................................................... 9 2.6 KAEDAH PENCETUSAN IDEA ............................................................................. 9 2.7 ELEMEN KOLABORASI...................................................................................... 10 2.8 KATEGORI INOVASI .......................................................................................... 11 2.8.1 Inovasi Penyampaian Perkhidmatan ................................................................ 11 2.9 INDIKATOR / CIRI-CIRI UTAMA INOVASI ......................................................... 11 2.9.1 Memberi Impak Ketara Kepada Pelanggan ..................................................... 11

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

62 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

i

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN ......................................................................................................... 1

1.1 LATAR BELAKANG DAN PERANAN MAJLIS PERBANDARAN JASIN ............... 1

2. PENGENALAN PROJEK .......................................................................................... 4

2.1 TUJUAN PROJEK ................................................................................................. 4

2.2 OBJEKTIF PROJEK .............................................................................................. 5

2.2.1 Meningkatkan Kecekapan Dan Kualiti Perkhidmatan ..................................... 5

2.2.2 Meningkatkan Kepuasan Pelanggan .............................................................. 5

2.3 PROSES PELAKSANAAN INOVASI ................................................................... 6

2.4 TEMPOH PELAKSANAAN .................................................................................... 7

2.5 PERINGKAT PELAKSANAAN ............................................................................. 8

2.5.1 Kajian .............................................................................................................. 8

2.5.2 Cadangan ....................................................................................................... 8

2.5.3 Pengekalan ..................................................................................................... 8

2.5.4 Pengkormesialan ............................................................................................ 8

2.5.5 Perubahan Teratur .......................................................................................... 9

2.6 KAEDAH PENCETUSAN IDEA ............................................................................. 9

2.7 ELEMEN KOLABORASI ...................................................................................... 10

2.8 KATEGORI INOVASI .......................................................................................... 11

2.8.1 Inovasi Penyampaian Perkhidmatan ................................................................ 11

2.9 INDIKATOR / CIRI-CIRI UTAMA INOVASI ......................................................... 11

2.9.1 Memberi Impak Ketara Kepada Pelanggan ..................................................... 11

Page 2: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

ii

2.9.2 Memanfaatkan Penggunaan Teknologi ............................................................ 11

2.10 INPUT PELANGGAN DIAMBIL KIRA DALAM PERINGKAT PENGHASILAN

INOVASI ........................................................................................................................ 12

2.10.1 Permulaan, Peringkat Pertengahan dan Peringkat Akhir .............................. 12

2.11 MEKANISME MAKLUM BALAS PELANGGAN ................................................ 12

3. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN ................................... 14

3.1 ANTARAMUKA SISTEM SEBELUM INOVASI DIHASILKAN ............................. 15

3.2 ANTARAMUKA SISTEM SELEPAS INOVASI DIHASILKAN .............................. 16

4. IMPAK INOVASI ..................................................................................................... 17

4.1 Agensi / Jabatan .................................................................................................. 17

4.2 Rakyat ................................................................................................................. 17

5. ELEMEN INOVASI ................................................................................................. 18

5.1 Inovatif / Kreativiti ................................................................................................ 18

5.2 Keberkesanan ..................................................................................................... 18

5.3 Signifikan ............................................................................................................. 18

5.4 Relevan ............................................................................................................... 19

6. PENUTUP .............................................................................................................. 19

Page 3: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

1

1. PENGENALAN

1.1 LATAR BELAKANG DAN PERANAN MAJLIS PERBANDARAN JASIN

Majlis Perbandaran Jasin merupakan sebuah organisasi kerajaan kategori

pihak berkuasa tempatan di dalam negeri Melaka. Majlis Perbandaran Jasin

ditadbir oleh Yang Dipertua dan dibantu oleh Setiausaha, diperkuatkan oleh

11 jabatan dan tiga (3) unit utama. Majlis Perbandaran Jasin membawa visi

ke arah menjadi sebuah perbandaran yang dinamik yang mengutamakan

pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

memberikan perkhidmatan perbandaran

Visi

Menjadikan Daerah Jasin sebagai sebuah Perbandaran dinamik yang

mengutamakan pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020

Misi

Komited untuk memberikan perkhidmatan, perbandaran yang terbaik,

berkualiti, telus, dan cekap melalui penggembelingan tenaga dan sumber

secara optimum

Objektif

i. Mempertingkatkan keupayaan dan kapisiti Majlis;

ii. Memperkasa tadbir urus Majlis;

iii. Memperkukuhkan dan Memantapkan sumber hasil Majlis;

iv. Mempertingkatkan kualiti hidup komuniti;

v. Memantapkan kolaborasi strategik.

Page 4: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

2

Fungsi Dan Peranan

Berdasarkan peruntukan yang terdapat di dalam Akta 171, Akta 172 dan Akta

133, fungsi mpj dibahagikan kepada lima bidang:

i. Kebersihan Alam Sekitar

a. Pengindahan Kawasan Dan Jalan-Jalan Utama

b. Penyediaan Dan Penyelenggaraan Kawasan Rekreasi

c. Penyediaan Dan Penyelenggaraan Sistem Perparitan

d. Pemantauan Dan Penyelenggaraan Kawasan Lapang / Hijau

ii. Kesihatan Awam

a. Kawalan Pelesenan Premis Perniagaan

b. Kawalan Kbersihan Premis Makanan

c. Kawalan Kebersihan Ldang Ternakan

d. Kawalan Vektor Dan Rodensia

e. Kawalan Binatang Liar Dan Terliar

iii. Pembangunan

a. Mengawal Pembangunan Melalui Rancangan Struktur Dan Rancangan

Tempatan

b. Mengawal Dan Menguatkuasa Kelulusan Pelan Pembangunan

c. Mengawal Dan Menguatkuasa Pelan Kerja Tanah

d. Mengawal Dan Menguatkuasa Pelan Jalan Dan Parit

e. Mengawal Dan Menguatkuasa Pelan Landskap

f. Mengawal Dan Menguatkuasa Pelan Lampu Awam

g. Mengawal Dan Meguatkuasa Permit Bangunan Sementara

Page 5: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

3

iv. Kemudahan Awam & Infrastruktur

a. Menyediakan Dan Menyelanggara Kemudahan Awam

b. Menyediakan Dan Menyelnggara Infrastruktur Perbandaran

c. Menguruskan Tempat Letak Kereta

Gambar 1 : Terdapat segelintir orang awam datang untuk membuat semakan kompaun

di kaunter 4, Majlis Perbandaran Jasin. Gambar ini dirakamkan pada tahun 2010.

Page 6: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

4

2. PENGENALAN PROJEK

2.1 TUJUAN PROJEK

Sistem e-Semakan Kompaun merupakan sistem yang dibangunkan bagi

kegunaan orang awam yang ingin membuat semakan kompaun yang dikenakan

oleh Majlis Perbandaran Jasin kepada orang awam yang melanggar undang-undang

kecil Majlis Perbandaran Jasin khususnya berkaitan tempat letak kereta yang telah

diwartakan. Ianya merupakan sistem yang mudah digunakan dan mesra pengguna.

Sistem ini juga telah ditambah baik dengan menghapuskan halaman mengunci

masuk kod pengguna dan kata laluan seperti sebelum ini. Melalui pembaharuan

sistem ini, orang awam hanya perlu memasukkan nombor kenderaan untuk

membuat semakan kompaun.

Dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang ada di

Majlis Perbandaran Jasin, adalah menjadi harapan pihak pengurusan Majlis

Perbandaran Jasin agar sistem ini dapat memberi pendedahan perkembangan

teknologi kepada orang awam. Sistem e-Semakan Kompaun ini dibuka kepada

orang awam dengan melayari laman sesawang Majlis Perbandaran Jasin.

Melaluinya, orang awam boleh mengakses sistem ini dari mana-mana tempat

melalui pelbagai medium teknologi yang ada menerusi capaian internet.

Sistem ini adalah bertujuan bagi menjimatkan masa dan memudahkan orang

awam membuat semakan kompaun yang dikenakan tanpa perlu datang ke pejabat

Majlis Perbandaran Jasin atau tanpa perlu berhubung dengan pihak atau kakitangan

Majlis Perbandaran Jasin.

Page 7: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

5

Bagi pihak pengurusan Majlis Perbandaran Jasin, kakitangan di Majlis

Perbandaran Jasin tidak lagi dibebankan dengan pertanyaan semakan kompaun

oleh orang awam dan mereka boleh menumpukan tenaga dan masa mereka kepada

tugas-tugasan lain.

Selain daripada itu, kewujudan sistem ini dikatakan dapat meningkatkan

akses penyampaian kakitangan Majlis Perbandaran Jasin kepada orang awam. Ia

bukan sahaja dapat memperbaiki perkhidmatan antara pihak Majlis Perbandaran

Jasin dan orang awam malah meningkatkan lagi ketelusan dan mengurangkan

birokrasi.

2.2 OBJEKTIF PROJEK

2.2.1 Meningkatkan Kecekapan Dan Kualiti Perkhidmatan

Melalui Sistem e-Semakan Kompaun ini, kualiti perkhidmatan di setiap

jabatan di Majlis Perbandaran Jasin dapat ditingkatkan dimana semakan kompaun

dapat disampaikan kepada orang awam dengan cepat dan mudah melalui online

tanpa membebankan pihak Majlis Perbandaran Jasin. Dengan itu, kakitangan Majlis

Perbandaran Jasin dapat menumpukan perhatian kepada tugas-tugasan lain.

Secara tidak langsung ini dapat menambahkan produktiviti kakitangan Majlis

Perbandaran Jasin.

2.2.2 Meningkatkan Kepuasan Pelanggan

Dengan menggunakan sistem e-Semakan Kompaun ini, proses semakan

akan menjadi cepat dan bertambah efisyen kerana orang awam tidak perlu datang

ke Pejabat Majlis Perbandaran Jasin dengan tujuan untuk membuat semakan

kompaun, malah orang awam hanya perlu membuat semakan secara online sahaja

dari mana-mana tempat menerusi capaian internet selaras dengan selaras dengan

perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa ini. Dengan

Page 8: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

6

itu, sistem yang mesra pengguna ini dapat meningkatkan kepuasan pelanggan

kerana dapat menjimatkan masa pelanggan untuk membuat semakan sebelum

surat amaran dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Jasin.

2.3 PROSES PELAKSANAAN INOVASI

Sistem e-Semakan Kompaun telah dibangunkan secara in-house dengan

menggunakan bahasa Hypertext Preprocessor atau dikenali PHP dan menggunakan

pangkalan data MySQL.

Data di dalam Sistem e-Semakan Kompaun ini adalah hasil proses integrasi

daripada sistem kompaun dalaman atau dikenali dengan nama eKompaun,

manakala data di dalam sistem eKompaun pula adalah hasil integrasi daripada

peranti yang digunakan oleh pegawai penguatkuasa daripada Jabatan

Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Jasin untuk mengeluarkan kompaun.

Gambar 2: Keadaan kaunter pada ketika ini selepas pelaksanaan sistem e-Semakan

Kompaun, tanpa kaunter 4 untuk semakan kompaun.

Page 9: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

7

2.4 TEMPOH PELAKSANAAN

Modul Sistem Kompaun yang digunakan oleh Majlis Perbandaran Jasin

terkandung di dalam Sistem Login. Pada tahun 2009, pihak Jabatan Kerajaan

Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan

Tempatan telah membangunkan Sistem ePBT dan mengesyorkan agar Majlis

Perbandaran Jasin menukarkan Sistem Login kepada Sistem ePBT.

Apabila negara ini dalam proses ke arah Era Kerajaan Elektronik, Sistem

ePBT online telah dibangunkan pada tahun 2010 yang merangkumi modul taksiran,

sewa dan lesen. Modul kompaun tidak dapat dibangunkan secara online kerana

data di dalam peranti yang digunakan oleh Pegawai Penguatkuasa daripada

Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Jasin tidak boleh di integrasi ke

Sistem ePBT online.

Sehubungan dengan itu, Sistem Kompaun perlu dibangunkan secara

outsource oleh pembekal terpilih pada tahun 2012 bagi melakukan proses data

integrasi antara peranti dengan Sistem Kompaun. Dengan itu, pihak Majlis

Perbandaran Jasin telah membangunkan Sistem e-Semakan Kompaun secara

inhouse untuk digunakan di kaunter-kaunter pembayaran Majlis Pembandaran

Jasin.

Pada tahun 2015, sistem kompaun ini telah ditambahbaik agar lebih mesra

pengguna dengan menghapuskan halaman log masuk bagi memudahkan orang

awam membuat semakan kompaun tanpa perlu membuat pendaftaran dan

melakukan kunci masuk. Sehingga kini, Sistem e-Semakan Kompaun ini masih

kekal digunakan dengan lebih efisyen.

Page 10: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

8

2.5 PERINGKAT PELAKSANAAN

2.5.1 Kajian

Kajian mendapati terdapat orang awam yang terpaksa datang ke Pejabat

Majlis Perbandaran Jasin semata-mata untuk menyemak kompaun atas alasan

kehilangan resit kompaun atau terlepas pandang. Atas alasan tersebut, ada

segelintir orang awam yang mengabaikan untuk membuat pembayaran. Selain

daripada itu, perkara tersebut telah menyebabkan pembaziran bagi orang awam dari

segi tenaga, masa dan wang ringgit untuk datang ke Pejabat Majlis Perbandaran

Jasin.

2.5.2 Cadangan

Berdasarkan kajian diatas, pihak pengurusan Majlis Perbandaran Jasin telah

membuat cadangan agar membangunkan sistem e-Semakan Kompaun secara

online bagi memudahkan orang awam untuk membuat semakan terutama yang

berada di luar negeri Melaka tanpa perlu datang ke pejabat Majlis Perbandaran

Jasin.

2.5.3 Pengekalan

Pembangunan sistem ini akan dikekalkan dan orang awam dibenarkan untuk

melayari sistem ini melalui laman web rasmi Majlis Perbandaran Jasin pada bila-bila

masa kerana tiada penutupan sistem akan dilaksanakan.

2.5.4 Pengkormesialan

Disebabkan sistem ini dibangunkan untuk membantu orang awam membuat

semakan kompaun, sistem ini perlu dikormesialkan agar lebih ramai orang awam

dapat menggunakan sistem ini dengan lebih efisyen.

Page 11: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

9

2.5.5 Perubahan Teratur

Sistem ini telah direka semula dan telah dibangunkan lebih mesra pengguna

dengan menghapuskan halaman log masuk dan kini tiada lagi halaman log masuk

sekiranya orang awam ingin membuat semakan kompaun, dengan itu Sistem e-

Semakan Kompaun ini adalah lebih mudah digunakan dan mesra pengguna.

2.6 KAEDAH PENCETUSAN IDEA

Pihak pengurusan Majlis Perbandaran Jasin meminta agar pihak Jabatan

Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Jasin membuat perbincangan dalaman

antara kakitangan jabatan agar memikirkan kaedah bagi mengurangkan orang

awam menghubungi pihak Majlis Perbandaharan Jasin dan mengurangkan orang

awam berurusan dikaunter untuk tujuan semakan kompaun.

Gambar 3 : Terdapat orang awam mengakses Sistem e-Semakan Kompaun melalui

telefon pintar sementara menunggu urusan di kaunter.

Page 12: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

10

2.7 ELEMEN KOLABORASI

Di dalam proses pembangunan Sistem e-Semakan Kompaun ini, kolaborasi

menjadi elemen penting bagi menjayakan sistem ini kerana projek ini melibatkan

data yang digunapakai di sistem eKompaun milik pembekal. Sistem eKompaun

digunakan oleh Jabatan Penguatkuasa dan Unit Undang-Undang, Majlis

Perbandaran Jasin bagi tujuan pengeluaran notis dan sebagainya. Pihak Majlis

Perbandaran Jasin telah mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama

pembekal bagi membincangkan dengan lebih mendalam berkaitan pangkalan data

yang hendak digunakan bagi proses integrasi kerana pihak Majlis Perbandaran

Jasin menggunakan jenis pangkalan data dan server yang berbeza.

Proses integrasi ini tidak melibatkan semua data. Struktur data dan proses

penyimpanan data di dalam pangkalan data sistem eKompaun dibincangkan agar

selaras dengan pangkalan data yang digunakan untuk Sistem e-Semakan

Kompaun. Antara muka dan pangkalan data sistem semakan dibangunkan oleh

pihak Majlis Perbandaran Jasin, manakala data akan diambil daripada sistem

kompaun melalui proses integrasi.

Gambar 4 : Sesi pengujian sistem e-Semakan Kompaun pada tahun 2016.

Page 13: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

11

2.8 KATEGORI INOVASI

2.8.1 Inovasi Penyampaian Perkhidmatan

Maklumat kompaun yang disampaikan oleh pihak Majlis Perbandaran Jasin

melalui Sistem e-Semakan Kompaun adalah lebih telus kerana maklumat semakan

kompaun ini adalah secara langsung daripada pangkalan data dan tidak melibatkan

penyampaian perkhidmatan oleh kakitangan Majlis Perbandaran Jasin.

Hakikatnya, sistem ini membolehkan sesuatu carian dibuat dengan pantas

dan maklumat dapat disalurkan dengan lebih cepat. Oleh itu, dalam memenuhi

keperluan orang awam, inovasi dalam sistem penyampaian perlu diberi keutamaan

untuk menambah baik mutu perkhidmatan.

2.9 INDIKATOR / CIRI-CIRI UTAMA INOVASI

2.9.1 Memberi Impak Ketara Kepada Pelanggan

Selaras dengan perkembangan pembangunan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT), ia memudahkan orang awam untuk membuat semakan kompaun

yang boleh didapati hanya dihujung jari sahaja tanpa membuang masa, tenaga dan

wang ringgit.

2.9.2 Memanfaatkan Penggunaan Teknologi

Pada era globalisasi seperti yang terjadi pada saat ini, teknologi sudah

menjadi salah satu keperluan dalam kehidupan orang ramai. Sehubungan itu,

penambahbaikan dalam memperkenalkan Sistem e-Semakan Kompaun boleh

meningkatkan penggunaan serta pendedahan teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT) di kalangan orang awam.

Page 14: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

12

2.10 INPUT PELANGGAN DIAMBIL KIRA DALAM PERINGKAT

PENGHASILAN INOVASI

2.10.1 Permulaan, Peringkat Pertengahan dan Peringkat Akhir

Dalam peringkat penghasilan Sistem e-Semakan Kompaun ini, orang awam

terlibat secara langsung sejak mula dibangunkan sehingga ke peringkat akhir

pembangunan kerana pelaksanaan sistem ini melibatkan data orang awam. Tanpa

data orang awam, sistem ini tidak dapat diwujudkan.

2.11 MEKANISME MAKLUM BALAS PELANGGAN

Maklumbalas pelanggan berkaitan Sistem e-Semakan Kompaun ini

melibatkan maklumbalas di Sistem ePBT Online seperti di Rajah 1 dan

maklumbalas di laman web rasmi Majlis Perbandaran Jasin seperti di Rajah 2.

Rajah 1

Page 15: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

13

Rajah 2

Page 16: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

14

3. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

Terdapat pelbagai impak sebelum dan selepas inovasi ini dihasilkan.

Antaranya adalah seperti di Jadual 1.

SEBELUM INOVASI SELEPAS INOVASI

Pegawai

Bertugas

Salah seorang pegawai

daripada Jabatan

Penguatkuasaan, Majlis

Perbandaran Jasin akan

bertugas secara bergilir di

kaunter Majlis Perbandaran

Jasin untuk berurusan

dengan orang awam

berkaitan semakan kompaun

Tiada lagi pegawai daripada

Jabatan Penguatkuasaan,

Majlis Perbandaran Jasin yang

akan bertugas di kaunter Majlis

Perbandaran Jasin dan mereka

boleh menumpukan perhatian

kepada tugas-tugasan lain.

Halaman Log

Masuk

Data pengguna sistem perlu

disimpan di dalam pangkalan

data sehingga menyebabkan

ruang di dalam server

semakin kecil atau sempit.

Data pengguna sistem tidak

perlu disimpan di dalam

pangkalan data dan perkara ini

dapat menjimatkan ruang

penyimpanan data di dalam

server.

Urusan

Dikaunter

Orang awam datang

berurusan di kaunter untuk

membuat semakan kompaun.

Tiada orang awam datang

berurusan dikaunter semata-

mata untuk membuat semakan

kompaun melainkan datang

untuk membuat pembayaran.

Page 17: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

15

SEBELUM INOVASI SELEPAS INOVASI

Masa Orang awam memerlukan

masa untuk membuat

semakan kompaun kerana

perlu hadir ke Pejabat Majlis

Perbandaran Jasin.

Orang awam hanya perlu

melayari laman web Majlis

Perbandaran Jasin dan klik ke

sistem eKompaun untuk

membuat semakan dari mana-

mana tempat dengan capaian

internet.

Jadual 1

3.1 ANTARAMUKA SISTEM SEBELUM INOVASI DIHASILKAN

Rajah 3 merupakan antaramuka sebelum inovasi yang mempunyai halaman

kunci masuk sebelum orang awam membuat semakan kompaun.

Rajah 3

Page 18: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

16

Rajah 4 merupakan antaramuka sebelum inovasi yang menunjukkan

halaman semakan kompaun selepas log masuk.

Rajah 4

3.2 ANTARAMUKA SISTEM SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

Rajah 5 merupakan antaramuka selepas inovasi dihasilkan, halaman log

masuk telah dihapuskan bagi memudahkan orang awam membuat semakan hanya

dengan satu (1) butang klik sahaja.

Rajah 5

Page 19: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

17

4. IMPAK INOVASI

4.1 Agensi / Jabatan

Impak inovasi kepada Majlis Perbandaran Jasin boleh mengurangkan

kesilapan penyampaian maklumat kepada orang awam sekaligus dapat

meningkatkan kecekapan penyampaian maklumat secara berkesan.

Meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan di Jabatan Penguatkuasaan,

Majlis Perbandaran Jasin kerana tidak dibebani dengan semakan kompaun oleh

orang awam dan hanya perlu memberi perhatian kepada tugas-tugasan yang lain.

4.2 Rakyat

Pendedahan kepada teknologi tekini, tanpa adanya pembaharuan terutama

dalam penguasaan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini,

pemikiran orang awam akan terus di takuk lama.

Menjimatkan masa orang awam untuk hadir ke pejabat Majlis Perbandaran

Jasin dengan tujuan membuat semakan kompaun. Proses semakan kompaun yang

lebih efisyen dan mesra pelanggan adalah memudahkan orang awam membuat

semakan. Selain daripada itu, data yang terus daripada pangkalan data akan

meningkatkan sifat kepercayaan orang awam terhadap Sistem e-Semakan

Kompaun tersebut.

Page 20: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

18

5. ELEMEN INOVASI

5.1 Inovatif / Kreativiti

Pada dasarnya sistem semakan kompaun ini dibangunkan dengan

menggunakan dua (2) halaman iaitu halaman log masuk dan halaman semakan.

Apabila dibincangkan semula secara dalaman bersama kakitangan Jabatan

Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Jasin, halaman log masuk tersebut tidak

diperlukan kerana membebankan pengguna dan tidak mesra pelanggan. Jadi, pihak

Jabatan Teknologi Maklumat membuat keputusan agar sistem kompaun

ditambahbaik dengan menghapuskan halaman log masuk supaya proses semakan

lebih mudah dan efisyen.

5.2 Keberkesanan

Selepas Sistem e-Semakan Kompaun ditambahbaik, produktiviti dikalangan

kakitangan Majlis Perbandaran Jasin dapat ditingkatkan apabila satu bebanan untuk

memberi maklumbalas kepada orang awam berkenaan semakan kompaun dapat

dikurangkan. Kakitangan Majlis Perbandaran Jasin mempunyai kini diberi ruang

dan peluang untuk menumpukan perhatian kepada tugas-tugasan lain dengan lebih

fokus.

5.3 Signifikan

Perkhidmatan penyampaian maklumat berkenaan kompaun melalui sistem ini

sudah semestinya mesra pelanggan kerana ianya mudah digunakan dengan hanya

memasukkan maklumat kenderaan dan klik cari. Ianya selari dengan kemajuan dan

perkembangan era teknologi masa kini, segala maklumat hanya dihujung jari.

Page 21: ISI KANDUNGAN - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2366-e-semakan-kompaun.pdf · pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020, terus komited untuk

Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka 2017(ICT) e-Semakan Kompaun

19

5.4 Relevan

Melalui Sistem Semakan Secara Online ini,terdapat beberapa pengurangan

orang awam yang berurusan tentang semakan kompaun samada di Kaunter Majlis

Perbandaran Jasin atau melalui telefon.

6. PENUTUP

Penambahbaikan Sistem ekompaun kepada Sistem e-Semakan Kompaun ini

serba sedikit dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan kepada pengurusan

Majlis Perbandaran Jasin apabila dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada

tugas-tugasan lain yang lebih mendatangkan hasil kepada Majlis Perbandaran

Jasin.

Orang awam juga diberi pendedahan kepada perkembangan teknologi terkini

dimana segala maklumat boleh didapatkan daripada mana-mana media dengan

capaian internet kerana kebanyakan orang awam mempunyai media pintar yang

membolehkan maklumat disampaikan dengan cepat.

Memudahkan orang awam yang berada di luar negeri Melaka membuat

semakan tanpa perlu membuang masa, tenaga dan wang ringgit untuk berhubung

atau berurusan dengan pejabat Majlis Perbandaran Jasin.

Akhir sekali, sistem yang mesra pelanggan dan memudahkan pelanggan

adalah salah satu impian orang awam agar tidak dibebani dengan loading terlampau

lama dan sebagainya.