(sistem caj warisan ) -...

21
LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 1 LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (SISTEM CAJ WARISAN) 1. PENGENALAN a) Latar Belakang Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) yang dahulunya dikenali sebagai Unit Komputer, Jabatan Ketua Menteri Melaka telah ditubuhkan pada tahun 1987 beralamat di Blok A, Tingkat 3, Seri Negeri, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka dan dianggotai oleh 2 orang kakitangan sahaja. Pejabat ini telah berpindah ke Seri Negeri, Ayer Keroh pada tahun 1999 dengan pertambahan kakitangan seramai 11 orang dan seterusnya bertambah dari masa ke semasa serta dinamakan sebagai Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat (BPTM). Pada tahun 2014, penstrukturan semula telah dilaksanakan dan nama BPTM telah dipinda kepada Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kini, BTMK dianggotai seramai 51 orang kakitangan yang diterajui oleh Ketua ICT Negeri Melaka. BTMK berperanan dalam menyediakan perkhidmatan ICT kepada semua Bahagian/Unit/Seksyen di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka termasuk Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri yang lain dalam pelaksanaan program- program dan aktiviti ICT yang telah ditetapkan agar Jabatan/Agensi berkenaan menjadi lebih produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan fungsi-fungsinya.

Upload: nguyenliem

Post on 13-Aug-2019

271 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 1

LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

(SISTEM CAJ WARISAN)

1. PENGENALAN

a) Latar Belakang Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK)

Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) yang dahulunya

dikenali sebagai Unit Komputer, Jabatan Ketua Menteri Melaka telah

ditubuhkan pada tahun 1987 beralamat di Blok A, Tingkat 3, Seri Negeri,

Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka dan dianggotai oleh 2 orang kakitangan

sahaja.

Pejabat ini telah berpindah ke Seri Negeri, Ayer Keroh pada tahun 1999

dengan pertambahan kakitangan seramai 11 orang dan seterusnya

bertambah dari masa ke semasa serta dinamakan sebagai Bahagian

Perkhidmatan Teknologi Maklumat (BPTM).

Pada tahun 2014, penstrukturan semula telah dilaksanakan dan nama

BPTM telah dipinda kepada Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Kini, BTMK dianggotai seramai 51 orang kakitangan yang diterajui oleh

Ketua ICT Negeri Melaka.

BTMK berperanan dalam menyediakan perkhidmatan ICT kepada semua

Bahagian/Unit/Seksyen di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka termasuk

Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri yang lain dalam pelaksanaan program-

program dan aktiviti ICT yang telah ditetapkan agar Jabatan/Agensi

berkenaan menjadi lebih produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan

fungsi-fungsinya.

Page 2: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 2

Visi BTMK

Untuk menjadikan Jentera Pentadbiran Negeri Melaka suatu jentera

pentadbiran yang termoden, produktif, cekap dan berkesan dalam

menjalankan fungsi-fungsinya dengan memanfaatkan sepenuhnya

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Misi BTMK

Untuk menjadikan ICT sebagai teras dalam perlaksanaan semua aktiviti

jentera pentadbiran Negeri Melaka.

Piagam Pelanggan berkaitan dengan Projek Inovasi

Inovasi yang dijalankan mempunyai kaitan dengan Piagam Pelanggan

BTMK yang ke-6 iaitu menyediakan laporan keperluan pengguna bagi

pembangunan sistem/ aplikasi dalam tempoh 30 hari selepas permohonan

lengkap diterima.

Objektif BTMK

Memberi perkhidmatan ICT yang diperlukan kepada semua Bahagian/ Unit/

Seksyen di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka termasuk Jabatan/

Agensi Kerajaan Negeri yang lain dalam pelaksanaan program-program

dan aktiviti ICT yang telah ditetapkan agar Jabatan/ Agensi berkenaan

menjadi lebih produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan fungsi-

fungsinya.

Fungsi Utama BTMK

i) Merancang, merangka dan menentukan hala cara penggunaan dan

keperluan ICT Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan mengambil

keperluan Jabatan Kerajaan Negeri yang lain;

ii) Melaksanakan bersama dengan Jabatan / Agensi terlibat program ICT

yang telah ditetapkan oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka,

Kementerian-kementerian dan Agensi Kerajaan Persekutuan;

iii) Mengendalikan serta memberi perkhidmatan ICT yang berkaitan

kepada Jabatan Ketua Menteri dan Jabatan Kerajaan Negeri yang lain;

Page 3: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 3

iv) Memantau dan menilai keberkesanan penggunaan ICT dalam

pelaksanaan sesuatu program dan mencadangkan alternatif yang lebih

berkesan; dan

v) Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal serta bimbingan

teknikal diperlukan.

b) Pengenalan mengenai inovasi

i. Tujuan Projek Inovasi

Caj warisan (CW) merupakan caj yang dikenakan kepada pengusaha

hotel termasuk pengusaha townstay, kampungstay dan homestay yang

berlesen di Melaka. Pengusaha perlu mengisytihar bilangan bilik yang

disewa setiap minggu dan membuat bayaran setiap dua bulan sekali

kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) antaranya Majlis Bandaraya

Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

(MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis

Perbandaran Jasin (MPJ) selaras dengan Garis Panduan Kutipan Caj

Warisan Negeri Melaka.

Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)

bersetuju supaya CW dikenakan bermula bulan April 2012.

Berdasarkan Undang-Undang Kecil (Pindaan) 2012 yang

dikuatkuasakan oleh setiap PBT, kadar CW yang dikenakan sebanyak

RM2.00 perlu dibayar oleh pengusaha kepada PBT bagi setiap bilik

yang disewa oleh pelancong.

Selaras dengan perlaksanaan Teknologi Hijau di Negeri Melaka,

JKMM melalui Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK)

telah membangunkan Sistem Caj Warisan (SCW) secara in-house

tanpa melibatkan sebarang kos. Sistem ini berfungsi untuk

mengisytihar bilangan bilik serta mencetak bil bagi pembayaran CW

oleh pengusaha. Selain itu, tujuan sistem ini dibangunkan adalah untuk

menangani kelewatan laporan CW serta ketirisan hasil Kerajaan

Negeri.

Page 4: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 4

Selain itu, impak besar yang terbukti dengan perlaksanaan SCW ini

adalah ciptaan nilai (value creation) dengan penjimatan kos kepada

kerajaan dan peningkatan produktiviti kakitangan serta selari dengan

Misi Kerajaan Negeri untuk meningkatkan status Negeri Mampan

menerusi penggunaan Teknologi dan Amalan Hijau (Green Techology

State) dalam kualiti persekitaran jabatan sekali gus menaikkan imej

jabatan bertepatan dengan slogan Berkat, Tepat, Cepat yang

diterapkan dalam kerja seharian.

Ciri-ciri

Sistem Caj warisan ini dibangunkan secara web based untuk

kegunaan rakyat menerusi capaian internet. Ia mudah dicapai melalui

pelbagai browser seperti Internet Explorer terkini, Mozilla Firefox,

Google Chrome, Opera , Safari dan sebagainya. Selain itu,

pemantauan oleh pengurusan tertinggi di peringkat negeri atau PBT

dapat dilaksanakan secara real-time.

Sistem ini boleh dicapai melalui https://cw.melaka.gov.my yang

menyediakan fungsi-fungsi seperti berikut:

Mengisytihar Caj Warisan (Rajah 1).

Menjana senarai bil dan cetak bil (Rajah 2).

Bil Caj Warisan (Rajah 3).

Profil (Rajah 4).

Page 5: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 5

Rajah 1: Isytihar Caj Warisan

Rajah 2: Senarai Bil dan Cetak Bil

Page 6: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 6

Rajah 3: Bil Caj Warisan

Rajah 4: Profil

Page 7: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 7

ii. Objektif

Sistem ini dibangunkan selaras dengan pelaksanaan Teknologi

Hijau di Negeri Melaka;

Selaras dengan peranan BTMK untuk menyediakan perkhidmatan

ICT supaya fungsi-fungsi jabatan/bahagian menjadi lebih

produktif, cekap dan berkesan;

Sistem ini dibangunkan dengan mengambil kira penjimatan kos,

masa dan sumber tenaga; dan

Menggalakkan kolaborasi dengan jabatan/agensi lain.

iii. Proses Pelaksanaan Inovasi

Selaras dengan pelaksanaan Teknologi Hijau di Negeri Melaka, JKMM

melalui Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) telah

membangunkan Sistem Caj Warisan secara in-house tanpa melibatkan

sebarang kos.

iv. Tempoh pelaksanaan

Berdasarkan Pelan Strategik ICT Negeri Melaka 2014-2018, Teras

Strategik ICT bagi Pemantapan Aplikasi dan Perkongsian Maklumat

menetapkan strategi untuk menaik taraf aplikasi SCW. Mengikut

strategi yang dirancang, sistem dibangunkan dan pengujian nyah ralat

telah dilaksanakan pada April 2014 dan mula beroperasi sepenuhnya

pada 1 Januari 2016.

v. Peringkat/ Lokasi Pelaksanaan

Antara agensi yang terlibat:

Pihak hotel (yang berlesen)

Empat (4) PBT iaitu:

- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

- Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)

- Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

Unit Kerajaan Tempatan,Jabatan Ketua Menteri Melaka

Page 8: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 8

vi. Implikasi Kewangan

Sistem CW ini dibangunkan secara dalaman oleh Bahagian Teknologi

dan Maklumat (BTMK) dan tiada kos digunakan sepanjang

pembangunan sistem.

vii. Kaedah Pencetusan Idea:

Pengurusan atasan dan warga/ pelanggan

viii. Elemen Kolaborasi

Cetusan idea dari pihak Pengurusan dari Unit Kerajaan Tempatan.

ix. Kategori Inovasi

Inovasi penyampaian perkhidmatan.

x. Indikator/ciri-ciri utama Inovasi adalah seperti:

memberi impak ketara kepada pelanggan apabila pihak

pengusaha hotel tidak lagi memerlukan masa yang lama ketika

berurusan di kaunter PBT untuk membayar Caj Warisan;

memanfaatkan penggunaan teknologi dimana data kutipan yang

dilaporkan merupakan kutipan terkini pada bulan berkenaan dan

akan memudahkan carian dalam sistem;

meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos seperti

tenaga kerja dapat dioptimumkan, memudahkan pemantauan di

peringkat PBT serta proses kerja lebih cepat dan teratur; dan

memperkenalkan pendekatan baharu iaitu pembudayaan Amalan

Hijau dalam kualiti persekitaran jabatan dapat diterapkan.

Page 9: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 9

xi. Input Pelanggan diambil kira dalam peringkat penghasilan inovasi

Peringkat akhir

Pengujian akhir telah dijalankan bersama pihak UKT,PBT dan

Hotel pada 29-30 Mac 2016 di Open University.

Peringkat pertengahan

Pengujian dan penambah baikan sistem telah dibuat bersama

pihak UKT dan pihak PBT pada 27 Ogos 2015

Permulaan

Sistem ini merupakan cetusan idea daripada pengurusan atasan

Unit Kerajaan Tempatan dan telah dibangunkan oleh Bahagian

Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Semua peringkat

Sistem Caj Warisan ini telah diguna pakai oleh semua pihak

bermula 1 Mei 2016.

xii. Mekanisme Maklum balas pelanggan

Maklum balas pelanggan adalah dari Whatsapp, panggilan telefon dan

juga e-mel.

2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

2.1 SEBELUM INOVASI

i. Kaedah/ sistem yang digunakan

Penggunaan tiga (3) borang isytihar untuk membayar Caj Warisan.

Jumlah kertas yang digunakan adalah sebanyak 1044 helai kertas.

ii. Masalah-masalah yang dihadapi

Antara masalah-masalah yang telah dikenal pasti adalah:

Page 10: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 10

1) pihak pengusaha hotel lambat melaporkan jumlah kutipan CW

kepada PBT;

2) pihak PBT sukar memantau kutipan CW daripada pengusaha

hotel;

3) laporan secara manual di dalam buku menjadi kesukaran pihak

UKT menerima maklumat kutipan dengan kadar segera;

4) laporan yang diterima tidak tepat serta tiada penyeragaman

bersama PBT;

5) data kutipan CW lewat diterima setiap minggu bagi

dibentangkan didalam Mesyuarat Post Exco Tanah dan

Mesyuarat Post Exco Pelancongan;

6) Perlu menyediakan kakitangan yang bertugas di kaunter lebih

dari seorang;

7) Mengambil masa yang lama untuk berurusan di kaunter;

8) Urusan pembayaran hanya boleh dibuat dalam waktu pejabat

beroperasi; dan

9) Melibatkan kos pengangkutan bagi urusan di kaunter.

iii. Carta alir sebelum inovasi

Rajah 5 dan Rajah 6 di bawah ini menunjukkan carta alir pihak hotel

ke PBT dan pihak PBT ke UKT untuk membayar Caj Warisan sebelum

sistem dibangunkan.

Page 11: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 11

Rajah 5: Carta Alir Pihak Hotel ke PBT (sebelum sistem dibangunkan)

Ya

Mula

Pihak Hotel ke kaunter kewangan PBT

PBT buka

bil

rampai

Tidak

Ya

Pembayaran Caj Warisan

Tamat

Pihak Hotel ke kaunter pelesenan PBT

Pengesahan

bil rampai

Tidak

Page 12: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 12

Rajah 6: Carta Alir Pihak PBT ke UKT (sebelum sistem dibangunkan)

2.2 SELEPAS INOVASI

i. Kaedah/ sistem yang digunakan

Sistem Caj Warisan merupakan sistem yang telah dibangunkan secara

in-house tanpa menggunakan sebarang kos. Sistem ini telah

dibangunkan menggunakan platfom terkini dalam bahasa

pengaturcaraan iaitu PHP Framwork Codeigniter (CI), pangkalan data

MySQL dan Notepad++ sebagai perisian editor. Jadual 3 di bawah

merupakan seni bina yang digunakan bagi pembangunan Sistem Caj

Warisan.

Mula

Resit bayaran dari Jabatan Kewangan dan

Perbendaharaan Negeri Melaka

Bayaran

60% ke

UKT

Tidak

Ya

Tamat

PBT lampirkan laporan pihak Hotel

Page 13: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 13

Jenis Keterangan

Bahasa Pengaturcaraan PHP Framework Codeigniter

Pangkalan Data MySQL

Perisian Editor Notepad++

Jadual 1 – Seni bina bagi Pembangunan

ii. Carta alir selepas inovasi

Rajah 7, Rajah 8 dan Rajah 9 di bawah ini menunjukkan Carta Alir

Modul Hotel, Modul PBT dan Modul UKT selepas sistem dibangunkan.

Rajah 7: Carta Alir Modul Hotel (selepas sistem dibangunkan)

Mula

Login

Isytihar bilik hotel

Hotel

berlesen

Tidak

Ya

Kunci bil

Cetak bil untuk pembayaran kepada PBT

Tamat

Page 14: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 14

Rajah 8: Carta Alir Modul Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (selepas sistem dibangunkan)

Mula

Login

Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv)

Staff

berdaftar

Tidak

Ya

Pilih pembayaran 60% kepada UKT mengikut tahun dan bulan

Cetak bil untuk pembayaran ke UKT

Tamat

Semakan laporan (mengikut PBT masing-masing)

Kemaskini bil

(sekiranya pihak Hotel tersilap dalam kunci bil)

Page 15: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 15

Rajah 9: Carta Alir Modul Unit Kerajaan Tempatan (UKT) (selepas sistem dibangunkan)

Mula

Login

Daftar pengguna baru untuk kakitangan PBT dan UKT

Staff

berdaftar

Tidak

Ya

Kemaskini bayaran 60%

(sekiranya berlaku kesilapan daripada pihak PBT)

Semakan rekod bayaran 60% ( bayaran PBT ke UKT)

Tamat

Semakan Laporan

Masukkan takwim bayaran bagi pihak PBT dan Hotel

Page 16: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 16

3. IMPAK INOVASI

3.1 AGENSI/ JABATAN

Meningkatkan tahap kemahiran dan kompetensi kakitangan BTMK

melalui pembangunan sistem secara in-house dan kolaborasi dengan

jabatan/agensi lain.

3.2 PERKHIDMATAN AWAM

Menggalakkan kolaborasi dengan Jabatan/ Agensi lain melalui

perkongsian teknologi.

3.3 RAKYAT/ PERNIAGAAN

Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang mampan kepada

rakyat hasil dari produk yang dicipta.

3.4 KUMPULAN SASAR

Menyediakan platform perkongsian perkhidmatan dan kemudahan yang

bersepadu kepada Jabatan/ Agensi dan rakyat dalam memanfaatkan

produk yang dihasilkan.

4. ELEMEN INOVASI

4.1 INOVATIF/ KREATIVITI

i. Keaslian

Sistem Caj Warisan merupakan salah satu sistem milik penuh

Kerajaan Negeri Melaka yang tidak terdapat di negeri-negeri lain di

Malaysia. Sistem ini merupakan yang pertama dilaksanakan di negara

ini yang melibatkan kolaborasi agensi dan integrasi merentas agensi.

Agensi yang terlibat adalah :

Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK);

Unit Kerajaan Tempatan (UKT);

empat (4) Pihak berkuasa Tempatan (PBT); dan

348 pengusaha hotel di Negeri Melaka.

Page 17: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 17

ii. Adaptasi

Projek ini telah dibangunkan secara dalaman oleh seorang Pegawai

Teknologi Maklumat dan seorang Penolong Pegawai Teknologi

Maklumat di Unit Pembangunan Bahgian Teknologi Maklumat (BTMK)

di Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM). Dengan ini penjimatan kos

pembangunan dapat dikurangkan dengan menggunakan kepakaran

dalaman dan teknologi sumber terbuka sedia ada.

4.2 KEBERKESANAN

i. Gambaran Faedah Nyata Diperoleh

Sistem ini dibangunkan secara web based untuk kegunaan rakyat

menerusi capaian internet https://cw.melaka.gov.my. Data kutipan

melalui kaedah manual pada bulan Januari dan Februari 2015

sebanyak RM514,480.00 dan diperolehi di PBT pada bulan Mac.

Manakala penerimaan di Kerajaan Negeri adalah pada bulan April.

Ianya akan berterusan sehingga kutipan bulan Disember. Walau

bagaimanapun, setelah SCW digunapakai, data kutipan pada tahun

2016 dapat dilihat pada bulan semasa iaitu bagi bulan Januari 2016

sebanyak RM198,242.00 dan Februari sebanyak RM156,186.00. Maka

kutipan ini dapat dilihat secara real-time. Mulai 2016, peningkatan

sebanyak 5% dapat dilihat melalui penggunaan SCW bagi tahun

pertama penggunaan SCW dengan jumlah pungutan hasil sebanyak

RM3,982,056.00 berbanding RM3,783,956.00 pada tahun 2015.

Rajah 10: Laporan Kutipan Caj Warisan (sehingga 2014) - sebelum penggunaan sistem

Page 18: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 18

Rajah 11: Laporan Kutipan Caj Warisan (sehingga 2015) - sebelum penggunaan sistem

Rajah 12: Laporan Kutipan Caj Warisan (sehingga 2016) - selepas penggunaan sistem

4.3 SIGNIFIKAN

i. Mesra Pelanggan

Laporan di dalam Sistem Caj Warisan boleh dijana dan dicapai secara

real-time oleh stakeholder iaitu YB Setiausaha Kerajaan, Ketua

Penolong Setiausaha Kerajaan Unit Kerajaan Tempatan, Datuk Bandar

serta pihak pengurusan hotel.

ii. Penjimatan masa/ sumber manusia dan meningkatkan produktiviti

Penjimatan Masa

Melalui pengurusan sistem secara atas talian ianya juga akan

menjimatkan masa dan guna tenaga. Mana-mana agensi yang terlibat

tidak perlu membayar apa-apa kos bagi penyediaan SCW. Oleh itu,

Page 19: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 19

jumlah masa yang diperuntukkan untuk hotel mengisytihar bilik,

menghantar borang ke PBT dan menjana bil adalah selama 35 minit

bagi tempoh seminggu untuk 100 borang. Manakala selepas inovasi,

jumlah masa yang diperlukan hanya selama 5 minit sahaja.

Penjimatan Sumber Manusia

Item Sebelum Inovasi Selepas Inovasi Penjimatan

Pegawai

Penguatkuasa

PBT

Memerlukan sekurang-kurangnya seorang Pembantu Penguatkuasa (KP19) di setiap PBT untuk pemantauan di setiap hotel di bawah seliaan.

Gaji bagi Gred KP19 – P1T6 (RM1,360.00).

Jumlah Keseluruhan Gaji bagi 4 PBT RM5,440.00 sebulan.

Tiada penguatkuasa yang terlibat.

Penjimatan sebanyak RM5,440.00

Pegawai

Perlesenan

Memerlukan sekurang-kurangnya dua (2) orang Pembantu Tadbir (N19) dan seorang Pembantu Tadbir Kewangan (W19).

Gaji bagi Gred N19 - P1T6 (RM1,352.00) dan gaji bagi Gred W19 - P1T6 (RM1,353.00).

Jumlah Keseluruhan Gaji bagi agensi RM16,228.00 sebulan.

Memerlukan seorang sahaja Pembantu Tadbir N19 dan seorang Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Penjimatan sebanyak RM5,408

Jadual 2 – Perbandingan Penjimatan Sumber Manusia

Peningkatan Produktiviti

i. Penyediaan laporan kutipan Caj Warisan dan percetakan bil

bertambah cepat dan mudah.

ii. Pemantauan lebih efektif.

4.4 RELEVAN

i. Sumbangan Kepada Pembentukan Ekonomi Yang Tinggi

Page 20: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 20

Selaras dengan prinsip yang digunakan kerajaan iaitu Strategi Lautan

Biru Kebangsaan (NBOS) adalah untuk menekankan kepada prinsip

impak tinggi, melibatkan kos yang rendah, masa pelaksanaan pantas

dan mampan dalam program-program pembangunan kerajaan. Sistem

Caj Warisan ini sejajar dengan prinsip NBOS yang diketengahkan

kerana tiada penglibatan kos dalam pembangunan sistem ini serta

masa pelaksanaan yang digunakan juga adalah singkat.

Selain itu, bagi merealisasikan visi Melaka Maju Negeriku Sayang

Bandar Teknologi Hijau menjelang tahun 2020, kerajaan Negeri

Melaka telah menetapkan sasaran supaya sistem yang dibangunkan

adalah untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi serta

meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti

manusia. Oleh itu, sistem ini dibangunkan bagi mengurangkan

penggunaan kertas dalam melaksanakan pembayaran Caj Warisan.

ii. Usaha Nation Building Yang Berkesan

Sistem Caj Warisan amat berpotensi untuk berkembang dan

mempunyai perancangan masa hadapan dengan penambahbaikan

dan mempunyai outcome yang disasarkan dengan pelaksanaan

perancangan tersebut. Oleh itu, sistem yang responsiveness akan

dibangunkan di dalam mobile version. Aplikasi ini mempunyai potensi

yang tinggi untuk berkembang ke arah yang lebih baik kerana ianya

dapat memudahkan tugas agensi atau jabatan yang terlibat dalam

memeriksa dan memantau laporan isytihar bilik dan bayaran yang

dibuat.

Tambahan lagi, Sistem Caj Warisan ini berpotensi menyediakan

kemudahan pembayaran Caj Warisan secara atas talian. Sistem ini

akan berintegrasi dengan Portal Pembayaran Bersepadu Negeri

Melaka (e-bayar) yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri

Melaka pada tahun 2014.

Page 21: (SISTEM CAJ WARISAN ) - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2344-sistem-caj-warisan.pdf · Muat naik maklumat pembayaran hotel (dalam format .csv) Staff

LAPORAN INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 21

5. PENGIKTIRAFAN DITERIMA

Jabatan Ketua Menteri Melaka telah memperoleh Pensijilan ISMS ISO/IEC

27001:2013 semenjak tahun 2012. Pensijilan tersebut merangkumi penilaian

terhadap aset-aset yang terlibat di Pusat Data dan juga DRC termasuklah aset

berkaitan Sistem Caj Warisan. Selain itu, sistem ini telah menyertai

Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Melaka

Tahun 2016.

Selain itu, Kerajaan Negeri telah menerima kunjungan daripada jabatan/agensi

luar iaitu daripada Pejabat Setiausaha Negeri Terengganu, Pejabat Setiausaha

Negeri Pahang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian

Pelancongan Malaysia, Putrajaya bagi sesi "Knowlegde Sharing" tentang

sistem yang dibangunkan.

6. PENUTUP

Kesimpulannya, Sistem Caj Warisan yang dibangunkan adalah untuk

memudahkan tugas agensi-agensi yang terlibat seperti Unit Kerajaan

Tempatan (UKT), empat (4) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga pihak

pengusaha hotel. Sistem ini juga menyokong kepada dasar yang dijalankan

oleh Kerajaan Negeri Melaka iaitu Dasar Teknologi Hijau dimana penggunaan

kertas dapat dikurangkan serta dapat menerapkan Pembudayaan Amalan

Hijau dalam kualiti persekitaran jabatan. Sejajar dengan itu, BTMK juga

memberi perkhidmatan IT yang diperlukan dan memudahkan pemantauan di

peringkat PBT dan UKT dengan cepat dan tepat.

Disediakan oleh:

Unit Transformasi Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi