ringkasan eksekutif -...

20
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN) 1 GIS KIOSK MPHTJ RINGKASAN EKSEKUTIF Hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadi negara berdaya saing dan ke arah penduduk berpendapatan tinggi dapat dilihat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di mana, kerajaan berusaha untuk mentransformasikan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia. Dalam RMK-10, kerajaan Malaysia telah merancang untuk menggunakan pendekatan keseluruhan kerajaan untuk memastikan isu peningkatan harapan dan tuntutan terhadap perkhidmatan awam yang melibatkan beberapa agensi dapat ditangani dengan memberi tumpuan kepada rakyat. Pihak kerajaan sentiasa memberi perhatian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan memberi tumpuan kepada perkhidmatan pelanggan. Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan bukan sahaja tertumpu kepada penambahbaikan sistem dan proses kerja sahaja, malah perhatian yang sewajarnya juga perlu diberi kepada aspek meningkatkan jalinan hubungan antara organisasi dengan pelanggan-pelanggannya. Jabatan Perancangan Bandar MPHTJ melalui satu perlaksanaan berlandaskan inovasi telah pun membangunkan “Geografical Information System KIOSK” atau lebih dikenali dengan nama GIS KIOSK secara layan diri bagi menggantikan kaedah lama iaitu layanan di kaunter perkhidmatan. Pendekatan ini memberi fokus kepada penyampaian perkhidmatan yang berteraskan keperluan pelanggan di mana pelanggan diberi layanan sebagai individu bukannya sebagai salah satu komponen dalam proses penyampaian perkhidmatan. Permasalahan yang dihadapi oleh Jabatan Perancangan Bandar, MPHTJ berkaitan dengan sistem kaunter adalah dari segi masa dan penggunaan gunatenaga dapat diatasi melalui inovasi yang telah dihasilkan.

Upload: others

Post on 22-Oct-2019

88 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

1

GIS KIOSK MPHTJ

RINGKASAN EKSEKUTIF Hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadi negara berdaya saing dan ke arah penduduk

berpendapatan tinggi dapat dilihat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di

mana, kerajaan berusaha untuk mentransformasikan kerajaan ke arah

mentransformasikan Malaysia. Dalam RMK-10, kerajaan Malaysia telah merancang untuk

menggunakan pendekatan keseluruhan kerajaan untuk memastikan isu peningkatan

harapan dan tuntutan terhadap perkhidmatan awam yang melibatkan beberapa agensi

dapat ditangani dengan memberi tumpuan kepada rakyat.

Pihak kerajaan sentiasa memberi perhatian untuk meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan memberi tumpuan

kepada perkhidmatan pelanggan. Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan

bukan sahaja tertumpu kepada penambahbaikan sistem dan proses kerja sahaja, malah

perhatian yang sewajarnya juga perlu diberi kepada aspek meningkatkan jalinan hubungan

antara organisasi dengan pelanggan-pelanggannya. Jabatan Perancangan Bandar

MPHTJ melalui satu perlaksanaan berlandaskan inovasi telah pun membangunkan

“Geografical Information System KIOSK” atau lebih dikenali dengan nama GIS KIOSK

secara layan diri bagi menggantikan kaedah lama iaitu layanan di kaunter perkhidmatan.

Pendekatan ini memberi fokus kepada penyampaian perkhidmatan yang berteraskan

keperluan pelanggan di mana pelanggan diberi layanan sebagai individu bukannya

sebagai salah satu komponen dalam proses penyampaian perkhidmatan. Permasalahan

yang dihadapi oleh Jabatan Perancangan Bandar, MPHTJ berkaitan dengan sistem

kaunter adalah dari segi masa dan penggunaan gunatenaga dapat diatasi melalui inovasi

yang telah dihasilkan.

Page 2: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

2

GIS KIOSK MPHTJ

1.0 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK

Perkhidmatan kaunter adalah salah satu perkhidmatan barisan hadapan yang

terpenting dalam sesuatu organisasi. Imej sesuatu organisasi sering dipengaruhi

oleh kualiti perkhidmatan di kaunter yang diberikan. Ketidakcekapan dalam

perkhidmatan ini boleh menimbulkan masalah rasa tidak puas hati pelanggan

terhadap organisasi seperti menunggu yang terlalu lama dan tempoh masa yang

lama bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Kaunter perkhidmatan maklumat „Geographical Information System‟ (GIS) di

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dikendalikan oleh Jabatan

Perancangan Bandar. Pelanggan utama bagi mendapatkan perkhidmatan ini

terdiri daripada pemaju, perunding, pelajar serta masyarakat awam. Kaedah

yang digunapakai iaitu melalui paparan skrin komputer dan terus kepada

pelanggan adalah kaedah yang lama di mana perkhidmatan ini memerlukan

pegawai di kaunter bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Sejajar dengan perkembangan teknologi dalam era 'Information and Communication

Technology' iaitu ICT, Jabatan Perancangan Bandar, MPHTJ telah melaksanakan

inisiatif baru bagi memudahkan perkhidmatan kaunter dengan perkhidmatan

GIS „Touch Screen‟ atau lebih dikenali dengan GIS KIOSK. GIS KIOSK yang

terdapat di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) ini boleh ditakrifkan

sebagai medium penyaluran maklumat berasaskan „mapping system‟ dan

informasi “di hujung jari” bagi memudahkan urusan penyampaian data dan

perkhidmatan awam di antara kerajaan dan orang awam (pemaju / perunding /

pelajar / orang ramai).

Page 3: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

3

GIS KIOSK MPHTJ

1.1 Matlamat

“Meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian

perkhidmatan melalui GIS KIOSK ke arah penyampaian perkhidmatan yang

bersepadu dan lancar”

1.2 Objektif

i. Mengurangkan kadar kebergantungan tenaga kerja di kaunter.

ii. Penyampaian secara terus kepada pelanggan berkonsepkan „layan diri‟

iii. Penyampaian maklumat secara tepat dan pantas.

iv. Meminimumkan tenaga kerja sediaada.

1.3 Fungsi Kaunter Perancangan

Jabatan Perancang Bandar telah diamanahkan sebagai Jabatan yang

bertanggungjawab untuk melayan pelangan di kaunter dari segi khidmat

nasihat perancangan di dalam berntuk geospatial. Pelanggan luaran yang terdiri

dari pemaju, perunding, pelajar serta orang awam ini datang ke kaunter bagi

mendapatkan maklumat mengenai pembangunan fizikal serta info-info berkaitan

dengan cadangan pemajuan di dalam kawasan Majlis Perbandaran Hang Tuah

Jaya.

Page 4: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

4

GIS KIOSK MPHTJ

PENGARAH

RAFIDAH BINTI HAJI. JAAPAR

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J48

PENOLONG PENGARAH

MOHD AZHAR BIN SOOT

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41

BAHAGIAN PENGURUSAN & PERANCANGAN

KUALITI

UNIT PENGURUSAN

PERANCANGAN DAN

KUALITI

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR

DAN DESA JA 29

NURUL AKMA BT AB AZIZ

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR

DAN DESA JA 29

ROSLI BIN PUASA

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR

DAN DESA JA 29

NOOR HIDAYAH BINTI KARIM

PEN. PEG. SENIBINA

JA 29

MUHAMMAD SYAFIQ BIN IDRIS

UNIT KAWALAN UNIT GIS

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR

DAN DESA JA 29

AISHAH BINTI ABU LATIFF

BAHAGIAN KAWALAN PERANCANGAN DAN

PEMBANGUNAN GISBAHAGIAN RANCANGAN PEMBANGUNAN

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR

DAN DESA JA 29

(KOSONG - KONTRAK)

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR

DAN DESA JA 29

NUR INSYIRAH BINTI LATIB

UNIT PENTADBIRAN &

KEWANGAN

PEM. TADBIR P/O 1 (N19)

NUR‟ EMILIA BINTI AGUSMILAS

PEM. TADBIR P/O 1 (N19)

NABILAH BINTI HJ ARSAT

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR

JA 29

ROSLI BIN PUASA

PEN. PEG. SENIBINA

JA 29

MUHAMMAD SYAFIQ BIN IDRIS

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR

JA 29

NOOR HIDAYAH BINTI KARIM

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR

JA 29

NUR INSYIRAH BINTI LATIB

PEM. TADBIR P/O (N19)

NUR‟ EMILIA BINTI AGUSMILAS

PEM. TADBIR P/O 1 (N19)

NABILAH BINTI HJ ARSAT

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR

JA 29 (KONTRAK)

KOSONG

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR

JA 29

NURUL AKMA BT AB AZIZ

PEN. PEG. PERANCANG BANDAR

JA 29

AISHAH BINTI ABU LATIFF

Rajah 1.1 Gambaran Kaunter Perancangan

1.4 Organisasi Jabatan.

Jabatan Perancang Bandar mempunyai kekuatan anggota seramai 10 orang

dan diketuai oleh Pengarah Perancang Bandar, Puan Rafidah Binti Haji Jaapar

dari Gred J48. Jabatan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagian Kawalan

Perancangan dan Pembangunan GIS, Bahagian Rancangan Pembangunan serta

Bahagian Pengurusan dan Perancangan Kualiti. Ketiga tiga unit ini dibantu oleh

Penolong Pengarah iaitu Encik Mohd Azhar Bin Soot. Berikut merupakan carta

organisasi Jabatan Perancang, MPHTJ seperti di Rajah 1.2

PENGARAH J48

RAFIDAH BINTI HAJI JAAPAR

PENOLONG PENGARAH J41

MOHD AZHAR BIN SOOT

Page 5: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

5

GIS KIOSK MPHTJ

Rajah 1.2 Carta Organisasi Jabatan Perancang Bandar, MPHTJ.

2.0 TINDAKAN PENYELESAIAN

2.1 Kronologi Penyelesaian Masalah di Kaunter.

Penyampaian perkhidmatan di kaunter Jabatan Perancang Bandar, MPHTJ ini

merupakan salah satu skop tugas yang perlu dititik beratkan bagi memberikan

perkhidmatan kelas pertama kepada orang awam. Permasalahan utama yang

dihadapi bagi Jabatan adalah kekangan gunatenaga di mana tugas-tugas hakiki

yang lain perlu diselesaikan bagi menepati piagam Jabatan. Walau bagaimanapun,

pihak Jabatan begitu komited di dalam program penambahbaikan sistem

penyampaian perkhidmatan melalui kaunter. Melalui sesi „brainstorming‟ Jabatan

Perancang Bandar MPHTJ, beberapa pendekatan telah dirancang dan pihak jabatan

sebulat suara menyatakan hasrat untuk menambahbaik sistem kaunter perancangan

ini kepada sistem kiosk. Oleh yang demikian, satu cadangan bagi mewujudkan

GIS KIOSK ini telah dirangka dan dibangunkan.

Page 6: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

6

GIS KIOSK MPHTJ

Rajah 2.1 Antara perbincangan awal bagi mewujudkan system GIS KIOSK

GIS KIOSK ini telah melalui fasa pembangunan lebih kurang 24 bulan di mana

perbincangan mengenainya telah diadakan sejak Tahun 2016. Walau bagaimanapun

bermula pada Tahun 2017, peruntukkan telah pun diberikan kepada Jabatan bagi

melaksanakan inisiatif ini. (Rajah 2.2) Pengisian maklumat di dalam GIS KIOSK ini

dipelbagaikan kepada informasi yang lain di mana bukan sahaja maklumat

berkenaan dengan geospatial sahaja tetapi termasuklah maklumat mengenai

struktur MPHTJ, maklumat Bandar Selamat, Pencapaian dan Anugerah MPHTJ

serta maklumat mengenai tapak perkuburan yang dikendalikan oleh MPHTJ.

Rajah 2.2 Gambarajah perlaksanaan GIS KIOSK dari Tahun 2016-2018

2.2 Sasaran Impak

Berdasarkan sesi „brainstorming‟ Jabatan, kaedah penyelesaian yang dirancang ini

bertujuan bagi menyelesaikan beberapa perkara antaranya :

i. Menyelesaikan masalah penggunaan gunatenaga di kaunter.

Page 7: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

7

GIS KIOSK MPHTJ

ii. Menyelesaikan masalah penyampaian perkhidmatan yang lambat.

iii. Kaedah pengemaskinian data yang lebih efisyen.

3.0 KEBERHASILAN PROJEK

3.1 Sebelum Perlaksanaan Projek (Sistem Komputer)

3.1.1 Kaedah Perlaksanaan.

Kaedah yang di gunapakai selama ini adalah layanan melalui sistem

komputer di kaunter di mana pelanggan datang bagi mendapatkan khidmat

nasihat serta perancangan melalui Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran

Hang Tuah Jaya 2025. Selain itu juga pelanggan yang hadir menyemak

Laporan rancangan tempatan secara manual melalui buku yang sediakan.

Kaunter Jabatan Perancang Bandar diletakkan di kaunter utama tetapi

petugas adalah berdasarkan permintaan iaitu sekiranya ada pelanggan yang

mahu mendapatkan perkhidmatan, petugas di Kaunter Khidmat Pelanggan,

MPHTJ akan menghubungi anggota di jabatan ini.

Rajah 3.1

Gambarajah

proses kehadiran pelanggan di Kaunter Jabatan Perancang Bandar, MPHTJ.

Pelanggan hadir

ke kaunter

khidmat

pelanggan

Petugas Kaunter

Khidmat

Pelanggan akan

menghubungi

Jabatan

Perancang

Petugas kaunter

dari Jabatan

Perancang

Bandar akan

hadir mengikut

kapasiti yang ada

Anggota Jabatan

Perancang

melayan

pelanggan yang

hadir

Page 8: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

8

GIS KIOSK MPHTJ

Rajah 3.1 menunjukkan gambaran bagaimana proses layanan pelanggan

yang hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat melalui laporan Rancangan

Tempatan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

3.1.2 Tempoh Masa Yang Diperlukan (Layanan Kaunter)

Pelanggan yang hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat ini mengambil

masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir ke hadapan

dan memberikan layanan di kaunter. 5 minit ini adalah masa yang diperlukan

melalui gambaran di dalam rajah 3.1.

3.1.3 Implikasi Kewangan

Kekangan yang dihadapi oleh jabatan adalah dari segi mendapatkan

peruntukkan kewangan bagi menambah anggota untuk melengkapkan

organisasi jabatan. Sebelum perlaksanaan sistem GIS KIOSK ini, anggota di

jabatan ini menghadapi kesukaran untuk menyiapkan tugasan hakiki

kerana sering bertugas di kaunter perancangan. Bagi mengurangkan

bebanan anggota, sebelum ini pihak jabatan bercadang untuk menambah

seorang anggota berjawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dari

Gred JA29 berstatus kontrak. Implikasi kewangan dari penambahan

anggota tersebut adalah sebanyak RM 2,259.00 sebulan dan RM 54,216.00

bagi dua tahun kontrak. Walau bagaimanapun, permohonan ini tidak

diluluskan oleh kerana kekangan peruntukkan bagi bajet mengurus.

Selain itu juga, peruntukkan membeli komputer untuk tujuan diletakkan di

kaunter telah pun di lakukan dengan bajet sebanyak RM7,000.00 bagi

menggantikkan komputer yang telah lama.

Page 9: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

9

GIS KIOSK MPHTJ

3.2 Selepas Perlaksanaan Projek (Sistem Gis Kiosk)

3.2.1 Kaedah Perlaksanaan

GIS KIOSK ini telah memainkan peranan yang sangat penting dalam

pelbagai aspek urusan penyampaian maklumat dan perkhidmatan awam

khususnya informasi berkenaan dengan sistem geografi berasaskan

perancangan termasuklah informasi berkaitan no lot, mukim, gunatanah

semasa, gunatanah cadangan, kelas kegunaan tanah serta data

topografi semasa kawasan MPHTJ. Jika sebelum ini, maklumat yang

dipaparkan di dalam GIS KIOSK ini hanya boleh didapati melalui kaunter

khidmat pelanggan yang memerlukan khidmat gunatenaga daripada Pegawai

MPHTJ, tetapi kini perkhidmatan ini telah diluaskan dengan mudah melalui

kaedah „self-service‟ dimana orang awam boleh melayari sendiri GIS

KIOSK ini dan mendapatkan maklumat secara terus di hujung jari

dengan pantas dan berkesan. Di samping itu juga, sistem ini dapat

menjimatkan masa dan meminimumkan gunatenaga anggota yang perlu

berkhidmat di kaunter.

Rajah 3.2 Rekabentuk GIS KIOSK Rajah 3.3 Maklumat GIS di dalam KIOSK

Page 10: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

10

GIS KIOSK MPHTJ

Perlaksanaan GIS KIOSK di MPHTJ merupakan salah satu inovasi Jabatan

Perancang Bandar di dalam memberi khidmat nasihat di kaunter

khidmat pelanggan di mana ia adalah inisiatif bagi memudahkan orang

awam membuat capaian secara terus tanpa perlu merujuk kepada Pegawai

di Jabatan. Idea yang dihasilkan ini adalah berdasarkan sesi

„brainstorming‟ Mesyuarat Jabatan Perancang Bandar di mana kekangan

Pegawai yang terhad bagi memberi informasi mengenai perancangan di

kaunter serta bagi memudahkan urusan orang awam yang memerlukan

perkhidmatan segera.

Rajah 3.4 Gambarajah proses kehadiran pelanggan di GIS KIOSK MPHTJ

GIS KIOSK ini diletakkan di Kaunter Khidmat Pelanggan sepertimana yang

telah dirancangkan melalui rekabentuk awal (Rujuk Rajah 3.5). GIS KIOSK ini

juga mudah alih dan mudah untuk diselenggara.

Pelanggan tidak perlu berjumpa dengan

petugas dan hanya terus ke GIS KIOSK

Page 11: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

11

GIS KIOSK MPHTJ

Rajah 3.5 Rekabentuk GIS KIOSK

Pengumpulan maklumat bagi tujuan pembangunan GIS KIOSK ini

memerlukan pengibatan banyak pihak, di mana data yang paling terkini di

dapati melalui lawatan tapak serta pembangunan komited yang telah

diluluskan melalui Permohonan Kebenaran Merancang.

Antara paparan yang terkandung di dalam Sistem GIS KIOSK ini adalah

seperti berikut :

i. Pengenalan dan Latar Belakang MPHTJ

ii. Info Asas MPHTJ

iii. Pautan Website MPHTJ dan Kerajaan Negeri Melaka

iv. Paparan Zoning seperti yang terkandung di dalam Rancangan

Tempatan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya 2025

v. Peta berkaitan No Lot, Mukim Kawasan Pentadbiran MPHTJ, Mukim

dan DUN di dalam MPHTJ

vi. „Map Viewer‟ (Carian Lot, Blok Perancangan, Kelas Kegunaan Tanah,

Zoon In/Out, Place Of Interest, Kawasan Lapang dan Kawasan

Pembangunan Komited.

vii. Layer „Google Map‟ dan Map Info

viii. Kawasan Blackspot MPHTJ

ix. Kawasan Perkuburan Bukan Islam di bawah Pentadbiran MPHTJ.

Page 12: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

12

GIS KIOSK MPHTJ

Rajah 3.6 Paparan Utama GIS KIOSK, MPHTJ.

Diantara pengisian yang terdapat di dalam GIS KIOSK ini adalah seperti :

i. Info Pengenalan

Terdapat 3 paparan utama di dalam Konteks Pengenalan iaitu Info

berkaitan MPHTJ, Sempadan Pentadbiran MPHTJ serta bilangan Mukim

dan DUN yang terdapat di dalam Kawasan Pentadbiran MPHTJ.

Rajah 3.7 Paparan Utama Rajah 3.8 Paparan Pengenalan

Didalam paparan Pengenalan, pengguna boleh membuat pilihan kepada

pautan peta yang akan menunjukkan Peta Sempadan Mukim dan DUN

dan juga Peta Sempadan Pentadbiran MPHTJ.

Rajah 3.9 Paparan Mukim dan DUN, MPHTJ Rajah 3.10 Paparan Sempadan

Pentadbiran MPHTJ

Page 13: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

13

GIS KIOSK MPHTJ

Info pengenalan ini bertujuan memberi gambaran kepada pengguna serba

sedikit mengenai MPHTJ di samping dapat mengetahui struktur organisasi di

MPHTJ. Info penjawatan juga turut dimasukkan di dalam paparan ini.

ii. Info GIS MPHTJ

Paparan GIS ini adalah paparan utama dan ia adalah merupakan tujuan

utama GIS KIOSK ini dibangunkan. Pengguna yang datang ke GIS KIOSK ini

akan mendapat maklumat secara terus berkaitan dengan spatial data

MPHTJ. Antara paparan utama di dalam Info GIS ini adalah pencarian

maklumat Lot Tanah dan Mukim. Pengguna akan dapat maklumat

berkaitan dengan gunatanah semasa, gunatanah cadangan, peta topo

udara (google map) serta kelas kegunaan tanah yang boleh dibangunkan

seperti mana yang terdapat di dalam Rancangan Tempatan Majlis

Perbandaran Hang Tuah Jaya 2025.

Rajah 3.11 Paparan Utama Info GIS Rajah 3.12 Carian Lot dan Mukim

Page 14: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

14

GIS KIOSK MPHTJ

Rajah 3.13 Carian Lot yang dikehendaki Rajah 3.14 Info Gunatanah Semasa

Selain daripada info mengenai gunatanah semasa, pengguna juga boleh

mendapatkan maklumat mengenai pembangunan yang boleh dibangunkan

atau tidak boleh dibangunkan.

Dengan menekan pautan info, pengguna akan diberikan maklumat

pembangunan seperti di dalam rajah 3.15 dan rajah 3.16.

Rajah 3.15 Maklumat Gunatanah Cadangan RT MPHTJ 2025

Rajah 3.16 Maklumat Kelas Kegunaan Tanah RT MPHTJ 2025

Sebelum adanya pembangunan GIS KIOSK ini, pelanggan luaran akan

meminta penerangan pegawai dari Jabatan berkenaan dengan info

pembangunan yang boleh dibangunkan, tetapi dengan adanya GIS KIOSK

Page 15: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

15

GIS KIOSK MPHTJ

pelanggan boleh membuat carian secara sendiri tanpa pengawalan pegawai.

Ini adalah kerana, sistem ini berbentuk „touch screen‟ dan ia sangat mudah

digunakan oleh semua lapisan pengguna,

iii. Info Program Kemampanan Bandar dan Bandar Selamat.

Pautan bagi info ini adalah bertujuan memaklumkan kepada orang awam

mengenai program atau inisiatif MPHTJ di dalam mengawal keadaan

bandar dari segi keselamatan dan kemampanan. Program yang telah di

laksanakan pada setiap tahun adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar

jenayah di dalam Kawasan MPHTJ.

Rajah 3.17 Paparan Bandar Selamat Rajah 3.18 Program yang

dilaksanakan pada setiap tahun

Bagi memperkasakan Kawasan sasaran, beberapa program yang telah

dibangunkan dimasukkan di dalam pautan ini bagi menerangkan kepada

orang awam mengenai langkah-langkah keselamatan serta petunjuk lokasi

„blackspot‟ di dalam Kawasan pentadbiran MPHTJ.

Page 16: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

16

GIS KIOSK MPHTJ

Rajah 3.19 Memperkasa Kawasan sasaran Rajah 3.20 Merekabentuk

persekitaran fizikal

iv. Info Berkaitan Anugerah dan Pencapaian

Pautan bagi info berkaitan dengan pencapaian dan anugerah yang

pernah diterima MPHTJ samaada di peringkat Negeri, Kebangsaan atau

pun Antarabangsa ini adalah bertujuan bagi mengumpul maklumat

berkenaan di dalam bentuk yang mudah untuk dicapai. Ini adalah kerana info

ini berguna untuk tujuan pelaporan dan pengetahuan orang awam.

Rajah 3.21 Anugerah Antarabangsa Rajah 3.22 Anugerah Peringkat

Negeri.

v. Info Berkaitan Tanah Perkuburan Bulan Islam di bawah MPHTJ

Jabatan Perancang Bandar, MPHTJ telah di arahkan oleh Pihak Berkuasa

Negeri untuk menyelaras Pusat Perkuburan Berpusat Negeri Melaka iaitu

di Bukit Jelutong Sungai Putat (Perkuburan Bidadari) Pihak Jabatan

menguruskan urusan pendaftaran pengkebumian bagi 3 jenis perkuburan

iaitu Kristian, bahai dan juga hindu. Info berkaitan ini di masukkan di dalam

Page 17: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

17

GIS KIOSK MPHTJ

GIS KIOSK ini bagi memudahkan pelanggan luaran mengetahui dengan lebih

lanjut mengenai tatacara permohonan serta pelan tapak perkuburan tersebut.

Rajah 3.23 Paparan Perkuburan Rajah 3.24 Paparan Peta Perkuburan

3.2.2 Tempoh Masa Yang Diperlukan (GIS KIOSK)

Merujuk kepada Rajah 3.4, tempoh masa bagi seseorang pelanggan untuk

membuat capaian di GIS KIOSK ini adalah kurang dari 30 saat. Papan

tanda cara penggunaan juga ada di paparkan diatas kiosk bagi pengguna

baru yang tidak mahir untuk menggunakannya.

3.2.3 Implikasi Kewangan

Kepakaran bagi membangunkan GIS KIOSK ini memerlukan sumber

luaran, di mana idea serta perisian disumbangkan melalui anggota di

Jabatan manakala aplikasi serta unit GIS KIOSK ini dibangunkan oleh

syarikat yang telah dilantik melalui proses sebutharga. GIS KIOSK ini

telah dibangunkan oleh syarikat luar yang telah dilantik dengan jumlah

perolehan yang telah diluluskan sebanyak RM 49,926.00 Walau

bagaimanapun, setelah GIS KIOSK ini diwujudkan, maka komputer sediaada

di kaunter perancangan telah pun dialihkan ke kawasan „workspace‟ Jabatan

Perancang Bandar untuk anggota / pelajar latihan industri bagi menjimatkan

penggunaan sumber kewangan sediaada untuk membeli komputer yang

baru.

Page 18: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

18

GIS KIOSK MPHTJ

Rajah 3.25 Antara pengguna yang melayari GIS KIOSK

3.3 Penjimatan Masa, Gunatenaga Serta Implikasi Kewangan Sebelum Dan

Selepas Projek

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas projek ini dilakukan. Dari segi

masa, penggunaan GIS KIOSK TOUCHSCREEN ini dapat memberikan penjimatan masa

menunggu sebanyak 4 minit setengah dimana masa yang digunakan bagi melayari GIS

KIOSK kurang dari 30 saat. Penjimatan gunatenaga seramai seorang petugas di kaunter

dapat melaksanakan kerja-kerja teknikal di jabatan serta penjimatan kos sebanyak RM

11,290.00 di dalam masa dua tahun.

Jadual 3.1 Perbezaan Penjimatan Masa, Gunatenaga Dan Kos Di Dalam Masa 2

Tahun

Kaedah / Perbezaan Masa Gunatenaga Kos (RM)

Kaunter Perancangan 5 Minit Seorang 61,216.00

GIS KIOSK TOUCHSCREEN 30 Saat Tiada 49,926.00

Kadar Penjimatan 4 Minit Setengah Tidak memerlukan

gunatenaga

Jimat 11,290.00

di dalam masa 2

Tahun

4.0 POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK

Jabatan Perancang Bandar, MPHTJ berhasrat untuk menaiktaraf sistem GIS

KIOSK kepada satu KIOSK yang „Multi-user‟ di mana ianya boleh dijadikan kiosk

untuk menyemak serta membayar apa jua jenis perkhidmatan di dalam MPHTJ

sebagai contoh membayar cukai taksiran melalui aplikasi GIS.

Page 19: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

19

GIS KIOSK MPHTJ

Disamping itu juga, Jabatan Perancang Bandar Majlis mempunyai perancangan

untuk mewujudkan aplikasi “Bandaraya Pintar” seiring dengan slogan “Bandaraya

Hijau Pintar” di mana kita akan cuba berkoloborasi dengan pihak ESRI Malaysia

di dalam membangunkan aplikasi tersebut. Buat masa ini, pihak ESRI Malaysia telah

pun memberikan maklumbalas positif di mana pihaknya akan menjadikan aplikasi ini

sebagai „pilot projek‟ di dalam menjadikan Hang Tuah Jaya sebagai “Bandaraya

Hijau Pintar”

5.0 PENUTUP

Secara kesimpulannya, GIS KIOSK yang dihasilkan ini boleh dikategorikan sebagai

satu aplikasi yang dapat membantu pengguna mendapatkan maklumat secara

cepat dan tepat. Penyelesaian permasalahan di kaunter ini diatasi dengan

pembangunan GIS KIOSK serta seiring dengan hasrat pihak kerajaan bagi

menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan.

Sejajar dengan kemajuan ICT, perlaksanaan sistem GIS KIOSK ini adalah yang

terbaru berdasarkan platform aplikasi GIS dan ini telah memberikan satu

pengiktirafan kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya sebagai Pihak Berkuasa

Tempatan yang pertama di Negeri Melaka mempunyai Kiosk yang berteraskan

sistem “Geografical Information System”.

Page 20: RINGKASAN EKSEKUTIF - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2483-geographical-information... · masa lebih kurang 5 minit bagi pegawai yang bertugas hadir

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2018 (GIS KIOSK TOUCHSCREEN)

20

GIS KIOSK MPHTJ

6.0 LAMPIRAN