penyertaan konvensyen -...

34
Penyertaan Konvensyen KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JANM 2017 LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM

Upload: truongmien

Post on 04-May-2019

260 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

1

Penyertaan Konvensyen KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JANM 2017

LAPORAN HAB INOVASI SEKTOR AWAM

Page 2: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

2

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGENALAN

BAB 1 Latar Belakang Ringkas Perkhidmatan 1

LAPORAN INOVASI

BAB 2 Tajuk Projek Inovasi 2-4

2.1 Design Thinking - Empati

2.2 Design Thinking - Takrifan

2.3 Design Thinking - Idea

BAB 3 Proses Pelaksanaan Inovasi 5

3.1 Design Thinking - Prototaip

3.2 Design Thinking - Uji Cuba

BAB 4 Proses Sebelum dan Selepas 6

4.1 Kajian Carta Alir Sebelum

4.2 Kajian Carta Alir Selepas

4.3 Perbandingan Carta Alir Sebelum dan Selepas

BAB 5 Impak Inovasi

5.1 Elemen Inovatif/ Kreativiti 8

5.1.1 Ciri Inovasi Utama 3E: Efektif, Efisyen, Ekonomi

5.1.2 7 Ciri Inovasi Ektra

5.1.3 3 dalam 1: Inovasi, NBOS, CSR

5.2 Elemen Keberkesanan 9

5.2.1 Penurunan bilangan aduan

5.2.2 Peningkatan kualiti hasil kerja

5.2.3 Maklumbalas positif stakeholder berlakunya peningkatan produktiviti stakeholder dalaman

5.2.4 Memenuhi keperluan stakeholder dengan lebih responsif, efisyen dan efektif

5.2.5 Peningkatan Sistem Komunikasi yang lebih berkesan

5.3 Elemen Signifikan 10 - 11

5.3.1 Penjimatan/ elak pembaziran kos

5.3.2 Penjimatan masa

5.3.3 Penjimatan sumber manusia

5.3.4 Sistem penyampaian yang lebih cekap, cepat, mudah dan mesra pengguna

5.4 Elemen Relevan 12 - 15

5.4.1 Mencapai Visi/ Misi JANM, Visi/ Misi/ Objektif/ Fungsi BKP

5.4.2 Mencapai Dasar Transformasi Sektor Awam: Model Baru Ekonomi

5.4.3 Mencapai 5 Teras Misi Nasional

5.4.4 Sebagai input penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran

5.4.5 Tindakan Penyeragaman

5.4.6 Pengiktirafan

5.4.7 Pengembangan projek

PENUTUP

15

Page 3: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

3

SENARAI RAJAH

Muka Surat

Rajah 1 Pengurusan Tertinggi JANM 1 Rajah 2 Pengurusan BKP, JANM 1

Rajah 3 Petikan Ucapan Pengarah BKP Majlis Penyampaian Amanat dan Sesi Ramah

Mesra Pengarah BKP 2017

Pada 24 Februari 2017, Ruang Legar BKP

1

Rajah 4 Kerangka Pembudayaan Dan Pemerkasaan Inovasi BKP 2

Rajah 5 Projek Inovasi KIK BKP 2

Rajah 6 Penjelasan Teknik: 5W1H - WHEN 3

Rajah 7 Objektif Dan Sasaran Projek 3

Rajah 8 Ishikawa 3, 5 Punca Paling Mungkin

4

Rajah 9 Strategi Lautan Biru – ERRC Grid 4

Rajah 10 Diagram Fungsi Reversal & Reclassification Sistem 1SPEKS

5

Rajah 11 Contoh transaksi melibatkan Fungsi Reversal & Reclassification Sistem 1SPEKS

5

Rajah 12 Manual Pengguna Fungsi Reversal & Reclassification Sistem 1SPEKS

6

Rajah 13 Kajian Carta Alir Sebelum PelaksanaanFungsi Reversal & Reclassification

Sistem 1SPEKS

6

Rajah 14 Kajian Carta Alir Selepas Pelaksanaan Fungsi Reversal & Reclassification

Sistem 1SPEKS

7

Rajah 15 Perbandingan Carta Alir Sebelum dan Selepas Pelaksanaan Fungsi Reversal

& Reclassification Sistem 1SPEKS

7

Rajah 16 Impak Inovasi Pelaksanaan Fungsi Reversal & Reclassification Sistem

1SPEKS

7

Rajah 17 Elemen Inovatif/Kretiviti Impak Pelaksanaan Fungsi Reversal &

Reclassification Sistem 1SPEKS

8

Rajah 18 Impak Penurunan Bilangan Aduan 9

Rajah 19 Impak Peningkatan Kualiti Hasil Kerja 9

Rajah 20 Impak Maklumbalas Positif – Peningkatan Produktiviti Stakeholder Dalaman

9

Rajah 21 Impak: Kejayaan Memenuhi keperluan stakeholder dengan lebih responsif,

efisyen dan efektif

10

Rajah 22 Impak Penjimatan/ Elak Pembaziran Kos

10

Rajah 23 Pengiraan Impak Penjimatan/ Elak Pembaziran Kos

11

Rajah 24 Impak Penjimatan Masa 11

Rajah 25 Impak Penjimatan Sumber Manusia

11

Rajah 26 Impak Sistem penyampaian yang lebih cekap, cepat, mudah dan mesra pengguna

12

Rajah 27 Impak Mencapai Visi/ Misi JANM, Visi/ Misi/ Objektif/ Fungsi BKP

12

Rajah 28 Impak Mencapai Lima (5) Teras Misi Nasional

12

Rajah 29 Impak TIndakan Penyeragaman 14

Rajah 30 Inspirasi Bersama Pengarah BKP 15

Page 4: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

4

SENARAI LAMPIRAN

Muka Surat

Lampiran 1 Komitmen Pengurusan Bahagian Khidmat Perunding 1

Lampiran 2 Horizon Baharu Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) BKP

2

Lampiran 3 Carta Perbatuan Kerangka Pembudayaan Dan Pemerkasaan

Inovasi BKP melalui Horizon Baharu KIK

3

Lampiran 4 Proses Design Thinking Empati 4

Lampiran 5 Proses Design Thinking Takrifan 5

Lampiran 6 Proses Design Thinking Idea 6-7

Lampiran 7 Proses Design Thinking Prototaip 8-10

Lampiran 8 Proses Design Thinking Uji Cuba 11

Lampiran 9 Outcome/ Keberhasilan 12

Lampiran 10 Tindakan Penyeragaman 13

Lampiran 11 Pengiktirafan 14

Lampiran 12 Pengembangan Projek 15

Page 5: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

1

BAB 1: Latar Belakang Ringkas Perkhidmatan

Transformasi Seksyen Khidmat Perunding kepada

Bahagian Khidmat Perunding (BKP), Jabatan Akauntan

Negara Malaysia pada Januari 2015 telah melonjakkan

budaya inovasi di BKP.

BKP berfungsi memberi Khidmat Perundingan

Perakaunan dan Kewangan kepada Kerajaan

Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Agama Islam

Negeri (MAIN) dengan berkesan. Visi BKP menjadi

Perunding Perakaunan & Kewangan Sektor Awam

yang berwibawa. Misi BKP ialah memberi

Perkhidmatan Perundingan Perakaunan &

Kewangan Kerajaan inklusif kepada Agensi

Kerajaan seluruh Negara, dengan pertimbangan

professional, mematuhi standard dan best practice

Antarabangsa selaras dengan perkembangan

teknologi terkini. Komited memberi pengetahuan

dan kemahiran serta menyediakan persekitaran

kerja yang kondusif bagi melahirkan pekerja yang

professional, progresif, produktif dan berintegriti.

BKP dengan kekuatan anggota seramai 62

orang yang diketuai oleh Pengarah JUSA

C telah menjadikakan inovasi sebagai

kriteria yang perlu diterapkan dalam setiap

fungsi dan aktiviti BKP. Perhimpunan

bersama warga BKP telah dijadikan

platform untuk Pengarah menekankan

pembudayaan inovasi dan kreativiti

dikalangan warga BKP.

Kumpulan KIK Harmoni, Seksyen Khidmat

Perunding (SKP) telah ditubuhkan pada 12

September 2014. Selaras dengan

transformasi SKP, Kumpulan KIK Harmoni

telah melalui penjenamaan semula pada

12 Februari 2015 menjadi Kumpulan KIK

BKP. Pertukaran pegawai melibatkan

lantikan dua (2) ahli baharu pada

24 Oktober 2017. Rujuk Komitmen

Pengurusan Bahagian Khidmat Perunding

seperti di Lampiran 1 dan Horizon Baharu

Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) BKP seperti di Lampiran 2.

Rajah 1: Pengurusan Tertinggi JANM

Rajah 2: Pengurusan BKP, JANM

Rajah 3: Petikan Ucapan Pengarah BKP

Majlis Penyampaian Amanat dan Sesi Ramah Mesra

Pengarah BKP 2017

Pada 24 Februari 2017, Ruang Legar BKP

Page 6: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

2

Tiga (3) Fasa Kerangka Pembudayaan Dan

Pemerkasaan Inovasi BKP melalui Harizon

Baharu KIK telah dirangka dengan kombinasi

Teknik Design Thinking dan Strategi Lautan Biru

pada Fasa Penghasilan Projek dan disesuaikan

dengan Plan, Do, Check, Action (PDCA) bagi

memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK

adalah mengikut perancangan yang ditetapkan.

Rujuk Carta Perbatuan Kerangka Pembudayaan

Dan Pemerkasaan Inovasi BKP melalui Horizon

Baharu KIK seperti di Lampiran 3.

Laporan Model Baru Ekonomi pada 3 Disember 2010 telah menggariskan Dasar Transformasi

Sektor Awam di bawah Disiplin Fiskal dan Pembaharuan iaitu “Menggunakan Sistem

Perakaunan Akruan Untuk Pengurusan Fiskal Berhemat”. Majlis Kewangan Negara Tahun

2013 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah meluluskan pelaksanaan

Perakaunan Akruan mulai tahun 2015 bagi Kerajaan Persekutuan dan tahun 2016 bagi

Kerajaan Negeri. Bermula Mei 2014 Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri (1SPEKS)

telah dibangunkan untuk menggantikan Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan

Negeri (SPEKS) yang telah berusia 15 tahun (2001 – 2015) dan sudah obsolute. Ketua

Setiausaha Perbendaharaan melalui surat rujukan ANM/PPPA/105 Jld.3(61) bertarikh 27

Oktober 2014 berkaitan Pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan memaklumkan

bahawa “Kerajaan telah memutuskan agar pelaksanaan perakaunan akruan bagi Kerajaan akan

ditetapkan mengikut tarikh pewartaan undang-undang yang berkaitan, dan selepas satu tempoh

percubaan yang akan bermula pada tahun 2015 bagi Kerajaan Persekutuan dan 2016 bagi

Kerajaan Negeri. Sistem perakaunan berasaskan tunai ubah suai akan terus digunakan bagi

mengeluarkan Penyata Kewangan untuk pembentangan. Laporan berasaskan perakaunan

akruan akan digunapakai sebagai laporan pengurusan dalam tempoh percubaan”

Pemilihan isu dibuat melalui sesi brainstorming, ahli kumpulan telah mengenalpasti isu yang

timbul kesan dari penangguhan ini, iaitu tempoh yang lama diambil untuk menyediakan

Laporan Dan Penyata Kewangan Asas Tunai Ubah Suai secara manual.

BAB 2: Tajuk Projek Inovasi

Projek KIK Fungsi Reversal and Reclassification

(R&R) Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri

(1SPEKS) membolehkan fungsi auto reverse

transaksi akruan dan auto reclass transaksi tertentu

ke asas tunai ubah suai apabila tunai diterima atau

dibayar. Fungsi R&R 1SPEKS bersifat 2 dalam 1

menjadi nilai tambah kepada Sistem 1SPEKS untuk

meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan

kepada stakeholder dan pelanggan JANM.

Rajah 4: Kerangka Pembudayaan Dan

Pemerkasaan Inovasi BKP

Rajah 5: Projek Inovasi KIK BKP

Page 7: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

3

Fungsi R&R membolehkan 1SPEKS menjana dual Laporan dan Penyata Kewangan

berasaskan perakaunan akruan dan tunai ubah suai dalam 1 lejer secara automatik pada

masa nyata (realtime).

2.1 Design Thinking: Empati

Fasa 1 Penghasilan Projek: Melalui Design Thinking Empati, ahli kumpulan telah menyelami

sepuluh (10) isu yang telah disenaraikan. Teknik Force Ranking telah dipraktiskan untuk memilih

lima (5) isu penting. Kemudian, data bulan Ogos hingga Oktober 2014 berkaitan lima (5) isu

tersebut telah dikumpulkan, diukur dan dianalisa. Seterusnya melalui teknik SMART ahli

kumpulan telah bersetuju supaya isu ini dipilih untuk dibincangkan secara kritikal. Teknik

SMART telah menjelaskan rasional pemilihan dan halatuju pemilihan projek selaras dengan

halatuju Kerajaan melalui Dasar Transformasi Sektor Awam dan sejajar dengan visi dan misi

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) visi, misi, objektif dan fungsi Bahagian Khidmat

Perunding (BKP). Rujuk Proses Design Thinking Empati seperti di Lampiran 4.

2.2 Design Thinking: Takrifan

Sesi brainstorming Design Thinking Takrifan

telah digunakan untuk menjelaskan takrifan

isu. Teknik 5W1H telah membantu ahli

memahami apa, mengapa, bila isu tersebut

berlaku, siapa yang terlibat, dimana dan

bagaimana isu tersebut berlaku. Semua

jawapan kepada persoalan ini telah

diperincikan untuk meningkatkan kefahaman

ahli meneliti kesan jika projek ini tidak

dilaksanakan. Tema projek telah ditetapkan

iaitu untuk Memantapkan kualiti

Penyampaian Perkhidmatan Melalui

Kolabrasi Strategik Bahagian Khidmat

Perunding Bersama Bendahari Negeri

dalam penciptaan idea asli yang

berinovasi, kreatif, proaktif dan berimpak

tinggi ke arah pembudayaan dan

pemerkasaaan inovasi dalam Sektor

Awam. Objektif projek ditetapkan bagi

mengurangkan masa yang diambil untuk

menyediakan Laporan dan Penyata

Kewangan AsasTunai Ubahsuai dalam

persekitaran Asas Akruan dengan sasaran

daripada 14 hari 15 minit kepada 4 hari 15

minit. Sasaran ditetapkan pada 71%

berdasarkan kepada analisa dan teknik

Rajah Pareto 1. Seterusnya, ahli kumpulan telah menjalankan kajian carta alir tugas penyediaan

Laporan dan Penyata Kewangan Asas Tunai Ubah Suai yang disediakan secara manual

sebelum projek dijalankan dan mengenalpasti proses kerja yang boleh dipendekkan dan

ditambahbaik melalui pelaksanaan projek. Hasil sesi brainstroming melalui teknik Rajah

Rajah 6: Penjelasan Teknik: 5W1H - WHEN

Rajah 7: Objektif Dan Sasaran Projek

Page 8: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

4

Ishikawa 1, ahli kumpulan telah menyenaraikan 68

punca-punca isu yang paling mungkin dibawah faktor

bahan/peralatan, manusia, kaedah/prosedur dan

persekitaran. Melalui teknik Force Ranking ahli

kumpulan menyenarai pendek 32 punca paling

mungkin dan digambarkan dalam Rajah Ishikawa 2.

Melalui teknik SMART ahli kumpulan telah memilih 5

punca paling mungkin yang ditunjukkan pada Rajah

Ishikawa 3.

Sekali lagi melalui teknik 5W1H ahli kumpulan telah

mengenalpasti data yang perlu dikumpulkan. 153

borang soal selidik telah diedarkan kepada pengguna

dalaman. Data dikumpulkan melalui maklumbalas

bersetuju/ tidak bersetuju dengan punca yang paling mungkin menyebabkan tempoh yang lama

diambil untuk menyediakan Laporan Dan Penyata Kewangan Asas Tunai Ubah Suai secara

manual dan sasaran projek ditetapkan melalui Rajah Pareto 1. Rujuk Proses Design Thinking

Takrifan seperti di Lampiran 5.

2.3 Design Thinking: Idea

Melalui Design Thinking Idea, ahli kumpulan telah menyediakan Rajah Pokok untuk

menyenaraikan cadangan penyelesaian paling tepat. Daripada tiga (3) cadangan penyelesaian

yang disenaraikan, dua (2) cadangan telah disenarai pendek dan dianalisa melalui teknik SWOT

dan SCAMPER. Melalui Teknik

NBOS ahli kumpulan menggunakan

ERRC Grid untuk memperincikan

cadangan penyelesaian terbaik

yang memberi Nilai Inovasi NBOS

pada kos rendah kepada Kerajaan

dengan impak tinggi kepada rakyat.

Cadangan penyelesaian

penambahan fungsi 1SPEKS telah

dipilih. Ahli kumpulan telah

mengenalpasti 8 rasional pemilihan

penyelesaian cadangan terbaik.

Melalui memo rujukan ANM/

SPP/T/1/85(25) bertarikh 7

November 2014, Kumpulan KIK

BKP telah memohon kelulusan Pengurusan

untuk melaksanakan pembangunan Fungsi Reversal And Reclassification (R&R) Sistem

Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri (1SPEKS) dan telah diluluskan melalui memo rujukan

ANM/SPP/T/1/85(26) bertarikh 10 November 2014. Rujuk Proses Design Thinking Idea seperti di

Lampiran 6.

Rajah 8: Ishikawa 3,

5 Punca Paling Mungkin

Rajah 9: Strategi Lautan Biru – ERRC Grid

Page 9: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

5

BAB 3: Proses Pelaksanaan Inovasi

3.1 Design Thinking: Prototaip

Melalui DesignThinking Prototaip, ahli kumpulan KIK sebagai pencetus dan penggerak idea

inovasi telah dilantik sebagai pegawai dan pembantu pegawai rekacipta. Rekabentuk Fungsi

R&R di lengkapkan kepada 12 Modul 1SPEKS dengan lima(5) ciri inovasi iaitu Kemudahan

Auto Reversal Posting, Pengharmonian Carta Akaun Akruan, Kemudahan Point of Flagging,

Kemudahan Drill Down, Kemudahan Audit Log. Ciri unik ini disokong dengan enam(6) catatan

jurnal reversal iaitu tolak belanja terakru, tolak Akaun Belum Terima, tolak Akaun Belum Bayar,

ubah Tahun Kewangan, ubah Pelanggan Prabayar, ubah Prabayar Pembekal.

Perisian Fungsi R&R 1SPEKS menggunakan

teknologi Java dan Oracle 12C dalam pembangunan

sistem dan pangkalan data. Pembangunan sistem

adalah berasaskan web dan boleh diakses

menggunakan pelbagai pelayar Internet.

Pembangunan dan instalasi projek dibuat secara

outsource oleh vendor telah dilantik iaitu Konsortium

Jaya Sdn. Bhd. (KJSB).

Rajah 10: Diagram Fungsi Reversal & Reclassification Sistem 1SPEKS

Rajah 11: Contoh transaksi melibatkan Fungsi

Reversal & Reclassification Sistem 1SPEKS

i

Page 10: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

6

Pembangunan projek telah dibuat dalam tempoh

tujuh (7) bulan iaitu 1 September 2015 hingga 16

Mac 2016. Kelulusan Pengurusan untuk melaksana

pengujian projek telah diperolehi pada 22 Mac 2016

melalui memo rujukan ANM/SPP/T/1/85(28).

Pengujian 1 telah dilaksanakan pada 5 April hingga

29 Jun 2016, dan sesi Pengujian 2 telah

dilaksanakan pada 1 hingga 26 Ogos 2016.

Instalasi perkakasan utama 1SPEKS dan R&R iaitu

pemasangan server Sun SPARC dan perisian

Oracle Weblogic dan Oracle Database 12c telah

dibuat pada Mei 2016. Rujuk Proses Design

Thinking Prototaip seperti di Lampiran 7.

3.2 Design Thinking: Uji Cuba

Kelulusan untuk melaksanakan Uji Cuba di Bendahari Negeri Johor telah diterima melalui memo

rujukan ANM/SPP/T/1/85(32) bertarikh 7 September 2016. Sehubungan dengan itu, sesi latihan

telah diadakan bersama Bendahari Negeri Johor pada 20 September hingga 31 Disember 2016.

Uji cuba berjaya dilaksanakan pada 8 Januari 2017. Maklumbalas daipada pengguna sistem

telah dikumpulkan dan dianalisa melalui Rajah Pareto 2. Hasil kajian mendapati pencapaian

projek adalah 98% berbanding sasaran 71%. 2% lagi merupakan sebab-sebab kritikal seperti

keperluan tambahan laporan terperinci asas tunai ubah suai, keperluan latihan tambahan

kepada kakitangan baharu dan keperluan penyelarasan proses kerja pada Manual Prosedur

Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM). Carta aliran selepas projek telah disediakan dan membuktikan

penurunan tempoh penyediaan Laporan dan Penyata Kewangan asas tunai ubahsuai dari 14

hari 15 minit kepada 4 hari 15 minit berjaya dicapai. Rujuk Proses Design Thinking Uji Cuba

seperti di Lampiran 8.

BAB 4: Proses Sebelum Dan Selepas

4.1 Kajian Carta Alir Sebelum

Rajah 12: Manual Pengguna

Fungsi Reversal & Reclassification

Sistem 1SPEKS

i

Rajah 13: Kajian Carta Alir Sebelum Pelaksanaan

Fungsi Reversal & Reclassification Sistem 1SPEKS

Page 11: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

7

4.2 Kajian Carta Alir Selepas

4.3 Perbandingan Carta Alir Sebelum dan Selepas

BAB 5: Impak Inovasi

Fungsi R&R 1SPEKS telah mencapai objektif

pelaksanaan apabila output yang dihasilkan dari

pelaksanaan projek telah menjana

outcome/keberhasilan peningkatan kualiti

penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Enam (6) faedah telah dikategorikan sebagai

outcome/keberhasilan pelaksanaan projek iaitu

penjimatan/elak pembaziran kos, penjimatan

masa, penjimatan sumber manusia, peningkatan

hasil kerja, kepuasan hati pelanggan

dan faedah-faedah lain.

Rajah 14: Kajian Carta Alir Selepas Pelaksanaan

Fungsi Reversal & Reclassification Sistem 1SPEKS

Rajah 15: Perbandingan Carta Alir Sebelum dan Selepas

Pelaksanaan Fungsi Reversal & Reclassification Sistem 1SPEKS

Rajah 16: Impak Inovasi Pelaksanaan

Fungsi Reversal & Reclassification Sistem

1SPEKS

Page 12: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

8

5.1 Elemen Inovatif/Kreativiti

Fungsi R&R 1SPEKS ini telah berjaya mengetengahkan kelebihan inovasi dan

menerapkan dasar penjimatan kewangan

melalui:

5.1.1 Ciri Inovasi Utama 3E: Efektif, Efisyen,

Ekonomi

a. Efektif: Tidak perlu melaksanakan

tugasan berulang dan berciri replikasi;

b. Efisyen:Terbukti berjaya

meningkatkan produktiviti;

c. Ekonomi: Pelaksanaan Fungsi R&R

1SPEKS membawa kepada penjimatan kos dan meningkatkan kualiti penyampaian

perkhidmatan kepada rakyat

5.1.2 7 ciri Inovasi Ektra

a. Pertama, kejayaan pelaksanaan Fungsi R&R di Kerajaan Negeri sebagai cetusan

idea asli BKP adalah penanda aras (bench marking) 1st in The World dan

berpotensi untuk dijadikan rujukan kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri

(Sabah & Sarawak) dan negara lain;

b. Kedua Penyata 2 in 1 iaitu dual Laporan & Penyata Kewangan asas akruan dan

tunai ubah suai secara automatik, pada masa nyata (real time) dalam 1 lejer;

c. Ketiga, single point entry yang menghapuskan kerja berulang, mengurangkan

kesilapan kunci masuk data, meminimumkan kesilapan remeh (trivial error) akan

meningkatkan produktiviti penjawat awam;

d. Keempat data berintegriti, telus dengan tadbir urus terbaik (good governance);

e. Kelima 1 Lejer dengan dual Penyata Kewangan menjimatkan penggunaan kapasiti

server sistem dan meminimakan pertindihan (redundancy) data;

f. Keenam audit log yang komprehensif meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan

memantapkan pengetahuan penjawat awam; dan

g. Ketujuh KIK Hibrid melalui strategi lautan biru (NBOS), pelaksanaan kerjasama

pintar bersama Kerajaan Negeri dalam perkongsian kos, kepakaran, pengalaman

dan khidmat perundingan.

Rajah 17: Elemen Inovatif/Kretiviti Impak

Fungsi Reversal & Reclassification Sistem 1SPEKS

Page 13: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

9

5.1.3 3 dalam 1: Inovasi, NBOS, CSR

Bagi merealisasikan Fungsi R&R 1SPEKS ini, Kumpulan KIK BKP telah menerapkan tiga (3)

aspek utama (3 in1) iaitu Inovasi, NBOS dan CSR.

a. Inovasi: Idea Fungsi R&R 1SPEKS merupakan yang pertama di dunia (1st in The

World) yang dipraktikan dalam sektor awam;

b. NBOS: Kerjasama Pintar dan kolabrasi Kerajaan Negeri dalam perkongsian kos,

kepakaran, pengalaman dan khidmat perundingan;

c. CSR: Audit Log terperinci berperanan sebagai platform untuk perkongsian makumat

(knowledge sharing) berkaitan accounting treatment (Akruan dan Tunai Ubah Suai)

membantu pegawai yang tiada latar belakang perakaunan memahami dan

mempelajari accounting treatment yang direkod dalam audit log.

5.2 Elemen Keberkesanan

5.2.1 Penurunan bilangan aduan

Aktiviti pemantauan dan penambahbaikan

berterusan memberi impak kepada pelaksanaan

Fungsi R&R 1SPEKS. Bilangan aduan

stakeholder perbandingan Januari dan Februari

2017 telah berjaya dikurangkan sebanyak 54%.

Statistik ini menunjukkan terdapat pengurangan

yang ketara berkaitan bilangan log yang telah

dilaporkan sejak uji cuba Fungsi

R&R 1SPEKS dilaksanakan.

5.2.2 Peningkatan kualiti hasil kerja

Fungsi R&R 1SPEKS telah berjaya menjana dual

Laporan dan Penyata Kewangan asas akruan dan

tunai ubahsuai telah menyediakan maklumat

kewangan dan perakaunan yang relevan,

kebolehpercayaan tinggi, kebolehfahaman,

kebolehbandingan dan dapat disediakan dalam

tempoh masa yang ditetapkan. Melalui input yang

bermanfaat ini Pengurusan dapat memberikan

pertimbangan profesional dalam proses membuat keputusan.

Ciri ini telah peningkatan kualiti hasil kerja Sektor Awam.

5.2.3 Maklumbalas positif stakeholder berlakunya peningkatan produktiviti

stakeholder dalaman

Melalui edaran borang soal selidik, maklumbalas

positif stakeholder telah diterima dengan

berlakunya peningkatan produktiviti stakeholder

dalaman dan mesra pengguna kerana dapat

mengurangkan pertindihan dan pengulangan

tugasan kewangan

Rajah 18: Impak Penurunan Bilangan Aduan

Rajah 19: Impak Peningkatan Kualiti Hasil Kerja

Rajah 20: Impak Maklumbalas Positif –

Peningkatan Produktiviti Stakeholder Dalaman

Page 14: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

10

5.2.4 Memenuhi keperluan stakeholder dengan lebih responsif, efisyen dan efektif

Fungsi R&R 1SPEKS berjaya

memenuhi keperluan stakeholder

dengan lebih responsif, efisyen dan

efektif melalui penjanaan dual

pelaporan dan penyata kewangan

secara automatik pada masa nyata

(real time) serta membantu

Pengurusan mengetahui prestasi

kewangan Kerajaan secara inklusif.

5.2.5 Peningkatan Sistem Komunikasi yang lebih berkesan

Pelaksanaan Fungsi R&R 1SPEKS telah menjadi medium komunikasi yang lebih berkesan di

mana penjanaan dual pelaporan dan penyata kewangan membantu stakeholder mengetahui

prestasi dan kedudukan kewangan Kerajaan yang lebih komprehensif dan membantu membuat

keputusan yang lebih efektif.

5.3 Elemen Signifikan

5.3.1 Penjimatan/ elak pembaziran kos

Cetusan idea kreatif Fungsi R&R 1SPEKS telah

mengelakkan pembaziran RM26 juta kos

pembangunan 1SPEKS, RM25 juta kos

perkakasan 1SPEKS di tiga (3) buah negeri dan

RM1.5 juta kos perkakasan 1SPEKS Ibu Pejabat

JANM. Menjimatkan RM123.052 ribu kos sumber

manusia di tiga (3) buah negeri dengan

penyediaan manual dan RM1.931 juta kos

sumber manusia di tiga (3) buah negeri dapat

dijimatkan dengan penggunaan Sistem 1SPEKS dan SPEKS serentak serta menjimatkan

RM915.8 ribu kos penyenggaraan Sistem SPEKS setahun.

Penilaian ke atas analisis kos faedah telah dilaksanakan dan kajian mendapati pelaksanaan

Fungsi R&R 1SPEKS membawa kepada keuntungan penurunan kos ialah 0.5% dan

perbezaan kadar nisbah kos ialah RM1 nisbah kepada RM2.98. Pengesahan ke atas data dan

hasil Projek Fungsi R&R 1SPEKS telah diterima dari Unit Jaminan Kualiti, BKP melalui memo

rujukan ANM/SPP/T/1/88(7) bertarikh 20 Mac 2017. Pemantauan status projek secara

berterusan telah dilaksanakan oleh ahli kumpulan dan mendapati bahawa pelaksanaan Fungsi

R&R 1SPEKS berjalan lancar dan telah mengenalpasti ruang penambahbaikan untuk

memperkasakan Fungsi R&R 1SPEKS.

Rajah 21: Impak: Kejayaan Memenuhi keperluan stakeholder

dengan lebih responsif, efisyen dan efektif

Rajah 22: Impak Penjimatan/ Elak

Pembaziran Kos

Page 15: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

11

5.3.2 Penjimatan masa

Daripada kajian carta alir tempoh masa yang

diambil bagi keseluruhan proses bermula dari

menjana laporan transaksi akruan hingga Asas

Tunai Ubah Suai kepada Pengurusan ialah 14

hari 15 minit. Dengan pelaksanaan Fungsi

R&R 1SPEKS, carta alir penyediaan Laporan

dan Penyata Kewangan Asas Tunai Ubah Suai

telah dipendekkan kepada 4 jam 15 minit, iaitu

penurunan 70% dari masa tugas penyediaan

secara manual. Penjimatan masa ini memberi

peluang kepada penjawat melaksanakan

tugasan kewangan dan perakaunan yang lain

dan turut memberi impak kepada jabatan.

5.3.3 Penjimatan sumber manusia

Fungsi R&R 1SPEKS telah berjaya menjimatkan

penggunaan sumber manusia dengan

memendekkan proses kerja, mengelak berlaku

pengulangan tugas dan mengurangkan beban

tugas pengguna dari 3 pegawai untuk

menyediakan Laporan dan Penyata Kewangan

asas tunai ubah suai secara manual kepada 1

pegawai. Penjimatan 2 pegawai ini boleh

digunakan oleh Pengurusan untuk melaksanakan

tugasan lain yang turut memberi impak kepada jabatan.

Rajah 23: Pengiraan Impak Penjimatan/ Elak Pembaziran Kos

Rajah 24: Impak Penjimatan Masa

Rajah 25: Impak Penjimatan Sumber Manusia

Page 16: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

12

5.3.4 Sistem penyampaian yang lebih

cekap, cepat, mudah dan mesra

pengguna

Dapatan maklumbalas soal selidik

mendapati lebih 80% reponden bersetuju

bahawa pelaksanaan Fungsi R&R

1SPEKS dapat menghasilkan sistem

penyampaian yang lebih cekap, cepat,

mudah dan mesra pengguna.

5.4 Elemen Relevan

5.4.1 Mencapai Visi/ Misi JANM, Visi/ Misi/

Objektif/ Fungsi BKP

Fungsi R&R 1SPEKS berjaya menjana Laporan

dan Penyata Kewangan asas tunai ubah suai

yang relevan dengan kebolehpercayaan yang

tinggi, kebolehfahaman, kebolehbandingan

dan disediakan dalam tempoh masa yang

ditetapkan. Makluman perakaunan yang

komprehensif ini membantu Pengurusan Atasan

untuk membuat keputusan yang lebih tepat,

merangka perancangan yang bersepadu dan membuat keputusan pelaburan strategik.

5.4.2 Mencapai Dasar Transformasi Sektor Awam: Model Baru Ekonomi

Fungsi R&R 1SPEKS berjaya mencapai Dasar Transformasi Sektor Awam dalam Model Baru

Ekonomi yang bertujuan memantapkan pengurusan fiskal yang berhemah serta

mempertingkatkan kecekapan pengurusan

kewangan dan perakaunan Kerajaan

5.4.3 Mencapai 5 Teras Misi Nasional

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan

teras utama Misi Nasional dilancarkan bagi

memacu Malaysia menuju Wawasan 2020.

Dengan pelaksanaan Fungsi R&R 1SPEKS telah

memberi impak kepada lima (5) teras utama Misi

Nasional.

a. TERAS 1: Meningkatkan Nilai Tambah Dalam Ekonomi Negara, pelaksanaan Fungsi

R&R 1SPEKS dapat dilihat dari aspek penjimatan kos pembangunan dan perkakasan

Sistem 1SPEKS dan penyenggaraan Sistem SPEKS berbanding kos pembangunan Fungsi

Rajah 26: Impak Sistem penyampaian yang lebih

cekap, cepat, mudah dan mesra pengguna

Rajah 27: Impak Mencapai Visi/ Misi JANM, Visi/

Misi/ Objektif/ Fungsi BKP

Rajah 28: Impak Mencapai Lima (5)

Teras Misi Nasional

Page 17: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

13

R&R 1SPEKS yang hanya menelan belanja one-off sebanyak RM1.49 juta. Hal ini berjaya

menjimatkan sumber kewangan Kerajaan. Kejayaan menjana dual pelaporan dan

penyata kewangan dapat memberi petunjuk yang lebih baik dalam pengurusan kewangan

secara berhemah, menambahbaik pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan melalui

tadbir urus yang baik (good governance) menjurus kepada value for money, meningkatkan

ketelusan dan akauntabiliti Kerajaan dalam pengurusan kewangan dan akaun serta dapat

meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara.

b. TERAS 2: Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan, Kreativiti Dan Inovasi Negara Serta

Memupuk ‘Minda Kelas Pertama’. Berdasarkan hasil soal selidik yang diperolehi,

pelaksanaan Fungsi R&R 1SPEKS telah meningkatkan kemahiran dan pengetahuan

penjawat awam, memperkasa budaya inovasi dan proaktif serta menjurus ke arah memupuk

minda kelas pertama.

c. TERAS 3: Menangani Masalah Ketidaksamaan Sosioekonomi Yang Berterusan Secara

Membina Dan Produktiviti. Maklumat yang lebih terperinci daripada perakaunan akruan

memberi gambaran yang lebih lengkap mengenai transaksi kewangan Kerajaan. Maklumat

ini dapat membantu Kerajaan mengurus perbelanjaan dengan berhemah dan lebih efektif

untuk memastikan manfaat pembangunan bagi menangani masalah ketidaksamaan

sosioekonomi.

d. TERAS 4: Meningkatkan Tahap Dan Kemampanan Kualiti Hidup. Penjawat awam tidak

perlu menyediakan pelaporan dan penyata kewangan berasaskan tunai secara manual atau

terpaksa mengunci masuk transaksi sebanyak dua (2) kali. Ini dapat mengurangkan kerja

yang berulang serta membeban dan sekaligus meningkatkan kualiti hidup penjawat awam

kerana mereka tidak perlu memperuntukkan masa mereka untuk membuat kerja yang

bertindih. Dari aspek rakyat melalui pelaporan dan penyata kewangan berasaskan akruan,

Kerajaan dapat mengetahui prestasi kedudukan kewangan Kerajaan dengan lebih

menyeluruh. Sebagai contoh, Kerajaan mengetahui tunai di tangan dan hasil yang akan

diperolehi. Melalui maklumat tersebut, Kerajaan boleh merancang pembangunan untuk

kesejahteraan yang boleh meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup rakyat.

e. TERAS 5: Mengukuhkan Keupayaan Institusi Dan Pelaksanaan Negara.

Transformasi penggunaan Fungsi R&R 1SPEKS dalam penghasilan dual pelaporan penyata

kewangan Kerajaan merupakan lonjakan paradigma yang amat signifikan kepada Kerajaan.

Menerapkan Nilai Integriti Dalam Keupayaan Sistem Kewangan dan Perakaunan melalui

sistem secara automatik dapat mengelakkan berlakunya trivial error kerana tiada human

intervention. Penyediaan dan persembahan laporan dan penyata kewangan yang

berintegriti ini mampu memberi jaminan bahawa pelaporan dan penyata kewangan yang

dihasilkan melalui Fungsi R&R 1SPEKS adalah bebas daripada salah nyata yang ketara.

5.4.5 Sebagai Input Penyelidikan, Pengajaran dan Pembelajaran

Kejayaan pelaksanaan ini berpotensi dijadikan input penyelidikan bagi tujuan pendidikan oleh

Penyelidik dan Akauntan. Output R&R membantu proses pengajaran dan pembelajaran

Page 18: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

14

kepada Agensi Kerajaan, pegawai awam, pelajar dan orang awam untuk memahami asas

perakaunan akruan dan tunai ubah suai.

5.4.6 Tindakan Penyeragaman

Memasuki Fasa 2: Pengiktirafan, melalui teknik 5W1H penyeragaman Fungsi R&R 1SPEKS

telah dirancang. Persembahan pengurusan bagi penyeragaman Projek KIK BKP telah

diadakan pada 23 Mac 2017. Melalui memo rujukan ANM/SPP/T/1/85(36) bertarikh 27 Mac

2017, Pengurusan telah bersetuju untuk tindakan penyeragaman pelaksanaan Fungsi R&R

1SPEKS dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, siri latihan telah diadakan pada 1 Mac hingga

24 Mei 2017 dan pelaksanaan di Bendahari Negeri Perlis telah berjaya dilaksanakan pada 1

Jun 2017. Siri latihan telah diadakan pada 2 April hingga 25 Jun 2017 dan penyeragaman

kedua di Bendahari Negeri Kedah telah berjaya dilaksanakan pada 1 Julai 2017. Tindakan

susulan ke atas projek telah dilaksanakan melalui aktiviti kajian semula Manual Prosedur Kerja

dan Fail Meja pegawai, memastikan pelaksanaan Fungsi R&R 1SPEKS diguna pakai

berdasarkan manual pengguna, melaksanakan pemantauan ke atas hasil pelaksanaan R&R

dan melaksanakan pemantauan berterusan.

Ahli kumpulan telah melaksanan kajian impak ke atas input

pemantauan berterusan dan kajian kepuasan pelanggan.

Melalui sesi brainstorming ahli kumpulan, perancangan

Fungsi R&R 1SPEKS diteruskan dengan pelaksanaan

tambahan 3 Laporan Asas Tunai Ubah Suai Baharu iaitu

Penyata Hasil Terperinci C1, Penyata Belanja Terperinci B1

dan Penyata Wang Tunai Terperinci A1 serta perancangan

menyeragam Fungsi R&R 1SPEKS ke

8 Bendahari Negeri pada tahun 2018.

5.4.7 Pengiktirafan

Fungsi R&R 1SPEKS telah menerima pengiktirafan dari KPMG, Jabatan Audit Negara,

Perbendaharaan Perlis, Kedah dan Johor. Hasil kajian KPMG mendapati Fungsi R&R 1SPEKS

adalah 1st in The Word dalam Sektor Awam, Jabatan Audit Negara melalui surat rujukan

AUDIT/BN/147/100/8Jld2(28) bertarikh 3 Mac 2015 bersetuju dengan Fungsi Reversal and

Reclassification (R&R) 1SPEKS, Perbendaharan Perlis dan Kedah melalui Surat

Penghargaan rujukan BN.Ps.05/051(28) bertarikh 14 Julai 2017 dan Surat Penghargaan

rujukan PPNK.BN.100-11/1/1(3) bertarikh 16 Julai 2017 bersetuju Fungsi R&R 1SPEKS

berjaya memenuhi keperluan pelaporan dan perakaunan Kerajaan Negeri. Hasil

maklumbalas soal selidik di Perbendaharaan Johor, responden bersetuju Fungsi R&R 1SPEKS

mesra pengguna dan memudahkan kerja.

Mesyuarat Cadangan Mempatenkan Fungsi R&R 1SPEKS Bersama Perbadanan Harta Intelek

Malaysia (myIPO) telah diadakan pada 28 Ogos 2017 untuk membincangkan hala tuju

cadangan mendaftarkan rekabentuk Fungsi R&R 1SPEKS sebagai harta intelek Malaysia.

Hasil pembentangan dan perbincangan bersama myIPO, myIPO bersetuju bahawa Fungsi

R&R 1SPEKS mempunyai ciri unik yang boleh dipatenkan untuk BKP, JANM menerima hak

eksklusif ke atas rekacipta Fungsi R&R 1SPEKS. myIPO juga mencadangkan supaya logo

R&R didaftarkan sebagai cap dagangan.

Rajah 29: Impak TIndakan Penyeragaman

Page 19: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

15

5.4.8 Pengembangan projek

Memasuki Fasa 3: Pengembangan projek melihatkan ciri replikasi projek ini boleh diadaptasi

secara terus mengikut keperluan Perakaunan Sektor Awam selaras dengan penyediaan

Outcome Based Budgeting (OBB) disediakan dalam asas tunai ubah suai. Tambahan lagi

agenda replikasi Projek R&R telah diambil kira pada peringkat penghasilan projek sebagai

langkah awal pengembangan potensi projek R&R.

Sebagai nilai tambah kepada Fungsi R&R 1SPEKS, cetusan idea asli ini telah disenaraikan

dalam sembilan (9) senarai projek terbaik Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan

(AIPK) 2017. Projek Fungsi R&R 1SPEKS telah penyertaan AIPK. Pembentangan kepada

panel telah diadakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 17 Julai 2017 dan Bahagian

Khidmat Perunding telah menerima lawatan panel pada 20 Julai 2017.

Analisa pada carta radar mendapati melalui aktiviti horizon baharu KIK, peningkatan terbesar

dalam kualiti dan kompetensi ahli kumpulan ialah peningkatan pengetahuan, pemikiran kreatif,

peningkatan daya inovasi dan proaktif. Kelemahan dan masalah yang dihadapi semasa

pelaksanan projek telah berjaya diatasi dengan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan

oleh ahli kumpulan. Melalui aktiviti KIK nilai modal insan telah berjaya diperkasakan

merangkumi nilai pembudayaan inovasi, cetusan idea

kreatif, tindakan proaktif, akauntabiliti, nilai musyawarah,

disiplin, nilai pembahagian masa dan kepentingan nilai

kesefahaman.

Rujuk Outcome/ Keberhasilan seperti di Lampiran 9,

Tindakan Penyeragaman seperti di Lampiran 10,

Pengiktirafan seperti di Lampiran 11 dan

Pengembangan Projek seperti di Lampiran 12.

Rujuk Dokumen Sokongan Laporan Hab Inovasi

Sektor Awam BKP bagi perincian.

Kesimpulanya, dengan Fungsi R&R, 1SPEKS sudah bersedia untuk beralih kepada piawaian

perakaunan berasaskan akruan jika Kerajaan memutuskan untuk Kerajaan Negeri beralih

kepada piawaian berasaskan akruan. Ciri replikasi Fungsi R&R 1SPEKS boleh diadaptasi

secara terus mengikut keperluan Perakaunan Sektor Awam walaupun pelaksanaan

perakuanan akruan telah dilaksanakan sepenuhnya. Projek KIK dengan 3e sebagai ciri

inovasi utama, 7 ciri inovasi ektra dan 3 in 1 adalah cetusan idea asli yang telah

membuktikan pembudayaan dan pemerkasaan inovasi melalui Horizon Baharu

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di Bahagian Khidmat Perunding khususnya dan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia secara amnya telah mencapai matlamat dan hasrat

Kerajaan. Fungsi Reversal and Reclassification (R&R) penyelesaian kreatif dengan

impak yang hebat (creative solution, great impact) menjadi nilai tambah kepada Sistem

1SPEKS. Kejayaan Fungsi R&R 1SPEKS merupakan kejayaan kombinasi dua (2) asas

perakaunan akruan dan tunai ubah suai yang direalisasikan oleh kelestarian teknologi.

Rajah 30: Inspirasi Bersama Pengarah BKP

Page 20: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

1

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

LAMPIRAN 1

KOMITMEN PENGURUSAN BAHAGIAN KHIDMAT PERUNDING

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Page 21: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

2

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

LAMPIRAN 2

HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) BKP

Page 22: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

3

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

LAMPIRAN 3

CARTA PERBATUAN KERANGKA PEMBUDAYAAN DAN PEMERKASAAN INOVASI BKP

MELALUI HORIZON BAHARU KIK

Page 23: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

4

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

LAMPIRAN 4

PROSES DESIGN THINKING EMPATI

Page 24: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

5

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

LAMPIRAN 5

PROSES DESIGN THINKING TAKRIFAN

Page 25: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

6

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

LAMPIRAN 6

PROSES DESIGN THINKING IDEA

Page 26: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

7

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

LAMPIRAN 6

PROSES DESIGN THINKING IDEA

Page 27: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

8

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

LAMPIRAN 7

PROSES DESIGN THINKING PROTOTAIP

Page 28: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

9

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

LAMPIRAN 7

PROSES DESIGN THINKING PROTOTAIP

Page 29: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

10

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

LAMPIRAN 7

PROSES DESIGN THINKING PROTOTAIP

Page 30: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

11

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

LAMPIRAN 8

PROSES DESIGN THINKING UJI CUBA

Page 31: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

12

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

LAMPIRAN 9

OUTCOME/KEBERHASILAN

Page 32: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

13

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

TINDAKAN PENYERAGAMAN LAMPIRAN 10

OUTCOME/KEBERHASILAN LAMPIRAN 9

Page 33: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

14

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

LAMPIRAN 11

PENGIKTIRAFAN

Page 34: Penyertaan Konvensyen - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2384-fungsi-reversal.pdf · memastikan perjalanan Projek Kumpulan KIK adalah mengikut perancangan

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

15

Lampiran B: Laporan Hab Inovasi Sektor Awam BKP

Penyertaan Konvensyen KIK JANM 2017

LAMPIRAN 12

PENGEMBANGAN PROJEK