tajuk projek - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2439-eusahawan.pdf ·...
TRANSCRIPT
TAJUK PROJEK:
LAPORAN BAGI TAHUN 2017
AGENSI PELAKSANA:
Laporan projek eUsahawan MDEC
2
KANDUNGAN
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF ................................................................................................ 3
2.0 PENGENALAN .............................................................................................................. 4
3.0 OBJEKTIF INISIATIF ......................................................................................................... 4
4.0 PROSESS PELAKSANAAN INOVASI ............................................................................. 4
4.1 Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara in house ................................. 4
4.2 Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara out source ............................. 5
5.0 PROSES SEBELUM DAN SELEPAS INISIATIF eUSAHAWAN ......................................... 7
6.0 PENURUNAN KUASA .................................................................................................... 8
7.0 IMPAK INOVASI .......................................................................................................... 10
7.1 ELEMEN INOVATIF / KREATIVITI ......................................................................... 10
7.2 ELEMEN KEBERKESANAN ................................................................................... 14
7.3 ELEMEN SIGNIFIKAN ........................................................................................... 19
7.4 ELEMEN RELEVAN ............................................................................................... 21
8.0 PENGIKTIRAFAN DITERIMA .................................................................................... 23
8.1 SOROTAN eUSAHAWAN ................................................................................... 24
9.0 GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN ............................................................... 28
Laporan projek eUsahawan MDEC
3
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah agensi utama yang memacu
ekonomi digital di Malaysia. Peranan MDEC adalah untuk membina ekonomi digital
yang teguh dan memastikan Malaysia memainkan peranan penting dalam revolusi
digital global. Teknologi digital mempunyai potensi yang besar untuk mengubah masa
depan negara dan dunia.
MDEC telah diberi mandat oleh YAB Perdana Menteri untuk melaksanakan agenda
Transformasi Digital atau Digital Malaysia. Di bawah mandat ini 4 teras utama menjadi
fokus utama MDEC dalam melaksanakan agenda pembangunan ekonomi digital
negara iaitu memacu pelaburan, memperkasa pencapaian syarikat dan teknologi
tempatan, memangkin ekosistem digital inovatif dan merakyatkan ekonomi digital.
Dalam teras merakyatkan ekonomi digital, MDEC menumpukan usaha mewujudkan
inisiatif yang memberi peluang kepada rakyat untuk meraih peluang dari digital
ekonomi untuk meningkatkan kualiti dan taraf kehidupan melalui penggunaan
teknologi digital. Salah satu inisiatif utama yang diperkenalkan MDEC dalam agenda
ini adalah eUsahawan.
Inisiatif eUsahawan merupakan satu inisiatif berimpak tinggi dan selaras dengan
Kerangka Pelan Transformasi KKMM, yang bersesuaian dengan Teras Strategik 3 iaitu
Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatann: Meningkatkan Kecekapan dan
Keberkesanan Penyampaian Perkhidmatan Awam.
Laporan projek eUsahawan MDEC
4
2.0 PENGENALAN
eUsahawan merupakan suatu inisiatif untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan
digital. Sasaran bagi inisiatif ini adalah pelajar TVET dan usahawan kecil sedia ada. Ia
dilaksanakan melalui pembelajaran dan latihan kurikulum keusahawanan digital yang
diterapkan di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Skop
kurikulum merangkumi trend teknologi digital terkini termasuk social media marketing,
mobile commerce, analisis data untuk memperbaiki keberkesanan pemasaran secara
digital, bayaran di atas talian, pengiklanan digital dan juga keselamatan siber.
3.0 OBJEKTIF INISIATIF
Objektif program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta
iaitu golongan belia (pelajar TVET) dan usahawan mikro seluruh negara tentang
keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa
platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda
ekonomi digital negara.
4.0 PROSESS PELAKSANAAN INOVASI
4.1 Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara in house
Sesi libat urus dan mesyuarat dengan pihak-pihak yang berkepentingan dalam
memastikan inisiatif eUsahawan dapat berjalan dengan lancar.
Perancangan modul pembelajaran bagi pendedahan terhadap teknik
pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan dalam dunia semasa
melalui program eUsahawan Muda dan Desa.
Kempen turun padang melalui #YOUCANDUIT, iaitu kempen digital untuk
meningkatkan pendapatan tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui
inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan.
Laporan projek eUsahawan MDEC
5
4.2 Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara out source
eUsahawan Muda
eUsahawan Muda merupakan sebuah program kerjasama antara MDEC dan
Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi memperkasa
keusahawan digital di peringkat akar umbi.
Kerjasama ini melibatkan penerapan ilmu keusahawan digital ke dalam kurikulum
pendidikan para pelajar selama satu semester pengajian (lebih kurang 6 bulan)
untuk mempelajari teras ilmu perniagaan dalam talian.
Proses pemantauan berterusan dijalankan oleh MDEC bagi mencari individu yang
layak untuk menyertai program Level-Up seterusnya mengembangkan potensi
keusahawanan.
eUsahawan Desa
eUsahawan Desa pula merupakan satu inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat
untuk menjana pendapatan tambahan melalui perusahaan digital. Program ini
bertujuan untuk mengajar dan memberi pendedahan keusahawanan digital
kepada para usahawan industri kecil dan sederhana. Kursus jangka pendek selama
1 hari dijalankan di institusi TVET dan pusat latihan terpilih di seluruh negara. Melalui
platform media sosial popular seperti Facebook dan Instagram, peserta akan
mempelajari teknik keusahawan digital sebagai saluran pemasaran efektif.
Program latihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
No. Program Komponen Kumpulan sasaran
1. eUsahawan Muda for TVET students
Training of Trainers (ToT) & Masterclass
Continuous Professional Development: Training of Trainers (Level 2 & 3)
Professional Diploma in Digital Marketing
TVET lecturers
2. eUsahawan Desa for microentrepreneurs
2-day digital entrepreneurship course for micro-entrepreneurs via selected TVET institutions and training centres nationwide.
Micro-entrepreneurs
Laporan projek eUsahawan MDEC
6
No. Program Komponen Kumpulan sasaran
3. eUsahawan Accelerator
2-day intermediate digital entrepreneurship training for top performing TVET students and micro-entrepreneurs who have completed the eUsahawan course.
Training is designed to help boost current sales.
Organized at selected TVET institutions and training centres nationwide.
Top-performing •TVET students •Micro-entrepreneurs
4. eJutawan Muda 6- to 9-month intensive training and personalized mentoring program for selected top-performing eUsahawan Muda participants.
Program content includes: - Business Fundamentals - Advanced Digital Marketing - Personalized Mentoring & Coaching by Industry Experts
Targeted outcome is an increased additional revenue of RM20 k / month
Selected top-performing •TVET students •Micro-entrepreneurs
5. eJutawan Desa
Laporan projek eUsahawan MDEC
7
5.0 PROSES SEBELUM DAN SELEPAS INISIATIF eUSAHAWAN
No. Sebelum Selepas
1. Modul pembelajaran keusahawanan
yang ada sebelum ini lebih bersifat
konvensional, di mana pelajar kurang
diberi pendedahan dalam
memasarkan produk atau
perkhidmatan mereka melalui atas
talian (online)
Peserta-peserta dapat memantapkan
ilmu perniagaan mereka dengan
modul eUsahawan yang
diperkenalkan dan membina platform
perniagaan atas talian seperti
Facebook dan Instagram serta cara-
cara mengendalikannya dengan
berkesan melalui kursus yang dihadiri
2. Kurangnya pendedahan dan
kompetensi pelajar dalam
melakukan kaedah pemasaran
secara digital juga dilihat sebagai
cabaran dalam meningkatkan
pendapatan dan meluaskan
pasaran
Melahirkan lebih ramai usahawan
digital yang mampu menjana
pendapatan tambahan atas talian
dan berdaya saing di peringkat
kebangsaan dan global
3. Kurangnya pelaporan dari segi
outcome terutamanya nilai jualan
yang dijana
Terdapat mekanisma untuk
mendapatkan maklumat outcome
untuk dilaporkan beserta dengan
analisis data
4. Latihan keusahawanan digital tidak
dijalankan di institusi Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional
(TVET)
Latihan keusahawanan digital
dijalankan di institusi Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Laporan projek eUsahawan MDEC
8
6.0 PENURUNAN KUASA
No Nama Mesyuarat / Jawatankuasa Perkara
1. Implementation Council Meeting
(ICM) 2015 yang diadakan pada 15
Oktober 2015.
Dipengerusikan oleh YAB Perdana
Menteri.
MDEC telah membentangkan
cadangan untuk melaksanakan inisiatif
eUsahawan.
Mandat diberikan kepada MDEC untuk
melaksanakan inisiatif eUsahawan untuk
tahun 2016.
2. Implementation Council Meeting
(ICM) 2016 yang diadakan pada 13
Oktober 2016.
Dipengerusikan oleh YAB Perdana
Menteri.
Mandat diberikan kepada MDEC untuk
meneruskan peluasan inisiatif
eUsahawan untuk tahun 2017.
3. Implementation Council Meeting
(ICM) 2017 yang diadakan pada 19
Oktober 2017.
Dipengerusikan oleh YAB Perdana
Menteri.
Pelaporan pencapaian inisiatif termasuk
impak kepada komuniti telah
dibentangkan oleh CEO MDEC.
Mesyuarat juga telah bersetuju untuk
memberikan mandat kepada MDEC
untuk meneruskan dan meluaskan
projek eUsahawan pada tahun 2018.
4. Ucapan Bajet 2016 oleh YAB Perdana
Menteri dan merangkap Menteri
Kewangan ketika membentang rang
undang-undang perbekalan (2016)
di Dewan Rakyat pada Jumaat, 23
Oktober 2015.
No. 143. Untuk golongan B40 lagi,
program eRezeki dan eUsahawan akan
diperluaskan ke seluruh negara, untuk
menambah peluang pekerjaan dan
meningkatkan pendapatan mereka.
Kerajaan mensasarkan 100 ribu dari
kalangan B40 mendapat manfaat
dengan peruntukan sebanyak 100 juta
ringgit, yang disediakan oleh
Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia
5. Ucapan Bajet 2017 oleh YAB Perdana
Menteri dan merangkap Menteri
Kewangan ketika membentang rang
undang-undang perbekalan (2017)
No. 114. Menggiatkan program
eUsahawan dan eRezeki di bawah
MDEC, merangkumi 300 ribu peserta
dengan peruntukan RM100 juta.
Laporan projek eUsahawan MDEC
9
No Nama Mesyuarat / Jawatankuasa Perkara
di Dewan Rakyat pada Jumaat, 21
Oktober 2016.
6. Kelulusan Unit Perancang Ekonomi
untuk MDEC menjalankan projek
eUsahawan dalam RMK11.
Taklimat Penyaluran Peruntukan Bagi Projek/Program Yang Diluluskan di bawah Dana Khas 2017 pada 22 Februari 2017.
Penyaluran Peruntukan Bagi Projek/Program Yang Diluluskan di bawah Dana Khas 2017 untuk program eUsahawan dan eRezeki.
7. Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan
Pembangunan Rolling Plan Ke-2 (RP2)
2017 Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (KKMM) pada
29 November 2016.
Program eUsahawan dan eRezeki telah mendapat kelulusan untuk peruntukan pembangunan RP2 2017 di bawah KKMM.
Laporan projek eUsahawan MDEC
10
7.0 IMPAK INOVASI
7.1 ELEMEN INOVATIF / KREATIVITI
MDEC juga telah mencipta elemen baru di dalam program eUsahawan seperti berikut:
Projek eUsahawan edisi Penjara
Projek eUsahawan edisi Penjara merupakan satu trek khas dalam penyediaan kursus
dan latihan eUsahawan kepada warga Penjara yang terdiri dari pelatih/staff,
banduan, parolee serta pesalah juvana di Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti.
Idea ini tercetus hasil perbincangan antara warga kerja eUsahawan dan Jabatan
Penjara Malaysia dan seterusnya dilanjutkan ke pihak atasan (bottom-up). Projek ini
merupakan satu pendekatan baru yang belum pernah diadakan di insitusi penjara di
Malaysia yang mana suatu ketika dahulu, perkataan penjara adalah satu tempat
dianggap menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya, terutama dalam
menghukum dan menyeksa mereka yang melakukan jenayah. Namun stigma
berkenaan sudah tidak relevan lagi pada hari ini setelah Jabatan Penjara Malaysia
sudah merentasi era transformasi yang bakal membawa perubahan dalam sistem
pemulihan insan khasnya melalui program eUsahawan.
Inovasi dijalankan dengan kerjasama strategik bersama Jabatan Penjara Malaysia
setelah pihak atasan kedua-dua pihak bersetuju menjalinkan kerjasama dua hala
melalui kolaborasi dalam:
(a) Mengadakan aktiviti kesedaran kelolaan bersama MDEC dan Jabatan Penjara
Malaysia tentang Ekonomi Digital dan Pemasaran atas talian kepada banduan
penjara dan pesalah juvana Henry Gurney
(b) Integrasi/ pemurnian kursus eUsahawan ke dalam silibus Sekolah Henry Gurney
dan Sekolah Integriti serta modul latihan Banduan di bawah Jabatan Penjara
Malaysia
(c) Pelaksanaan kursus Training of Trainers (TOT) eUsahawan kepada warga
pengajar Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti
(d) Pelaksanaan kursus eUsahawan kepada pegawai/staff Penjara, banduan dan
parolee yang meliputi pemantauan prestasi peserta.
Laporan projek eUsahawan MDEC
11
Indikator yang ditetapkan bagi inovasi ini adalah:
(a) Dua (2) program kesedaran eUsahawan Bootcamp Edisi Penjara
(b) Pemurnian kursus eUsahawan ke dalam silibus Sekolah Henry Gurney dan
Sekolah Integriti, serta modul bagi banduan di Penjara
(c) Dua (2) sesi Training of Trainers (TOT) eUsahawan
(d) Empat Puluh (40) tenaga pengajar Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti
menjalani kursus TOT eUsahawan
(e) 300 peserta di kalangan pegawai Penjara, banduan dan parolee menyertai
kursus eUsahawan
(f) 30% peserta yang telah menjalani kursus eUsahawan menjana pendapatan
tambahan melalui pemasaran atas talian
Pelaksanaan program kesedaran eUsahawan Bootcamp Edisi Penjara mengambil kira
input oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam menentukan:
(a) Kriteria kumpulan sasar
(b) Pemilihan lokasi
(c) Peraturan-peraturan khas lokasi Penjara
Mekanisme maklumbalas bagi program ini terdiri daripada berikut:
(a) Borang maklumbalas peserta Training of Trainers (TOT)
(b) Akses ke portal eUsahawan bagi peserta melaporkan jualan tambahan atas
talian
Terdapat 4 penambah baikan dari segi pelaksanaan program Training of Trainers (TOT)
sesi kedua dengan mengambil tindakan berdasarkan 4 maklumbalas utama dari TOT
sesi pertama (100% penambah baikan):
(a) Memberikan pendedahan yang lebih terperinci tentang konsep pemasaran
digital
(b) Menambah jumlah jam latihan kursus
(c) Edaran tentatif dan penerangan tentang kursus yang lebih awal supaya peserta
lebih bersedia
(d) Menambah modul aktiviti berkumpulan
Laporan projek eUsahawan MDEC
12
Proses pelaksanaan dan pemantauan masih dijalankan. Berikut adalah pencapaian
berdasarkan indikator yang ditetapkan:
(a) Dua (2) program kesedaran eUsahawan Bootcamp Edisi Penjara (100%)
(b) Pemurnian Kursus eUsahawan ke dalam silibus Sekolah Henry Gurney dan
Sekolah Integriti, serta modul bagi Banduan di Penjara (100%)
(c) Dua (2) sesi Training of Trainers (TOT) eUsahawan
(d) Empat Puluh (40) tenaga pengajar Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti
menjalani kursus TOT eUsahawan (100%)
(e) 300 peserta dikalangan pegawai Penjara, Banduan dan parolee menyertai
kursus eUsahawan (20% - masih di dalam proses pelaksanaan latihan)
(f) 30% peserta yang telah menjalani kursus eUsahawan menjana pendapatan
tambahan melalui pemasaran atas talian (3% - Masih di dalam proses
pemantauan)
Melalui langkah yang inovatif ini, Jabatan Penjara Malaysia dengan pendekatan
'Mesej Dari Penjara' berhasrat menyampaikan mesej kepada masyarakat bagi
mencegah kegiatan jenayah dan kemasukan semula ke penjara.
Oleh itu, program eUsahawan merupakan antara strategi dalam membangunkan
semula insan, yang kini berkembang bukan sahaja di dalam penjara tetapi turut juga
dilaksanakan di luar tirai besi iaitu bersama masyarakat. Walaupun program-program
pemulihan di luar tembok penjara diperkembangkan, pemulihan di dalam tembok
penjara terus diberi keutamaan dengan penekanan melalui silibus Keusahawan Digital
dalam pelbagai bidang kemahiran yang ditawarkan kepada penghuni seperti bidang
perkayuan, pertanian, makanan, kraftangan, kecantikan, fabric dan sebagainya. Ini
adalah salah satu usaha meningkatkan kemahiran di kalangan penghuni ini adalah
bagi meningkatkan entrepreneurial mindset untuk membantu penghuni memperoleh
memulakan perniagaan sendiri bagi menampung kehidupan setelah dibebaskan.
Laporan projek eUsahawan MDEC
13
Berikut antara pendedahan di dalam program eUsahawan:
(a) Menyediakan platform pendedahan dan latihan tentang Ekonomi Digital dan
keusahawanan digital kepada peserta
(b) Menjana pendapatan tambahan secara atas talian melalui pemasaran digital
kepada peserta melalui jualan produk - produk dari hasil bengkel Penjara yang
dihasilkan oleh banduan-banduan
(c) Pemurnian silibus eUsahawan ke dalam silibus sedia ada memberikan alternatif
pembelajaran secara hands-on bagi topik keusahawanan digital dan memberi
peluang kepada peserta mempraktikkan pembelajaran secara masa nyata
(real-time)
(d) Menyediakan ilmu dan kemahiran asas keusahawanan kepada peserta untuk
diamalkan setelah kembali berintegrasi bersama masyarakat
Laporan projek eUsahawan MDEC
14
7.2 ELEMEN KEBERKESANAN
Pihak MDEC berjaya mengumpulkan maklumat untuk melihat tahap keberkesanan
dan sambutan terhadap inisiatif eUsahawan.
Sehingga kini, bilangan graduan TVET dan usahawan mikro yang dilatih adalah
seramai 156,580 orang semenjak tahun 2015 dengan nilai jualan terkumpul (kumulatif)
sebanyak RM 226 juta. Pencapaian tahun 2017 adalah seperti jadual di bawah.
Disasarkan nilai jualan bagi tahun 2018 adalah sebanyak RM144 juta dan seramai
120,000 peserta akan dilatih.
Tahun Bilangan Peserta
Dilatih
Penjanaan Pendapatan/
Jumlah Jualan (RM juta)
% Penambahan Jumlah
Jualan Dari Tahun
Sebelumnya
2015 3,108 3.66 -
2016 51,203 48.0 1,212%
2017 102,269 175.0 265%
Jumlah 156,580 226.66
Jenis-jenis perniagaan berdasarkan sektor industri adalah seperti jadual dibawah. Tiga
(3) industri terbanyak adalah 1) Fesyen & Gaya hidup; 2) Makanan & Minuman; 3)
Kesihatan & Kecantikan.
No Industri %
1. Fashion & Life Style 26.12% 2. Food & Beverage 24.56% 3.
Health & Beauty 20.44%
4. Services 10.36%
5. Apparel & Accessories 8.43% 6. IT and Telecommunication 3.10% 7. Arts & Craft 1.77% 8. Home & Garden 1.29% 9. Vehicles & Parts 0.87% 10. Education 0.53% 11. Baby & Toddler 0.52%
Laporan projek eUsahawan MDEC
15
12. Retails 0.46% 13. Hardware 0.44% 14. Business & Industrial 0.37% 15. Event Related 0.26% 16. Tourism 0.25% 17. Animals & Pet Supplies 0.22% 18. Skincare 0.001% 19. Religious & Ceremonial 0.001%
Kisah Kejayaan - eUsahawan
Antara Kisah Kejayaan dari program eUsahawan:
Puan Sakinatul dari Kota Kinabalu. Beliau merupakan seorang OKU yang hilang
keupayaan menggunakan tangan kirinya akibat kemalangan yang dialami.
Sebelum menyertai program, beliau turut kehilangan pekerjaan dan menjalankan
perniagaan percetakan tshirt di kawasan Kota Kinabalu dengan jualan sebanyak
RM800 sebulan. Kini setelah mengikuti program eUsahawan, beliau telah
menggunakan teknik dan medium atas talian untuk memasarkan produk beliau
dan jualan dari atas talian mencecah lebih RM30 ribu sebulan.
Puan Syazlin Binti Mansor berumur 26 tahun dan berasal dari Melaka, memulakan
perniagaan kecantikan pada tahun 2013 secara sepenuh masa dengan jualan
Laporan projek eUsahawan MDEC
16
bulanan sebanyak RM6,000. Sebelum menyertai program eUsahawan, beliau telah
mengaplikasikan pemasaran digital melalui Facebook. Namun begitu, selepas
menyertai program eUsahawan baru beliau fahami, melalui perancangan serta
kaedah pemasaran digital yang betul mampu membantunya mencapai sasaran
pembeli dengan lebih tepat. Beliau menyertai kelas eUsahawan pada Mei 2016,
dan kini beliau berjaya meningkatkan jualan sebanyak RM20,000 sebulan. Lebih
menarik lagi, beliau juga berjaya meluaskan pasaran produknya ke Brunei dan
Singapura.
En Shathishkumar A/L Johnson merupakan pelajar kursus pengajian Diploma
Pemasaran di Politeknik Kota Bahru, Kelantan. Beliau membantu perniagaan
dekorasi majlis milik sepupunya secara sambilan. Pada Jun 2016, beliau telah
mengikuti kelas eUsahawan dan memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya dengan
mempraktikkan dalam pemasaran digital perniagaan sepupunya. Kesan daripada
pemasaran digital itu telah membantu meningkatkan jualan bulanannya. Pada
awalnya, jualan bulanan beliau sebanyak RM 10,000 sebulan. Kini, beliau berjaya
memperoleh jualan bulanan sebanyak RM14,000 sebulan.
En Aiman Bin Moo Pei Siang berumur 21 tahun berasal dari Negeri Sembilan. Beliau
merupakan pelajar Diploma Pengajian Perniagaan. Kejayaan beliau menjana
jualan sebanyak RM5,000 sebulan selepas menyertai Program eUsahawan pada
Jun 2016, di mana produknya Periuk Noxxa disambut baik oleh masyarakat
berdasarkan testimoni yang diterimanya.
OKU Yang Dilatih Di Bawah Program eUsahawan
Sebanyak 326 OKU telah dilatih di bawah program ini. Daripada jumlah ini sebanyak
43 orang telah melaporkan jualan tambahan keseluruhan bernilai lebih RM260 ribu.
Kisah Kejayaan eUsahawan Warga OKU
Muhamammad Zulkarnain Bin Adinin, berumur 26 dari Sabah. Beliau yang
berkerusi roda mengalami Guillain-Barre syndrome iaitu penyakit kelemahan otot.
Beliau memulakan perniagaan membaiki computer pada 2013 dan pada 2016,
beliau mengikuti kursus eUsahawan untuk meluaskan pasaran di kawasan
Laporan projek eUsahawan MDEC
17
setempat. Selepas mengaplikasi konsep pemasaran melalui media social,
pendapatan beliau meningkat dari RM300 ke hamper RM3,000 sebulan
Puan Sakinahtul Nabilah, 32 tahun dari Sabah. Beliau mengalami kemalangan
pada 2014 menyebabkan tangan kanan beliau lumpuh. Untuk menyara hidup,
selepas kemalangan, beliau telah memulakan perniagaan mencetak t-shirt.
Sejak mengikuti program eUsahawan Julai 2016, permintaan terhadap produk
beliau meningkat. Kini beliau telah menggaji pekerja dan mempunyai agen bagi
memasarkan produk di Semenanjung. Jualan purata yang beliau catatkan
sebulan kini sebanyak RM9,000.
Kisah-kisah kejayaan peserta eUsahawan juga telah diceritakan melalui video-video
yang dapat dilihat melalui laman web eUsahawan di
http://eusahawan.mdec.my/kisah-kejayaan/
Paparan skrin adalah seperti dua rajah dibawah.
Laporan projek eUsahawan MDEC
18
Laporan projek eUsahawan MDEC
19
7.3 ELEMEN SIGNIFIKAN
Program eUsahawan telah memberi manfaat kepada peserta-peserta melalui:
No. Manfaat Butiran
1. Penjimatan dari segi kos dan
value for money
Strategi pemasaran dan pengiklanan
yang dilakukan secara online dan
dalam media digital dapat memberi
penjimatan kos kepada usahawan
TVET dan mikro
Kempen pemasaran dan
pengiklanan dapat mencapai skop
yang lebih luas melalui platform
media digital sama ada secara
percuma atau berbayar
2. Perkhidmatan yang lebih mesra
pelanggan
Semua interaksi dapat dilakukan
secara atas talian dengan lebih
cepat dan mudah
3. Penjimatan masa Dengan adanya aplikasi facebook
analytics usahawan boleh
menjangkau pelanggan dan
kawasan yang disasarkan dengan
cepat
4. Penjimatan dari segi sumber
manusia
Aktiviti yang dilakukan secara digital
dapat mengurangkan tenaga
pekerja
Laporan projek eUsahawan MDEC
20
Di atas juga menunjukkan antara impak penjanaan pendapatan eUsahawan di mana
ia telah dapat:
Membantu usahawan desa menambah pendapatan secara digital: 51%
Belia merupakan golongan yang paling banyak mendapat manfaat melalui
program eUsahwan: 75%
Wanita juga mendapat manfaat yang banyak melalui program eUsahawan:59%
Peserta eUsahawan (Muda & Desa) mengikut jantina (Jan 2016 – Oktober 2017)
Di bawah adalah pecahan peserta eUsahawan mengikut negeri, di mana program ini
dilihat dapat menjangkau seluruh negeri:
Peserta eUsahawan (Muda & Desa) mengikut negeri (Jan 2016 – Oktober 2017)
Laporan projek eUsahawan MDEC
21
7.4 ELEMEN RELEVAN
1. Program eUsahawan adalah antara inisiatif yang dapat memberi sumbangan
kepada agenda nasional:
i. Selari dengan hala tuju Rancangan Malaysia Kesebelas:
(a) Bab 3: Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama
Strategi A1: Meningkatkan pendapatan dan kekayaan isi rumah B40
- dengan meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi
- dengan meningkatkan sokongan keusahawanan secara bersepadu
Pendekatan:
Daripada Kepada
Meningkatkan isi rumah B40
melangkaui paras garis kemiskinan
dengan menambah baik tahap
pendapatan dan bantuan kos sara
hidup
Meningkatkan isi rumah B40 kepada
masyarakat kelas menengah dengan
menambah baik tahap pendapatan
dan penciptaan kekayaan serta
meningkatkan tahap pendidikan dan
kemahiran
(b) Kertas Strategi 15: Memacu Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
Ekonomi Berasaskan Pengetahuan
Menyediakan Sokongan Perniagaan melalui Platform Digital untuk
Perusahaan Mikro:
- Penyataan No. 15.96 MDEC akan memperkenalkan lebih banyak
program kepada perusahaan mikro untuk membolehkan mereka
beralih daripada perniagaan secara tradisional kepada digital bagi
membantu penembusan dan jangkauan pasaran.
ii. Selari dengan Pelan Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Teras Strategik 3 : Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatan
Langkah Strategik : Memangkin Transformasi Gaya Hidup Rakyat
- Untuk meningkatkan potensi dan jualan usahawan muda &
usahawan mikro melalui pendedahan kepada ilmu keusahawanan
digital.
Laporan projek eUsahawan MDEC
22
2. eUsahawan juga telah memberi sumbangan kepada agenda organisasi di
mana eUsahawan telah menjadi KPI Korporat MDEC yang dibentangkan dan
diluluskan oleh Lembaga Pengarah MDEC.
Laporan projek eUsahawan MDEC
23
8.0 PENGIKTIRAFAN DITERIMA
Program eUsahawan telah mendapat pengiktirafan oleh institusi bertauliah, Badan
Kelayakan dan Peraturan Peperiksaan (OFQUAL), United Kingdom.
Pautan: http://eusahawan.mdec.my/program-eusahawan/
Laporan projek eUsahawan MDEC
24
8.1 SOROTAN eUSAHAWAN
Laporan projek eUsahawan MDEC
25
Laporan projek eUsahawan MDEC
26
Utusan Borneo (Sarawak), Rabu, 27 September 2017
Laporan projek eUsahawan MDEC
27
Marketing, Friday, 1 September 2017
Laporan projek eUsahawan MDEC
28
9.0 GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN
Laporan projek eUsahawan MDEC
29
PENUTUP Projek telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif tahun 2017. Projek diteruskan ke tahun 2018. Disediakan oleh:
Nama Pegawai/Unit Terlibat: Mohd Fairuz Mohd Yusof
Tel: 03-83153000
Emel: [email protected]