kumpulan - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1689... · seksyen...
TRANSCRIPT
KUMPULAN : PRAGMATICS
TAJUK INOVASI :
KEUPAYAAN MENYELIA RAWATAN PEWASAPAN BAHAN PERTANIAN
EKSPORT TERHAD
PROJEK TAHUN : 2013 - 2014
PENGENALAN
Kumpulan PRAGMATICS dianggotai oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian
Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian. Bahagian ini merupakan salah satu
bahagian di bawah Jabatan Pertanian yang terletak di Wisma Tani, Jalan Sultan
Salahuddin, Kuala Lumpur. Bahagian ini mempunyai 5 seksyen yang terdiri daripada
Seksyen Penguatkuasaan Kuarantin Tumbuhan, Seksyen Kawalan Import/Eksport,
Seksyen Pengurusan Perosak Tanaman, Seksyen Kepakaran & Diagnostik
Tumbuhan dan Seksyen Koleksi & Repositori Tanaman. Bahagian ini juga
mempunyai pejabat di setiap negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah
Persekutuan Labuan.
Fungsi Utama Jabatan Pertanian adalah seperti berikut :
1. Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan
penyelidikan mengikut keadaan setempat dan seterusnya menyampaikannya
kepada pengusaha-pengusaha pertanian.
2. Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada
usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.
3. Membangunkan Sumber Maklumat Tanaman Makanan dan Tanah untuk
kegunaan perancangan dan pelaksanaan pembangunan sektor pertanian.
4. Menjalankan latihan di Institut / Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi
keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.
5. Mengawalselia mutu bahan / benih tanaman negara.
6. Melaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Mahluk Perosak 1974 untuk
memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negara adalah
yang berkualiti dan penggunaannya tidak akan mendatangkan mudarat
kepada pengguna, ternakan, tanaman makanan dan alam sekitar.
7. Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 untuk
mencegah kemasukkan perosak-perosak asing yang berbahaya dalam negara
dan memudahkan pengeksportan hasil-hasil tanaman negara untuk
memenuhi peraturan kuarantin negara pengimport.
8. Melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai
Eksport) 1988 dan peraturan CITES (Konvensyen Perdagangan
Antarabangsa Bagi Spesis-spesis Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang
Terancam Pupus) untuk memastikan bahawa bahan-bahan tanaman dan
janaplasma tidak terancam pupus.
9. Melaksanakan penguatkuasaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhn
2004 (Akta 634) untuk melindungi hak intelek bagi varieti-varieti tempatan
seperti baka-baka yang baik terutama kelapa sawit, getah, koko, kelapa dan
bunga-bungaan.
10. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor
awam dan swasta dalam/luar negara yang terlibat dalam pembangunan,
penguatkuasaan dan perdagangan antarabangsa.
LAPORAN INOVASI
Latar balakang Projek
Rawatan pewasapan adalah merupakan satu kaedah rawatan kuarantin dengan cara
melepaskan fumigan (racun amat berbahaya dalam bentuk gas) di dalam ruang
tertutup pada kadar dan tempoh tertentu untuk membunuh perosak sasaran bagi
memastikan dagangan yang dieksport bebas perosak dan memenuhi keperluan
negara pengimport. Ianya merupakan kaedah yang amat berbahaya jika tidak
dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan. Oleh itu, setiap rawatan
pewasapan perlu diselia oleh pihak Jabatan Pertanian bagi memastikan ianya
dilaksanakan dengan selamat dan berkesan.
Rawatan pewasapan diletakkan sebagai syarat asas sebelum pengeksportan
dilakukan bagi sesuatu komoditi, terutamanya apabila melibatkan dagangan komoditi
pertanian untuk memastikan tidak berlaku penyebaran perosak berbahaya dari
sebuah negara ke sebuah negara yang lain. Sehubungan dengan itu, Jabatan
Pertanian selaku National Plant Protection Organisation (NPPO) yang
dipertanggungjawabkan oleh International Plant Protection Convention (IPPC)
berperanan untuk memastikan rawatan pewasapan yang dijalankan berintegriti
tinggi mengikut standard yang telah ditetapkan dan dagangan yang dieksport bebas
perosak serta diterima di peringkat antarabangsa.
Namun begitu di sebalik tanggungjawab besar Jabatan Pertanian, aktiviti penyeliaan
dan pemantauan kerja rawatan pewasapan ini memerlukan pegawai pemeriksa pergi
ke premis-premis pengeksport bagi memastikan rawatan pewasapan dijalankan
mengikut keperluan yang telah ditetapkan oleh negara pengimport. Aktiviti ini
melibatkan kos yang tinggi dari segi logistik serta pengurusan dan kos ini adalah
ditanggung sepenuhnya oleh pengeksport. Selain itu, beban kerja pegawai bagi
menjalankan penyeliaan dan pemantauan juga telah meningkat saban tahun selaras
dengan peningkatan eksport negara.
Tujuan Projek Inovasi
Tujuan projek inovasi ini dilaksanakan adalah seperti berikut :
1. Mempercepatkan aktiviti rawatan pewasapan dari 6 hari kepada 2 hari.
2. Menurunkan kos penyeliaan rawatan pewasapan dari RM 54,077/ sebulan
kepada RM 17,764/ sebulan.
Proses Pelaksanaan Inovasi
Projek inovasi ini dijalankan secara in house melibatkan pegawai dari pelbagai
seksyen di Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian. Ianya dilaksanakan
selama setahun di seluruh Malaysia. Projek ini melibatkan pelanggan Jabatan
Pertanian yang terdiri daripada pengeksport, syarikat pewasapan dan agen
penghantaran.
Proses Sebelum Dan Selepas
Sebelum projek inovasi
Aktiviti pengeksportan bahan pertanian yang berkembang pesat telah meningkatkan
lagi permohonan kepada rawatan pewasapan yang memerlukan penyeliaan.
Peningkatan bilangan kerja pewasapan menghadkan keupayaan pihak Jabatan
untuk menjalankan kerja-kerja penyeliaan yang akan meningkatkan kos
pengeksportan. Ianya telah menjadi masalah kepada Jabatan Pertanian dan
Pengeksport. Masalah utama yang menyebabkan kelewatan pelaksanaan kerja-kerja
pewasapan adalah seperti berikut:
1. Bilangan penyeliaan kerja rawatan pewasapan tinggi
2. Penyeliaan kerja rawatan pewasapan lama
3. Lokasi penyeliaan rawatan pewasapan banyak
4. Kerja rawatan pewasapan berulang
5. Guna prosedur lama
Selepas projek inovasi
Pelaksanaan projek inovasi ini telah mengurangkan masalah kelewatan proses
rawatan pewasapan dan menjimatkan kos serta menyumbang kepada pencapaian
hasil projek seperti berikut :
1. Penjimatan kos suku tahun sebanyak RM133,307.00.
2. Penjimatan masa proses rawatan pewasapan daripada 6 hari kepada 2 hari.
3. Hasil kerja penyeliaan meningkat kepada 100%.
4. Meningkatkan kepuasan hati pelanggan.
5. Imej Jabatan Pertanian meningkat sebagai jabatan yang memudahkan
pengeksportan.
6. Pengurangan beban kerja dapat meningkatkan kepuasan bekerja di kalangan
pegawai.
Impak Inovasi terhadap golongan sasar/perkhidmatan/jabatan/agensi/ negara
Elemen Inovatif
Projek inovasi ini dapat menambahbaik prosedur kerja pewasapan dan dapat
mempercepatkan proses pengeksportan yang melibatkan perkara berikut :
1. Melantik syarikat pewasapan untuk melaksanakan aktiviti pewasapan bahan
pertanian tanpa penyeliaanyang dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga
kerja.
2. Memberi latihan dan persijilan kepada syarikat pewasapan.
3. Pihak Jabatan Pertanian menjalankan pemantauan dan pengauditan terhadap
syarikat pewasapan.
4. Mewujudkan nombor pengenalan kepada syarikat yang kompeten .
Elemen Keberkesanan
Faedah yang diperolehi daripada pelaksanaan projek inovasi adalah seperti berikut:
1. Keberkesanan rawatan pewasapan telah meningkat berdasarkan
pengurangan bilangan notifikasi ketidakpatuhan yang diterima dari negara
luar.
2. Bilangan pengeksportan bahan pertanian bertambah.
3. Proses rawatan pewasapan syarikat dari Malaysia mendapat pengiktirafan
daripada negara luar yang memudahkan pengeksportan bahan pertanian.
4. Pertambahan bilangan syarikat pewasapan yang kompeten dalam
menjalankan rawatan pewasapan tanpa penyeliaan.
5. Pembangunan standard pewasapan dapat meningkatkan keyakinan negara
pengimport bahan pertanian Negara.
Elemen Signifikan
Pelaksanaan projek inovasi ini dapat menjimatkan masa, kos dan penggunaan
tenaga kerja serta memenuhi objektif Jabatan Pertanian bagi memudahkan
pengeksportan bahan pertanian.
Pengiktirafan yang diterima
Proses rawatan pewasapan yang dilaksanakan oleh syarikat dari Malaysia mendapat
pengiktirafan di bawah Skim AFAS (Australia Fumigation Accreditation Scheme) dari
Jabatan Pertanian Australia. Sijil rawatan pewasapan yang dikeluarkan oleh syarikat
dari Malaysia diiktiraf di Australia .
Gambar-gambar yang berkaitan
Pegawai penyelia sedang mengaudit dokumen syarikat pewasapan.
Rawatan pewasapan sedang dijalankan.
Proses kerja-kerja penyediaan rawatan pewasapan sedang dijalankan.
Pegawai penyelia sedang mengaudit kerja-kerja rawatan pewasapan.
Mengukur isipadu enclosure bagi tujuan pengiraan kuantiti fumigan yang
akan digunakan.
Pemeriksaan kebocoran gas sedang dijalankan
Kerja-kerja rawatan pewasapan sedang dijalankan.
Proses pembuangan gas (ventilation) sedang dijalankan.
Sijil kompetensi menjalankan kerja-kerja rawatan pewasapan.
PENUTUP
Pelaksanaan projek ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan bagi
mengurangkan kos operasi dan mempercepatkan aktiviti pengeksportan. Ini selaras
dengan fungsi Jabatan Pertanian bagi memudah dan menggalakkan pengeksportan
bahan pertanian.
Disediakan oleh:
Nama Pegawai/Unit Terlibat : Pn. Masturi Selaman
Tel : 03-2030 1404
Emel :[email protected]
Lawatan Kumpulan Pragmatics ke tapak rawatan pewasapan.