tutorial 7 (jarau)

Upload: zam-miaq

Post on 10-Jan-2016

240 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Slide 1

TUTORIAL 7

BINCANGKAN CARA GURU DAPAT MEMAINKAN PERANANNYA SEBAGAI AGEN SOSIALISASI & AGEN PERUBAHAN DI SEKOLAH YANG TERDIRI DARIPADA WARGA SEKOLAH PELBAGAI BUDAYADISEDIAKAN OLEH : JARAU RICHARD

SEBAGAI AGEN SOSIALISASIBroom (1981) menghuraikan aspek sosialisasi dari dua pandangan, iaitu masyarakat dan individu.

Sosialisasi dari sudut pandangan masyarakat ialah proses penyelarasan generasi baru ke dalam norma-norma yang terorganisasi & mengajar mereka tradisi budaya masyarakatnya.

Sosialisasi dari sudut individu adalah proses mengembangkan diri iaitu hasil interaksi dengan orang lain.

Proses sosialisasi menghendaki seseorang individu mempelajari & menerima nilai, sikap, kemahiran & peranan yang dapat membentuk personalitinya serta menyatukannya ke dalam kelompok masyarakat.

Guru Sebagai Agen Sosialisasi1. Penyebar Ilmu Kemasyarakatan2. Pembentuk Generasi Muda4. Penyumbang Kepada Masyarakat 3. Pembentuk Masyarakat Penyayang

1. Sebagai Penyebar Ilmu KemasyarakatanMemberi peluang kepada murid untuk menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk proses perkembangan diri dan masyarakat.

Perkembangan ilmu dan kemahiran murid membawa kepada kemajuan sekolah serta masyarakat.

2. Sebagai Pembentuk Generasi MudaMemupuk sikap, nilai dan sahsiah murid yang sempurna selaras dengan kehendak masyarakat.

Memastikan perubahan & perkembangan tingkah laku murid adalah mengikut nilai, norma & kehendak masyarakat.

3. Sebagai Pembentuk Masyarakat PenyayangMempunyai hubungan rapat dengan masyarakat dan boleh menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilai-nilai positif kepada masyarakat.

Contoh = melaksanakan program seperti Sehari Bersama Warga Sekolah.

4. Sebagai Penyumbang Kepada MasyarakatMelibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh komuniti setempat.

Contoh: gotong-royong, aktiviti kebudayaan dan kelas bimbingan.

Menurut Syed Ismail & Ahmad Subki (2013)Masyarakat menempatkan guru pada tempat yang lebih terhormat dari lingkungannya kerana seorang gurulah masyarakat memperoleh ilmu pengetahuan ke arah pembentukan sesebuah negara maju menjelang tahun 2020.

SEBAGAI AGEN PERUBAHANSebagai orang yang dihormati dan berpengalaman, guru-guru boleh membawa perubahan dalam masyarakat, organisasi atau pada seseorang individu.

Mengikut Kamus MSN Encarta, seseorang agen perubahan merujuk kepada seseorang atau sesuatu yang membawa atau membantu membawa perubahan.

Guru Sebagai Agen Perubahan1. Mendekatkan Sekolah dengan Masyarakat.3. Memberikan Perkhidmatan Yang Sewajarnya.2. Menjadikan Sekolah Sebagai Pusat Ilmu.

1. Mendekatkan Sekolah dengan MasyarakatMelaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan warga sekolah dengan masyarakat setempat.

Melancarkan program seperti Budaya Salam antara warga sekolah dengan masyarakat setempat.

2. Menjadikan Sekolah Sebagai Pusat IlmuBertanggungjawab untuk memodenkan cara hidup masyarakat setempat dengan ilmu-ilmu yang terkini.

Membawa perubahan baharu untuk memenuhi aspirasi dan kehendak murid, masyarakat dan negara yang semakin kompleks.

3. Memberikan Perkhidmatan Yang SewajarnyaMengaplikasikan kemahiran bidang yang dikuasai dengan menjalankan pelbagai program di sekolah.

Mengubah strategi pembelajaran kepada suatu yang lebih berkesan.Cth: pemusatan guru pemusatan murid

KESIMPULANJangkaan dan harapan masyarakat terhadap guru untuk meningkatkan kualiti kehidupan, memelihara & mengekalkan budaya & norma yang baik adalah tinggi.

Oleh itu, guru perlu mengamalkan nilai-nilai murni seperti berbudi bahasa, bersopan, hormat-menghormati, penyayang dan sebagainya dalam kehidupan hariannya.

RUJUKANRagbir Kaur Joginder Singh. (2011). Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif Untuk KPLI. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Syed Ismail & Ahmad Subki. (2013). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/guru%20dan%20alam%20pendidikan.pdf

http://www.slideshare.net/aizatoor/guru-sebagai-agen-perubahanmasyarakat