jawapan soalan tutorial sem 7 kajian tindakan

48
1 TUTORIAL - KAJIAN TINDAKAN 1 Tutorial 1: Bandingkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Bagi setiap pendekatan, beri 2 contoh topik yang boleh dikaji menggunakan pendekatan itu. JAWAPAN TUTORIAL Kuantitatif Kualitatif Tujuan Menyelidik hubungan, seabab dan kesan Memahami fenomena sosial Reka bentuk Dibentuk sebelum kajian dijalankan Dibentuk semasa kajian dijalankan Pendekatan Deduktif, menguji teori Induktif, menjana teori Instrument kajian Menggunakan instrument kajian piawai Menggunakan interaksi semuka spt temu bual atau pemerhatian Sampel Menggunakan sampel besar ‘sampel kecil’ tapi persampelan tidak secara rawak. Pemilihan responden adalah bergantung kepada persetujuan responden dan keperluan kajian Analisis Analisis statistic ke atas data numeric Deskripsi dan interpretasi naratif CONTOH TOPIK KUANTITATIF Penerapan Nilai-nilai Murni melalui Pembelajaran Koperatif Dalam Sains Kesan Penggunaan ABM terhadap Pencapaian Murid Tahun 4 dalam Mata Pelajaran Matematik Persepsi terhadap Mata Pelajaran Sejarah di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah KUALITATIF ‘Cut And Paste’ : Satu Teknik Menjawab Soalan Aneka Pilihan Berstruktur Dalam Mata Pelajaran Sains Do Re Mi : Satu Teknik Mengajar Sebutan Four Wifes One Husband : Meningkatkan Kemahiran Menulis Lima Ayat Penyata Berpandukan Gambar Tunggal Atau Gambar Bersiri Perspektif dan Pengalaman Sekolah seorang guru permulaan : Isu dan Cabaran Tutorial 2:

Upload: christinastar

Post on 10-Nov-2015

106 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

JAWAPAN SOALAN TUTORIAL SEM 7 KAJIAN TINDAKAN.doc

TRANSCRIPT

1

TUTORIAL - KAJIAN TINDAKAN 1Tutorial 1:

Bandingkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Bagi setiap pendekatan, beri 2 contoh topik yang boleh dikaji menggunakan pendekatan itu. JAWAPAN TUTORIAL

KuantitatifKualitatif

TujuanMenyelidik hubungan, seabab dan kesanMemahami fenomena sosial

Reka bentukDibentuk sebelum kajian dijalankanDibentuk semasa kajian dijalankan

PendekatanDeduktif, menguji teoriInduktif, menjana teori

Instrument kajianMenggunakan instrument kajian piawaiMenggunakan interaksi semuka spt temu bual atau pemerhatian

SampelMenggunakan sampel besarsampel kecil tapi persampelan tidak secara rawak. Pemilihan responden adalah bergantung kepada persetujuan responden dan keperluan kajian

AnalisisAnalisis statistic ke atas data numericDeskripsi dan interpretasi naratif

CONTOH TOPIKKUANTITATIFPenerapan Nilai-nilai Murni melalui Pembelajaran Koperatif Dalam Sains

Kesan Penggunaan ABM terhadap Pencapaian Murid Tahun 4 dalam Mata Pelajaran Matematik

Persepsi terhadap Mata Pelajaran Sejarah di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah

KUALITATIF

Cut And Paste : Satu Teknik Menjawab Soalan Aneka Pilihan Berstruktur Dalam Mata Pelajaran Sains

Do Re Mi : Satu Teknik Mengajar Sebutan

Four Wifes One Husband : Meningkatkan Kemahiran Menulis Lima Ayat Penyata Berpandukan Gambar Tunggal Atau Gambar Bersiri

Perspektif dan Pengalaman Sekolah seorang guru permulaan : Isu dan Cabaran

Tutorial 2:

Bandingkan tujuan,kekuatan dan kelemahan setiap jenis reka bentuk penyelidikan dengan menggunakan jadual.

JAWAPAN TUTORIAL

PERKARAKUANTITATIFKUALITATIF

Istilah yang berkaitan dengan pendekatanEksperimental

Hard data

Perspektif luaran

Empirikal

Positivist

Fakta sosial

Statistik

EticEtnografi

Kerja lapangan

Soft data

Symbolic Interaction

Perspektif dalaman

Naturalistic

Ethnomethodologi

Diskriptif

Pemerhatian turut serta

Phenomenological

Dokumentari

Riwayat hidup

Kajian kes

Ekologikal

Emic

Konsep utamaPemboleh ubah

Mengoperasi Definisi

Kebolehpercayaan

Hipotesis

Kesahan

Kesignifikanan statistik

Replikasi

ramalan

Makna

Pemahaman sejagat

Definisi situasi

Kehidupan harian

Pemahaman

Proses

Rundingan

bertujuan praktikal

pembinaan sosial

Grounded Theory

Gabungan teoriStructural functionalisim

Realism, Positivism

Behavioralisme

Logical Empiricm

Systems TheorySymbolic Interaction

Ethnomethodology

Phenomenology

Budaya

Idealisme

Gabungan AkademikPsikologi

Ekonomi

Sosiologi

Sains politikSosiologi

Sejarah

Anthropologi

MatlamatMenguji teori

Memperjelaskan fakta

Perihalan statistik

Hubungan antara pemboleh ubah

RamalanMembina konsep

Memerihal realiti pelbagai

Grounded Theory

Meningkatkan pemahaman

Reka bentukBerstruktur

Ditentukan lebih awal

Formal

Spesifik

Prosedur kajian yang terperinciTerbuka kepada perubahan

Fleksibel

Umum

Membuat tekaan terhadap cara penyelidikan

Penulisan cadangan penyelidikanPanjang lebar

Terperinci dan jelas fokusnya

Prosedur spesifik dan terperinci

Tinjauan bahan kajian yang mendalam

Ditulis sebelum data dipungut

Menyatakan hipotesis

Ringkas

Spekulatif

Mencadangkan bidang penyelidikan yang hendak dikaji

Ditulis selepas mendapat sebahagian daripada data

Tinjauan bahan kajian tidak mendalam

Pernyataan pendekatan yang umum

DataKuantitatif

Koding boleh dikira

Kiraan dan ukuran

Pembolehubah yang boleh didefinisikan

StatistikDiskriptif

Dokumen peribadi

Nota kerja lapangan

Gambar

Pendapat perseorangan

Dokumen rasmi

Bahan-bahan artifak

SampelanBesar

Berstrata

Kumpulan kawalan

Tepat

Pemilihan secara rawak

Mengawal pengganggu pembolehubahKecil

Tidak mewakili populasi

Persampelan teoritikal

Teknik / kaedahEksperimen

Tinjauan

Temubual berstruktur

Kuasi eksperimental

Pemerhatian berstruktur

Set dataPermerhatian

Mengkaji pelbagai dokumen dan artifak

Pemerhatian turut serta

Temubual tidak berstruktur

Hubungan dengan respondenJangka pendek

Hubungan tidak akrab

Mengekalkan status sebagai penyelidik dan responden

Empati

Menekankan unsur kepercayaan

Kesamarataan

Hubungan mesra

Responden sebagai rakan

Mengutamakan keobjektifan

Alat KajianInventori

Soal selidik

Indeks

Komputer

Skala

Skor ujianAlat perakam suara

Transciber

Penyelidik bertindak sebagai alat kajian

Analisis dataDeduktif

Dilaksanakan selepas pungutan data

Statistikal

Berterusan

Model, tema dan konsep

Induktif

Analisis bersifat induktif

Constant Comparative method

Permasalahan dalam menggunakan pendekatanMengawal pemboleh ubah yang lain

Terlalu rigid

Kesahan

Mengambil masa panjang

Kesukaran menyaring data

Kebolehpercayaan

Prosedur tidak rigid

Sukar mengkaji responden yang besar jumlahnya

REKA BENTUKKekuatanKelemahan

KUANTITATIF

Eksperimental / kuasi eksperimental/ kajain tinjauan

Persampelan rawak dengan kawalan pembolehubah

Diiktiraf sebagai

the gold standard of evidence

Mempunyai batasan berkaitan kaedah penyelidikan yang boleh menjejaskan kesahan dalaman dan luaran dan akhirnya boleh mengehadkan pengaplikasian dapatan kajian

Mempunyai banyak cara untuk mengawal pembolehubah spt random sampling,

inclusion/exclusion criteria, use of a comparison group, subject matching

across groups, manipulation of the variable, single, double

or treble blinding procedures, the use of precise measuring tools and the

application of standardised statistical tests in the final analysis of data.Responden kajian mungkin tidak bersedia untuk menyertai kajian dan keluar daripada eksperimen kajian.

Ini boleh menjejaskan persampelan rawak dan member implikasi kepada generalisasi dapatan kerana sampelan tidak lagi mewakili populasi

(Torgerson and Sibbald, 1998).

Rigour dan kemantapan kaedah statistic dan saintifik dalam kajian eksperimental memaksimumkan kesahan dalaman serta meningkatkan kebolehan data kajian membuat generalisasi

Kesukaran untu memadankan sampelan dalam kumpulan rawatan dan kawalan boleh menjejaskan kesahan dapatan kajian

Sukar untuk mendapat ramai peserta kajian dan ini menjejaskan tindakan untuk merawakkan sampel

Hawthorne effect

Peserta kajian boleh dipengaruhi oleh perhatian yang diberikan oleh penyelidik atau kesedaran bahawa peserta diperhatikan maka perubahan tingkah laku tidak disebabkan oleh rawatan

KUALITATIFEtnografi/ Kajian kes/ Pensejarahan

Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya

Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji

Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dipilih

Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam

Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data kajian)

Kecil

Tidak mewakili populasi

Persampelan teoritikalMengambil masa panjang

Kesukaran menyaring data

Kebolehpercayaan

Prosedur tidak rigid

Sukar mengkaji responden yang besar jumlahnya

Tutorial 3 :

Seorang pelajar ingin mengkaji tentang Faktor-faktor yang menyebabkan murid kelas Awana Tahun 5 mengantuk semasa pengajaran dan pembelajaran.Apakah jenis reka bentuk kajian yang boleh digunakan? Bincangkan prosedur menjalankan penyelidikan ini dengan menggunakan carta aliran.

JAWAPAN TUTORIAL

Kajian kuantitatif kajian tinjauan

Prosedur menjalankan kajian

Prosedur Penyelidikan Pendidikan

Menyatakan masalah kajian

Menetapkan objektif kajian

Membentuk soalan kajian

Membentuk hipotesis kajian

Melakukan tinjauan literatur

Merancang reka bentuk kajian

Menentukan prosedur persampelan

Membina instrumen kajian

Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

Menentukan prosedur pengumpulan data

Mengumpul data

Menganalisis dan menghurai data

Membincang dan melapor hasil kajian

2.8.1Pernyataan masalah kajian

Masalah kajian merupakan asas kepada kajian. Pernyataan masalah perlu diiringi dengan penerangan dan latarbelakang masalah yang dikaji.

2.8.2Menentukan persoalan kajian/hipotesis

Masalah kajian biasanya ditentukan secara persoalan dan seringkali juga sebagai hipotesis. Hipotesis merupakan satu ramalan (prediction) atau pernyataan secara spesifik tentang apa yang diharapkan akan berlaku. Hipotesis perlulah dinyatakan secara jelas tentang perkaitan diantara pembolehubah-pembolehubah.

2.8.3Definisi istilah

Semua istilah dalam pernyataan masalah dan hipotesis mestilah didefinisikan dengan jelas.

2.8.4Tinjauan literatur

Kajian-kajian lain yang ada kaitan dengan masalah kajian hendaklah dicari dan dirumuskan dapatannya. Tinjauan bahan-bahan seperti jurnal, laporan, monograf dan lain-lain hendaklah membayangkan apa yang telah diketahui mengenai masalah yang hendak dikaji dan nyatakan juga mengapa kajian anda nanti boleh membantu menambah pengetahuan sedia ada.

2.8.5Sampel

Sampel kajian dan kumpulan yang lebih besar atau populasi (di mana dapatan hendak digeneralisasikan) hendaklah dikenalpasti. Langkah-langkah pemilihan sampel juga hendaklah dijelaskan.

2.8.6Instrumen

Setiap instrumen yang digunakan untuk mengutip data hendaklah diterangkan dengan jelas dan rasional penggunaannya juga hendaklah diberitahu.

2.8.7Prosedur / rekabentuk kajian:

Prosedur sebenar kajian hendaklah diperincikan mengikut urutan. Ini termasuklah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh penyelidik tentang apa yang akan dibuat, bila, di mana, bagaimana, dan dengan siapa. Masa sebenar bila tugas akan dimulakan serta jangkaan tarikh tamat, penggunaan bahan-bahan seperti buku atau peralatan seperti komputer perlu dinyatakan. Selain itu, rekabentuk umum atau metodologi (seperti eksperimen atau tinjauan) hendaklah juga dijelasakan.

2.8.8Analisis Data :

Teknik statistik (termasuk deskriptif dan inferential) yang digunakan untuk menganalisis data hendaklah diterangkan dengan jelas. Perbandingan yang dibuat untuk menjawab soalan kajian juga perlu dijelaskan.

2.8.9Laporan :

Laporan hasil kajian hendaklah dibuat mengikut garis panduan yang ditentukan.

Tutorial 4:

Sediakan pengurusan grafik perbezaan antara penyelidikan tradisional(formal) dengan penyelidikan tindakan.

JAWAPAN TUTORIAL

Penyelidikan Tindakanmembantu guru memahami amalannya dalam bilik darjah dan menggunakan maklumat ini untuk mengambil tindakan penambahbaikan

Penyelidikan Tradisional Direka bentuk untuk menguji teori pengajaran dan pembelajaran dan menimba ilmu bagi mengeneralisasikan dapatan kajian ke pelbagai situasi pengajaran dan pembelajaran

ASPEK PERBEZAANPENYELIDIKAN TRADISIONALPENYELIDIKAN TINDAKAN

Latihan yang diperlukan oleh penyelidikLatihan mendalamLatihan oleh sendiri atau berbincang dengan rakan yang mempunyai kepakaran

Matlamat kajianMenjana ilmu yang boleh digeneralisasikanMenjana ilmu untuk diaplikasikan kepada situasi tertentu atau spesifik

Cara mengenal pasti masalah untuk dikaji

Tinjauan atau sorotan bahan kajian yang lepas

Berasaskan permasalahan atau peluang penambahbaiakn atau tujuan yang dihadapi sekarang

Prosedur Tinjauan LiteraturAmat luas, dan menggunakan sumber primerPenggunakan bahan sumber rujukan bergantung kepada keperluan dan boleh menggunakan sumber sekunder

Pendekatan persampelan

Persampelan rawak atau sampel yang dapat mewakili populasiPelajar atau responden yang dikenali atau menjadi rakan sekerja dengan penyelidik

Reka bentuk penyelidikanMempunyai rigor dalam kawalan, kerangka masa menjalankan kajian dalam lamaProsedur kajian tidak ditetapkan dengan rigid dan boleh diubah bila-bila masa semasa kajian, kerangka masa kajian pendek dan fleksibel, kawalan kesahan data adalah melalui triangulasi

Prosedur pengukuran Menilai dan mengukur dengan menggunakan ujian pra dan pascaMenggunakan instrumen yang sesuai dan mudah digunakan atau ujian piawai

Analisis dataUjian statistik atau teknik kualitatifBerfokus kepada kesignifikanan praktikal dan tidak statistic, memaparkan data mentah dan graf

Pengaplikasian dapatan kajianMenegaskan kesignifiakan teoritikal, menjana ilmu berkaitan pengajaran dan pembelajaran secara umum atau makroMenegaskan kesignifikanan praktikal, menambahbaik pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

Pelaporan Menerbitkan laporan kajian, artikel jurnal dan membentang kertas kerja di dalam konferensPerkongsian secara informal dengan rakan sekerja atau laporan ringkas

Table adapted from Berger, 1985 and from http://mypage.iusb.edu/~gmetteta/Research_about_Teaching_and.htm#Comparison

Tutorial 5:

Dalam kumpulan,pilih salah satu model penyelidikan tindakan dan gunakan alat PMI ( Plus, Minus and Interesting) untuk model berkenaan

Bentangkan hasil perbincangan kumpulan terhadap model yang dipilih.

JAWAPAN TUTORIAL

Model Kajian Tindakan Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan oleh para penyelidik antaranya ialah Model Kajian Tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis & McTaggart (1988). Model tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti berikut:

i. Mereflek (Reflect);

ii. Merancang (Plan);

iii. Bertindak (Action); dan

iv. Memerhati (Observe).

Langkah-langkah tersebut boleh dirumuskan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.

Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)

Rajah 1 menunjukkan kajian tindakan dijalankan berpandukan proses berikut:

i. guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani;

ii. guru menyediakan satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya; dan

iii. guru melaksanakan rancangan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

Refleksi dilakukan bertujuan seperti berikut:

i. memahami kewujudan sesuatu masalah/kesukaran;

ii. memahami mengapa masalah tersebut wujud;

iii. memahami bentuk masalah yang timbul;

iv. mengetahui tahap keseriusan masalah yang membelengu pengajaran dan pembelajaran tersebut; dan

v. memahami pelaku yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam permasalahan itu.

PLUS MINUS INTERESTING

Model di atas menghayati falsafah kajian tindakan dan langkah-langkahnya jelas menunjukkan tindakan penambahbaikan yang dilaksanakan olehj penyelidikTidak menunjukkan evolusi berterusan seperti peninjauan yang ditunjukkan dalam model John Elliot

Peninjauan talah membawa pemahaman kepada amalan guru yang tidak ditunjukkan dalam model di atas (Kemmis)Berasaskan model Lewin pada asasnya dan hanya member nilai tambah kepada model Lewin

Menunjukkan kitaran dalam kajian tindakan dan kesinambungan dari kitaran pertama ke kitaran kedua

Model ini tidak menunjukkan fleksibiliti dalam kajian tindakan seperti yang ditunjukkan dalam model ElliotTiada menggambarkan kajian tindakan sebagai satu tindakan individu untuk menyiasat nilai dan kepercayaan atau andaian yang dipegang seperti yang ditegaskan oleh model Whitehead dan Mcniff

Menegaskan kepentingan refleksi dalam tindakan penambahbaikan dalam kajian tindakanTidak menegaskan kepentingan maklum balas antara dan dalam kitaran untuk menambahbaik amalan seperti yang ditunjukkan dalam model Ebbut

Tutorial 6:

Secara individu, pilih satu aspek amalan pengajaran yang anda ingin menambahbaikkan. Sediakan satu pernyataan tentang aspek yang akan diubah. Seterusnya, sediakan satu cadangan tindakan bagaimana anda akan menjalankan penyelididkan itu.

(tiada JAWAPAN TUTORIAL KERANA bergantung kepada bahan yang dikemukakan oleh pelajar)Tutorial 7

Dalam kumpulan, bincangkan dan rancangkan bagaimana anda akan:

(a) memerhati satu sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran (b) mengumpul maklumat dokumen yang ada di sekolah yang dapat membantu anda memahami sesi pemerhatian itu (c) menemubual murid untuk mendapatkan maklumbalas tentang kelakuan pengajaran dan pembelajaran itu.

JAWAPAN TUTORIAL

(a) memerhati satu sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaranJenis-Jenis Pemerhatian

A. Pemerhatian Turut Serta

Pemerhatian turut serta boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu peserta penuh, peserta sebagai pemerhati dan peserta marginal.

Peserta penuh identiti penyelidik dirahsiakan; melibatkan soal etika tetapi mungkin itulah caranya untuk meneliti situasi tertentu

Peserta sebagai pemerhati mendedahkan identiti dan cuba mendapatkan

Kepercayaan peserta kajian utama; menggunakan peranan sebagai peserta dan

Pemerhati untuk mengumpulkan data.

Peserta marginal - pemerhatian dilakukan secara bersahaja tanpa disedari orang lain, tanpa dianggap menceroboh. Tetapi, penyelidik perlu memastikan peranannya pada pandangan orang lain apabila menggunakan teknik ini.

B. Pemerhati sebagai Peserta

Teknik ini turut dikenali sebagai pemerhatian tidak turut serta, tetapi ia sebenarnya agak mustahil. Penyelidik juga tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti tetapi identiti dan kadang-kadang sesetengah aspek tentang tujuan kajian turut diketahui umum atau oleh sesetengah orang.

Cara Pengumpulan Data Pemerhatian

Beberapa cara yang berkaitan adalah seperti yang berikut:

Catatan lapang tak berstruktur

Jadual pemerhatian berstruktur

Skema pengekodan berasaskan soalan kajian

Senarai semak

Rakaman peristiwa (cth. Apabila wanita bercakap; apabila pelajar masuk ke kelas)

Persampelan waktu (cth. memerhatikan tempat kerja, pusat membeli-belah,

GERKO maktab pada waktu yang berlainan)

Apa yang boleh diperhatikan?

Perlakuan non-verbal

Penggunaan ruang

Interaksi lisan, cth. siapa bercakap, penggiliran, siapa mencelah, siapa bernada tinggi atau lembut

Kandungan dan struktur bahasa

Apa yang perlu difikirkan sebelum melaksanakan pemerhatian ?

Peranan/identiti penyelidik

Lokasi, situasi dan konteks kajian; waktu; ruang; tempat

Kebenaran, akses untuk menjalankan kajian, rundingan, persetujuan

Membentuk hubungan, kerjasama, penerimaan, kepercayaan

Apa yang diperlukan/dikehendaki?

Cara memperoleh data; sumber data; siapa terlibat; bila; di mana

Isu-isu etika kebolehpercayaan, keesahan

Merekodkan data pemerhatian

Rekodkan dengan serta-merta atau secepat mungkin

Semak catatan secepat mungkin untuk meneliti/menambah/membaiki, terutamanya kalau penulisan akan dilaksanakan secara naratif

Masukkan petanda-petanda insiden, peristiwa, proses

Masukkan perkara yang tertinggal kemudian

Masukkan interpretasi/idea ke dalam catatan lapangan

Gunakan memo sebagai peringatan untuk mengumpulkan data tertentu

Sedia suatu diari lapangan

*Perlu sedar bahawa kita mungkin tertinggal sesuatu

jangan berfokus kepada kelompok peserta yang dianggap relevan sahaja

Bilakah pemerhatian sesuai?

Atas alasan epistemologi atau ontologikal

Kajian eksploratori

Kajian etnografi

Kumpulan kecil

Proses atau peristiwa yang singkat

Peristiwa rutin/kebiasaan

Aktiviti yang dapat diperhatikan

Masa yang lama

Kelebihan/Kekuatan Teknik Pemerhatian

Bersifat langsung/terus

Dapat memaksimum pengumpulan data dalam konteks

Data muncul/timbul, bukan dikeluarkan

Membantu dalam meneliti kandungan/struktur penggunaan bahasa

Menimbulkan elemen non-linguistik dalam interaksi lisan

Dapat digunakan dalam kehidupan

Kurang mengancam

Kekurangan

Kesan penyelidik sukar disingkirkan

Merekodkan pemerhatia boleh menyukarkan

Sukar untuk memisahkan pengumpulan daripada penginterpretasian data

Pengasingan penyelidik daripada kajian boleh berlaku memakan masa

Memerlukan latihan terlebih dahulu

Sering berdepan dengan isu kebolehpercayaan, keesahan, kesahihan

Keraguan dari segi etika

(b) mengumpul maklumat dokumen yang ada di sekolah yang dapat membantu anda memahami sesi pemerhatian itu4.2.5.1 Dokumen Analisis

Apakah dokumen analisis?

Dalam dokumen analisis, pengkaji menggunakan bahan yang wujud atau bahan yang disediakan oleh subjek (subjek produced data). Tugas utama pengkaji adalah mencari dan mendapatkan akses ke atas bahan itu. Kualiti bahan yang dihasilkan mungkin berbeza.

Mengapakah dokumen analisis penting dalam penyelidikan kualitatif?

Dokumen analisis memberi gambaran dan kefahaman mendalam tentang sesuatu peristiwa atau kejadian. Ia juga berfungsi sebagai data sokongan kepada data yang dikumpulkan dengan cara lain.

Apakah jenis dokumen yang boleh dianalisis?

Terdapat jenis dokumen yang menjadi sumber primer (disediakan oleh responden) atau sekunder (diperolehi dari sumber lain selepas diperoleh daripada responden).

Jenis sumberJenis dokumenPerihalan

PrimerPeribadiYang ditulis oleh responden tentang tindakan, pengalaman dan kepercayaan seseorang seperti autobiografi, surat peribadi, diari, jurnal reflektif, hasil kerja murid, buku skrap

SekunderRasmi: Dokumen dalaman

Rasmi: Dokumen luaran

Media massa

AmMinit mesyuarat, memo, rekod murid dan fail peribadi murid

Surat panggilan mesyuarat, buku tahunan, press release,kod etika, pernyataan falsafah

Surat khabar, bulletin, surat kepada editor Risalah, buku garis panduan kepada murid atau ibu bapa

(c) menemubual murid untuk mendapatkan maklumbalas tentang kelakuan pengajaran dan pembelajaran itu.

4.2.5.2 Temu Bual

Secara umum temu bual adalah perbualan yang terbimbing dan berfokus.

Pertemuan antara penyelidik dengan peserta kajian, dengan penyelidik bertanyakan siri soalan yang relevan dengan fokus kajian (Ackroyd & Hughes 1992: 100)

Selalunya dicipta dan bukan semula jadi, tetapi hubungan mesra boleh terbina antara kedua-duanya

Temu bual membekalkan sebahagian gambaran sahaja berbanding dengan kaedah pengumpulan data kualitataif lain kerana konteks sebenar tidak dirangkum dalam temu bual (boleh menimbulkan masalah kebolehpercayaan dan keesahan)

Tujuan Temu Bual

Dalam kajian kualitatif, temu bual merupakan berikut:

Proses pengumpulan data tentang perkara yang tidak dapat diperhatikan (kepercayaan, prinsip pegangan) atau perkara yang sukar diperoleh (dokumen, diari)

Suatu strategi untuk saling semakan dan elucidating data yang dikumpulkan daripada sumber lain (pemerhatian, dokumen, jurnal)

Kaedah untuk meninjau dan mengesahkan perspektif peserta kajian utama

Strategi untuk memperoleh data sejarah kehidupan

Teknologi temu bual

Kaset perakam

Paling biasa digunakan, tetapi rakaman perlu ditranskripsikan

Elok kalau ada mikrofon yang disambungkan ke perakam

Letakkan dekat dengan peserta kajian

Pastikan aras bunyi (volume) sesuai

Pastikan ada bateri

Pastikan alat perakam dan keset diperiksa/disediakan lebih awal

Pastikan rakaman berjalan lancar; pastikan dari semasa ke semasa;

Dengar rakaman secepat mungkin dan masukkan bahagian yang tertinggal jika ada

Menulis catatan

Boleh dilakukan tetapi sukar untuk menulis pada masa memandang peserta kajian (terutama temu bual tak berstruktur)

Pertimbangan tentang apa yang perlu/tidak mengganggu proses penulisan

Sangat relevan kalau data non-verbal diperlukan

Kamera Video

Boleh memngganggu proses temu bual; sesetengah

Orang tidak selesa

Minta izin dahulu mungkin tidak bersetuju, fikirkan

Kaedah lain

Sesuai untuk perbincangan kumpulan ada ruang menentukan peserta ketika menulis catatan

Berguna dalam merakamkan interaksi verbal dan non-verbal

Melibatkan penganalisisan yang kompleks

Penggunaan telefon

Sesuai kalau jarak peserta dengan penyelidik jauh, terlalu sibuk, orang berstatus tinggi

Petanda non-verbal tidak diperoleh

Rakaman audio boleh dilakukan

Perbualan boleh juga dirakamkan

E-mail

Berguna dalam kedudukan yang berjauhan

Gunakan soalan terbuka supaya tidak menjadi soal selidik

Peserta boleh mengambil masa untuk respon

Boleh dipindahkan terus ke dalam fail tertentu

* Walau apa pun cara yang digunakan, elok dicatatkan refleksi terhadap proses temu bual, begitu juga dengan andaian, pendapat dan ramalan yang terlintas di fikiran berasaskan kandungan temu bual yang dijalankan.

Bentuk Temu Bual

Berstruktur - mempunyai jadual khusus, soalan disediakan dalam urutan; digunakan dengan meluas dalam tinjauan dan kajian pasaran

Separa-berstruktur - soalan spesifik disediakan dan ditanyakan tetapi pencungkilan dilakukan dengan bebas ke atas jawapan yang diberikan; sesuai untuk individu dan kumpulan

Tidak berstruktur penyelidik boleh meneroka dan melakukan pencungkilan dengan bebas; perlu ada kerangka atau senarai tema atau topik yang dikehendaki; sesuai untuk individu atau kumpulan (kumpulan fokus); penyelidik perlu mahir

Kumpulan fokus

Apakah temu bual kumpulan fokus?

Temu bual diinisiasi oleh penyelidik; selalu digunakan untuk kajian pasaran dan parti politik

Terletak antara temu bual individu dengan pemerhatian kumpulan secara naturalistik

Selalunya berfokuskan tema tertentu atau suatu set isu khusus

Perbincangan dikawal moderator

Data diperoleh daripada interaksi antara ahli kumpulan, bukan antara penyelidik dan ahli kumpulan

Bilakah sesuai?

Untuk menjelajah isu yang kurang dikaji atau untuk memperoleh idea tentang sesuatu yang kontroversial atau spesifik

Apabila peluang untuk temu bual individu terbatas, kurang sesuai, memerlukan banyak masa atau sukar diuruskan

Suatu kaedah ekonomikal kerana boleh mendapat data verbal dengan banyak

Apabila pemerhatian turut serta tidak dapat membekalkan data secukupnya atau kurang sesuai

Kepelbagaian idea dan pandangan diperlukan daripada sekumpulan manusia

Idea awal yang menyeluruh diperlukan sebelum alat kajian lain digunakan

Sebagai sebahagian daripada penyelidikan pelbagai-kaedah

Sebagai suatu kaedah

Perancangan Temubual

Sumber yang ada masa, kewangan, pembantu,

Berapa kumpulan? 3 hingga 5 (Morgan 1997)

Ahli kumpulan? terlalu kecil kurang dinamik; terlalu besar?

Heterogenous/pelbagai; persampelan teoretis atau rawak?

Pemilihan peserta?

Di manakah tempat yang sesuai?

Sesi perbincangan berapa lama?

Perbincangan tidak berstruktur, berstruktur, terbimbing?

Cara merakamkan data?

Ada ujian pra dan pasca?

Pelaksanaan Temubual

Penguasaan ahli kumpulan tentang isu harus mencukupi (tidak wajar terlalu difokuskan)

Peserta seharusnya memberikan data yang spesifik ada bukti, konkrit, pengalaman

Menggalakkan perbincangan yang mendalam

Mempertimbangankan pengalaman peribadi peserta dan perspektif mereka (Merton et al 1990)

Peraturan perbincangan perlu dibina dan persetujui

Memantau, mengawal dan mengarah perbincangan dengan bijaksana

Buat catatan yang sesuai

Mencelah dengan bijaksana

Kekuatan temubual

Mengizinkan pemerhatian tentang interaksi kumpulan dalam suatu situasi terkawal

Sesuai bagi tema/topik yang kurang berstruktur

Penting bagi kajian eksploratori

Membolehkan penyelidik untuk menghasilkan banyak data bagi suatu topik khusus

Cepat dan mudah dilaksanakan (menguruskan peserta boleh menjadi sukar)

Peserta lebih bebas untuk memberi dan menegaskan idea daripada temu bual perseorangan

Dapat membekalkan data yang banyak dan mendalam

Luwes

Kekurangan temubual

bergantung sepenuhnya kepada interaksi kumpulan

tidak naturalistik tetapi dicipta penyelidik

mungkin tidak sesuai untuk sesetengah tajuk

peserta mungkin mengarahkan perbincangan ke arah lain yang tidak relevan

sesetengah peserta mungkin mengawal perbincangan

menimbulkan soal etika soal kerahsian kerana perbincangan terbuka; rakaman dan video untuk siapa?

kurang sesuai bagi peserta yang kurang keyakinan atau tidak biasa berbincang secara terbuka

mendapatkan peserta yang sesuai mungkin sukar

Tutorial 8:

Berdasarkan rancangan dalam tutorial 7, sumbangsaran apakah kaedah pengumpulan data yang lain yang boleh digunakan. Beri penjelasan bagi jawapan anda dari aspek tujuan, kekuatan dan kelebihan setiap kaedah pengumpulan data yang dicadangkan. Setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan tutorial 2 dan 3.

4.2.5.4 Nota Lapangan (Field notes)

Apakah Nota lapangan?

Nota lapangan merupakan penulisan yang dibuat oleh penyelidik berdasarkan apa yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui dan pemikiran yang timbul semasa mengumpul dan membuat refleksi terhadap data. Kandungan Nota Lapangan

Deskriptif

Ia mengandungi penerangan terhadap latar konteks, individu/kumpulan, tindakan dan perbualan tentang apa yang telah diperhatikan,dialog, dan pelakuan/tindakan penyelidik.

Reflektif

Memberi gambaran dan menilai idea-idea dan perkara yang telah diberi perhatian.

Ia berfokus kepada soal spekulasi, perasaan, masalah, idea, tanggapan dan prasangka.

Ia turut melibatkan refleksi terhadap analisis yang dilakukan

Refleksi dilakukan ke atas method kajian, dilema tentang etika dan konflik dan, apa yang difikirkan oleh pengkaji.

Nota lapangan kaya dengan Data (Rich data)

Mengandung deskripsi dan dialog yang releven tentang latar konteks dan peserta yang dikaji.

Sebagai bukti yang membantu proses membuat analisis kajian.

Bentuk Nota Lapangan

Muka surat pertama (first page)

Perenggan dan margin

Proses Dalam Menulis Nota lapangan

Memahami dan mengenal pasti apa yang hendak dikaji;

Merekodkan apa yang diperhatikan;

Memikirkan tempat yang sesuai untuk bekerja;

Memikirkan masa yang diperlukan untuk menulis nota lapangan;

Memulakan penulisan dengan menulis beberapa nota;

Menulis mengikut kronologi peristiwa yang telah diperhatikan;

Memastikan aliran penulisan tidak terjejas, dan;

Memasukkan perkara yang terlupa semasa menjalankan permerhatian.

Jurnal Reflektif

Apakah jurnal reflektif?

Suatu cara untuk melakukan refleksi supaya seseorang mendapat pembelajaran daripada pengalaman yang dilalui.

Bagaimana menulis jurnal reflektif?

Kandungan berikut boleh dimasukkan ke dalam jurnal. (Anda boleh menambah aspek lain yang difikirkan sesuai mengikut tujuan dan situasi anda)

KandunganContoh

Huraian mengenai peristiwa pengajaran/pembelajaranPerbincangan mengikut kumpulan 4 orang dengan murid-murid dikehendakai mencari penyelesaian terhadap masalah yang saya (guru) kemukakan dalam edaran. Setiap kumpulan diberi masalah yang berbeza

Matlamat yang ingin dicapai daripada peristiwa tersebutAdalah penting murid diberi peluang berbincang sesama sendiri. Ini bukan sahaja memupuk semangat kerjasama, tetapi ia juga mengajar mereka untuk menimbangkan pandangan orang lain

Apakah kesudahan peristiwa tersebut?Dalam kebanyakan kumpulan, hanya seorang dua sahaja yang aktif berbincang. Yang lain nampaknya menumpang sahaja. Ada juga yang meniru tanpa memahami apa yang ditiru

Beberapa sebab yang berkemungkinan besar membawa kepada kesudahan tersebut

Cara kumpulan dibentuk komposisi (jantina, kebolehan) dan saiz

Masa yang diperlukan untuk perbincangan

Beberapa langkah penambahbaikan yang boleh dicuba seterusnyaCara pembentukan kumpulan diubah suai

Soalan-soalan selanjutnya untuk diterokaiApa kata jika prosedur penyelesaian masalah sesuatu kumpulan disemak oleh kumpulan lain? Apakah implikasinya terhadap

Teknik Mengumpul Data

Dalam penyelidikan kuantitatif, terdapat lima teknik yang biasa digunakan, iaitu:

Ujian;

Soalselidik;

Senarai semak;

Pemerhatian berstruktur;

Temu bual berstruktur Tutorial 9

Sekiranya anda dikehendaki melaksanakan pelan tindakan anda (hasil dapatan tutorial 1 dan 2), bincangkan pertimbangan yang harus diambilkira semasa mengumpul data. Beri penjelasan bagi setiap pertimbangan yang diberi. Bentangkan hasil perbincangan anda.

JAWAPAN TUTORIAL

PERTIMBANGAN YANG HARUS DIAMBILKIRA SEMASA MENGUMPUL DATACiri-ciri Utama Instrumen Kajian

Kebolehpercayaan (reliability);

Kesahan (validity);

Keobjektifan (objectivity);

Kebolehtadbiran (administerability);

Kemudahtafsiran (interpretability)

Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Setelah kajian rintis dijalankan, ujian kebolehpercayaan hendaklah dilaksanakan ke atas instrumen yang dibina. Kebolehpercayaan instrumen bermaksud bahawa alat yang digunakan itu mampu memberi jawapan yang konsisten. Jika alat itu mengukur seseorang dalam dua masa yang berlainan, maka jawapan yang didapati adalah sama. Kebolehpercayaan di sini merujuk kepada stability instrumen. Konsistensi dalaman pula merujuk kepada kebolehpercayaan item-item dalam sesuatu instrumen dalam mengukur sesuatu konstruk yang sama. Kaedah menguji kebolehpercayaan adalah berikut.

Kaedah menguji kebolehpercayaan dari segi stability Test-retest iaitu mentadbirkan ujian dua kali (biasanya tempoh masa antara ujian kali pertama dan kedua ialah 2 minggu) kepada sampel yang sama dan gunakan pekali korelasi untuk melihat sejauh manakah terdapat korelasi yang tinggi. Korelasi yang tinggi bermakna stabilityyang tinggi.

Kaedah menguji kebolehpercayaan konsistensi dalaman - Ujian Cronbach Alpa. Berdasarkan keputusan ujian Cronbach Alpa, pertimbangan hendaklah dibuat terhadap item-item instrumen, iaitu, sama ada untuk:

i. Mengekalkan item;

ii. Mengekalkan item dengan sedikit perubahan;

iii. Mengekalkan item dengan membuat banyak perubahan;

iv. Menggugurkan item.

Persampelan

Data dikumpul daripada sampel tetapi analisis data tersebut adalah untuk membuat rumusan populasi. Proses ini desebut sebagai membuat inferens daripada sample kepada populasi. Persampelan rawak perlu digunakan untuk membuat inferens. Berikut adalah rumusan ciri-ciri umum rekabentuk persampelan rawak:

Jadual 3.1 Rekabentuk Persampelan Rawak

RekabentukPemilihan rawakCiri-ciri lain

Persampelan rawak mudahAhli sampel dipilih daripada populasi secara rawakKeseluruhan populasi bertindak sebagi satu unit daripada sampel dipilih

Persampelan rawak berstrataAhli sampel dipilih secara rawak dari setiap strata populasiSetiap strata diwakili dalam sample; sample dipilih mengikut nisbah setiap strata dalam populasi

Persampelan klusterAhli kluster dipilih daripada populasi kluster yang lebih besarSemua ahli daripada kluster yang dipilih dilibatkan dalam sample; tidak semua kluster dilibatkan; kluster tidak semestinya sama saiz

Persampelan sistematikAhli sampel pertama dipilih secara individuPopulasi mengikut susunan tertentu

(ii) Menyemak data

Data yang dikumpulkan perlu disemak untuk menentukan keesahan dan kebolehpercayaannya. Suatu cara yang sering digunakan bagi jenis-jenis data yang disebutkan ialah triangulasi. Triangulasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, seperti triangulasi masa, kaedah, sumber dan penyelidik.

Triangulasi masa bermaksud proses pengumpulan data ke atas sesuatu sumber yang dilakukan dalam suatu tempoh atau jangka masa yang panjang. Proses ini memberi peluang kepada penyelidik untuk meneliti proses tertentu dalam kekerapan yang agak tinggi. Keadaan ini memberi peluang kepada penyelidik untuk betul-betul memahami keadaan yang diteliti. Pada masa yang sama, penyelidik dapat menilai ketepatan data yang dikumpulkan.

Triangulasi kaedah terbahagi kepada dua jenis, iaitu triangulasi antara kaedah dan triangulasi dalam kaedah. Triangulasi antara kaedah merujuk kepada proses pengumpulan jenis data yang berlainan daripada subjek kajian yang sama. Dengan kata lain, proses ini menghasilkan beberapa jenis data tentang subjek kajian yang sama. Triangulasi dalam kaedah pula merupakan proses menggunakan kaedah yang sama ke atas subjek kajian atau situasi yang berlainan. Proses ini menghasilkan satu jenis data bagi beberapa subjek atau konteks kajian.

Sementara itu, triangulasi sumber pula adalah proses mendapatkan maklumat dan pandangan daripada sumber-sumber informasi yang berlainan. Proses ini menghasilkan satu-satu jenis data daripada pelbagai sumber.

Triangulasi penyelidik pula merupakan proses pengumpulan data menggunakan lebih daripada seorang penyelidik untuk mengumpul data. Proses ini akan menghasilkan beberapa set data yang boleh dinilai kesejajarannya dengan tujuan kajian. Walau bagaimanapun, keselarasan strategi, pengetahuan dan kemahiran penyelidik atau pembantu penyelidik yang terlibat perlu dipastikan.

Persampelan

(i) Mengapakah persampelan penting dalam penyelidikan kualitatif?

Persampelan adalah penting kerana ia menentukan keesahan interpretasi dan, terutamanya keupayaan generalisasi.

(ii) Berapa besarkah saiz sampel yang sesuai?

Jumlah individu dan kes yang harus dilibatkan dalam kajian kualitatif perlu diambil perhatian. Dalam penyelidikan kualitatif, persampelan bukan melibatkan soal penghasilan kuantiti per se tetapi ia mengutamakan soal kualiti dan jenis maklumat yang dihasilkan. Biasanya sampel yang terlibat adalah kecil, iaitu antara 1 hingga 5 responden atau kes. Jumlah ini dianggapkan sesuai untuk memungkinkan pemahaman yang mendalam.

(iii) Apakah konteks dan sampel dalam penyelidikan sosial dan pendidikan?

Komuniti, seperti kawasan spesifik, kumpulan sosial yang sama tujuan, ruang sosial yang tertutup,

Orang, seperti guru, pelajar, pengetua

Institusi, seperti keluarga, gereja, media, kerajaan

Organisasi, seperti sekolah, kelab remaja, kolej, syarikat komersial, industri

Kumpulan informal, seperti gang, kumpulan persahabatan,

Program, seperti projek rintis, eksperimen, program makanan, program kesihatan, sistem atau organisasi terhad, program sementara

(iv) Apakah jenis persampelan yang boleh digunakan dalam penyelidikan kualitatif?

Persampelan mudah: melibatkan pemilihan individu paling terdekat atau senang didapati. Proses ini berterusan sehingga saiz sample yang dikehendaki diperolehi.

Persampelan purposive : penyelidik memilih sendiri responden berasaskan ciri-ciri tertentu yang memenuhi keperluan spesifik kajian.

Persampelan snowball : penyelidik mengenal pasti sekumpulan kecil individu yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang dikehendaki. Kemudian, mereka berfungsi sebagai pemberi maklumat untuk mengenal pasti orang lain yang sesuai dijadikan sampel dan proses ini berlaku secara berterusan sehingga difikirkan mencukupi oleh penyelidik.

(v) Apakah bias dalam persampelan yang boleh mempengaruhi keesahan maklumat?

Tidak mewakili ciri-ciri demografi dan budaya dalam situasi berkenaan

Berfokus kepada satu bahagian hiraki dan mengabaikan yang lain

Tidak memasukkan peristiwa atau aktiviti yang mencirikan konteks dan, tidak sedar tentang beberapa faktor dan pengecualian yang lain

Penumpuan melampau terhadap yang eksotik atau dramatik dan mengecualikan yang biasa

Tidak memberi perhatian yang mencukupi terhadap pemilihan masa atau tidak menyedari penyelididkan dipengaruhi masa

Hanya berbual dengan orang yang disukai atau senang ditemui

Terlampau menghargai sumbangan orang tertentu kerana kesesuaian, tarikan, persahabatan dll.

Kegagalan untuk mengambil kira non-response dan membezakan sampel yang dikehendaki dengan sampel yang diperolehKajian Rintis Mengapa kajian rintis penting?

Kajian rintis merupakan suatu usaha untuk membantu penyelidik untuk mendapatkan gambaran/maklumat awal tentang penyelidikan yang akan dilakukan.

Kajian rintis merupakan suatu aspek dalam reka bentuk kajian yang dilakukan untuk menguji kumpulan atau individu lain yang tidak akan terlibat dalam kajian sebenar melalui temu bual, kumpulan fokus, pemerhatian atau rakaman audio.

Kajian rintis tidak dapat dilakukan dalam semua konteks, contohnya dalam ethnografi.

Kajian rintis pada awal penyelidikan dapat membantu mengenal pasti masalah.

Individu atau group atau lokasi yang dilakukan kajian rintis perlu dapat dapat menggambarkan atau mewakili konteks kajian yang sebenar.

Kajain rintis mestilah dirancang dengan baik.

Data daripada kajian rintis tidak boleh digunakan sebagai data dalam kajian sebenar.Tutorial 10

Dalam kumpulan, kodkan transkrip temubual anda dan senaraikan kategori aspek utama.

JAWAPAN TUTORIAL

CONTOH TRANSKRIPSI TEMU BUAL

Jadual 6.12: Trankripsi Temu bual Minat Murid Tahun 5 Anggerik Ke Atas Tajuk Pecahan

Respons Pelajar

Kod

Soalan Murid 1 Mengapa anda tidak berminat untuk belajar tajuk pecahan?

Buat apa belajar tajuk ni. Kita selalu pakai angka bulat bukan pecahan. Kalau campurkan. Angka bulat, tolak angka bulat, darab dan bahagi saya boleh faham. Lagipun cikgu ajar cepat sangatlah. Mula-mula lagi saya dah tak faham. Dia sikit sangat pakai gambar-gambar, alat-alat macam masa dia ajar tajuk nombor yang sampai pilih ribu itu. Saya memang tak suka guru Matematik saya. Dari dulu-dulu lagi memang saya langsung tak suka cikgu lelaki tu. Kalau di rumah ada orang tolong ajar pecahan pada saya lainlah. Ini Tak ada. Datuk dan nenek saya tak boleh tolong saya. Saya pun tak pergi kelas tuisyen. Apabila dah tak faham, tentu saya tak suka belajar Matematik. 31112

Murid 2

Saya tak faham apa-apa yang cikgu saya ajar. Kalau dari mula tak faham terus saya tak suka. Saya memang tak suka tajuk pecahan. Kalau saya faham nanti agaknya saya sukalah. Guru kelas tuisyen saya dah mula ajar tajuk ni. Agaknya saya boleh faham lepas ni. Cikgu tuisyen saya ajar lebih terang. Belajar pecahan pun macam belajar tajuk lain Matematik. Semua nak kena kira. Saya tak sukalah.

56

Murid 3

Buat apa nak belajar tajuk pecahan? Kenapa cikgu nak ajar tajuk ni? Cikgu saya ajar cepat sangat. Dia tak pakai banyak gambar macam dia selalu buat. Lepas itu banyak kerja rumah. Saya buat sedikit sahaja saya betul-betul tak faham. Cikgu selalu marah budak-budak dalam kelas saya sebab tak siap kerja rumah. Saya tak suka bila cikgu datang mengajar dalam kelas saya. Kalau dia tak datang dia sakit saya suka betul. Semua kat rumah tak boleh tolong saya nak fahamkan dan tolong tunjuk buat kerja rumah pecahan 3 5, 1 2

Murid 4

Saya betul-betul tak tahu nak buat apa dengan pecahan. Kalau begitu kenapa nak belajar tajuk ni. Dulu-dulu pun saya tak pernah diajar tajuk ni. Angka bulat ada la. Lagipun tidak selalu kita dengar orang guna pecahan di kedai, dalam pasar, mana-mana lagi ye Cuma dengan jam aje... pukul tiga suku, pukul empat setengah 33

Murid 5

Saya tak tahu kenapa saya tak suka tajuk pecahan ni. Agaknya orang tak gunanya selalu. Lagipun susah nak belajar pecahan. Baru belajar sikit aje cikgu dah beri kerja rumah. Kerja rumah pulak tu. Kalau kerja rumah banyak salah jadi saya tak suka pecahan. Lagipun buat apa nak belajar pecahan. Kalau dah tahu angka biasaAngka bulat pun dah cukup. Tak payah-payah belajar pecahan. 34

Murid 6

Susah. Tajuk ni memang susah. Cikgu ajar cepat sangat. Dia tak pakai alat-alat dan gambar macam tajuk lain. Lagipun dia tak tunjuk macam mana nak campur dan nak tolak dengan cara yang paling senang. Saya memang tak faham apa yang dia ajar. Kerja rumah memang adasaya memang tak tahu nak buat. Saya memang tak suka tajuk ni dari tahun lepas sebab itu saya tak belajar betul-betul. Rupa-rupanya pecahan tahun ini sambung dari tahun lepas. 4156

Penentuan Kod 1 : Faktor guru (5) Guru mengajar terlalu cepat

Guru selalu marah

Guru tidak guna bahan bantuan mengajar

2 : Tiada sokongan /bantuan pelajaran di rumah (2) Tidak pergi kelas tuisyen

Sokongan pelajaran di rumah tiada (ibu bapa/penjaga tidak tahu mengajar)

3 : Menganggap pecahan tidak relevan (5) Tidak digunakan dalam aktiviti seharian

Tidak selalu orang guna pecahan di kedai

4 : Tajuk pecahan susah (2) Tajuk ini memang susah79

5. Tidak Faham (3)

6. Tidak berminat / tidak suka (2)

BENGKEL UNTUK PENGKODAN DATA TEMU BUAL\AKTIVITI 1:

Aktiviti berikut bertujuan memberi latihan kepada para peserta terhadap teknik penganalisisan data kualitatif. Arahan:

1. Para peserta membaca transkrip yang diberikan dan gariskan ayat-ayat yang mempunyai maksud terhadap tajuk kajian.

2. Mencari perkataan-perkataan yang membawa maksud kepada tajuk kajian dan memberi kod kepada perkataan-perkataan itu.

3. Menulis ayat-ayat atau ungkapan-ungkapan dalam ruang yang disediakan sebagai latihan analisis data kualitatif.

4. Catatkan jumlah kod perkataan yang dapat dalam transkrip itu sebagai data mentah.

5. Bilangkan kekerapan sesuatu ungkapan yang dinyatakan dalam transkrip ini sebagai bukti kesahan hasil kajian.

TRANSKRIP TEMU BUAL

OLEH: NG KEE CHUAN

Sila baca transkrip temu bual ini dan jawab beberapa soalan berikut.

Tajuk Kajian: Keberkesanan Bimbingan Latihan Mengajar Tarikh: 7 Jun 1997

Tempat: Maktab Perguruan Kent Sabah

Masa: 2.30 petang

Kunci: (N) K.C Ng, (K) Kathy, (R) Rus, (S) Sutinah

PesertaPerbualanKod

N

K

N

K

S

N

S

N

K

S

R

N

R

N

R

N

K

N

K

S

K

R

N

R

K

S Bilakah anda mula sedar masalah utama ini ?

Bagi saya.mula-mula saya tidak sedar itu

Ya! Bila saya tengok dalam buku rekod kamu, anda pernah menulis tentang masalah itu

Mungkin itu bukan yang saya first time masuk itu, apabila saya masuk mengajar memang tidak dapat

Sejak praktikum I, saya hadapi masalah yang sama, mula-mula masuk tidak ada masalah disiplin tetapi bila sudah biasa dengan murid-murid itu, mereka pun mulalah

Jadi semasa itu kamu ada jalankan apa-apa tindakan tak?, untuk mengatasi masalah ini?

Masa itu saya kurang bimbingan macam mana mengatasi, Jadi saya tiada idea macam mana hendak.. sebab pensyarah masuk tiada masalah

Apakah perasaan anda setelah meninggalkan sekolah?

Sedih pun ada, lega pun ada. Sebab tidak perlu menyediakanRPH. Sebab itu yang menekan. Rasa sedih kerana terpisah dengan murid-murid. Terharulah meninggalkan mereka

Saya pun lebih kurang dengan (K) walaupun budak-budak itu macam ada kalanya geram juga dengan mereka itu. Tetapi apabila terpisah agak sedih juga. Dan lagi satu saya ada banyak pengalaman

Sedih itu memang sedih. Tetapi hari ini memang latihan kan?. Saya menunggu-nunggu sekolah yang tetap. Memang saya menantikan penempatan itu.

Bagaimana dengan masalah utama anda? Bilakah anda mula sedar?

Kalau masalah utama dari LM 1. Tetapi di Tempasuk II, mungkin seminggu dua minggu saya masuk baru nampaklah

Semasa LM 1, kamu ada ambil apa-apa tindakan atau tidak?

Ada tetapi murid-murid saya semasa LM 1 lebih berada di bandarkan, suka juga menggunakan Bahasa Inggeris

Jadi apakah pendapat anda terhadap dua kawasan LM ini?

Saya lebih bersedia untuk posting. Dalam praktikum II memang banyak yang sudah saya dapati. Lebih bersedia untuk mempraktikan apa yang sudah didapati..cubalah

Apakah yang menyebabkan anda lebih yakin?

Sebab sepanjang praktikum kita kenali apa kelemahan, bila cuba menyelesaikan masalah itu juga, kita nampak reaksi murid kita, jadi lebih yakin untuk teruskan apa yang kita telah lakukan

Kalau dibandingkan dengan LMI dengan LMII ini lebih banyak pengalaman jadi saya rasa macam tersedia untuk pergi ke sekolah yang tetap.

Tetapi setuasi yang baru lagi, gentar juga

Kalau saya sedia, memang sedialah. Tidak tahu tempat, tidak pasti apa yang sudah dibuat di sekolah boleh dibuat disana. Mungkin persekitaran yang lain kan?

Sudahkah anda dapat selesaikan masalah utama kamu atau belum

Kalau saya belum. Tapi ada perkembangan

Kadang-kadang tercapai, kadang-kadang aktiviti yang sama itu kadang-kadang tidak ada perkembangan

Saya rasa macam satu kitaran. Sebab kadang-kadang masalah disiplin itu tidak timbul bergantung kepada cara saya mengendalikan pelajaran itu. Tetapi lepas itu lama-lama lagi ada juga masalah walaupun saya gunakan kaedah yang sama. Jadi macam pusing-pusinglah. Saya rasa tidak habislah !

Sila analisis transkrip ini dengan tajuk-tajuk berikut;

A: Catatkan ungkapan-ungkapan yang membawa maksud:

Kawalan Kelas

a)________________________________________________________

b)________________________________________________________

c)________________________________________________________

(Kekerapan: )

Keyakinan guru pelatih

a)________________________________________________________

b)________________________________________________________

c)________________________________________________________

(Kekerapan: )

B: Gunakan Kod dan catatkan kekerapan perkataan itu disebut:

Kawalan Kelas:

disiplin ( ) susah ( )

Keyakinan guru pelatih: gentar ( ) boleh buat ( )

Tutorial 11

Dalam kumpulan, analisiskan data soal selidik menggunakan jadual kekerapan, min dan peratus.

JAWAPAN TUTORIAL

PELAJAR 1

Item Sangat Setuju

(4) Setuju

(3) Tidak Setuju

(2) Sangat Tidak Setuju

(1)

1. Saya terpaksa membantu ibu bapa

di rumah.

2. 2.Saya mendapat bimbingan daripada ibubapa

3. 3.Saya memahami apa yang Cikgu ajar semasa kelas BI.

4.Saya menggunakan BI semasa di rumah.

PELAJAR 2

Item Sangat Setuju

(4) Setuju

(3) Tidak Setuju

(2) Sangat Tidak Setuju

(1)

1. Saya terpaksa membantu ibu bapa

di rumah.

2. 2.Saya mendapat bimbingan daripada ibubapa

3. 3.Saya memahami apa yang Cikgu ajar semasa kelas BI.

4.Saya menggunakan BI semasa di rumah.

PELAJAR 3

Item Sangat Setuju

(4) Setuju

(3) Tidak Setuju

(2) Sangat Tidak Setuju

(1)

1. Saya terpaksa membantu ibu bapa

di rumah.

2. 2.Saya mendapat bimbingan daripada ibubapa

3. 3.Saya memahami apa yang Cikgu ajar semasa kelas BI.

4.Saya menggunakan BI semasa di rumah.

Daripada respons di atas, satu jadual pengagihan skor (rujuk Jadual 6.1) dihasilkan untuk menunjukkan kekerapan taburan respons dan nilai min terhadap sesuatu item. Pelajar 1 di atas telah menandakan Sangat Setuju untuk Item 1, Setuju untuk Item 2, Setuju untuk Item 3 dan Sangat Setuju untuk Item 4. Berdasarkan kepada respons Pelajar 1 ini, rating yang diberikan dalam bentuk nombor boleh dipindahkan kepada Jadual 6.1 dengan menandakan simbol / pada lajur Sangat Setuju, Setuju, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju. Respons Pelajar 1 bagi Item 1 ialah Sangat Setuju atau 4. Oleh itu dalam kotak Item 1 di bawah Sangat Setuju tandakan / pada kotak bagi Item 1. Pelajar 1 menandakan Setuju pada Item 2. Oleh itu pindahkan respons ini kepada kotak Item 1 di bawah Setuju dengan menandakan / . Prosedur yang sama digunakan bagi mengagihkan skor bagi Item 3 dan Item 4. Seterusnya, masukkan skor rating untuk Pelajar 2 dan Pelajar 3. Apabila selesai, Item 1 mempunyai 1 respons ( / ) untuk Sangat Setuju, 1 ( / ) untuk Setuju dan 1 ( / ) untuk Tidak Setuju. Item 2 mempunyai 1 ( / ) respons untuk Setuju dan 2 ( // ) respons untuk Tidak Setuju.

Kekerapan untuk Item 1 ialah 3 (lihat lajur Kekerapan, Jumlah Skor dan Peratusan) di Jadual 6.1. Begitu juga Kekerapan untuk Item 2 ialah 3. Untuk mendapatkan nilai jumlah skor bagi setiap kotak pada Item 1, anda mesti ambil nilai kekerapan bagi setiap kotak dan darabkannya dengan nilai skor. Sebagai contoh, hanya seorang responden menandakan Sangat Setuju (4) pada Item 1 dan nilai poin bagi kotak ini ialah 1 x 4 = 4. Begitu juga seorang responden menandakan Setuju (3) bagi Item 1 dan jumlah poin bagi kotak ini ialah 1 x 3 = 3. Seterusnya 1 responden menandakan Tidak Setuju bagi Item 1 dan jumlah poin ialah 1 x 2 = 2. Nilai-nilai skor ini ditunjukkan dalam kurungan ( ) di kotak-kotak tertentu pada Jadual 6.1. Jumlah skor bagi Item 1 ialah 9.

Kemudian, kirakan kekerapan yang ditunjukkan dalam kotak-kotak itu dalam bentuk peratusan (%). Bagi kotak Item 1 dan Sangat Setuju, kirakan peratusan dengan mengambil kekerapan dan dibahagikan dengan Jumlah Skor, iaitu (1 / 3) x 3 = 33.3%. Prosedur pengiraan yang sama digunakan untuk mengira kotak-kotak Item I dengan Setuju dan Item 1 dengan Tidak Setuju.

Untuk menentukan min bagi Item 1 anda membahagikan Jumlah skor dengan kekerapan, iaitu 9 / 3 = 3 (Min = 3.00). Prosedur yang sama digunakan untuk mengira Item 2, 3 dan 4Jadual 6.1: Pengagihan Skor

Item Sangat Setuju

(4) Setuju

(3) Tidak Setuju

(2) Sangat Tidak Setuju

(1) Kekerapan, Jumlah

Skor & Min

1. Saya terpaksa membantu ibu bapa di rumah. /

(4) (1x4)

[33.3%] ((1/3)x100))

/ (3) (1x3)

[33.3%] ((1/3)x100)/ (2) (1x1)

[33.3%] ((1/3)x100))3 (///) (9) (4+3+2)

[100.0%] (33.3+33.3+33.3)

Min=3.00 (93)

2. 2.Saya mendapat bimbingan daripada ibubapa

/ (3) (1x3)

[33.3] ((1/3)x100)) // (4) (2x2)

[66.7] ((2/3)x100)) 3 (///) (7) (3+4)

[100.0%] (33.3+66.7)

Min=2.33 (73)

3. 3.Saya memahami apa yang Cikgu ajar semasa kelas BI.

// (6) (2x3)

[66.7] ((2/3)x100)) / (1) (1x1)

[33.3] ((1/3)x100)) 3 (///) (7) (6+1)

[100.0%] (66.7+33.3)

(Min=2.33) (73)

4.Saya menggunakan BI semasa di rumah.

/ (4) (1x4)

[33.3] ((1/3)x100)) // (2) (2x1)

[66.7] ((2/3)x100)) 3 (///) (6) (4+2)

[100.0%] (33.3+66.7)

(Min=2.00) (63)

Jumlah

(8) (4+4) (12) (3+3+6)

(6) (2+4) (3) (1+2) (29) (8+12+6+3)

Tutorial 12

Dalam kumpulan:

(a) interpretasikan data temubual dan data soal selidik.

(b) sediakan satu tinjauan literatur tentang Faktor-faktor yang menyebabkan murid kelas Awana Tahun 5 mengantuk semasa pengajaran dan pembelajaran.Seterusnya, menghubungkaitkan data temubual dan soal selidik dengan literatur

(b) rumuskan hasil dapatan dan membuat kesimpulan

JAWAPAN TUTORIAL

(a) DATA TEMU BUAL Jadual 6.12: Trankripsi Temu bual Minat Murid Tahun 5 Anggerik Ke Atas Tajuk Pecahan

Respons Pelajar

Kod

Soalan Murid 1 Mengapa anda tidak berminat untuk belajar tajuk pecahan?

Buat apa belajar tajuk ni. Kita selalu pakai angka bulat bukan pecahan. Kalau campurkan. Angka bulat, tolak angka bulat, darab dan bahagi saya boleh faham. Lagipun cikgu ajar cepat sangatlah. Mula-mula lagi saya dah tak faham. Dia sikit sangat pakai gambar-gambar, alat-alat macam masa dia ajar tajuk nombor yang sampai pilih ribu itu. Saya memang tak suka guru Matematik saya. Dari dulu-dulu lagi memang saya langsung tak suka cikgu lelaki tu. Kalau di rumah ada orang tolong ajar pecahan pada saya lainlah. Ini Tak ada. Datuk dan nenek saya tak boleh tolong saya. Saya pun tak pergi kelas tuisyen. Apabila dah tak faham, tentu saya tak suka belajar Matematik. 31112

Murid 2

Saya tak faham apa-apa yang cikgu saya ajar. Kalau dari mula tak faham terus saya tak suka. Saya memang tak suka tajuk pecahan. Kalau saya faham nanti agaknya saya sukalah. Guru kelas tuisyen saya dah mula ajar tajuk ni. Agaknya saya boleh faham lepas ni. Cikgu tuisyen saya ajar lebih terang. Belajar pecahan pun macam belajar tajuk lain Matematik. Semua nak kena kira. Saya tak sukalah. 56

Murid 3

Buat apa nak belajar tajuk pecahan? Kenapa cikgu nak ajar tajuk ni? Cikgu saya ajar cepat sangat. Dia tak pakai banyak gambar macam dia selalu buat. Lepas itu banyak kerja rumah. Saya buat sedikit sahaja saya betul-betul tak faham. Cikgu selalu marah budak-budak dalam kelas saya sebab tak siap kerja rumah. Saya tak suka bila cikgu datang mengajar dalam kelas saya. Kalau dia tak datang dia sakit saya suka betul. Semua kat rumah tak boleh tolong saya nak fahamkan dan tolong tunjuk buat kerja rumah pecahan 3 5, 1 2

Murid 4

Saya betul-betul tak tahu nak buat apa dengan pecahan. Kalau begitu kenapa nak belajar tajuk ni. Dulu-dulu pun saya tak pernah diajar tajuk ni. Angka bulat ada la. Lagipun tidak selalu kita dengar orang guna pecahan di kedai, dalam pasar, mana-mana lagi ye Cuma dengan jam aje... pukul tiga suku, pukul empat setengah 33

Murid 5

Saya tak tahu kenapa saya tak suka tajuk pecahan ni. Agaknya orang tak gunanya selalu. Lagipun susah nak belajar pecahan. Baru belajar sikit aje cikgu dah beri kerja rumah. Kerja rumah pulak tu. Kalau kerja rumah banyak salah jadi saya tak suka pecahan. Lagipun buat apa nak belajar pecahan. Kalau dah tahu angka biasaAngka bulat pun dah cukup. Tak payah-payah belajar pecahan. 34

Murid 6

Susah. Tajuk ni memang susah. Cikgu ajar cepat sangat. Dia tak pakai alat-alat dan gambar macam tajuk lain. Lagipun dia tak tunjuk macam mana nak campur dan nak tolak dengan cara yang paling senang. Saya memang tak faham apa yang dia ajar. Kerja rumah memang adasaya memang tak tahu nak buat. Saya memang tak suka tajuk ni dari tahun lepas sebab itu saya tak belajar betul-betul. Rupa-rupanya pecahan tahun ini sambung dari tahun lepas. 4156

Penentuan Kod 1 : Faktor guru (5) Guru mengajar terlalu cepat

Guru selalu marah

Guru tidak guna bahan bantuan mengajar

2 : Tiada sokongan /bantuan pelajaran di rumah (2) Tidak pergi kelas tuisyen

Sokongan pelajaran di rumah tiada (ibu bapa/penjaga tidak tahu mengajar)

3 : Menganggap pecahan tidak relevan (5) Tidak digunakan dalam aktiviti seharian

Tidak selalu orang guna pecahan di kedai

4 : Tajuk pecahan susah (2) Tajuk ini memang susah79

5. Tidak Faham (3)

6. Tidak berminat / tidak suka (2)

INTERPRETASI DATA TEMU BUAL

Daripada kategori-kategori yang diwujudkan itu, anda boleh memberi kesimpulan bahawa dua faktor utama yang menyebabkan murid tidak berminat belajar tajuk pecahan ialah faktor guru yang mengajar mata pelajaran matematik dan anggapan bahawa belajar pecahan adalah tidak relevan. Selain daripada itu, murid juga menyatakan mereka tidak faham apa yang diajar, mendapati topik pecahan susah dan tiada bantuan pelajaran di rumah.

Daripada analisis data temu bual ini, seterusnya guru boleh memikirkan cara yang paling baik untuk merancang pelan tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid itu.

DATA SOAL SELIDIKSoal selidik mendapat respons daripada pelajar tentang pembelajaran bahasa Inggeris.

Item Sangat Setuju

(4) Setuju

(3) Tidak Setuju

(2) Sangat Tidak Setuju

(1) Kekerapan, Jumlah

Skor & Min

1. Saya terpaksa membantu ibu bapa di rumah. /

(4) (1x4)

[33.3%] ((1/3)x100))

/ (3) (1x3)

[33.3%] ((1/3)x100)/ (2) (1x1)

[33.3%] ((1/3)x100))3 (///) (9) (4+3+2)

[100.0%] (33.3+33.3+33.3)

Min=3.00 (93)

2. 2.Saya mendapat bimbingan daripada ibubapa

/ (3) (1x3)

[33.3] ((1/3)x100)) // (4) (2x2)

[66.7] ((2/3)x100)) 3 (///) (7) (3+4)

[100.0%] (33.3+66.7)

Min=2.33 (73)

3. 3.Saya memahami apa yang Cikgu ajar semasa kelas BI.

// (6) (2x3)

[66.7] ((2/3)x100)) / (1) (1x1)

[33.3] ((1/3)x100)) 3 (///) (7) (6+1)

[100.0%] (66.7+33.3)

(Min=2.33) (73)

4.Saya menggunakan BI semasa di rumah.

/ (4) (1x4)

[33.3] ((1/3)x100)) // (2) (2x1)

[66.7] ((2/3)x100)) 3 (///) (6) (4+2)

[100.0%] (33.3+66.7)

(Min=2.00) (63)

Jumlah

(8) (4+4) (12) (3+3+6)

(6) (2+4) (3) (1+2) (29) (8+12+6+3)

INTEPRETASI DATA SOAL SELIDIKDaripada jadual di atas, item 1 mempunyai min paling tinggi (M=3.00) menunjukkan bahawa responden tidak mempelajari bahasa Inggeris kerana terpaksa membantu ibu bapa di rumah sedangkan item 2 dan 3 mempunyai min yang sama dan kedua tinggi selepas item 1 (M= 2.33). Responden member pandangan bahawa mereka mendapat bimbingan dalam pembelajaran bahasa Inggeris daripada ibu bapa serta juga memahami apa yang diajar oleh guru. Walau bagaimanapun item 4 mendapat min paling rendah (M=2.00) di mana responden mengatakan mereka kurang menggunakan bahasa Inggeris semasa di rumah.

Tutorial 13

Dalam kumpulan:

(a) bincangkan format penulisan laporan penyelidikan tindakan.

(b) Terangkan tujuan setiap komponen dalam laporan itu.

(c) Pilih 4 sumber rujukan dari pelbagai sumber. Tulis sumber rujukan menggunakan format APA

JAWAPAN TUTORIAL (a) & (b)KOMPONEN FORMAT LAPORAN TUJUAN SETAIP KOMPONEN LAPORAN

1.0 PENDAHULUAN Refleksi pengalaman yang lalu / Refleksi Sorotan Literatur

muhassabah diri untuk menilai kembali pengajaran yang lalu.

pengalaman P&P yang telah dikenal pasti supaya masalah menjadi lebih jelas

Kerangka kajian tindakan diperihal dengan jelas

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN Tinjauan dan Analisis Masalah Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan amat jelas

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIANMemberi panduan kepad a penyelidik supaya tidak tersasar daripada objektif kajianMenjelaskan lagi tujuan kajian

4.0 KUMPULAN SASARAN

Memberi maklumat lata belakang responden yang dikajiMembolehkan pembaca kajian memahami konteks kajian dengan lebih jelas

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.3 Tindakan yang dijalankan

5.3.1 Prosedur Kajian

5.3.2 Cara mengumpul

data

5.3.3 Cara menganalisis data

5.4 Cara Pelaksanaan Tindakan

5.5 REFLEKSI KAJIAN 5.5.1 Menganalisis dan

Interpretasi Data

5.5.2 Dapatan Dapat menerangkan prosedur kajian dengan jelas dan sistematikMemberi justifikasi kepada prosedur dan kaedah pengumpulan data yang dipilih untuk data kajian

Menerangkan tindakan yang dijalankan dengan terperinci supaya pembaca laporan dapat memahaminya dengan jelas

Menerangkan analisis dan interpretasi data kajian untuk pengetahuan pembaca laporan

Membincangkan isu kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian yang digunakanMenghubungkan kesimpulan yang dibuat dengan bukti atau dapatan kajian

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Membuat refleksi ke atas data kajian Membantu penyelidik membuat keputusan untuk merancang semula tindakan dalanm kitaran kedua nanti

SENARAI RUJUKAN

Memberi maklumat tentang bahan rujukan yang digunakan dalam kajianMembantu pembaca laporan mendapat balik bahan rujukan yang digunakan dalam kajian untuk dibaca semula

LAMPIRAN

Membantu pembaca laporan memahami perkara yang telah disebut dalam teks laporan tetapi tidak dapat dimasukkan ke dalam teks laporan kerana tidak begitu relevan atau menjadi teks terlalu padat dengan maklumat yang tidak berkaitan

(c) Pilih 4 sumber rujukan dari pelbagai sumber. Tulis sumber rujukan menggunakan format APA

American Psychological Association (1974). Standards for Educational and Psychological Tests. Washington, D.C. : American Psychological Association.

Anastasi, A. (1976). Psychological Testing (4th ed.) New York: Macmillan Publishing Co.

Kreitzer, A. E., & Madaus, G. F. (1994). Empirical Investigations of the Hierarchical Structure of the Taxonomy. In L.W. Anderson, & L.A. Sosniak, (Eds.) Bloom's Taxonomy : A Forty-Year Retrospective, Ninety-Third Yearbook of the National Society for the Study of Education. Chicago, Illinois : University of Chicago Press.

Watson, S. (2010). Assessment, Evaluation and Final Marks (Online). Retrieved 20 May 2010 from http://specialed.about.com/od/assessment/a/AandE.htm.

Tutorial 14

Pilih satu artikel penyelidikan tindakan. Bincangkan artikel itu dari segi aspek format, cara penulisan, penggunaan bahasa, implikasi dan lain-lain. Buat refleksi kendiri tentang bagaimana anda boleh menggunakan apa yang dipelajari dalam penulisan artikel penyelidikan di masa hadapan.

JAWAPAN TUTORIAL

ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKANWhat is good action research?

oleh John Elliott

Introduction

Anything which deviates from traditional quantitative forms of educational research tends to get labelled action research nowadays on the North American continent. I have even heard qualitative researchers like ethographers claiming they are doing action research. The term is being used to legitimate any form of methodological deviance from the traditional paradigm. It is the buzz word which is appealed to when any researcher wants to promote the practical relevance of their work to teachers and administrators.

In this short paper I will briefly scated the main features of what I understand as educational action research and then spell out what this implies for what is to count as good action research.

The main features are:

It has a pedagogical aim which embodies an educational ideal and which all those who participate are committed to realising in practice,

It focuses on changing practice to make it more consistent with the pedagogical aim,

It gathers evidence about the extent to which practice is consistent or inconsistent with the aim,

In identifying and explaining inconsistencies between aspiration and practice (such explanations may lie outside the classroom in the broader institutional, social, and political contexts of teaching) it problematises the assumptions and beliefs (theories) which tacitly underpin practice in classroom,

It involves teachers in a process of generating and testing new forms of action for realising their aspirations and thereby enables them to reconstruct the theories which guide their practice,

It is a pedagogical process characterised by teacher reflexivity. From an action research perspective teaching is a form of research and vice versa.

Good action research is informed by the values practitioners want to realise in their practice. In education it is defined by the educational values teachers want to realise. Educational values are ideas about what constitutes an educationally worthwhile process of teaching and learning. They specify criteria for representing knowledge and skills to students. Terms like understanding, inquiry, discovery, autonomy, and independence, co-operative all specify qualities of that relationship. Good action research is educational; namely it is a form of reflective inquiry, which enables teachers to better realise such qualities in their practice. The tests for good action research are very pragmatic ones. Does it improve the eduactional quality of the transactions between teachers and learner? Good action research might fail this particular test if it generates evidence to explain why improvement is impossible in the circumstances; in which case it justifies a temporary tolerance of the status quo. In each case action research provides a basis for wise and intelligent decision making. A decision to wait awhile with patience until the time is ripe and circumstances open new windows of opportunity is sometimes wiser than repeated attempts to initiate change.

The are not extrinsic tests but ones which are continuously conducted within the process of the research itself by practitioners. If they have no idea whether or not their research is improving their practice as educators then its status as educational action research is very dubious indeed. It follow from this that action research is not a different process to that of teaching. Rather it is a form of teaching and vice versa. It fuses teaching and research into a singular activity. Those who claim they have no time to change their teaching in any fundamental sense. When teaching strategies are viewed as hypothetical probes into ways of actualising educational values they constitute the core activities of the educational research process: a process which must always be distinguished from research on education by outsiders. Educational research aims to realise values in practice. Research on education aim to generate knowledge about practice. The former may utilise the latter but subordinates the generation of propositional knowledge to the pursuit of practical situational understanding.

Good action research in education always implies curriculum development. The curriculum is never simply a set of statements about content. It always specifies the form in which it is to be represented to students. If it is specified in terms of specific learning objectives then the message to the students is that content is an object of mastery that it has to be mastered in a certain sequence, that it defines deficits in them and dependence on their teachers as a means of remedying them. The question then is whether such curricula enable teachers to represent content in a form which is consistent with the nature of knowledge and the way students learn. Curricula embody theories of knowledge and theories of learning. And it is through action research that their educational potential can be assessed. Through action research curricula are deconstructed and reconstructed in both content and form. Curriculum designs need not simply shape practice but through educational action research they can be shaped through practice. Good curriculum designs will not only specify content but also articulate principles governing the form in which it is to be represented in students of it potential. Teachers generally can explore in their particular practical contexts. Such strategies need not be confined to pedagogical processes but can refer to the organisational practices, which shape social relationships amongst students and teachers and the amount of time available to each for working on certain kinds of tasks. A good curriculum design not only specifies good educational practice but also guidance on how to realise it. The outcome of good action research is not simply improvement in the quality of teaching for those engaged in it but the systematic articulation in the form of a curriculum design of what this involves and how it might be achieved by other teachers. Good action research does not generate private knowledge or an elite core of teachers. It renders what they have achieved public and open to professional scrutiny.

Good action research generates evidence to support judgment about the quality of teaching. It is always evidence about the pedagogy. Teacher research which focuses on everything other than the pedagogical conditions established by the teachers is not good action research. Good action research always reflexive: not merely reflective. One can reflect about any manner of things other than ones own actions. Evidence of pupil learning outcomes does not in isolation constitute evidence of teaching quality. Outcomes need to be explained. The quality of the teaching is not only one possible explanation of a success or failure on the part of students. Other kinds of evidence need to be collected before the contribution of teaching to outcome can be judged. Outcome data may be provide a basis for hypothesis about the nature of this contribution but the hypotheses will need to be tested against evidence about the pedagogical process. Outcome data is only indirect evidence of quality. Judging the quality of outcomes and the quality of teaching are different enterprises.

Evidence about the quality of teaching can be gathered from number of sources: teachers own accounts of their practice, students accounts of their teachers practices, peer group observation of each other practices, outsiders as an observational accounts of their childrens classroom experiences, video and audio recordings of transaction between teachers and students. This process of gathering data from a multiplicity of sources we call triangulation. There are three fundamental sources of evidence: from observers and from the major participants i.e the teacher and his or her students. In fully developed A-R process teachers will comparing and contrasting the accounts of observers and students with their own.

I have cited the source of evidence but how do teachers can have sense of it?. How do they know what to look for? Do they need a pre-coded checklist of quality indicators, i.e a judgification of behaviours that are indicative of the qualities and want to realise in their practice? The problem with suggesting they do is that it preempts and distorts what is involved in doing action research. Quality indicators cannot be predefined because it is the task of action research to define them. When a teacher choose certain courses of action as a possible means of realising his or her educational values in practice she/he is exploring the question. What action is indicative of those values? Evidence then has to be collected to determine whether the means selected are indicative of the educational values the teacher espouses. She/he may select a course of action in the belief that it will encourage students to question the subject matter and discover this belief to be somewhat problematic in the light of triangulation data. Students may report that they experience the action, as constraints on their freedom to question and such reports may appear to be consistent with observational accounts of students responses. The evidence renders the teachers action problematic as quality indicators and challenges her to redefine what constitutes good practice in the circumstances she confronts.

Educational quality indicators are determined through action research, not in advance of it. Pre-specifications of quality indicators prescribe what teachers must do to realise educational values. By standardising responses they render them insensitive to context and substitute standardised assessments of performance in the place of action research. Good action research acknowledge the fact that what constitutes quality in teaching cannot be defined independently of the particular set of circumstances a teacher confronts in the classroom. It can only be defined in situ through action research. Teacher may through action research generalise indicators across a range of contexts but this outcome provides a source of hypotheses for teachers to test in their classroom and not a prescriptive straight jacket which preempts teachers from ultimately judging what action are indicative of quality in particular circumstances. Good action research involves grounding such judgments in triangulated case data.

Bincangkan artikel itu dari segi aspek format, cara penulisan, penggunaan bahasa, implikasi dan lain-lain.

PERBINCANGAN ARTIKEL OLEH Dr. Lim Chong Hin UPSI

PENYELIDIKAN TINDAKAN YANG BERKUALITI:

BEBERAPA CIRI

(Sebahagian daripada penulisan ini dirumus dan diterjemah daripada

artikel What is good action research? Some criteria oleh

John Elliott, 1995. Komen tambahan ditulis oleh Lim Chong Hin)

Dalam kertas yang ringkas ini, saya akan menyenaraikan beberapa cirri-ciri utama penyelidikan tindakan. Selepas itu, saya akan menghuraikan implikasi cirri-ciri tersebut terhadap penyelidikan tindakan yang berkualiti.

A. Ciri-Ciri Utama Penyelidikan Tindakan

1. Ia mempunyai matlamat pedagogi yang merangkum nilai-nilai pendidikan yang ingin direalisasikan dalam amalan/pengajaran (umpamanya, nilai memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua murid, nilai menggalakkan dan menghargai pandangan murid, nilai memupuk budaya belajar (learning culture) di kalangan murid, nilai menggalakkan murid menjadi critical thinkers, nilai membina keyakinan dan imej kendiri yang positif di kalangan murid, nilai menjadikan murid thoughtful learners, nilai menjadikan mata pelajaran yang diajar relevan kepada kehidupan seharian murid, dan lain-lain)

2. Ia berfokus kepada mengubah amalan/pengajaran agar ianya lebih konsisten dengan nilai-nilai pendidikan yang ingin direalisasikan.

3. Ia mengumpul maklumat/bukti/data mengenai sejauh manakan amalan/pengajaran konsisten dengan nilai-nilai pendidikan yang ingin direalisasikan.

4. Ia mengenal pasti dan menerangkan kewujudan ketidakkonsistenan antara amalan/pengajaran dan nilai-nilai pendidikan yang diaspirasikan.

5. Ia melibatkan pendidik dalam proses menjana dan menguji tindakan-tindakan baru bagi merealisasikan aspirasi mereka. Dengan itu, ia membolehkan pendidik mengubahsuai teori-teori yang memandu amalan/pengajaran mereka selama ini.

6. Ia adalah suatu proses reflektif. Refleksi adalah suatu komponen yang amat penting dalam penyelidikan tindakan. Di sinilah terletaknya sebahagian besar daripada pembelajaran yang diperolehi dan perkembangan profesional yang dicapainya oleh pendidik yang menjalani penyelidikan tindakan.

7. Dari perspektif penyelidikan tindakan, mengajar ialah suatu bentuk penyelidikan.

B. Implikasi

Ciri-ciri yang disenaraikan di atas mempunyai beberapa implikasi. Sekali gus ia menetapkan kriteria-kriteria untuk menentukan kualiti penyelidikan tindakan yang dijalankan. Antara kriteria-kriteria tersebut adalah penyelidikan tindakan yang berkualiti;

1. bertujuan merealisasikan nilai-nilai pendidikan yang diaspirasikan.

2. mengintegrasikan pengajaran dan penyelidikan di mana pengajaran dan penyelidikan dilihat sebagai aktiviti yang tidak boleh dipisahkan jika nilai-nilai pendidikan ingin direalisasikan dalam amalan/pengajaran.

3. mengembangkan kurikulum penyelidikan tindakan yang berkualiti bukan sahaja berupaya menambah baik amalan/pengajaran tetapi juga dapat memberikan panduan mengenai bagaimana merealisasikan matlamat kurikulum yang digubal.

4. berimplikasi pengajaran reflektif penyelidikan tindakan yang baik menjana bukti untuk menyokong pertimbangan mengenai pengajaran yang berkualiti. Bukti ini sentiasa merupakan bukti mengenai pedagogi supaya pendidik dapat membuat refleksi mengenai tindakan yang diambilnya sendiri.

5. membabitkan pengutipan data daripada pelbagai sumber (contohnya, daripada murid-murid, rakan sejawat, penulisan sendiri dalam bentuk jurnal, rakaman audio dan video, dan lain-lain) mengenai pengajaran agar pertimbangan yang dibuat mengenai kualiti pengajaran adalah berdasarkan data yang telah ditriangulasi (yakni data daripada pelbagai sumber yang telah dibanding beza).

Sebagai kesimpulan dapat diperhatikan bahawa penyelidikan tindakan membabitkan lebih daripada setakat melaksanakan penyelidikan dan seterusnya mengambil tindakan sahaja. Penyelidikan yang dilaksanakan perlulah berfokus kepada amalan/pengajaran dan pendidik sendiri memainkan peranan aktif menjalankan penyelidikan ke atas amalan/pengajarannya.Tujuannya adalah untuk menambah baik amalan/pengajaran tersebut agar ianya lebih konsisten dengan nilai-nilai penyelidikan yang diaspirasikan.

Ini bermakna pendidik yang melibatkan diri dengan penyelidikan tindakan tidak boleh mengelak daripada mengenal pasti dan seterusnya meneliti secara mendalam nilai-nilai pendidikan yang dipegangnya. Hanya dengan berbuat demikian, barulah pendidik dapat mengutip data untuk mengkaji sejauh manakah nilai-nilai tersebut dipraktikkan dalam amalan/pengajarannya.

Kemudian perancangan dan tindakan yang wajar perlu dilaksanakan bagi menambah baik aspek amalan/pengajaran yang dikenal pasti. Seterusnya data perlu dikutip sekali lagi tentang kesan tindakan tersebut. Data itu kemudian dianalisis dan seterusnya dijadikan bahan untuk refleksi bagi menentukan sejauh manakah tindakan yang telah diambil berjaya merapatkan jurang antara nilai-nilai pendidikan yamg diaspirasikan dan nilai-nilai yang diamalkan dalam pengajaran.

Tutorial 15

Dalam kumpulan:

(a) bincangkan mengapa diperlukan menyebar luas data dapatan penyelidikan tindakan. Rumuskan hasil perbincangan menggunakan gambar rajah radial.

(b) terangkan cara-cara penyebaran data dapatan penyelidikan tindakan

JAWAPAN TUTORIAL

(a) Bincangkan mengapa diperlukan menyebar luas data dapatan penyelidikan tindakan. Rumuskan hasil perbincangan menggunakan gambar rajah radial.

(b) Terangkan cara-cara penyebaran data dapatan penyelidikan tindakanCARA PENYEBARAN DATA DAPATAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Seminar

Konferens

Bengkel

Penerbitan artikel atau jurnal tradisonal atau profesional Penulisan Buku ilmiahJaringan ilmu kajian tindakan melalui internetAction research aims to realise educational values

Action research integrates teaching and research

Action research develops the curriculum

Action research implies reflexive teaching and not simply reflective teaching

Action research involves gathering data about teaching from different points of view

Action research defines rather than applies quality indicators

Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman terhadap dunia yang diduduki kita

Untuk berkongsi dapatan kajian dengan orang ramai yang berminat dengan bidang kajian

Perlu disebar luas jika penyelidik hendak melihat impak terhadap kajian mereka dan dapatan kajian mereka tidak disalahguna atau salah rtafsir oleh orang lain

Mendapat penghormatan daripada rakan sebaya serta ganjaran daripada kajian yang dibuat dan akan memberi penghargaan kendiri kepada penyelidik

Kenapakah menyebar luas dapatan kajian?

Perlu menyebar luas dapatan kajian sebagai prasyarat kenaikan pangkat seperti sebagai profesor madya atau profesor

Untuk mengetengahkan dapatan atau kesimpulan kajian yang dibuat supaya penghargaan dan pengiktirafan diberi oleh orang ramai terutamanya komuniti saintifik bidang penyelidik

Sebagai prasyarat penganjur kajian dalam perjanjian semasa memberi peruntukan menjalankan kajian

Sebagai tanggungjawab penyelidik kerana jika kajian tidak dibaca atau dapatan kajian tidak dikongsi, usaha penyelidik tidak memberi faedah kepada masyarakat