tutorial 7

Upload: amirul-farhan-murad

Post on 29-Feb-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tutorial 7

TRANSCRIPT

Slide 1

TUTORIAL MINGGU 9Disediakan oleh :Azira binti JukiFarah Syazwani binti MatNormarsitah binti Bomo1SOALAN:Bincangkan bagaimana guru mampu memainkan peranan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan dengan membentuk murid yang mempunyai jati diri sebagai rakyat Malaysia dan pada waktu yang sama mengekalkan pelbagai warisan etnik.PENGENALANBahasa ialah maruah bangsa dan negara. Bahasa juga adalah sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya.Oleh itu, adalah sangat wajar guru memainkan peranan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) disamping membentuk jati diri murid sebagai rakyat Malaysia dan warisan etnik serta latar belakang murid juga turut dikekalkan.Tujuan utama memartabatkan bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu)Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu adalahkerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaanyang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubunganutama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsauntuk mencapai hasrat 1Malaysia.PERANAN GURUGuru menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di dalam kelas mahupun di sekolah.

Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia. Bahasa pengantar bagi semua subjek di sekolah adalah Bahasa Melayu kecuali subjek Bahasa Inggeris. Guru hendaklah berbahasa Melayu ketika berkomunikasi dan ketika menyampaikan isi pembelajaran di dalam kelas mahupun di luar kelas. Guru juga harus memntau penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Melayu itu sendiri.

PERANAN GURU2. Merancang PdP yang menarik bagi subjek Sejarah.

Guru hendaklah mengelola aktiviti yang menarik yang boleh memberikan motivasi serta dapat membina jati diri murid sebagai rakyat Malaysia dalam PdP subjek Sejarah. Aktiviti tersebut dapat memberikan pemahaman yang maksimum kepada murid dan seterusnya membina jati diri murid-murid.- Contohnya seperti lakonan, tayangan video yang berkaitan dengan sejarah MalaysiaPERANAN GURU3. Mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah.Sambutan kemerdekaan adalah sambutan yang harus dikelolakan di sekolah menjelang tanggal 31 Ogos setiap tahun.Sambutan tersebut adalah untuk memperingati pejuang-pejuang negara serta menghayati kemerdekaan yang telah dikecapi oleh Malaysia selama ini.Semasa sambutan tersebut juga, guru boleh mencadangkan kepada guru-guru serta murid untuk memakai pakaian tradisional kaum masing-masing seperti Baju Kurung, Sari, Cheongsam dan lain-lain

Samb..Disamping itu, guru boleh mengadakan aktiviti pertandingan yang melibatkan murid seperti pertandingan poster, pidato, teka silang kata dan lain-lain.Aktiviti yang diadakan dapat memartabatkan bahasa kebangsaan dan sambutan Hari Kemerdekaan pula dapat membina jati diri sebagai rakyat Malaysia serta mengekalkan warisan budaya kaum masing-masing dalam kalangan murid mahupun guru-guru

PERANAN GURU4. Guru harus faham bahawa murid-murid di dalam kelas adalah daripada pelbagai kaum dan agama - Guru perlu faham tentang sensitiviti kaum dan agama murid-murid.Guru seharusnya memberikan contoh teladan dengan menghormati bangsa, bahasa serta agama murid-murid barulah murid-murid juga akan faham serta hormat menghormati di dalam kelas.Dengan saling menghormati dan bersatu padu, peranan guru dalam memartabatkan bahasa kebangsaan serta membentuk jati diri sebagai rakyat Malaysia dalam kalangan murid-murid juga akan lebih mudah. Disamping, budaya warisan murid-murid juga dapat dikekalkan,

SEKIAN TERIMA KASIH..