tutorial 3

14

Click here to load reader

Upload: yingxuan95

Post on 25-Jun-2015

410 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial 3

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras .

(HAMKA)

Kumpulan 4:Lim Shin XuanYap Yin Fang

Page 2: Tutorial 3

•Kita sebagai manusia selalu harus mengambil hati orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat tidak mengira dari segi politik, ekonomi atau sosial.

•Dari segi politik, ahli politik selalu mengeluarkan ucapan- ucapan yang menyenangkan untuk mendapat kemenangan dalam pilihan raya dan juga mengeluarkan janji yang akan ditepati sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.

•Ucapan yang manis dan lembut dapat mengambil hati rakyat supaya mengundinya tetapi janji yang dikeluarkan haruslah ditepati supaya tidak menjadi orang yang tidak berbudi bahasa.

•Ahli politik yang bercakap dengan lembut dan beradab selalunya dikatakan sebagai seorang yang rasional .

Page 3: Tutorial 3

•Dari segi ekonomi, pemimpin- pemimpin selalu mengeluarkan kata- kata yang lembut dan sedap untuk menenangkan hati rakyat. •Sebagai contohnya, pemimpin mengatakan beliau akan memberi subsidi ataupun mengurangkan cukai barang- barang terutamanya semasa kemerosotan ekonomi untuk menenangkan hati rakyat supaya tidak berada dalam keadaan ketakutan. • Seseorang pemimpin tidak seharusnya mengeluarkan kata- kata lembut yang tidak sebenar walaupun ia boleh menenangkan hati orang.

•Penjual juga selalu mengeluarkan kata- kata lemah dan manis untuk menarik perhatian pembeli supaya membeli barangan yang dijualnya. •Sekiranya barang yang dijualnya betul- betul berkualiti, maka dialah seorang yang berbudi bahasa dan mempunyai kesantunan yang tinggi. •Namun, sekiranya barangan tersebut tidak sebaik seperti apa yang dicakapnya, maka dialah seorang yang mengambil kesempatan orang lain dan mempunyai akhlak diri yang rendah.

Page 4: Tutorial 3

•Dari segi sosial, kita selalu mengatakan kata- kata yang beradab dan manis didengar kepada orang lain supaya kita mendapat apa yang diingini kita.

• Sebagai contohnya, semasa temu duga untuk mendapatkan kerja atau sesuatu tawaran, kita pasti akan bercakap dengan budi bahasa, berkelakuan sopan dan juga menampilkan pewatakkan yang terbaik.

• Hal ini demikian pewatakan yang baik akan membawa imej baik kita dan dapat membantu meningkatkan peluang untuk mendapat tawaran atau kerja tersebut.

•Kita juga mengatakan kata- kata sedap dengan beradab terhadap rakan- rakan kita supaya kita disenangi oleh mereka dan tidak diboikot.

Page 5: Tutorial 3

•Dalam masyarakat Melayu, mereka diwajibkan bercakap dengan lemah lembut dan beradab sopan terutamanya semasa bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kita.

•Bertutur dengan lembut bukan sahaja dapat menujukkan kehormatan kita kepada orang lain, tetapi juga dapat memujuk orang supaya berbuat baik dan jauhkan yang jahat atau buruk.

•Sebagai contohnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah menggunakan strategi ini semasa menyebarkan agama Islam di Mekah.

•Baginda bertutur dan memujuk dengan suara yang lemah lembut dan berkelakuan secara sopan terhadap orang yang ingin mendengar kepadanya.

• Orang lain mendapati baginda mempunyai banyak nilai murni yang mulia maka mereka pun memeluklah agama Islam.

Page 6: Tutorial 3

•Dalam masyarakat Cina, mereka juga diwajibkan bercakap sopan dan lembut dengan orang lain terutamanya orang yang lebih tua daripada kita.

•Sebagai contohnya, orang dahulu haruslah bercakap dengan sopan terhadap maharaja, pembesar- pembesar dan juga ibu bapa.

•Sesiapa yang tidak berbuat demikian akan diklasifikasikan sebagai orang yang tidak berbudi bahasa dan biadab.

Page 7: Tutorial 3

• Beliau bertutur dengan sopan santun dan mumujuk dengan lemah lembut supaya raja Negara lain akan menggunakan konsep tersebut dalam Negara mereka.

• Beliau telah berjaya memujuk beberapa Negara supaya mengubah konsep lama mereka.

• Walaupun sesetengah negara menolak konsep tersebut, beliau juga tidak mengeluarkan kata- kata yang buruk kepada raja Negara tersebut.

• Contoh yang lain ialah semasa Dinasti Zhou, selepas dihalau oleh raja Negara Lu, Kong Fu Tzi telah mengunjungi ke banyak Negara untuk mewawarkan konsep budi bahasa yang sangat ditekankan olehnya.

Page 8: Tutorial 3

•Antara masalah yang terdapat dalam keluarga ialah kenakalan anak-anak .

•Jika kita memukul anak-anak , emosi mereka akan tidak seimbang dan mereka mungkin tidak dapat membesar dalam keadaan yang sihat .

•Unsur-unsur keganasan mungkin disemai dalam jiwa mereka dan menyebabkan mereka menjadi ganas .

•Pada waktu mereka remaja , mereka mungkin akan mengingkar arahan ibu bapa mereka .

•Setiap kanak-kanak akan nakal semasa mereka masih kecil lagi kerana mereka masih tidak ada pemikiran yang matang .

•Oleh yang demikian , anak –anak perlulah diasuh dengan penuh kasih sayang dan ibu bapa perlulah memberi nasihat kepada mereka secara lemah lembut .

•Kanak-kanak akan berasa mereka disayangi dan dititik berat .

•Apabila tiada dendam dalam hatinya , maka dia akan berkelakuan baik dan keluarganya hidup dalam keadaan harmoni .

Page 9: Tutorial 3

• Kata yang lembut bagaikan air yang tenang dan lembut tapi akhirnya dapat memecahkan batu.

•Umat Islam disarankan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyakkan kata-kata yang baik , atau jika sememangnya yakin kita akan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik, maka lebih baik mendiamkan diri.

•Kita mestilah mengelakkan kita daripada mengeluarkan kata-kata yang mampu menambahkan dosa yang mungkin sahaja sudah sedia tinggi.

•Silap berkata ada yang terasa, silap berkata orang melihat keaiban kita, silap berkata kita pula yang membuka keaiban orang, silap berkata macam-macam perkara tidak baik keluar dari mulut.

• Mulut juga boleh jadi sebagai pusat utama untuk melakukan dosa.

Page 10: Tutorial 3

• Banyak sebenarnya perkara-perkara baik yang boleh kita sampaikan.

• Kita disarankan untuk lebih berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata supaya apa yang kita perkatakan tidaklah sampai dipandang sebagai kata-kata buruk.

•Mungkin kita perlu lebih berhati-hati dalam menuturkan kata-kata. Kerana kata-kata itu sebenarnya berbisa.

• Seseorang boleh membunuh hanya kerana kata-kata dan boleh juga dibunuh kerana kata-katanya.

•Kita bertanggungjawab di atas apa yang kita sampaikan.

•Semakin banyak kita berkata-kata lebih banyak peranan kita terhadap kata-kata sendiri. Kerana itulah adanya istilah 'diuji dengan kata-kata sendiri'.

Page 11: Tutorial 3

• Apabila kawan kita mengajak kita merokok atau menagih dadah , kita haruslah menolak dengan lembut .

•Kita haruslah menasihatinya dengan beradab supaya mereka berasa kita masih menghormati mereka .

•Jika kita bertengkar dengan rakan , kita haruslah sabarkan diri dan seterusnya memberi penjelasan kepada mereka secara lembut .

•Hal ini kerana kalau kita tidak bersalah , kita tidak perlu bertengkar dengan mereka .

•Jika kita tinggikan suara kita , sudah tentu jarak antara hati kita akan semakin jauh .

•Oleh itu , kita haruslah bercakap dengan lembut untuk mengekalkan hubungan yang erat .

Page 12: Tutorial 3

• Dalam sekolah , cikgu mewar-warkan tentang sekolah penyayang .

•Guru akan melayan murid-murid bagaikan anak-anak sendiri .

• Murid yang mempunyai masalah disiplin biasanya ingin mendapat perhatian daripada guru .

•Jika murid tersebut berperangai buruk seperti membuli rakan lain , menengking guru dan sebagainya , cikgu tidak boleh memarah atau mendenda mereka.

•Cikgu haruslah memberi nasihat dengan lembut kepada mereka supaya mereka kesal akan perangainya .

•Mereka akan berasa sebenarnya mereka juga mempunyai orang yang menyayangi dan menghargainya .

Page 13: Tutorial 3

• Orang yang suka bertangkar biasanya ialah orang yang angkuh dan sombong.

•Orang begini akan mementingkan maruahnya .

•Jika kita meninggikan suara kita , dia akan berasa maruahnya tercabar .

•Pertengkaran yang lebih sengit akan berlaku jika kita tidak sabar dan menggunakan perkataankasar .

• Oleh yang demikian , bercakap dengan cara lembut dan beradab terhadapnya adalah cara yang paling ideal . Kita boleh menepuk bahunya untuk menyenangkan hatinya .

•Percakapan yang lembut dan beradab dapat menyenangkan orang lain kerana orang tersebut akan berasa kita menghormatinya dan menghargainya.

•Secara automatiknya , hati kerasnya dapat dilembutkan kerana dia tidak logik kalau dia menengking orang yang berakhlak mulia dan bersopan .

Page 14: Tutorial 3

Sekian ,Terima kasih .