tutorial openoffice.org 2.4 3.x

44
OpenOffice.org versi 2.4.x OpenOffice.org versi 2.4.x (10 Ramadhan 1429) OLEH: SHAHDAN BIN KAMARUDIN Ebook ini dihasilkan menggunakan perisian OOo-dev Writer (Dapatkan perisian ini di www.openoffice.org) Dapatkan versi mudah alih(portable) di www.portableapps.com Emel penulis: [email protected]

Upload: shahdan-kamarudin

Post on 29-May-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 1/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

OpenOffice.org versi 2.4.x

(10 Ramadhan 1429)

OLEH: SHAHDAN BIN KAMARUDIN

Ebook ini dihasilkan menggunakan perisian OOo-dev Writer

(Dapatkan perisian ini di www.openoffice.org )

Dapatkan versi mudah alih(portable) di www.portableapps.com

Emel penulis: [email protected]

Page 2: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 2/43

Page 3: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 3/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Ebook ini disebarkan melalui medium Internet dengan harapan ianya dapat disebarkan dan

dimanfaatkan.

Bahasa yang digunakan adalah bahasa seharian dan tidak mengikut tatabahasa Bahasa Melayu

yang betul dengan tujuan supaya pembaca mudah faham dan lebih bersifat santai. Penulis

langsung tidak bermaksud untuk memperlekehkan penggunaan Bahasa Melayu.

Jika anda cikgu Bahasa Melayu, penulis minta maaf terlebih dahulu. Harap maklum.

Semoga ebook ni membuatkan pembaca rasa lebih yakin untuk menggunakan perisian

OpenOffice.org

Emel penulis: [email protected]

Page 4: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 4/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

SETTING BIASA OpenOffice.org

Screenshot yang ada adalah daripada OOo 3.0 Beta 1. Walau macamanapun, semua fungsi/setting

yang ditunjukkan adalah untuk OOo versi 2.x keatas(kecuali dinyatakan). Setting yang

ditunjukkan bukanlah sesuatu yang advanced dan merupakan setting biasa yang kita buat

walaupun guna perisian pemproses kata yang lain.

Kebanyakan pengguna komputer lebih biasa menggunakan perisian MS Office manakala fungsi

yang serupa pada perisian OpenOffice.org terletak ditempat yang berbeza(contohnya fungsi page

orientation). Penulis harap ebook berbahasa Melayu ini dapat membantu pengguna membiasakan

diri menggunakan perisian OpenOffice.org.

Balik ke Isi Kandungan

1 http://www.openoffice.org/

Emel penulis: [email protected]

Page 5: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 5/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

FILE MENU

Emel penulis: [email protected]

Page 6: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 6/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

File - New:

Boleh buka fail baru untuk berbagai jenis fail melalui menu ini. Atau klik icon pada OOo

interface.

File - New OOo Interface

Templates and Documents:

Anda boleh download template dari laman web http://www.openoffice.org/ . Template yang saya

ada ialah Sun_ODF_Template_Pack.

Emel penulis: [email protected]

Page 7: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 7/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Double click pada folder template pilihan. Dan paparan seperti dibawah akan kelihatan. Di sini

saya double clik pada Folder Presentation. Info berkenaan template akan muncul bila kita klik

pada nama template. Klik anak panah untuk kembali ke paparan folder sebelumnya atau Open

untuk gunakan template pilihan.

File - Wizards:

Wizard ni boleh memudahkan kita untuk buat fail yang dikehendaki. Tapi pada saya, lebih baik

kita install je template yang kita boleh download percuma tu dan edit ikut suka kita. Lagi mudah.

Tapi menggunakan wizard ni, kita akan ikut step-by-step langkah yang perlu untuk hasilkan

sesuatu document.

Emel penulis: [email protected]

Page 8: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 8/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

File – Export as PDF ...

Kita boleh direct convert file ke PDF melalui icon pada OOo interface. Tapi kalau guna

pilihan File – Export as PDF, kita boleh buat beberapa setting seperti kualiti, security dan lain-

lain.

Lepas kita klik pada pilihan Export as PDF..., menu seperti dibawah akan dipaparkan. Klik pada

tab Security untuk set fungsi keselamatan..

Balik ke Isi Kandungan

Emel penulis: [email protected]

Page 9: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 9/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

FORMAT MENU

Ada satu setting penting kat sini iaitu page orientation. Kalau kat MS Word, setting ni ada kat

File – Page Setup(kalau tak silap la). Tapi kat OOo, setting ni ada kat Format – Page.

Format – Page:

Kat sini lah kita set orientation, jenis kertas(biasanya A4), Margin dan lain-lain. Margin biasanya

aku guna untuk buat report.

Emel penulis: [email protected]

Page 10: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 10/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Format – Character:

Kat sini lah kalau kita nak edit/set font. Font Effect untuk effect seperti Underline, strikethrough,

dll. Position untuk set subscript, superscript, rotation, dll.

Untuk setting character, adalah lebih mudah kalau kita letak iconnya terus pada OOo interface.

Mana yang secara defaultnya tak ada, kita boleh add ikut pada screenshot kat bawah.

Emel penulis: [email protected]

Page 11: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 11/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Hasilnya...

Kita boleh add atau remove icon(customize OOo toolbar) ikut keperluan kita.

Format – Bullet and Numbering...

Guna untuk listkan point-point secara bernombor/huruf atau icon/bullet sahaja.

Paparannya..

Emel penulis: [email protected]

Page 12: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 12/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Kita juga boleh listkan point-point tertentu dengan klik button pada OOo interface.

Cara buat list:

1.Highlightkan beberapa baris yang hendak di numbered listkan

2.Klik pada Icon Numbering On/Off atau Bullets On/Off pada OOo interface

3.Untuk lebih pilihan Numbering dan Bullets, klik pada menu Format – Bullets and Numbering

Balik ke Isi Kandungan

Emel penulis: [email protected]

Page 13: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 13/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

INSERT MENU

Untuk masukkan character selain huruf, kita klik pada icon Special Character. Kita juga

boleh masukkan Header ataupun Footer ikut keperluan..

Insert– Fields:

Disini setting untuk kita letakkan Date, Time, Page, dan lain-lain...

Emel penulis: [email protected]

Page 14: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 14/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Insert – Footnote...

Footnote ni aku ada buat untuk report Research Methodology aku.

Cara buat Footnote(Nota kaki)

1. Klik mouse ke akhir perkataan yang nak dibuat Footnote. Pastikan cursor berada kat

perkataan tersebut.

2. Klik pada Insert – Footnote...

3. Option untuk Footnote akan keluar

Emel penulis: [email protected]

Page 15: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 15/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Biasanya saya biarkan default option yang ada dan klik butang OK kerana pilihan Automatic

akan tukar numbering Footnote kita secara automatik. Contohnya, kalau kita letak Footnote baru

kat page awal sedangkan page-page yang lain dah ada Footnote, semua Footnote yang ada akan

di re-numberingkan sendiri secara automatik.

4. Lepas klik butang OK, kita akan dibawa ke bahagian bawah page untuk isi Footnote yang

kita buat tadi.

Row yang dibawah Footnote adalah ruangan Footer.

Insert – Hyperlink:

Boleh guna untuk linkkan perkataan, gambar, dan lain-lain kepada internet, untuk hantar emel

atau untuk linkkan dengan isi dokumen(contohnya link Isi kandungan ke tajuk topik).

Hyperlink ke laman web

1. Highlightkan perkataan atau klik sekali sahaja gambar yang nak dilinkkan ke laman web

Emel penulis: [email protected]

Page 16: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 16/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

2. Klik pada Insert – Hyperlink

3. Isikan Target laman web yang dikehendaki dan klik Apply. Sila perhatikan pada kotak Text

dibawah. Apabila kita klik butang Apply sekali, ruangan text akan jadi kosong. Taipkan semula

perkataan yang kita highlight tadi dan klik Apply lagi sekali dan close.

Kalau kita tak isi semula text tu, perkataan yang kita highlightkan tadi akan bertukar kepada

laman web yang kita hendak link tadi.

4. Hasil yang berjaya..

Emel penulis: [email protected]

Page 17: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 17/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

5. Hasil yang kurang berjaya...

Hyperlink ke Emel

Highlightkan perkataan yang nak dibuat link

Klik pada Insert – Hyperlink dan klik icon Mail & News yang ada disebelah kiri. Isikan ruangan

Receiver. Ruangan Subjek adalah pilihan sahaja. Jika diisi, emel client kita akan automatik letak

Subjek yang kita isi masa nak Compose emel.

Emel penulis: [email protected]

Page 18: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 18/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Klik butang Apply sekali sahaja. Perhatikan ruangan Receiver akan diubah sedikit. Seterusnya

klik Close.

Hasilnya...

Email client(contoh)..

Hyperlink ke isi dokumen lain.

Contoh yang dibuat ialah hyperlinkkan tajuk pada page Isi Kandungan dengan topik Menu.

Untuk ini, kita juga gunakan Bookmark (Insert – Bookmark)

Cara-caranya(secara ringkas)... jeng jeng jeng....

1. Buat bookmark dahulu

2. Linkkan tajuk topik pada Isi Kandungan kepada bookmark yang kita dah buat tadi

Emel penulis: [email protected]

Page 19: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 19/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Cara-caranya(secara detail)...

1. Buat Bookmark pada heading topik isi dokumen dengan klik pada awal perkataan pada

heading tersebut.

2. Klik pada Insert – Bookmark …

Isikan nama bookmark dan klik OK. Pastikan nama bookmark reflek pada tajuk atau isi

dokumen yang kita nak sambungkan

3. Highlightkan tajuk topik kat Isi kandungan dan klik Insert – Hyperlink

Emel penulis: [email protected]

Page 20: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 20/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

4. Klik pada Insert – Hyperlink dan klik pada icon Document yang disebelah kiri.

5. Lihat pada bahagian Target in document. Klik pada butang dan paparan dibawah akan

muncul. Klik pada tanda + pada Bookmarks dan klik pada nama bookmark yang kita dah buat

tadi. Klik Apply dan Close.

Emel penulis: [email protected]

Page 21: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 21/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

6. Perhatikan bahagian Target in document. Ruangan Target dan URL akan automatik diisi.

Seperti semasa buat link ke laman web, klik Apply dan isi semula ruangan text dengan perkataan

yang kita highlight tadi. Klik Apply lagi sekali dan Close.

7. Hasilnya...

Balik ke Isi Kandungan

Emel penulis: [email protected]

Page 22: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 22/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

VIEW MENU

Mungkin tak banyak setting yang biasa kita guna pada menu View. Tapi satu setting yang kita

mungkin perlu buat ialah berkenaan Toolbar.

View – Toolbar

Toolbar ni perlu kita pilih berdasarkan keperluan kita seperti untuk lukis diagram, create form

dan lain-lain. Toolbar yang sedia ada/enabled adalah Formatting dan Standard. Saya biasa

enablekan toolbar Drawing.

Biasanya toolbar Drawing ni akan muncul kat bahagian bawah OOo interface.

Emel penulis: [email protected]

Page 23: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 23/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

View – Zoom

Guna untuk zoom document. Anda boleh juga klik pada icon pada OOo interface

View – Full Screen

Klik untuk view page dalam Full screen mode

Hasilnya...

Semua menu dan toolbar akan hidden. Klik butang Full Screen untuk kembali ke view mode

yang biasa.

Balik ke Isi Kandungan

Emel penulis: [email protected]

Page 24: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 24/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

TOOLS MENU

Emel penulis: [email protected]

Page 25: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 25/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Tools – Language:

Disini kita boleh tukar language(supaya OOo tau bahasa apa yang kita gunakan). Ada 3 pilihan;

For Selection, For Paragraph dan For all Text. Bagi yang menggunakan bahasa Melayu, anda

boleh tukar setting Default languages for documents - Western(kat language setting) kepada

Malay (Malaysia) supaya OOo tau anda menaip guna bahasa Melayu dan tidak akan keluar error.

Language Malay ada sekali kat dalam list rasanya sebab setting Locale setting kat Option. Kalau

pilih bahasa lain, bahasa lain la keluar. Rasanya la..

Pada OOo interface, ada pilihan untuk AutoSpellcheck dan Spellcheck . Pada

screenshot dibawah, saya enablekan fungsi AutoSpellCheck. Dan oleh kerana Default bahasayang saya guna ialah English (USA), garisan merah akan keluar pada perkataan yang tiada

dalam Dictionarynya.

Klik pada Icon untuk disablekan fungsi Autochecknya. Fungsi ni amat berguna dienablekan

jika kita buat Tesis, surat atau apa-apa document dalam bahasa English kerana kesilapan ejaan

akan dihighlight untuk kita betulkan.

Emel penulis: [email protected]

Page 26: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 26/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Word Suggestion

Fungsi Spellcheck adalah untuk kita check setiap perkataan secara manual. Sebuah dialog

box akan muncul seperti dibawah.

Emel penulis: [email protected]

Page 27: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 27/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Tools – Word Count

Untuk kita tau berapa banyak perkataan yang ada dalam dokumen kita. Rasanya tak payah

bagitau pun bleh faham sendiri benda ni.

Tools – Add-Ons

Akan listkan sebahagian sahaja Add-on yang kita ada kerana Add-on yang lain letaknya kattempat lain. Contohnya, Sun_ODF_Template_Pack akan letak kat tempat template. Pilihan ni

hanya akan ada kalau kita ada install Add-on OpenOffice.org.

Tools – Options

Emel penulis: [email protected]

Page 28: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 28/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

OOo – User Data:

Disini kita boleh isi data pengguna(anda). Biasanya hanya empat field sahaja yang saya isi,

macam kat bawah ni...

OOo – ViewBiasanya saya setkan Scalling kepada 90%. Ini adalah default view untuk document kita. Kalau

guna Zoom, hanya untuk document yang kita buka masa tu sahaja.

Emel penulis: [email protected]

Page 29: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 29/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

OOo – Java

Siapa yang download OpenOffice.org beserta jre(Java Runtime), jre akan diinstall sekali masa

kita install OpenOffice.org. OpenOffice.org 3.0 guna jre-6u6-windows-i586-p(Versi 1.6.0_06).

So, kita tick pada radio button tu lah. Kalau sebelum ni kita dah ada install jre atau jdk, akan ada

jugak dalam list tu. Tick mana yang paling latest sekali.

Load/Save

Disini ada beberapa setting yang boleh kita buat.

Memula pasal Autorecovery. Fungsi ni penting kalau-kalau masa kita tgh wat kerja tetiba letrik

xde, system failure atau sebagainya. Boleh adjust default minutes kepada yang lebih kerap

seperti 5 Minutes. Bererti setiap 5 minit, OOo akan save AutoRecovary Info fail kita tu.

ODF Setting

Setting ni hanya ada pada OOo versi 3.0. OOo versi 2.x secara defaultnya akan guna ODF versi

1.1. Walaupun OOo versi 3.0 guna ODF versi 1.2, OOo versi 2.x masih boleh buka fail tu. Cuma

Emel penulis: [email protected]

Page 30: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 30/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

akan keluar popup mesej yang mengatakan fail tersebut dihasilkan guna OOo versi 3.0 dan dia

tanya kita kalau-kalau nak upgrade. Itu sahaja. Klik butang berlabel Later, dan OOo 2.x akan

paparkan fail tu. Ketakserasian mungkin berlaku jika kita menggunakan fungsi yang lebih

advance kat OOo versi 3. Kalau nak tau lebih pasal ODF, sila Google.....

Language Settings – Language

Screenshot kat bawah adalah setting saya. Default Currency akan automatik bertukar ke MYR...

bila kita tukar Locale setting ke Malay (Malaysia)

OOo Writer - General

Biasanya saya akan tukar measurement unit kepada centimeter

Emel penulis: [email protected]

Page 31: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 31/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

OOo Writer - View

Saya akan tukar unit untuk ruler kepada Centimeter, enablekan kedua-dua ruler dan Smooth

scroll. Ini untuk memudahkan saja adjust Margins dokumen iaitu jarak antara tepi dokumen dan

huruf yang kita taip.

Tools – Extension Manager

Kita boleh menambah extension/Add-ons menggunakan Extension Manager.

Klik pada Tools – Extension Manager dan paparan dibawah akan muncul. Klik butang Add

untuk dan cari extension OOo yang telah di download. Selepas itu, kita perlu accept license. Kita

juga perlu pilih install Add-ons untuk kita sahaja atau untuk semua pengguna komputer tersebut.Sambungannya Extension ialah (.oxt). Contoh fail Extension untuk Openoffice.org

Emel penulis: [email protected]

Page 32: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 32/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Kita perlu download Extension untuk versi OOo yang betul. Contohnya, extension untuk

pdfimport hanya untuk OOo versi 3.0 ke atas.

Balik ke Isi Kandungan

Emel penulis: [email protected]

Page 33: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 33/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

LAIN-LAIN

Di sini adalah lain-lain setting yang (akan)biasa kita buat bila gunakan perisian OpenOffice.org

ini. Ia lebih kepada Interface dan penggunaan perisian itu sendiri.

Case/Character

Kita boleh menukar font kepada UPPERCASE atau lowercase dengan cara highlight perkataan

yang ingin ditukar, klik kanan dan pilih Case/Characters – Uppercase atau Lowercase. Amat

berguna terutama sekali untuk uppercasekan HEADING.

Create Table

Create table dengan mudah menggunakan icon Table . Klik simbol segitiga terbalik dan

gerakkan cursor untuk tetapkan saiz table yang dikehendaki. Pilihan untuk hasilkan table adalah

bersifat dynamic, yang mana kita boleh pilih sebesar mana table yang kita nak cuma guna cursor

sahaja.

Klik pada icon segitiga terbalik Tetapkan saiz table

Emel penulis: [email protected]

Page 34: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 34/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Add-Ons – Bookmark menu :

Ini adalah salah satu Add-On OOo yang aku paling suka. Start OOo versi 2.4.0 kita boleh

tambah Add-On untuk OOo. Bookmark ni bleh guna kat OOo versi 2.4.0 ke atas dan 3.0.

Tapi sebelum Menu Bookmark tu ada kat barisan menu, kita perlu klik kat Tools – Add-Ons –

Bookmarks Menu. Lepas tu klik OK.

Emel penulis: [email protected]

Page 35: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 35/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Edit File

Icon Edit File . Fungsinya ialah untuk kita beralih antara view untuk edit file(Default)mode atau read-only mode. Berguna untuk kita view document kita. Hampir sama macam print

preview, tapi untuk view document dalam read-only mode sahaja(no editing). Di bawah adalah

screenshot document dalam read-only mode

Emel penulis: [email protected]

Page 36: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 36/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Line Spacing

Icon Line spacing . Icon ni tak ada secara default. Kene add/visiblekan iconnyasendiri macam nak visiblekan icon subscript dan superscript kat atas tadi.

Background Color

Fungsi ni supaya document kita nampak fancy je kot. Cuma halakan cursor ke baris yang

dikehendaki dan pilih warna daripada pilihan yang ada. Sesuai untuk heading. Boleh juga untuk

highlight satu perenggan.

Emel penulis: [email protected]

Page 37: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 37/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Hasilnya...

File – Recent Documents

Benda ni pun penting jugak sebab kadang-kadang aku tak ingat letak kat mana fail yang aku

working on tu. So, boleh buka melalui menu ni. Tapi lepas ni buat bookmark je la senang.

OOo Impress – Export

Bila anda buat presentation slide guna Impress, anda ada pilihan untuk export fail tadi kepada

SWF, PDF dan XHTML. Bagaimanapun, fail yang anda export ke SWF tiada animation, dan

anda juga perlu klik untuk ke slide seterusnya. Cumalah fail .swf.

Emel penulis: [email protected]

Page 38: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 38/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Files – Save As...

Secara default, OOo akan save fail dengan sambungan (.odt, .ods, .odp, .odg dan .odb). Semua ni

adalah sambungan untuk file ODF(Open Document Format) yang berstandard ISO. Bagi yang

nak save kepada fail lain seperti (.doc), anda perlu klik Files – Save As dan pilih jenis

sambungan yang dikehendaki seperti dibawah.

Emel penulis: [email protected]

Page 39: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 39/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Files – Open...

OpenOffice.org boleh membuka pelbagai jenis dokumen dengan format yang berbeza seperti

dibawah.

Writer Calc

Emel penulis: [email protected]

Page 40: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 40/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Impress Base dan lain-lain

Draw Draw (continue..)

Balik ke Isi Kandungan

Emel penulis: [email protected]

Page 41: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 41/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

LAMAN WEB RUJUKAN

OpenOffice.org <--- Laman Utama

Laman Download <--- Terus ke laman download

Extension/Add-Ons <--- Terus ke laman Add-Ons

MAKLUMAT PENULIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Ini adalah versi terbaru Ebook OpenOffice.org yang penulis hasilkan. Sebelum ini Ebook

seumpanya ada dalam format Windows Help File(.chm) dan juga disekalikan dengan Ebook

OOo Version3 Beta_Review. Ebook ini terdapat lebih banyak setting beserta contoh yang penulis

buat. Dengan adanya versi PDF ini, penulis harap pengguna Sistem Operasi GNU/Linux

juga mendapat manfaatnya.

Ebook ini lebih kepada penggunaan perisian OpenOffice.org secara umumnya termasuklah untuk

versi GNU/Linux atau MacOS dan tiada teori yang penulis rasa membosankan.

Penulis hasilkan ebook ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri sepanjang

menggunakan perisian OOo. Penulis telah pun mengguna perisian ini bermula tahun 2004 dansebab itulah tidak semua features yang penulis gunakan. Ini kerana ia bergantung kepada

keperluan penulis untuk sesuatu tugasan.

Penulis lebih kerap menggunakan Writer untuk kerja-kerja word processing, Calc untuk

menghasilkan table dan chart serta kiraan mudah, Impress untuk presentation dan Draw untuk

melukis diagram. Untuk database, penulis menggunakan perisian MySQL dan bukan Base

walaupun Base lebih mudah.

Emel penulis: [email protected]

Page 42: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 42/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Dengan adanya ebook ini, penulis berharap supaya ia dapat digunakan sebagai rujukan tambahan

bagi sesiapa yang berhasrat ingin menggunakan perisian OpenOffice.org.

Sekarang(pada masa ebook ini ditaip), OpenOffice.org 3.0.0 Beta dah pun keluar. Penulis dah

guna OOo-dev sebelum ni(ebook ni dibuat guna OOo-dev) dan dah pun try OOo Beta tu. Apa

yang penulis boleh advicekan kepada pengguna baru ialah, sila guna OpenOffice.org 2.4.x

dan jangan terus guna OOo 3.0.0 . Antara sebabnya ialah, OOoBeta tu tak register file type

(odt, ots, dan lain-lain) secara automatik kepada OOo, tiada word suggestion walaupun

Spellcheck berfungsi, dan lain-lain lagi....

Tapi... Silalah menggunakan OpenOffice.org 3.0.0 bila versi stabil dah keluar nanti sebab

banyak kelebihannya. Antaranya ialah:

● Buka fail pdf kat Draw menggunakan Add-on pdfimport dan buat editing mudah

● Boleh buka fail non-ISO standard MS Office 2007(docx, pptx, dan lain-lain) tanpa Add-on

tambahan

● Dan lain-lain(Tengok la laman web OpenOffice.org untuk senarai features yang ada)..

Screenshot About OpenOffice.org versi 3.0.0 Beta

Emel penulis: [email protected]

Page 43: Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

8/9/2019 Tutorial OpenOffice.org 2.4 3.x

http://slidepdf.com/reader/full/tutorial-openofficeorg-24-3x 43/43

OpenOffice.org versi 2.4.x

Anda digalakkan untuk menyebarkan ebook ini kepada rakan-rakan yangberminat untuk menggunakan perisian OpenOffice.org.

Sebarang komen amat dialu-alukan.

Jika ada pertanyaan, sila ym ke [email protected]

atau email ke [email protected] .

Gambar Penulis:

Kursus PEMADAM kat ALAM, Melaka.. Masa Konvo SCH . Datang ambik feel je..

Sharing is good....

Hubungi penulis:

Friendster – dans kam

Tagged.com – dans kam

Putera.com – dans kam

YM – [email protected]

Email – [email protected] (Tolong jangan SPAM ye...)

p/s: Sebarang komen, samada membina atau merobohkan amatlah dialu-alukan. Penulis perlu kepada feedback pembaca samada

ebook ini susah nak faham atau dapat membantu pembaca menggunakan perisian OpenOffice.org. Penulis nak ucapkan

berbanyak terima kasih kepada pembaca ebook penulis sebelum ini yang memberi komen dan pendapat mereka kepada penulis.