edu tutorial m1 3

Upload: cjjuin

Post on 13-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

M1: Tutorial 3Sediakan satu carta alir yang menunjukkan langkah-langkah bagaimana guru biasa boleh mengenal pasti murid-murid yang bermasalah. Masalah pelajar

Isu-isu peribadi termasuklah :

Masalah perhubungan dengan ahli keluarga, kawan-kawan, kawan wanita/lelaki, kawan sedarjah;Masalah keluarga ibu bapa yang bercerai, kematian ibu bapa/ahli keluarga, persekitaran rumah yang tidak selesa, dan sebagainyaMasalah emosi konsep kendiri negatif, rendah harga diri, tekanan, perasaan takut dan tidak selamat, kemarahan yang amat sangat, tidak upaya mengawal emosi, mood yang tidak stabil, kesukaran menyuarakan emosi yang sebenar, tingkah laku menyendiri, dan lain-lain

Masalah kesihatan - penyakit fizikal dan mental, kecacatan fizikal, kekurangan pemakanan, masalah makan, berlebihan/kekurangan berat badanMasalah kewangan pendapatan keluarga rendah - lemah dalam pengurusan kewanganIsu pengurusan kendiri lemah dalam mengurus masa, lemah kemahiran komunikasi, tidak mempunyai kemahiran untuk menangani situasi yang tegang.Masalah akademik :

masalah pembelajar dalam mata pelajaran tertentu;pencapaian akademik yang rendah;masalah berkomunikasi dengan guru;motivasi rendah dan kurang berminat untuk belajar;tidak menyertai aktiviti kelas; dankemahiran belajar yang kurang baik

Masalah penyesuaian sosial:Merujuk kepada masalah tingkah laku yang disebabkan oleh kurang kebolehan pelajar tersebut untuk mengadaptasikan diri dengan situasi sosial serta ekspektasi norma dalam masyarakat. Ia termasuklah:tidak mematuhi peraturan sekolah;ponteng, melepak;salah guna bahan-bahan; perhubungan sex secara rambang;perosak;bergaduh; dan aktiviti jenayah mencuri, peras ugut, gangster, rusuhan, mengedar dadah kepada kawan sekolah, dan lain-lain.Cara yang boleh anda gunakan untuk mengenal pasti masalah pelajar ialah:

Perhatikan tingkah laku pelajar anda di dalam dan di luar kelas, bagaimana ia berinteraksi antara satu sama lain, bagaimana ia berkomunikasi dan menyuarakan perasaannya;Galakkan pelajar anda membincangkan masalah dan pengalamannya secara terbuka dengan anda. Ini akan membolehkan anda mengesan masalah yang serious lebih awal;Rujuk kepada rekod dan laporan prestasi pelajar. Ini membolehkan anda mengesan sejarah masalah tersebut;

Bincangkan pemerhatian anda terhadap pelajar tersebut dengan guru lain yang berkenaan, untuk melihat sama ada terdapat satu corak tingkah laku yang konsisten yang menyebabkan masalahnya; Berbincang dengan ibu bapa untuk meninjau sama ada mereka mempunyai maklumat terhadap anaknya, rekod kesihatannya, tingkah laku di rumah, dan sebagainya; dan Adakan sesi bimbingan secara peribadi dengan pelajar tersebut untuk membicangkan masalahnya yang telah anda perhatikan, supaya mereka boleh mengenal pastinya dengan lebih awas dan langkah-langkah pencegahan boleh diambil.

Langkah-langkah Pemerhatian (Choong Lean Keow)Lain-lain