tutorial 3 teori moral

49
Tutorial 3 Memperincikan Teori Kemoralan Sosial dan mengemukakan contoh-contoh yang menyokong Teori Keperibadian Mulia Disediakan: Maryanne Sima Anak Charles Nazila Binti Sujono

Upload: iekha-nabeela

Post on 02-Dec-2015

131 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

nilai dan etika

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial 3 Teori Moral

Tutorial 3Memperincikan Teori Kemoralan

Sosial dan mengemukakan contoh-contoh yang menyokong

Teori Keperibadian MuliaDisediakan:

Maryanne Sima Anak CharlesNazila Binti Sujono

Page 2: Tutorial 3 Teori Moral

TEORI KEMORALAN SOSIAL

Page 3: Tutorial 3 Teori Moral

Teori Kemoralan Sosial

Teori kemoralan sosial ialah satu teori yang memberikan maksud tingkah laku yang perlu ada dalam menjamin manusia terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Page 4: Tutorial 3 Teori Moral

Teori Kemoralan Sosial

Dikenali juga sebagai:kemoralan konvensional dan tradisionalisme atau konservatisme dalam kemoralan.

Page 5: Tutorial 3 Teori Moral

Teori Kemoralan Sosial

Teori yang mengaitkan kepiawaian moral, peraturan masyarakat, dan undang-undang negara atau alam sejagat dengan konsep etika.

Ia juga menitikberatkan tanggungjawab setiap individu bagi mematuhi perintah daripada sesebuah autoriti.

Page 6: Tutorial 3 Teori Moral

Teori ini juga boleh dimaksudkan dengan peraturan moral yang dijadikan sebagai satu

kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib diketahui.

Peraturan ini tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang

telah ditetapkan oleh masyarakatnya.

Teori Kemoralan Sosial

Page 7: Tutorial 3 Teori Moral

Teori Kemoralan Sosial

Berkait dengan peraturan masyarakat:

Tatahukum Tatasusila Tatatertib Norma

Tradisi Kebiasaan Nilai Pantang Larang

Page 8: Tutorial 3 Teori Moral

Teori Kemoralan Sosial

• Teori ini turut

merangkumi semua

nilai yang terkandung

dalam ajaran agama.

Page 9: Tutorial 3 Teori Moral

Teori Kemoralan Sosial

Standard atau ukuran moral merangkumi nilai-nilai mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat, bukan kepentingan diri seseorang individu. X

Page 10: Tutorial 3 Teori Moral

• Peraturan masyarakat berkaitan konsep atau nilai seperti :

BerdikariHormat-menghormatiKasih sayangKebersihanSaling membantuBekerjasamaKesyukuranSemangat bermasyarakat

Teori Kemoralan Sosial

Page 11: Tutorial 3 Teori Moral

Teori Kemoralan Sosial

• Nilai-nilai tersebut menyekat :

Perbuatan mencuriTamakRasuahKezaliman dsb

Page 12: Tutorial 3 Teori Moral

Setiap masyarakat atau kaum mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan keharmonian sesebuah masyarakat.

Kesemua ini menjaga kerukunan sosial

Teori Kemoralan Sosial

Page 13: Tutorial 3 Teori Moral

Pandangan Tokoh

• Tham (1977);– Konsep dan nilai budi ialah yang paling utama

dalam mempengaruhi kehidupan sosial dan moral orang Melayu.

• Hobbers– Menjadi tanggungjawab setiap orang mematuhi

pemerintah sebagai autoriti moral

Page 14: Tutorial 3 Teori Moral

• Weber (1966);– Selain autoriti yang sah,satu unsur yang

penting ialah organisasi birokrasi:• mempunyai peraturan khusus yang

menentukan susuanan autoriti sebagai struktur untuk mengawal (ganjaran atau penyelewengan) ahli organisasi tersebut.

Pandangan Tokoh

Page 15: Tutorial 3 Teori Moral

• Duckheim( 1974);– Peraturan moral diberi autoriti khas atau kuasa

memerintah supaya dipatuhi.– Tingkah laku yang bersifat lazim ditentukan dulu

oleh peraturan moral,etika – menyekat bertindak mengikut cara-cara tertentu.

– Lebih menitikberatkan disiplin dan perasaan menyayangi masyarakat dan autonomi.

Pandangan Tokoh

Page 16: Tutorial 3 Teori Moral

• Hall (1978);

– Mentafsir teori Duckheim sebagai pemahaman

individu tentang social order dan kerelaan

mematuhinya

Pandangan Tokoh

Page 17: Tutorial 3 Teori Moral

Aspek Negatif @ Kelemahan

Merupakan etika yang keterlaluan berlandaskan peraturan masyarakat.

Melemahkan autonomi serta pertimbangan bebas dan pilihan sukarela.

Dianggap dogmatik dan autoritarian.

Page 18: Tutorial 3 Teori Moral

• Semua masyarakat mempunyai peraturan moral masing-masing; nilai, tradisi, undang-undang, peraturan, adat resam serta kepercayaan.

• Terdapat pertentangan peraturan moral antara sesuatu masyarakat dengan masyarakat lain.

Aspek Negatif @ Kelemahan

Page 19: Tutorial 3 Teori Moral

• Boleh mencetus

ketegangan

masyarakat dan

konflik.

Aspek Negatif @ Kelemahan

Page 20: Tutorial 3 Teori Moral

• Banyak insiden rusuhan kaum, krisis masyarakat, dan peperangan antara negara berlaku disebabkan oleh perselisihan faham dan kepercayaan antara dua pihak yang berbeza.

Aspek Negatif @ Kelemahan

Page 21: Tutorial 3 Teori Moral

• Perang Korea• Perang Vietnam• Krisis Timur Tengah

Page 22: Tutorial 3 Teori Moral

• Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Page 23: Tutorial 3 Teori Moral

Kritikan Terhadap Teori

• Frankena (1973):- Peraturan masyarakat sebagai penentu;- Boleh jadi buruk dan jahat, tidak bermoral dan salah, bersifat zalim dan tidak adil- Menjadikan kehidupan manusia semakin keji

Page 24: Tutorial 3 Teori Moral

Kritikan Terhadap Teori• Bull (1969);

Sekatan atau isbat berasaskan apa yang diizinkan atau ditegah oleh autoriti dalam masyarakat, boleh hilang kuasanya jika seseorang itu dapat menyembunyikan perbuatan buruk yang melanggar peraturan masyarakat

Contoh: mencuri, rasuah

Page 25: Tutorial 3 Teori Moral

Contoh:

Misal di Malaysia, berzina satu kesalahan, tetapi terdapat orang bersekedudukan yang tidak segan silu apabila berada di luar negara – yang longgar peraturan

Page 26: Tutorial 3 Teori Moral

Contoh • Sebagai contoh, peraturan IPGK. Rajang, iaitu tidak

membenarkan penggunaan alatan elektrik dalam asrama. Perkara ini banyak memberikan kesan yang negatif kepada pelajar atau guru pelatih. Perkara ini banyak menyusahkan guru pelatih untuk menggunakan alatan seperti seterika dan juga alat pemanas air. Guru pelatih memerlukan satu penampilan yang baik. Memang telah disediakan alatan seperti itu, namun atas desakan-desakan tertentu seperti faktor kafe menyebabkan pelajar terpaksa melakukan perkara yang melanggar undang-undang institut.

• Perkara seperti ini yang tidak sepatutnya dan tidak diingini berlaku. Bagaimana seorang guru ingin mengikut peraturan jika peraturan itu menyusahkan mereka sendiri?

Page 27: Tutorial 3 Teori Moral

Contoh

• Pengklonan manusia– Pengklonan merupakan suatu prosedur yang

mengeluarkan salinan turutan DNA yang tunggal dalam bilangan yang banyak tanpa pembiakan seks.

– Pengklonan manusia bermakna kelahiran seorang bayi yang tidak mengikut hukum fitrah, tidak menerusi percampuran lelaki dan perempuan,persenyawaan air mani dan telur, sebaliknya dicambah melalui mana-mana sel badan manusia untuk menghasilkan penduaan.

– Contoh : Kelahiran Eve (2002), USA.

Page 28: Tutorial 3 Teori Moral

Hujah-hujah menyokong pengklonan

Egoisme Etika

• Bermaksud sesuatu tindakan itu membawa kegembiraan kepada diri sendiri.

• Menangani masalah kemandulan dan masalah kehamilan wanita

• Pengklonan dianggap wajar jika ia mendatangkan kesan yang baik.

Utilitarianisme

• Bermaksud sesuatu tindakan itu betul ataupun bermoral sekiranya tindakan itu berguna untuk membawa kesan yang baik atau yang diingini.

Page 29: Tutorial 3 Teori Moral

Hujah-hujah menentang pengklonan

Teori Kemoralan Sosial

• Baik atau buruk sesuatu tindakan diukur oleh masyarakat, bukannya individu yang menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu betul atau salah.

• Pengklonan adalah berlawanan dengan fitrah kejadian manusia sedunia.

• Pengklonan bayi telah melanggar etika sedunia iaitu menentang pengklonan manusia

Teori Deontologikal

• Bermaksud dalam menentukan sama ada seseorang itu bermoral atau tidak, bukan diukur pada kesan perbuatan seseorang, tetapi perbuatan itu sendiri kerana kita masih boleh mengawal perbuatan kita sendiri.

• Risiko dalam mengalami kematian, kecacatan dan ketidaksempurnaan

Page 30: Tutorial 3 Teori Moral

Pandangan Agama Terhadap Pengklonan

Agama Islam• Firman Allah bermaksud:“Dan Dialah Tuhan

yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikannya(mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnyaTuhanmu berkuasa (menciptakan apa juga yang dikehendaki-Nya). (Surah Fussilat, ayat54).

Page 31: Tutorial 3 Teori Moral

• Dalam ayat tersebut, jelaslah diberitahu hanyalah Tuhan yang mempunyai kuasa untuk mencipta manusia bukan manusia mencipta manusia.

• Perbuatan mengklon manusia dilihat sebagai usaha manusia untuk bertindak luar daripada peraturan yang ditentukan Tuhan iaitu kelahiran manusia atau keturunannya melalui perkahwinan.

Pandangan Agama Terhadap Pengklonan

Page 32: Tutorial 3 Teori Moral

• Perbuatan pengklonan akan melahirkan satu generasi manusia yang cuba merendah-rendahkan kejadian manusia yang dimuliakan Tuhan.

• Pengklonan akan melahirkan generasi manusia yang boleh mencipta manusia dan akan melahirkan manusia yang akan menafikan kekuasaan Tuhan.

Pandangan Agama Terhadap Pengklonan

Page 33: Tutorial 3 Teori Moral

• Perbuatan ini menyebabkan manusia berasa dirinya mempunyai kuasa dan mampu untuk mencipta serta menentukan kejadian manusia lain menurut kehendak dirinya.

• Ini akan menyeret manusia kepada kesesatan akidah kerana mereka beranggapan bahawa manusia juga boleh mencipta manusia sama seperti kekuasaan Tuhan mencipta kejadian alam ini.

Pandangan Agama Terhadap Pengklonan

Page 34: Tutorial 3 Teori Moral

• Teknologi pengklonan manusia dilihat mampu meruntuhkan institusi keluarga yang ditekankan oleh Islam.

• Peranan yang dimainkan oleh lelaki menjadi tidak lagi penting, sebaliknya wanita yang tidak berkahwin juga boleh mendapat anak – meningkatkan bilangan ibu tunggal.

Pandangan Agama Terhadap Pengklonan

Page 35: Tutorial 3 Teori Moral

Pandangan Agama Terhadap Pengklonan

Majlis Fatwa Kebangsaan:• Mengharamkan pengklonan manusia

kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah Swt.

• Ini kerana Islam adalah satu agama yang memelihara kemaslahatan (kebaikan)ummahnya.

Page 36: Tutorial 3 Teori Moral

TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Page 37: Tutorial 3 Teori Moral

PENGENALAN

Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle.

Teori ini berkait rapat dengan "kaedah sikap baik" dan sifat-sifat seorang insan moral

Page 38: Tutorial 3 Teori Moral

Keperibadian mulia telah didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa dan mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan yang bermoral

Mengikut Aristotle, keperibadian mulia mewajibkan kita bertingkah laku baik

Page 39: Tutorial 3 Teori Moral

Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan

Page 40: Tutorial 3 Teori Moral

Setiap keperibadian mulia merupakan jalan tengah iaitu bermaksud tidak keterlaluan dan tidak terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan dan terlalu kurang adalah tindakan yang salah, jahat, buruk dan tercela

Page 41: Tutorial 3 Teori Moral

Menurut Aristotle

Terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu keperibadian mulia intelektual dan keperibadian mulia moral

Keperibadian Mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik

Page 42: Tutorial 3 Teori Moral

Keperibadian mulia moral tidak terhasil dalam

seorang individu secara semula jadi

Seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat

baik dan jahat

KEPERIBADIAN MULIA MORAL

Page 43: Tutorial 3 Teori Moral

CIRI-CIRI KEPERIBADIAN MULIA

Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak

boleh dipersoalkan

Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi

nilai

Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh

melakukan kebaikan dan mengelakkan keburukan

Tidak mengharapkan balasan atas apa yang

dilakukan

Page 44: Tutorial 3 Teori Moral

Berpegang kepada prinsip

Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang

dianggap kesusahan dan kesengsaraan

Page 45: Tutorial 3 Teori Moral

KRITIKAN TERHADAP TEORI

• Terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi

• Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan

Page 46: Tutorial 3 Teori Moral

• Jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Hal ini demikian perbuatan sederhana berbeza antara setiap individu

• Selain itu, emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan

Page 47: Tutorial 3 Teori Moral

TANGGAPAN ARISTOTLE

Keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semulajadi ditentang

oleh golongan yang percaya kepada Tuhan

Page 48: Tutorial 3 Teori Moral

CONTOH TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Keperibadian yang mulia yang ada pada setiap pemain dapat memastikan kelebihan pasukan itu. Kemahiran adalah kebolehan seseorang itu melakukan tendangan yang bagus dan baik. Sebelum menjadi tendangan yang bagus, setiap pemain perlu melakukan latihan yang banyak dan betul. Jadi, sikap pemain perlulah positif dan berdisiplin. Pemain juga perlu bersikap sederhana dan tidak berlagak. Jika berlagak selepas memenangi sesuatu perlawanan, ia akan memberikan kesan yang buruk

Page 49: Tutorial 3 Teori Moral

Sekian,Terima kasih

atas perhatian anda.