tutorial 2 rbt3083

Upload: siawhiong94

Post on 06-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1. Penilaian berasaskan keterampilan: terangkan bersertakan dengan contoh-contoh yang relevan.2. Apakah perbezaan antara M-Test yang dilaksanakan oleh BPG dengan ujian penggal / semester yang dikelolakan oleh sesebuah sekolah.3. Nyatakan 2 kelemahan ujian kertas pensel. Apakah implikasi ujian kertas pensel terhadap pembelajaran?

TRANSCRIPT

Tutorial 2(RBT3083 Pentaksiran dalam RBTSR)1.Penilaian berasaskan keterampilan: terangkan bersertakan dengan contoh-contoh yang relevan. Penilaian berasaskan keterampilan penilaian yang melibatkan proses melaksanakan sesuatu tugasan atau menghasilkan sesuatu produk. melibatkan murid menunjukkan kecekapannya atau pengetahuannya dengan memberi jawapan yang tepat/ satu hasil produk yang baik. juga merupakan satu bentuk ujian yang memerlukan guru membuat pertimbangan tentang penataran murid terhadap pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri afektif mereka. Penilaian berasaskan keterampilan juga merupakan proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang sama ada kompetensi telah dicapai. Ini bagi mengesahkan sama ada seorang murid dapat melaksanakan jangkaan standard yang telah ditetapkan. Prestasi individu/pelajar ditentukan melalui pencapaian kompetensi yang diperoleh dibandingkan dengan penyataan criteria yang ditetapkan ('telah kompeten' atau 'belum kompeten') Contoh:Standard Pembelajaran6.1.8Menjahit artikel jahitan dengan jahitan tangan

Objektif PembelajaranMenjahit satu contoh artikel dengan menggunakan jahitan tangan.Tahap penguasaan yang perlu dicapai: Tercapai Kompeten Tidak tercapai belum kompeten

Standard prestasiB3D4E1 Menjahit artikel jahitan dengan jahitan tangan.B4D4E1 Menjahit artikel jahitan dengan jahitan tangan mengikut prosedurMurid menunjukkan kecekapannya atau pengetahuannya untuk menghasil produk: Mengaplikasi pengetahuan & kefahaman

Aktiviti penilaianPemerhatian terhadap aktiviti dan hasil kerja muridProses mengumpul bukti

2. Apakah perbezaan antara M-Test yang dilaksanakan oleh BPG dengan ujian penggal / semester yang dikelolakan oleh sesebuah sekolah.AspekM-TestUjian penggal / semester(ujian sumatif)

Kumpulan sasaranUntuk calon guru yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh KPM

Untuk para pelajar di sekolah

Tujuan Ujian ini adalah untuk memilih calon selaras dengan keperluan profesion keguruan; mengenalpasti calon yang mempunyai sahsiah yang sesuai dalam bidang keguruan

Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar

Waktu penilaianSemasa temuduga calon guru dijalankanSelepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan

Tempoh peperiksaan Contoh: ujian INSAKMasa 30 minit

Contoh: Peperiksaan akhir penggalMasa 1-3 jam (berdasarkan keperluan mata pelajaran tertentu)

Bentuk soalanSoalan objektif dengan dua pilihan jawapanSoalan objektif dan soalan subjektif

Komponen Gagasan amanah Taat setia Ikhlas Dedikasi Kawalan emosi Disiplin Kepekaan Kepimpinan Motivasi Kreatif dan inovatif Kematangan fikiran

Ilmu pengetahuan tentang mata pelajaran yang dipelajari Mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari

Kaedah Dibuat secara formal ujian pensel-kertas Menjawab soalan secara spontan Dibuat secara formal ujian pensel-kertas, lisan. Menjawab soalan dengan teliti

Selepas penilaian Menentukan profil calon secara keseluruhan yang kemudian akan disemak dengan prestasi calon ketika temu duga

Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai. Memberikan pengiktirafan sijil, hadiah, dll Membaiki kurikulum atau mata pelajaran

Contoh soalan dalam ujianMenguji tahap kebenaran calon guruSejak kecil anda tidak pernah ada niat untuk mencuri.A. Ya B. Tidak

Menguji kecepatan dan kecergasan calon guru dalam menyelesaiakan masalahAmin memandu kereta untuk ke suatu destinasi yang jauhnya 20 KM dengan kelajuan 60km/j, berapakah masa yang diperlukan.A. 20 minitB. 30 minitSoalan objektif :1. Berikut merupakan alatan tangan yang terdapat dalam bengkel kayu, KECUALI:A. Pita pengukurB. GergajiC. JarumD. Gandin getah

Soalan subjektif :1. Nyatakan tiga jenis jahitan asas.

3.Nyatakan 2 kelemahan ujian kertas pensel. Apakah implikasi ujian kertas pensel terhadap pembelajaran?Ujian kertas pensel digunakan untuk mengelak berlakunya tekaan dan memberi penekanan terhadap fakta. Ujian kertas pensel teleh melibatkan kemahiran penggunaan perkataan dan bahasa. Calon perlu menguasai kemahiran membaca atau kefahaman soalan dan kemahiran menulis dengan menggunakan alat tulis. Murid-murid diberi soalan untuk dijawab, diberi topik untuk dibincangkan, diberi masalah untuk diselesaikan dan jawapan ditulis atas kertas dengan menggunakan pensel. Biasanya ujian kertas dan pensel akan diadakan dalam kelas. Contoh ujian kertas pensel ialah ujian kefahaman iaitu penguasaan kemahiran dlm bidang kognitif. Kelemahan ujian kertas pensel adalah item mungkin tidak sepadan dengan matlamat kelas. Soalan yang dirancang mungkin tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Item tesebut mungkin tidak dapat dinilai sama ada item ini dapat mengukur objektif pengajaran yang diharapkan, tidak mempunyai aras kesukaran yang sesuai, tidak boleh membezakan antara pelajar yang menguasai dan tidak menguasai objektif pembelajaran dan sebagainya. Ujian amat lemah dari segi kualiti psikometriknya jika soalan tidak dibuat dengan baik.Pembinaan ujian kertas pensel juga memerlukan belanja, masa dan tenaga yang tinggi. Unsur subjektiviti akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Ujian kertas pensel boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu ujian objektif dan ujian subjektif. Ujian objektif adalah ujian yang biasanya memerlukan jawapan pendek iaitu beberapa perkataan sahaja atau menandakan jawapan mana yang betul, contohnya ujian aneka pilihan, salah-betul, padanan, isi tempat kosong dan lengkapkan soalan. Ujian subjektif adalah ujian yang biasanya memberikan pelajar kebebasan untuk memberi jawapan dengan pendekatan sendiri. Soalan ini terbahagi kepada soalan yang memerlukan jawapan yang ringkas, dan soalan yang memerlukan jawapan yang panjang. Contohnya soalan berbentuk struktur dan esei. Implikasi ujian kertas pensel terhadap pembelajaran adalah boleh menilai sama ada murid-murid dapat mengumpul maklumat tentang penguasaan pelajar secara menyeluruh. Bagi menjawab soalan, pelajar perlu membaca, memahami, meneliti, mengkaji dan kemudian menulis jawapan yang bersesuaian dengan kehendak soalan. Ujian kertas pensel seperti soalan objektif dapat mengukur kebolehan dan kemahiran merangkumi skop yang luas dan tajuk yang pelbagai. Ujian ini sesuai digunakan untuk menguji pengetahuan dan kemahiran pada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Ujian kertas pensel digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Murid-murid perlu menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif pelajar melalui respon secara tulisan supaya dapat menjawab soalan dalam ujian kertas pensel. Selain itu, ujian kertas pensel boleh dirujuk sebagai salah satu alat untuk mengenalpasti masalah. Guru boleh menggunakan ujian kertas pensel untuk mengesan punca kelemahan murid-murid dan seterusnya menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid dapat menambah pengetahuan dan kemahiran mereka. Pelajar boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian. Hasil ujian kertas pensil boleh dirujuk sebagai sumber. Contohnya, ujian bulanan, ujian percubaan, ujian tahunan, ujian semester dan sebagainya. Di samping itu, guru perlu memberikan maklum balas kepada murid tentang prestasi mereka bagi setiap item yang telah dijawab selepas setiap ujian kertas pensel dijalankan. Dengan mengetahui jawapan yang betul, aras kesukaran dan aras diskriminasi murid berkenaan akan menunjukkan prestasinya. Kegunaan ujian ini juga adalah sebagai maklum balas kepada guru tentang kesukaran murid. Maklumat tentang aras kesukaran item atau peratus bilangan murid yang mendapat betul bagi satu item adalah penting bagi guru untuk menentukan perlunya pengajaran tambahan atau pemulihan. Analisis item juga digunakan bagi meningkatkan kemampuan kurikulum. Misalnya, jika sesuatu item itu berulangkali didapati sukar diperoleh murid atau satu bentuk kesalahan sama dilakukannya, mungkin ini bukan masalah pengajaran atau pembelajaran tetapi mungkin disebabkan masalah kurikulum yang tidak sesuai dengan peringkat umur murid. Analisis item juga berguna untuk menyemak semula item. Bukan itu sahaja, guru yang ingin menggubal soalan haruslah memastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU mempunyai peranan yang penting. Soalan boleh digubal mengikut aras kemahiran Taksonomi Bloom.

Ujian kertas pensel dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalaui satu-satu unit pelajaran. Pencapaian pelajar direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk memudahkan guru mengikuti perkembangan pembelajaran setiap pelajar. Tindakan susulan juga dapat dibuat serta merta. Hal ini bermakna pelajar yang berprestasi cemerlang diberi peluang diintegrasikan pembelajarannya secara menegak mengikut tahap yang lebih tinggi dan diintegrasikan secara mendatar mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi dalam tahap yang sama. Manakala pelajar yang berprestasi rendah, tindakan susulan serta merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran seterusnya. Guru juga boleh mendapatkan gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penilaian sumatif.