tutorial bm ( 2 )

59
PKP 3117 SENI BAHASA & SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN (PROSA MODEN) Pembentang : Kumpulan 3 Amanina Zaidatina Binti Abu Zaki Nor Farhanis Binti Mohd Turmizi Nurul Farhani Binti Ab. Razak Xandria Ooi Ching Yi

Upload: shafiqhazman

Post on 30-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial Bm ( 2 )

PKP 3117SENI BAHASA & SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

(PROSA MODEN)

Pembentang : Kumpulan 3Amanina Zaidatina Binti Abu ZakiNor Farhanis Binti Mohd Turmizi

Nurul Farhani Binti Ab. RazakXandria Ooi Ching Yi

Page 2: Tutorial Bm ( 2 )

CERPEN

Page 3: Tutorial Bm ( 2 )

DEFINISI

• Singkatan daripada cerita pendek.• Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta di

campur dengan imaginasi.• Cerpen ialah bentuk cereka pendek, yang

membawakan satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. (Hashim Awang)

• Contoh : Cerpen Ngayau ciptaan Ali Majod

Page 4: Tutorial Bm ( 2 )

CIRI-CIRI• Menurut pendapat Sumarjo dan Saini (1997 : 36) sebagai berikut.

Ceritanya pendek ;– Bersifat rekaan (fiction) ;– Bersifat naratif ; dan– Memiliki kesan tunggal.

• Pendapat lain mengenai ciri-ciri cerita pendek di kemukakan pula oleh Lubis dalam Tarigan (1985 : 177) sebagai berikut.– Cerita Pendek harus mengandung interprestasi pengarang tentang

konsepsinya mengenai kehidupan, baik secara langsung maupun tidak langsung.

– Dalam sebuah cerita pendek sebuah insiden yang terutama menguasai jalan cerita.

– Cerita pendek harus mempunyai seorang yang menjadi pelaku atau tokoh utama.

– Cerita pendek harus satu efek atau kesan yang menarik.

Page 5: Tutorial Bm ( 2 )

CIRI-CIRI

• Menurut Morris dalam Tarigan (1985 : 177), ciri-ciri cerita pendek adalah sebagai berikut.– Ciri-ciri utama cerita pendek adalah singkat, padu,

dan intensif (brevity, unity, and intensity).– Unsur-unsur cerita pendek adalah adegan, tokoh,

dan gerak (scena, character, and action).– Bahasa cerita pendek harus tajam, sugestif, dan

menarik perhatian (incicive, suggestive, and alert).

Page 6: Tutorial Bm ( 2 )

GAYA BAHASA• Sinopsis - Merujuk kepada keseluruhan cerita secara kasar. Ringkasan yang

memberikan gambaran secara umum tentang sesuatu cerita.• Tema - Perkara yang menjadi dasar kepada sesuatu cerita ; apa yang hendak

disampaikan.

• Persoalan - Sesuatu yang dipersoalkan ; menimbulkan masalah.

• Mesej - Perkara yang hendak disampaikan. Pengajaran yang terdapat di dalam sesebuah cerita.

• Nilai - Terdapat dua nilai iaitu ; *Kemanusiaan *Kemasyarakatan.

• Latar - Latar mempunyai tiga perkara iaitu ; 1. Latar Tempat ( tempat ---> peristiwa ) , 2. Latar Masa 3. Latar Masyarakat ( merangkumi aspek kategori masyarakat, pekerjaan, golongan, bangsa dan agama serta corak hidup )

Page 7: Tutorial Bm ( 2 )

• Plot - Kenali jenis plot. Bersifat Kronologi ( peristiwa disusun mengikut urutan waktu ). Teknik Imbas Kembali juga ada digunakan. Plot mempunyai beberapa bahagia iaitu ;– Permulaan, – Perkembangan, – Perumitan, – Puncak, – Peleraian – Akhir Cerita.

• Teknik Plot - Mempunyai dua bahagian iaitu Saspens dan Konflik.• Watak dan Perwatakan - Watak merangkumi Watak Utama dan Watak Sampingan.

Dipengaruhi oleh Antagonis ( jahat ) dan Protagonis ( baik ) .• Watak bermaksud nama, asal usul, umur dan latar belakang/sejarah hidup. • Perwatakan pula bermakud sikap, perangai atau tingkahlaku samada baik atau jahat. • J. Sudut Pandangan - Ianya terdiri daripada tiga aspek iaitu Sudut Pandangan Orang

Pertama,Sudut Pandangan Orang Ketiga Serba Tahu dan Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas. – Orang Pertama = Saya, Aku,– Orang Kedua = Engkau, awak, kamu– Orang Ketiga = Mereka, dia,

• Gaya Bahasa - Bahasa Inggeris, Melayu, Arab dan Simpulan bahasa.• Teknik Penceritaan - Berbentuk Dialog, Imbas Kembali dan Pemerian.

Page 8: Tutorial Bm ( 2 )

FUNGSI• Fungsi rekreatif; memberikan rasa senang, gembira, serta

menghibur para penikmat atau pembacanya.• Fungsi didaktif; mengarahkan dan mendidik para

penikmat atau pembacanya karena nilai-nilai kebenaran dan kebaikan yang terkandung didalamnya.

• Fungsi estetis; memberikan keindahan bagi para penikmat atau para pembacanya.

• Fungsi moralitas; fungsi yang mengandung nilai moral sehingga para penikmat atau pembacanya dapat mengetahui moral yang baik dan tidak baik bagi dirinaya.

• Fungsi relegiusitas; mengandung ajaran agama yang dapat dijadikan teladan bagi para penikmatnya atau pembacanya.

Page 9: Tutorial Bm ( 2 )

DRAMA

Page 10: Tutorial Bm ( 2 )

DEFINISI DRAMA

KAMUS DEWAN EDISI KE-4: drama yang

dipersembahkan oleh pelakon di atas

pentas

Diana Morrone: drama merupakan

alat untuk melibatkan murid

dan membuat pembelajaran lebih

bermakna

Drama adalah suatu aksi atau perbuatan

(bahasa yunani).

Drama ialah alat yang unggul untuk

membolehkan murid bertutur dan

mengambil bahagian dalam aktiviti yang

dirancang.

Dramatik adalah jenis karangan yang dipertunjukkan dalan suatu tingkah laku,

mimik dan perbuatan

Drama which is a Greek word meaning to act or to perform. Drama is

referred to an invitation of action

Page 11: Tutorial Bm ( 2 )

Drama berasal daripada  perkataan “dran” (Greek) yang

bermaksud melakukan atau

melakonkan

Drama ialah aksi mimetic (peniruan),

iaitu  aksi yang meniru  atau mewakilkan

perlakuan manusia

Menurut Aristotle, drama ialah

peniruan kehidupan, sebuah cermin

budaya dan suatu bayangan kebenaran

Dalam buku The American College Dictionary, drama

didefinisikan sebagai karangan prosa dan

puisi yang menyajikan dialog,

pantomin atau cereka yang

mengandungi konflik untuk dipentaskan

Mengikut Oxford Dictionary, drama sebagai

komposisi prosa boleh disesuaikan untuk

diaksikan di atas pentas yang ceritanya

disampaikan melalui dialog dan aksi, dan

dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan seperti  kehidupan yang sebenar

Page 12: Tutorial Bm ( 2 )

KONSEP DRAMA

• merupakan suatu landasan yang baik untuk menggalakkan murid bertutur dengan yakin di hadapan kelas

Konsep

Drama

• cerita yang diambil dari kisah nyata atau fiksi yang menceritakan kehidupan manusia secara manusiawi

Konsep

Drama

• huraian senarionya harus dapat diterima akal atau mungkin terjadi pada manusia

Konsep

Drama

Page 13: Tutorial Bm ( 2 )

JENIS DRAMAJENIS DRAMA HURAIAN

Drama Baru / Drama Modern drama yang memiliki tujuan untuk memberikan pendidikan kepada mesyarakat yang umumnya bertema kehidupan manusia sehari-hari

Drama Lama / Drama Klasik drama khayalan yang umumnya menceritakan tentang kesaktian, kehidupan istanan atau kerajaan, kehidupan dewa-dewi, kejadian luar biasa, dan lain sebagainya.

Drama Komedi drama yang lucu dan menggelitik penuh keceriaan.

Drama Tragedi drama yang ceritanya sedih penuh kemalangan.

Drama Tragedi Komedi drama yang ada sedih dan ada lucunya

Drama Opera drama yang mengandung musik dan nyanyian

Drama Pentomin drama yang ditampilkan dalam bentuk gerakan tubuh atau bahasa isyarat tanpa pembicaraan.

Page 14: Tutorial Bm ( 2 )

JENIS DRAMA HURAIAN

Drama Sejarah drama yang menyajikan kisah sejarah dengan tokoh dai peristiwanya.

Melodrama drama yang mengeksploitasi kesedihan atau penderitaan. Jenis drama ini banyak disajikan dalam sinetron bersambung di televisyen.

Drama Misteri drama yang menahan perhatian penonton dengan suspense/ ketegangan, baik yang berasal dari tindak kriminal atau makhluk gaib

Drama action/laga drama yang banyak menampilkan adegan konfrontasi baik dengan sedikit atau banyak thriller, dengan seting tradisional, modern, maupun fiksi ilmiah

Page 15: Tutorial Bm ( 2 )

FUNGSI

DRAMA

Untuk melibatkan penonton

to amuse the audience

Untuk maklumkan

kepada penonton

Untuk menyedarkan penonton

Untuk meningkatkan

kepekaan penonton

Untuk menggerakkan masyarakat

Untuk memberi inspirasi kepada

penonton

Page 16: Tutorial Bm ( 2 )

CIRI-CIRI DRAMA• Drama merupakan prosa moden yang

dihasilkan sebagai naskhah untuk dibaca dan dipentaskan

• Naskhah drama boleh berbentuk prosa atau puisi

• Drama terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan watak yang diwujudkan.

• Pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan melalui dialog watak-wataknya.

Page 17: Tutorial Bm ( 2 )

• Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip

• Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip drama

• Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap sebuah drama yang baik.

• Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia menunjukkan latar masa dan masyarakat yang diwakilinya, sekali gus drama ini mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan oleh pengarang.

Page 18: Tutorial Bm ( 2 )

ELEMEN-ELEMEN DRAMA

• Tema/Pemikiran: Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam skripnya

• Plot: Plot adalah struktur drama yang dibina melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau bahasa

Page 19: Tutorial Bm ( 2 )

• Latar: Latar dalam drama penting dijelaskan, tetapi perincian latar dalam drama adalah terhad. Ia hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan masa, cukup untuk memberikan panduan kepada pembaca atau penonton

• Babak: Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat dan masa disebut babak. Pertukaran latar tempat dan masa membawa perubahan babak.

Page 20: Tutorial Bm ( 2 )

• Adegan: Adegan merupakan pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza.

Page 21: Tutorial Bm ( 2 )

GAYA BAHASA DRAMA

• Drama terbina oleh dialog dan aksi. • bahasa yang ringkas, padat dan mudah difahami

supaya berkesan kepada penonton. • Gaya bahasa yang baik dalam sesebuah drama akan

memberikan latar zaman, masyarakat dan tempat. • Dialek sesuatu daerah boleh digunakan oleh sesuatu

watak untuk menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan yang pembaca dan penonton dapat memahami dialek tersebut.

• Watak yang gagal mengucapkan dialog kuat, humor dan menarik akan sukar menarik perhatian penonton.

• Oleh itu,  pemilihan diksi, ayat atau unsur bahasa penting dalam mengekalkan keinginan pembaca dan penonton sesebuah drama.

Page 22: Tutorial Bm ( 2 )

NOVEL

Page 23: Tutorial Bm ( 2 )

KONSEP NOVEL

• Salah satu jenis kesusasteraan yang disampaikan dalam bentuk prosa cereka, punyai ruang dan waktu tertentu, pelaku-pelaku dalam novel dinamai watak dan mempunyai plot.

Page 24: Tutorial Bm ( 2 )

APA ITU NOVEL?

• Novel merupakan kisah rekaan yang panjang serta ditulis dalam bentuk prosa serta memaparkan pengalaman hidup manusia sebagai sumber penulisan.

• Novel dapat berbentuk cerita rekaan (cereka) yang memaparkan peristiwa benar yang berlaku atau dialami oleh pelaku (watak) atau kisah khayalan yang ditulis secara kreatif dan menarik.

Page 25: Tutorial Bm ( 2 )

• Novel biasanya lebih panjang daripada cerpen dan memerlukan latar, watak dan masa yang lebih panjang.

• Misalnya novel untuk bacaan remaja, mengandungi antara 25 000 hingga 40 000 perkataan, atau antara 120 hingga 299 halaman A4.

• Contoh : Novel Di Hadapan Pulau karya A.Samad Said (Teks Komsas Tingkatan 4) hanya setebal 134 halaman.

Page 26: Tutorial Bm ( 2 )

CIRI-CIRI NOVEL

• Novel yang baik dan bermutu sewajarnya memperlihatkan ciri seperti :1) tema2) plot (urutan peristiwa)3) subplot4) teknik penceritaan 5) latar6) gaya bahasa,

Page 27: Tutorial Bm ( 2 )

7) watak dan perwatakan 8) sudut pandangan untuk dihayati oleh pelajar dan

pembaca.

Page 28: Tutorial Bm ( 2 )

TEMA NOVEL

• Tema merupakan idea utama atau persoalan pokok yang mengawal karya sastera.

• Misalnya, tema peperangan, percintaan atau penyelewengan.

• Dalam novel Di Hadapan Pulau karya A.Samad Said, tema utama ialah kesan buruk yang timbul akibat peperangan melahirkan pelbagai persoalan lain seperti masalah sosial, ekonomi, dan politik.

Page 29: Tutorial Bm ( 2 )

PLOT (URUTAN PERISTIWA)

• Plot ialah susunan peristiwa dalam novel atau cereka yang menunjukkan cara pengarang menyusun ceritanya.

• Peristiwa-peristiwa itu mungkin disusun secara tertib atau secara songsang, bergantung pada daya kreativiti dan kemahiran pengarang berkenaan.

• Dalam hal urutan peristiwa, pengarang kerap menyelitkan unsur ketegangan (suspens) untuk menimbulkan minat pembaca.

Page 30: Tutorial Bm ( 2 )

SUBPLOT

• Subplot bermaksud plot sampingan atau plot tambahan kepada plot utama.

• Kebanyakan penulis novel menerapkan unsur ini dalam novel mereka untuk menjadikan cerita lebih menarik.

Page 31: Tutorial Bm ( 2 )

TEKNIK PENCERITAAN

• Pengarang mungkin menggunakan teknik penulisan yang tertentu untuk menyampaikan ceritanya kepada khalayak pembaca.

• Teknik penceriataan yang biasa termasuklah teknik dialog, teknik monolog dalaman, teknik imbas kembali, teknik pemerian dan teknik laporan.

• Misalnya, Novel Di Hadapan Pulau karya A.Samad Said, memperlihatkan pelbagai teknik penceriataan.

Page 32: Tutorial Bm ( 2 )

LATAR

• Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan ruang, waktu, tempat, budaya dan terjadinya aksi dalam novel.

• Novel Terminal Tiga oleh Othman Puteh, misalnya menggunakan latar masa di antara tahun 1994 hingga 1995, di samping menggunakan latar negeri Sabah dan Kuala Lumpur (Semenanjung Malaysia) sebagai latar tempat penceritaan.

Page 33: Tutorial Bm ( 2 )

• Namun begitu, latar tidak terbatas pada masyarakat manusia, sebaliknya terdapat pengarang yang menggunakan binatang sebagai latar penceritaan.

• Contohnya, Marwilis Haji Yusuf menggunakan masyarakat binatang seperti arnab dan pelanduk sebagai latar novelnya, Perlumbaan Kedua.

Page 34: Tutorial Bm ( 2 )

GAYA BAHASA

• Gaya bahasa ialah susunan perkataan yang digunakan oleh pengarang untuk menyampaikan idea dan perasaan serta fikiran dan maksud dalam penulisannya.

• Pengarang yang bertanggungjawab memilih kosa kata (sejumlah perkataan) yang sesuai dengan keadaan dan penceritaan serta menggunakan perkataan pilihan dengan wajar dan berhati-hati.

Page 35: Tutorial Bm ( 2 )

• Matlamat pengarang untuk menghasilkan karya yang guna kosa kata betul, mudah, tepat dan ringkas serta sopan, tidak bergaya bahasa Inggeris atau Arab yang keterlaluan.

• Pengarang novel juga kerap menggunakan bahasa harian atau dialek untuk mewujudkan kesan ‘sebenar’ terhadap penceritaan watak-watak tertentu dalam novelnya.

• Misalnya, Shahnon Ahmad menerusi novelnya Ranjau Sepanjang Jalan, menggunakan banyak unsur dialek Kedah.

Page 36: Tutorial Bm ( 2 )

WATAK & PERWATAKAN

• Watak bermaksud pelaku untuk menggerakkan cerita menerusi aksi dan dialog.

• Perwatakan pula, bermaksud teknik seseorang pengarang menggambarkan dan melukiskan sesuatu watak.

• Dalam novel, biasanya diperlihatkan watak yang banyak dan peristiwa yang pelbagai.

Page 37: Tutorial Bm ( 2 )

• Watak-watak ini boleh dipanggil watak utama, watak sampingan, watak putih, watak hitam, watak pipih, watak bulat, watak dinamik atau statik.

• Maksudnya, dalam novel terdapat pelaku yang baik, jahat, yang mulanya jahat kemudian menjadi baik, yang bercampur sekejap baik atau sekejap jahat dan sebagainya.

Page 38: Tutorial Bm ( 2 )

SUDUT PANDANGAN

• Sudut pandangan ialah cara pengarang mempersembah bahan cerita atau kedudukan pandangan pengarang dalam hal menggambarkan aksi atau perlakuan sesuatu watak dalam cerita.

• Dalam penulisan, pengarang mungkin menggunakan beberapa sudut pandangan untuk menggambarkan pemikiran dan tindak-tanduk watak.

• Misalnya, sudut pandangan objektif, sudut pandangan serba tahu dan sudut pandangan terhad.

Page 39: Tutorial Bm ( 2 )

NILAI MURNI & PENGAJARAN

• Novel sarat dengan nilai murni dan pengajaran.• Antara nilai murni dalam KBSM yang diserap dalam

karya sastera ialah:

1) baik hati – baik hati mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara ikhlas.

2) berdikari – kebolehan dan kesanggupan untuk melakukan sesuatu kerja tanpa bergantung pada orang lain.

Page 40: Tutorial Bm ( 2 )

3) kasih sayang – iaitu perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap sesuatu.

4) kebebasan – boleh melakukan sesuatu tanpa batasan. Misalnya. Kebebasan di sisi undang- undang dan kebebasan dalam sistem demokrasi.

Page 41: Tutorial Bm ( 2 )

JENIS NOVEL

1) Novel sosial – ceritanya menyentuh perkara yang berkaitan dengan masyarakat

yang memfokus pada beberapa

persoalan seperti pendidikan, pergaulan, pendidikan dan ekonomi.

contoh : Panas Salju (Talib Samat)

Page 42: Tutorial Bm ( 2 )

2) Novel kekeluargaan – iaitu ceritanya menyentuh hal- hal yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan.

contoh : Meniti Kaca (Raja Sabarudin Abdullah)

3) Novel sejarah – ceritanya berdasarkan peristiwa sejarah yang benar-benar berlaku.

contoh : Pahlawan Pasir Salak (Mohd Ismail Sarbini)

Page 43: Tutorial Bm ( 2 )

4) Novel satira– iaitu ceritanya berbentuk sindiran menerusi penggunaan watak amnusia dan watak bukan manusia.

contoh : Putera Gunung Tahan (Ishak Hj Muhammmad)

5) Novel pengembaraan – ceritanya berkisar kepada pengembaraan watak.

contoh : Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj. Yusuf)

Page 44: Tutorial Bm ( 2 )

6) Novel biografi– iaitu ceritanya mengenai riwayat tokoh tertentu dan penceriataannya dilakukan oleh orang lain yang disampaikan dalam bentuk kreatif.

contoh : Kanang : Cerita Seorang Pahlawan (Maznan Noordin)

Page 45: Tutorial Bm ( 2 )

CERITA KANAK-KANAK

Page 46: Tutorial Bm ( 2 )

BAWANG MERAH BAWANG

PUTIH