tutorial 2-kod etika

5
 Kod etika kaunselor menjadi landasan kepada semua kaunselor dalam melaksanakan tugas mereka. Analisis secara kritikal kesignifikan Kod Etika kepada perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

Upload: anbarasi-bala

Post on 06-Oct-2015

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kaunseling

TRANSCRIPT

  • Kod etika kaunselor menjadi landasan kepada semua kaunselor dalam melaksanakan tugas mereka. Analisis secara kritikal kesignifikan Kod Etika kepada perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

  • Seorang kaunselor menerima

    tanggungjawab untuk menjaga rahsia

    kliennya untuk menghormati kliennya

    dan mendapatkan kepercayaan daripada kliennya

    Seorang GBK menerima

    tanggungjawab untuk menjaga

    rahsia kanak-kanak untuk

    menghormati mereka dan

    mendapatkan kepercayaan daripadanya.

    Seorang kaunselor perlu memahami dan

    menghormati latar belakang kliennya, klien

    perlu menyedari perbezaan nilai dan

    kepercayaan kliennya supaya dapat

    bertindak adil dan bersikap terbuka dalam sesi kaunseling.

    GBK hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya kanak-kanak yang mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kauseling daripada mereka.

    Seorang kaunselor hendaklah memelihara

    kesejahteraan kliennya dan tidak

    mengambil kesempatan terhadap kliennya untuk kepentingan diri

    Semasa menjalankan sesi kaunseling, GBK hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi kanak-kanak dan tidak memperalatkan mereka untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek seksual dan emosi.

  • Seorang kaunselor perlu menerima sesiapa sahaja yang datang untuk mendapatkan bantuan daripadanya. Namun begitu dia tidaklah sampai membenarkan permintaan terhadap perkhidmatannya itu boleh mengurangkan kualiti perkhidmatannya.

    GBK tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status ideologi, kecacatan fizikal & mental atau dikriminasi dalam bentuk apa sekali pun dan menerima semua kanak-kanak yang datang untuk dapatkan perkhidmatanya tanpa ada perasaan diskriminasi tersebut.

    Kaunselor perlu mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menyebabkan konflik kepentingan antara dirinya dan klien. Sekiranya berlaku, kaunselor perlu membuat keputusan mengutamakan kepentingan klien dengan tujuan mengekalkan kepercayaan terhadap profesion kaunseling.

    GBK perlu mengelakkan sebarang keadaa yang oleh menyebabkan kanak-kanak boleh hilang kepercayaan terhadapnya. Sekiranya berlaku, GBK perlu membuat keputusan bagaimana untuk mengekalkan kepercayaan mereka terhadap profesion kauseling.

    Seorang kaunselor perlu menunaikan tanggungjawab dengan memberikan pertimbangan berasaskan semua prinsip yang terkandung dalan Kod Etika Kaunselor

    Seorang GBK perlu menaikan tanggungjawab mereka terhadap kanak-kanak dengan memberikan pertimbangan berasaskan semua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika Kaunselor.

  • Seorang kaunselor perlu mengembangkan pengetahuannya untuk memperbaiki lagi perkhidmatannya. Dia perlu melibatkan diri dalam penyelidikan secara berterusan untuk mengembangkan kerjayanya dan pengetahuannya

    GBK hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

    Kaunselor perlu menilai kerja-kerjanya dari semasa ke semasa

    GBK mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesion melalui penyeliaan lazim (regular supervisor) dan sokongan perundingan (consultative support)

  • Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan

    perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya kaunselor hendaklah

    merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.

    Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan

    elaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.

    GBK hendaklah berusaha menilai dan

    meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionya.