tugasan model & strategi pedagogi epm233 (cikgu azman)

42
TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 ) TUGASAN JANUARI 2013 SEMESTER KOD KURSUS EPM233 NAMA KURSUS MODEL & STRATEGI PEDAGOGI PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN NAMA PELAJAR NO. MATRIK NAMA FASILITATOR PUSAT PEMBELAJARAN AEU KUDAT | 1

Upload: norafsah-awang-kati

Post on 07-Jun-2015

8.154 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

TUGASAN

JANUARI 2013 SEMESTER

KOD KURSUS EPM233

NAMA KURSUS MODEL & STRATEGI PEDAGOGI

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN(PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH

RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR

PUSAT PEMBELAJARAN AEU KUDAT

| 1

Page 2: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan 4

BAHAGIAN A : ESEI

1. Sejauh mana penggunaan strategi berpusatkan guru di 5

Sekolah Kebangsaan Landung Ayang, Kota Belud

1.1 Pengertian ‘Pengajaran’ 5

1.2 Pengertian ‘Pembelajaran’ 5

1.3 Pengertian ‘Pengajaran berpusatkan guru’ 5

1.4 Pengertian ‘Pengajaran berpusatkan murid’ 6

1.5 Penggunaan strategi pengajaran berpusatkan guru oleh 6

guru-guru SK Landung Ayang

1.6 Kelemahan pengajaran berpusatkan guru 7

1.7 Langkah yang perlu diambil bagi mengatasi kelemahan 7

strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru

2. Teori-teori & strategi-strategi untuk melibatkan murid 8

“secara aktif dan menyeronokkan dengan sokongan pelbagai

bahan media yang sesuai” dalam proses P&P

2.1 Pengertian ‘Strategi’ 8

2.2 Pengertian ‘Penglibatan aktif’ 8

2.3 Pengertian ‘Bahan media’ 9

2.4 Strategi-strategi yang melibatkan murid secara aktif dalam proses 9

pengajaran dan pembelajaran

2.5 Pelbagai bahan media yang menyokong proses P&P 14

3. Penaksiran yang “berkonsepkan Didik Hibur” 14

3.1 Pengertian ‘Penaksiran’ 14

3.2 Pengertian ‘Didik Hibur’ 14

3.3 Ciri-ciri ‘Didik Hibur’ dalam pengajaran 15

3.4 Objektif Didik Hibur 15

| 2

PERKARA MUKA SURAT

Page 3: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

3.5 Aspek Didik Hiburt 17

3.6 Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur 17

3.7 Ciri-ciri Aktiviti Didik Hibur 18

3.8 Pelaksanaan penaksiran berkonsepkan didik hibur 18

4. Isu-isu berkaitan dengan pengajaran & pembelajaran secara 18

aktif & menyeronokkan

4.1 Sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru 20

4.2 Sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid 20

4.3 Sejauh mana keberkesanan model pembelajaran kolaboratif terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran

BAHAGIAN B : RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 22

1. Rancangan Pengajaran Harian

Bahasa Melayu KSSR Tahun Satu

(Pembelajaran Kolaboratif)

Rumusan 25

Bibiliografi 26

Pendahuluan

| 3

Page 4: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

Puji-pujian bagi Allah S.W.T Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, selawat dan

salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, juga ke atas keluarga dan para sahabat baginda.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas hidayah dan izin-Nya, tugasan bagi

kursus Model & Strategi Pedagogi (EPM233) ini dapat disempurnakan sepenuhnya.

Tugasan ini bertujuan untuk memperkenalkan guru kepada beberapa model dan

strategi pengajaran yang boleh digunakan dalam bilik darjah supaya pengajaran dan

pembelajaran lebih berpusatkan pelajar. Tugasan ini juga menumpukan kepada strategi-

strategi yang melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai contoh pembelajaran kolaboratif, kerja kumpulan, pembelajaran berasaskan inkuiri

dan masalah dan sebagainya.

Tugasan ini terbahagi kepada Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A

memperincikan penjelasan tentang pengajaran di Sekolah Kebangsaan Landung Ayang, Kota

Belud yang masih mengamalkan pengajaran berpusatkan guru; strategi melibatkan murid

“secara aktif dan menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai dalam

proses pengajaran dan pembelajaran; bagaimana penaksiran adalah “berkonsepkan didik

hibur” dan seterusnya membincangkan tentang isu-isu berkaitan pengajaran dan

pembelajaran “secara aktif dan menyeronokkan”. Manakala Bahagian B melampirkan

Rancangan Pelajaran Harian yang memberi tumpuan kepada Pembelajaran Kolaboratif

(berpusatkan murid).

Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setingi-tinggi ucapan terima

kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini terutamanya

kepada pihak pensyarah dan penyelia tugasan di atas tunjuk ajar kalian. Ucapan terima kasih

yang tak terhingga juga kepada rakan-rakan seperjuangan di atas sumbangan idea dan

pendapat kalian. Tugasan ini telah memberi banyak pendedahan kepada diri saya tentang

beberapa model dan strategi pengajaran yang boleh digunakan dalam bilik darjah, Melalui

tugasan ini faktor-faktor pelaksanaan model dan strategi dapat dikenalpasti. Semoga Allah

S.W.T. memberkati hasil tugasan ini dan diharap tugasan ini akan menjadi rujukan

bermanfaat kepada semua guru.

Disediakan oleh :

AEU Kudat

BAHAGIAN A : ESEI

| 4

Page 5: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

1. Sejauh mana penggunaan strategi Pengajaran di SK Landung Ayang, Kota Belud

masih berpusatkan guru

Guru-guru di SK Landung Ayang (tempat saya bertugas) masih lagi mengamalkan

strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru tetapi mereka menggunakannya untuk

beberapa langkah P&P tertentu sahaja. Sebelum saya membincangkan dapatan pemerhatian

saya ke atas strategi P&P yang digunakan oleh guru-guru Tahun 1 di sekolah saya mengajar,

beberapa penjelasan definisi ungkapan atau istilah penting berkaitan pengajaran dan

pembelajaran dikemukakan seperti berikut :

1.1 Pengertian ‘Pengajaran’

Pengajaran adalah proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk murid-murid

bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri mereka dalam proses

pembelajaran. Pengajaranm juga merupakan susunan maklumat dan suasana bagi

memudahkan pembelajaran (Heinich et. al., 1986). Gagne (1985) menyatakan bahawa

pengajaran adalah set tatacara luaran yang menyokong proses-proses dalaman yang berkaitan

bagi mencapai hasil pembelajaran. Manakala Wittrock (1979) mengatakan bahawa

pengajaran ialah aktiviti yang melibatkan proses meransang murid untuk membina maksud

atau erti berdasarkan pengalamannya, bukan meransang mereka mengeluarkan semula

pengetahuan orang lain.

1.2 Pengertian ‘Pembelajaran’

Menurut Robert M. Gagne (1970), pembelajaran ialah perubahan tingkah laku atau

kebolehan seseotrang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan

proses pertumbuhan. Menurut Woofolk (1980) pula pembelajaran adalah perubahan dalaman

yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan baru atau sebagai potensi yang

sanggup menghasilkan tindak balas baru

1.3 Pengertian ‘Strategi Pemusatan guru’

Brophy (1978) menyatakan bahawa pengajaran pemusatan guru merupakan pendekatan

yang mudah dirancang dan diurus, membekalkan model untuk pemikiran yang betul dan

mengelakkan suasana elitis yang sering dikaitkan dengan kaedah kumpulan. Strategi

pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan

dalam bilik darjah. Di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini, guru memainkan

| 5

Page 6: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

peranan yang utama. Di dalam kelas, guru yang menguasai dan mengawal segala aktiviti

pelajaran iaitu guru banyak memberi penerangan dan murid hanya duduk mendengar.

1.4 Pengertian ‘Strategi pemusatan murid’

Strategi pemusatan murid bermaksud murid memainkan peranan penting dalam

proses pembelajaran. Murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti

pembelajaran mereka. Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid

menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada aktiviti berkumpulan atau individu.

1.5 Penggunaan pengajaran berpusatkan guru oleh guru-guru SK Landung Ayang

Berdasarkan dapatan pemerhatian saya ke atas strategi yang digunakan oleh guru-guru

Tahun 1 SK Landung Ayang sewaktu proses P&P dijalankan, saya dapati strategi pengajaran

dan pembelajaran guru masih digunakan oleh guru-guru Tahun 1 tersebut. Penggunaannya

berlaku dalam beberapa langkah P&P iaitu set induksi, langkah 1 iaitu pengenalan isi

pelajaran, juga penggunaannya sewaktu menerangkan bagaimana menjalankan aktiviti P&P.

Selain itu, penggunaannya sewaktu penutup di mana guru merumus keseluruhan topik yang

diajar.

Suasana P&P ketika guru-guru tersebut menggunakan strategi pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan guru jelas kelihatan tidak memberangsangkan dari segi

penglibatan murid. Penglibatan murid yang sepatutnya diharap memberangsangkan telah

bertukar kepada pasif. Sukar untuk membuat penilaian sama ada murid-murid tersebut dapat

memahami penyampaian guru atau sebaliknya. Ia menjadi lebih sukar lagi apabila guru

bertanyakan soalan ‘‘Bagaimana, anda faham atau tidak?’’, murid-murid keseluruhannya

menjawab beramai-ramai ‘‘ya, kami faham’’. Sebaliknya sewaktu aktiviti P&P dimulakan,

ramai murid yang masih keliru dan tidak tahu bagaimana memulakannya. Ini menunjukkan

pengajaran berpusatkan guru tidak dapat memahamkan murid-murid sepenuhnya. Interaksi

murid dengan guru dan interaksi murid dengan murid amat terbatas dan adakalanya sedikit

pun tidak berlaku. Perasaan takut atau segan murid-murid tersebut telah menghalang mereka

untuk mengajukan soalan kepada guru. Guru pula mengawal sepenuhnya proses P&P dan

murid hanya duduk tidak pula berganjak dari kerusi masing-masing. Penglibatan murid

sangat pasif. Suasana P&P menjadi kurang seronok.

| 6

Page 7: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

1.6 Kelemahan pengajaran berpusatkan guru

Semasa proses P&P dijalankan, guru seorang sahaja yang memainkan peranan iaitu

menerangkan isi pelajaran, manakala murid hanya berperanan sebagai penonton sahaja.

Kesannya interaksi antara guru dengan murid dan antara murid dengan murid sangat terbatas

dan adakalanya tidak berlaku sebarang interaksi. Murid hanya mendengar dan terus

mendengar apa yang diajarkan.

Seterusnya ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid tidak berpeluang

menyumbangkan pendapat. Ini membuatkan tidak berlaku pengembangan idea di kalangan

murid. Pembelajaran melalui penyelesaian masalah juga tidak berlaku kerana guru tidak

mewujudkan sebarang sesi perbincangan atau sesi sumbang saran.

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif

pengajaran guru. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai

murni atau perkembangan emosi.

Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara

menghafal. Pembelajaran murid sangat cenderung kepada tindakan mengingat dan

menghafal. Akibatnya murid tidak dilatih atau tidak dibiasakan membuat interpretasi.

Seterusnya penekanan hanya untuk pengelolaan kaedah keseluruhan kelas, namun

perbezaan murid dari sudut kebolehan dan minat murid tidak pula diambil kira. Akhirnya

murid-murid menjadi pasif, kurang minat, kurang kreatif dan kurang bermotivasi untuk

belajar subjek berkenaan dengan bersungguh-sungguh.

1.7 Langkah yang perlu diambil bagi mengatasi kelemahan strategi pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan guru

Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi kelemahan strategi pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan guru. Berikut dikemukakan langkah-langkah penambahbaikan

tersebut iaitu pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru hendaklah digantikan

dengan pengajaran berpusatkan murid. Dari sudut amalan guru, guru boleh merancang

pengajaran dan tugasan pembelajaran kemudian melaksanakannya dengan melibatkan murid

secara aktif. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan isi pelajaran

yang memerlukan murid memberi respon sepenuhnya sebagai contoh permainan, teka teki,

demonstrasi atau tunjuk cara, bercerita, kaedah penyoalan, pengajaran berpasukan, bercerita

dan banyak lagi.

| 7

Page 8: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

Selain itu, Bickford et al. (2002) mencadangkan ‘otonami terikat’ untuk sudut

aktiviti pelajar. Dalam hal ini, guru mengkehendaki murid menjalankan tugasan yang diberi

dalam batasan bilik darjah dengan berpusatkan murid. Dengan itu, murid berpeluang

membuat penyiasatan atau perbincangan sebelum menjawab persoalan tugasan. Hal ini

menunjukkan kepoada kita wujudnya kolaborasi antara murid dengan murid dan antara guru

dengan murid.

Guru juga perlu membuat persediaan terhadap tugasan pengajaran. Guru ditugaskan

untuk menentukan matlamat dan objektif pengajaran. Setelah itu, objektif tersebut diserap ke

dalam tugasan-tugasan yang akan dibuat sepenuhnya oleh murid. Guru boleh menganjurkan

tugasan atau sebarang aktiviti yang memerlukan murid bertanggungjawab dengan

pembelajaran mereka. Ini menghasilkan suasana interaksi antara murid dengan murid dan

guru dengan murid.

Dengan itu, amat jelas sekali jawapan kepada persoalan “Sejauh mana penggunaan

strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru di sekolah tempat saya bertugas.

Semoga langkah-langkah yang dicadangkan untuk menambah baik kelemahan pemusatan

guru di atas, diharap dapat dijadikan panduan dan amalan pengajaran secara berterusan.

2. Teori-teori dan Strategi-strategi melibatkan murid “secara aktif dan menyeronokkan

dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai” dalam proses P&P

Proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif dan

menyeronokkan telah lama dipraktikkan sejak zaman Socrates lagi. Sebelum saya

memperjelas secara terperinci tentang bagaimana hendak melibatkan murid secara aktif dan

menyeronokkan dalam proses P&P, adalah lebih elok kita mengetahui terlebih dahulu

beberapa perkara asas tentang pengajaran dan pembelajaran. Berikut dikemukakan beberapa

informasi tentang perkara-perkara tersebut :

2.1 Pengertian ‘Strategi Pembelajaran’

Strategi pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang murid

untuk memperlihat, berinteraksi dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran.

2.2 Pengertian ‘Penglibatan aktif’

Penglibatan aktif menurut Ewell (1997) ialah keadaan di mana murid berinteraksi

secara aktif dengan bahan pembelajaran serta dapat mengingat kembali maklumat dengan

berkesan. Pelajar seharusnya dapat menyelesaikan masalah, mengemukakan cadangan,

| 8

Page 9: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

memberikan pengertian baru, berkebolehan untuk menghubungkait apa yang telah dipelajari

kepada konteks yang baru.

2.3 Pengertian ‘Bahan media’

Bahan ialah segala kelengkapan yang digunakan untuk membantu proses pengajaran.

Bahan media pula ada dua kategori iaitu media bercetak dan media elektronik. Contoh bagi

bahan media bercetak ialah buku, majalah dan surat khabar. Contoh bagi bahan media

elektronik ialah komputer, radio, internet, CD, VCD, atau DVD dan lain-lain lagi. Selain itu

terdapat tiga kategori bahan yang boleh digunakan dalam P&P antaranya ialah bahan-

bahan yang bersifat konkrit seperti bahan-bahan maujud atau bahan realia; bahan separa konkrit

pula adalah seperti replika, gambar, model dan sebagainya adalah separa konkrit.; seterusnya bahan-

bahan bersifat abstrak pula antaranya ialah simbol-simbol lisan dan perkataan.

2.4 Teori–teori dan strategi-strategi melibatkan murid secara aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

Terdapat beberapa teori, strategi dan teknik yang boleh digunakan untuk melibatkan

murid secara aktif dan menyeronokkan di sekolah antaranya teori pembelajaran Gagne

(1974, 1977), teori pembelajaran Ewell (1997), strategi pemusatan murid, strategi

pemusatan bahan seterusnnya beberapa teknik P&P yang afektif untuk dijalankan.

Teori pembelajaran Gagne (1974,1977). Gagne telah mengenal pasti lapan

peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai jika murid telah menuasai

pembelajaran sejak dari peringkat lebih awal. Peringkat tersebut ditunjukkan dalam rajah 1

berikut :

Rajah 1 : Lapan peringkat dalam Teori Pembelajaran Gagne

| 9

Page 10: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

Mengikut teori ini lagi, terdapat lapan fasa pembelajaran dalam proses mengubah maklumat

kepada pengetahuan yang dipelajari iaitu peringkat pertama ‘motivasi’; peringkat kedua

‘memberikan perhatian’; peringkat ketiga dan keempat ‘perolehan dan ingatan’; peringkat

kelima ‘ingat kembali dan retrieval’; peringkat keenam ‘generalisasi’; peringkat ketujuh

‘prestasi’ dan diakhiri dengan peringkat kelapan ‘maklum balas & peneguhan’. Terdapat

beberapa implikasi proses pembelajaran Gagne terhadap proses pengajaran dan pembelajaran

antaranya ialah menarik perhatian murid dengan mengarah murid kepada topik pengajaran

termasuk set induksi; bahan bantu mengajar yang menarik dan dapat merangsang

murid; menyedarkan murid tentang objektif pelajaran dan matlamat pengajaran; merangsang

pengetahuan sedia ada dengan menggunakan pelbagai gaya pengajaran sebelum memulakan

pengajaran; membimbing pembelajaran supaya murid dapat mengekod maklumat dalam

ingatan jangka panjang dengan sokongan bahan yang jelas, tepat dan menarik;

melaksanakan perlakuan dengan meminta murid melatih kemahiran dan tingkah laku baru

dan dengan mengesahkan murid menguasai pengetahuan yang diajar; memberikan maklum

balas melalui latihan dalam pelajaran yang dapat mengesan kefahaman murid tentang

pembelajaran; menilai perlakuan dan prestasi melalui ujian pelbagai bentuk (formatif atau

sumatif) ketika akhir pengajaran guru; merangsang ingatan dan pemindahan

pembelajaran melalui contoh tambahan atau latihan-latihan bagi menambah baik

pemahaman murid terhadap pembelajaran yang telah dikuasai; seterusnya

memindahkan pengetahuan yang dipelajari ke dalam situasi baru.

Bagi Teori Pembelajaran Ewell (1997) pula, beliau memberi penekanan kepada

sebuah model pembelajaran yang menggambarkan prinsip pembelajaran serta mempengaruhi

penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi. Teori ini mementingkan

lapan prinsip utama iaitu penglibatan aktif, perkaitan dan corak, pembelajaran informal,

pengalaman langsung, situasi mendesak, maklum baalas berterusan, suasana yang

menyeronokkan dan akhir sekali prinsip refleksi. Penglibatan aktif ialah keadaan di mana

murid berinteraksi secara aktif dengan bahan pembelajaran serta dapat mengingat kembali

maklumat dengan berkesan. Ini bermaksud murid seharusnya dapat menyelesaikan masalah,

mengemukakan cadangan, memberikan pengertian baru, berkebolehan untuk

menghubungkait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baru. Sebagai contoh

mewujudkan perbincangan secara kelas. Perkaitan corak pula merujuk kepada adaptasi

terhadap konteks pembelajaran baru dan terhadap tugasan dengan mengait, mengorganisasi

dan menggunakan pengetahuan atau kemahiran yang telah dipelajari ke dalam struktur-

| 10

Page 11: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

struktur baru. Hai ini memerlukan kepada pemikiran secara kritis. Sebagai contoh murid

Tahun 1 diminta menggambarkan suasana keluarga bahagia dengan melukis gambaran

mereka pada sehelai kertas putih. Pembelajaran informal pula bermaksud pembelajaran tidak

hanya berlaku di dalam bilik darjah atau pun dalam waktu pengajaran tetapi boleh berlaku di

mana-mana sahaja serta pada bila-bila masa. Ini bermaksud murid belajar sepanjang masa

bersama guru atau tanpa guru sama ada dilaksanakan dalam bilik darjah atau luar bilik darjah.

Prinsip pengalaman langsung pula ialah proses membina makna berdasarkan pengalaman. Ia

adalah merujuk kepada learning by doing di mana murid akan belajar jika mereka melakukan

aktiviti pembelajaran secara langsung. Pembelajaran langsung pula memberi fokus kepada

pembelajaran individu. Ia amat berkesan jika guru mengaplikasi kitaran pembelajaran

menyeluruh iaitu menentukan matlamat, membuat eksperimen, memerhati, menyemak

semula dan akhirnya membuat pelan tindakan. Prinsip seterusnya situasi mendesak di mana

murid apabila menghadapi masalah yang mencabar seterusnya menarik minat mereka kerana

penyelesaian dianggap sebagai mempunyai akibat sebenar, maka motivasi murid dan

pembelajaran akan berlaku. Ini bermaksud guru boleh menyediakan banyak peluang untuk

murid melibatkan diri dalam pelbagai kemahiran. Prinsip seterusnya maklum balas berterusan

iaitu maklumat yang diberikan kepada individu tentang kesesuaian tindakan dan juga respon.

Ia berperanan mempengaruhi proses afektif dan motivasi murid, sebagai pembetulan

atau insentif sepanjang proses pembelajaran supaya pembelajaran akan berkekalan.

Seterusnya suasana yang menyeronokkan iaitu suara guru, gaya kepimpinan guru, sikap,

kemesraan, kawalan kelas dan penggunaan ganjaran di dalam bilik darjah adalah

mempengaruhi persekitaran emosi bilik darjah. Jika persekitaran pembelajaran yang

menyeronokkan berjaya diwujudkan maka maklum balas serta pembelajaran berkesan akan

berlaku dengan lancar. Akhir sekali prinsip refleksi iaitu proses memikirkan atau merenung

kembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri seseorang. Sebagaimana Knapp (1993)

menyatakan bahawa refleksi ialah cara untuk mengimbas kembali pengalaman bagi membina

makna tentang pembelajaran, belajar daripada pengalaman dan membentuk pemahaman serta

apresiasi baru.

Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru perlu dimantapkan lagi

dengan pengajaran berpusatkan murid. Dari sudut amalan guru, guru boleh merancang

pengajaran dan tugasan pembelajaran kemudian melaksanakannya dengan melibatkan murid

secara aktif. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan isi pelajaran

yang memerlukan murid memberi respon sepenuhnya sebagai contoh permainan, teka teki,

demonstrasi atau tunjuk cara, bercerita, kaedah penyoalan, pengajaran berpasukan, bercerita

| 11

Page 12: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

dan banyak lagi. Selain itu, Bickford et al. (2002) mencadangkan ‘otonami terikat’ untuk

sudut aktiviti pelajar. Dalam hal ini, guru mengkehendaki murid menjalankan tugasan yang

diberi dalam batasan bilik darjah dengan berpusatkan murid. Dengan itu, murid berpeluang

membuat penyiasatan atau perbincangan sebelum menjawab persoalan tugasan. Hal ini

menunjukkan kepoada kita wujudnya kolaborasi antara murid dengan murid dan antara guru

dengan murid. Satu sudut lagi iaitu sudut tugasan. Guru juga perlu membuat persediaan

terhadap tugasan pengajaran. Guru ditugaskan untuk menentukan matlamat dan objektif

pengajaran. Setelah itu, objektif tersebut diserap ke dalam tugasan-tugasan yang akan dibuat

sepenuhnya oleh murid. Guru boleh menganjurkan tugasan atau sebarang aktiviti yang

memerlukan murid bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka. Ini menghasilkan

suasana interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid.

Selain itu pembelajaran secara kumpulan merupakan salah satu daripada mod

pembelajaran yang dapat membantu mewujudkan P&P secara aktif dan menyeronokkan.

Maksud pembelajaran secara kumpulan ialah dua atau lebih murid akan disatukan secara bersama

dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara bersama bagi

mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Dalam kumpulan kebolehan yang sama, guru mudah

memberi bimbingan dan tunjuk ajar berdasarkan tahap kebolehan murid yang lebih kurang sama.

Dalam kumpulan kebolehan yang berbeza pula, guru mengharapkan akan berlaku interaksi antara

murid dengan murid di mana murid yang lebih berkebolehan dapat membantu murid yang kurang

berkebolehan. Saiz kumpulan yang berdasarkan bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan akan

menentukan darjah penglibatan dan interaksi murid sesama mereka. Kumpulan kecil yang

mengandungi ahli terdiri daripada dua hingga empat orang murid lebih bersifat tidak formal. Tidak

semestinya melantik seorang ketua untuk menyelaras aktiviti kumpulan. Kumpulan kecil begini

memberi peluang kepada ahli dalam kumpulan berinteraksi secara maksimum dalam melaksanakan

aktiviti pembelajaran. Manakala kumpulan yang sederhana besar pula terdiri daripada 5 hingga 10

orang ahli. Aktiviti dalam kumpulan yang dilakukan secara bersama lebih bersifat formal

kerana perlu ada seorang ketua untuk menyelaras aktiviti supaya dapat dilaksana dengan

lancar. Kumpulan besar yang ahlinya terdiri daripada lebih 10 orang murid dalam setiap kumpulan

sangat bersifat formal. Seorang ketua kumpulan yang amat berkebolehan. perlu dilantik untuk

menyelaras aktiviti kumpulan. Namun semakin ramai ahli kumpulan tersebut, maka darjah

penglibatan setiap murid dalam aktiviti pembelajaran semakain amat terbatas disebabkan bilangan

ahli yang terlalu ramai itu. Oleh itu, Newble dan Cannon (1995) telah menyarankan bahawa

pengajaran yang menggunakan kaedah kumpulan perlu ada ciri-ciri seperti penglibatan yang aktif di

pihak murid, pertemuan secara bersemuka dan aktiviti yang bertujuan tertentu dan bersebab.

| 12

Page 13: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

Selain itu, apabila kita merujuk kepada teori perkembangan kognitif oleh Piaget,

pada tahap umur tertentu kanak-kanak berfikir secara konkrit. Jika sesuatu

pengetahuan, kemahiran ataupun nilai yang disampaikan itu adalah dalam bentuk yang

konkrit dan bersifat kurang abstrak, maka pembelajaran kanak-kanak akan menjadi lebih

berkesan. Secara ringkasnya, bahan bantu belajar yang bersifat konkrit dapat membantu

murid belajar dengan lebih baik lagi. Contoh bahan-bahan yang bersifat konkrit antaranya

ialah bahan-bahan maujud atau bahan realia. Bahan separa konkrit pula adalah seperti replika,

gambar, model dan sebagainya adalah separa konkrit. Bahan-bahan bersifat abstrak pula

antaranya ialah simbol-simbol lisan dan perkataan. Namun bahan-bahan abstract lazimnya

sukar difahami jika dibandingkan dengan bahan-bahan yang konkrit dan separa konkrit. Oleh

yang demikian penggunaan bahan-bahan konkrit dalam pengajaran adalah sangat

perlu. Sehubungan itu penglibatan sebanyak mungkin pancaindera yang dimiliki

murid-murid semasa proses pembelajaran mereka adalah amat digalakkan.

Strategi pemusatan bahan juga turut membantu dalam melibatkan murid secara

aktif dan menyeronokkan. Bahan-bahan pembelajaran akan membantu murid-murid

menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berguna untuk kehidupan seharian mereka

kerana tentunya bahan-bahan yang dipilih oleh guru adalah bersifat kontekstual. Guru

digalakkan memilih bahan yang paling relevan dengan kehidupan harian murid-murid kerana

ini akan memudahkan proses pemahaman oleh murid. Penggunaan bahan-bahan berbentuk

realia atau model yang bersifat kontekstual sebagai sumber pembelajaran murid adalah

selaras dengan teori yang dikemukakan oleh Bandura. Selain itu bahan-bahan tersebut

mudah diperolehi. Penggunaan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran juga

dapat memupuk nilai-nilai positif dalam diri murid seperti gemar membaca; membuat

penerokaan; ingin mencuba dan membuat eksperimen; menghargai sesuatu nilai

seperti nlai estetika dan sebagainya kepada murid-murid. Bahan pengajaran dan

pembelajaran juga diyakini dapat membangkitkan minat, motivasi dan rasa ingin tahu,

keyakinan diri, sifat kerjasama, dan disiplin dalam kalangan murid. Penggunaan bahan-

bahan pengajaran dan pembelajaran, dapat mengurangkan suasana yang tegang atau

rasa terkongkong kerana murid-murid disebokkan dengan aktiviti berkomunikasi atau

berbincang antara satu sama lain.

Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa guru-guru perlu

mempelbagaikan teori, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya dapat

melibatkan murid secara aktif dan menyeronokkan dalam proses P&P. Pemilihan dan

penggunaan bahan media juga penting untuk menyokong proses P&P.

| 13

Page 14: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

3. Penaksiran yang “berkonsepkan Didik Hibur”

3.1 Pengertian ‘Penaksiran’

Pentaksiran atau penaksiran adalah perkataan Latin yang bermaksud ‘duduk

bersama’ dengan murid dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang

dimaksudkan. Dari segi definisinya, pentaksiran merupakan proses pengumpulan,

menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon murid kepada tugas

pendidikan (David Lambert dan David Lines, 2000).

Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan dan

penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan

intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula mendefinisikan pentaksiran sebagai

proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi

skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan

tertentu.

3.2 Pengertian ‘Didik Hibur’

Didik hibur bermaksud mendidik sambil berhibur. Menurut Kamus Dewan (2000)

didik bermaksud pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar; manakala hibur bermaksud

menyenangkan atau menggirangkan hati.

Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan perlaksanaan terhadap empat komponen

sastera iaitu nyanyian, lakonan, bercerita dan puisi. Dengan itu, murid-murid dapat merasai

keseronokan semasa belajar secara total kerana sesi pembelajaran telah dirancang dengan

sistematik.

3.3 Ciri-ciri ‘Didik Hibur’ dalam pengajaran

Ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah sesi pembelajaran yang

menyeronokkan dengan kewujudan unsur kelakar, kecindan, unsur estetik, permainan muzik,

lakonan dan sebagainya. Ia juga berperanan mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan

murid kepada guru sebaliknya murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran

yang positif, gembira dan tidak sabar untuk mengikuti sesi pembelajaran aakan datang. Selain

itu, ia menganjurkan pembelajaran betrkonsepkan aktiviti yang menarik seperti nyanyian atau

lakonan di mana murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil

berhibur. Objektif aktiviti pula tertumpu kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan

| 14

Page 15: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

kepelbagaian cara persembahan dengan tidak menekankan unsur kalah atau menang dan

unsur ganjaran atau denda. Selain itu latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti

P&P. Aktiviti didik hibur tidak memberatkan kepada kesalahan murid sebaliknya

menekankan penglibatan murid seramai mungkin dalam aktiviti yang bersahaja dan santai.

Didik hibur juga menganjurkan aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi menggalakkan

semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi. Bagi murid-murid pula, mereka bebas

menyuarakan pendapat atau sebarang idea secara logik dalam keadaan terkawal supaya

menghasilkan persembahan yang menarik serta lebih banyak melibatkan komunikasi bahasa

tubuh.

3.4 Objektif Didik Hibur

Objektif didik hibur ialah mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur;

mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan bercerita;

dan akhir sekali mengguna dan memahami pantun dua kerat secara didik hibur.

3.5 Aspek Didik Hibur

Aspek didik hibur ialah nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi. Nyanyian

adalah kata-kata yang disampaikan melalui alunan suara. Muzik boleh diganti dengan bunyi

bunyian yang direka dan proses ingatan bahasa yang dipelajari adalah melalui nyanyian. Ini

bertujuan membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, rima, tekanan dan

struktur ayat. Prinsip nyanyian dalam didik hibur ialah lagunya hendaklah sesuai dari sudut

tata bahasa, maksud dan bahasa.; melodinya perlu mudah diikuti dan yang hampir dengan

pengalaman murid; nyanyian itu hendaklah sesuai dengan tahap kesediaan dan pencapaian

murid; lagu juga hendaklah mempunyai jalan cerita, pengajaran, nilai dan motivasi; seronok

dan ceria iaitu tidak membebankan guru dan murid; seterusnya lagu hendaklah berkisar

dengan persekitaran dan kecenderungan. Kepentingan nyanyian dalam P&P ialah

mewujudkan suasana belajar yang seronok dan ceria; membantu murid mengingati apa-apa

yang dipelajari; membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan

serta struktur ayat; dan akhir sekali mengukuhkan aspek kefahaman berbahasa. Contoh

nyanyian adalah nyanyian lagu Tanya Sama Pokok, Tiga Kupang, Air Pasang Pagi, Lagu Oh

bulan dan lain-lain lagi.

Cerita ialah sesuatu yang dicakap, dibual dan diungkap secara langsung kepada

murid. Kanak-kanak suka mendengar cerita. Guru perlu bersedia dan bercerita secara

natural. Cerita boleh memberikan pengajaran, panduan, nilai murni dan menyuburkan

| 15

Page 16: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

imaginasi. Antara ciri-ciri teknik bercerita ialah masa bercerita yang sesuai; ruang dan

suasana yang kondusif; peralatan cerita yang menarik digunakan; bentuk dan jenis cerita

harus ringkas; mesej yang jelas serta bermakna; berupaya meningkatkan bahasa dan

kemahiran asas berbahasa murid; dan seterusnya mementingkan penglibatan menyeluruh

murid. Terdapat dua jenis cerita iaitu jenis cerita tanpa alat dan jenis cerita

menggunakan alat, Jenis cerita tanpa alat ialah memerlukan kekuatan vokal atau bahasa

badan atau aksi. Manakala jenis cerita menggunakan alatan ialah cerita yang memerlukan alat

seperti tali, boneka, lakaran, kertas atau kain. Prinsip bercerita tanpa alat ialah nada suara

dan mimik yang beri gambaran watak, suasana dan emosi (sejuk, sayang, takut dan lain-lain);

ekspresi muka perlulah sesuai dengan emosi yang digambarkan dalam cerita contohnya

marah atau gembira atau terkejut atau sedih; elak daripada cerita yang sukar digarap oleh

kanak-kanak; bahasa yang digunakan mudah dan berulang-ulang; wujud hubungan mata

antara pencerita dengan pendengar; kemahiran dalam menggerakkan anggota badan tertentu

dapat menjelaskan isi cerita; pencerita atau guru perlu peka terhadap reaksi kanak-kanak.

Halangan atau gangguan terhadap tumpuan kanak-kanak hendaklah di atasi agar tidak

berpanjangan; dan akhir sekali ialah melibatkan kanak-kanan dalam penceritaan. Contoh

cerita antaranya pemotong kayu dan kapaknya.

Lakonan ialah aktiviti atau pergerkan tubuh badan atau segala perlakuan manusia;

dilakukan oleh wataak-watak tertentu yang mencerminkan keadan sebenr atau meniru gaya

kegiatan manusia dalam masyarakat. Menurut Kamus Dewan (2000), lakonan ialah perihal

memainkan sesuatu drama; sandiwara dan sebagainya. Antara kebaikan lakonan ialah

membolehkan murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul;

menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan cara yang betul;

membolehkan murid-murid bertutur mengunakan bahasa yang kemas dan teratur,

membolehkan murid berinteraksi atau berhubung dengan dengan orang lain untuk

menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan fikiran nrereka; melatih murid-murid

mendengar dengan baik dan dapat memahami apa yang didengarinya itu secara tepat;

menyuburkan semangat kekitaan, bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam satu

kumpulan; mendorong pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif dalam kalangan

murid; mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan pelbagai sifat negative lain; melatih

murid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka menghadapi keadaan

sebenar. Antara prinsip lakonan pula ialah menepati objektif pengajaran iaitu untuk

mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid; mempunyai tema

yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan murid; dialog dalam lakonan haruslah

| 16

Page 17: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

menggunakan bahasa yang sesuai, mudah, jelas, ringkas dan senang difahami; mudah

dilaksanakan; semua murid diberi peluang ikut kebolehan; dan akhir sekali ialah merangsang

kemahiran intelek, emosi dan fizikal.

Puisi adalah terdiri daripada nyanyian dan pantun 2 kerat. Teknik penyampaian

nyanyian ialah lagu puisi, sajak atau bacaan berirama. Manakala teknik penyampaian pantun

2 kerat ialah pantun dan gurindam. Pantun merupakan bentuk puisi tradisi lisan masyarakat

Melayu. Pantun juga menggambarkan atau merupakan refleksi minda, social, budaya dan

kemasyarakat Melayu lama. Pantun juga merupakan puisi berangkap. Terdapat beberapa

jenis pantun iaitu pantun dua rangkap, pantun empat rangkap, pantun enam rangkap dan

lapan rangkap. Prinsip berpantun ialah aktiviti yang dirancang menepati objektif pengajaran

bahasa Maalaysia; pantun sebagai medium untuk memperkembang bakat seni yang ada

dalam diri murid; memberi peluang kepada semua murid yang terlibat dalam aktiviti

berpantun; pilih pantun yang mudah; guru membimbing murid mencipta pantun; guru

memilih pantun yang mempunyai maksud yang senang diingat, diucap dan mempunyai

makna khusus; guru membimbing murid mengujar dan mengucapkan pantun dengan sebutan

yang jelas dan intonasi yang betul; dan seterusnya pantun diajar secara didik hibur supaya

murid minat mempelajari bahasa Malaysia.

t

3.6 Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur

Kejayaan sesebuah pengajaran & pembelajaran itu adalah memerlukan

kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi iaitu perwatakan guru

yang menarik, kecindan, tidak menakutkan aatau menggerunkan murid; bahasa yang

digunakan sesuai dengan tahap murid; guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan

murid di khalayak; guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik; sepatutnya guru

boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti; guru boleh membuat pelbagai

suara; guru boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik; seseorang yang prihatin dan

peka serta tajam daya pemerhatinnya; guru berkebolehan menukar atau melakukan

penyesuaian mendadak; dan seterusnya guru atau fasilitator perlu bersifat fleksibel.

3.7 Ciri-ciri Aktiviti Didik Hibur

Kejayaan didik hibur secara berkesan adalah bergantung kepada aktiviti yang

dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru

semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah iaitu aktiviti perlu disesuaikan

| 17

Page 18: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

dengan tahap murid yang hendak diajar; menjalankan aktiviti di mana murid-murid sedia

ketahui berdasarkan silang budaya yang sama; penyerapan didik hibur memerlukan tempoh

pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel;

aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalankan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa

ada banyak masalah atau halangan; aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan

atau konflik antara murid; peraturan aktiviti tersebut adalah jelas, senang, mudah difahami

atau diikuti oleh murid; dan akhir sekali dapat memberi kepuasan kepada murid-murid yang

menyertainya serta boleh disertai seramai mungkin murid yang ada.

3.8 Pelaksanaan penaksiran berkonsepkan didik hibur

Dalam KSSR, penaksiran berkonsepkan Didik Hibur adalah menekankan hal

mendidik sambil menghibur. Pengisian transformasi KSSR dalam pelajaran Bahasa Melayu

adalah melalui kemahiran bahasa , aspek didik hibur dan aspek tatabahasa. Didik hibur

merupakan satu kaedah alternative semasa proses P&P Bahasa Melayu.

4. Isu-isu berkaitan dengan pengajaran & pembelajaran secara aktif & menyeronokkan

Isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan

menyeronokkan antaranya ialah sejauh mana keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan guru; sejauh mana keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan murid; sejauh mana keberkesanan strategi pembelajaran

kolaboratif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran; dan sejauh manakah

keberkesanan pengajaran pemusatan bahan media terhadap proses P&P.

4.1 Sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru

Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru mempunyai beberapa ciri penting yang

perlu kita ketahui antaranya guru memainkan peranan yang utama di dalam kelas, guru

bertindak menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran, guru juga banyak memberi

penerangan dan murid hanya duduk mendengar. Selain itu guru lebih suka bergantung kepada

penggunaan buku teks sahaja sebagai bahan P&P. Hal ini boleh menjadikan murid cepat

berasa bosan untuk terus mempelajari sesuatu mata pelajaran itu dan lama kelamaan

menyebabkan kurangnya minat murid untuk mengikuti setiap kali P&P bagi mata pelajaran

tersebut. Berdasarkan kajian terdahulu, pencapaian murid meningkat apabila strategi

pengajaran berpusatkan murid digunakan oleh guru berbanding sebelumnya di mana strategi

pemusatan guru digunakan dalam proses P&P menunjukkan pencapaian murid kuarang

memuaskan. Jika kita lihat kajian tinjauan bertajuk ‘Persepsi Pelajar Terhadap

| 18

Page 19: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

Penggunaan Buku Teks Jawi Pendidikan Islam Dalam Pembelajaran’ oleh Affandey Ag.

Ghani iaitu satu kajian tinjauan ke atas pelajar Tingkatan 4, didapati bahawa guru yang

menggunakan buku teks sepenuhnya dalam pengajaran akan menyebabkan timbul rasa

bosan di kalangan murid terutamanya bg murid yang cergas. Punca utama murid

menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu aktiviti P&P ialah

kurangnya penerapan pembelajaran berpusatkan murid sebaliknya lebih kepada pembelajaran

berpusatkan guru. Kaedah tradisional yang digunakan kebanyakan guru iaitu kaedah kuliah

dan kaedah penerangan terutamanya yang lebih berbentuk teori atau fakta akan membuatkan

murid pasif, bosan dan berasa tidak seronok seterusnya kurang minat untuk menyertai proses

P&P tambahan pula guru iti hanya menggunakan strategi pengajaran berpusatkan guru.

Penggunaan bahan atau sumber pengajaran yang sama setiap kali proses P&P

dijalankan telah menyebabkan murid cepat berasa bosan dan keinginan mereka untuk

mencuba bahan yang baru akan terhalang. Demikianlah penggunaan buku teks secara

total tanpa menggunakan bahan atau sumber P&P yang lain. Ini juga membuktikan bahawa

pemilihan bahan atau sumber P&P juga mempengaruhi kewujudan pengajaran dan

pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan.

Kaedah pengajaran berpusatkan guru akan menghasilkan suasana pasif dan

tidak menyeronokkan dalam P&P merupakan salah satu punca murid tidak meminati

sesuatu pelajaran itu . Walhal, pengajaran dan pembelajaran sepatutnya hendaklah

berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses

interaksi ini boleh berpusatkan murid atau guru. Pembelajaran berpusatkan guru

mengkehendaki guru supaya bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif

pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran untuk

murid. Sebaliknya dalam pembelajaran berpusatkan murid, murid adalah autonomous dan

mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran. Menurut

Koh Boh Koon (1992) proses pengajaran di dalam kelas seharusnya melibatkan dua pihak

iaitu guru dan murid. Sekiranya guru hanya menitikberatkan silibus yang perlu

dihabiskan berbanding aspek penguasaan kemahiran belajar dalam kalangan murid,

maka hal ini boleh menyebabkan interaksi dua hala antara guru dan murid menjadi hilang

fokus. Kemudian kesannya yang paling ketara ialah murid hilang minat (Atan Long, 1982).

Kesimpulan di sni, adalah lebih baik untuk guru-guru menggunakan strategi

pemusatan murid berbanding strategi pemusatan guru.

4.2 Sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid

| 19

Page 20: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

Salah satu dapatan kajian tinjauan yang bertajuk ‘Persepsi Pelajar Terhadap

Penggunaan Buku Teks Jawi Pendidikan Islam Dalam Pembelajaran’ oleh Affandey Ag.

Ghani ini ialah pencapaian murid meningkat apabila strategi pengajaran berpusatkan murid

digunakan oleh guru berbanding sebelumnya di mana strategi pemusatan guru digunakan

dalam proses P&P menunjukkan pencapaian murid kuarang memuaskan. Murid-murid

menunjukkan sikap yang positif dan suasana pembelajaran amat memberangsangkan

sekiranya guru menggunakan stretegi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

Sebagaimana yang kita tahu bahawa dalam strategi pemusatan murid, murid digalakkan

melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Guru merupakan seorang

pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada aktiviti

berkumpulan atau individu.

Murid secara kelas atau pemusatan guru semasa mengikuti proses P&P akan

berhadapan dengan masalah interaksi yang amat terbatas. Sebaliknya jika strategi pemusatan

murid dijalankan, mereka akan membantu antara satu sama lain apabila terdedah dengan

pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah. Murid juga menjadi lebih yakin untuk

mengajukan soalan atau menyumbangkan idea dan berani berdialog dengan guru contohnya

dalam aktiviti perbincangan.

Kesimpulannya, strategi pemusatan murid perlu diamalkan dalam proses P&P sama

ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah kerana ia amat membantu melibatkan

murid secvara aktif dalam proses P&P.

4.3 Sejauh mana keberkesanan model pembelajaran kolaboratif terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran

Berdasarkan dapatan kajian kes yang bertajuk Web 2.0 Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu oleh Zuraidah Saidin (Sekolah Rendah Beacon), respons dan

penglibatan murid di dalam kelas serta tugasan yang dihasilkan oleh murid adalah sangat

positif dan amat memberangsangkan; perbincangan secara kumpulan sebelum mencatat

respon telah berupaya membawa murid terhadap pemahaman lanjut mengenai persoalan jenis

‘socratic’ seterusnya murid dapat menjana idea melalui aktiviti P&P secara berkumpulan.

Daripada dapatan kajian ini, kita dapat melihat bukti keberkesanan model pembelajaran

kolaboratif dalam melibatkan murid secara aktif dan keberkesanannya dalam proses P&P

secara aktif dan menyeronokkan. Pembelajaran kolaboratif merupakan model pembelajaran

yang melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama kea rah mencapai prestasi murid.

Menurut Kamus Dewan (1998), kolaboratif membawa makna kjerjasam,a erat di antara dua

| 20

Page 21: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

pihak atau lebih. Ia juga boleh ditafsir sebagai berusaha bersama untuk mencapai sesuatu

matlamat yang sama. Pembelajaran kolaboratif ini melibatkan kerjasama dari semua ahli

kumpulan dalam menyiapkan tugasan dan juga mencapai matlamat yang diingini. Tiga

matlamat utama model ini ialah matlamat intelek, matlamat social dan matlamat penyelesaian

masalah disiplin. Roger Johnsen (1987) dalam bukunya Educational Leadership, ibubapa

memandang positif dengan model pembelajaran kolaboratif ini kerana mereka merasakan

anak-anak mereka dapat dilatih cara memimpin, membuat keputusan dan menguruskan

masalah demi keperluan masa depan.

Hasil daripada perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa model

pembelajaran kolaboratif amat sesuai digunakan dalam proses P&P di sekolah atau semua

peringkat pengajian kerana mampu mewujudkan P&P secara aktif dan menyeronokkan.

Keberkesanannya terbukti dan guru-guru hendaklah mainkan peranan dengan melaksanakan

P&P menggunakan model pembelajaran kolaboratif ini.

BAHAGIAN B : RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

| 21

Page 22: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

1. Rancangan Pengajaran Harian

Bahasa Melayu KSSR Tahun Satu

(Pembelajaran Kolaboratif)

Tema : Kebun Datuk Saya

Tajuk : Kebun Datuk saya

Peringkat Kelas : Tahun 1

Masa : 8.00 pagi -8.40 pagi

Objektif Pelajaran : Pada akhir pengajaran, murid dapat :

i. Menyebut seni kata lagu dengan

sebutan yang betul dan jelas melalui

nyanyian secara didik hibur.

ii. Menamakan haiwan-haiwan yang

terdapat dalam video.

Hasil Pembelajaran : Standard Pembelajaran :

i. Bercerita tentang sesuatu perkara dengan

tepat, sebutan yang jelas dan intonasi

yang betul menggunakan ayat tunggal.

Model/Nilai/Konsep/Prinsip/Teori/Hukum Model pembelajaran : Pembelajaran

kolaboratif

Nilai : Kasih sayang & keberanian

KBT : BCB-mendengar dengan teliti

KB : Visual ruang dan kinestetik

TKP : Visual ruang dan verbal linguistic

| 22

Page 23: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

EMK : Kreativiti dan inovatif

1.1 membuat pemerhatian aktif untuk

mengumpul maklumat

1.1.1 menggunakan deria penglihatan,

pendengaran, sentuhan, rasa atau bau.

Bahan Pembelajaran & Pengajaran : Video, seni kata lagu, gambar tunggal, kad

perkataan dan lampiran.

Prosedur atau Langkah-langkah :

a) Pembukaan

b) Aktiviti

c) Penyoalan

d) Penutup

a) Pembukaan

Bacaan doa (2 minit)

Set induksi (3 minit)

b) Aktiviti

Langkah 1 (3 minit) :

-Murid diminta menamakan haiwan-

haiwan yang terdapat dalam video

yang dipaparkan dan membincangkan

tentang haiwan tersebut.

Contoh : Bunyi haiwan

Langkah 2 (15 minit) :

-Murid diminta menonton tayangan

video lagu Pak Mamat Ada Kebun.

-Kemudian murid diminta

menyebut/membaca seni kata lagu

pada gambar guru pamirkan.untuk

menyanyikan lagu tersebut sambil

melakukan aksi yang sesuai.

-Murid menyanyikan lagu itu secara

berkumpulan sambil melakukan akssi

yang sesuai.

| 23

Page 24: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

Langkah 3 (10 minit)

-Setiap kumpulan murid diminta

menyebut nama-nama haiwan pada

kad perkataan.

-Kemudia ketua kumpulan diminta

bercerita pendek tentang haiwan-

haiwan yang telag disebut tadi.

Penyoalan :

Murid-murid diminta menyambung

seni kata lagu yang tidak lengkap yang

mana guru menyebut sedikit seni kata

itu lalu meminta murid

menyambungnya.

c) Penutup :

Guru meminta sekali lagi murid

menyanyikan lagu ‘Datuk saya asa

kebun’ sacara kelas.

Penilaian : Menjawab Instrumen Bahasa Melayu yang

menepati kehendak penaksiran yang

berkonsepkan didik hibur (2 minit)

Rumusan

| 24

Page 25: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

Secara konklusinya, dapatlah dirumuskan bahawa pengajaran di Sekolah Kebangsaan

Landung Ayang (sekolah tempat saya bertugas) masih menggunakan strategi pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan guru hanya dalam set induksi, pengenalan sesuatu isi pelajaran,

penutup P&P, dan untuk menjelaskan arahan bagaimana memulakan aktiviti P&P.

Pengajaran Berpusatkan guru gagal untuk melibatkan murid secara aktif dan menyeronokkan

dalam proses P&P kerana strategi ini mempunyai banyak kelemahan antaranya guru

mengawal sepenuhnya proses pembelajaran manakala murid hanya duduk dan terus

menonton/mendengar penerangan guru, sukar untuk guru membuat penilaian ke atas tahap

pemahaman murid kerana interaksi murid dengan guru terbatas, seterusnya guru terlalu

bergantung dengan penggunaan buku teks sahaja sehingga murid yang cergas pun cepat

merasa bosan. Strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dapat menambah

baik kelemahan pemusatan guru tersebut sesuai dengan ciri-cirinya yang berlawanan dengan

ciri-ciri pemusatan guru. Demikian juga model pembelajaran kolaboratif yang mementingkan

gerak kerja berkumpulan turut mendorong penglibatan murid dalam proses P&P secara aktif

dan menyeronokkan. Selain itu, penggunaan pelbagai bahan media dalam proses P&P juga

dapat menyumbang ke arah penglibatan murid dalam proses P&P secara aktif dan

menyeronokkan. Dalam KSSR, penaksiran berkonsepkan Didik Hibur adalah menekankan

hal mendidik sambil menghibur. Pengisian transformasi KSSR dalam pelajaran Bahasa

Melayu adalah melalui kemahiran bahasa , aspek didik hibur dan aspek tatabahasa. Manakala

isu-isu yang berkaitan dengan P&P bagi saya ialah sejauh mana keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran berpusatkan guru, sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

berpusatkan muriddan sejauh mana keberkesanan model pembelajaran kolaboratif terhadap

proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah merujuk dapatan kajian lepas saya dapati

pengajaran berpusatkan guru banyak kelemahannya dan tidak berupaya melibatkan murid

dalam proses P&P secara aktif dan menyeronokkan. Sebaliknya pemusatan murid dan juga

model pembelajaran kolaboratif sangat menggalakkan penglibatan murid dalam proses P&P

secara aktif dan menyeronokkan.

Bibiliografi

| 25

Page 26: Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)

TUGASAN : MODEL & STRATEGI PEDAGOGI ( E P M 2 3 3 )

Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah,

Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Perkembanagan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) : Modul Teras Asas Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan

Tahun Satu, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hasan Langgulung (1981). Berapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur :

Pustaka Antara.

Ikhsan Othman & Norila Md. Salleh (2005). Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah :

Aspek-aspek Yang Berkatia, Tanjung Malim : Quantum Books.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). Kurikulum Baru Sekolah Rendah : Buku panduan

Khas, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2 : Strategi Pengajaran & Pembelajaran Mikro, Kuala

Lumpur : Kumpulan Budiman.

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran Dalam Bilik

Darjah,Kaedah&Strategi, Kajang : Masa Enterprise.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu Pendidikan Pedagogi, Kuala lumpur : Heinemanm

Vishalache Balakrishnan (2010). Pembelajaran Aktif Dalam Pendidikan Moral : Inovasi dan

Kreativiti Guru, p. 1-5.

Zuraidah Saidin (2011). Web 2.0 Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu,

Seminar Bahsa Melayu : p. 31-37

| 26